interaksi_3

16
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR: KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Upload: madumanja

Post on 24-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dengar tutur

TRANSCRIPT

Page 1: interaksi_3

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR:

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Page 2: interaksi_3

Kaedah-perancangan P & P secara teratur, kemas, dan sistematik

Teknik - satu taktik untuk menyampaikan bahan kepada murid

KAEDAH DAN TEKNIK

Page 3: interaksi_3

Kaedah Terus

•Murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. •Murid belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.

Ciri –ciri :1.murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;2.sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;3.aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;4.murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif,5.guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. 

Page 4: interaksi_3

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

•Mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. •Guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. • Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. •Kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopischool - sekolahradio - radiobicycle - basikalbiscuit - biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. 

Subjek Kata kerja Objek

Saya

I

pergi

go

ke sekolah.

to school.

Dia

He

minum

drinks

susu.

milk.

Page 5: interaksi_3

Kaedah Audio-Lingual

•Menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif Prinsip-prinsip:

1.Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

2.Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

3.Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa;

4.Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif;

5. Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Page 6: interaksi_3

Kaedah Komunikatif

Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

a. Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. -Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.b. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. -Murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.c.Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. - Untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.d.Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. - Pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.e.Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. - Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Page 7: interaksi_3

Teknik – Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

• Latih tubi • Bercerita

• Bersoal jawab • Perbualan / dialog/ wawancara

• Perbincangan • Berbahas/ debat

• Main peranan/simulasi • Sumbang saran

• Drama atau lakonan • Melapor berita

• Permainan bahasa • Pengajaran puisi

• Penyelesaian masalah • Tunjuk cara

Page 8: interaksi_3

LATIH TUBIa. Latih Tubi Pasangan Minimal - menggunakan pasangan kata yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum atau paling kecil dan ia mempunyai makna yang berbeza. Digunakan untuk melatih murid menyebut dengan betul

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

rama - rima

Vokal a - i akan - ikan

lara - lari

kala - kali

serang - sering

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebutserang - sarang

Vokal a – e(pepet) parang - perang

karang - kerangjarang - jeranggaram - geram

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

olah - alah

Vokal o - a sorong - sarung

barang - borangborek - bariksola - salah

Page 9: interaksi_3

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

punah - panah

Vokal u - a cuci - caci

ciku - cika

huru - hara

suku - suka

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

bagi - pagiKonsonan b - p timba - timpa

barang - parangbaba - papalobak - lopak

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

ladang - lalangKonsonan d - l dari - lari

dayang - layangdagu - lagudaki - laki

Page 10: interaksi_3

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

garam - karamKonsonan g - k gali - kali

garang - karangtegak - tekakbagi - daki

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

keras - kesatKonsonan s - t beras - berat

kesat - ketatsurat - tulatulas - ulat

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut

tulang - dulangKonsonan t - d ledak - letak

ladang - datangutara - udaratarah - darah

Page 11: interaksi_3

b.Latih Tubi Memintal Lidah - meletakkan bunyi-bunyi yang sukar dalam ayat atau frasa tertentu.

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut Ayat-Ayat

Fonem / p /Padang pandan tepi pantai depan padangCuba pandang kapal-kapal tepi pantaiPandang pondan-pondan pakai topeng depan padang

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut Ayat-Ayat

Fonem / r / dan / l /Letak cawan retak atas lantai dekat rantaiSuruh isteri tarik tali hingga sore

Kesulitan Menyebut Latihan Menyebut Ayat-AyatFonem

/ l / dan / t /Bila datang petang-petang sila tolong orang seberang

Padang tuan-tuan telah tumbuh lalang panjang

Page 12: interaksi_3
Page 13: interaksi_3
Page 14: interaksi_3
Page 15: interaksi_3
Page 16: interaksi_3