institusi kewangan pembangunan - bnm.gov.my · fokus bank ialah untuk menggalak pembangunan ikp...

20
Institusi Kewangan Pembangunan 214-216 Pentadbiran Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 216-218 Dasar dan Langkah 218-232 Prestasi Institusi Kewangan Pembangunan

Upload: vonhi

Post on 30-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Institusi KewanganPembangunan

214-216 Pentadbiran Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002216-218 Dasar dan Langkah218-232 Prestasi Institusi Kewangan Pembangunan

214

PENGENALAN

Institusi kewangan pembangunan (IKP) merupakaninstitusi kewangan khusus yang ditubuhkan olehKerajaan sebagai sebahagian daripada keseluruhanstrategi bagi membangun dan memajukan sektor-sektorstrategik yang khusus seperti pertanian, sektorperusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunaninfrastruktur, perkapalan dan industri berintensifkanmodal dan berteknologi tinggi untuk pembangunansosioekonomi negara.

IKP mengkhusus dalam penyediaan sokongan kewangandalam bentuk pembiayaan jangka sederhana danpanjang, modal ekuiti, jaminan untuk pinjaman danperkhidmatan kewangan lain yang diperlukan olehsektor-sektor strategik. IKP juga menyediakan

perkhidmatan rundingan dan nasihat dalam mengenalpasti serta membangunkan projek-projek baru.

Berdasarkan kepada peranan IKP yang penting dalampembangunan ekonomi dan sosial, Kerajaan perlumembangunkan IKP agar menjadi agensi-agensipelaksana yang cekap dan berkesan. Strategi-strategiyang telah digariskan dalam Pelan Induk SektorKewangan (PISK) bagi pembangunan IKP yangsistematik termasuklah mengukuhkan rangka kerjapengawalan dan penyeliaan, membina keupayaan dankebolehan serta meningkatkan kecekapan operasi.

PENTADBIRAN AKTA INSTITUSI KEWANGANPEMBANGUNAN 2002

Pengukuhan Rangka Kerja Pengawalan

Enakmen dan Pemakaian AIKPBagi menyediakan satu rangka kerja pengawalan danpenyeliaan yang komprehensif untuk memastikanpengurusan kewangan IKP yang selamat dan utuh, AktaInstitusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP) telahdigubal dan dikuatkuasakan mulai 15 Februari 2002.

AIKP bertujuan memastikan penyeliaan IKP yangefektif serta dinamik dan memperuntukkan

AIKP menyediakan satu rangka kerja pengawalan dan penyeliaanyang komprehensif untuk memastikan pengurusan kewangan IKPyang selamat dan utuh.

Institusi Kewangan Pembangunan

pelantikan Bank Negara Malaysia sebagai badanpengawalan dan penyeliaan pusat untuk IKP. FokusBank ialah untuk menggalak pembangunan IKP yangcekap dan berkesan bagi meminimumkan kos yangditanggung oleh Kerajaan dalam mencapai objektifdasarnya. Ini akan menyumbang ke arah memenuhiobjektif yang telah dimandatkan kepada IKP.

Salah satu aspek utama AIKP ialah untuk memastikanbahawa peranan, objektif dan aktiviti IKP selaridengan objektif Kerajaan dan seterusnya peranan-peranan yang telah dimandatkan dilaksanakan secaraefisien dan efektif. Bagi mencapai tujuan ini, AIKPmemerlukan IKP mengemukakan cadangan aktivitiperniagaan dan pembangunan mereka serta unjuransumber pendanaan, pada setiap tahun kepada Bank.Selain itu, AIKP juga menyediakan mekanisme untuk

memantau pengurusan dana-dana yangdiperuntukkan oleh Kerajaan bagi memastikandana-dana tersebut digunakan sebagaimana yangditentukan.

AIKP memberi penekanan ke atas pengurusanyang efisien dan urus tadbir korporat yangberkesan dengan menetapkan prosedur bagipelantikan pengarah, ketua pegawai eksekutif danjuruaudit luar serta memastikan penzahiranmaklumat tepat pada masanya dan secara telus.Ini bertujuan untuk memastikan pengimbang balasyang mencukupi dan mempertingkatkanakauntabiliti lembaga pengarah dan pihakpengurusan.

AIKP menyediakan mekanisme penyeliaan yangmenyeluruh yang merangkumi peraturan berhemat,penyeliaan di premis dan di luar premis, keperluanmengemukakan laporan dan piawai penzahiran.Ia juga memberi kuasa yang perlu kepada badanpengawalan untuk menangani apa-apa masalahsalah urus dan salah laku. Perundangan ini jugamemperuntukkan mekanisme untuk mengukuhkankedudukan kewangan IKP melalui spesifikasikeperluan-keperluan berhemat seperti pengurusanaset, modal dan pengurusan mudah tunai.

Institusi Kewangan Pembangunan

215

Setakat 31 Disember 2002, enam buah institusi, iaituBank Pembangunan dan Infrastruktur MalaysiaBerhad, Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad,Malaysia Export Credit Insurance Berhad, Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Bank KerjasamaRakyat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasionaltelah diwartakan sebagai “institusi yang ditetapkan”di bawah subseksyen 2(1) AIKP.

Pemantauan Aktiviti dan Prestasi IKPSebagai sebahagian daripada rangka kerja pengawalandan penyeliaan, Bank Negara Malaysia memantauaktiviti dan prestasi kewangan enam buah institusi yangditetapkan, iaitu IKP di bawah kawal selia AIKP, secaraberterusan bagi memastikan IKP berkenaanmelaksanakan peranannya secara cekap dan berkesan.Beberapa peruntukan AIKP memberi kuasa kepadaBank Negara Malaysia untuk memperoleh data yangdiperlukan daripada institusi yang ditetapkan bagimembolehkan Bank menjalankan fungsi pemantauandan penyeliaannya. Menurut seksyen 116 AIKP,berkuatkuasa bulan April 2002, semua institusi yangditetapkan perlu mengemukakan setiap bulan laporanpengurusan untuk penilaian Bank. Laporan-laporantersebut mengandungi penunjuk-penunjuk kuantitatifdan kualitatif berkenaan sumbangan ekonomi dansosial serta prestasi kewangan setiap IKP, termasukprestasi kewangan mereka. Penunjuk-penunjuk inidapat membantu dalam merumus langkah-langkahdasar yang bersesuaian untuk meningkatkankeupayaan mereka dan bagi menangani perkara-perkara yang tidak disenangi. Bagi memudahkan lagipemantauan aktiviti dan prestasi kewangan, satu sistemlaporan berkomputer sedang dibangunkan dan dijangkadilaksanakan pada tahun 2003.

Aktiviti PenyeliaanTujuan utama penyeliaan ke atas IKP adalah untukmemastikan setiap institusi memainkan peranan danfungsi yang dimandatkan dan aktiviti merekadijalankan adalah secara berhemat, cekap danberkesan. Untuk mencapai objektif tersebut, BankNegara Malaysia menjalankan pengawasan ke atasIKP di luar premis dan pemeriksaan di premis.Pemeriksaan yang dijalankan adalah berdasarkanpenyeliaan berlaras risiko di mana fokus utamadiberikan kepada bidang yang berisiko, yang bolehmenjejaskan keutuhan IKP. Pemeriksaan di premisyang dijalankan akan disesuaikan dengan saiz, aktivitidan sifat khusus operasi serta profil risiko setiap IKP.

Fokus utama penyelia adalah untuk menyumbangkepada peningkatan keupayaan institusi dan strukturoperasi IKP. Ia merangkumi pembentukan dasar dan

prosedur operasi yang komprehensif, penyediaansistem pengurusan risiko, kawalan organisasi denganpengimbang balas, sumber manusia yang mencukupidan penggunaan teknologi yang optimum. Penyeliaberperanan untuk menggalakkan pematuhan kepadaamalan terbaik dalam bidang-bidang tersebut. Iniakan meningkatkan urus tadbir korporat IKP, disokongpula oleh komitmen dan penyertaan pihak-pihakberkepentingan. Salah satu prinsip urus tadbirkorporat yang utama adalah tanggungjawab ahlilembaga pengarah yang bertindak sebagai wakil pihakyang berkepentingan dengan memainkan perananyang berkesan dalam mengawasi tindakanpengurusan eksekutif. Ahli lembaga pengarah mestiberkelayakan dan mempunyai maklumat yang perlubagi membolehkan mereka menjalankan tugas dantanggungjawab serta membimbing pihak pengurusanIKP. Penzahiran yang sesuai dan mencukupi juga perluuntuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan.

Satu lagi bidang yang penting adalah keberkesananfungsi audit dalaman bagi mengukuhkan prosespengimbang balas, kawalan dalaman yang cukupserta dasar dan prosedur yang sejajar dengan objektifyang dimandatkan.

Pada tahun 2002, Bank Negara Malaysia telahmenjalankan enam pemeriksaan ke atas IKP dibawah kawal selia AIKP, termasuk anak-anak syarikatmereka. Di samping itu, penyeliaan luar premis jugadijalankan melalui pemantauan ke atas kedudukandan arah aliran kewangan termasuk semakanpenyata kewangan IKP. Selain itu, pemeriksaan keatas sistem maklumat juga dilakukan bagimemastikan integriti dan keutuhan data.

Pemantauan Peranan, Objektif danKeberkesanan IKP

Pengemukaan Pernyataan Niat Korporat danKeperluan Pendanaan TahunanAIKP memperuntukkan mekanisme bagi memastikanIKP menumpukan aktiviti-aktivitinya kepada perananyang telah dimandatkan. Salah satu mekanismetersebut ialah melalui pemantauan dan penilaian keatas aktiviti-aktiviti IKP yang dirancang. Seksyen 34dan 35 AIKP menghendaki institusi yang ditetapkanmengemukakan Pernyataan Niat Korporat (PNK) danKeperluan Pendanaan Tahunan (KPT) pada setiaptahun.

PNK memaparkan aktiviti-aktiviti perniagaan yangdirancang, strategi-strategi pelaksanaan, sumberpendanaan, sasaran prestasi dan tanggungjawab

216

sosial yang akan dilaksanakan oleh IKP, termasukaktiviti anak-anak syarikatnya. PNK, yang mana perludiluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagiIKP berkenaan, perlu dikemukakan kepada BankNegara Malaysia. Keperluan ini memudahkanpemantauan ke atas aktiviti-aktiviti IKP bagimemastikan ianya selaras dengan peranan yang telahdimandatkan serta objektif Kerajaan. Selain itu, PNKjuga bertujuan untuk memantau sumbangan danprestasi IKP ke arah mencapai sasaran tahunan yangtelah ditentukan pada tahun sebelumnya.

KPT pula memberi butiran terperinci tentang unjuransumber-sumber pendanaan dan sebarang danatambahan yang diperlukan daripada Kerajaan bagimenjalankan aktiviti-aktiviti untuk tahun berikutnya.KPT perlu dikemukakan kepada Bank NegaraMalaysia bagi tujuan penilaian sebelum dikemukakankepada Menteri Kewangan dan seterusnya untukdimasukkan peruntukan pendanaan ini ke dalamperuntukan tahunan Bajet Kerajaan Persekutuan.

Sebagai pematuhan kepada seksyen 34 dan 35,prosedur pengemukaan PNK dan KPT memuatkanformat serta isi kandungan PNK dan KPT, tarikhpengemukaan, proses kelulusan serta peranan dantanggungjawab IKP, Menteri yang bertanggungjawabdan Kementerian yang berkepentingan. Prosedur inimemerlukan Kementerian yang berkepentinganmengesahkan PNK dan KPT tersebut. Ini memberipeluang kepada Kementerian yang berkepentinganmemberi panduan mengenai dasar keseluruhanberkaitan dengan pembangunan sektor-sektorstrategik yang disokong oleh IKP dan memastikanaktiviti-aktiviti IKP adalah selaras denganperancangan pembangunan ekonomi negara. Selainitu, keperluan ini juga memastikan IKP mempunyaisumber pendanaan yang mencukupi bagi membiayaiaktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

Spesifikasi mengenai Pemberian KemudahanKredit oleh IKPPentingnya bagi IKP untuk terus memberi penumpuankepada peranan yang dimandatkan ditekankan lagimelalui peruntukan subseksyen 28(1) AIKP yangmelarang IKP daripada memberi kemudahan kredittermasuk penyediaan jaminan dan insurans, selaindaripada bagi tujuan-tujuan yang telah dinyatakan.Peruntukan ini bertujuan memastikan kemudahankredit yang diberikan oleh IKP kepada perniagaan danaktiviti-aktiviti adalah sejajar dengan matlamat dantujuan utama mereka sebagai institusi berasaskandasar. Menurut peruntukan Akta ini, spesifikasimengenai kemudahan kredit yang boleh diberikan

oleh keenam-enam buah IKP telah dirangka selarasdengan peranan yang dimandatkan. Secara amnya,spesifikasi yang dikeluarkan merangkumi pemberiankemudahan kredit kepada PKS, PKS kepunyaanBumiputera, projek infrastruktur, industriberintensifkan modal dan berteknologi tinggi, eksport,import, pembiayaan peribadi dan penggunaan,pembiayaan perumahan dan runcit.

Meningkatkan Urus Tadbir Korporat

Prosedur Pengesahan untuk PelantikanPengarah/Ketua Pegawai EksekutifAIKP memberi penekanan ke atas tadbir urus korporatmelalui keperluan memenuhi kriteria “layak dansesuai” bagi pelantikan sebagai pengarah dan ketuapegawai eksekutif dalam IKP. Walaupun kuasa untukmelantik pengarah/ketua pegawai eksekutif kekaldengan Kementerian yang berkaitan, subseksyen 6(2)AIKP memerlukan institusi yang ditetapkan untukmendapatkan pengesahan daripada Bank NegaraMalaysia bahawa pengarah/ketua pegawai eksekutifmemenuhi kriteria “layak dan sesuai” seperti yangdigariskan di dalam Jadual AIKP sebelum dibuatpelantikan. AIKP memperuntukkan bahawa pelantikanpermulaan pengarah dan ketua pegawai eksekutifadalah selama dua tahun dan sebarang pelantikansemula hanya untuk tempoh setahun sahaja. Oleh itu,prestasi dan kesesuaian pengarah dan ketua pegawaieksekutif IKP adalah tertakluk kepada penilaian dankajian semula secara berkala.

Proses pengesahan oleh Bank dijalankan denganobjektif utamanya untuk mengukuhkan integriti dankeupayaan pihak pengurusan serta memastikanpengurusan dan pengawasan yang kompeten,bertanggungjawab dan berkesan oleh ahli-ahli lembagadan ketua pegawai eksekutif. Untuk memudahkanproses pengesahan tersebut, satu garis panduandisediakan untuk IKP dan Kementerian yang terbabitdalam proses pelantikan. Garis panduan inimenentukan maklumat minimum yang perludikemukakan, keperluan pemeriksaan kredit permulaanserta senarai kriteria kehilangan kelayakan. Prosespengesahan merangkumi tapisan peribadi, kewangandan keselamatan ke atas calon untuk memastikan calontersebut memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

DASAR DAN LANGKAH

PengenalanPerkembangan utama dalam tahun 2002 adalahenakmen Akta Institusi Kewangan Pembangunan2002 pada pertengahan bulan Februari. Di bawah

Institusi Kewangan Pembangunan

217

risiko-risiko yang wujud dalam aktiviti pembiayaan.Dalam menetapkan keperluan modal minimumyang perlu diselenggarakan, saiz yang ekonomikdan efektif bagi IKP berfungsi serta saiz operasi danrisiko yang akan ditanggung oleh IKP, diambil kira.

• Garis Panduan mengenai PengelasanPinjaman Tidak Berbayar dan PeruntukanHutang Lapuk dan RaguGaris panduan mengenai pengelasan pinjamantidak berbayar dan peruntukan hutang lapuk danragu bertujuan untuk menggalakkan pemakaianpolisi dan amalan perakaunan pinjaman/pembiayaan yang konsisten dengan amalanpengurusan risiko yang utuh dan piawai yangditerima pakai. Ini adalah untuk memastikan asetpinjaman dan pendapatan dinyatakan secara betuldan berhemat. Yang lebih penting ialah supayapinjaman tidak berbayar dan kerugian pinjamandikenal pasti dan diakui tepat pada masanya.

• Keperluan Mudah TunaiPengurusan dan penyelenggaraan paras mudahtunai yang mencukupi adalah amat penting bagi

Pengukuhan Kedudukan Kewangan danStruktur Operasi

Garis Panduan Berhemat mengenai KecukupanModal, Pengurusan Aset Tidak Berbayar danKeperluan Mudah TunaiBagi mengukuhkan kedudukan kewangan IKP, BankNegara Malaysia bercadang untuk memperkenalkanbeberapa dasar dan langkah berhemat. Di bawahpendekatan berperingkat dan mengikut keutamaan,tiga langkah utama bagi mengukuhkan keupayaan danstruktur operasi IKP telah dimulakan pada tahun 2002dan dijangka akan dilaksanakan pada separuh pertamatahun 2003. Langkah-langkah tersebut termasuk:

• Penyelenggaraan Modal MinimumRangka kerja pengawalseliaan modal bagi IKPmenentukan paras modal minimum yang perludiselenggarakan oleh IKP. Objektif utama keperluanmodal minimum bagi IKP adalah untukmengukuhkan keutuhan IKP bagi memastikan IKPmempunyai modal secukupnya untuk menjalankanprogram pembiayaan sejajar dengan peranan yangtelah dimandatkan serta untuk menyerap sebarangkerugian yang tidak dijangka yang disebabkan oleh

Akta ini, Bank Negara Malaysia telah dilantik sebagaibadan pengawalan dan penyeliaan pusat untuk IKP.

Fasa pertama bagi strategi-strategi yang digariskandalam PISK untuk pembangunan IKP secara sistematikmemberi penumpuan kepada pengukuhan rangkakerja pengawalseliaan dan peningkatan keupayaanIKP manakala fasa kedua melibatkan pengenalanlangkah-langkah untuk menggalakkan keberkesananinstitusi dan kemapanan IKP. Justeru itu, teras langkahdan inisiatif dasar yang telah dijalankan pada tahun2002 adalah bertujuan mengukuhkan rangka kerjapengawalan dan penyeliaan dan peningkatankeupayaan IKP. Di samping itu, dasar dan langkah-langkah yang telah dimulakan pada tahun 2002adalah bertujuan memenuhi keperluan-keperluanperundangan seperti yang ditetapkan dalam AIKP.

Peningkatan Keupayaan IKP

Mendefinisikan dengan Lebih Jelas TumpuanStrategik dan Peranan IKPAdalah penting bagi tumpuan strategik dan perananyang dimandatkan kepada IKP digariskan dandidefinisikan dengan jelas. Ini adalah untuk

memastikan setiap IKP melaksanakan perananmasing-masing dengan berkesan bagi mencapai tigaobjektif utama, iaitu untuk mencapai objektifsosioekonomi negara, sebagai pelengkap kepadainstitusi perbankan dalam penyediaan perkhidmatanpembiayaan, dan untuk menyediakan pelbagaiproduk serta perkhidmatan kewangan yang khususkepada sektor-sektor yang ditetapkan.

Pada tahun 2002, satu kajian semula mengenaiperanan yang telah dimandatkan dan aktiviti-aktivitiIKP yang sedia ada merangkumi IKP di bawah kawalselia AIKP dan beberapa buah IKP lain yang terpilihtelah dimulakan. Kajian ini bertujuan untukmengenal pasti ruang dan pertindihan perananyang perlu diselaraskan dan dirasionalkan sertamenentukan setakat mana sinergi di antara IKPdalam melaksanakan objektif mereka. WalaupunIKP melengkapi institusi perbankan dalammenyediakan akses kepada pembiayaan untuksektor-sektor keutamaan tertentu, beberapa aspekaktiviti IKP perlu dirasionalkan. Kajian ini akandijadikan asas untuk mendefinisikan dengan lebihjelas mandat dan tumpuan strategik bagi setiap IKP.

Bank Negara Malaysia telah menjalankan beberapa inisiatif yangbertujuan untuk mengukuhkan keutuhan kewangan dan strukturoperasi serta meningkatkan keupayaan IKP.

218

menjamin daya maju IKP yang berterusan.Memandangkan keperluan mudah tunaiberubah mengikut volatiliti profil sumber dana,analisis mudah tunai bukan saja memerlukaninstitusi-institusi menentukan kedudukan mudahtunai secara berterusan tetapi juga mengkajibagaimana keperluan pendanaan akan berubahdi bawah senario yang pelbagai.

Mengukuhkan Persekitaran Operasi

Pelaksanaan Akta Pencegahan PengubahanWang Haram 2001 ke atas IKP TerpilihAkta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001telah berkuatkuasa pada 15 Januari 2002. Akta inimemperuntukkan undang-undang baru secaramenyeluruh bagi pencegahan, pengesanan danpendakwaan ke atas pengubahan wang haram,perampasan harta yang terlibat, atau penglibatandalam pengubahan wang haram dan keperluanmenyimpan rekod dan pelaporan urus niaga yangmeragukan oleh institusi pelapor.

Akta ini meliputi IKP yang terlibat dalam aktivitipengambilan deposit. Sebagaimana institusiperbankan, penguatkuasaan peruntukan-peruntukanAkta ini akan dilaksanakan secara berperingkat.Pada peringkat permulaan, institusi-institusidikehendaki melaporkan urus niaga yang meragukankepada Bank Negara Malaysia dalam format yangditetapkan, berkuatkuasa 15 Januari 2003.

Keperluan Minimum mengenai PengurusanRisiko dan Penipuan Operasi Kad KreditIKP yang mengeluarkan kad kredit dikehendakimematuhi piawai dan garis panduan yang sama yangdikenakan ke atas institusi perbankan. Bank NegaraMalaysia telah mengeluarkan garis panduan mengenaikeperluan minimum mengenai pengurusan risiko danpenipuan untuk operasi kad kredit.

Garis panduan ini menggariskan keperluan minimumuntuk langkah-langkah pencegahan, pengesanan,pembetulan dan penyekatan yang perlu diambil olehpengeluar dan pembuat tuntutan kad kredit untukmengurangkan risiko dalam operasi kad kredit danmenangani penipuan kad kredit.

Peningkatan Rangka Kerja Penyeliaan

Rangka Kerja Tindakan Penguatkuasaan TidakFormalDalam usaha meningkatkan rangka kerja penyeliaanbagi IKP, Rangka Kerja Tindakan Penguatkuasaan

Tidak Formal telah dikeluarkan oleh Bank NegaraMalaysia bagi dilaksanakan oleh IKP di bawah kawalselia AIKP. Rasional bagi pelaksanaan rangka kerjatersebut adalah untuk mewujudkan satu pendekatanyang teratur dan sistematik dalam menguatkuasakanlangkah-langkah dan pembetulan awal dan tidakformal untuk memastikan tindakan awal diambildalam menghadapi masalah yang timbul.

Tindakan penguatkuasaan tidak formal inimerupakan komitmen yang dibuat oleh lembagapengarah dan pihak pengurusan IKP apabiladikehendaki oleh Bank Negara Malaysia. Tindakan–tindakan yang diambil adalah bagi memperbetulkankekurangan dan sebarang ketidakpatuhan terhadapundang-undang dan peraturan yang telah dikenalpasti. Jenis tindakan yang diambil akan bergantungkepada tahap kekurangan dan/atau ketidakpatuhanterhadap undang-undang dan peraturan. Rangkakerja ini terdiri daripada tiga jenis tindakan:Komitmen, Resolusi Lembaga dan Surat Aku Janji.

PRESTASI INSTITUSI KEWANGANPEMBANGUNAN

IKP menyediakan pembiayaan kepada sektor dansubsektor ekonomi strategik yang telah dikenal pasti,di samping memenuhi objektif sosioekonomi sepertimenggalak tabungan dan membangun usahawanBumiputera. Sektor-sektor di mana IKPdipertanggungjawabkan untuk menyediakanpembiayaan dan perkhidmatan berkaitanpembiayaan termasuklah sektor pertanian, industriberintensifkan modal dan berteknologi tinggi,perkapalan, infrastruktur, perkilangan, eksport, PKS,pengusaha Bumiputera, koperasi serta pemilikanrumah kediaman dan pembangunan harta tanah diperingkat negeri, iaitu di Sabah dan Sarawak.

Aktiviti PembiayaanSejajar dengan pertumbuhan keseluruhan ekonomi,aktiviti pembiayaan IKP mencatat pertumbuhan yangkukuh sebanyak 20% (+RM4.7 bilion), di mana jumlahpinjaman meningkat kepada RM28 bilion pada akhirtahun 2002, berbanding RM23.4 bilion pada akhir tahun2001. Pertumbuhan ini sebahagian besarnya didorongoleh pembiayaan infrastruktur oleh Bank Pembangunandan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan)dan pembiayaan runcit oleh Bank Kerjasama RakyatMalaysia Berhad (Bank Rakyat) kepada ahli-ahlinya.

Pembiayaan sektor infrastruktur yang disalurkan olehBank Pembangunan sebahagian besarnya melibatkanprogram-program infrastruktur Kerajaan, manakala

Institusi Kewangan Pembangunan

219

pembiayaan runcit Bank Rakyat pula, sebahagianbesarnya adalah untuk kredit penggunaan, justerumenyumbang kepada perbelanjaan kegunaanpersendirian yang terus kekal pada tahun 2002.

Sektor-sektor pembinaan serta pengangkutan dankomunikasi, yang mendapat manfaat daripadapertumbuhan kukuh pembiayaan infrastruktur,masing-masing berkembang sebanyak 52% dan49.8% pada tahun 2002. Jumlah pinjaman kepadakedua-dua sektor mencakupi 28% daripada jumlahpinjaman IKP. Sementara itu, kredit penggunaanmeningkat dengan kukuh sebanyak 22.9%,mencakupi 23.7% daripada jumlah pinjaman.

Jadual 5.1Institusi Kewangan Pembangunan1: Sumber danKegunaan Dana

Perubahan TahunanPada akhir

tahun2001 2002 2002

RM juta

Sumber:Dana pemegang saham 592 1,500 8,407

Modal berbayar 158 596 6,012 Rizab -20 88 1,285 Keuntungan terkumpul 454 816 1,110

Deposit diterima 4,554 121 39,426

Peminjaman 1,200 1,023 13,889Kerajaan 387 2,251 8,877Institusi asing 287 329 3,651Lain-lain 526 -1,557 1,361

Lain-lain 358 416 9,403

Jumlah 6,704 3,060 71,125

Kegunaan:

Penempatan deposit 772 661 12,927

Pelaburan 4,461 -874 21,094di antaranya:

Sekuriti kerajaan 1,218 -485 3,230Saham 340 500 5,599

Disenaraikan 275 631 5,109Tidak disenaraikan 65 -131 490

Pinjaman danpendahuluan 2,510 4,674 28,039

Aset tetap 921 30 3,041

Lain-lain -1,960 -1,431 6,024

Jumlah: 6,704 3,060 71,125

Kontingensi:

Jaminan -870 273 3,615

Insurans kredit eksport -56 4 152

Jumlah -926 277 3,767

1 Merujuk kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunandan Infrastruktur Malaysia Berhad, Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad,Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Malaysia Export Credit InsuranceBerhad, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Bank PertanianMalaysia, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Malaysian IndustrialDevelopment Finance Berhad, Sabah Development Bank Berhad, Sabah CreditCorporation, Borneo Development Corporation (Sabah) Sendirian Berhad danBorneo Development Corporation (Sarawak) Sendirian Berhad.

Pertumbuhan yang menggalakkan juga dicatat dalampembiayaan sektor pertanian (meningkat 8.3%) dansektor perkilangan (11%) pada tahun 2002. Jumlahkeseluruhan pinjaman kepada kedua-dua sektor inimencakupi 18.7% daripada jumlah pinjaman IKP.

IKP yang menyediakan khidmat insurans dan jaminanbagi menggalak eksport barangan dan perkhidmatanke pasaran bukan tradisional dan yang terlibat dalammeningkatkan akses pembiayaan untuk PKS jugamencatat pertumbuhan yang menggalakkan padatahun 2002. Jumlah perlindungan insurans dan jaminanyang disediakan IKP meningkat 7.9% kepada RM3.8bilion pada akhir tahun 2002. Peningkatan bagiperlindungan jaminan oleh Credit GuaranteeCorporation Malaysia Berhad (CGC) untukmeningkatkan daya maju pinjaman yang diberikan olehinstitusi perbankan kepada PKS, menyumbang kepadapertumbuhan keseluruhan bagi perkhidmatanberkaitan pembiayaan.

Semua IKP di bawah kawal selia AIKPmengklasifikasikan sesuatu akaun pinjaman atau

Jadual 5.2Institusi Kewangan Pembangunan1 : HaluanPinjaman

Perubahan TahunanPada akhir

tahun2001 2002 2002

RM juta

Pertanian, perhutanandan perikanan 113 199 2,579

Perlombongan dan kuari -1 39 85Perkilangan 134 264 2,660Bekalan elektrik, gas

dan air 70 214 549Import & eksport,

perdagangan borong& runcit, restoran

& hotel 96 253 871Sektor harta benda yang

luas 507 1,548 5,976Pembinaan 733 1,220 3,567Pembelian harta

kediaman 103 -99 1,489Pembelian harta bukan

kediaman -1 47 48Harta tanah -328 380 872

Pengangkutan,penyimpanandan perhubungan 832 1,425 4,286

Perkhidmatan kewangan,insurans dan perniagaan 88 -263 1,038

Kredit penggunaan 320 1,239 6,643Lain-lain 351 -244 3,352

Jumlah 2,510 4,674 28,0391 Merujuk kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunandan Infrastruktur Malaysia Berhad, Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad,Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional,Bank Pertanian Malaysia, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad,Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Sabah Development BankBerhad, Sabah Credit Corporation, Borneo Development Corporation (Sabah)Sendirian Berhad dan Borneo Development Corporation (Sarawak) SendirianBerhad.

220

Pembiayaan IKP kepada sektor dan subsektor ekonomi strategikyang telah dikenal pasti mencatat pertumbuhan yang kukuh.

pembiayaan sebagai pinjaman tidak berbayar (NPL)apabila akaun berkenaan tertunggak selama enambulan atau lebih. IKP yang lain juga menggunakanklasifikasi tempoh enam bulan tidak berbayarsebagai asas untuk mengklasifikasikan sebagaiNPL, kecuali tiga buah IKP yang menggunakanklasifikasi 3 bulan, 4 bulan dan 12 bulan tidakberbayar sebagai asas mengklasifikasikan NPL.Berdasarkan piawaian tersebut, jumlah NPL kasarbagi IKP meningkat RM0.7 bilion kepada RM5.7bilion pada tahun 2002. Walau bagaimanapun,dengan pembesaran asas pinjaman, nisbah NPLkasar pulih sedikit kepada 20.2% berbanding21.2% pada akhir tahun 2001. Kebanyakan IKPmengalami tahap NPL kasar yang tinggi, iaituantara 8.2% sehingga 49.2% daripada jumlahpinjaman.

Meskipun sebahagian besar IKP telah membuatperuntukan yang cukup bagi pinjaman tidakberbayar dan penurunan nilai pelaburan, terdapatjuga IKP yang masih belum berbuat demikian. Padaakhir tahun 2002, secara agregat, IKP telah membuatperuntukan bagi kerugian pinjaman sebanyak RM3.6bilion. Setelah mengambil kira peruntukan ini, jumlahNPL bersih IKP adalah sebanyak RM2.1 bilion atau

8.4% (akhir tahun 2001: RM1.7 bilion atau 8.6%)daripada jumlah pinjaman.

Mobilisasi DepositIKP yang ditubuh untuk menggalak tabiat berjimatcermat dan menyimpan di kalangan pelbagai lapisanmasyarakat seperti penabung kecil, ahli koperasi danpendeposit Islam terus memainkan peranannya padatahun 2002. Secara agregat, jumlah deposit adalahsebanyak RM39.4 bilion pada akhir tahun 2002,yang merupakan peningkatan yang kecil sebanyak0.3% berbanding dengan paras tahun lepas. Depositdaripada orang perseorangan merupakan bahagianterbesar daripada jumlah deposit yangdimobilisasikan (50.5%), diikuti deposit daripadasyarikat perniagaan (32.9%) dan Kerajaan serta

agensi Kerajaan (13.7%). Lembaga Tabung Haji danBank Simpanan Nasional kekal memainkan perananpenting dalam memobilisasikan dana daripada orangperseorangan.

Prestasi KewanganMeskipun sebahagian besar keperluan dana IKPyang terlibat dalam penyediaan pinjamanditampung oleh pendeposit, sejumlah besarpinjaman diperoleh daripada Kerajaan. Pada akhirtahun 2002, peminjaman daripada Kerajaanberjumlah RM8.9 bilion (RM6.6 bilion pada akhirtahun 2001), yang merupakan 17.8% daripadajumlah dana. Peminjaman daripada Kerajaandigunakan terutamanya untuk membiayai pinjamandi bawah pelbagai skim pinjaman yang diwujudkanoleh Kerajaan bagi meningkatkan akses pinjamankepada kumpulan peminjam yang disasarkan. Kira-kira 15% daripada dana yang diperlukan oleh IKPdiperoleh daripada dana pemegang sahamberjumlah RM7.4 bilion.

Sebanyak empat buah IKP mencatat kerugiansebelum cukai/zakat berjumlah RM962.4 juta,manakala 10 buah IKP lagi mencatat keuntungansebelum cukai/zakat berjumlah RM1.4 bilion padatahun 2002. Kerugian ini disebabkan olehperuntukan yang besar bagi kerugian pinjaman danpenurunan nilai pelaburan yang dibuat oleh duabuah IKP. Kedudukan kewangan IKP merosotberikutan paras NPL yang terus tinggi dan kerugiandalam pelaburan saham berikutan krisis kewangan1997. Pada akhir tahun 2002, lima buah IKP

Jadual 5.3Institusi Kewangan Pembangunan1 : PinjamanTidak Berbayar dan Peruntukan Hutang Ragudan Lapuk

Pada akhir tahun

2001 2002

RM juta

Peruntukan am 484 568

Faedah tergantung 896 1,050

Peruntukan khas 2,305 2,503

Pinjaman tidak berbayar 4,945 5,653

Peratusan (%)

Nisbah pinjaman tidakberbayar kasar2 21.2 20.2

Nisbah pinjaman tidakberbayar bersih3 8.6 8.4

Jumlah peruntukan /Pinjaman tidak berbayar 74.5 72.9

1 Merujuk kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunandan Infrastruktur Malaysia Berhad, Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad,Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, BankPertanian Malaysia, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, MalaysianIndustrial Development Finance Berhad, Sabah Development Bank Berhad,Sabah Credit Corporation, Borneo Development Corporation (Sabah) SendirianBerhad dan Borneo Development Corporation (Sarawak) Sendirian Berhad.

2 Nisbah pinjaman tidak berbayar kasar = (Pinjaman tidak berbayar / Pinjamankasar) x 100%.

3 Nisbah pinjaman tidak berbayar bersih = (Pinjaman tidak berbayar selepasditolak faedah tergantung dan peruntukan khas) / (Pinjaman kasar selepasditolak faedah tergantung dan peruntukan khas) x 100%.

Institusi Kewangan Pembangunan

221

mempunyai dana pemegangan saham kurangdaripada RM50 juta.

IKP di Bawah Kawal Selia AIKP

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia BerhadBank Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948, dan pada 6 Januari1973, namanya telah ditukar kepada Bank KerjasamaRakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) berikutanperluasan skop aktivitinya. Sebagai sebuah koperasi,objektif utama Bank Rakyat adalah untukmemperbaiki taraf hidup ahli-ahlinya melaluipenyediaan pembiayaan dan perkhidmatankewangan serta khidmat nasihat dalam sektorperdagangan, perusahaan, pertanian dan sektor-sektor lain, di samping menggalak tabungan dikalangan ahli-ahlinya. Aktiviti-aktiviti utama BankRakyat ialah menyediakan kemudahan pembiayaanuntuk kegunaan peribadi, pembelian harta tanah,pendidikan serta pembiayaan-pembiayaan lain,termasuk perkhidmatan pajak gadai Islam kepadaorang awam dan koperasi-koperasi. Bank Rakyat kinimempunyai 98 buah cawangan dan tiga anaksyarikat untuk memberi perkhidmatan kepadapelanggannya. Sejak tahun 1997, semua kemudahanperbankan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalahberasaskan prinsip-prinsip Syariah.

Jumlah aset Bank Rakyat meningkat sebanyak 20.7%kepada RM14.3 bilion pada akhir Disember 2002.Sebahagian besar aset iaitu sebanyak 60% adalahterdiri daripada pembiayaan yang dikeluarkan,manakala penempatan deposit dan pelaburan dalamsekuriti pula masing-masing mencakupi sebanyak31.1% dan 6.9% daripada aset Bank Rakyat.

Jumlah pembiayaan meningkat sebanyak 18.9%kepada RM8.6 bilion pada akhir tahun 2002 (akhirtahun 2001: 12.2%). Sejajar dengan objektif bank,aktiviti pembiayaannya tertumpu kepada ahli-ahli,mencakupi 74.7% daripada jumlah pembiayaan.Pertumbuhan pembiayaan didorong oleh permintaanyang tinggi untuk kredit penggunaan yang meningkatsebanyak 27.4% kepada RM5.8 bilion pada akhirtahun 2002. Pembiayaan kenderaan juga meningkatdengan kukuh berikutan pelancaran Skim PembiayaanKenderaan Kakitangan Kerajaan untuk membelikereta nasional yang diperkenalkan pada tahun 2002.Sementara itu, permintaan harta kediaman yangtinggi ekoran pengecualian duti setem untukpembelian harta kediaman daripada pemaju, telahmenyumbang kepada pertumbuhan pembiayaan lebihtinggi sebanyak 33.2% dalam sektor harta tanah.

Dari segi agihan mengikut sektor, sebahagian besarpembiayaan adalah dalam bentuk kredit penggunaan,sementara 19.8% pula disalurkan untuk pembelian hartatanah, diikuti perdagangan am sebanyak 6.1%.Tumpuan ke atas kredit penggunaan adalah disebabkanoleh penekanan Bank Rakyat dalam memberipembiayaan kecil, sekitar RM5,000 hingga RM50,000dengan tempoh bayar balik antara lima hingga tujuhtahun. Pada tahun 2002, jumlah pembiayaan baru yangdilulus dan dikeluarkan meningkat dengan ketara,masing-masing sebanyak 32.4% dan 27.2%.

Tahap pembiayaan tidak berbayar (NPF) stabil padatahun 2002, dengan NPF kasar berjumlah RM926.3juta atau 10.8% daripada jumlah keseluruhanpembiayaan pada akhir tahun 2002 (akhir tahun2001: 10.1%). Hampir separuh daripada NPFtersebut terdiri daripada kredit penggunaansementara satu pertiga lagi daripada sektor hartabenda luas. Dari segi NPF bersih, kadarnya adalah3.9% pada akhir tahun, selepas mengambil kiraperuntukan yang dibuat sebanyak RM613.1 jutauntuk menampung kemungkinan kerugian pinjaman.

Sebahagian besar operasi pembiayaan Bank Rakyatdibiayai oleh deposit yang dimobilisasi daripada ahlidan bukan ahli, berjumlah RM11.2 bilion danmencakupi 78.7% daripada jumlah dana bank padatahun 2002. Sebahagian besar daripada depositdisumbang oleh perusahaan perniagaan (44.1%daripada jumlah deposit) dan perusahaan awam(42.8%). Sementara itu, deposit daripada orangperseorangan mencakupi 10.3% daripada jumlahkeseluruhan deposit. Pada tahun 2002, jumlahdeposit yang dimobilisasi oleh Bank Rakyat terusmencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 16.9%atau RM1.6 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh

Graf 5.1Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad:Haluan Pembiayaan pada 31 Disember 2002

Pembiayaan sekuriti1.7%

Pembeliankenderaan bermotor

1.4%

Pertanian0.7%

Kredit penggunaan67.4%

Harta tanah19.8%

Perdagangan am6.1%

Perkilangan1.5%

Lain-lain1.4%

222

kadar pulangan yang tinggi berbanding kadarpulangan yang ditawarkan oleh institusi perbankan.

Dana pemegang saham bank meningkat denganketara kepada RM1.7 bilion pada akhir bulanDisember 2002 daripada RM1.2 bilion setahun lalu.Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan danalangganan ahli yang lebih besar, yang bertambahhampir dua kali ganda kepada RM925.5 juta padaakhir tahun 2002. Keuntungan berjumlah RM219.7juta yang dicatat pada tahun 2001 jugamenyumbang kepada pertambahan dana pemegangsaham Bank Rakyat. Pada tahun 2002, keahlian BankRakyat meningkat sebanyak 74,444 kepada 525,693orang sementara keahlian koperasi pula meningkatsebanyak 46 kepada 953 koperasi pada akhir tahun2002. Pertambahan ini sebahagiannya disebabkanoleh kadar pinjaman rendah yang diberi kepada ahli-ahli serta pengisytiharan kadar dividen yang tinggibagi tahun 2001. Bagi tahun kewangan 2001, BankRakyat telah mengisytiharkan dividen sebanyak 15%.

Bank Pembangunan dan Infrastruktur MalaysiaBerhadBank Pembangunan dan Infrastruktur MalaysiaBerhad (Bank Pembangunan) telah ditubuhkan padatahun 1973 dengan objektif untuk meningkatkanpenyertaan dan penglibatan masyarakat Bumiputeradalam perniagaan dan perindustrian, melaluipembiayaan dan penyertaan ekuiti. Pada tahun1998, Bank Pembangunan telahdipertanggungjawabkan dengan peranan tambahanyang penting iaitu menyediakan pembiayaan bagiprojek infrastruktur terutamanya projek-projekKerajaan. Pada awal tahun 2002, BankPembangunan telah menerima status peniagaberkecuali atau “exempt dealer status” daripadaKementerian Kewangan, yang membolehkannyamenawarkan khidmat nasihat korporat, pembiayaankorporat dan perkhidmatan taja jamin kepadasyarikat-syarikat yang terlibat dalam pembangunanprojek infrastruktur.

Pada akhir tahun 2002, Bank Pembangunanmengurus 25 dana dengan jumlah pinjamansebanyak RM532.1 juta. Pada tahun yang sama,jumlah kelulusan dan pengeluaran pinjaman dibawah dana-dana ini, masing-masing meningkatsebanyak 9.2% (+RM12 juta) dan 53.7%(+RM50.4 juta).

Jumlah pinjaman meningkat 42.6% pada tahun 2002(2001: 29.9%) kepada RM9.3 bilion setakat akhirtahun 2002, sebahagian besarnya disebabkan oleh

pertumbuhan yang kukuh sebanyak 56.5% atauRM2.8 bilion bagi pinjaman yang disalurkan untukmembiayai projek-projek infrastruktur. Sebahagianbesar peningkatan pinjaman tersebut melibatkansektor-sektor pengangkutan dan perhubungan(+RM1.4 bilion) dan pembinaan (+RM1.2 bilion).Pinjaman kepada sektor utiliti meningkat RM215.7juta. Pembiayaan infrastruktur menyumbang 83.6%(RM7.8 bilion) daripada jumlah pinjaman, yangsebahagian besarnya merupakan pembiayaan kepadaprogram-program infrastruktur Kerajaan.

Pinjaman kepada PKS merosot sedikit sebanyak1.9%. Pada akhir tahun 2002, pinjaman kepada PKSmencakup 16.4% (RM1.5 bilion) daripada jumlahpinjaman, di mana 81.2% merupakan pinjaman yangdiberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Pinjaman tidak berbayar (NPL) kasar meningkatkepada RM762.1 juta yang merangkumi 8.2%daripada jumlah pinjaman pada akhir tahun 2002,disebabkan terutamanya oleh pinjaman infrastrukturberjumlah RM190.4 juta yang menjadi NPL padatahun 2002. NPL kasar pinjaman PKS berada padatahap 37.5% daripada jumlah pinjaman sektortersebut. Setelah mengambil kira peruntukan yangdibuat ke atas kemungkinan kerugian pinjaman, kadarNPL bersih bagi portfolio pinjaman BankPembangunan meningkat daripada 2.7% kepada 3%pada akhir tahun 2002.

Pelaburan yang berjumlah RM1.6 bilion pada akhirtahun 2002 merupakan 12.2% daripada jumlah aset.Pada tahun 2002, portfolio pelaburan merosotsebanyak 14.7% berikutan penjualan sekuriti hutangswasta (PDS) kepada pihak ketiga. Pelaburan dalam

Graf 5.2Bank Pembangunan dan InfrastrukturMalaysia Berhad:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Pengangkutan dan perhubungan

45.1%

Pembinaan32.8%

Utiliti4.9%

Perkilangan9.3%

Lain-lain7.9%

Institusi Kewangan Pembangunan

223

PDS sebanyak RM1.1 bilion merupakan komponenterbesar bagi portfolio pelaburan. Pelaburan yangbesar dalam PDS adalah disebabkan oleh penukaranpinjaman salah satu projek infrastruktur yang telahmenjadi NPL kepada bon berjumlah RM723.3 jutapada tahun 2001. Di samping itu, deposit denganinstitusi kewangan yang berjumlah RM1.5 bilion padaakhir tahun 2002, juga turut mencatat penurunanketara (-25.2%) berikutan penggunaan hasil deposityang telah matang bagi tujuan pengeluaran pinjaman.

Bank Pembangunan memperoleh sebahagian besarsumber dana pembiayaannya melalui deposit yangditerima daripada perusahaan awam (RM4.5 bilion),peminjaman daripada Kerajaan (RM1.8 bilion) daninstitusi asing (RM1.8 bilion), sekuriti hutang yangditerbitkan (RM983.6 juta) dan geran serta subsidiKerajaan (RM586.7 juta). Kesemua ini mencakupi74.7% daripada jumlah liabiliti bank tersebut.Sumber pembiayaan selebihnya terdiri daripadadana pemegang saham berjumlah RM2.2 bilion.Pada tahun 2002, dana pemegang sahammeningkat RM789.6 juta, disebabkan terutamanyaoleh penukaran peminjaman di bawah TabungInfrastruktur Pelancongan kepada ekuiti berjumlahRM200 juta dan suntikan modal tambahansebanyak RM300 juta oleh Kerajaan.

Bank Industri & Teknologi Malaysia BerhadBank Industri & Teknologi Malaysia Berhad(Bank Industri) ditubuhkan bagi menjalankan aktivitiperbankan pembangunan, dengan objektifmenyediakan sokongan kewangan dan khidmatnasihat kepada sektor-sektor pengangkutan,perkilangan, eksport dan import serta perkhidmatanterpilih. Sungguhpun tumpuan asal pada awal tahun1980an adalah untuk industri perkapalan danlimbungan, bank ini telah meluaskan skop aktivitinyakepada sektor kejuruteraan pada pertengahan tahun1980an dan pada akhir tahun 1980an, skopnyadiperluaskan kepada sektor pembinaan kapal,farmasi, pembangunan perisian komputer sertaindustri berkaitan laut.

Bank Industri menguruskan 11 dana Kerajaandengan jumlah pinjaman sebanyak RM520.3 jutapada akhir tahun 2002, menyumbang 53.9%daripada jumlah pinjaman. Pada tahun 2002, jumlahkelulusan pinjaman dan pengeluaran pinjaman dibawah tabung-tabung ini masing-masing merosotsebanyak 27.7% dan 33.1%.

Bagi mencapai objektifnya dalam menyediakanpembiayaan jangka panjang kepada industri

berintensifkan modal dan berteknologi tinggi, BankIndustri menumpukan aktiviti pinjamannya kepadasyarikat-syarikat yang terlibat dalam industriperkapalan, limbungan, industri berkaitan laut danperkilangan. Pinjaman kepada sektor maritim yangmelibatkan industri pembinaan kapal, limbungan danindustri berkaitan laut, menyumbang 58% daripadajumlah keseluruhan pinjaman. Selebihnya merupakanpinjaman kepada sektor perkilangan, yang mana10.2% daripadanya disalurkan kepada industriberteknologi tinggi.

Jumlah pinjaman menguncup sebanyak 3.5% padatahun 2002 (2001: -3.1%) kepada RM964.6 jutapada akhir bulan Disember. Arah aliran pembiayaankepada industri pembinaan kapal, limbungan danindustri berkaitan laut terus menurun, mencatatpenurunan sebanyak 4.5% sementara pinjamankepada sektor perkilangan merosot 2.1%.Pengeluaran pinjaman yang rendah sepanjangtahun mendorong kepada kemerosotankeseluruhan jumlah pinjaman. Kebanyakanpinjaman dikeluarkan kepada PKS melibatkanjumlah pinjaman yang kecil, berbanding jumlahpengeluaran yang lebih tinggi pada tahun 2001yang melibatkan syarikat-syarikat besar dengan saizpinjaman yang besar. Jumlah pinjaman mencakupi22.3% daripada jumlah aset bank.

Walau bagaimanapun, pinjaman yang diluluskanterus mencatatkan peningkatan. Pada tahun 2002,jumlah pinjaman yang diluluskan meningkat 17.5%.Daripada jumlah pinjaman yang diluluskan,sebanyak 66.9% diluluskan untuk sektor maritim,termasuk pembiayaan kapal, limbungan dan

Graf 5.3Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Limbungan5.1%

Industriberkaitan laut

12.5%

Perkilangan42.0%

Pembinaan kapal40.4%

224

industri-industri berkaitan laut sepertipengangkutan laut dan khidmat pengangkutanbarang. Industri berteknologi tinggi mencakupi9.6% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Pinjaman tidak berbayar (NPL) kasar meningkatRM68.4 juta kepada RM379.9 juta pada akhir tahun2002. Berserta dengan penguncupan di dalam asaspinjaman, nisbah NPL kasar meningkat sebanyak39.4% (akhir tahun 2001: 31.2%). Pinjaman kepadasektor maritim kekal sebagai komponen terbesarNPL, mencakupi 58% daripada jumlah NPL,manakala selebihnya ialah sektor perkilangan, iaitusebanyak 42%. Sementara itu, NPL bersih adalahsebanyak 19.7% daripada jumlah pinjaman (padaakhir tahun 2001: 16.5%).

Pelaburan dalam anak syarikat sebanyak RM1,007.2juta dan pinjaman serta pendahuluan kepada anaksyarikat berjumlah RM1,008.8 juta pada akhir tahun2002, merupakan komponen terbesar (46.7%)daripada jumlah aset bank. Tiga anak syarikat, iaituMalaysia Export Credit Insurance Berhad (MECIB),Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM) danGlobal Maritime Ventures (GMV), masing-masingditubuhkan khusus untuk menggalak insurans eksport,pembiayaan eksport dan industri perkapalan. Selaindaripada pelaburan ekuiti berjumlah RM904.5 juta(MECIB: RM154.5 juta; EXIM: RM300 juta; GMV:RM450 juta), Bank Industri juga memberi pinjamanpendahuluan kepada anak-anak syarikat tersebutberjumlah RM476.9 juta (MECIB: RM2 juta; EXIM:RM462.1 juta; GMV: RM12.8 juta). Anak syarikat yanglain adalah BI Credit & Leasing Berhad (BICL), yangmenyediakan kemudahan kredit dan pemajakan bagipemerolehan aset tetap dan juga keperluan modalkerja. Di samping pelaburan ekuiti sebanyak RM99.3juta di dalam BICL, Bank Industri juga memberipinjaman pendahuluan sebanyak RM518 juta kepadaanak syarikat ini.

Peminjaman merupakan sumber kewangan terbesarbagi Bank Industri, berjumlah RM2.5 bilion (58.6%daripada jumlah sumber) pada akhir tahun 2002.Sebahagian besar peminjaman adalah daripadaKerajaan dan institusi-institusi asing, setiap satuberjumlah RM1.2 bilion. Sebahagian daripadapeminjaman tersebut telah disalurkan kepada anak-anak syarikat Bank Industri berjumlah RM575.9 juta.Operasi bank juga dibiayai melalui pengambilandeposit berjumlah RM666.8 juta, sebahagian besarnyamerupakan deposit Kerajaan dan dana daripadapenerbitan sekuriti hutang sebanyak RM250 juta.Dana pemegang saham merosot dengan ketara

Graf 5.4Export-Import Bank of Malaysia Berhad:Kemudahan Kredit pada 31 Disember 2002

Pembiayaanprojek35.3%

Pembiayaaneksport4.0%

Skim ECR51.8%

Jaminan8.9%

pada tahun 2002 kepada kurang daripada RM50juta pada akhir tahun 2002 berikutan peruntukanbesar berjumlah RM670.2 juta yang dibuat padatahun berkenaan.

Export-Import Bank of Malaysia BerhadExport-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIMBank), yang merupakan anak syarikat milik penuhBank Industri, telah ditubuhkan bagi menggalakperdagangan antarabangsa dengan memudahkaneksport barangan dan perkhidmatan menerusipenyediaan kredit eksport, pembiayaan pelaburanmodal dan penyediaan maklumat sertaperkhidmatan perniagaan. EXIM Bank menyediakankredit jangka sederhana dan panjang bagimenggalak eksport dengan memberi lebih tumpuanterhadap eksport ke pasaran bukan tradisional.Di samping itu, bank ini juga menyediakan pembiayaanbagi menggalak eksport projek seperti projekpembinaan dan infrastruktur serta perkhidmatan.

Jumlah pinjaman berjumlah RM817.3 juta pada akhirtahun 2002, tidak berubah berbanding paras pinjamanpada akhir tahun 2001. Daripada jumlah tersebut,sebanyak 89.8% terdiri daripada pembiayaan projekluar negara manakala bakinya merupakan pembiayaaneksport. Sementara itu, jumlah pinjaman di bawahSkim Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR) adalahsebanyak RM1.1 bilion. Di samping kemudahanpembiayaan, bank ini juga menyediakan jaminaneksport sebanyak RM185.5 juta pada akhir tahun 2002.

EXIM Bank adalah agensi yang telah dilantik bagimengurus skim ECR yang dibiayai oleh Kerajaan(RM1,678.2 juta) dan Bank Negara Malaysia(RM300 juta). Objektif utama skim ini adalah untukmenggalak eksport dengan menawarkan kadaryang kompetitif kepada bank-bank yang mengambil

Institusi Kewangan Pembangunan

225

bahagian dalam skim ECR dan seterusnya memberipinjaman kepada para pengeksport. Walaupunjumlah pelanggan ECR meningkat daripada 1,563pengeksport pada akhir 2001 kepada 1,645pengeksport pada akhir tahun 2002, jumlahpengguna ECR yang aktif berkurangan, daripada 223kepada 208 bagi tempoh yang sama, menyebabkanpenurunan sebanyak 4% daripada jumlahpembiayaan skim ECR kepada RM1.1 bilion padaakhir tahun 2002.

Pada tahun 2002, pembiayaan projek luar negaramerosot sebanyak 3.5% (2001: -5.6%) kepadaRM734.3 juta, di mana 43.5% daripadanyadisalurkan kepada projek-projek yang diusahakan dinegara-negara Asia Tenggara, 36.6% di Afrika dan13.4% di Eropah Timur. Sementara itu, jaminanyang dikeluarkan kekal tidak berubah, iaitusebanyak RM185.5 juta pada tahun 2002,merangkumi sebuah projek yang diusahakan disalah sebuah negara di Asia Tenggara.

Sejajar dengan pertumbuhan eksport negara, pinjamanbaru yang diluluskan mencatat peningkatan ketarasebanyak 36.9% atau RM93.6 juta pada tahun 2002sementara pengeluaran pinjaman meningkat 64.1%atau RM98 juta. Kadar kompetitif yang ditawarkan olehbank ini berikutan kos pendanaan yang lebih rendah keatas sumber dana yang diperoleh daripada institusiasing juga menyumbang kepada pertumbuhan ketaradalam kelulusan pinjaman.

Jumlah pinjaman dan pembiayaan di bawah skimECR kesemuanya mencakupi 55.5% daripada jumlahaset bank sebanyak RM3.4 bilion pada akhir tahun2002. Sebanyak 37.8% lagi daripada jumlah asetadalah dalam bentuk deposit yang disimpan denganinstitusi kewangan.

NPL kasar meningkat kepada RM319.8 juta padaakhir 2002 (akhir tahun 2001: RM293.3 juta) yangmerupakan 39.1% daripada jumlah pinjaman (akhirtahun 2001: 35%). Pinjaman kepada pembiayaanprojek luar negara kekal sebagai komponen terbesarNPL, berjumlah RM295 juta atau 92.2% daripadajumlah NPL. Walau bagaimanapun, nisbah NPL bersihbank ini adalah rendah sebanyak 2% (RM10.2 juta)daripada jumlah pinjaman pada akhir tahun 2002,selepas mengambil kira peruntukan hutang lapukdan ragu.

Selain daripada dana pemegang saham sebanyakRM174.5 juta, bank ini memperoleh sumberdananya menerusi peminjaman daripada Kerajaan,

institusi kewangan dan syarikat induk. Pada akhir

tahun 2002, peminjaman daripada Kerajaan

berjumlah RM2 bilion, institusi asing sebanyak

RM250.4 juta dan syarikat induk berjumlah

RM461.9 juta, secara keseluruhannya mencakupi

80.3% daripada jumlah dana. Peminjaman daripada

Kerajaan sebahagian besarnya digunakan untuk

skim ECR.

Sebagai salah satu usaha menggalak perdagangan

serantau, EXIM Bank telah menandatangani

Perjanjian Pengesahan Surat Kemudahan Kredit

Berbagai Hala dengan lima buah institusi, iaitu Japan

Bank for International Co-operation (JBIC), Thai

EXIM, Korea EXIM, PT Bank Eksport Indonesia dan

EXIM India pada bulan Ogos 2002.

Malaysia Export Credit Insurance BerhadMalaysia Export Credit Insurance Berhad (MECIB)

ditubuhkan dengan objektif utama untuk

menyokong dan mengukuh kepelbagaian dan

perkembangan eksport dengan menyediakan

kemudahan insurans kredit dan jaminan. Ia juga

menyediakan insurans pelaburan luar negara bagi

memudahkan pelaburan di luar negara. Sebagai

sebuah agensi kredit eksport, MECIB menyediakan

perlindungan dan jaminan ganti rugi kepada

pemegang polisi ke atas kerugian tidak mendapat

bayaran yang disebabkan sama ada daripada risiko

pembeli atau risiko negara. Bagi risiko pembeli,

MECIB menyediakan perlindungan ke atas kerugian

akibat ketidakmampuan membayar, mungkir dan

penolakan kontrak oleh pengimport, manakala bagi

risiko negara pula, perlindungan adalah untuk

kerugian akibat daripada sekatan dan kelewatan

dalam pemindahan tukaran wang asing, peperangan

dan gangguan awam, larangan import, pembatalan

lesen import dan kemungkiran negara pembeli.

Pada akhir tahun 2002, perlindungan insurans dan

jaminan yang dikeluarkan adalah sebanyak

RM560.6 juta, di mana 72.8% daripadanya

merupakan jaminan yang dikeluarkan dan

selebihnya berbentuk perlindungan insurans kredit

eksport. Perlindungan insurans dan jaminan

kebanyakannya merupakan pendedahan jangka

sederhana dan panjang (77.3% atau RM433.5 juta).

Pada tahun 2002, jumlah perlindungan merosot

sebanyak 11.8% (2001: -23%) kepada RM560.6

juta ekoran permintaan yang rendah untuk produk

jaminan. Di antara produk-produk yang ditawarkan,

Polisi Komprehensif Hantaran dan Jaminan Kredit

Pembeli kekal sebagai dua kemudahan paling

226

Graf 5.5Malaysia Export Credit Insurance Berhad:Liabiliti Kontigensi pada 31 Disember 2002

Insurans jangkasederhana

dan panjang6.2%

Jaminanjangka pendek

1.7%

Insurans jangkapendek21.0%

Jaminan jangkasederhana

dan panjang71.1%

Graf 5.6Bank Simpanan Nasional:Jumlah Deposit Diterima pada 31 Disember 2002

Kerajaan0.2%

Institusi kewangan0.8%

Perniagaan dikuasaiKerajaan13.5%

Orangperseorangan

73.4%

Perniagaandikuasai swasta

12.1%

popular di kalangan pengeksport, mencakupi 85%daripada jumlah pendedahan.

Selaras dengan tumpuan MECIB untukmempelbagaikan eksport, perlindungan eksport kenegara-negara yang dikategorikan sebagai pasaranbukan tradisional mencatat bahagian yang tinggi(80.7%) daripada jumlah perlindungan eksport. Darisegi kawasan, pendedahan kepada negara di rantauAsia Tengah mencakupi 43.9% daripada jumlahpendedahan, diikuti oleh Afrika 11% dan AsiaSelatan 9.9%. Pada tahun 2002, pendedahankepada Asia Tengah mencatat kemerosotan danpendedahan kepada Afrika dan Asia Selatan pulamencatat peningkatan.

Sumber utama dana MECIB kebanyakannya adalahdaripada dana pemegang saham dan peminjamandaripada syarikat induk. Pada tahun 2002, danapemegang saham meningkat sedikit kepada RM46.2juta pada akhir tahun (akhir tahun 2001: RM37.7 juta).Peratusan kerugian yang menunjukkan nisbah bayarantuntutan berbanding premium diterima, adalahsebanyak 71.6% pada akhir tahun 2002, satupeningkatan yang ketara daripada paras 50.6%setahun lalu. Ini disebabkan terutamanya oleh bayaranke atas tuntutan di bawah kemudahan jaminan.

Aset-aset utama MECIB adalah deposit yang disimpandi institusi kewangan sebanyak RM77.8 juta danpelaburan dalam sekuriti sebanyak RM62.1 juta,masing-masing mencakupi 47.1% dan 37.6% daripadajumlah aset. Secara keseluruhannya, jumlah asetmerosot sebanyak 4.3% kepada RM165.3 juta padaakhir tahun 2002, berbanding peningkatan sebanyak3.5% pada tahun 2001, disebabkan bayaran tuntutanyang lebih tinggi pada tahun 2002 sebanyak RM4.2juta berbanding RM2.8 juta pada tahun 2001.

Bank Simpanan NasionalAktiviti utama Bank Simpanan Nasional (BSN) adalahuntuk menjalankan fungsi-fungsi sebuah banksimpanan, iaitu, pengambilan deposit dan penyediaanperkhidmatan pembiayaan runcit kepada peminjamkecil. Operasi BSN tertumpu kepada perbankan runcitdan pinjaman peribadi untuk memenuhi keperluanindividu dan pelanggan isi rumah. Setakat akhir tahun2002, BSN beroperasi menerusi 412 cawanganmeliputi kawasan-kawasan bandar dan desa dandisokong oleh 594 mesin ATM. Semua deposit yangdisimpan di BSN adalah dijamin oleh Kerajaan.

Jumlah deposit yang dimobilisasi sepanjang tahunmerosot sebanyak 11.6% atau RM1.2 bilion (2001:+0.5% atau +RM54.4 juta) kepada RM9.4 bilion padaakhir tahun 2002. Jumlah deposit yang tidakdiperbaharui oleh agensi Kerajaan (-RM1.2 bilion)lebih daripada mengimbangi jumlah peningkatandeposit daripada perniagaan persendirian (+RM596juta) dan individu (+RM76 juta). Orang perseoranganmerupakan penyimpan utama deposit (73.4%daripada jumlah deposit), diikuti oleh syarikatperniagaan (25.7%).

Pada akhir tahun 2002, lebih separuh daripadadeposit yang dimobilisasi sebanyak RM5.8 biliondilaburkan di pasaran sekuriti. Berikutan keadaanpasaran saham yang kurang baik, nilai pelaburansaham telah merosot dengan ketaranya.

Sementara itu, jumlah pinjaman sebanyak RM2.1bilion pada akhir tahun 2002, merupakan 20.6%daripada jumlah aset BSN. Sebahagian besarpinjaman (92.7%) disalurkan kepada pelangganindividu khususnya bagi tujuan pembelian hartakediaman dan kenderaan. Pada tahun 2002, jumlahpinjaman mencatat penurunan sebanyak 7.4%(2001: -3.8%), disebabkan terutamanya oleh

Institusi Kewangan Pembangunan

227

Graf 5.7Lembaga Tabung Haji:Pelaburan pada 31 Disember 2002

Sekuriti hutangswasta15.7%

Anak syarikat dansyarikat bersekutu

17.0%

Saham47.0%

Al-Mudharabah12.6%

Al-Bai Bithaman Ajil4.5%

Lain-lain3.2%

penurunan pengeluaran pinjaman. Sebaliknya, jumlahpinjaman yang diluluskan meningkat dengan ketarasebanyak 42.7% bagi tempoh yang sama.Pengukuhan pinjaman yang diluluskan adalahdisebabkan terutamanya oleh pemberian pinjamankereta kepada guru-guru di bawah skim yang dijaminoleh Kerajaan.

Jumlah NPL kasar meningkat RM51.7 juta pada tahun2002 kepada RM318.9 juta pada akhir tahun, di manaNPL Pinjaman Perumahan Giro (RM157.1 juta)merupakan komponen terbesar. Ditambah puladengan penurunan asas pinjaman, nisbah NPL kasarmeningkat kepada 15.1% pada akhir tahun 2002(akhir tahun 2001: 11.7%). Sementara itu, nisbah NPLkasar bagi pinjaman kad kredit adalah tinggi sebanyak51.9% daripada jumlah pinjaman kad kreditberbanding kadar purata industri sebanyak 4.9%.NPL bersih meningkat sedikit kepada RM164.4 jutapada akhir tahun 2002, yang merupakan 8.4%daripada jumlah pinjaman.

Institusi Kewangan Pembangunan Yang Lain

Lembaga Tabung HajiLembaga Tabung Haji (LTH) ditubuhkan pada tahun1969 untuk menyelenggara dan mengurus simpananmasyarakat Islam yang berhajat untuk menunaikanfardhu haji. Matlamat utama LTH ialah untukmemudahkan simpanan di kalangan masyarakat Islammengikut prinsip Syariah bagi tujuan menunaikanfardhu haji dan melaburkan simpanan jangka panjangtersebut dalam aktiviti perindustrian, komersial,industri asas tani dan pembangunan harta tanah.Di samping itu, LTH juga mengendali danmenyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatanberkaitan dengan kebajikan, kesihatan sertaperlindungan keselamatan ke atas jemaah haji ketikamenunaikan fardhu haji.

LTH memobilisasi deposit daripada masyarakat Islammelalui 118 rangkaian cawangannya di seluruhnegara. Pada tahun 2002, selaras dengan usahanyauntuk menggalak tabungan, LTH telah melancarkanperkhidmatan baru di mana pendeposit bolehmembuat simpanan mereka melalui Bank Islam (M)Berhad yang bertindak sebagai agen. Setakat akhirtahun 2002, bilangan pendeposit berjumlah 4.5 jutadengan deposit sebanyak RM9.9 bilion. Namundemikian, jumlah deposit telah merosot sebanyak6.1% berbanding paras pada tahun sebelumnya,disebabkan kadar pulangan yang lebih rendah keatas tabungan yang diisytiharkan oleh LTH padaawal tahun 2002.

Sebahagian besar daripada deposit yang diterima,dilabur bagi menghasilkan pulangan kepadapendeposit. Portfolio pelaburan (selepas ditolakperuntukan susut nilai pelaburan) berjumlah RM7.5bilion atau 70.9% daripada jumlah aset sebanyakRM10.6 bilion pada akhir tahun 2002, dengan sahamsebagai pelaburan terbesar, berjumlah RM3.5 bilion.Pada tahun 2002, pelaburan saham meningkat 38%,ekoran daripada perolehan saham-saham terbitanawam syarikat-syarikat terpilih. Pelaburan dalam anaksyarikat dan syarikat bersekutu berjumlah RM1.3bilion diikuti oleh pelaburan dalam sekuriti hutangswasta (PDS) (RM1.2 bilion) dan pelaburanAl-Mudharabah, iaitu deposit di institusi kewanganberlandaskan Syariah (RM951.3 juta). Secarakeseluruhan, jumlah pelaburan merosot 8.7% padatahun 2002. Sementara itu, aktiviti pinjamannya yangberjumlah RM988.5 juta pada akhir tahun 2002,sebahagian besarnya adalah kepada anak-anaksyarikatnya, yang kebanyakannya terlibat dalamaktiviti perladangan dan pembinaan. Selain daripadamemobilisasikan deposit, LTH juga memainkanperanan yang aktif dalam pentadbiran danpengurusan perkhidmatan haji, khususnya dalammemastikan kos perbelanjaan menunaikan fardhuhaji kekal di tahap yang berpatutan. Di samping itu,LTH juga telah mengambil langkah-langkah tertentubagi meningkatkan penyebaran maklumat kepadabakal-bakal haji sebelum mengerjakan haji.

Bank Pertanian MalaysiaBank Pertanian Malaysia (BPM) ditubuhkan padatahun 1969 untuk menggalak pembangunanpertanian yang mantap di negara ini, melaluipenyediaan kemudahan pinjaman dan pendahuluan.Fungsi utama BPM adalah untuk menyelaras danmenyelia pemberian kemudahan kredit bagi tujuan

228

pertanian, serta memobilisasi tabungan, khususnyadaripada sektor pertanian dan golongan petani.

Selaras dengan peranannya, pada tahun 2001, bankini telah diperuntukkan RM300 juta untuk diurus dandisalurkan di bawah skim Tabung Untuk Makanan(TUM) yang ditubuhkan untuk meningkatkanpengeluaran makanan dan mengurangkanpergantungan negara ke atas bahan makananimport. Di samping itu, BPM juga telahdiperuntukkan sejumlah RM244.2 juta di bawahRancangan Malaysia Kelapan bagi mengendalikanpelbagai skim pembiayaan pertanian bertujuan untukmeningkatkan produktiviti dalam sektor berkenaan.Pada tahun 2002, bank ini telah memperkenalkansatu skim pembiayaan baru bagi industri getah.

Jumlah pinjaman meningkat 8.8% kepada RM2.4bilion pada akhir tahun 2002, disebabkanterutamanya oleh peningkatan dalam pinjaman dibawah skim TUM. Penerima manfaat terbesaradalah industri minyak sawit, tanaman makanandan ternakan. Petani-petani kecil merupakankumpulan peminjam terbesar, mencakupi 70.3%(RM1.7 billion) daripada jumlah pinjaman, denganselebihnya disalurkan sebahagian besarnya kepadasektor korporat. Jumlah pinjaman merupakan44.1% daripada jumlah aset bank ini sebanyakRM5.4 billion pada akhir tahun 2002.

Kelulusan pinjaman baru merosot sedikit sebanyak1.1% kepada RM675.9 juta pada tahun 2002,manakala jumlah pengeluaran pinjaman mencatatpeningkatan sebanyak 6.5% kepada RM529.7 juta.Kelulusan pinjaman baru terus disalurkan kepadagolongan petani kecil, di mana kumpulan inimerupakan 98.5% daripada 9,853 akaun pinjaman

yang diluluskan. Dari segi nilai, sejumlah RM434.4juta atau 64.3% telah diluluskan kepada golonganpetani kecil, dengan bakinya kepada sektor korporat(RM151.5 juta atau 22.4%) dan PKS (RM89.9 jutaatau 13.3%).

NPL kasar berasaskan klasifikasi 12 bulan, yangberada di paras melebihi 40% sepanjang tempoh1999-2001, bertambah baik ke paras 35.7% padaakhir tahun 2002. NPL kasar berkurangan kepadaRM843.9 juta pada akhir tahun 2002 (akhir tahun2001: RM878.1 juta). Setelah mengambil kiraperuntukan ke atas kerugian pinjaman, NPL bersihberada di tahap RM314.9 juta atau 17.2% daripadajumlah pinjaman.

BPM membuat pelaburan dalam jumlah yang besardalam sekuriti hutang swasta (PDS), dana tabungan(TF) dan nota janji hutang/surat perdagangan (PN/CP). Daripada jumlah pelaburan sebanyak RM1.7bilion, RM644.6 juta dilabur dalam PDS, RM569 jutadalam TF dan RM310.1 juta dalam PN/CP. Jumlahpelaburan merupakan komponen aset keduaterbesar, mencakupi 30.9% daripada jumlah aset.

Sumber utama dana adalah deposit yang diterimamenerusi rangkaian cawangan BPM sebanyak 137cawangan dan 3,662 unit bergerak di seluruhnegara sebanyak RM3.5 bilion, iaitu merupakan65% daripada jumlah sumber. Dana bagipelaksanaan pelbagai skim pinjaman berjumlahRM1.5 bilion, menyumbang sebanyak 28.8%daripada jumlah aset.

Bank ini sedang berusaha untuk mengukuhkankedudukan kewangan serta kesolvenannya. Walaubagaimanapun, modal berbayarnya sebanyakRM42.5 juta tidak mencukupi untuk menyerapkerugian terkumpul sebanyak RM695.5 juta.

Credit Guarantee Corporation MalaysiaBerhadCredit Guarantee Corporation Malaysia Berhad(CGC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 bagimembantu PKS mendapatkan akses kepadakemudahan kredit dari institusi-institusi kewangan.Selain menyediakan jaminan kepada institusikewangan ke atas pinjaman yang diberikan kepadaPKS, CGC juga bertindak sebagai pentadbir kepadatabung-tabung khas yang diwujudkan olehKerajaan untuk membantu PKS.

Pada tahun 2002, CGC mentadbir beberapa skimjaminan dengan penglibatan institusi-institusi

Graf 5.8 Bank Pertanian Malaysia:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Tanaman makanan19.2%

Kelapa sawit27.6%

Ternakan14.5%

Perikanan10.5%

Perhutanan4.7%

Tembakau2.9%

Lain-lain18.7%

Getah1.9%

Institusi Kewangan Pembangunan

229

Graf 5.9Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad:Jaminan Mengikut Sektor pada 31 Disember 2002

Pertanian1.5%

Perkilangan20.4%

Perniagaan am78.1%

kewangan. Jumlah jaminan mencatat peningkatansebanyak 13.2% atau RM352.3 juta pada tahun2002 kepada RM3 bilion, berbanding penurunansebanyak 21.6% atau RM736 juta pada tahun2001. Pertumbuhan positif ini mencerminkanpengembangan keseluruhan aktiviti ekonomi danpeningkatan dalam jaminan juga adalahdisebabkan oleh pertumbuhan kukuh dalamjaminan di bawah Skim Jaminan Laluan Terus(SJLT). Skim Jaminan Utama Baru (SJUB) mencakupi60.7% daripada jumlah jaminan terkumpul padaakhir tahun 2002. Skim lain yang merupakanbahagian terbesar daripada jumlah jaminan adalahSJLT (12.3%) dan Skim Jaminan Anjal (12.1%).Sementara itu, jaminan baru yang dikeluarkan jugameningkat sebanyak 26.2% atau RM416 juta padatahun 2002 (2001: -35.6% atau -RM876 juta).SJUB kekal sebagai penyumbang utama kepadajumlah jaminan baru yang dikeluarkan, dengannilai jaminan dikeluarkan di bawah skim tersebutmenyumbang sebanyak 54.9%.

Peminjam-peminjam dengan saiz pinjaman antaraRM250,000 dan RM500,000 merupakan kumpulanterbesar yang menerima lindungan jaminan,mencakupi 33.3% daripada jumlah lindunganjaminan pada akhir tahun 2002. Jaminan yangdisediakan bagi pinjaman di bawah RM250,000mencakupi 31.5% daripada jumlah lindunganjaminan yang dikeluarkan.

Sebahagian besar (78.1%) daripada jaminan yangdikeluarkan adalah bagi sektor perniagaan am.Pada tahun 2002, lindungan jaminan bagi sektorini terus meningkat sebanyak 12.3%, sejajardengan pertumbuhan dalam penggunaan dalamnegeri. Sektor perkilangan mencakupi sebanyak20.4%, mencatat pertumbuhan sebanyak 16.6%pada tahun tersebut, manakala selebihnyamerupakan lindungan jaminan bagi sektorpertanian yang mencatat pertumbuhan sebanyak15.4% bagi tempoh yang sama.

Pada akhir tahun 2002, jumlah peruntukan bagituntutan ke atas pinjaman yang dijamin CGCadalah sebanyak RM347.4 juta, iaitu peningkatansebanyak RM68.6 juta (24.6%) daripada paraspada akhir tahun 2001. Sementara itu, jumlahtuntutan yang dibayar meningkat kepada RM2.2bilion pada tahun 2002 (2001: RM1.8 bilion).

Pada akhir tahun 2002, jumlah pinjaman yangdiberikan di bawah skim pinjaman khas yangdiuruskan oleh CGC, iaitu Tabung Pembiayaan

Usahawan Kecil, Tabung Usahawan Kecil danTabung Industri Kecil dan Sederhana 2 berjumlahRM1 bilion, meningkat 67.7% (+RM404.1 juta)berbanding paras setahun yang lalu. Pembiayaanbagi skim-skim pinjaman tersebut diperolehmenerusi peruntukan dana daripada Kerajaandalam bentuk peminjaman. Pada akhir tahun 2002,peminjaman daripada Kerajaan adalah sebanyakRM1.7 bilion.

Malaysian Industrial Development Finance BerhadMalaysian Industrial Development Finance Berhad(MIDF) ditubuhkan pada tahun 1960 untuk menggalakpembangunan sektor perindustrian. Aktiviti utamaMIDF adalah untuk menyedia peruntukan pembiayaanjangka sederhana dan panjang untuk membiayaipenerokaan di bidang industri baru, pengembangan,modenisasi, kepelbagaian atau program penempatansemula perniagaan sedia ada.

MIDF adalah salah satu institusi pelaksana yangdilantik oleh Kerajaan untuk mengurus danmengeluarkan dana di bawah pelbagai skim khaspembiayaan terutama bagi PKS. Pada akhir tahun2002, MIDF menguruskan sembilan dana denganjumlah pinjaman sebanyak RM257.8 juta. Pinjamanyang diluluskan pada tahun 2002 meningkat 24.3%,manakala pengeluaran pinjaman mencatatpertumbuhan sebanyak 55.9%.

Secara keseluruhan, jumlah pinjaman pada akhirtahun 2002 adalah sebanyak RM1.1 bilion, tidakberubah berbanding jumlah pada tahunsebelumnya, disebabkan pembayaran pinjamanyang mengimbangi peningkatan dalam pengeluaranpinjaman. Hampir 80% daripada jumlah pinjamanadalah untuk sektor perkilangan. Di dalam sektor

230

Graf 5.10Malaysian Industrial Development Finance Berhad:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Perkilangan78.6%

Keluaran galian bukan logam14.7%

Keluaran besi & keluli &bukan ferus

19.4%

Keluaran plastik8.1%

Keluaran kayu12.6%

Makanan, minuman& tembakau

6.8%

Bukanperkilangan

21.4%

Keluaran logam rekaan & jentera

14.8%

Keluaran elektrikal & elektronik8.4%

Lain-lain15.2%

perkilangan, hampir separuh daripada pinjamantersebut adalah untuk keluaran berasaskan besidan keluli dan keluaran bukan ferus; keluaranlogam direka dan jentera; dan keluaran galianbukan logam. Bagi sektor perkhidmatan, industripelancongan, pengangkutan dan perhubunganadalah antara industri-industri yang mendapatmanfaat daripada aktiviti pemberian pinjamanMIDF. Sementara itu, MIDF terus memainkanperanan penting untuk meningkatkanpembangunan PKS, seperti yang dicerminkan olehjumlah pinjaman kepada PKS sebanyak 45.4%daripada jumlah pinjaman MIDF.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, aktivitipembiayaan MIDF terus berkembang pada tahun2002, seperti yang dicerminkan oleh peningkatandalam kelulusan pinjaman (24.3% atau RM409.6juta) dan pengeluaran pinjaman (55.5% atauRM240.6 juta). Daripada jumlah pinjaman yangdiluluskan, 67.2% adalah untuk pengembanganprojek dan selebihnya untuk kepelbagaian danpenempatan semula projek (17.1%) serta projekbaru (15.7%).

Pada akhir tahun 2002, kualiti aset MIDFbertambah baik sedikit berbanding tahun lalu.Berdasarkan polisi pinjaman tidak berbayar (NPL)MIDF untuk tempoh tertunggak selama 3 bulan,nisbah NPL kasar bertambah baik kepada 49%(akhir tahun 2001: 51%) dengan NPL kasarberjumlah RM524.9 juta. Nisbah NPL bersih jugabertambah baik kepada 26% daripada 31%.

Sumber utama dana MIDF terdiri daripadapeminjaman dan dana pemegang saham.Peminjaman merupakan 40.9% daripada jumlah

sumber dana sebanyak RM2.5 bilion pada akhir tahun2002. Dana berkadar faedah tetap diperoleh secaralangsung atau tidak langsung daripada Kerajaanuntuk disalurkan kepada pinjaman sosioekonomi padakadar faedah tetap. Dana pembiayaan lain diperolehsendiri oleh MIDF bagi menjalankan aktivitipembiayaan korporatnya yang lain dan initermasuklah peminjaman daripada pasaran modal.Pada akhir tahun 2002, jumlah peminjaman MIDFdaripada institusi kewangan, Kerajaan dan institusiasing adalah sebanyak RM1 bilion.

Sabah Development Bank BerhadSabah Development Bank Berhad (SDB)ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Kerajaan NegeriSabah untuk melaksanakan fungsi-fungsi sebuahbank pembangunan dan bertindak sebagaipengantara kewangan bagi Kerajaan NegeriSabah. Bank ini menyediakan khidmat nasihatkepada Kerajaan Negeri Sabah di samping meraihdana bagi membiayai projek Kerajaan Negeri sertamengendalikan lebihan dana negeri.

Peranan utama SDB ialah untuk bertindak sebagaipenggembleng sumber kewangan di dalam negeriSabah dan mempermudahkan pembangunanekonomi serta pelaburan di negeri itu.

SDB terus mengembangkan operasi berianpinjamannya pada tahun 2002. Jumlah pinjamanmeningkat 14.8% pada tahun 2002 kepada RM1.3bilion pada akhir tahun yang sama, didorongterutamanya oleh peningkatan ketara dalampinjaman yang disalurkan kepada sektorpembinaan, harta tanah, perkilangan danpertanian. Jumlah pinjaman mencakupi 80.3%

daripada jumlah aset SDB sebanyak RM1.6 bilion

Institusi Kewangan Pembangunan

231

Graf 5.11Sabah Development Bank Berhad:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Kewangan, insurans& perkhidmatan

perniagaan14.7%

Harta tanah41.5%

Pembinaan9.2%

Perkilangan7.6%

Pertanian,perhutanan &

perikanan8.7%

Lain-lain18.3%

Graf 5.12Sabah Credit Corporation:Haluan Pinjaman pada 31 Disember 2002

Pinjaman eksekutif13.7%

Pembangunanindustri13.3%

Perumahan55.1%

Pertanian1.9%

Lain-lain1.9%

Sewa beli14.1%

pada akhir tahun 2002. Pada tahun 2002,

pinjaman yang diluluskan adalah lebih tinggi,

berjumlah RM794.3 juta (2001: RM280.3 juta)

sementara pengeluaran pinjaman juga

menunjukkan peningkatan berjumlah RM271.3

juta (2001: RM168 juta).

NPL kasar berasaskan klasifikasi 6 bulan meningkat

RM66.7 juta kepada RM542.2 juta, merangkumi

41.3% daripada jumlah pinjaman, di mana

sebahagian besar NPL adalah daripada sektor harta

tanah. Pada kadar bersih, NPL berada pada tahap

5.8% daripada jumlah pinjaman, selepas

mengambil kira peruntukan bagi kerugian

pinjaman.

Sumber utama kewangan terdiri daripada deposit

Kerajaan, badan berkanun dan agensi Kerajaan,

peminjaman daripada institusi kewangan serta

dana daripada pasaran modal yang kesemuanya

berjumlah RM861.3 juta atau 52.7% daripada

jumlah dana pada akhir tahun 2002. Operasi bank

juga dibiayai oleh dana pemegang saham yang

berjumlah RM233.2 juta.

Sabah Credit CorporationSabah Credit Corporation (SCC), anak syarikat

milik penuh Kerajaan Negeri Sabah telah

ditubuhkan pada tahun 1955 dengan nama North

Borneo Credit Corporation tetapi telah dinamakan

semula sebagai Sabah Credit Corporation pada

tahun 1972. Objektif utama SCC ialah untuk

memberi kemudahan pembiayaan bagi pelaburan

dalam bidang pertanian, perindustrian, perumahan

bandar dan desa, bangunan dan utiliti serta

kemudahan awam dengan tujuan menggalak

pembangunan ekonomi di Sabah.Selepas mencatat pertumbuhan yang kukuh

sebanyak 25.3% pada tahun 2001, jumlahpinjaman pada tahun 2002 menjadi stabil denganmencatat kemerosotan yang kecil sebanyak 1.8%kepada RM532.3 juta. Meskipun pinjaman sewabeli terus mencatat peningkatan yang kukuh(16.5%), terutamanya bagi pembelian baranganpengguna, pinjaman untuk tujuan-tujuan lainmerosot pada tahun ini.

Dari segi komposisi jumlah pinjaman, sebahagianbesar (55.1%) merupakan pinjaman perumahankepada individu (di mana kakitangan Kerajaanmencakupi 39.7%) dan selebihnya disalurkansebahagian besarnya bagi pembiayaan sewa beli,pinjaman eksekutif dan pembangunanperindustrian serta pertanian. Jumlah pinjamanmerupakan komponen terbesar (97.1%) daripadajumlah aset SCC sebanyak RM548.2 juta padaakhir tahun 2002.

Jumlah pinjaman tidak berbayar (NPL) kasarberdasarkan pengelasan 4 bulan kekal pada16.1% (RM85.9 juta) pada akhir tahun 2002.Sebahagian besar daripada NPL adalah terdiridaripada pinjaman yang disalurkan untukpembelian rumah. Selepas mengambil kiraperuntukan ke atas kerugian pinjaman, nisbah NPLbersih berada di tahap 3.5% (akhir tahun 2001:1.8%).

Sumber utama dana SCC adalah peminjamandaripada Kerajaan Negeri dan institusi-institusiperbankan, kedua-duanya mencakupi 78.9%daripada jumlah dana. Pada akhir tahun 2002,peminjaman daripada Kerajaan Negeri berjumlahRM328.8 juta (88% daripada jumlahpeminjaman), manakala selebihnya daripadainstitusi-institusi perbankan.

232

Borneo Development Corporation (Sabah)Sendirian BerhadBorneo Development Corporation (Sabah)Sendirian Berhad (BDC Sabah) ditubuhkan padatahun 1992 sebagai sebuah syarikat Kerajaannegeri yang dimiliki sepenuhnya oleh KerajaanNegeri Sabah dengan tujuan utama untukmenyediakan bantuan kewangan dalam bentukpinjaman gadai janji untuk membolehkan orangawam memiliki rumah kediaman. Kegiatan utamasyarikat ini ialah pembangunan harta tanah danpenyediaan pinjaman kepada pembeli harta tanahyang dimajukan oleh syarikat tersebut. Sebanyakempat anak syarikatnya terlibat secara aktif dalampembangunan harta tanah, pembinaan,pengurusan hotel dan latihan pendidikan.

Seperti tahun 2001, tidak ada pinjaman barudiberikan pada tahun 2002 memandangkanpermintaan telah terjejas disebabkan oleh kadarfaedah pinjaman yang tinggi sebanyak 12%setahun berbanding purata kadar faedah pinjamantahunan sebanyak 6.53% setahun yangditawarkan oleh institusi perbankan. Perbezaandalam kadar faedah pinjaman juga telahmenyebabkan sesetengah peminjamnyamemindahkan pinjaman mereka kepada institusi-institusi perbankan untuk mengambil peluangkadar faedah pinjaman yang rendah. Kesannya,jumlah pinjaman merosot 7.1% kepada RM7.9 jutapada akhir tahun 2002. Orang perseoranganmerupakan peminjam terbesar (92.5%) manakalaselebihnya disalurkan kepada syarikat perniagaan.Jumlah pinjaman mencakupi 6.7% daripadajumlah aset. Pada akhir tahun 2002, jumlahpinjaman tidak berbayar (NPL) kasar adalahsebanyak RM2.2 juta, mencakupi 27.8% daripadajumlah pinjaman (akhir 2001: RM2.1 juta atau24.1%). Sebahagian besar daripada jumlah asetadalah dalam bentuk pelaburan dalam anak-anaksyarikatnya (54.6%), manakala yang selebihnyaadalah dalam pembangunan harta tanah (29.7%).

Sumber utama dana adalah peminjaman daripadainstitusi-institusi kewangan, yang berjumlah RM72.6juta atau 60.8% daripada jumlah sumber pada akhirtahun 2002. Sumber utama dana yang lain adalahdaripada dana pemegang saham (27.5%) dan hasiljualan pinjaman perumahan kepada Cagamas(4.9%). Sementara itu, peminjaman daripadaKerajaan Negeri berjumlah RM0.8 juta.

Borneo Development Corporation (Sarawak)Sendirian BerhadBorneo Development Corporation (Sarawak)Sendirian Berhad (BDC Sarawak) telahdiperbadankan sebagai sebuah perusahaanperniagaan yang dimiliki sepenuhnya olehKerajaan Negeri Sarawak. Objektif BDC Sarawakadalah untuk melaksanakan pembangunan hartatanah dan aktiviti-aktiviti pembinaan sertamenyediakan kemudahan pembiayaan akhir.

Perbelanjaan untuk pembangunan harta tanahmerupakan bahagian terbesar (51.9%) daripadajumlah aset perbadanan ini yang berjumlahRM81.4 juta pada akhir tahun 2002. Pada tahun2002, perbelanjaan bagi pembangunan hartatanah mencatat peningkatan sebanyak RM7.6 jutaberikutan pertambahan bilangan projekpembangunan yang dimajukan pada tahuntersebut.

Sementara itu, jumlah pinjaman sebanyak RM1.4juta hanya mencakupi 1.7% daripada jumlah aset.Pada tahun 2002, portfolio pinjaman terusmencatat penurunan disebabkan kurangnyapermintaan dan penebusan yang tinggi terhadappinjaman. Kadar faedah pinjaman pada 8%setahun yang secara relatifnya lebih tinggi,menyebabkan peminjam bertindak menebus danmemindahkan pinjaman mereka kepada bank-bank perdagangan. Akibatnya, jumlah pinjamanterus merosot sebanyak 8.3% pada tahuntersebut. Sebahagian besar pinjaman (97.7%)telah diberikan kepada peminjam-peminjamindividu bagi pembelian harta kediaman, di mana75.8% diberikan kepada kakitangannya.

Jumlah pelaburan menyumbang 20.3% atauRM16.5 juta kepada jumlah aset, yang manapelaburan dalam anak syarikat (RM13.2 juta)merupakan komponen terbesar dalam portfoliopelaburan. Sementara itu, perbadanan ini telahmemperoleh saham di dalam beberapa buahsyarikat perkilangan sebagai sebahagian daripadaproses mempelbagaikan aktiviti perniagaannya.

Di samping dana pemegang saham berjumlahRM37 juta, BDC Sarawak juga mendapatkansumber dananya melalui peminjaman daripadainstitusi-institusi kewangan. Ia mencakupi RM17.1juta atau 21% daripada jumlah liabiliti.