intro kuasa kepemimpinan edited)

Upload: bobktg82

Post on 15-Jul-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kepemimpinan Al-Fateh

2012

Kepemimpinan Al-FatehPendahuluan Ketika Pn Rozmel memberi tugasan penulisan yang berkisar tentang Kepimpinan, Ingatan saya terpaut pada satu nama iaitu Sultan Muhammad AlFateh, rentetan dari sebuah buku yang saya telah dapatkan pada beberapa bulan lalu. Lantas saya merasakan tidak salah saya membincangkan berkenaan tokoh yang ingin diketengahkan ini kerana saya menjangkakan ramai di luar sana hatta di dalam kumpulan kami sendiri tidak mengetahui perihal peribadi dan latarbelakang Sultan Muhammad Al-Fateh yang hebat ini. Setelah sebulat suara bersetuju dengan tokoh ini, maka bermulalah pencarian dari sumber rujukan utama kami iaitu bertajuk Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh yang merupakan hasil karya tulisan Muhammad Syaari Abdul Rahman yang saya kira beliau telah berjaya merungkai serta menghasilkan sebuah buku sarat dengan analisa yang mendalam, kupasan dan olahan dari sudut pandang yang bersifat semasa dan praktikal . Penulis boleh dilayari di http://www.iskandarfateh.com/ .

Di samping itu Juga, carian di google menunjukkan sebanyak 187,000 keputusan carian berkenaan dengan perihal Sultan Muhamad Al-fatih seperti yang terdapat di bawah.

Kepemimpinan Al-Fateh

2012

Konsep kepimpinan merujuk kepada modul pembangunan diri UKM membuat justifikasi bahawa terbahagi kepada dua perspektif iaitu Islam dan Barat. Secara ringkasnya, dari perspektif islam, asas yang utama ialah amanah dan taqwa. Manakala, mengikut perspektif barat, berorientasikan kepada keadaan yang berubah-ubah dan memberi fokus kepada pencapaian matlamat semasa dalam semua aspek kehidupan dunia sahaja. Kami memilih pemimpin yang ingin di kenali ini kerana bukan sahaja sebagai seorang penakluk tetapi lebih daripada itu termasuklah di dalam model pentadbiran, ekonomi, politik dan juga social. Kebijaksanaan, pragmatic dan kewibawaan Sultan Muhammad Al-Fateh ini terserlah semasa misi pembebasan kota konstantinopel pada tahun 1453 Masihi. Asas pembebasan kota konstantinopel ialah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad). Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Kepemimpinan Al-Fateh

2012

Latar Belakang Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah di Adrianapolis diantara sempadan Turki dan Bulgaria. Ayahnya, Sultan Murad Kedua salah seorang pemimpin Usmaniah yang masyhur. Ibunya Huma Hatun merupakan seorang wanita Turki. Sultan Muhammad Al-fateh menaiki tahta ketika usia baru 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun. Merupakan negarawan yang ulung dan merupakan panglima tentera islam yang memimpin sendiri hampir 25 kempen peperangan pada zamannya. Sultan Muhammad Al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Apa yang ingin kami ketengahkan ialah bagaimana ciri-ciri kepemimpinan yang ada pada Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana pada akhirnya dapat membebaskan Kota Konstantinopel dari cengkaman Byzantine. Konstantinopel dikenali sebagai kota yang termakmur dan terkaya di Eropah sejak beberapa abad. Kedudukannya terletak di pertemuan antara benua Asia dan Eropah serta pertemuan antara Laut Mediterranean dan laut Hitam. Napoleon Bonaparte menyebut bahawa Apabila dunia ini sebuah Negara, Konstantinopel adalah yang paling layak menjadi ibu negaranya. Oleh kerana ia merupakan kota yang strategic, sudah tentulah kota ini dilengkapi dengan kekebalan yang sukar untuk ditakluki.

Kepemimpinan Al-Fateh

2012

Dinyatakan bahawa terdapat lima faktor kekebalan kota konstantinopel iaitu:Faktor Pertama Konstantinopel adalah kota daripada tujuh bukit yang mendapat perlindungan semulajadi daripada kedudukannya Kota ini berbentuk segi tiga. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu selat Bosphorus dan Laut Marmara iaitu dua pertiga sempadan kota ini adalah laut. Luar kota dikelilingi parit besar yang dalamnya 10 meter dan lebar 60 meter. Tembok luar setinggi 25 kaki setebal 10 meter dan tembok dalam setinggi 40 kaki setebal 15 meter. Rintangan Rantai Besi di dalam laut (300 ke 400 mata rantai) di selat Bosphorus serta 25 buah kapal laut yang menjaga keselamatan.

Faktor Kedua

Faktor Ketiga Faktor Keempat

Faktor Kelima

Berdasarkan kepada faktor di atas penulis buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh menggariskan ada 12 kuasa kepimpinan Al-Fateh yang menjadi focus utama iaitu:1. Kuasa Semangat Pemuda 2. Kuasa Pemikiran Strategik 3. Kuasa Pemikian Kreatif dan Inovatif 4. Kuasa Kerja Berpasukan 5. Kuasa Contoh 6. Kuasa Pidato Berpengaruh 7. Kuasa Iman dan Tawakal 8. Kuasa Jihad dan Pengorbanan 9. Kuasa Diplomasi dan Kebajikan 10.Kuasa Bahasa

Kepemimpinan Al-Fateh

2012

11.Kuasa Sentuhan Ulama 12.Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif