intera

Upload: kitchens-mem

Post on 01-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Sintaksis: Bidang Kajian

Sintaksis: Bidang Kajian

Struktur Binaan AyatPembahagian Subjek dan PredikatAyat Dasar dan Ayat TerbitanSusunan dalam AyatUrutan Kata, Perpindahan AyatRagam Ayat, Jenis AyatSintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain

8/1/20151Struktur Binaan Ayat

Binaan ayat: merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat.Konstituen ayat boleh terdiri daripada satu bentuk perkataan yang bebas.Konstituen ayat juga boleh panjang dan kompleks; frasa dan klausa.8/1/20152Hasil dari binaan perkataan, frasa, klausa, ialah satu ayat.Ahmad tertidur: Ahmad; tertidur

Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama: frasa subjek dan frasa predikat.

8/1/20153Pembahagian Subjek dan PredikatFrasa subjek dibentuk oleh frasa nama.Frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa: frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). 8/1/20154SubjekKonstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.PredikatKumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

8/1/20155Subjek

Predikat

Amin

Abang kandungku

Pegawai kastam itu

guru besar di sekolah baru itu.sedang berehat di bilik sebelah.amat cekap.

8/1/20156Subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

Pembahagian kepada frasa subjek dan predikat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan; analisis konstituen terdekat.8/1/20157Ayat Dasar dan Ayat TerbitanSemua ayat yang terbentuk masih mematuhi dan berasal daripada satu ayat dasar.

Ayat dasar: pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain.8/1/20158Semua ayat (panjang / pendek, mudah / kompleks, berstruktur biasa / songsang) dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya: ayat dasar.4 pola ayat dasar.8/1/20159Ayat dasar :

ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

8/1/201510Ayat terbitan :

ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.

8/1/201511Susunan dalam AyatSusunan unsur-unsur dalam ayat dasar yang lazim ialah subjeknya mendahului predikat. Susunan biasa: binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar. menjadi sumber atau dasar untuk membentuk semua ayat lain.

8/1/201512Contoh susunan ayat dasar yang lazim.

Subjek mendahului predikat

Matanya memandang kampung itu. Drebarnya keluar.

8/1/201513Namun, ada juga susunan ayat dasar yang predikatnya mendahului subjek.

Predikat mendahului subjek

Di belakang itulah biliknya, jawab orang tua itu.

Di rumah-rumah sedemikian inilah banyak orang tinggal

8/1/201514Urutan KataPembentukan ayat ialah satu binaan atau konstruksi yang sifatnya tersusun dan bersistem.Ada rumus yang mendasari proses urutan kata untuk membentuk ayat.8/1/201515Subjek + Kata Kerja + Objek : BMSubjek + Objek + Kata Kerja : bahasa LatinKata kerja + Objek + Subjek : bahasa MalagasiObjek + Kata Kerja + Subjek : bahasa HixkaryanaKata Kerja + Subjek + Objek : bahasa Arab8/1/201516Perpindahan AyatPerpindahan ayatKebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat.8/1/201517Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihatAkhiran us dan am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut.

8/1/201518Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Paul melihat Mary hanya boleh menjadi Melihat Mary, Paul.Mary melihat Paul atau Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.Paul Mary melihat tidak gramatis dalam BM8/1/201519Min aina anta ? (bahasa Arab)Min = daripada / dariaina = manaanta = kamu (lelaki)

Maksud terjemahan langsung [dari mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu.

Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? 8/1/201520Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.

8/1/201521Ragam AyatRagam ayatHuraian ragam ayat melibatkan ayat aktif dan ayat pasif.Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

8/1/201522Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan (bahasa Melayu)Bahasa lain (Latin) dilakukan melalui penanda kasus yang berbeza pada frasa nama yang sama.

8/1/201523Ayat aktif

Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

8/1/201524Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

8/1/201525SubjekPredikatKata Kerja TransitifObjek(9). Pekerja (10). Budin(11). Air matamembaiki membeli membasahijalan itu.buah durian.pipinya.Ayat Aktif Transitif8/1/201526Ayat Aktif Tak Transitif

SubjekPredikatKata Kerja Tak Transitif(keterangan)(12). Kanak-kanak (13). Ombak (14). Dianasedang mandi memutihmenangisdi kolam itu.di pantai Damai.sepanjang malam.8/1/201527Ayat PasifAyat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.

8/1/201528Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasifb) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan keduac) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

8/1/201529Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

SubjekKata Kerja PasifOleh + Frasa NamaKeteranganKereta itu Semak samunsudah dibelidibersihkanoleh Amin oleh pekerja minggu lepassetiap bulan.8/1/201530Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

SubjekFrasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau keduaKeterangan(17). Kereta itu (18). Kuih itusudah saya bersihkanbelum awak makanpagi tadi.lagi.8/1/201531Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

SubjekKenaKata Kerja DasarOleh+Frasa Nama(19). Rusa itu (20). Budak itukena kenatembakkejaroleh pemburu. oleh anjing.8/1/201532Jenis AyatJenis ayatJenis ayat bergantung kepada intonasi dan tujuan ayat.Empat jenis;i) Ayat penyataii) Ayat tanyaiii) Ayat perintahiv) Ayat seruan

8/1/201533a) Ayat PenyataAyat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.

8/1/201534Contoh:(21). Saya sudah memiliki kereta baru.(22). Dunia ini penuh dengan dugaan.(23). Dia pandai mengawal emosinya.

8/1/201535b) Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

8/1/201536c) Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

8/1/201537d) Ayat SeruanAyat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya.

8/1/201538Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

8/1/201539Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang lainSintaksis dan Aspek Tatabahasa yang lain:

Selain daripada unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan ayat, terdapat juga ciri-ciri lain: penanda tatabahasa.8/1/201540Penanda kasusPenanda kalaUnsur keserasian8/1/201541Penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan kegramatisan ayat.BI: kasus nominatif subjek I tidak boleh diubah kepada Me yang membawa kasus akusatif untuk merujuk objek langsung.8/1/201542Penanda kala: penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala kejadian yang akan, sedang dan sudah berlaku.BI: will see, see, saw8/1/201543Unsur keserasian juga ciri penanda tatabahasa.BI: unsur keserasian antara kata nama subjek dan kata kerja adalah penting.He helpsThey help8/1/201544Ayat-ayat yang tidak menentu maknanya: binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat.Daya pengetahuan dan kecekapan berbahasa tentang struktur unsur membolehkan seseorang memahami ketaksaan ayat.Hari keputeraan Sultan Pahang yang ke-76???

8/1/201545