interaksi tamadun india dan china

5
Interaksi Tamadun India dan China - Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China - Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Kesan: 1.Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 2. Sains dan Teknologi - Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India - Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian - Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.

Upload: yong-nierah

Post on 31-Jan-2016

548 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi Tamadun India Dan China

Interaksi Tamadun India dan China- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan:

1.Penyebaran Agama Buddha- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. - Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

Interaksi Tamadun India Dan Tamadun China

Berlaku pada abad ke-2 sebelum masihi. Ajaran Buddha dihasilkan dalam tamadun india & disebarkan ke dalam masyarakat china. Pada awalnya kurang diterima kerana ajarannya tidak sesuai dengan institusi keluarga, politik, etika serta moral masyarakat china yang telah diresapi falsafah China terutamanya falsafah konfusianisme. Kemudian mengalami proses penyesuaian dengan tradisi & budaya China tetapi tidak menjejaskan prinsip asasnya. Maharaja Han, Ming Ti seorang penganut agama budha yang dikatakan mendapat mimpi tentang agama tersebut. Penyebaran agama Buddha ke china mencapai kemuncak pada zaman pemerintahan dinasti han (Zaman Han Timur).

Page 2: Interaksi Tamadun India Dan China

Faktor Interaksi Tamadun China & India

Agama Buddha mendapat sambutan pada zaman dinasti wei utara (386-564m).

Disebabkan :

Golongan cendiakawan konfusianisme tidak lagi berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan

Berlaku huru jara dalam masyarakat china, oleh itu agama Buddha menjadi sumber kerohanian yang penting pada masa itu.

Ajaran Buddha tentang penderitaan & cara mengatasinya sehingga melepasi penderitaan tersebut iaitu mencapai ‘nirvana’ berperanan sebagai ubat kepada rakyat.

Mazhab Buddha Mahayana berkembang sebagai ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh unsure-unsur penyembahan dewa tempatan.

Tokoh agama Buddha berketurunan china yang terkenal ialah fa hsien, hsuan Tsang & I-Tsing yang mengembara ke india.

Kesan Interaksi Terhadap Tamadun China

Karya dari india diterjemahkan dan penghasilan karya tentang agama Buddha oleh orang china.

Beberapa alat muzik dan struktur india diasimilasikan dalam tamadun china

Muzik dan tarian india menjadi tarian paling popular di istana dan dikalangan bangsawan china.

Kesusasteraan yang terhasil seperti kitab ajaran agama Buddha

Puisi, cerita dongeng, kisah tauladan, kias ibarat, yang berkaitan dengan agama Buddha mempengaruhi penulisan sastera china

Menyumbangkan perbendaharaan kata Sanskrit dan pali dalam bahasa cina

Perkembangan pengajian fonetik bahasa cina yang sangat penting semasa zaman dinasti sui

Kesan Interaksi Terhadap Tamadun India

Beberapa ciptaan sains dan teknologi orang china berkembang dalam masyarakat india. Contohnya, teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas

Interaksi yang turut berlaku ialah melalui usaha penterjemahan. Contohnya, 60 koleksi ilmu astronomi india diterjemahkan ke dalam bahasa cina pada zaman Dinasti Sui.

China mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan india, contohnya Gautama (ahli astronomi india) diambil berkhidmat dalam G Dinasti Tang. Beliau memperkenalkan sistem kalendar china yang tepat daripada tahun 727 masihi. Jawatan tersebut dipegang oleh keturunan beliau selama 4 generasi.

Page 3: Interaksi Tamadun India Dan China

Ajaran Buddha dibukukan dalam kitab tripitaka yang meliputi Mahayana dan hinayana perhubungan antara kedua tamadun terus berlangsung walaupun selepas kemerosotan agama Buddha di india pada abad ke-10 masihi.

Perkembangan seterusnya bersifat diplomatic dan perdagangan.

Interaksi Tamadun India dan Tamadun China

Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi. Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India. Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme. Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Kesan Positif

Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini.

Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India

Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.

Page 4: Interaksi Tamadun India Dan China

Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.

Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China.

Kesan Negatif

Tamadun India dengan tamadun China juga berlaku konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur

Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han.

Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut

Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China pada tahun 751 masihi.

Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih

Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin

Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.

Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh