isi kandungan - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional...

128

Upload: vuhuong

Post on 02-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan
Page 2: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 1

ISI KANDUNGAN

sinopsis kursus wajib akademi 10-17

pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22

fakulti muzik 23-39

fakulti teater 40-50

fakulti tari 51-65

fakulti penulisan kreatif 66-81

fakulti filem dan televisyen 82-97

fakulti animasi dan multimedia 98-108

fakulti rekaan komunikasi visual 109-127

kalendar akademik 2

pengenalan dan latar belakang 3-4

objektif, visi dan misi 5

lokasi kampus aswara 6

program pengajian diploma 7-8

sistem semester 9

Page 3: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 2

KALENDAR AKADEMIK ASWARA SESI 2018/2019

DIPLOMA

SEMESTER I (10 SEPTEMBER 2018 – 18 JANUARI 2019)

Pendaftaran Pelajar Baharu/ Minggu Haluan Siswa

Ahad, 02.09.2018 - Jumaat, 07.09.2018 01 minggu

09.09.18 (Ahad) Hari Keputeraan YDP Agong

11.09.18 (Selasa) Awal Muharam

16.09.18 (Ahad) Hari Malaysia

06.11.18 (Selasa) Deepavali

20.11.18 (Selasa) Maulidur Rasul

25.12.18 (Selasa) Krismas

01.01.19 (Selasa) Tahun Baru

21.01.19 (Isnin) Thaipusam

01.02.19 (Jumaat) Hari Wilayah

05.02.19 (Selasa) – 06.02.19 (Rabu) Tahun Baru Cina

Pendaftaran Pelajar Lama Selasa,11.09.2018 - Selasa,11.09.2018 01 hari

Kuliah Isnin, 10.09.2018 - Jumaat, 26.10.2018 07 minggu

*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 10.09.2018 - Jumaat, 21.09.2018 02 minggu

Cuti Pertengahan Semester Ahad, 28.10.2018 - Ahad, 04.11.2018 01 minggu

Kuliah Isnin, 05.11.2018 - Jumaat, 21.12.2018 07 minggu

Cuti Ulangkaji Ahad, 23.12.2018 - Ahad, 30.12.2018 01 minggu

Peperiksaan Akhir Isnin, 31.12.2018 - Jumaat, 18.01.2019 03 minggu

Cuti Antara Semester Ahad, 20.01.2019 - Ahad, 17.02.2019 04 minggu

** Penilaian Tahun Akhir Pelajar (PeTA) – Isnin, 14.01.2019 – Jumaat, 25.01.2019 [2 minggu]

SEMESTER II (18 FEBRUARI 2019 – 28 JUN 2019 )

Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 17.02.2019 - Ahad, 17.02.2019 01 hari

01.05.19 (Rabu) Hari Pekerja

20.05.19 (Isnin) Hari Wesak

22.05.19 (Rabu) Nuzul al- Quran

05.06.19 (Rabu) – 06.06.19 (Khamis) Aidilfitri

27.07.19 (Sabtu) Hari Keputeraan YDP Agong

Kuliah Isnin, 18.02.2019 - Jumaat, 05.04.2019 07 minggu

*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 18.02.2019 - Jumaat, 01.03.2019 02 minggu

Cuti Pertengahan Semester Ahad, 07.04.2019 - Ahad, 14.04.2019 01 minggu

Kuliah Isnin, 15.04.2019 - Jumaat, 31.05.2019 07 minggu

Cuti Ulangkaji Ahad, 02.06.2019 - Ahad, 09.06.2019 01 minggu

Peperiksaan Akhir Isnin, 10.06.2019 - Jumaat, 28.06.2019 03 minggu

Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 30.06.2019 - Ahad, 08.09.2019 10 minggu

** Penilaian Tahun Akhir Pelajar (PeTA) – Isnin, 14.06.2019 – Jumaat, 05.07.2019 [2 minggu]

SEMESTER KHAS ( 01 JULAI 2019 – 23 OGOS 2019 )

Pendaftaran Pelajar Isnin, 01.07.2019 - Isnin, 01.07.2019 01 hari

11.08.19 (Ahad) Aidiladha

31.08.19 (Sabtu) Merdeka

01.09.19 (Ahad) Awal Muharram

Kuliah Isnin, 01.07.2019 - Jumaat, 16.08.2019 07 minggu

Peperiksaan Isnin, 19.08.2019 - Jumaat, 23.08.2019 01 minggu

Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 25.08.2019 - Ahad, 08.09.2019 02 minggu

** Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Page 4: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 3

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994

dengan nama asalnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK) merupakan agensi di bawah

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu. Di dalam

Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971,

salah satu rumusan yang telah diambil ialah agar sebuah institusi ditubuhkan untuk

pembelajaran dalam bidang seni. Di dalam konteks pembangunan negara, kemajuan

pendidikan kesenian hendaklah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, sosial dan

pembinaan modal insan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju perlu

disokong bersama oleh penggiat seni tanah air. Pengalaman beberapa buah negara

maju seperti Perancis dan United Kingdom membuktikan bahawa pelaksanaan program

pembangunan seni yang mantap bukan sahaja memastikan kesenian bangsa dipelihara

dan boleh diangkat ke tahap lebih cemerlang, malah bidang seni juga boleh

memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada penggiatnya.

ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang bermatlamat menghasilkan

seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa di samping menentukan

kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya, ASWARA menumpukan

pendidikan seni ke arah mengeluarkan ‘performer’ yang kreatif, profesional dan

berilmu. Penekanan pembelajaran ditumpukan kepada pendidikan amali bagi

memastikan pelajar mencapai tahap kemahiran yang tinggi. Siswazah ASWARA adalah

diharapkan dapat menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan

kemahiran. Ini dapat mengisi keperluan tenaga professional seni seperti anggota

orkestra, pencipta muzik/lagu, penyanyi, penggubah, pelakon, pengarah, penulis skrip,

pendidik seni, penari, koreografer serta kerjaya lain yang berkaitan dengan industri seni

kreatif.

Pengembangan bidang pengajian yang merangkumi filem dan televisyen, tari, muzik,

teater, penulisan kreatif, seni halus, animasi dan multimedia, rekaan komunikasi visual

dan pengurusan seni budaya serta ilmu yang berkaitan menjadikan ASWARA sebagai

satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menjalankan fungsi dan peranannya

sebagai sebuah institusi induk pengajian kebudayaan, kesenian dan warisan yang

komprehensif dan bertanda aras sebagai yang terbilang.

Page 5: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 4

LATAR BELAKANG

Penubuhan ASWARA merupakan hasrat terbesar rakyat Malaysia untuk melihat sebuah

institusi khusus yang menyediakan sistem pendidikan kesenian yang formal, tersusun,

sistematik serta memenuhi keperluan industri kreatif negara dalam bidang seni budaya

dan warisan.

Aspirasi, semangat serta harapan yang dijelmakan melalui Kongres Kebudayaan Melayu

Pertama di Melaka (30 Disember 1957 - 2 Januari 1958) dan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971 di Kuala Lumpur (16 - 20 Ogos 1971) menjadikan pengujudan

ASWARA juga sebagai sebuah institusi masyarakat yang bertanggungjawab

mempertahankan jati diri dan kebudayaan rakyatnya.

Sesuai dengan tuntutan penubuhan, perubahan, visi serta misi membangunkan institusi

pendidikan kesenian cemerlang, akademi yang pada awalnya dikenali sebagai Akademi

Seni Kebangsaan (ASK) 1994 telah dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi

kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006.

Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 telah menzahirkan ASWARA untuk

melengkapkan harapan akademi ini sebagai sebuah institusi latihan induk bagi

pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia.

Page 6: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 5

OBJEKTIF, VISI DAN MISI

OBJEKTIF

Sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan pengajaran dan

pembelajaran, pusat penyelidikan akademik, penerbitan dan khidmat nasihat

professional, dalam bidang seni, budaya dan warisan.

VISI

Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang

diiktiraf dalam negara, serantau dan di peringkat antarabangsa.

MISI

Menjadi institusi ‘pembangunan modal insan’ dalam bidang seni budaya dan

warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara;

Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan

profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian warisan

negara;

Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat, penyelidikan dan eksperimentasi seni,

budaya dan warisan;

Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.

Page 7: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 6

LOKASI KAMPUS ASWARA

Berada di lokasi 464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur yang dahulunya pernah menempatkan

Kompleks Budaya Negara (KBN). Lokasinya amat strategik kerana berhampiran dengan pusat

ibukota serta dikelilingi bangunan-bangunan yang menempatkan jabatan-jabatan awam dan

swasta serta mudah dihubungi dengan rangkaian pengangkutan awam seperti bas, teksi, stesen

LRT dan komuter. Selain itu, lokasinya berdekatan dengan ruang persembahan utama di

bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Ia menjadikan kampus ini sebagai sebuah institusi

pembelajaran dan pembangunan seni yang ideal. Antaranya Istana Budaya, Panggung

Bandaraya, KL PAC, Auditorium DBKL, Pusat Pelancongan Malaysia (MiTC), Dewan Pilharmonik,

Auditorium DBP, Dewan Sivik PJ, Panggung Actors Studio dan beberapa lagi. Kampus ini juga

turut berhampiran dengan beberapa buah taman riadah dan amat sesuai untuk situasi

pembelajaran seperti Padang Merbuk, Taman Tasik Perdana, Tugu Negara, Laman ASEAN,

Taman Burung, Taman Rama-rama dan beberapa lagi.

Mempunyai keluasan 8.5 hektar, kini mempunyai 12 blok bangunan dengan keluasan 91,900 kaki

persegi bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pembelajaran bidang pengajian tari, filem

dan televisyen, teater, muzik, penulisan, seni halus, animasi dan multimedia dan rekaan

komunikasi visual. Turut terdapat bangunan perpustakaan, dewan kuliah, bilik seminar, bengkel

pertukangan, studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan Ampas, Dewan

Orkestra, Panggung Eksperimen, Blackbox, Studio Animasi, kafeteria, asrama dan lain-lain.

ASWARA turut menjadikan kampusnya sebagai kampus terbuka. Individu, pelancong, penggiat

seni, organisasi-organisasi, pelajar sekolah dan lain-lain boleh berkunjung atau pun

menyaksikan persembahan persembahan yang berlangsung di ASWARA. Di samping itu, kampus

ASWARA juga sering dikunjungi oleh pihak yang ingin bekerjasama seperti produksi-produksi

seni yang ingin menggunakan panggung eksperimen, dewan orkestra, dewan kuliah atau

blackbox sebagai ruang pementasan serta sebagai lokasi penggambaran filem dan drama.

Hubungan baik yang terjalin dengan pihak luar merupakan satu langkah ke arah menjadikan

kampus ASWARA sebagai pusat kesenian dan mendekatkan masyarakat dengan aktiviti kesenian

apatah lagi di sini juga sering berlangsung acara berbentuk ilmiah seperti diskusi, seminar,

persidangan, bengkel, sesi apresiasi dan sebagainya dengan mengundang sebahagian besar

pakar dan ahli akademik bidang kesenian dari dalam mahupun luar negeri.

Page 8: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 7

PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA

Kurikulum Pengajian bagi Program Diploma

Seorang pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Sembilan puluh (90) unit

jam kredit untuk dianugerahkan Diploma.

Modul/Kursus Wajib Akademi

Modul/Kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan

oleh Akademi dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan Diploma.

Modul/Kursus Teras Fakulti

Modul/Kursus Teras Fakulti mengandungi kursus-kursus teras program yang

ditetapkan oleh sesebuah fakulti dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan

Diploma.

Kursus Elektif

Kursus Elektif adalah kursus-kursus pilihan yang diikuti oleh seseorang pelajar

sebagai memenuhi syarat mendapatkan Diploma yang boleh diambil dari fakulti

berkenaan atau fakulti lain.

Syarat Akademik

Seseorang pelajar perlu mamatuhi Syarat Akademik sebagai melengkapkan

keperluan untuk memperoleh Diploma.

Komponen Kursus

Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua kursus

dalam komponen-komponen berikut:

Kursus Wajib Akademi

Kursus Wajib Fakulti

Sejumlah kursus-kursus Elektif

Page 9: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 8

Kursus Fakulti

Setiap Fakulti mempunyai kod sendiri iaitu:

AWA bagi Kursus Wajib Akademi

AMZ bagi Kursus Diploma Seni Muzik, Fakulti Muzik

APN bagi Kursus Diploma Penulisan Kreatif, Fakulti Penulisan Kreatif

AFV bagi Kursus Diploma Filem dan Video, Fakulti Filem dan Televisyen

ATE bagi Kursus Diploma Teater, Fakulti Teater

ATR bagi Kursus Diploma Seni Tari, Fakulti Tari

AAM bagi Kursus Diploma Animasi, Fakulti Animasi dan Multimedia

ARV bagi Kursus Diploma Rekaan Komunikasi Visual,

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual

ASH bagi Kursus Diploma Seni Halus, Fakulti Rekaan Komunikasi Visual

Setiap kursus mempunyai makna dan bilangan iaitu:

Contoh: Kod Kursus Nama Kursus

APN 1012 TEORI DAN PRINSIP PENULISAN

Makna:

Angka pertama 1 012 mewakili tahun pengajian

Angka kedua dan ketiga 1 01 2 mewakili nombor bilangan kursus

Angka keempat 101 2 mewakili jumlah jam kredit

Page 10: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 9

SISTEM SEMESTER

Sistem akademik yang diamalkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

ialah sistem semester. Dalam satu sesi akademik terdapat dua (2) semester iaitu

Semester I dan Semester II. Di dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri

kuliah, tutorial, bengkel, produksi dan lain-lain bentuk pembelajaran selama empat

belas (14) minggu dan diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan.

Dalam keadaan biasa, tempoh minimum bagi seseorang pelajar memperolehi Diploma

ialah enam (6) semester. Dalam jangkamasa ini, pelajar perlu mengambil dan lulus

sejumlah kredit yang disyaratkan oleh satu-satu fakulti. Dalam sistem semester,

kemajuan seseorang pelajar itu dinilai terus-menerus. Pencapaiannya dalam satu-satu

semester akan memberi kesan kepada pencapaian keseluruhannya.

Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang diambilnya. Pengiraan Purata

Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) akan dilakukan pada akhir

setiap semester. Pengiraan ini dilakukan sehingga seseorang itu telah mengumpul

sejumlah kredit seperti yang telah disyaratkan oleh satu-satu Fakulti.

Pada semester akhir berada di Akademi, seseorang pelajar itu hendaklah mencapai

sekurang-kurangnya PNGK yang bernilai tidak kurang daripada 2.00 untuk

dianugerahkan Diploma. Sekiranya dia gagal mencapai PNGK bersamaan 2.00 pada

semester akhir, pelajar juga dibenarkan melanjutkan pengajiannya sehingga ke

semester lapan (8).

Page 11: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 10

KURSUS

WAJIB AKADEMI

Kursus-kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus wajib yang ditetapkan

oleh Akademi dan WAJIB LULUS sebagai syarat mendapatkan Diploma.

Sebahagian kursus ini di bawah menyelarasan Bahagian/Pusat sepertimana berikut:

KOD DAN NAMA KURSUS PENYELARASAN

KUR 1011 Kokurikulum I Bahagian Hal Ehwal Pelajar

KUR 1021 Kokurikulum II Bahagian Hal Ehwal Pelajar

AWA 1122 Bahasa Inggeris I Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya

AWA 1132 Bahasa Inggeris II Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya

AWA 2272 Pengajian Malaysia Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya

AWA 1032 Bahasa Melayu Fakulti Penulisan Kreatif

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional Pusat Seni Pentas Tradisional

AWA 1152 Asas Seni Pentas Tradisional Pusat Seni Pentas Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I/Bangsawan I/Makyong I Pusat Seni Pentas Tradisional

AWA 2102 Wayang Kulit II/Bangsawan II/Makyong II Pusat Seni Pentas Tradisional

AWA 2202 Wayang Kulit III/Bangsawan III/Makyong III Pusat Seni Pentas Tradisional

AWA 3102 Wayang Kulit IV/Bangsawan IV/Makyong IV Pusat Seni Pentas Tradisional

Page 12: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 11

STRUKTUR KURSUS WAJIB AKADEMI

DIPLOMA

Tahun Semester I Semester II

Kod Kursus Kod Kursus

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1122 Bahasa Inggeris 1 AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1032 Bahasa Melayu

2 AWA 2272 Pengajian Malaysia

RINGKASAN KURSUS-KURSUS WAJIB AKADEMI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

KUR 1011

Kokurikulum I

PISPA ( Pasukan Institusi Pertahanan Awam)

Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan

pasukan beruniform negara bagi menubuhkan pasukan

beruniform di Akademi Seni Budaya dan Warisan

Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu, untuk

mencapai salah satu daripada Lapan teras pembangunan

Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kerajaan

Malaysia iaitu teras kesukarelawanan, yang mana pelajar

perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai

mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan

golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal,

mental dan kemahiran insaniah.

2.

AWA 1122

Bahasa Inggeris I

Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan dan

kebolehan pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pelajar

akan didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris di

dalam perbualan, persembahan dan penulisan.

Page 13: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 12

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

KUR 1021

Kokurikulum II

Kursus ini adalah di bawah penyeliaan Bahagian Hal Ehwal

Pelajar.

Menawarkan sebelas (11) pilihan iaitu :

1. PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) Lanjutan

Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama

dengan pasukan beruniform negara bagi menubuhkan

pasukan beruniform di Akademi Seni Budaya Dan

Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu,

untuk mencapai salah satu daripada lapan teras

pembangunan Kemahiran Insaniah yang

diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu teras

kesukarelawanan, yang mana pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-

mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan

pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental

dan kemahiran insaniah.

2. Coral Speaking Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan,

kemahiran dan teknik berbicara secara berirama di

hadapan audiens secara berkumpulan melalui

penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris. Keutamaan kursus ini ialah dengan

menitikberatkan latihan terhadap pelajar untuk

membuat persembahan dalam kumpulan dengan

menekankan kemahiran dan teknik-teknik berbicara

dengan irama yang satu secara berkumpulan dengan

nada, intonasi dan kadar suara yang kuat dan tepat,

lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang

tersendiri.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan

pengetahuan dalam menghasilkan/menulis teks yang

baik untuk persembahan. Para pelajar turut berpeluang

mengaplikasikan dan mengintegrasikan kemahiran,

pengetahuan dan pengalaman ini dalam pelbagai

situasi seperti persembahan di hadapan audiens dan

situasi sosial.

Page 14: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 13

3. Koir Nasyid

Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada

para pelajar berkenaan teknik nyanyian berkumpulan

dalam lagu-lagu bergenre ketuhanan. Pelajar akan

dikelaskan mengikut kumpulan suara SATB setelah

melalui suatu sesi ujibakat. Tumpuan juga akan

diberikan terhadap penguasaan teknik vokal agar

pelajar dapat menghasilkan nyanyian yang baik dan

beberapa repertoire lagu juga akan diberikan mengikut

kemampuan pelajar. Pada akhir kursus, pelajar akan

mengaplikasikan hasil pembelajaran dan diminta

membuat persembahan nyanyian lagu nasyid dari

repertoire yang telah disediakan mengikut kreativiti

masing-masing.

4. Silat Seni

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan dan

mendedahkan kepada para pelajar mengenai gerak

asas seni silat Melayu dari segi teori, teknikal dan

praktikal. Pelajar juga akan mempelajari mengenai latar

belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pancak

silat.

5. Khidmat Masyarakat

Melalui kursus ini para pelajar akan didedahkan

mengenai pengenalan kepada khidmat masyarakat,

kumpulan sasar masyarakat (bandar/luar

bandar/golongan dewasa/muda/remaja/kanak-kanak/

bangsa/jantina) serta kreativiti dalam aktiviti yang

menjurus kepada khidmat masyarakat. Para pelajar

juga akan diperkenalkan dengan S.O.P mengenai

khidmat masyarakat, khususnya bagi dijadikan garis

panduan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti

kemasyarakatan. Selain itu beberapa tokoh penting

yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan juga akan

diperkenalkan kepada para pelajar. Keprihatinan

terhadap sesuatu isu, penekanan kepada konsep

berkhidmat kepada komuniti melalui gaya hidup sihat,

harmoni serta membimbing para pelajar bagi membina

minda yang positif serta mempertingkatkan kemahiran

menganjurkan program bersama komuniti adalah

antara yang dititikberatkan melalui kursus ini.

Page 15: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 14

6. Sepaktakraw

Kursus ini mendedahkan mengenai sejenis sukan

tradisional kepada pelajar khususnya tentang

undang-undang dan peraturan permainan yang

melibatkan pertandingan dan kejohanan serta

langkah-langkah pembentukan pasukan. Kursus ini

juga memberikan penekanan kepada aspek teori

falsafah, motivasi, pasukan pengurusan, dan latihan

kaedah operasi yang sistematik. Pada akhir kursus ini,

para pelajar dapat menyumbang kepada penggalakan

pertandingan yang sihat, semangat muhibah,

kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral

serta fizikal pada suatu landasan yang betul dalam

mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada

satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk

semangat kecintaaan terhadap negara.

7. Rekreasi

Kursus ini menekankan kepada ilmu teori dan praktikal

yang berkaitan dengan rekreasi khususnya rekreasi

luar. Di antara isi kandungan bagi kursus ini ialah

mengenai Pengenalan kepada rekreasi luar,

pertolongan cemas, aktiviti air (kayak), aktiviti

perhutanan dan perkhemahan dan asas ikhtiar hidup.

Melihat kepada cabaran dan keperluan masa kini,

maka kursus rekreasi diwujudkan dan isi kandungan

subjek yang ditawarkan dalam program ini adalah

menepati kehendak dan keperluan 8 Falsafah

Pendidikan Negara, iaitu mewujudkan masyarakat yang

seimbang dari aspek fizikal, mental dan spiritual.

8. Kepimpinan

Kursus ini ditawarkan secara khusus dengan tujuan

untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep

kepemimpinan dan pemimpin. Melalui kursus ini,

pelajar akan didedahkan kepada sejarah dan

pengertian kepemimpinan, teori-teori kepemimpinan,

peranan dan tanggungjawab pemimpin dan praktis

kepemimpinan diri, masyarakat dan organisasi.

Kursus ini merupakan kursus asas kepada kursus

kepemimpinan lanjutan yang lain.

Sebagai pelajar yang akan berinteraksi dalam

masyarakat, mereka memerlukan kemahiran bersosial

untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

dan kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada ciri-

ciri kepimpinan dalam organisasi sukarela. Subjek ini

akan menyediakan latihan kepada mahasiswa kepada

kemahiran pengetahuan gaya kepimpinan pelbagai

tokoh. Di akhir kursus ini diharapkan pelajar dapat

Page 16: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 15

mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah

asas iaitu kepemimpinan, pemimpin dan

kepemimpinan yang diaplikasikan, mengenal pasti

corak dan cara kepemimpinan yang di amalkan dalam

organisasi dan masyarakat dengan dikaitkan kepada

teori-teori kepemimpinan serta menjelaskan

kepentingan peranan dan tanggungjawab

kepemimpinan dan pemimpin penting dalam menjana

pembangunan keluarga, masyarakat, dan organisasi.

9. Taekwando

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan

mengenai pengetahuan dan pengalaman kepada

pelajar mengenai kaedah serta kemahiran dalam seni

bela diri/sukan Taekwando. Para pelajar akan

dibimbing dengan latihan yang berbentuk fizikal bagi

tujuan mempertingkatkan kekuatan, ketangkasan,

kelajuan dan juga pengurusan berat badan.

Teknik penting yang dikenali “ Self Defense Taekwon-

do Korporat ” turut didedahkan kepada pelajar bagi

tujuan:

* Meningkatkan motivasi pelajar dalam mengawal diri

dan juga membina keyakinan diri bersama teknik

praktikal pertahanan diri yang berbentuk praktikal.

* Membina gaya hidup yang sihat dan melegakan

tekanan serta kebimbangan akibat daripada

cabaran kehidupan.

* Membentuk keyakinan dan semangat pelajar untuk

menempa kejayaan sama ada dalam bidang

akademik atau kerjaya mereka pada masa akan

datang.

10. Pengkomersilan Seni

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para

pelajar mengenai pengetahuan asas berkenaan

pemasaran dan pengkomersilan produk serta

perkhidmatan. Para pelajar akan mempelajari proses

pengurusan pemasaran, pemahaman peluang

pemasaran, sikap pembeli, petunjuk pasaran, segmen

pasaran dan kedudukan jenama dalam pasaran serta

juga strategi pemasaran dalam keadaaan dan situasi

tertentu.

Para pelajar akan dibimbing dengan pengetahuan

asas yang lebih menjurus kepada:

* Strategi pengurusan proses pemasaran dan

pengkomersilan.

* Analisis peluang dan halangan yang mempengaruhi

keuntungan.

Page 17: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 16

* Keputusan program pemasaran melalui kehendak

pasaran dan saingan.

* Strategi program pengkomersilan dan pemasaran

dengan menggunakan peluang dan mengurangkan

halangan.

11. Pidato

Kursus ini bertujuan untuk membimbing para pelajar

mengenai kemahiran dan teknik berbicara di hadapan

khalayak di samping memastikan mereka berupaya

menguasai kefahaman bahasa tubuh yang

merangkumi gerak tubuh (gestures) serta penggunaan

vokal yang terkawal. Fokus terhadap sesebuah

persembahan, teknik-teknik berbicara dengan irama,

nada, intonasi dan tingkat suara yang kuat, tepat,

lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang

tersendiri turut diberikan penekanan melalui kursus ini.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan ilmu

pengetahuan semasa/lampau yang luas (ekonomi,

sosial, politik) dalam menghasilkan/menulis teks yang

baik untuk sesebuah persembahan. Para pelajar turut

berpeluang mengaplikasi dan mengintegrasikan

kemahiran, pengetahuan dan pengalaman ini dalam

pelbagai situasi seperti persembahan di hadapan

khalayak atau dalam aktiviti sosial yang tertentu.

Selain itu, pendedahan kepada penggunaan peralatan

video/audio serta penggunaan alat bantu mengajar

seperti komputer riba, projektor dan tablet juga dapat

membantu kepada peningkatan kemahiran dan teknik

berbicara dalam kalangan pelajar.

Kursus ini juga secara langsungnya membantu para

pelajar dalam membentuk dan mempertingkatkan

keyakinan diri.

Page 18: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 17

TAHUN 1 SEMESTER II

2.

AWA 1132

Bahasa Inggeris II

(Kursus Pra-Syarat

AWA 1122 Bahasa Inggeris I)

Kursus ini adalah kesinambungan pada AWA 1122 –

Bahasa Inggeris I. Penekanan diberi untuk meningkatkan

prestasi Bahasa Inggeris pelajar dalam pertuturan,

kefahaman, pendengaran dan penulisan supaya mereka

berkeyakinan menggunakan Bahasa Inggeris dalam apa

jua situasi.

3.

AWA 1032

Bahasa Melayu

Kursus ini mendedahkan para pelajar dengan penguasaan

Bahasa Melayu yang betul dalam bidang penulisan dan

non-kreatif. Kepentingan bahasa sebagai wacana

pembinaan dan pengembangan ilmu penting untuk

dikuasai oleh pelajar dalam masa menghasilkan tulisan

kreatif dan deskriptif, mahupun setelah keluar dan bekerja

dalam bidang-bidang tertentu. Aspek-aspek yang diajar

ialah mengenai sejarah Bahasa Melayu,

perkembangannya, bahasa daerah/dialek, pengaruh

bahasa asing dan bahasa sebagai alat perpaduan.

TAHUN 2 SEMESTER 1

1.

AWA 2272

Pengajian Malaysia

Kursus ini bertujuan untuk memberikan ilmu dan

pendedahan kepada pelajar mengenai tamadun atau

peradaban yang telah dilalui Malaysia. Perbincangan

tentang pencapaian negara dalam berbagai lapangan akan

diberi perhatian dalam kursus ini. Dengan ini diharapkan

dapat memberikan pelajar kesedaran tentang negara dan

melalui ini akan memperkukuhkan semangat kebangsaan.

Page 19: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 18

PUSAT SENI

PENTAS TRADISIONAL

(PuTRA)

Page 20: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 19

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK PuTRA

PENGARAH

Encik Ayob Ibrahim

TIMBALAN PENGARAH

Encik Kamarul Baisah Hussin

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Mohd Shaiful Izham Haji Abdul Baseht

PEMBANTU TADBIR

Puan Ibtihaj Abdullah

ADIGURU/PENSYARAH

Adiguru Che Mohd Nasir Yusoff

Adiguru Rahbeni Mutaal

Adiguru Fatimah Othman

Adiguru Abd. Wahab Othman

Adiguru Nik Mustapha Nik Md

Salleh

Adiguru Abdul Khalil Hassan

Seniman Negara Abdul Rahman

Abu Bakar

Encik Anuar Ismail

Encik Ahmad Lokman Ayub

Encik Teuku Umar Ilany Teuku

Iskandar

Encik Kamarulzaman Taib

Encik Mohd Sharul Mizah Asaari

Encik Shariful Akma Abdullah

Encik Mohd Adika Zainal

Encik Muhammad Akmal Ayub

Encik Zaim Zainal

Puan Nor Azura Abu Bakar

Puan Juhara Ayub

Puan Norbaizura Abd. Ghani

Puan Ismadian Ismail

Puan Eliza Mustaph

Page 21: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 20

STRUKTUR KURSUS WAJIB AKADEMI (TRADISIONAL)

DIPLOMA

Tahun Semester I Semester II

Kod Kursus Kod Kursus

1

AWA 1112

AWA 1152

Pengenalan Teater

Tradisional

Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I/

Bangsawan I/

Makyung I

2 AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

3 AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

Page 22: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 21

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AWA 1112

Pengenalan Teater

Tradisional

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar aspek teori,

sejarah dan latar belakang teater-teater tradisional

tempatan. Mengenali bentuk dan struktur sesebuah

persembahan tradisional dengan melihat secara asas

elemen-elemen yang mendirikan sesebuah teater tersebut

sebagai contoh elemen gerak, kostum, sastera, muzik, set

dan props dan sebagainya. Kursus ini akan memfokuskan

kepada tiga teater tradisional iaitu Wayang Kulit, Makyung

dan Bangsawan.

2.

AWA 1152

Asas Seni Pentas

Tradisional

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar mengenali salah

satu kesenian tradisional melalui pembelajaran praktikal. Di

dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari teknik asas

dalam mempersembahkan sesebuah kesenian tradisional.

Di akhir kursus ini pelajar akan membuat persembahan.

Jenis-jenis kesenian yang ditawarkan ialah Gamelan

Melayu, Caklempong, Dikir Barat, Tari Randai dan Tari Mek

Mulong.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AWA 1102

Wayang Kulit I/

Bangsawan I/

Makyung I

(Pilih: Wayang Kulit/ Bangsawan/ Makyung)

Nota: Pada semester ini, pelajar perlu MEMILIH SALAH SATU

daripada 3 jenis pengkhususan Teater Tradisional (Pilih:

Wayang Kulit/ Bangsawan/ Makyung) untuk meneruskan

pengajian bagi kursus AWA 2102, AWA 2202 dan AWA 3102.

Kursus AWA 1102 merupakan pra-syarat kepada kursus AWA

2102

Pelajar akan diperkenalkan kepada teater tradisional

mengenai ciri-ciri persembahan. Kursus ini akan

dikendalikan di dalam studio dan merupakan kursus amali.

Walau bagaimana pun aspek sejarah dan teori diterapkan

melalui tugasan yang diberikan.

Page 23: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 22

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AWA 2102

Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

(Pra-syarat: AWA 1102)

Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 1102 untuk menduduki

kursus ini. Di peringkat ini pelajar akan diperkenalkan

repertoire lagu dan aspek-aspek praktikal dalam

persembahan seperti lakonan, vokal, nyanyian, gerakan,

tarian dan sebagainya. Kursus AWA 2102 merupakan pra-

syarat kepada kursus AWA 2202.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AWA 2202

Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

(Pra-syarat: AWA 2102)

Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 2102 untuk menduduki

kursus ini. Pelajar akan mempelajari aspek-aspek

persembahan peringkat lanjutan. Di peringkat ini, pelajar

akan mempelajari dan bekerja dengan teks atau cerita.

Pelajar ditugaskan untuk menterjemahkan teks atau cerita

yang dipelajari secara praktikal. Kursus AWA 2202

merupakan pra-syarat kepada kursus AWA 3102.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AWA 3102

Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

(Pra-syarat: AWA 2202)

Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 2202 untuk menduduki

kursus ini. Ini merupakan peringkat terakhir dalam kursus

teater tradisional. Dalam kursus ini pelajar akan

mempersiapkan diri menuju persembahan. Pelajar diberi

tugasan secara berkumpulan dan mempersembahkan teks

atau cerita yang ditugaskan dalam skala yang kecil tetapi

lengkap sebagai sebuah teater tradisional.

Page 24: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 23

FAKULTI MUZIK

Program Diploma Seni Muzik [MQA/FA 0164] diwujudkan bagi melahirkan

graduan yang menguasai ilmu muzik dari sudut teori dan praktikal pada tahap

kemahiran menerusi pembelajaran yang diiktiraf sesuai dengan program di

peringkat diploma (dari segi konteks kepakaran dan pengurusan muzik) selaras

dengan keperluan industri muzik tanahair dan global.

Selain program ini dapat :

Melahirkan graduan berfikiran kreatif, dinamik, beretika dan berdisiplin;

Menyediakan graduan ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi agar

dapat berkecimpung di dalam arena asas penyelidikan yang tertumpu kepada

konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program Diploma ini merupakan

tunggak (asas) utama di dalam pembelajaran akademik bidang muzik dimana

ianya telah disusun-atur oleh gabungan tenaga pengajar yang berpengalaman,

berkelulusan, berkaliber dan berobjektif.

Page 25: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 24

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI MUZIK

DEKAN

Encik Ramlan Mohd Imam

TIMBALAN DEKAN

Encik Isyam Swardy Daud

PENOLONG PENDAFTAR

Cik Zo Faradiva Suleiman

PEMBANTU TADBIR

Puan Airun Nisa Ahmad Nordin

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Mohd Khair Abdul Latif

Encik Muhamad Syukor Datuk Ibrahim

Encik Ruslan Mohd Imam

Encik James Philip Sheng Boyle

Encik Shamsul Kamal Abdul Rahman

Encik Azlan Che Othman

Puan Tan Lea Fung

Puan Isabella Pek

Puan Yeoh Ker Ker

Page 26: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 25

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI MUZIK

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris 1 AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I

AMZ 1503 Alat Muzik Major I AMZ 1533 Alat Muzik Major II

AMZ 1513 Teori Muzik I AMZ 1543 Teori Muzik II

AMZ 1523 Solfeggio AMZ 1162 Orkestra/Koir I

AMZ 1552 Ensembel I

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia AMZ 2953 Alat Muzik Major IV

AMZ 2913 Alat Muzik Major III AMZ 2963 Teori Muzik IV

AMZ 2923 Teori Muzik III AMZ 2973 Orkestra/Koir III

AMZ 2932 Orkestra/Koir II AMZ 2983 Ensembel III

AMZ 2942 Ensembel II AMZ 2993 Sejarah Muzik

AMZ 2000 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

AMZ 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AMZ 3483 Alat Muzik Major V

AMZ 3493 Orkestra/Koir IV

AMZ 3503 Ensembel IV

AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 27: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 26

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AMZ 1331 Lyric Diction - Itali Tahun 1, Semester I Persembahan-

Pelajar vokal sahaja

AMZ 1351 Lyric Diction – Peranchis Tahun 1, Semester I Persembahan-

Pelajar vokal sahaja

AMZ 1411 Pemuliharaan dan Pembaikan

Alat Muzik I

Tahun 1, Semester I Persembahan

AMZ 1613 Asas Keyboard I Tahun 1, Semester I Persembahan-

Pelajar luar fakulti

sahaja AMZ 1563 Ensembel Minor I (Gamelan/

Caklempong)

Tahun 1, Semester I Persembahan-

Pelajar luar fakulti

sahaja AMZ 1341 Lyric Diction – Jerman Tahun 1, Semester II Persembahan-

Pelajar vokal sahaja

AMZ 1361 Lyric Diction –

English/Indonesia/Malaysia

Tahun 1, Semester II Persembahan-

Pelajar vokal sahaja

AMZ 1623 Asas Keyboard II Tahun 1, Semester II Persembahan-

Pelajar luar fakulti

sahaja AMZ 1311 Alat Muzik Minor Tahun 1, Semester II Persembahan

AMZ 1431 Pemuliharaan dan Pembaikan

Alat Muzik II

Tahun 1, Semester II Persembahan

AMZ 1573 Ensembel Minor II

(Gamelan/Caklempong)

Tahun 1, Semester II Persembahan-

Pelajar luar fakulti

sahaja AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2361 Ensembel Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2392 Teknik Improvisasi I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik I Tahun 2, Semester I Persembahan

AMZ 2351 Alat Muzik Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2371 Ensembel Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2422 Teknik Improvisasi II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 2872 Pembuatan Alat Muzik II Tahun 2, Semester II Persembahan

AMZ 3231 Alat Muzik Minor III Tahun 3, Semester I Persembahan

AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia Tahun 3, Semester I Persembahan

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat

Page 28: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 27

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AMZ 1503

Alat Muzik Major I

Kelas individu mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major.

Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar

di dalam permainan alat muzik utama pilihan mereka dari segi

teknik, repertoire dan persembahan. Pelajar akan bertemu

dengan pensyarah secara perseorangan (sejam seminggu).

Selain dari kerja kursus, pelajar juga diwajibkan mengambil

bahagian di dalam resital, konsert muzik, bengkel atau

Masterclass. Pelajar juga dikehendaki menduduki peperiksaan

ber-panel pada akhir semester.

2.

AMZ 1513

Teori Muzik I

Pembelajaran teori muzik merupakan elemen terpenting di

dalam pengaplikasian dan pembentukan muzik asas yang

kukuh. Di dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenali dan

menyanyi skala major, empat skala minor, diatonic and

chromatic intervals, triad, 7th chord dan lain-lain inversions.

3.

AMZ 1523

Solfeggio

Solfeggio Solfe ge) merupakan metodologi pendidikan penting

yang digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik

untuk mengenali (identify) nota muzik dan menyanyikannya

secara ‘sight-reading’ atau ‘sight-singing’. Setiap suku-kata

(do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan mewakili tangga-

nada sesebuah skala muzik. Terdapat dua sistem yang

digunakan : i) ‘fixed-do’ di mana ‘do’ adalah notasi ‘C’,

ii)’movable-do’ di mana ‘do’ merupakan nota pertama mana-

mana skala yang digunakan. Penekanan juga dibuat

terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di mana

kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan. Selain dari itu,

kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai

dan mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan

di dalam skil sight-reading menggunakan cara perubahan

tradisional di dalam ‘do’. Penekanan kepada ritma, jeda dan

nada. Pembelajaran di dalam skala major dan minor.

Page 29: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 28

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AMZ 1533

Alat Muzik Major II

Prasyarat : Lulus AMZ 1503 Alat Muzik Major I

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major I.

Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung

kepada pra-syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian

dengan perkembangan dan peningkatan pengajaran per

semester

Seminar Persembahan. Pelajar akan mempraktikkan

tanggungjawab berkisar kepada proses penyediaan dan

pelaksanaan di belakang tabir selain dari membuat satu

persembahan secara solo ataupun pemain pemuzik pengiring.

2.

AMZ 1543

Teori Muzik II

Prasyarat : Lulus AMZ 1513 Teori Muzik I

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik I.

Pelajar akan diajar untuk mengenali dan menyanyi triad

arpeggios, 7th chord arpeggios (major / minor), intermediate

rhythmic dan mengendalikan kaedah transposing.

3.

AMZ 1162

Orkestra / Koir I

Sinopsis Orkestra I

Para pelajar orkestra akan diperkenalkan kepada jenis-jenis

orkestra dan cara pengaplikasian pengajaran muzik secara

teori dan praktikal ke dalam pelbagai jenis genre muzik. Secara

langsung ianya juga menyumbang kepada peningkatan

pengalaman, kemahiran dan bakat di dalam alat muzik

menerusi latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration.

Pembentukan sikap, peranan dan tanggungjawab sebagai

seorang pemuzik akan terserlah, membolehkan berlakunya

proses komunikasi di dalam melahirkan idea ke dalam

persembahan secara berkumpulan.

Sinopsis Koir I

Para pelajar koir diajar untuk memahami teknik asas

pernafasan, suara, posisi badan yang betul untuk

menghasilkan bunyi ton yang baik, mengawal dinamik dan

ekspresi mengikut arahan konduktor. Selain dari tu mereka

akan mempraktikkan suara berpadu dengan membezakan

empat tingkat suara iaitu suara Bass, Tenor, Alto dan Soprano

secara solfege dan rote.

Page 30: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 29

TAHUN 1 SEMESTER II

4.

AMZ 1552

Ensembel I

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain

muzik secara berkumpulan (ensemble playing) samada

menerusi genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar

akan didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang

bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-

masing. Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan adalah :

Klasikal : Ensemble String, Brass, Wind dan Voice.

Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal,

Muzik Cina, Muzik Melayu, Muzik India, Muzik

Makyung, Muzik Wayang Kulit, Paluan Melayu,

Paluan Silat, Dondang Sayang.

Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AMZ 2913

Alat Muzik Major III

Prasyarat : Lulus AMZ 1533 Alat Muzik Major II

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major Tahun 1. Kelas

persendirian mingguan bersama pensyarah utama diteruskan.

Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan

kemahiran pelajar dari segi teknik, repertoire dan persembahan.

Seminar Persembahan. Pelajar diberi pendedahan kepada

tanggungjawab untuk membantu merancang dan melaksanakan

seminar persembahan setiap minggu, selain daripada membuat

satu persembahan secara solo ataupun pemain pemuzik

pengiring.

2.

AMZ 2923

Teori Muzik III

Prasyarat : Lulus AMZ 1543 Teori Muzik II

Lanjutan kepada kursus Teori Muzik II. Pelajar akan diajar

mengaplikasi skala major dan empat skala minor, menganalisa

lagu-lagu dalam ‘drop 2 voicing’ dan mempraktikkan corak

ritma (rhythmic pattern).

Page 31: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 30

TAHUN 2 SEMESTER I

3.

AMZ 2932

Orkestra / Koir II

Prasyarat : Lulus AMZ 1162 Orkestra / Koir I

Sinopsis Orkestra II

Lanjutan kepada Orkestra I, para pelajar orkestra akan

meneruskan latihan solo, sectional, ensemble dan

orchestration berpandukan kepelbagaian muzik dari genre yang

lebih mencabar.

Sinopsis Koir II

Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan mengikuti latihan

vokal dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan

susunan sama ada dalam bentuk unison, part singing secara

acapella, iringan piano, ensembel atau pita rakaman.

4.

AMZ 2942

Ensembel II

Prasyarat : Lulus AMZ 1552 Ensembel I

Lanjutan kepada kursus Ensembel I dan ianya diteruskan

mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan

dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang

diperlukan dan mutu persembahan - bersesuaian dengan

perkembangan / peningkatan pengajaran per semester.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AMZ 2953

Alat Muzik Major IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2913 Alat Muzik Major III

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major III dan ianya

diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan.

Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung

kepada kesesuaian perkembangan dan peningkatan pengajaran

per semester.

Seminar Persembahan. Pelajar akan memastikan bahawa

persembahan mingguan berjalan dengan lancar selain daripada

membuat satu persembahan secara solo ataupun pemain

pemuzik pengiring.

Page 32: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 31

TAHUN 2 SEMESTER II

2.

AMZ 2963

Teori Muzik IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2923 Teori Muzik III

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik III. Pelajar akan

seterusnya diajar menganalisa lagu-lagu dalam ‘four ways

close, drop 2’ dan ‘drop 3 voicing’.

3.

AMZ 2973

Orkestra/Koir III

Prasyarat : Lulus AMZ 2932 Orkestra / Koir II

Sinopsis Orkestra III

Lanjutan kepada Orkestra II, para pelajar orkestra akan

meneruskan latihan solo, sectional, ensemble dan

orchestration berpandukan kepelbagaian repertoire muzik dari

genre klasikal, pop, jazz atau tradisional pada tahap yang lebih

mencabar.

Sinopsis Koir III

Lanjutan kepada Koir II, para pelajar koir akan meneruskan

latihan vokal dengan penggunaan repertoire lagu yang lebih

kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.

4.

AMZ 2983

Ensembel III

Prasyarat : Lulus AMZ 2942 Ensembel II

Lanjutan dari kursus Ensembel Tahun 1. Pelajar akan terus

didedahkan dengan repertoire tahap sederhana dan tinggi dan

yang bersesuaian mengikut kumpulan ensemble masing-

masing.

5.

AMZ 2993

Sejarah Muzik

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendidik pelajar untuk mengenal sejarah muzik Barat

yang merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah

perkembangan muzik dunia. Pelajar akan dapat melihat

perkaitan antara sejarah perkembangan muzik Barat dengan

perkembangan muzik dunia secara amnya dan muzik Malaysia.

Pembelajaran kursus ini mencakupi zaman-zaman gaya muzik

klasik barat iaitu zaman Medieval, Renaissance, Baroque,

Classical dan Abad ke-20. Kursus ini meninjau kehidupan

beberapa komposer terkenal, perkembangan gaya, struktur dan

sumbangan inovasi masing-masing di dalam genre utama.

Selain dari itu, ianya juga menumpu kepada perspektif muzik

sebagai suatu proses peralihan sosial, ekonomi, politik dan

sejarah.

Page 33: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 32

TAHUN 2 SEMESTER II

6.

AMZ 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman

bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan

didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di

dalam industri seni. Setiap pelajar wajib mengikuti penempatan

mengikut pengkhususan pengajian.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AMZ 3483

Alat Muzik Major V

Prasyarat : Lulus AMZ 2953 Alat Muzik Major IV

Lanjutan dari kursus Alat Muzik Major Tahun 1 dan 2. Kelas

persendirian mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major

diteruskan dengan berfokuskan penyediaan pelajar ke arah

Projek Tahun Akhir. Matlamat dan objektif kursus diteruskan

untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar.

.

2.

AMZ 3493

Orkestra/Koir IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2973 Orkestra / Koir III

Sinopsis Orkestra IV

Menerusi pelbagai persembahan yang dibuat, para pelajar

orkestra akan dinilai bukan sahaja menerusi skil dan kemahiran

bermain alat muzik tetapi terhadap sikap, peranan, cara

berkomunikasi dan tanggungjawab sebagai seorang pemuzik di

dalam menyumbangkan idea kepada peningkatan kualiti

persembahan solo, sectional, ensemble dan orchestration.

Sinopsis Koir IV

Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk

mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara

(Bass, Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan

rote, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan

konduktor - menerusi repertoire yang lebih kompleks dari segi

ritma, notasi dan penghayatan.

Page 34: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 33

TAHUN 3 SEMESTER I

3.

AMZ 3503

Ensembel IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2983 Ensembel III

Lanjutan dari kursus Ensembel III dan berpandukan kepada

objektif pencapaian yang telah ditetapkan, perubahan dilakukan

ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan

mutu persembahan - bersesuaian dengan perkembangan /

peningkatan pengajaran per semester.

4.

AMZ 3513

Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi

yang utama merangkumi aspek persejarahan, perkembangan

dan peranannya di dalam masyarakat serta sifat-sifat

kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya juga

membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional yang

terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan

memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem

muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan

struktur bentuk, elemen komposisi dan improvisasi mengikut

pengaruh idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan

perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam

masyarakat.

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AMZ 3994

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Prasyarat : Lulus semua subjek (Wajib Akademi dan Teras

Fakulti) Tahun 1 dan Tahun 2.

Di dalam projek akhir ini, pelajar akan dinilai oleh penal penilai

dalaman secara holistik iaitu menerusi:

I) Persembahan Projek Akhir

II) Penulisan Buku Laporan

III) Viva Voce (Ujian Lisan)

Penekanan dibuat terutamanya pada pengaplikasian:

• Skil dan Teknik

• Kreativiti

• Berfikiran Kritis

• Penelitian (dan Penganalisaan)

• Stail Mengurus dan Memimpin

• Keterampilan Diri

Page 35: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 34

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AMZ 1331

Lyric Diction - Itali

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar

mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang

disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar

dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul

berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International

Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca

dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di

dalam lirik nyanyian mereka.

2.

AMZ 1351

Lyric Diction - Peranchis

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar

mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang

disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar

dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul

berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International

Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca

dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di

dalam lirik nyanyian mereka.

3.

AMZ 1411

Pemulihan & Pembaikan

Alat Muzik I

Kursus ini memberi pendedahan geografi asas yang

berhubungkait dengan jenis-jenis hutan yang menghasilkan

pelbagai kayu-kayan yang boleh digunakan untuk membuat

alat muzik. Ianya juga memberi penekanan kepada pelajar

untuk mengenal pasti punca kerosakan yang sering berlaku

pada sesebuah alat muzik dan cara mengatasinya. Kerja-

kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pelajar mengikut

tahap kerosakan pada alat muzik.

4.

AMZ 1613

Asas Keyboard I

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan

kemahiran teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif,

ekspresif dan konsep teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing

melalui pembelajaran bersemuka, mendengar contoh dan

aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan pemahaman yang

lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang

menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks

pembelajaran sepanjang hayat.

Page 36: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 35

TAHUN 1 SEMESTER I

5.

AMZ 1563

Ensembel Minor I

(Gamelan / Caklempong)

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik

bermain muzik secara berkumpulan (ensemble playing)

samada menerusi genre muzik Klasikal, Moden dan

Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan repertoire tahap

sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan

ensemble masing-masing.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AMZ 1341

Lyric Diction - Jerman

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar

mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang

disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar

dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul

berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International

Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca

dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat

di dalam lirik nyanyian mereka.

2.

AMZ 1361

Lyric Diction –

English/Indonesia/Malaysia

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar

mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang

disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar

dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul

berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International

Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca

dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat

di dalam lirik nyanyian mereka.

3.

AMZ 1623

Asas Keyboard II

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan

kemahiran teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif,

ekspresif dan konsep teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing

melalui pembelajaran bersemuka, mendengar contoh dan

aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan pemahaman yang

lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang

menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks

pembelajaran sepanjang hayat.

Page 37: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 36

TAHUN 1 SEMESTER II

4.

AMZ 1311

Alat Muzik Minor

Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan

lanjutan tentang kemahiran praktikal pada alat muzik kedua

pilihan pelajar. Pelajar juga akan diajar tentang terminologi ,

sistem notasi , interpretasi yang betul dan latihan teknikal

yang diperlukan bagi memahirkan pelajar dalam mengusai

alat muzik tersebut.

5.

AMZ 1431

Pemulihan & Pembaikan Alat

Muzik II

Lanjutan daripada AMZ 1411 Pemulihan & Pembaikan Alat

Muzik I. Kursus ini meluaskan lagi perihal cara-cara lain

untuk mengenal pasti punca kerosakan sesebuah alat muzik

dan cara mengatasinya. Kerja-kerja pembaikan akan

dilaksanakan oleh pelajar mengikut tahap kerosakan pada

alat muzik.

6.

AMZ 1573

Ensembel Minor II

(Gamelan / Caklempong)

Lanjutan kepada kursus Ensembel Minor I dan ianya

diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah

ditetapkan. Perubahan dilakukan terhadap tahap kesukaran

repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan-

bersesuaian dengan perkembangan/ peningkatan pengajaran

per semester.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AMZ 2392

Teknik Improvisasi I

Satu teknik yang perlu bagi seorang pemuzik di mana teknik

ini akan terbaik bagi setiap alat Individual untuk sesebuah

lagu samada ianya berbentuk komposisi, idée atau gubahan

semula. Ianya akan fokus kepada kemahiran,menganalisa dan

pemahaman tentang teknik teknik improvisasi dari sudut teori

dan pratikal.

Page 38: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 37

TAHUN 2 SEMESTER I

2.

AMZ 2311

Alat Muzik Minor I

Lanjutan daripada kursus AMZ 1311 Alat Muzik Minor. Kursus

ini mendidik pelajar dengan pengetahuan lanjutan tentang

kemahiran teknikal, pengaplikasian ritmik dan elemen seni

persembahan menerusi repertoir pilihan berstail – Asli, Inang,

Zapin, Pop Rock Bayon, Bossanova, Cha Cha, Shuffle, Slow

Swing yang diperlukan dalam sesuatu persembahan.

3.

AMZ 2592

Pembuatan Alat Muzik I

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang

pembuatan alat muzik. Pendedahan akan diberikan dari segi

tatacara penggunaan alat pertukangan dan teknik pambuatan

alat muzik, sama ada daripada klasifikasi alat muzik erofon,

kordofon ataupun membranofon.

4.

AMZ 2361

Ensembel Minor I

Kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran permainan,

kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu menerusi

permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu

menerusi persembahan secara berkumpulan sama ada

menerusi genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar

akan didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang

bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-

masing.

5.

AMZ 1431

Pemulihan &

Pembaikan Alat Muzik II

Lanjutan daripada AMZ 1411 Pemulihan & Pembaikan Alat

Muzik I. Kursus ini meluaskan lagi perihal cara-cara lain untuk

mengenalpasti punca kerosakan sesebuah alat muzik dan

cara mengatasinya. Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan

oleh pelajar mengikut tahap kerosakan pada alat muzik.

Page 39: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 38

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AMZ 2422

Teknik Improvisasi II

Kesinambungan dari Teknik Improvisasi 1, Satu teknik yang

perlu bagi seorang pemuzik di mana teknik ini akan terbaik

bagi setiap alat Individual untuk sesebuah lagu samada ianya

berbentuk komposisi, idée atau gubahan semula. Ianya akan

fokus kepada kemahiran, menganalisa dan pemahaman

tentang teknik teknik improvisasi dari sudut teori dan pratikal.

2.

AMZ 2351

Alat Muzik Minor II

Lanjutan daripada kursus AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Kursus

ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan lanjutan

tentang kemahiran praktikal pada alat muzik pilihan. Pelajar

juga akan diajar tentang terminologi lanjutan, sistem notasi,

interpretasi yang betul dan latihan teknikal yang diperlukan

bagi memahirkan pelajar dalam mengusai alat muzik.

Penekanan diberikan kepada teknik bermain alat muzik pilihan

dengan gaya yang betul.

3.

AMZ 2371

Ensembel Minor II

Lanjutan kepada kursus AMZ 2361 Ensembel Minor I. Ia

diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah

ditetapkan. Perubahan dilakukan ke atas tahap kesukaran

repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan –

bersesuaian dengan perkembangan/peningkatan pengajaran

per semester.

4.

AMZ 2872

Pembuatan Alat Muzik II

Lanjutan kepada AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik II.

Penekatan teknik pembuatan alat muzik diteruskan mengikut

klasifikasi organologi dan pilihan jenis alat muzik tradisional

Melayu/Barat yang berbentuk akustik.

Page 40: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 39

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AMZ 3513

Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat

tradisi yang utama merangkumi aspek persejarahan,

perkembangan dan peranannya di dalam masyarakat serta

sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya juga

membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional

yang terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia

dengan memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan

sistem muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi

dan struktur bentuk, elemen komposisi dan improvisasi

mengikut pengaruh idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan

perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam

masyarakat.

2.

AMZ 3231

Alat Muzik Minor III

Lanjutan daripada kursus AMZ 3231 Alat Muzik Minor II.

Pembelajaran kursus bagi alat muzik pilihan. Membentuk

kemahiran penjarian, teknik persembahan pelbagai repertori.

Penekanan kepada pembacaan not.

Page 41: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 40

FAKULTI TEATER FAKULTI TEATER menawarkan Diploma Teater [MQA/FA 0162] dengan menyediakan ruang dan

peluang kepada pelajar untuk mengikuti latihan secara formal dan sistematik. Peluang turut

disediakan kepada mereka yang bercita-cita untuk mengembangkan bakat dan memahirkan diri

dalam bidang teater secara berperingkat bertaraf diploma.

Berteraskan teater tradisional Melayu dan bergerak selari dengan perkembangan teater moden,

pendekatan pembelajaran Fakulti Teater adalah melalui sistem kuliah, kerja studio dan produksi

dengan menitikberatkan pada perguruan dengan tokoh, rujukan pembacaan, perbincangan

kumpulan, pelayaran komputer dan pelaksanaan projek. Pengisian kursus membekalkan

kemahiran dan pengalaman secara mampan berdasarkan keperluan industri seni persembahan

semasa dengan pemberatan pada aspek praktikal tanpa melupakan aspek penguasaan dan

pengukuhan teori.

Terdapat empat (4) skop pengajian di Fakulti Teater iaitu:

i) SEJARAH DAN PENGURUSAN

Mengemukakan kursus yang berkaitan dengan teori, sejarah dan falsafah seni teater

serta pentadbiran dan pengurusan teater, sebagaimana yang dipraktikkan di luar dan di

dalam negara. Kursus-kursus berbentuk produksi juga diwajibkan kepada semua pelajar.

ii) LAKONAN

Untuk melatih dan mengasuh bakat serta minat melalui pembinaan diri sebagai aktor

dengan gaya dan teknik lakon klasik, moden dan eksperimen berdasarkan sistem dan

gaya tokoh-tokoh terpilih dari timur dan barat. Gaya lakon pilihan untuk medium

televisyen dan filem juga diperkenalkan.

iii) PENGARAHAN

Skop ini mendedahkan tugas dan peranan seorang pengarah dengan mendekati sistem

berkaitan pengarahan. Pelajar akan bekerja dan bertanggungjawab secara langsung

sebagai pengarah dalam produksi untuk menguji dan mendapatkan pengalaman

mengarah sebuah produksi.

iv) SINOGRAFI

Skop ini adalah suatu penerokaan artistik melalui bahasa visual dalam bentuk perekaan

dan operasi teater berdasarkan falsafah, teknik dan proses tertentu merangkumi aspek

rekaan kostum, pencahayaan, set, props, latarias, tatarias dan produksi. Pelajar akan

dilatih untuk mengimbangi antara kemahiran teknikal dari aspek lukisan dan rekaan

berkomputer bagi persiapan pra-produksi kearah produksi sebenar.

Page 42: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 41

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Ts. Azizul Zahid Jamal

TIMBALAN DEKAN

Encik Rime Nazren Abd Razak

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Mohd Ya Latip Mohd Daud

PEMBANTU TADBIR

Puan Norziani Mansor

PENSYARAH-PENSYARAH

Cik Rosminah Mohd Tahir

Encik Ahmad Yatim Talib

Puan Balkis Omar

Puan Juhara Ayob

Encik Shariful Akma Abdullah

YM. Engku Nor Zalifah Engku Abdul Rased

YM. Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin

Encik Mohd Shahrul Mizad Ashari

Encik Fasyali Fadzly Saipul Bahri

Page 43: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 42

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA TEATER

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris 1 AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I

ATE 1012 Sejarah & Pengenalan

Teater

ATE 1042 Pengenalan Sinografi

ATE 1022 Asas Lakon ATE 1053 Produksi Teater Moden

ATE 1032 Asas Vokal ATE 1062 Teknik Vokal

ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks ATE 1092 Teater Moden Malaysia

ATE 1082 Komunikasi Visual

ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia ATE 2023 Produksi Teater Kanak-Kanak

ATE 2012 Pengurusan Pentas ATE 2032 Pengarahan

ATE 2042 Improvisasi Gerak ATE 2062 Rekaan Set & Prop

ATE 2043 Rekaan Cahaya ATE 2063 Kritikan Seni Persembahan

ATE 2102 Asas Pengarahan ATE 2092 Lakonan Lanjutan

ATE 2112 Rekaan Kostum & Solekan AWA 2000 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

ATE 3042 Vokal Lanjutan

ATE 3023 Devised Theatre ATE 3073 Kesan Khas Untuk Teater

ATE 3072 Teori & Teknik Lakon ATE 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ATE 3992 Projek Awal

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 44: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 43

KURSUS ELEKTIF YANG DITAWARKAN

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

ATE 1022 Asas Lakon Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1032 Asas Vokal Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1082 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1042 Pengenalan Sinografi Tahun 1, Semester II Teori

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat

Page 45: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 44

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 1012

Sejarah &

PengenalanTeater

Kursus ini merupakan pengenalan terhadap konsep, falsafah

dan sejarah teater, khususnya asal-usul dan evolusi yang

berlaku di dalam teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas

pertumbuhan dan perkembangan teater tempatan dan luar

negara, terutamanya dari segi aliran dan bentuk. Tumpuan

diberikan kepada tradisi Eropah, Amerika dan Asia.

2. ATE 1022

Asas Lakon

Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan

mengemukakan gabungan tiga disiplin: gerak, suara dan

ruang bagi memecahkan rasa gentar dan kaku dalam

membentuk watak dan perwatakan berdasarkan skrip dan

improvisasi lakon. Pelajar akan dibiasakan dengan

‘peralatan’ yang ada pada tubuh mereka kearah membentuk

seorang pelakon yang baik.

3. ATE 1032

Asas Vokal

Pengenalan kepada sistem pernafasan dan anatomi yang

menyokong kepada lontaran vokal melalui latihan olah tubuh,

minda dan suara. Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi

sangat penting diberi penekanan kerana ‘peralatan’ ini

selalunya kurang diberikan perhatian oleh calon-calon

pelakon.

4. ATE 1072

Analisis dan

Interpretasi Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip)

melalui pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan

interpretasi terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang.

Teks-teks tertentu akan dipilih sebagai moden pembelajaran,

di samping teks yang menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

5. ATE 1082

Komunikasi Visual

Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek

lakaran, garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik

dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan

maklumat dan pemikiran visual.

Page 46: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 45

TAHUN 1 SEMESTER I

6.

ATR 1592

Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

Kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman dan

pengetahuan tentang badan manusia. Ini akan meliputi

pembelajaran tulang, otot dan sendi. Pengetahuan ini

adalah penting bagi memahami pergerakan dengan betul

dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat.

Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan

memanaskan badan dan menguatkan otot. Kursus ini juga

meliputi aspek mengelakkan kecederaan serta memberikan

pengetahuan asas tentang tindakan yang perlu diambil

apabila sesuatu kecederaan berlaku.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ATE 1042

Pengenalan Sinografi

Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas

dalam pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka

nilai-nilai artistik di pentas dan menyeimbangkan antara

visual dan dramatik bagi mendapatkan nilai-nilai kekaguman

di pentas dengan menitikberatkan kajian pelbagai segi

seperti; naskhah, ruang, pengarahan, warna dan komposisi,

watak dan perwatakan,dan penonton.

2. ATE 1053

Produksi Teater Moden

Kursus ini melibatkan para pelajar kepada kerja-kerja

produksi teater moden (realism) dengan tugas menyeluruh

pengurusan pentas dan rekaan kreatif bagi merealisasikan

sebuah skrip pilihan. Sebahagian pelajar akan terlibat secara

langsung sebagai pelakon.

3. ATE 1062

Teknik Vokal

Proses melahirkan makna dan mood melalui keberkesanan

vokal hasil daripada penguasaan dalam sistem penafasan

dan pemahaman tentang fungsi anatomi.

4. ATE 1092

Teater Moden

Malaysia

Kursus ini akan menyentuh sejarah perkembangan teater

moden di Malaysia, berdasarkan zaman tertentu dengan

mengkaji skrip dan produksi terpilih. Penekanan diberikan

terhadap aliran dan bentuk teater, termasuk sebarang konsep

dan falsafah di sebalik sesuatu penciptaan atau pementasan.

Page 47: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 46

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ATE 2102

Asas Pengarahan

Kursus ini adalah kursus mempelajari aspek-aspek

pengarahan dengan memberi fokus kepada fungsi seorang

pengarah dan elemen-elemen yang diperlukan dalam

persiapan sesuatu pementasan atau produksi teater. Pelajar-

pelajar akan didedahkan dengan konsep dan tekinik-teknik

pengarahan secara teori dan praktikal.

2. ATE 2012

Pengurusan Pentas

Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan

pentas, meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan di

hadapan pentas. Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana

mengendalikan sebuah panggung teater.

3. ATE 2042

Improvisasi Gerak

Satu teknik eksplorasi bertujuan untuk melahirkan makna,

perasaan, mood dan gerak timbal (tindak balas fizikal) dalam

lakonan fizikal tanpa dialog.

4. ATE 2043

Rekaan Cahaya

Menekankan kepada peranan dan kualiti pencahayaan

melalui kaedah-kaedah merekacipta berdasarkan keperluan

persembahan setelah memahami sistem penggunaan dan

pengendalian pelampuan pentas serta hubungannya dengan

latar hias, set, ruang lakon dan watak-watak.

5. ATE 2112

Rekaan Kostum &

Solekan

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan

pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum, solekan

serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan, mood,

zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu

persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap

aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan

kostum dan juga teknik solekan.

Page 48: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 47

TAHUN 2 SEMESTER II

1. ATE 2023

Produksi Teater

Kanak-Kanak

Kursus produksi (praktikal) ke arah pementasan sebuah

teater khusus untuk khalayak kanak-kanak (6 – 12) tahun.

Pelajar akan memilih sebuah teks yang juga dihasilkan untuk

khalayak kanak-kanak bagi tujuan pementasan ini dan

mengangkat satu pementasan yang memberikan penekanan

kepada elemen-elemen terpenting yang seharusnya ada di

dalam sebuah produksi teater kanak-kanak.

2. ATE 2032

Pengarahan

Aspek lanjutan dalam kerja-kerja pengarahan melalui teori.

Kaedah dan pendekatan khusus. Penekanan diberikan

terhadap pemahaman konsep, analisis teks, watak dan

perwatakan serta rekaan produksi.

3. ATE 2062

Rekaan Set dan

Prop

Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek

penciptaan dan penyediaan set serta prop untuk sesuatu

persembahan teater. Pelajar-pelajar akan digalakkan

mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta pemahaman

daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat

dipraktikkan untuk tujuan pementasan.

4. ATE 2063

Kritikan Seni

Persembahan

Memperkenalkan dan membincangkan teori-teori kritikan

yang boleh digunakan untuk menganalisa karya teater sama

ada berbentuk produksi atau skrip melalui karya-karya terpilih

sebagai meningkatkan apresiasi karya teater dengan lebih

mendalam dan berkesan.

5. ATE 2092

Lakonan Lanjutan

Pelajar-pelajar akan mendalami bidang lakonan melalui

pemerhatian, penyelidikan, perbincangan dan penilaian

sesuatu lakonan melalui skrip, pementasan dan penontonan.

Page 49: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 48

TAHUN 3 SEMESTER I

1. ATE 3023

Devised Theatre

Bagaimana membina atau merangkaikan bahan cerita yang

tidak lengkap atau tidak berdiri sendiri menjadi sebuah bentuk

penceritaan yang lengkap. Disiplin ini mendedahkan pelajar

kepada cara bekerja secara berkumpulan dan bagaimana

kolektif idea dirangkai dan dijalin melalui proses non

konvensional.

2. ATE 3072

Teori dan Teknik Lakon

Mendekati lakonan melalui teknik dan gaya lakon terpilih bagi

memantapkan diri sebagai pelakon. Kursus ini menekankan

teknik lakon Sistem Stanislavski juga memperkenalkan teknik

Grotowski, Brecht, Suzuki dan lain-lain lagi.

3. ATE 3992

Projek Awal

Pelajar lebih memfokuskan tentang pembacaan dan

perbincangan tentang naskhah yang dipilih. Pelajar akan

memilih dan menentukan sebuah projek penilaian yang

berkaitan dengan bidang pengkhususan. Membuat proposal

dan pembentangan tajuk projek.

TAHUN 3 SEMESTER II

1. ATE 3042

Vokal Lanjutan

Ini merupakan kursus lanjutan untuk memperhalusi kekuatan

vokal supaya sentiasa di dalam keadaan bersedia, bertenaga

dan terkawal. Kursus ini bertujuan membantu pelajar-pelajar

mematangkan lagi penggunaan vokal dan mengetahui

permasalahan serta cara-cara mengatasinya. Penekanan

lebih banyak diberikan kepada aspek pemahaman teks dan

gaya pengucapan yang tepat serta bervariasi.

2. ATE 3073

Kesan Khas Untuk

Teater

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta

pengalaman asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah

kesan khas dalam persembahan pentas (teater).

Page 50: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 49

TAHUN 3 SEMESTER II

3. ATE 3994

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Pelajar akan melaksanakan satu projek akhir berdasarkan

kertas cadangan yang telah diluluskan dalam Projek Awal.

Projek berbentuk produksi ini sama ada melibatkan pelajar

sebagai pelakon, pengarah atau sinografer, secara individu

atau berkumpulan. Pelajar juga wajib menduduki Seminar Akhir

(viva voce) yang akan menilai hasil kerja mereka melalui projek

tersebut.

Page 51: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 50

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 1022

Asas Lakon

Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan

mengemukakan gabungan tiga disiplin, gerak, suara dan

ruang bagi memecahkan rasa gentar dan kaku dalam

membentuk watak dan perwatakan berdasarkan skrip dan

improvisasi lakon. Pelajar akan dibiasakan dengan peralatan

yang ada pada tubuh mereka kearah membentuk seorang

pelakon yang baik.

2. ATE 1032

Asas Vokal

Pengenalan kepada sistem penafasan dan anatomi yang

menyokong kepada lontaran vocal melalui latihan olah

tubuh, minda dan suara. Latihan-latihan praktikal secara

latih-tubi sangat penting diberi penekanan kerana peralatan

ini selalunya kurang diberikan perhatian oleh calon-calon

pelakon.

3. ATE 1072

Analisis dan Interpretasi

Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip)

melalui pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan

interpretasi terhadap cerita, watak dan pemikiran

pengarang. Teks-teks tertentu akan dipilih sebagai moden

pembelajaran di samping teks yang menjadi pilihan untuk

sesuatu produksi.

4. ATE 1082

Komunikasi Visual

Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan

aspek lakaran, garisan, warna serta kefahaman rekabentuk

grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi

menyampaikan maklumat dan pemikiran visual.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

ATE 1042

Pengenalan Sinografi

Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas

dalam pelbagai disiplin seni bagi memudahkan

menciptareka nilai-nilai artistik di pentas dan

menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi

mendapatkan nilai-nilai kegaguman di pentas dengan

menitikberatkan kajian pelbagai segi seperti naskhah ruang,

pengarahan, warna dan komposisi watak dan perwatakan

dan penonton.

Page 52: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 51

FAKULTI TARI FAKULTI TARI menawarkan pengajian yang menyeluruh di dalam teknik-teknik dari pelbagai

genre Tarian Malaysia, Asia dan Barat. Fokus utama fakulti dalam pengajian tahap Diploma Seni

Tari [MQA/FA 0163] adalah untuk melahirkan penari profesional yang berilmu dan berkaliber

dengan pengetahuan yang mendalam mengenai kesenian khususnya teknik tari tradisional dan

kontemporari. Pada masa yang sama fakulti ini berhasrat melahirkan graduan yang

berkemampuan menghasilkan karya kreatif di samping mengendalikan bengkel dan kursus dalam

bidang tari.

Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui

kegiatan studio, kuliah dan produksi melalui pendekatan pembelajaran bersifat perguruan

dengan tokoh, rujukan pembacaan, pelaksanaan projek serta bengkel-bengkel tari yang dianjur

khas bersama pengiat seni tanahair. Pengisian yang menyeluruh ini akan mengasah kemahiran

dan memberikan pengalaman serta semangat juang yang tinggi khususnya dalam bidang seni

tari agar graduan tari mampu menyumbang kepada pembangunan industri tari di Malaysia.

Terdapat empat (4) modul pengajian di Fakulti Tari iaitu:

i) Modul Kesenian Tradisional

Modul Kesenian Tradisional adalah wajib bagi semua pelajar dalam Fakulti Tari.

Modul ini melatih dan mengasah bakat serta minat berdasarkan sistem pendidikan

beberapa tokoh yang terpilih. Pengenalan bentuk penting serta kefahaman gerak

tradisi, latarbelakang dan asal-usul tarian, konteks persembahan serta etnologi.

Modul ini merangkumi tarian Klasik Melayu, Tari Rakyat yang wujud di serantau

negara seperti Dabus, Asyik dan Joget Gamelan, Tarian Joget, Inang dan Zapin,

Tarian Sabah dan Sarawak serta Tai Chi dan Silat. Turut ditawarkan ialah tarian Cina

dan India. Kesenian tarian tradisional yang ada di Malaysia teramat luas dan kaya,

maka tidak mungkin diajar semuanya dalam enam semester. Dengan itu, pelajar akan

dibekalkan ilmu untuk meneliti, menganalisa dan memahami pergerakan supaya

dapat mengaplikasikan sistem ini dalam sebarang tarian yang ingin dikaji seterusnya.

Page 53: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 52

ii) Modul Koreografi

Modul ini bertujuan menghasilkan karyawan tari yang inovatif dan kreatif. Daya

kretiviti diasah melalui proses pembelajaran yang bermula di dalam studio tari ke

alam sekitar. Kursus seperti improvisasi, komposisi dan koreografi dapat membentuk

dan memperkembangkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar secara sistematik.

Pelajar digalakkan mengambil bahagian dan menyaksikan sebanyak mungkin

produksi tari samada di dalam mahupun di luar ASWARA. Eksplorasi gerak

berteraskan gaya tradisi diharapkan dapat menghasilkan suatu nafas kotemporari

yang beridentitikan Malaysia.

iii) Modul Teori dan Sejarah

Modul ini menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan teori dan falsafah seni

tari. Kursus ini juga memperkuatkan kebolehan pelajar berkomunikasi, menganalisa

serta mengkaji bidang tari. Kursus Sejarah Tari, Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan merupakan kursus wajib di samping kursus Pengenalan Teori

Persembahan dan Sejarah Tari Malaysia. Semua pelajar diwajibkan melengkapkan

satu program berbentuk kajian tradisional bagi memberi pendedahan kepada pelajar

tentang kaedah penyelidikan dan etnologi tari.

iv) Modul Kesenian Kontemporari

Modul ini juga merupakan modul wajib untuk pelajar Fakulti Tari. Modul ini bertujuan

untuk memupuk minat dan kecenderungan kepada bentuk dan teknik tarian seperti

Ballet, Moden, Jazz dan gaya tarian terkini. Teknik moden seperti Graham,

Cunningham, Hawkins dan sebagainya diajar secara terperinci dan intensif supaya

pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya tarian berkenaan. Modul ini

berperanan penting dalam membantu pelajar khususnya aspek pembinaan

perbendaharaan gerak yang akhirnya akan di kembangkan untuk tujuan berkarya.

Pada masa yang sama, teknik-teknik yang diajar ini amat berfaedah untuk memberi

kefahaman tentang ruang, tubuh, tenaga dan konsep masa.

Page 54: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 53

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Puan Norsafini Jaafar

TIMBALAN DEKAN

Encik Mohd Seth Hamzah

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Siti Maszura Jumadi

PEMBANTU TADBIR

Puan Nora Tambi

PENSYARAH – PENSYARAH Datin Marion D’Cruz Puan Zamzuriah Zahari Encik Umesh Shetty

Encik Yunus Aliallah @ Ismail

Encik Mohd Nur Faillul Adam Puan Norbaizura Abd Ghani Puan Murni Omar

Page 55: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 54

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI TARI

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1152 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1102 Wayang Kulit I/

Bangsawan I/

Makyung I

ATR 1512 Tari Tradisional Awalan ATR 1542 Tari Tradisional Pertengahan

ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan ATR 1552 Teknik Tari Barat Lanjutan

ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan ATR 1562 Pergerakan Kreatif Lanjutan

ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia ATR 2562 Tari Rakyat Pertengahan

ATR 2502 Silat ATR 2572 Tari Klasik Melayu Pertengahan

ATR 2512 Tari Rakyat Awalan ATR 2582 Persembahan Pertengahan

ATR 2522 Tari Klasik Melayu Awalan ATR 2592 Komposisi Lanjutan

ATR 2532 Persembahan Awalan ATR 2602 Pengenalan Teori Persembahan

ATR 2542 Komposisi Awalan AWA 2000 Latihan Industri

ATR 2552 Sejarah Tari Malaysia

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

ATR 3562 Persembahan Tari Rakyat

ATR 3502 Tari Rakyat Lanjutan ATR 3574 Praktikal Persembahan

ATR 3552 Tai Chi ATR 3554 Projek Tahun Akhir PeTA

ATR 3572 Tari Klasik Melayu Lanjutan

ATR 3534 Persembahan Lanjutan

ATR 3544 Asas Koreografi

ATR 3550 Projek Awal

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 56: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 55

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

ATR 1512 Tari Tradisional

Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester 1 Praktikal-

Persembahan

ATR 1522 Teknik Tari Barat

Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal -

Persembahan

ATR 1532 Pergerakan Kreatif

Awalan

Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal -

Koreografi

ATR 1542 Tari Tradisional

Pertengahan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal -

Persembahan

ATR 1552 Teknik Tari Barat

Lanjutan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal -

Persembahan

ATR 1562 Pergerakan Kreatif

Lanjutan

Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal -

Persembahan

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 57: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 56

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

ATR 1512

Tari Tradisional Awalan

Kursus ini berteraskan keunikan seni tarian di Malaysia

yang wujud berdasarkan kepelbagai kaum dan etnik.

Sukatan pembelajaran kursus ini memberi penumpuan

kepada tarian-tarian kaum terbesar di Malaysia iaitu Tarian

Rakyat Melayu (Asli dan Joget), Tarian Cina (Tari Rakyat/

Tarian Klasik) dan Tarian Klasik India.

2.

ATR 1522

Teknik Tari Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet

dan tari kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari

adalah pengenalan teknik yang merangkumi aspek seperti

postur, kekuatan otot, kelenturan badan, kefahaman gerak,

konsep, falsafah, teori dan sejarahnya.

3.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara

spontan yang sangat berfaedah untuk penari dan pelakon.

Pelajar akan didedah dan dilatih melalui proses eksplorasi

pergerakan dengan menggunakan motivasi yang berbeza

seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa yang sama,

pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

4.

ATR 1592

Anatomi dan Pencegahan

Kecederaan

Kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan

pengetahuan tentang tubuh badan manusia. Ini akan

meliputi pembelajaran tulang, otot dan sendi. Pengetahuan

ini adalah penting bagi memahami pergerakkan dengan

betul dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat.

Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan

memanaskan badan dan menguatkan otot. Kursus ini juga

akan meliputi aspek mengelakkan kecederaan serta

memberi pengetahuan asas tentang tindakan yang perlu

diambil apabila sesuatu kecederaan berlaku.

Page 58: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 57

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

ATR 1542

Tari Tradisional

Pertengahan

Kursus ini adalah sambungan kepada kursus yang

diperkenalkan pada semester I. Pelajar akan mendalami lagi

kefahaman dalam bidang tarian tradisional dan mempelajari

beberapa tarian daripada genre tarian Malaysia seperti Tari

“Mou Li Hua”, Tari Ikan, Tari Inang, Tari Zapin dan

“Adavus” untuk Tari India. Beberapa persembahan akan

dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar.

2.

ATR 1552

Teknik Tari Barat Lanjutan

Kursus ini merupakan sambungan daripada kursus daripada

semester satu iaitu Teknik Tari Barat Awalan. Masih

menyentuh tentang pengenalan kepada bentuk tari ballet

dan tari kontemporari. Pelajar diharap dapat

mempertingkatkan lagi kebolehan dan kefahaman teknik,

konsep, falsafah serta sejarah amnya.

3.

ATR 1562

Pergerakan Kreatif Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Pergerakan Kreatif

Awalan. Selain dari melatih pelajar mencari gerak secara

spontan, ia mementingkan aspek persembahan dan elemen

koreografi. Melalui proses eksplorasi, pelajar digalakkan

mengadakan persembahan berkonsep ‘improvisasi’ dan

menggunakan proses ‘improvisasi’ untuk menghasilkan

karya. Ini adalah satu cara berkarya yang unik dan

tersendiri. Latihan dan persembahan dalam kumpulan

merupakan satu aspek penting dalam kursus ini.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

ATR 2502

Silat

Kursus ini merupakan asas teknik seni silat yang merupakan

seni mempertahankan diri masyarakat Melayu. Tujuan

kursus ini ialah untuk memantapkan dan memusatkan

tenaga bagi memperkuatkan stamina dan badan seorang

penari. Pelajar akan memahami asas utama estetika gerak

silat dan kemurnian olahan tubuh yang berjiwa Melayu.

Page 59: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 58

TAHUN 2 SEMESTER I

2.

ATR 2512

Tari Rakyat Awalan

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada beberapa

bentuk tarian rakyat Malaysia seperti Tari Inai, Tari Kipas,

Sapu Tangan dan Allarippu. Tari Inai merupakan sebuah

tarian yang berlandaskan teknik seni mempertahankan diri

iaitu silat di mana ianya berasal daripada kampung Bechah

Tedong, Kelantan. Pelajaran tarian Cina dan India akan

diteruskan dengan menambah ilmu dan pengetahuan

bentuk, gaya, sejarah dan falsafah.

3.

ATR 2522

Tari Klasik Melayu Awalan

Kursus ini memberi latihan intensif repetoire tarian klasik

Melayu seperti tarian Layang Mas dan tarian Asyik.

Pembelajaran menjurus kepada ciri–ciri tarian yang unik dan

tersendiri. Selain daripada itu, pelajar juga diberi

pemahaman tentang disiplin dan tertib tarian klasik yang

mementingkan keayuan, kelembutan, kesinambungan

pergerakan, kesopanan dan lain-lain yang berkaitan.

4.

ATR 2532

Persembahan Awalan

Kursus ini adalah sambungan daripada kursus dalam tahun

satu semester dua iaitu Teknik Tari Barat Lanjutan. Kursus

ini menekankan aspek perkembangan dan pemantapan

kefahaman serta teknik, konsep, falsafah dalam tari ballet

dan kontemporari. Antara teknik yang diajar adalah seperti

Graham, Cunningham, Limon dan Hawkins.

5.

ATR 2542

Komposisi Awalan

Kursus ini menyentuh elemen-elemen yang berkaitan

tentang tatacara penyusunan sesebuah karya tari. Pada

peringkat awal, Pelajar akan dilatih dalam aspek asas yang

juga merupakan elemen penting di dalam dunia penciptaan

tari seperti ruang, masa, aras dan cara menyusun

pergerakkan. Seterusnya, pergerakan yang diperolehi hasil

daripada eksplorasi gerak berdasarkan elemen asas

berkenaan akan disusun ke dalam bentuk persembahan.

Akhirnya, pelajar perlu mempersembahkan karyanya dalam

bentuk solo dan berkumpulan.

Page 60: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 59

TAHUN 2 SEMESTER I

6. ATR 2552

Sejarah Tari Malaysia

Kursus ini merupakan pengenalan sejarah tari di Malaysia

secara global. Kursus ini membincangkan kepelbagaian

genre tari-tari klasik, rakyat, ritual, moden, pascamoden

dan kontemporari. Kursus ini juga membincangkan

beberapa contoh yang spesifik daripada budaya tari yang

terpenting seperti China, Indian, Asia Tenggara, Eropah dan

juga Amerika.

Peninjauan terhadap tema-tema global yang terkini turut

dimuatkan dalam pengajaran kursus ini. Perkembangan tari

akan dikaji dalam konteks sosio-budaya dan senario politik

di negara-negara yang berkenaan. Tokoh-tokoh tari iaitu

koreografer, penari dan impresario akan dibincang dari segi

sumbangan dan pengaruh mereka.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

ATR 2562

Tari Rakyat Pertengahan

Tarian-tarian yang akan diajar dalam kursus ini adalah Tari

Piring yang berasal dari Negeri Sembilan, Tarian Cina (Tari

Pahlawan/ Tarian Duang Huang) dan Tari India (Allarippu).

Teknik tarian-tarian berkenaan adalah lebih rumit

berbanding tarian yang diajar pada semester-semester

sebelumnya. Selain daripada itu, pelajar akan belajar

mengenai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri yang

terdapat dalam tarian-tarian yang diajar dengan lebih

terperinci dan mendalam.

2.

ATR 2572

Tari Klasik Melayu

Pertengahan

Kursus ini memberi latihan intensif repetoire tarian klasik

Melayu Joget Gamelan. Pelajar akan mempelajari teknik

pergerakan secara terperinci dan seterusnya memahami

tentang aspek tertib dan dan ciri-ciri tersendiri yang perlu

dalam persembahan tarian Joget Gamelan seperti keayuan,

kelembutan serta kesopanan.

Page 61: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 60

TAHUN 2 SEMESTER II

3.

ATR 2582

Persembahan Pertengahan

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus pada tahun

dua, semester satu iaitu kursus Persembahan Awalan.

Kursus ini lebih kompleks di mana ianya merangkumi

pergerakkan dan ‘sequence’ yang lebih mencabar

khususnya dalam tarian ballet dan tari kontemporari.

4.

ATR 2592

Komposisi Lanjutan

Kursus ini bertujuan memperkembangkan pengetahuan

tentang bidang koreografi. Peringkat kedua ini akan

menyambung peningkatan pengetahuan dan pengalaman

terhadap elemenelemen penting di dalam dunia penciptaan

tari. Selain daripada itu,kursus ini juga menuntut pelajar

untuk menghasilkan karya solo dan berkumpulan yang

digarap dengan elemen-elemen sokongan seperti muzik,

teks, penggunaan ruang persembahan dan sebagainya

yang bersesuaian dengan koreografi.

5.

ATR 2602

Pengenalan Teori

Persembahan

Kursus ini memberi pengenalan kepada teori dan konsep

dalam seni persembahan. Perkara dan elemen-elemen yang

menghasilkan prestasi yang tinggi dalam persembahan

termasuklah kaitan dengan skrip, pembawaan watak,

penghayatan gerak serta hubungan dengan penonton.

Pelajar diwajibkan menghadiri beberapa bentuk

persembahan yang berlainan dan seterusnya membuat

ulasan tentang persembahan tersebut secara lisan dan

bertulis.

Page 62: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 61

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

ATR 3502

Tari Rakyat Lanjutan

Kursus ini akan memperkenalkan tarian-tarian rakyat seperti

tarian suku etnik di Sarawak, tarian suku etnik di Sabah, Tari

Cina (Xinjiang, Mongolia dan Tarian Tibet) dan Tari India

(Tarian Jatiswaram).

2.

ATR 3552

Tai Chi

Kursus ini menawarkan kefahaman tentang teknik asas

pergerakan Tai Chi yang mementingkan prinsip penyatuan

minda dan tubuh badan berdasarkan kepada elemen-elemen

seperti Song (relaxation), Chen (rooting), Zhong (center

equilibrium), Ding (calmness). Seterusnya pelajar akan

belajar jurusan-jurusan penting dalam gerak Tai Chi yang

terdiri daripada Jing (motion), Qi (breath) dan Shen (mind).

3.

ATR 3572

Tari Klasik Melayu

Lanjutan

Kursus ini memberi latihan intensif Tari Klasik Melayu -

Terinai. Terinai adalah merupakan sebuah Tari Klasik Melayu

yang berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Tarian ini

mempunyai ciri ciri kemelayuan yang unik dan tersendiri yang

penuh dengan keayuan, kelembutan serta kesopanan.

4.

ATR 3534

Persembahan Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus tahun satu dan dua.

Pembelajaran diteruskan ke atas teknik tarian moden dari

Amerika Syarikat seperti teknik Graham, Cunningham, Limon,

Hawkins dan teknik ballet. Walau bagaimanapun, teknik-

teknik lain yang berkaitan juga di ajar untuk membina

perbendaharaan gerak yang luas dan bebas.

5.

ATR 3544

Asas Koreografi

Kursus ini melibatkan semua elemen yang dipelajari dalam

kursus improvisasi dan komposisi. Ia menyediakan pelajar

untuk mementaskan suatu karya dengan memikirkan

keseluruhan elemen persembahan seperti konsep, gaya dan

idea-idea kreatif serta elemen pementasan seperti set, prop,

kostum dan lampu.

Page 63: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 62

TAHUN 3 SEMESTER I

6.

ATR 3550

Projek Awal (PeTA)

Kursus ini merupakan kursus yang menumpu kepada projek

penilaian tahun akhir. Pelajar perlu menyiapkan projek

masing-masing serta membuat persembahan pra-tonton.

Semua pelajar dinilai sebagai penari dalam seksyen tarian

tradisional dimana para pelajar wajib mempersembahkan

tujuh(7) buah tarian tradisional. Para pelajar yang dinilai

sebagai penari perlu mempersembahkan dua(2) buah tarian

kontemporari. Manakala para pelajar yang dinilai sebagai

koreografer, perlu menghasilkan sebuah karya koreografi.

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

ATR 3562

Persembahan Tari Rakyat

Kursus ini merupakan pemantapan kesemua kursus Tari

Rakyat yang telah dipelajari sebelum ini. Pemantapan ini

adalah bagi membantu dalam proses persiapan Penilaian

Tahun Akhir Diploma (PeTA).

2.

ATR 3574

Praktikal Persembahan

Kursus ini merupakan lanjutan dari kursus teknik tari barat.

Pada semester ini lanjutan pembelajaran teknik tarian

kontemporari seperti Graham, Cunningham, Limon, Hawkins

dan ballet diteruskan. Pada masa yang sama kursus ini juga

memberi fokus kepada pembinaan dan perkembangan

perbendaharaan gerak yang luas dalam teknik kontemporari

dan teknik ballet.

Page 64: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 63

TAHUN 3 SEMESTER II

3.

ATR 3554

Projek Tahun Akhir (PeTA)

PeTA merupakan peperiksaan akhir bagi penganugerahan

diploma ASWARA. Semua pelajar fakulti tari harus

menyediakan dan memenuhi syarat berikut:

Bahagian 1:

Penilaian sebagai penari/performer dalam tujuh(7) buah

tarian tradisional (Wajib)

1) Tari Piring

2) Tari Inai

3) Tarian klasik India (Bharatanatyam)

4) Tarian Cina

5) Tarian Sarawak/Sabah

6) Tarian Zapin

7) Tarian Klasik Melayu

(Joget Gamelan/Terinai/Mengadap Rebab)

Bahagian 2:

Penilaian sebagai performer dalam dua(2) buah karya

kontemporari.

Page 65: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 64

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER I

1.

ATR 1512

Tari Tradusional Awalan

Kursus ini berteraskan keunikan seni tarian di Malaysia yang

wujud berdasarkan kepelbagai kaum dan etnik. Sukatan

pembelajaran kursus ini memberi penumpuan kepada

tarian-tarian kaum terbesar di Malaysia iaitu Tarian Rakyat

Melayu (Asli dan Joget). Tarian Cina (Tari Rakyat/Tarian

Klasik) dan Tarian Klasik India.

2

ATR 1522

Teknik Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet

dan tari kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari

adalah postur, kekuatan otot, kelenturan badan, kefahaman

gerak, konsep, falsafah, teori dan sejarahnya.

3.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara

spontan yang sangat berfaedah untuk penari dan pelakon.

Pelajar akan didedah dan dilatih melalui proses eksplorasi

pergerakan dengan menggunakan motivasi yang berbeza

seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa yang sama,

pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER II

1.

ATR 1542

Tari Tradusional

Pertengahan

Kurus ini adalah sambungan kepada kursus yang

diperkenalkan pada semester I. Pelajar akan mendalami lagi

kefahaman dalam bidang tarian tradisional dan mempelajari

beberapa tarian daripada genre tarian Malaysia seperti Tari

“Mou Li Hua”. Tari Ikan, Tari Inang, Tari Zapin dan

“Adavus” untuk Tari India. Beberapa persembahan akan

dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar.

Page 66: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 65

TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER II

2

ATR 1552

Teknik Tari Barat Lanjutan

Kursus ini merupakan kursus daripada semester II iaitu

Teknik Tari Barat Awalan. Masih menyentuh tentang

pengenalan kepada bentuk tari ballet dan tari kontemporari.

Pelajar diharap dapat mempertingkatkan lagi kebolehan dan

kefahaman teknik konsep serta sejarah amnya.

3.

ATR 1562

Pergerakan Kreatif Lanjutan

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Pergerakan Kreatif

Awalan. Selain dari melatih pelajar mencari gerak secara

spontan, ia mementingkan aspek persembahan dan

digalakkan mengadakan persembahan berkonsep

”improvisasi” dan menggunakan proses “improvisasi” untuk

menghasilkan karya ini adalah satu cara berkarya yang unik

dan tersendiri. Latihan dan persembahan dalam kumpulan

merupakan satu aspek penting dalam kursus ini.

TAHUN 1 HINGGA 3 SEMESTER I DAN II

1.

ATR 1522

Teknik Tari Barat Awalan

Kursus ini memberi pengenalan kepada bentuk tari ballet

dan tari kontemporari. Antara topik utama yang dipelajari

adalah pengenalan teknik yang merangkumi aspek seperti

postur, kekuatan otot, kelenturan badan, kefahaman gerak,

konsep, falsafah, teori dan sejarahnya.

2.

ATR 1532

Pergerakan Kreatif Awalan

Kursus ini melatih pelajar dalam pencarian gerak secara

spontan yang sangat berfaedah untuk penari dan pelakon.

Pelajar akan didedah dan dilatih melalui proses eksplorasi

pergerakan dengan menggunakan motivasi yang berbeza

seperti emosi, alam semulajadi. Pada masa yang sama,

pelajar diwajibkan berkarya dan juga terlibat dalam projek

yang berbentuk kreatif, pelbagai disiplin, teater muzikal dan

sebagainya.

Page 67: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 66

FAKULTI PENULISAN KREATIF

Program Diploma Penulisan Kreatif [MQA/FA 0165] diwujudkan dengan matlamat

memberikan pendedahan dan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan

berpengalaman dalam bidang penulisan untuk mempelajari dan mendalami ilmu

penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan

praktik yang lebih bersistematik.

Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan

oleh para pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpengalaman dan

berkelayakan dalam bidang masing-masing. Tumpuan atau kursus teras Fakulti

Penulisan Kreatif pada peringkat Diploma menjurus kepada penulisan dramatik (drama

pentas, drama televisyen dan lakon layar), meskipun kursus-kursus penulisan cereka,

biografi, penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan

pembelajaran memberat kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di

samping mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan

kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat Diploma,

Fakulti Penulisan Kreatif disusun sedemikian rupa bagi disesuaikan dengan keperluan

dan permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem).

Page 68: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 67

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Puan Siti Raihani Mohamed Saaid

TIMBALAN DEKAN

Encik Mohd Ridzuan Harun

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Yus Adlin Ramli

PEMBANTU TADBIR

Cik Nurul Erna Musa

PENSYARAH - PENSYARAH

YBhg. SN Dato’ Dr. Mohd Anuar Rethwan

Dr. Azman Ismail

Puan Susilawati Kamaruzzaman

Encik Zakaria Ariffin

Encik Azrie Izham Hamzah

Puan Syahidatul Munirah Badrul Munir

Page 69: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 68

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA PENULISAN KREATIF

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris 1 AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan

Melayu APN 1122 Pengenalan Drama Melayu

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan

Kreatif APN 1132 Bahasa dalam Penulisan

Kreatif

AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan

Animasi APN 1142 Penulisan Drama Radio

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia APN 2452 Teori Apresiasi dan Kritikan

Teks

APN 2402 Penulisan Rencana APN 2463 Penulisan Cerpen

APN 2412 Psikologi Watak APN 2473 Penulisan Biografi

APN 2423 Penulisan Skrip Animasi APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

APN 2433 Penulisan Drama Pentas APN 2493 Desktop Publishing

APN 2443 Penulisan Drama Televisyen AWA 2000 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

APN 3542

Pengucapan Awam

APN 3503 Penulisan Novel Remaja APN 3552 Seminar Cereka

APN 3512 Penulisan Lirik APN 3994 Projek Akhir (PeTA)

APN 3523 Penulisan Lakon Layar II

APN 3543 Penulisan Dokumentari

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 70: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 69

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan

Melayu Tahun 1, Semester I Kreatif

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan

Kreatif Tahun 1, Semester I Kreatif

APN 1122 Pengenalan Drama Melayu Tahun 1, Semester 2 Kreatif

APN 1152 Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

Tahun 1, Semester 2 Kreatif

APN 2402 Penulisan Rencana Tahun 2, Semester I Kreatif

APN 2412 Psikologi Watak Tahun 2, Semester I Psikologi

APN 2483 Penulisan Lakon Layar 1

Tahun 2, Semester 2 Layar

APN 2493 Desktop Publishing Tahun 2, Semester 2 Teknologi

Maklumat

APN 3512 Penulisan Lirik

Tahun 3, Semester I Kreatif

APN 3542 Pengucapan Awam

Tahun 3, Semester 2 Komunikasi

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 71: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 70

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan

Melayu

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula

daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita

hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional

hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan

Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,

Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga

turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu

moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi,

cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor

tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun

Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain.

Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya

puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di

samping meneliti pemikiran serta weltanschauung

pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.

2.

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan

Kreatif

Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip

asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka –

cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip

gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan

diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di

samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat

di dalam penulisan genre naratif itu.

3.

AAM 1042

Pengenalan dan

Penceritaan Animasi

Pengenalan asal usul animasi dan perbincangan meliputi

topik genre, pemikiran dan teknik-teknik yang digunakan

dalam penghasilan filem animasi.

Page 72: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 71

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

APN 1122

Pengenalan Drama Melayu

Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu

bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan

dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden.

Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula

dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat

Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini

selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran

sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan

impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu

moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan

pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan

menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah

dihasilkan.

2.

APN 1132

Bahasa Dalam Penulisan

Kreatif

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai

penggunaan Bahasa Melayu yang betul, tepat, sesuai dan

berkesan dalam penulisan kreatif, terutama dalam

menghasilkan karya cereka dan puisi serta naskhah drama

pentas. Tumpuan akan diberikan kepada aspek tatabahasa,

gaya bahasa dan seumpamanya, serta bagaimana

menerapkannya dalam penghasilan karya/naskhah. Bahasa

dari sudut kreatif dan keberkesanannya sebagai wahana

menyampaikan cerita dan pemikiran pengarang akan

menjadi tumpuan utama kursus ini.

3.

APN 1142

Penulisan Drama Radio

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada

pelajar dalam menghasilkan skrip drama radio yang bermutu

dan sesuai dengan perkembangan semasa. Beberapa jenis

drama radio berdasarkan durasi penyiaran yang diamalkan

oleh Radio dan Televisyen Malaysia memerlukan penulis

skrip yang peka dan memahami selok belok sistem dan

etika penyiaran. Teknik yang digunakan dalam skrip dan

semasa rakaman, latar belakang dan sejarah perkembangan

drama radio di negara ini menjadi sebahagian kandungan

kursus. Matlamat akhir kursus ini adalah untuk membantu

memantapkan daya kreatif pelajar dalam menghasilkan skrip

drama radio bermutu sebagai sumber pendapatan atau

kerjaya sepenuh masa mereka.

Page 73: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 72

TAHUN 1 SEMESTER II

4.

APN 1152

Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon

televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan

filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan

didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua

medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting.

Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas

penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka),

termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan.

Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis

atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium

televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

APN 2402

Penulisan Rencana

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan

dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau

esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan

untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk

laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis,

muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan

pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai

pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka

menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai

kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.

2.

APN 2412

Psikologi Watak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia

yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan

naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam

penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta

masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang

dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan

lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada

pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah

timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang

menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif

(cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas,

televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan

akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan

aspek psikologi berkenaan.

Page 74: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 73

TAHUN 2 SEMESTER I

3.

APN 2423

Penulisan Skrip Animasi

Lanjutan daripada kursus AAM 1042 Pengenalan dan

Penceritaan Animasi. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing

untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan cerita serta watak dan perwatakan

(termasuk menyediakan biografi atau latar watak) yang

sesuai untuk satu siri animasi televisyen . Pelajar akhirnya

akan dibimbing untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan skrip untuk siri animasi

sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan

didedahkan kepada beberapa skrip dan siri/filem animasi

yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

4.

APN 2433

Penulisan Drama Pentas

Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan

kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama

pentas, merangkumi drama sebabak (one act play) dan

drama panjang (full-lenght play/well-made play) untuk

khalayak dewasa. Kursus ini juga memperkenalkan para

pelajar kepada contoh-contoh skrip drama pentas yang

berkualiti yang pernah diterbitkan dan dianalisis dari segi

idea, watak dan perwatakan, pemikiran dan struktur

dramatiknya. Seterusnya pelajar akan diberikan panduan

dan bimbingan bagaimana untuk menulis skrip drama

pentas yang berpotensi untuk dipentaskan. Pada tahap ini

penekanan akan lebih diberikan kepada penulisan drama

beraliran realisme.

5.

APN 2443

Penulisan Drama Televisyen

Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan

kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama

televisyen, merangkumi drama bersiri (serial), komedi

situasi (situational comedy) dan cereka televisyen

(telemovie atau made for tv movie). Kursus ini juga

memperkenalkan para pelajar kepada contohcontoh skrip

dan drama televisyen yang pernah diterbitkan dan dianalisis

dari segi bentuk, konsep, idea, watak dan perwatakan,

pemikiran dan struktur dramatiknya. Seterusnya pelajar akan

diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk menulis

skrip drama televisyen yang berpotensi untuk diterbitkan

serta disiarkan.

Page 75: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 74

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

APN 2452

Teori Apresiasi dan Kritikan

Teks

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai

teori apresiasi dan kritikan teks dalam pelbagai genre,

khususnya cereka dan drama. Melalui kursus ini, pelajar

diharap mampu menghayati dan memberikan apresiasi

terhadap genre sastera berlandaskan teori kritikan tertentu.

Kursus ini juga memperkenalkan konsep penulisan kritikan

sastera dan teori-teori kritikan serta pendekatan teori yang

diperkenalkan dalam bidang kritikan termasuk teori dan

penerapan analisis teks atau kritikan sastera.

2.

APN 2463

Penulisan Cerpen

Kursus ini memperkenal cerita pendek atau cerpen sebagai

salah satu genre cereka moden. Pelajar terlebih dahulu akan

meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan dan

pertumbuhan genre ini sambil meneliti contoh-contoh karya

terbaik yang pernah terhasil, di samping mengenali tokoh-

tokoh penulis terpilih. Seterusnya pelajar akan didedahkan

dengan teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan

cerpen, bagi memastikan mereka akhirnya mampu dan

mahir menghasilkan karya mereka sendiri.

3.

APN 2473

Penulisan Biografi

Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan non-

kreatif yang agak popular di barat tetapi kurang mendapat

sambutan di negara ini. Meskipun pada asasnya ia bersifat

deskriptif, pendekatan kreatif sering juga diambil dalam

penulisannya, bagi menjadikan sesebuah karya biografi itu

lebih menarik dan berkesan. Pelajar akan diperkenalkan

dengan pelbagai cabang/bentuk genre biografi, seperti

autobiografi, memoir, diari dan travelogue, selain bentuk-

bentuk biografi itu sendiri yang mempunyai pecahannya.

4.

APN 2483

Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem

dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk

mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan

(termasuk menyediakan biografi atau latar watak).

Berdasarkan teori asas penulisan lakon

layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar

akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan

treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene

lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga

akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem

cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan

perbandingan.

Page 76: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 75

TAHUN 2 SEMESTER II

5.

APN 2493

Desktop Publishing

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan

dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi

komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan

didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan

grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan

akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur,

poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting

untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai

asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

APN 3503

Penulisan Novel Remaja

Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan kreatif

yang sedang diberi perhatian oleh penerbit dan pembaca

negara ini. Kemahiran dan kebolehan menerokai pelbagai

genre novel remaja ini akan menjadikan sesebuah novel

remaja itu lebih menarik dan berkualiti. Bentuk dan tema

yang biasa diterokai oleh pengarang remaja terdahulu

seperti fiksyen sains, fantasi, detektif dan kembara akan

diketengahkan sehingga pelajar benar-benar jelas dan

yakin untuk menulis sebuah novel remaja yang bermutu.

2.

APN 3512

Penulisan Lirik

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada

asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan

dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan

diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan

memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti

perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik.

Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam

kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam

pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar

menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan

yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air

juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan

pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada

realiti sebenar dunia penulisan lirik.

Page 77: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 76

TAHUN 3 SEMESTER I

3.

APN 3523

Penulisan Lakon Layar II

Lanjutan daripada kursus APN 2483 Penulisan Lakon Layar

I. Pada tahap ini pelajar mula dibimbing untuk menulis lakon

layar berdasarkan idea, sinopsis dan treatment yang telah

dilakukan melalui kursus terdahulu. Dari semasa ke semasa

pelajar akan didedahkan lagi kepada beberapa lakon layar

dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan

perbandingan. Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar

yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan

mampu dan mahir menulis sebuah lakon layar filem cereka

lengkap mereka sendiri.

4.

APN 3543

Penulisan Dokumentari

Kursus ini memberi penekanan terhadap teknik dan norma

penulisan skrip program dokumentari di samping

memberikan pendedahan teori terhadap elemen-elemen

penerbitan program dokumentari untuk televisyen secara

menyeluruh. Pembelajaran bermula dengan kefahaman

terhadap aspek cambah idea (brainstorm), olahan skrip

(treatment) lakaran papan cerita (story board), skrip separa

(draft script) dan akhir sekali skrip penuh (full script). Pelajar dikehendaki menghasilkan projek skrip akhir

termasuk kertas cadangan dan penyelidikan.

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

APN 3542

Pengucapan Awam

Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan

terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka

berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media.

Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah

memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan

pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya

mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka

kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan

berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan

berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai

individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila

berhadapan dengan khalayak.

Page 78: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 77

TAHUN 3 SEMESTER II

2.

APN 3552

Seminar Cereka

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada

pelajar untuk meneliti dan menilai karya cereka (cerpen dan

novel) menggunakan pelbagai teori dan sudut fikiran

pengkritik serta pengkaji cereka dalam dan luar negeri.

Cereka sebagai sebuah teks dianalisis dari segi struktur dan

aspek naratifnya. Dengan cara itu, pelajar juga turut

memahami kaedah menganalisis teks berdasarkan teori dan

aspek penting kritikan untuk dibentangkan dalam seminar

terbuka.

3.

APN 3994

Projek Akhir (PeTA)

Melalui ‘kursus’ ini, pelajar wajib menulis sebuah karya

kreatif sebagai projek akhir mereka, sebagai sebahagian

daripada syarat bagi membolehkan mereka memperoleh

Diploma Penulisan Kreatif. Cadangan karya kreatif tersebut

mestilah telah dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu

dalam Semester I Tahun 3. Untuk projek ini, pelajar hanya

dibenarkan memilih sama ada penulisan novel remaja, skrip

drama pentas atau lakon layar cereka televisyen (telemovie) sahaja, tertakluk pada keputusan peperiksaan dalam kursus

berkaitan. Panjang setiap karya adalah tertakluk pada

syarat-syarat Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Fakulti yang

telah digariskan.

Page 79: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 78

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

APN 1102

Pengenalan Kesusasteraan

Melayu

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula

daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita

hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional

hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan

Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,

Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga

turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu

moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi,

cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor

tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun

Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain.

Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya

puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di

samping meneliti pemikiran serta weltanschauung

pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.

2.

APN 1112

Teori dan Prinsip Penulisan

Kreatif

Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip

asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka –

cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip

gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan

diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di

samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat

di dalam penulisan genre naratif itu.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

APN 1122

Pengenalan Drama Melayu

Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu

bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan

dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden.

Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula

dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat

Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini

selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran

sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan

impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu

moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan

pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan

menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah

dihasilkan.

Page 80: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 79

TAHUN 1 SEMESTER II

2.

APN 1152

Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon

televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan

filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan

didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua

medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting.

Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas

penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka),

termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan.

Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis

atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium

televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

APN 2402

Penulisan Rencana

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan

dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau

esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan

untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk

laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis,

muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan

pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai

pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka

menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai

kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.

2.

APN 2412

Psikologi Watak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada

ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia

yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan

naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam

penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta

masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang

dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan

lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada

pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah

timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang

menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif

(cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas,

televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan

akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan

aspek psikologi berkenaan.

Page 81: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 80

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

APN 2493

Desktop Publishing

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan

dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi

komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan

didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan

grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan

akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur,

poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting

untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai

asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.

2.

APN 2483

Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem

dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk

mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan

(termasuk menyediakan biografi atau latar watak).

Berdasarkan teori asas penulisan lakon

layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar

akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan

treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene

lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga

akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem

cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan

perbandingan.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

APN 3512

Penulisan Lirik

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada

asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan

dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan

diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan

memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti

perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik.

Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam

kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam

pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar

menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan

yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air

juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan

pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada

realiti sebenar dunia penulisan lirik.

Page 82: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 81

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

APN 3542

Pengucapan Awam

Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan

terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka

berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media.

Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah

memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan

pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya

mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka

kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan

berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan

berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai

individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila

berhadapan dengan khalayak.

Page 83: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 82

FAKULTI

FILEM DAN TELEVISYEN

Matlamat utama Fakulti Filem dan Televisyen ASWARA ialah untuk melahirkan modal insan yang

berilmu dan profesional dengan menguasai pelbagai bidang penerbitan dan pembikinan filem.

Bentuk kurikulumnya telah dirangka dengan menitikberatkan ilmu teori dan penekanan kepada

kemahiran praktikalnya yang tinggi.

Fakulti menawarkan Diploma Filem dan Video [MQA/FA 0166] memberi peluang menimba

kemahiran yang luas kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti secara praktikal melalui kursus

bengkel, produksi filem dan penilaian tahun akhir. Pembelajaran berbentuk praktikal dan ‘hands-

on’ mampu menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam pasaran. Fakulti Filem dan

Televisyen juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur peralatan pembelajarannya

setanding dengan penggunaan dan keperluan industri semasa.

Fakulti memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu dan kemahiran yang luas melalui

kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajarannya berbentuk kelas teori, bengkel, tugasan

di makmal dan studio, kajian lapangan, produksi, tayangan filem, diskusi keilmuan bersama-

sama tokoh-tokoh akademik serta karyawan undangan dari industri dalam dan luar negara.

Warga industri filem dari dalam dan luar negara dilibatkan secara langsung bersama-sama

pelajar sebagai panel penilai karya pelajar, memimpin kursus-kursus berbentuk bengkel produksi

dan pakar dari industri perfileman. Pandangan dan penilaian dari pihak industri menjadi panduan

kepada pelajar untuk meningkatkan kualiti dalam berkarya dan kerja profesional.

Barisan tenaga pensyarahnya pula terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran

serta pengalamannya dalam bidang akademik dan penggiat industri filem terkenal tanah air.

Pendedahan luas melalui sistem pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan teori dan

penekanan kepada praktikal. Penggunaan peralatan pembelajaran setanding dengan industri

serta bimbingan daripada tenaga pensyarah berpengalaman telah melengkapkan graduan yang

memenuhi kehendak industri serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan

industri perfileman tanah air.

Page 84: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 83

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Encik Dzul Karnain Abdullah

TIMBALAN DEKAN

Encik Gulam Shaffi Khan Gulab Khan

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Yusri Hidayat Yusof

PEMBANTU TADBIR

Encik Muhammad Nor Hisham Mustapa

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Mahantheran Maxwell

Encik Richard Lau Chee Tat

Encik Abdullah Mohd Ali

Encik Mohd Kamal Abdul Ghani

Encik Muhammed Izzat Hasan

Cik Jolaina binti M. Nasseri

Page 85: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 84

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA FILEM DAN VIDEO

SEMESTER I SEMESTER II

TAHUN KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1102 Wayang Kulit I/

Bangsawan 1/

Makyong I

AFV 1132 Sinema Malaysia APN 1152 Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

AFV 1142 Sinematografi I AFV 1172 Rekaan Produksi I

AFV 1152 Analisis dan Apresiasi Filem AFV 1182 Pengurusan Produksi II

AFV 1162 Pengurusan Produksi 1 AFV 1192 Penataan Bunyi I

AFV 1202 Sinematografi II

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyong II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyong III

AWA 2272 Pengajian Malaysia AFV 2252 Pengarahan II

AFV 2192 Pengarahan I APN 2483 Penulisan Lakon Layar I

AFV 2202 Rekaan Produksi II AFV 2262 Penyuntingan II

AFV 2213 Sinematografi III AFV 2273 Bengkel Produksi II

AFV 2223 Bengkel Produksi I AFV 2283 Rekaan Produksi III

AFV 2232 Penyuntingan I AFV 2292 Penataan Bunyi III

AFV 2242 Penataan Bunyi II AFV 2000 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyong IV

AFV 3172 Pengarahan III AFV 3214 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AFV 3182 Penyuntingan III

AFV 3193 Bengkel Produksi III

AFV 3202 Projek Awal

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 86: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 85

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AFV 1132 Sinema Malaysia Tahun 1, Semester I

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti.

AFV 1152

Analisis dan Apresiasi Filem Tahun 1, Semester I

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti.

AFV 1162 Pengurusan Produksi I Tahun 1, Semester I

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti.

AFV 1172 Rekaan Produksi I Tahun 1, Semester II

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti.

AFV 1182 Pengurusan Produksi II Tahun 1, Semester II

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti (disyaratkan

lulus AFV 1162

Pengurusan

Produksi I).

AFV 2202 Rekaan Produksi II

Tahun 2, Semester I

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti (disyaratkan

lulus AFV 1172

Rekaan Produksi I).

AFV 2283 Rekaan Produksi III

Tahun 2, Semester II

Kursus Elektif bagi

pelajar dari lain-lain

fakulti (disyaratkan

lulus AFV 1172

Rekaan Produksi I &

AFV 2202 Rekaan

Produksi II).

*Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dan fakulti lain yang berminat

Page 87: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 86

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AFV 1132

Sinema Malaysia

Kursus ini mengkaji dan mengalur sejarah serta aliran

pemikiran karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan

Film Unit (MFU) hingga kini. Pelajar akan didedahkan

dengan filem-filem dan menganalisa konsep penceritaan,

pengarah dan penerbitan cereka, dokumentari dan animasi.

Ianya juga akan menyentuh badan-badan penerbitan di era

itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi

sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio

Merdeka pasca Singapura hingga kini.

2. AFV 1142

Sinematografi I

Kursus ini memperkenalkan prinsip dan komponen asas

yang diguna pakai dalam rekaan visual, komposisi

sinematografi dan tatacahaya. Pendedahan kepada teori

pencahayaan dan imej akan disertai dengan amali dengan

menggunakan kamera “still foto” ini akan mengajar pelajar

menyampaikan maklumat dan cerita melalui imej.

3. AFV 1152

Analisis dan Apresiasi

Filem

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek

penting dalam menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem

daripada genre-genre yang berlainan dipertontonkan dan

diperbincangkan bersama-sama pelajar.. Perbincangan

akan menjurus terhadap genre, pemikiran dan teori-teori

filem yang berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk

memperkukuhkan dan mendalami kefahaman mengenai

filem sebagai satu bentuk seni.

4.

AFV 1162

Pengurusan Produksi I

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina

kemahiran pengurusan dalam bidang produksi filem dan

video pada peringkat pra-produksi dan produksi. Pelajar

akan didedahkan dengan peranan penerbit, penerbit

eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-lain.

Pelajar juga akan diajar bagaimana menyediakan

perancangan dan bajet, jadual produksi, mencari lokasi

penggambaran, pengurusan logistik, pengurusan pelakon

atau pengurusan bakat, proposal projek, laporan produksi

dan sebagainya.

Page 88: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 87

TAHUN 1 SEMESTER II

1. APN 1152

Teori Penulisan Filem dan

Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen

atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk

pawagam). Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan

pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut

sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus

ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon

televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah,

teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus

ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain

yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti

dokumentari, majalah dan seumpamanya.

2. AFV 1172

Rekaan Produksi I

Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman

bidang rekaan produksi terutamanya terhadap peranan,

tanggungjawab dan tugas-tugas yang dilakukan oleh

bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi

filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal hands-

on experience, kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi

filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di

antara mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan

berbentuk bengkel yang akan mengasah kemahiran pelajar

menceburi diri dalam bidang rekaan produksi filem. Dalam

kursus ini juga para pelajar akan dilatih dalam bidang

rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan

bengkel.

3. AFV 1182

Pengurusan Produksi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan

Produksi I. Para pelajar akan mempelajari dan

membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan

dengan pengurusan produksi filem peringkat lanjutan.

Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan

filem pendek cereka.

4. AFV 1192

Penataan Bunyi I

Pada kursus ini pelajar akan diajar tentang asas

pemasangan peralatan audio secara profesional, asas

prinsip-prinsip mikrofon, dan latihan amali untuk pengunaan

audio di lokasi sebenar. Digital Audio Workstation (DAW)

akan diajar pada peringkat kedua semester ini di mana ia

akan menfokuskan tentang rakaman bunyi, penyuntingan

dan adunan.

Page 89: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 88

TAHUN 1 SEMESTER II

5.

AFV 1202

Sinematografi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada AFV 1142 di mana

pelajar akan mendalami aspek sinematografi yang

merangkumi cahaya, warna, kontras dan pergerakan. Pelajar

juga akan mempelajari tentang kamera filem dan video

daripada sudut teknologi dan kreatif sebelum mereka mula

menggunakan kamera (motion) secara amali.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AFV 2192

Pengarahan I

Kursus asas pengarahan memperkenalkan fungsi dan

tugas-tugas seorang pengarah filem/video cereka dan

bukan cereka. Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu

pengarahan dan hubungan di antara pengarah dengan

individu-individu lain di dalam sebuah produksi pada

peringkat pra-produksi, produksi dan pasca-produksi

seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah fotografi,

pereka produksi, pengarah seni, penyunting, juruaudio,

jurusolek dan sebagainya. Kursus ini juga memperkenalkan

pelajar tentang bahasa dan nahu filem.

2.

AFV 2202

Rekaan Produksi II

Kursus ini akan membantu pelajar membina kemahiran

memahami konsep dan praktikal sebagai persediaan

menjadi Pereka Produksi yang professional untuk filem

cereka.. Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Rekaan

Produksi I, di mana para pelajar akan dilatih membina skil-

skil rekaan produksi seperti interpretasi, komunikasi,

penceritaan secara visual dan latihan amali berbentuk

bengkel seperti Bengkel Rekaan dan Persolekan Rambut.

3.

AFV 2213

Sinematografi III

Kursus ini memberi penekanan kepada teknik sinematografi

yang diguna pakai untuk tujuan kawalan dan ubahsuai imej.

Pelajar akan didedahkan kepada kemampuan kamera dalam

merakam imej, pelbagai teknik pencahayaan dan teknik-

teknik yang boleh digunakan di peringkat pasca produksi.

Ilmu dan kemahiran ini akan membantu pelajar

menghasilkan naratif visual yang kreatif dan berkesan.

Page 90: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 89

TAHUN 2 SEMESTER I

4.

AFV 2223

Bengkel Produksi I

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana

para pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan

produksi tertentu. Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk

menerbitkan filem atau video bukan cereka seperti

dokumentari, video muzik, iklan, video korporat dan

sebagainya. Para pelajar akan dibimbing dari peringkat pra-

produksi, produksi dan pasca produksi. Pelajar akan

didedahkan dengan ilmu penerbitan filem atau video dari

peringkat mencari idea sehinggalah ke- peringkat pasca

produksi. Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar

menerbitkan filem atau video dan menguji kemahiran serta

kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan praktikal yang

telah dipelajari daripada setiap kursus.

5.

AFV 2232

Penyuntingan I

Kursus ini memperkenalkan teori penyuntingan visual dan

bunyi dalam penyuntingan non-linear. Para pelajar akan

didedahkan kepada teori dan bahasa penyuntingan visual

agar mereka boleh bercerita dengan bahan yang telah

disediakan semasa produksi.

6.

AFV 2242

Penataan Bunyi II

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan mengenai

lanjutan pengunaan perisian Digital Audio Workstation

(DAW) dalam rakaman muzik dan produksi. Selain itu

teknik-teknik dan susunletak mikrofon yang dihubungkaitkan

dengan genre filem dan video serta produksi muzik turut

diperkenalkan. Pelbagai jenis perakam dan outboard gears

akan diperkenalkan secara teori. Dalam masa yang sama

peralatan ini juga diaplikasikan oleh pelajar secara praktikal.

Para pelajar juga didedahkan dengan cabaran-cabaran

yang akan dilalui dalam produksi filem dan cara-cara

mengatasinya dengan efisyen.

Page 91: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 90

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AFV 2252

Pengarahan II

Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan I

yang melatih pelajar tentang skil pengarahan filem cereka

dan bukan cereka. Para pelajar akan didedahkan dengan

teori ‘auteur’ dan pemikiran pengarah-pengarah terkenal

dalam sejarah sinema antarabangsa dan tempatan. Kursus

ini juga melatih untuk mengarah pelakon dan bukan pelakon

(contohnya kanak-kanak dan haiwan dalam penerbitan

dokumentari) serta tenaga produksi mengenai interpretasi

skrip/lakon layar, memilih pelakon, melakukan latihan

membentuk gaya sinematik daripada sudut sinematografi,

lakonan, pengarahan seni, penyuntingan dan sebagainya.

2.

APN 2483

Penulisan Lakon Layar I

Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem

dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk

mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas),

mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan

(termasuk menyediakan biografi atau latar watak).

Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar filem cereka

yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan

dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap,

sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar.

Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan

kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik

sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

3.

AFV 2262

Penyuntingan II

Kursus ini memberikan pendedahan mengenai teori

penyuntingan visual dan bunyi dalam penyuntingan filem

dan video. Para pelajar juga akan didedahkan kepada

teknik-teknik penyuntingan visual dan bunyi. Tumpuan akan

diberikan kepada keupayaan para pelajar dalam

mengaplikasikan teknik-teknik penyuntingan dalam situasi

penerbitan yang berbeza. Pelajar juga akan dilatih dengan

kerja-kerja penyuntingan digital.

Page 92: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 91

TAHUN 2 SEMESTER II

4.

AFV 2273

Bengkel Produksi II

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana

para pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan

produksi tertentu. Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk

menerbitkan filem atau video pendek cereka atau

eksperimentasi. Para pelajar akan dibimbing dari peringkat

pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Pelajar akan

didedahkan dengan ilmu penerbitan video dari peringkat

mencari idea sehinggalah ke peringkat pasca produksi.

Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar

menerbitkan filem atau video dan menguji kemahiran serta

kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan praktikal yang

telah dipelajari daripada setiap kursus.

5.

AFV 2283

Rekaan Produksi III

Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan

terhadap pemindahan rekaan dari atas kertas kepada

rakaman kamera. Kursus ini dapat membantu seseorang

pereka produksi atau individu yang terlibat dengan tugas-

tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti akan rekaan

mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila

dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus

ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke

tahap akhir proses rekaan dan pengurusan di- peringkat pra

produksi. Selain itu, pelajar juga diberi kemahiran dan

pengetahuan dalam merekabentuk props dan set, asas

rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta penyimpanan

set.

6.

AFV 2292

Penataan Bunyi III

Pelajar akan didedahkan mengenai skor filem muzikal dan

juga secara keseluruhannya mengenai adunan surround

melalui kursus lanjutan ini. Pelajar akan berkerjasama

dengan komposer, konduktor muzik dan pelbagai orkestra

muzikal yang akan diaplikasikan melalui latihan di dalam

studio dengan mengunakan pelbagai format orkestra dan

skor muzikal. Kelas ini juga memberi tumpuan sepenuhnya

mengenak komponen teknik adunan, penekanan terhadap

pengunaan format surround.

Page 93: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 92

TAHUN 2 SEMESTER II

7.

AFV 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman

bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan

didedahkan dengan persekitaran pekerjaan yang sebenar

dalam industri seni. Setiap pelajar diwajibkan mengikuti

penempatan mengikut pengkhususan pengajian.

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AFV 3172

Pengarahan III

Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan II

dalam mempertingkatkan skil pelajar pengarahan filem

cereka dan bukan cereka. Matlamat kursus adalah untuk

membina kekuatan seorang pengarah yang berdepan

dengan cabaran visual, dramatic dan teknikal serta melatih

pelajar untuk memiliki kekuatan gaya seni bercerita. Selain

itu, kursus ini mendedahkan pelajar kepada unsur-unsur

estatik dalam mise-en-scene, pilihan shot, komposisi,

setting, point of view, action of the picture plane dan

gerakan kamera.

2.

AFV 3182

Penyuntingan III

Tumpuan kursus menjurus kepada teknik-teknik penceritaan

melalui penyuntingan dan faktor-faktor yang mempengaruhi

penyuntingan. Pelajar akan dilatih berfikir sebagai seorang

penyunting filem dan pereka bunyi. Mereka turut didedahkan

mengenai konsep serta cara penyuntingan visual dan

rekaan bunyi di makmal dan studio. Pelajar juga akan

didedahkan dengan rekaan komposisi muzik yang sekaligus

memperlihatkan kepentingan elemen muzik sebagai latar

dalam filem. Pendedahan menjurus kepada kepelbagaian

gaya muzik Timur dan Barat yang merangkumi sejarah,

pemikiran, pendekatan, instrumentasi dan karya komposer-

komposer muzik untuk filem yang terkenal.

Page 94: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 93

TAHUN 3 SEMESTER I

3.

AFV 3193

Bengkel Produksi III

Kursus ini melatih pelajar bagi menerbitkan produksi filem

pendek (cereka) dengan menggunakan medium celluloid

(filem 16mm atau 35mm). Kaedah pengajarannya berbentuk

bengkel. Para pelajar akan dibimbing dari peringkat pra-

produksi, produksi dan pasca produksi iaitu daripada

proses mencari idea sehinggalah ke peringkat penyuntingan

(adunan visual dan bunyi) akhir dan tayangan. Tokoh-tokoh

dalam industri filem akan dijemput bagi berkongsi

pengalaman dan ilmu mereka. Kursus ini juga merupakan

suatu latihan kepada pelajar yang akan menghasilkan Projek

Akhir. Pada akhir kursus, pelajar akan menghasilkan dan

menerbitkan Filem pendek (cereka) secara berkumpulan.

4.

AFV 3202

Projek Awal

Sebelum menghasilkan Projek Akhir, setiap pelajar perlu

menyediakan skrip dan proposal secara individu atau

berkumpulan berdasarkan bidang yang dipilih dan dinilai

pada Projek Tahun Akhir sama ada dari aspek Pengarahan,

Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan

Produksi atau Rekaan Produksi. Para pelajar akan

membentangkan skrip dan proposal kepada panel yang

terdiri daripada pihak fakulti, pensyarah dan tokoh industri.

Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan

bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar dari

peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi

berdasarkan pengkhususan yang akan diambil dan dinilai

semasa Projek Tahun Akhir.

Page 95: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 94

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AFV 3214

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

PeTA, merupakan peringkat penilaian akhir terhadap pelajar

dalam menghasilkan produksi sesebuah filem – cereka atau

eksperimentasi (filem pendek) atau bukan cereka. Setiap

pelajar dikehendaki memilih satu pengkhususan bidang

untuk dinilai sama ada Pengarahan, Sinematografi,

Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan Produksi atau

Rekaan Produksi. Para pelajar dikehendaki menerbitkan

filem pendek (durasi tidak melebihi 10 minit) atau

dokumentari (durasi tidak melebihi 25 minit) secara

bergabung atau individu berdasarkan pengkhususan bidang

masing-masing. Projek Akhir dinilai oleh sebuah Panel

Penilai bagi memenuhi syarat dan melayakkan pelajar

menerima anugerah Diploma Filem dan Video ASWARA.

Fakulti

Page 96: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 95

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AFV 1132

Sinema Malaysia

Kursus ini mengkaji dan menggalur sejarah serta aliran

pemikiran karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan

Film Unit (MFU) hingga kini. Pelajar akan didedahkan

dengan filem-filem dan menganalisa konsep, penceritaan,

pengarah dan penerbitan cereka, dokumentari dan animasi.

Ianya juga akan menyentuh badan-badan penerbitan di era

itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi

sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio

Merdeka pasca Singapura hingga kini.

2.

AFV 1152

Analisis dan Apresiasi

Filem

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek

penting dalam menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem

daripada genre-genre yang berlainan akan dipertontonkan

dan diperbincangkan bersama-sama pelajar. Perbincangan

tertumpu pada genre, pemikiran dan teori-teori filem yang

berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan dan

mendalami kefahaman mengenai filem sebagai satu bentuk

seni.

3.

AFV 1162

Pengurusan Produksi I

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina skil

pengurusan dalam bidang produksi filem dan video pada

peringkat pra-produksi dan produksi. Pelajar akan

didedahkan dengan peranan penerbit, penerbit eksekutif,

line-producer, pengurus produksi dan lain-lain. Pelajar juga

akan dilatih dalam perancangan dan penyediaaan bajet,

penyediaan jadual produksi, mencari lokasi penggambaran,

pengurusan logistik, pengurusan pelakon atau talent,

proposal projek, laporan produksi dan sebagainya.

Page 97: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 96

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AFV 1172

Rekaan Produksi I

Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman

bidang rekaan produksi terutamanya terhadap peranan,

tanggungjawab dan tugas-tugas yang dilakukan oleh

bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi

filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal hands-

on experience skil kemahiran kerja-kerja seni dalam

produksi filem. Modul pembelajaran asas ini adalah

seimbang di antara mempelajari konsep rekaan produksi

dengan latihan berbentuk bengkel yang akan mengasah

kemahiran pelajar menceburi diri dalam bidang rekaan

produksi filem. Dalam kursus ini juga para pelajar akan

dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah

pengajaran secara kuliah dan bengkel.

2.

AFV 1182

Pengurusan Produksi II

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan

Produksi I. Para pelajar akan mempelajari dan

membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan

dengan pengurusan produksi filem peringkat lanjutan.

Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan

filem pendek cereka.

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AFV 2202

Rekaan Produksi II

Kursus ini akan membantu pelajar membina konseptual dan

praktikal sebagai persediaan menjadi Pereka Produksi yang

profesional untuk filem cereka. Kursus ini adalah lanjutan

daripada Kursus Rekaan Produksi I, di mana para pelajar

akan dilatih membina skil-skil rekaan produksi seperti

interpretasi, komunikasi, penceritaan secara visual dan

latihan amali berbentuk bengkel seperti Bengkel Rekaan dan

Persolekan Rambut.

Page 98: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 97

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AFV 2283

Rekaan Produksi III

Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan

terhadap pemindahan rekaan dari atas kertas kepada

rakaman kamera. Kursus ini dapat membantu seseorang

pereka produksi atau individu yang terlibat dengan tugas-

tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti akan rekaan

mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila

dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus

ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke

tahap akhir proses rekaan dan pengurusan di- peringkat pra

produksi. Selain itu, pelajar juga diberi kemahiran dan

pengetahuan dalam merekabentuk papan lapis props dan

set, asas rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta

penyimpanan set.

Page 99: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 98

FAKULTI

ANIMASI DAN MULTIMEDIA

FAKULTI ANIMASI & MULTIMEDIA bermatlamat melahirkan graduan pakar dalam bidang

animasi dan seni permainan digital. Fakulti menawarkan tiga program yang direka

dengan teliti bersama pakar-pakar industri, penyelidik, dan persatuan industri untuk

menghasilkan graduan yang berkualiti. Selain itu, pelaksanaan pembelajaran secara

interdisiplin dalam media kreatif, teknologi, seni, dan budaya menggalakkan pelajar

menghasilkan karya yang penuh nilai seni warisan.

DIPLOMA ANIMASI [MQA/FA 3001]

Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi penggiat industri animasi yang boleh

menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan

kemahiran produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran

menggunakan teknologi multimedia. Kaedah pembelajaran secara studio memberi

pelajar pengalaman yang lebih semasa mempelajari animasi.

Page 100: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 99

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Ts. Jazmi Izwan bin Jamal

TIMBALAN DEKAN

Cik Siti Noraisyah binti Abd. Rahman

PENOLONG PENDAFTAR

Encik Mohd Shahryl bin Musa

PEMBANTU TADBIR

Encik Mohd Redzuan bin Aziz

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Muhammad Rasfan bin Hj Abu Bakar

Encik Fariz Azmir bin Mohd Ghazali

Encik Marzuki bin Abdullah

Page 101: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 100

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA ANIMASI

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1.

KUR 1011 Ko Kurikulum I KUR 1021 Ko Kurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1102 Wayang Kulit I/

Makyong I/

Bangsawan I

AWA 1152 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AAM 1013 Studio Animasi 2D AAM 1022 Permodelan Komputer

AAM 1032 Analisis dan Apresiasi Animasi AAM 1063 Studio Animasi 2D Lanjutan

AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan

Animasi

AAM 1072 Papan Cerita

AAM 1052 Lukisan Asas AAM 1092 Lukisan Figura

AAM 1142 Penulisan Skrip Animasi

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Makyong II/

Bangsawan II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Makyong III/

Bangsawan III

AWA 2272 Pengajian Malaysia AAM 2014 Projek Animasi

AAM 2013 Studio Animasi 3D AAM 2023 Komputer Animasi Lanjutan

AAM 2052 Lukisan Gesture AAM 2033 Kesan Khas Visual

AAM 2072 Naratif dan Sinematik AAM 2063 Studio Animasi 3D Lanjutan

AAM 2073 Komputer Animasi AAM 2082 Lukisan Media Campuran

AAM 2133 Penyuntingan Video dan Audio

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Makyong IV/

Bangsawan IV

AAM 3008 Latihan Industri

AAM 3032 Penerbitan Animasi

AAM 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

AAM 3052 Kaedah Penyelidikan

Rekabentuk

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 64

ELEKTIF 8

94

Page 102: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 101

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

AAM 1102 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Multimedia

AAM 1122 Asas Konsep Seni Tahun 1, Semester I Illustration

AAM 1112 Digital Media Tahun 1, Semester II Multimedia

AAM 1132 Rekaan Watak Tahun 1, Semester II Illustration

AAM 2092 Teknologi Animasi Tahun 2, Semester I Multimedia

AAM 2112 Ilustrasi Animasi Tahun 2, Semester I Illustration

AAM 2122 Seni Komik Tahun 2, Semester II Illustration

AAM 2102 Motion Capture Tahun 2, Semester II Multimedia

Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat

Page 103: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 102

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AAM 1013

Studio Animasi 2D

Penyediaan penghasilan animasi 2D di peringkat pra-produksi.

Merangkumi latihan penyediaan melalui penghasilan storyboard

development, 2d character design, props dan penyediaan lain

berkenaan penghasilan animasi 2D.

2.

AAM 1032

Analisis dan Apresiasi

Animasi

Kursus bertujuan menyediakan pelajar dalam pengenalan

menganalisa dan menghayati karya-karya animasi. Pelajar

akan mempelajari proses penghayatan, kritikan, penceritaan

dan apresiasi untuk menilai hasil karya animasi.

3.

AAM 1042

Pengenalan dan

Penceritaan Animasi

Kursus ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang teknik

penceritaan animasi dan beberapa elemen penting dalam

penceritaan animasi. Seterusnya pelajar akan dapat menulis

cerita animasi mereka sendiri yang boleh digunakan sebagai

portfolio mereka di masa akan datang.

4.

AAM 1052

Lukisan Asas

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur

seni (seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna)

dan prinsip rekaan (seperti harmoni, penegasan, imbangan,

kontra, irama & pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan).

Dengan pendedahan ini pelajar akan dapat mengaplikasikan

unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni.

Page 104: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 103

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AAM 1022

Permodelan Komputer

Topik Pembelajaran merangkumi asas perisian 3D max:

pengenalan, jenis-jenis modeling (polygonal, mesh, surfaces),

texture, lighting dan composition.

2.

AAM 1063

Studio Animasi 2D

Lanjutan

Lanjutan studio animasi 2D. Pembelajaran merangkumi teknik

penghasilan animasi 2D dengan kompleksiti yang berbeza.

Penekanan diberikan dalam proses penghasilan idea dan

konsep yang terlibat di peringkat pra-produksi.

3.

AAM 1072

Papan Cerita

Fokus kursus adalah untuk mendedahkan kepada pelajar

tentang papan cerita. Pelajar akan diajar tentang bagaimana

menghasilkan papan cerita yang efektif melalui teknik dan

proses yang betul.

4.

AAM 1092

Lukisan Figura

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar

untuk memahami struktur, kadar banding, pergerakan dan

pengompotan dalam lukisan figura. Pelajar juga diberi

pendedahan tentang penggunaan garisan, tona, bentuk dan

ruang dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan bagi

menghasilkan figura.

5.

AAM 1142

Penulisan Skrip Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam

memahami dan memahirkan diri di dalam proses awal

penulisan untuk pre-produksi sesebuah animasi. Pelajar akan

didedahkan tentang kaedah dan teknik yang berkesan bagi

membina dan mereka watak dan latar sebuah cerita animasi di

samping mempelajari teknik penulisan skrip animasi yang

bersesuaian mengikut kehendak industri. Dihujung sesi kelas

ini nanti, skrip yang telah siap adalah sebuah naskhah skrip

yang siap sedia untuk menjalani proses produksi.

Page 105: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 104

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AAM 2013

Studio Animasi 3D

Topik pembelajaran merangkumi penyediaan di peringkat

penghasilan idea/ konsep yang kreatif, art direction dan

penekanan lebih akan diberikan dalam proses penghasilan

papan cerita dan character designs dalam 3D (pra-produksi).

2.

AAM 2052

Lukisan Gesture

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik

melukis dengan pantas dan cepat. Pelajar diajar cara untuk

melihat arah pergerakan subjek serta melatih mata para pelajar

untuk melihat cahaya dan bayang. Melalui pendedahan ini

pelajar akan dapat menghasilkan karya dengan cepat serta

meningkatkan lagi keyakinan dan kefahaman pelajar terhadap

karya seni yang dihasilkan.

3.

AAM 2072

Naratif dan Sinematik

Kursus ini menjelajah unsur-unsur yang meningkatkan sesuatu

cerita, seperti lampu digital, teknik-teknik lighting dan

komposisi kamera. Memperkenalkan seni wayang untuk video

digital dan imej janaan komputer (computer generated

images). Ia meliputi prinsip-prinsip dan konsep-konsep

praktikal sinematografi melalui physical lighting, koreogarafi,

gerak kamera dan lighting of computer-generated environment

untuk meningkatkan impak visual.

4.

AAM 2073

Komputer Animasi

Topik pembelajaran merangkumi lanjutan perisian animasi 3D,

lukisan lanjutan; in-between; teknik animasi 3D; lanjutan

membuat model; dan lanjutan teknik texturing & shading;

rendering & editing.

5.

AAM 2133

Penyuntingan Video dan

Audio

Topik pembelajaran merangkumi asas proses penyuntingan

untuk animasi 2D dan menggunakan teknologi animasi dalam

pengeluaran video digital.

Page 106: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 105

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AAM 2014

Projek Animasi

Satu peringkat pra-produksi sebelum Projek Akhir. Di peringkat

ini, penyediaan skrip cadangan dan proposal secara individu

atau berkumpulan akan disediakan dan proses produksi dan

pasca produksi akan disambung pada Projek Tahun Akhir.

2.

AAM 2023

Komputer Animasi

Lanjutan

Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada animasi 3D. Topik

merangkumi pendedahan di peringkat proses penyuntingan

visual dan bunyi, penataan bunyi, komposisi muzik serta

beberapa teknik kesan khas visual.

3.

AAM 2033

Kesan Khas Visual

Topik merangkumi proses dalam post-production dengan

penekanan kuat kepada kreatif dan cara penyelesaian masalah

(problem solving).

4.

AAM 2063

Studio Animasi 3D

Lanjutan

Lanjutan daripada kursus Studio Animasi 3D. Merangkumi

penghasilan animasi 3D dengan kompleksiti yang berbeza.

Penekanan diberikan dalam proses penghasilan idea dan

konsep yang terlibat di peringkat pra-produksi.

5.

AAM 2082

Lukisan Media Campuran

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang

pengolahan medium/bahan serta subject matter. Pelajar akan

dilatih agar lebih kreatif serta bereksperimen dengan pelbagai

medium seperti bahan yang sedia ada mahu pun bahan yang

terbuang. Pelbagai teknik akan digunakan seperti kolaj dan

assemblage.

Page 107: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 106

TAHUN 3 SEMESTER I

1.

AAM 3032

Penerbitan Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu

dalam penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan

pengamalan terbaik untuk memasarkan sebuah produk

animasi.

2.

AAM 3044

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Penilaian tahun akhir. Proses penghasilan filem animasi

pendek dan merangkumi semua proses dari pra-produksi

sehingga produksi untuk menghasilkan sebuah animasi

pendek. Di akhir kursus, sebuah filem animasi pendek akan

dihasilkan.

3.

AAM 3052

Kaedah Penyelidikan

Rekabentuk

Topik merangkumi proses penyelidikan dalam bidang animasi

dan rekabentuk. Pembelajaran termasuk dari sudut

penyelidikan berkaitan animasi, proses analisis, methodologi

dan penghasilan kesimpulan dari analisis penyelidikan.

TAHUN 3 SEMESTER II

1.

AAM 3008

Latihan Industri

Latihan Industri melatih pelajar memahami sesebuah syarikat

produksi yang menerbitkan kandungan animasi. Pelajar juga

merasai pengalaman sebenar dalam industri animasi tempatan

dengan didedahkan mengenai carta aliran kerja organisasi

tersebut, pembahagian tugas kepada pekerja-pekerja animasi,

menguruskan jadual kerja penerbitan animasi sehinggalah

pengeluaran produk akhir sesebuah kandungan animasi oleh

syarikat animasi tersebut.

Page 108: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 107

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

AAM 1102

Komunikasi Visual

Kursus ini adalah satu pengenalan kepada aspek asas dalam

seni visual. Ia meliputi pemahaman terhadap elemen rekaan

serta prinsip rekaan. Pelajar akan diberi pendedahan tentang

bagaimana untuk menggunakan elemen dan prinsip tersebut

agar mesej dapat disampaikan dengan berkesan.

2.

AAM 1122

Asas Konsep Seni

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur

seni rekaan dan komposisi. Dengan pendedahan ini pelajar

akan dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan

ketika menghasilkan karya seni. Sesi perbincangan dan kritikan

juga diadakan untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar

terhadap karya seni yang dihasilkan.

TAHUN 1 SEMESTER II

1.

AAM 1112

Digital Media

Asas penghasilan grafik. Pembelajaran merangkumi proses

penghasilan grafik, iaitu raster dan vektor, design konsep

melalui idea dan asas dalam multimedia.

2.

AAM 1132

Rekaan Watak

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang

rekaan karakter. Ia meliputi bagaimana kaedah untuk

menghasilkan watak karakter, ekspresi wajah karakter, arah

dan pergerakan karakter. Selain itu kursus ini juga akan

membimbing para pelajar untuk menghasilkan rekaan fesyen

dan props set animasi.

Page 109: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 108

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

AAM 2092

Teknologi Animasi

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu

dalam penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan

pengamalan terbaik untuk menerbitkan sebuah produk animasi.

2.

AAM 2112

Ilustrasi Animasi

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur

seni dan prinsip rekaan. Pelajar akan dapat mengaplikasikan

unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni.

Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk

meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang

dihasilkan.

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

AAM 2122

Seni Komik

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang

penyampaian mesej menggunakan komik dan kartun dengan

melaksanakan proses menjana idea dan mesej, rekaan watak

dan latarbelakang, rekaan dialog berlandaskan prinsip rekaan

dan elemen rekaan.

2.

AAM 2102

Motion Capture

Kursus ini melatih pelajar mengendalikan sesebuah Motion

Capture dalam pembuatan setiap animasi 3D yang mempunyai

pergerakan yang kompleks untuk dibuat terus ke melalui

software animasi 3D yang biasa. Pelajar akan diedahkan

dengan kaedah merekod, manipulasi, clean-up, dan

pemindahan aset dalam kursus ini.

Page 110: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 109

FAKULTI

REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual (Visual Communication Design – VCD) merupakan sebuah

fakulti yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang

menggabungkan ilmu fine arts, 3D design dan performing arts. Keunikan kursus ini ialah

menawarkan kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design

hingga kepada moving images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan

keistimewaan kepada kursus ini berbanding dengan kursus rekaan komunikasi visual yang lain.

Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang

painting, drawing dan photography. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat

menguasai bidang senireka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banner, bunting,

brochures, pamphlet, corporate image dan lain-lain.

Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada

moving images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran

merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem

dan animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan

tonggak penting dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui

rekaan bentuk (texture), warna (color), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi

membolehkan pelajar membuat rekaan set dan prop, kostum, mekap, multimedia, pencahayaan

dan bunyi.

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti

ADOBE dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang

kepada pelajar melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran

tinggi.

Graduan Diploma Rekaan Komunikasi Visual dan Diploma Seni Halus mempunyai potensi yang

tinggi untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri kreatif khususnya seni

komunikasi visual dan seni persembahan sama ada sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer),

Pengarah Artistik (Artistic Director), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art

Director), Pereka Set (Set Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Cahaya (Lighting

Designer), Pereka Audio (Sound Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan

(Make-up Designer), Pereka Multimedia (Multimedia Designer) dan Pelukis (Arstist).

Page 111: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 110

SENARAI KAKITANGAN

PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI

DEKAN

Encik Suzlee bin Ibrahim @ Sulong

TIMBALAN DEKAN

Encik Mohd Safwan bin Ahmad

PENOLONG PENDAFTAR

Puan Yusniza binti Rahman

PEMBANTU TADBIR

Puan Norzaiton Akma binti Samsudin

PENSYARAH - PENSYARAH

Encik Mohd Bakir b. Baharom

Puan Rosyida binti Mohd Rozlan

Encik Fareez Vincent Amos

Page 112: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 111

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I

ARV 1013 Lukisan dan Catan ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual

ARV 1023 Fotografi ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi

ARV 1033 Rekaan Komunikasi AFV 1172 Rekaan Produksi I

ATE 1072 Analisis dan Interpretasi

Teks

ARV 1042 Pengenalan Perisian ADOBE

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/ Bangsawan

II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan

Rekaan

ARV 2013 Pengenalan kepada

Sinografi

ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks

ARV 2033 Proses Rekaan Produksi APN 2493 Penerbitan Desktop

ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik ATE 2062 Rekaan Set dan Props

ATE 2112 Rekaan Kostum dan

Solekan

ARV 2002 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ARV 3013 Amalan dan Gunaan

Rekaan

ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia

ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater

ARV 3032 Pengurusan Pameran

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 113: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 112

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1.

ARV 1013

Lukisan Dan Catan (Drawing And Painting)

Kursus yang menggabungkan pembelajaran lukisan dan

catan. Pelajar akan diajar melalui kaedah mengenali bahan

kajian atau “subject matter”, mengeksploitasi bahan dan

bahantara, observasi dan sebagainya yang berkaitan.

Seterusnya pemahaman ini akan digunapakai dalam

pembelajaran catan. Pelajar akan diajar dalam beberapa

aliran seperti realism, semi abstract, impressionist dan abstract. Pemahaman ini sangat berguna selain dari

eskplotasi kendiri oleh pelajar.

2.

ARV 1023

Fotografi

(Photography)

Kursus ini merupakan asas kepada program komunikasi

visual. Pelajar akan didedahkan kepada asas fotografi, di

mana keutamaan akan diberikan kepada penghasilan imej

visual yang mampu untuk berkomunikasi secara langsung.

Kursus ini juga akan dapat membuka minda pelajar kepada

berbagai persepsi dalam penghasilan imej fotografi digital

khususnya. Para pelajar akan didedahkan mengenai

pencahayaan komposis, pengarahan seni, imej dan

pengimejan.

3.

ARV 1033

Rekaan Komunikasi

(Communication Design)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada peranan

rekabentuk dalam konteks global dan pelbagai displin.

Pelajar akan mempelajari prinsip-prinsip reka bentuk asas

dan elemen reka bentuk seperti warna, tipografi, garisan

dan bentuk bagi pemahaman estetik, aplikasi dan fungsi.

4.

ATE 1072

Analisis dan Interpretasi

Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip)

melalui pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan

interpretasi terhadap cerita, watak dan pemikiran

pengarang. Teks-teks tertentu akan dipilih sebagai moden

pembelajaran, di samping teks yang menjadi pilihan untuk

sesuatu produksi.

Page 114: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 113

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ARV 1052

Bahasa dan Budaya Visual

(Visual Language and Culture)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada

penggabungan fenomena budaya dalam pelbagai

masyarakat. Ia berkaitan dengan alam sekitar, ideologi,

kewarganegaraan, etnik, kelas sosial dan jantina. Ia adalah

mengenai pemahaman gaya hidup tradisional dan

kontemporari dari perspektif sejarah sosio-politik dan

proses intepretasi dan pemindahan ke bentuk visual yang

mampu memberikan pengertian dan kefahaman

berdasarkan kerangka rujukan terhadap penggunaan

bahasa dan amalan budaya sesebuah masyarakat.

2. ARV 1063

AutoCAD dan Visualisasi

(AutoCAD and Visualisation)

Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan

praktikal mengenai pemahaman fungsi-fungsi penggunaan

perisian Auto-CAD (Computer Aided Design). Perisian ini

akan membantu pelajar mengenai pelaksanaan kerja-kerja

merekabentuk sesebuah set (pentas, televisyen dan filem)

menggunakan kaedah lukisan berkomputer; penghasilan

dan pembuatan pelan lantai, lukisan 2D, lukisan 3D,

perspektif dan pembuatan model. Kemahiran menggunakan

perisian melukis melalui komputer ini akan membuka skop

pekerjaan yang lebih luas dalam pelbagai bidang

profesional.

3. AFV 1172

Rekaan Produksi I

(Production Design I)

Kursus ini merupakan asas pemahaman bidang rekaan

produksi terutamanya mengetahui peranan, tanggungjawab

dan tugas-tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi filem. Pelajar akan

dilatih secara teori dan praktikal hands-on mengenai

pengalaman skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi

filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di

antara mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan

berbentuk bengkel yang kan mengasah kemahiran pelajar

untuk menceburi diri dalam bidang rekaan produksi filem.

Dalam kursus ini juga pelajar akan dilatih dalam bidang

rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan

bengkel.

4. ARV 1042

Pengenalan Prisisan ADOBE (Exploring ADOBE Software)

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada

pelajar di dalam penggunaan perisian ADOBE. Penjurusan

dan pengkhususan akhirnya akan diberikan kepada ADOBE Photoshop, ADOBE Illustrator, ADOBE InDesign, ADOBE After Effects, ADOBE Flash, ADOBE Dreamweaver. Pelajar

akan dikehendaki menghasilkan kerja-kerja kreatif di dalam

bentuk ilustrasi.

Page 115: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 114

TAHUN 2 SEMESTER I

1.

ARV 2013

Pengenalan Kepada

Sinografi (Introduction to Scenography)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan pelaksanaan

Sinografi dalam seni persembahan pentas. Melalui

pembelajaran ini pelajar akan menjadi seorang tenaga

artistic yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk

menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah produksi.

Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik

dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.

2.

ARV 2033

Proses Rekaan Produksi

(Production Design Process)

Subjek ini memberi pendedahan kepada teknik, prinsip-

prinsip dan proses kerja dalam menghasilkan sesuatu

rekaan didalam sesebuah produksi. Bagaimana setiap

elemen sinografi digunakan dan menyokong satu sama lain

untuk mencapai suatu kesatuan didalam suatu bentuk

rekaan. Subjek ini juga akan menyentuh mengenai elemen

kesenian, pemikiran dan gabungan kerja kraf. Pelajar juga

akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu

dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja

praktik didalam sesi yang diaturkan di dalam kelas.

3.

ARV 2043

Rekaan Komputer Grafik

(Computer Graphic Design)

Kursus ini merupakan pendedahan pertama kepada pelajar

dalam menghasilkan sesuatu kerja seni secara digital.

Pelajar juga didedahkan kepada teknik penghasilan dan

pengubahsuaian imej untuk menghasilkan poster secara

digital, antaramuka perisian, halaman web, dan sebagainya.

Kepentingan penggunaan ‘Layer’ dan perbezaan setiap

‘Tools’ dalam perisian Adobe Photoshop juga didedahkan

kepada pelajar.

4.

ATE 2112

Rekaan Kostum dan

Solekan (Costume Design and Make-Up)

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan

pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum,

solekan serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan,

mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu

persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap

aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan

kostum dan juga teknik solekan.

Page 116: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 115

TAHUN 2 SEMESTER II

1.

ARV 2062

Pengenalan kepada

Penyelidikan Rekaan

(Introduction to Design Research)

Subjek ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai

pentingnya kajian dalam proses kerja rekaan. Pelajar juga

akan didedahkan kepada teknik, metod dan proses kerja

yang dilakukan dalam kerja kajian sebelum menghasilkan

sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Pelajar juga

akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu

dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja

praktik didalam sesi yang diaturkan didalam kelas.

2.

ARV 2073

Rekaan dari Penterjemahan

Teks (Design from Text)

Kursus ini merupakan keperluan asas permulaan persediaan

sesebuah persembahan. Kemahiran menterjemah teks

kepada visual ini akan melancarkan persediaan produksi.

Pelajar akan mempunyai kemahiran sebagai tenaga

penyokong kreatif yang berwibawa dalam menjayakan apa-

apa persembahan.

3.

APN 2493

Penerbitan Desktop

(Desktop Publishing)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan

dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi

komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan

didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software) yang

berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik

dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar

serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster,

buku program dan sebagainya.

4.

ATE 2062

Rekaan Set dan Props (Set and Props Design)

Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek

penciptaan dan penyediaan set serta prop untuk sesuatu

persembahan teater. Pelajar-pelajar akan digalakkan

mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta pemahaman

daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat

dipraktikkan untuk tujuan pementasan.

Page 117: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 116

TAHUN 2 SEMESTER II

5.

ARV 2002

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar

kampus. Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara

persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni

kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini

selama sebulan (4 minggu). Pelajar dikehendaki

menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka

mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan

dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang

penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan

terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri,

penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar

selepas tamat tempoh latihan.

Page 118: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 117

TAHUN 3 SEMESTER I

1. ARV 3013

Amalan dan Gunaan Rekaan

(Design and Practice)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal

tentang amalan dan gunaan rekaan, membudayakan rekaan

dan seterusnya kaedah pelaksanaan rekaan. Pelajar juga

dapat menguasai kemahiran komunikasi interaktif.

2. ARV 3022

Perniagaan dan Rekaan

(Business and Design)

Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan

praktikal mengenai pemahaman perihal hubungkait rekaan

dan perniagaan melaui perjalanan, pengalaman dan teori

ekonomi terkini. Sebuah modul yang membuka mata pelajar

untuk mengenali selok-belok langkah mempromosi dan

seterusnya menjual hasil karya sendiri.

3. ARV 3032

Pengurusan Pameran

(Exhibition Management)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal

dalam seni pengurusan pameran. Melalui pembelajaran ini

pelajar akan menjadi seorang tenaga Artistik yang kreatif

serta mempunyai kemahiran untuk menangani

permasalahan kreatif dalam sesebuah pengurusan pameran.

Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik

dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.

TAHUN 3 SEMESTER II

1. ARV 3044

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Kursus ini mengarah kepada penyediaan pelajar

menghadapi projek Penilaian Tahun Akhir. Pelajar akan

berada di bawah pemantauan dan bimbingan staf akademik

yang di kenalpasti oleh fakulti. Pelajar akan bertindak

sebagai Sinografer atau Pereka Profesional dan diberi

tugasan melaksanakan sebuah produksi.

2. ARV 3053

Pemikiran dan Tradisi Asia

(Asian Thought and Tradition)

Kursus yang memberikan kefahaman tentang pemikiran dan

tradisi Asia melalui Seni Persembahan. Melalui

pembelajaran ini pelajar dapat meneroka bidang seni, seni

bina dan filem (tradisional dan kontemporari) yang

merangkumi pelbagai gaya dan genre, termasuk konteks

sosial, budaya dan sejarah mereka. Pelajar juga akan

mengenali hubungan kompleks dalam pembangunan

Pemikiran dan Tradisi Asia.

3. ATE 3073

Kesan Khas untuk Teater

(Special Effect)

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta

pengalaman asas meliputi konsep dan proses dalam

kaedah kesan khas dalam persembahan pentas (teater).

Page 119: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 118

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI HALUS

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater

Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II

AWA 1122 Bahasa Inggeris 1 AWA 1032 Bahasa Melayu

AWA 1152 Asas Seni Pentas

Tradisional

AWA 1102 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I

ASH 1012 Lukisan Asas ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D

ASH 1022 Fotografi Digital ASH 1062 Kajian Warna

ASH 1032

Elemen Dan Prinsip Seni

Visual

ASH 1072 Kajian Bahan

ASH 1082 Sejarah Dan Penghayatan

Seni Visual

ASH 1092 Pengimejan Digital

2

AWA 2102 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II

AWA 2202 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III

AWA 2272 Pengajian Malaysia ASH 2072 Lukisan Alternatif

ASH 2012 Lukisan ASH 2082 Catan

ASH 2022 Catan Asas ASH 2092 Cetakan

ASH 2032 Cetakan Asas ASH 2102 Arca

ASH 2042 Arca Asas ASH 2122 Teori Persepsi

ASH 2062 Seni Khat dan Ragam Hias ASH 2002 Latihan Industri

3

AWA 3102 Wayang Kulit IV/

Bangsawan IV/

Makyung IV

ASH 3072 Alam dan Manusia

ASH 3012 Catan Alternatif ASH 3084 Kerjaya Seni

ASH 3022 Cetakan Alternatif ASH 3102 Persembahan Studio

ASH 3032 Arca Alternatif ASH 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

ASH 3052 Seni dan Komuniti

ASH 3082 Penyelidikan Studio

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

TERAS 60

ELEKTIF 08

90

Page 120: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 119

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN

ASH 1012 Lukisan Asas Tahun 1, Semester I

ASH 1022 Fotografi Digital Tahun 1, Semester I

ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D Tahun 1, Semester II

ASH 1062 Kajian Warna Tahun 1, Semester II

Page 121: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 120

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ASH 1012

Lukisan Asas

Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran

dengan lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan

lakaran, pelajar dikehendaki menghasilkan lakaran wajib

sebanyak 500 helai setiap semester. Projek melakar

terbahagi kepada projek luar dan studio. Pelajar didedahkan

pada latihan melakar manusia, bangunan dan alam sekitar.

2. ASH 1022

Fotografi Digital

Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada

kemungkinan mentafsirkan dunia dengan menggunakan

kamera. Keutamaan dalam imej fotografi ialah berbentuk

luahan dengan menggunakan kamera untuk meneroka dan

mendapat gambaran imej secara digital.

3. ASH 1032

Elemen Dan Prinsip Seni

Visual

Kursus ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan asas

elemen dan prinsip seni tampak melalui proses pemahaman

yang berhubung dengan kebolehan menghasilkan data-

data tampak secara analitikal dalam menghasilkan sesuatu

karya.

4. ASH 1082

Sejarah Dan Penghayatan

Seni Visual

Kursus ini membolehkan pelajar membuat pemerhatian

terhadap objek seni dan fasih membuat pernyataan estetik.

Pelajar juga akan didedahkan kepada objek seni dan

karyawan seni supaya dapat berinteraksi secara kritis dan

kreatif. Penumpuan diberikan bagi mengenali Tokoh Agong

tempatan dan serantau Asia Tenggara. Pengalaman

membuat apresiasi seni visual secara mudah dan aplikasi

pelbagai ini, bakal memupuk nilai murni, nilai jati diri, nilai

kepekaan terhadap persekitaran.

Page 122: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 121

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ASH 1052

Kajian 2D Dan 3D

Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan

menyelesaikan masalah secara analitikal dan kreatif dalam

bentuk 2 dan 3 dimensi. Pengenalan awal kepada bahan

dan bahantara serta alat-alat yang boleh digunakan ke arah

merealisasikan karya seni yang tinggi nilai estetiknya.

Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan

pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan

melahirkan idea dalam setiap karya yang dihasilkan.

2. ASH 1062

Kajian Warna

Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi

serta kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna

melalui latihan secara teori, praktik dan observasi.

3. ASH 1072

Kajian Bahan

Kajian Bahan ini merupakan satu matapelajaran untuk

bidang seni cetak, seni arca dan seni catan. Pelajar-

pelajar dikehendaki membuat kajian terhadap bahan dengan

bantuan pensyarah atau pakar dari luar dalam bidang yang

berkaitan. Kajian termasuk bahan semulajadi seperti bentuk

padu dan serat.

4. ASH 1092

Pengimejan Digital

Kursus ini memberi pendekatan praktikal dalam pengimejan

digital dan pengaplikasian dalam memperkenalkan

perbezaan sosial, artistik, teoritikal, dan amalan budaya

yang merupakan keperluan dalam penghasilan karya

pengimejan digital. Kursus ini membolehkan pelajar

berkomunikasi secara visual, meneroka dan memberi

respon melalui pengimejan digital.

Page 123: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 122

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ASH 2012

Lukisan

Kursus ini menawarkan kepada pelajar cara-cara melukis

objek berbagai bentuk dengan tumpuan diberi pada

ketelitian dan ketetapan objek. Penekanan diberikan untuk

membezakan diantara melukis benda-benda hidup (nature)

dan mati (buatan manusia).

2. ASH 2022

Catan Asas

Cat air dan akrilik merupakan medium yang popular di

dalam menghasilkan karya catan. Pelajar didedahkan pada

pengertian catan dan bahan-bahan yang digunakan untuk

catan. Kursus ini juga membolehkan pelajar mengenal dan

mencuba berbagai medium catan seperti cat air dan akrilik.

Sesuai dengan matlamat ASWARA pelajar juga dibimbing

dan diarahkan untuk menghasilkan karya-karya yang

bermotifkan elemen-elemen warisan negara.

3. ASH 2032

Cetakan Asas

Kursus ini merupakan satu aktiviti dan pembelajaran yang

menggunakan asas-asas berkarya iaitu; prinsip seni

tampak, penghayatan seni tampak, lakaran, seni karya

tangan dan muzik tradisional. Ia juga termasuk pelajaran

sejarah dan falsafah seni, serta wayang kulit. Bahasa

Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa

pengantaraan. Seni cetakan merupakan medium yang

digunakan untuk berkarya.

4. ASH 2042

Arca Asas

Pendedahan awal pelajar membuat karya seni arca sebenar.

Pengalaman tantang bahan dan teknik seni arca. Mula

menerapkan nilai warisan ke dalam bentuk karya menerusi

gayaan dan sindiran. Memperkenalkan apa itu seni arca

sezaman yang berjiwa warisan.

5. ASH 2062

Seni Khat dan Ragam Hias

Pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan terhadap

ragam hias serta rekaan motif pada berbagai seni karya

tangan dan persuratan tradisional. Penekanan ditumpukan

pada kehalusan hasil kerja artifak-artifak tersebut.

Page 124: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 123

TAHUN 2 SEMESTER II

1. ASH 2072

Lukisan Alternatif

Kursus semester ini memberi penekanan kepada ketelitian

objek-objek alam benda yang dilukis pelajar. Tumpuan

diberi pada melukis anatomi manusia. Pelajar juga

ditekankan untuk dapat menguasai melukis mengikut cita

rasa individu. Kursus ini juga menekankan pelajar untuk

melukis di atas kertas ukuran besar.

2. ASH 2082

Catan

Kursus ini memberi penekanan kepada para pelajar untuk

memcuba dan menguasai aliran-aliran yang terdapat dalam

seni catan. Pelajar harus dapat menguasai aliran realis

hingga ke abstrak. Penekanan diberi pada aliran yang

pelajar dapat menguasai dengan baik.

3. ASH 2092

Cetakan

Pembelajaran seperti teori persepsi, kajian bahan, dan teori

warna akan membantu mengembangkan karya pelajar.

Dengan sejarah seni, kajian budaya serta ragam hias, ia

akan mengembangkan proses idea dalam berkarya. Di sini

pelajar akan di ajar berkarya dengan cara yang lebih

konstruktif dan objektif.

4. ASH 2102

Arca

Pelajar akan dapat menghasilkan arca yang menerapkan

nilai-nilai warisan, dapat mengenal bentuk dan corak karya.

Pengolahan kreativiti pelajar didalam menghasilkan karya

moden yang bercirikan warisan supaya mereka jelas dan

mampu menghasilkan karya dengan baik.

5. ASH 2122

Teori Persepsi

Pelajar akan diberi pendedahan dan kefahaman tentang

teori persepsi serta kepentingan tatabahasa visual dan

kaitannya dalam komunikasi visual. Kaedah-kaedah

ekspresi visual dan hubungkaitnya dengan psikologi dalam

rekaan.

Page 125: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 124

TAHUN 2 SEMESTER II

6. ASH 2002

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar

kampus. Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara

persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni

kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini

selama sebulan (4 minggu). Pelajar dikehendaki

menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka

mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan

dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang

penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan

terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri,

penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar

selepas tamat tempoh latihan.

\

Page 126: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 125

TAHUN 3 SEMESTER I

1. ASH 3012

Catan Alternatif

Pelajar dikehendaki mengemukakann idea dalam bentuk

tulisan, lakaran-lakaran dan lukisan untuk meneruskan

catan mereka. Pelajar juga perlu mengadakan penyelidikan,

penelitian dan sedia bertanggungjawab pada karya yang

akan dihasilkan.

2. ASH 3022

Cetakan Alternatif

Pelajar akan diasuh berkarya dengan lebih objektif dan

konsisten dengan bantuan matapelajaran Lukisan Alternatif,

Metodologi dan Kemahiran Komunikasi. Pelajar diajar

bersikap rasional dan terurus dalam berkarya.

3. ASH 3032

Arca Alternatif

Pelajar akan berpengetahuan dan melalui suatu pengalaman

tentang persediaan penghasilan arca. Penekanan terhadap

hasilan arca, kandungan yang mengadaptasikan nilai serta

entiti budaya dan warisan lampau serta mengangkat seni

warisan ke persada dunia.

4. ASH 3052

Seni dan Komuniti

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap

projek seni berorientasikan komuniti. Menerusi kursus ini,

pelajar akan menimba pengalaman praktis dalam aspek-

aspek perlaksanaan kegiatan komuniti dengan

menggunakan kemahiran studio dan kreativiti. Menerusi

projek ini, pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa

kaedah perlaksanaan kajian aksi berdasarkan projek yang

dilaksanakan dengan komuniti. Kursus ini juga menjadi titian

antara ASWARA dengan beberapa komuniti terpilih.

5. ASH 3082

Penyelidikan Studio

Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman berkaitan metodologi

penyelidikan studio. Pelajar akan didedahkan dengan

konsep asas berkaitan dengan pendekatan ilmiah dalam

membuat penyelidikan untuk projek studio.

Page 127: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 126

TAHUN 3 SEMESTER II

1. ASH 3072

Alam dan Manusia

Di peringkat ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan

tentang alam kosmologi dan penglibatan manusia

terhadapnya. Pembelajaran akan ditumpukan pada konsep

seni tradisional sejagat dan bagaimana ianya

mempengaruhi seni tradisional tempatan.

2. ASH 3084

Kerjaya Seni

Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman asas berkaitan proses

persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya seni secara

profesional. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan

dengan beberapa aspek asas, skop dan dimensi kerjaya

berkaitan dengan bidang seni halus, terutama sekali

penjenamaan yang meliputi pembinaan identiti, strategi

komunikasi dan rangkaian, rekabentuk pemasaran dan

promosi. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada beberapa

struktur dan rangkaian individu, organisasi dan badan-

badan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam

perkembangan dan amalan seni halus tempatan dan

antarabangsa. Ini termasuklah pemilik dan pengusaha

muzium dan galeri, promoter, kurator, penulis/kolumnis,

kolektor atau pembeli, pereka, jurugambar, penaja, dan

pihak media seperti editor dan wartawan.

3. ASH 3102

Persembahan Studio

Kursus ini membina kemahiran asas terhadap persembahan

studio, pengurusan folio dan komunikasi yang berkesan di

antara pelukis dan khalayaknya.

4. ASH 3994

Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

Para pelajar akan menghasilkan satu projek akhir di dalam

salah satu modul seni halus (catan/cetakan/arca).

Pembentangan tajuk pilihan dibuat dalam kuliah untuk

mendapat persetujuan. Projek akhir ini berbentuk satu

kajian terperinci yang menitikberatkan kepada kajian-kajian,

analisa, perkembangan idea dan karya akhir.

Page 128: ISI KANDUNGAN - aswara.edu.my · sinopsis kursus wajib akademi 10-17 pusat seni pentas tradisional (putra) 18-22 ... studio teater dan tari, Studio Rakaman, Studio TV, Pawagam Jalan

PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI 2018/2019 127

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ASH 1012

Lukisan Asas

Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran

dengan lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan

lakaran, pelajar dikehendaki menghasilkan lakaran wajib

sebanyak 500 helai setiap semester. Projek melakar

terbahagi kepada projek luar dan studio. Pelajar didedahkan

pada latihan melakar manusia, bangunan dan alam sekitar.

2. ASH 1022

Fotografi Digital

Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada

kemungkinan mentafsirkan dunia dengan menggunakan

kamera. Keutamaan dalam imej fotografi ialah berbentuk

luahan dengan menggunakan kamera untuk meneroka dan

mendapat gambaran imej secara digital.

TAHUN 1 SEMESTER Ii

1. ASH 1052

Kajian 2D Dan 3D

Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan

menyelesaikan masalah secara analitikal dan kreatif dalam

bentuk 2 dan 3 dimensi. Pengenalan awal kepada bahan

dan bahantara serta alat-alat yang boleh digunakan ke arah

merealisasikan karya seni yang tinggi nilai estetiknya.

Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan

pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan

melahirkan idea dalam setiap karya yang dihasilkan.

2. ASH 1062

Kajian Warna

Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi

serta kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna

melalui latihan secara teori, praktik dan observasi.