isl 9

5
ISL MINGGU 9 Tajuk: Mengumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964 – kini dalam konteks hubungan etnik. Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970 Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 – 1975 Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio- ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 – 1980 Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua.

Upload: may-tyng-lam

Post on 10-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

ISL

ISLMINGGU 9

Tajuk: Mengumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964 kini dalam konteks hubungan etnik. Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia.Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB.Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana. Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swastamemangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber.Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi pelaksanaan projek.Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional. Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan.Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan.Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian.Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.Rancangan Malaysia Kesepuluh : 2011 2015Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMK10)merupakanrancanganlima tahun pembangunanMalaysiabagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan olehPerdana Menteri Malaysiake-6, Datuk SeriNajib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasiProgram Transformasi KerajaandanModel Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Sumber : http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/pencapaian/ekonomi/121-rancangan-malaysia-1-9