internet memberi manfaat kepada pelajar dalam pelbagai cara

2
Pada era teknologi yang serba moden ini, teknologi siber berkembang pesat seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sentiasa maju ke hadapan. Para pelajar juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemudahan yang telah tersedia ini. Salah satu teknologi siber yang sentiasa berkembang ialah internet. Terdapat pelbagai manfaat internet kepada kehidupan pelajar terutamanya pelajar jarak jauh seperti saya yang terpaksa membahagikan komitmen antara pelajaran dan pekerjaan. Sebagai pelajar jarak jauh, saya menjadikan internet sebagai sahabat baik dan gudang ilmu yang boleh didapati di mana jua saya berada. Terdapat pelbagai manfaat yang dapat kita peroleh dalam penggunaan internet yang pastinya berguna kepada para pelajar terutama sekali dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pengajian yang diceburi. Sebagai contoh dengan melayari laman laman web ensiklopedia maya seperti www.wikipedia.com , Bahan maklumat yang terdapat di internet banyak yang menarik dan sentiasa terkini. Setiap hari maklumat akan berubah, dan jutaan maklumat yang terkini boleh didapati dengan mudah, cepat dan murah dari internet. Sebagai pelajar jarak jauh, penggunaan mel elektronik ibarat satu kewajipan dan merupakan p erkara asas yang perlu diketahui oleh semua pelajar. E-mel boleh direka secara percuma dengan menggunakan akaun webmail seperti Gmail, Yahoo, dan Hotmail. Selain daripada E-mel, webmail juga mempunyai

Upload: aishahbintialamudin

Post on 11-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bagaimana interenet dapat memberi manfaat kepada pelajar jarak jauh.

TRANSCRIPT

Pada era teknologi yang serba moden ini, teknologi siber berkembang pesat seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sentiasa maju ke hadapan. Para pelajar juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemudahan yang telah tersedia ini. Salah satu teknologi siber yang sentiasa berkembang ialah internet. Terdapat pelbagai manfaat internet kepada kehidupan pelajar terutamanya pelajar jarak jauh seperti saya yang terpaksa membahagikan komitmen antara pelajaran dan pekerjaan. Sebagai pelajar jarak jauh, saya menjadikan internet sebagai sahabat baik dan gudang ilmu yang boleh didapati di mana jua saya berada. Terdapat pelbagai manfaat yang dapat kita peroleh dalam penggunaan internet yang pastinya berguna kepada para pelajar terutama sekali dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pengajian yang diceburi. Sebagai contoh dengan melayari laman laman web ensiklopedia maya seperti www.wikipedia.com, Bahan maklumat yang terdapat di internet banyak yang menarik dan sentiasa terkini. Setiap hari maklumat akan berubah, danjutaan maklumat yang terkini boleh didapati dengan mudah, cepat dan murah dariinternet. Sebagai pelajar jarak jauh, penggunaan mel elektronik ibarat satu kewajipan dan merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh semua pelajar. E-mel boleh direka secara percuma dengan menggunakan akaun webmail seperti Gmail, Yahoo, dan Hotmail. Selain daripada E-mel, webmail juga mempunyai aplikasi forum atas talian di mana pelajar dapat menyertai forum sebagai satu wadah untuk berkomunikasi antara satu sama lain secara maya. Sebagai contoh, pelajar Open University Malaysia( OUM ) mempunyai forum atas talian khas untuk setiap kelas. Melalui forum, pelajar dan pensyarah dapat mengakses bahan bacaan tambahan, latihan dan sebagainya yang boleh dimuat turun oleh pelajar dan pensyarah. Selain itu, para pelajar juga boleh mengajukan soalan kepada guru atau berbincang berkaitan mata pelajaran dengan rakan sekelas tanpa perlu bersua-muka sekaligus menjimatkan masa.Selain itu internet sangat membantu saya dalam proses pencarian maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus. Sebagai pelajar jarak jauh, jadual kerja yang padat menyukarkan saya untuk mengunjungi perpustakaan. Sebagai alternatif, saya menggunakan internet bagi melayari perpustakaan atas talian online digital library seperti library.oum.edu.my . Ini memudahkan saya untuk mencari buku-buku rujukan dan bahan ilmiah yang boleh dimuat turun bagi simpanan para pelajar. Pinjaman buku juga boleh dibuat secara dalam talian. Sebagai kesimpulan, internet stelah memberi banyak manfaat kepada saya sebagai pelajar jarak jauh. Terdapat banyak lagi kegunaan internet yang perlu diterokai bagi memanfaatkan penggunaannya secara optimum. Saya akan sentiasa menggunakan internet pada tujuan yang baik demi kejayaan saya dalam bidang pelajaran.