isi pidato

Upload: mashitah-shaari

Post on 09-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isi

TRANSCRIPT

Tema Hari Guru 2015 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai HariGurukerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita.Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Tahun iniHari Guru 2015akan jatuh pada 16 Mei 2015 dengan tema -Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Objektif Hari Guru Malaysia1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Berikut adalah huraian temaHari Guru 2015

Rasulullah saw bersabda, Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi, semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (HR Tirmizi)