inklusif.docx

52
FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2013 TUGASAN INDIVIDU (T1A2) KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : ISWADI BIN MUSTAFA NO. MATRIKULASI : 780701036015001 NO. KAD PENGENALAN : 780701-03-6015 NO. TELEFON : 012-9562041 E-MEL : [email protected] NAMA PENSYARAH : ABDULLAH BIN MOHD YASSIN

Upload: rockin-wdy

Post on 25-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

inklusif

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2013

TUGASAN INDIVIDU (T1A2)

KOD KURSUS : HBEF3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA : ISWADI BIN MUSTAFA

NO. MATRIKULASI : 780701036015001

NO. KAD PENGENALAN : 780701-03-6015

NO. TELEFON : 012-9562041

E-MEL : [email protected]

NAMA PENSYARAH : ABDULLAH BIN MOHD YASSIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

HBEF3503ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Penghargaan 3

Abstrak 4

1.0 PENGENALAN 5

1.1 Pernyataan Masalah 7

1.2 Objektif Kajian 8

1.3 Soalan Kajian 9

1.4 Kepentingan Kajian 10

1.5 Kerangka Konseptual 10

1.6 Batasan Kajian 12

2.0 TINJAUAN LITERATUR 13

2.1 Tinjauan Literatur Masalah Pembelajaran 13

2.2 Kajian-kajian Berkaitan. 13

2.3 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai 14

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

3.0 METODOLOGI KAJIAN 15

3.1 Rekabentuk Kajian. 15

3.2 Populasi Kajian 15

3.3 Sampel Kajian (Biodata ) 16

3.4 Instrumen Kajian 17

3.5 Program Pendidikan Inklusif Murid Bermasalah Pembelajaran 17

4.0 DAPATAN KAJIAN. 18

4.1 Laporan Kajian Kes 18

4.2 Penambahbaikan Program Pendidikan Inklusif 20

1

HBEF35034.3 Rumusan 22

Penutup 23

Rujukan/referensi 24

LAMPIRAN 25

Program Pendidikan Inklusif Murid Bermasalah Pembelajaran 25

Biodata Murid Berkeperluan Khas (Sampel Kajian) 28

Biodata Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas 29

Gambar-gambar Program Pelaksanaan PPI 30

Dokumen-dokumen Kajian 31

2

HBEF3503

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmat-Nya, maka dapat saya menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan

ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang

dihadapi telah dilalui, meskipun menuntut ketabahan dan kesabaran. Setinggi-

tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tutor saya iaitu En.

Abdullah b. Mohd Yassin di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga

beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik

tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan

guru di SK Sungai Rual, dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan Bahasa OUM

yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga ditujukan buat keluarga tercinta kerana memahami serta

membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung

ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih  pastinya mempunyai

hikmah di sebaliknya. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya

terdapat kesilapan dan kekurangan dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya

yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Berkuasa dan yang buruk itu

datangnya daripada kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

3

HBEF3503

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif bagi seorang murid bermasalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan

Sungai Rual Jeli Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi

mengumpul dan menganalisis data-data kajian . Seorang sampel kajian terlibat dalam

kajian kes ini iaitu seorang murid bermasalah pembelajaran dari Tahun Tiga Usaha.

Sekolah Kebangsaan Sungai Rual merupakan sebuah sekolah pedalaman yang

melaksanakan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan sebagai “Program

Pendekatan Inklusif Bagi Murid-murid Bermasalah Pembelajaran”. Program ini

dilaksanakan selama dua bulan, iaitu bermula pada 20 Mei 2013. Kelas yang mempunyai

murid bekeperluan khas ini akan disertai oleh seorang guru pendamping yang juga

merupakan guru kelas yang akan bertindak sebagai pembantu murid tersebut. Semua guru

mata pelajaran telah diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid berkeperluan khas

dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dapatan kajian mendapati murid tersebut

mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas

yang lain dan berdikari sekiranya beberapa inisiatif dalam program inklusif dilaksanakan

mengikut kemampuan murid. Pihak pentadbir mengesyorkan agar Program Pendidikan

Inklusif akan berkesan jika dirancang dengan rapi dari pihak KPM dan

diimplimentasikan dengan bantuan dan pemantauan berterusan.

4

HBEF3503

1.0 PENGENALAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan dijalankan ke atas seorang murid berkeperluan

khas di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual. Kajian ini juga adalah persediaan untuk

melengkapkan proses merangka satu program pendidikan inklusif yang berkesan dan

berkualiti. Jangka masa kajian kes ini ialah selama 8 minggu. Kajian ini hanya

melibatkan seorang sampel iaitu murid bermasalah pembelajaran yang belajar di Sekolah

Kebangsaan Sungai Rual. Murid-murid ini telah mendapat pengesahan status Orang

Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kanak- kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak- kanak yang telah dikenal

pasti dan telah disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan

yang mana faktor ini boleh mengganggu proses pembelajaran murid tersebut. Kecacatan

yang dialami itu boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak- kanak dalam

kebolehan – kebolehan berikut :

Kebolehan kognitif

Tingkahlaku sosial/ perkembangan sosial

Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan

Penguasaan membaca

Kemahiran perkembangan ( development skills )

Kemahiran matematik

Secara umumnya, kanak- kanak bermasalah pembelajaran boleh dikenalpasti melalui

beberapa ciri atau keadaan. Antaranya ialah :

5

HBEF3503

i) Ciri- ciri fizikal

Dari aspek fizikal, keadaan bentuk badan dan tahap koordinasi motor kanak- kanak ini

tidak banyak berbeza dengan kanak- kanak normal. Walau bagaimanapun kanak- kanak

ini mempunyai tahap keupayaan mental yang rendah disebabkan oleh faktor- faktor

tertentu seperti tahap perkembangan akal mereka tidak seiring dengan tahap

perkembangan umur hakiki. Terdapat juga dalam kalangan mereka ini yang mempunyai

saiz bentuk badan yang lebih kecil berbanding kanak- kanak normal .

ii) Ciri – ciri intelek (kognitif)

Dalam aspek keupayaan intelek pula, terdapat kelewatan di dalam proses perkembangan

dan kematangan serta fungsi- fungsi intelek tertentu yang diperlukan dalam

perkembangan di sekolah. Contohnya, mereka mempunyai daya ingatan yang rendah,

kebolehan dalam aspek pengamatan dan aspek konsep serta aspek seni kreatif juga

rendah. Di samping itu, tahap kesediaan belajar dan penerimaan maklumat juga berbeza

dengan dengan kanak- kanak normal. Contohnya, pada umur 6 tahun mereka baru boleh

menguasai aktiviti pembelajaran kanak- kanak yang berumur dalam lingkungan 3- 4

tahun seperti mewarna bukan di dalam ruang yang ditetapkan.

iii) Ciri- ciri sosial dan peribadi

Lazimnya, daya ketahanan atau tahap tumpuan pelajar ini terlalu singkat ,iaitu cuma 10-

15 minit pertama sahaja. Mereka lebih cenderung melakukan aktiviti seperti bermain,

berlari , mengganggu rakan, menangis, ataupun melakukan sesuatu yang dapat menarik

perhatian guru. Kanak-kanak ini juga kurang bermotivasi dan mudah hilang keyakinan

diri.

6

HBEF3503

1.1 Pernyataan Masalah

Norlaila bt Hussin merupakan murid tahun 3 Usaha dan telah memasuki kelas pemulihan

khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika diperhatikan dari aspek fizikal , perwatakan pelajar ini

sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dalam aspek

tahap penguasaan pelajaran , lemah daya ingatan dan tingkah laku yang agak lembam.

Lembam dimaksudkan sebagai keadaan lambat menguasai sesuatu kemahiran, mudah

lupa konsep asas yang dipelajari, mudah hilang minat, keadaan tulisan yang agak tidak

memuaskan dan tidak melakukan kerja yang diberi semasa di dalam kelas. Keadaan ini

menyebabkan guru-guru yang mengajarnya terpaksa memberi perhatian khas bagi

memastikannya tidak tercicir sepanjang proses P&P.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf,

membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang

lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan

murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak

berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada

kelas yang sesuai dengan umurnya.

Menurut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan

kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan

semula jadinya. Jelas kita lihat mereka berdua ketinggalan dari segi akademik berbanding

rakan sebaya mereka yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865),

Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap

individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan

sebayanya.

Berdasarkan pemerhatian saya, ketika proses pengajaran dan pembelajaran , murid ini

menjadi pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengelakkan diri daripada mengambil

7

HBEF3503bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh

masalah malu atau kurang keyakinan diri. Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan

diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai

kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

Pemerhatian juga mendapati murid ini sukar untuk menguasai kemahiran asas 3M

membaca, menulis dan mengira) . Walau bagaimanapun masalah ini mengambil sedikit

masa untuk diatasi. Lazimnya pelajar ini sedikit ketinggalan dalam aspek kognitif dan

mudah hilang tumpuan. Keadaan ini dapat diatasi melalui penggunaan teknik p&P yang

menarik, ganjaran atau peneguhan positif, latih tubi, perhatian sepenuhnya dari guru,

penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik. Sebagai guru Bahasa Melayu yang

mengajar murid ini, saya telah merancang dan mengenal pasti program pendidikan

inklusif yang bersesuaian untuk murid ini.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid bekeperluan

khas dari kategori bermasalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.

Objektif khusus kajian kes ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat berikut:

1, Bagaimanakah pelaksanaan PPI bagi murid bekeperluan khas kategori masalah

pembelajaran dari segi:

1.2.1 Murid bermasalah pembelajaran di kelas inklusif:

1) Ciri-ciri penempatan murid di kelas inklusif

2) Ciri-ciri pemilihan murid di kelas inklusif

3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid bekeperluan khas

di kelas inklusif.

4) Murid bekeperluan khas dapat mengikuti Program Pendidikan Inklusif dengan

jayanya.

8

HBEF3503

1.2.2 Guru-guru:

1) Pendedahan awal mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif kepada

guru-guru terlibat.

2) Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan

Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif

3) Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif.

1.3 Soalan Kajian

Kajian Kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan

berikut:

1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikan khas

kategori murid bermasalah pembelajaran dalam penguasaan 3M di Sekolah Kebangsaan

Sungai Rual dari segi:

1.3.1 Murid Bermasalah Pembelajaran-Masalah Penguasaan 3M

Ciri-ciri penempatan murid di kelas inklusif.

Ciri-ciri pemilihan murid ke kelas inklusif

Apakah program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid di kelas

inklusif ?

Adakah Program Pendidikan Inklusif Yang dipilih bersesuaian dengan pelajar

bermasalah pembelajaran ?

1.3.2 Guru-guru

Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai Pendidikan Khas

dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar?

Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan

Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif?

9

HBEF3503 Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif?

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan akan dapat mengenalpasti dan menilai keberkesanan Program

pendidikan Inklusif bagi murid-murid bekeperluan khas di SK Sungai Rual. Dapatan

kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan dan sumber maklumat bagi pihak-

pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid bekeperluan

khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai

Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu

memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan

program yang lebih berkesan bagi murid bermasalah pembelajaran khasnya dan murid

berkeperluan khas amnya.

Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pula diharapkan mendapat maklumat bagi

menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja kepada murid

inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima

murid beeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan

membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat

merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002 ).

1.5 Kerangka Konseptual

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Model Pengajaran Bersama Dalam Kelas Inklusif.

10

HBEF3503

1.5.1 Perancangan Program

Meliputi tiga bahagian iaitu perancangan pentadbiran, perancangan guru dan sasaran

murid. Perancangan Pentadbiran dipecahkan kepada pemilihan guru, penjadualan,

penyusunan kelas dan pengurusan masa. Pemilihan guru dibuat melalui soalselidik untuk

melihat kekuatan guru dalam mencari pasangan untuk pengajaran bersama.

Penjadualan mengambil kira aspek keperluan pelajar, mencari keserasian pasangan guru,

menilai secara keseluruhan jadual dan mengasingkan pelajar berdasarkan kesesuaian

guru. Penyusunan kelas pula merujuk kepada anggaran kelas supaya seimbang dalam

nisbah bilangan pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih dari sepuluh

peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari keseluruhan pelajar contohnya sepuluh orang

murid, bilangan murid khas adalah di antara satu hingga tiga orang sahaja. Pengurusan

masa mengambil kira penjadualan yang melibatkan waktu biasa, masa yang disediakan

sebelum atau selepas sekolah, masa untuk rehat dan makan, jadual tugasan biasa dan sesi

mesyuarat atau perjumpaan staf.

Perancangan Guru kelas/perancangan kurikulum terdiri daripada kerja berpasukan,

kesesuaian pasangan, perancangan pengajaran, perancangan kemajuan pemantauan dan

penentuan gred dan perancangan murid. Setiap guru dalam pengajaran bersama perlu

bersedia memberi perkhidmatan professional yang berkait. Sebagai contoh cara hendak

mendapatkan sokongan keluarga adalah dengan menghantar surat, penyediaan fakta

11

PentadbiranGuruSasaran Murid

PERANCANGAN

Model Pengajaran Bersama(stesen, pengajaran selari,pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang mengajar seorang bantu)

PERLAKSANAANKeberkesanan Hasil

KEPUTUSAN

HBEF3503pengajaran bersama kepada keluarga, memaparkan tajuk pengajaran di dalam website,

pengisian informasi di dalam majalah sekolah, mengedarkan risalah dan lain-lain selagi

mampu mengizinkan maklumat kepada keluarga pelajar. Secara tidak langsung hubungan

baik secara peribadi terjalin dan pengajaran bersama akan memberi impak besar dalam

sistem pembelajaran kini.

1.5.2 Perlaksanaan Program

Perlaksanaan terdiri daripada pemilihan model pengajaran iaitu kaedah stesen, pengajaran

selari, pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang mengajar seorang bantu.

Setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri.

1.5.3 Keberkesanan Keputusan

Dinilai berdasarkan kepelbagaian cara iaitu perancangan, perlaksanaan dan tujuan

keberkesanan. Antara faktor untuk menilai keberkesanan pengajaran bersama ialah

pengisian kefahaman untuk konsep pengajaran bersama dan visi di kalangan professional

iaitu pentadbiran, pembantu guru, guru-guru yang terlibat. Faktor tujuan dan niat

penjadualan di mana murid yang kurang berkeupayaan atau bermasalah pembelajaran,

murid mesti diutamakan untuk jadual dan mengikut keutamaan sokongan. Selain itu,

keserasian guru untuk bekerja bersama-sama merupakan kunci utama keberkesanan

pangajaran bersama dan perkongsian perancangan untuk menjayakan pengajaran

bersama. Faktor keberkesanan juga di lihat dari segi kebergantungan kepada

pembangunan professionalisme.

1.5 Batasan Kajian

Pelaksanaan kajian ini sememangnya berhadapan dengan beberapa batasan yang

semestinya dihadapi dan perlu diterima oleh pengkaji. Batasan yang dimaksudkan itu

ialah pegangan ”Hukum Sayyid” dalam masyarakat orang Asli yang masih menebal dan

diamalkan sehingga kini. Hukum Sayyid menekankan kebebasan bagi anak-anak Orang

Asli dalam melakukan sesuatu tindakan, tiada paksaan, tiada istilah kesalahan bagi

kanak-kanak dan anak-anak terlalu dimanjakan. Selain itu batasan kajian juga terdiri

12

HBEF3503daripada masalah pengaruh bahasa Jahai dalam percakapan seharian, kurangnya

perbendaharaan kata, dan kurangnya pengetahuan sedia ada tentang sesetengah perkara

yang dipelajari. Hal ini berlaku kerana murid-murid terpisah dari dunia luar dan tahap

pengetahuan sedia ada mereka amatlah terbatas.

2.0 Tinjauan Literatur

2.1 Tinjauan Literatur Berkaitan Masalah Pembelajaran

The National Joint Committee On Learning Disabilities (NJCLD), (1990) mendefinisikan

masalah pembelajaran sebagai satu kumpulan masalah yang pelbagai yang

mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, ber tutur, membaca, menulis, membuat

keputusan atau menyelesai masalah matematik . Masalah ini berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah

mengawal tingkah laku, per sepsi dan interaksi sosial mungkin wujud ber sama masalah

pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah

pembelajaran . Mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seper ti masalah

sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Secara kesimpulannya, pelajar

bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar

disebabkan oleh masalah pemahaman, per tuturan , penulisan dan penyelesaian masalah

matematik . Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental,

kurang upaya penglihatan , pendengaran , gangguan emosi dan tingkah laku.

2.2 Kajian –kajian Berkaitan

13

HBEF3503Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pertuturan, fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak

diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik

(Garguilo, 2006). Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan

ringan sering membuatkan mereka sukar diterima Begitu juga strategi yang diambil oleh

guru dan pihak pentadbir sekolah dalam menggalakkan perhubungan sosial yang positif

di antara murid normal dengan murid autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan

kefahaman yang positif kepada murid normal maka pergaulan dan penerimaan mereka

juga akan lebih baik dan menimbulkan persepsi yang positif. ( Gore, 2004 )

2.3 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan

Inklusif (PPI).

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United

Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan,

sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling

berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO

menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan

murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa sokongan terhadap PPI mempunyai

sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-

kanak Cacat 1975, kemudian ditukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya

(IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta

ini memastikan khidmat pendidikan disediakan bagi semua pelajar, tanpa mengira sifat

kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak

tekal di seluruh Amerika Syarikat. Sementara itu, di Great Britain pula, aspek

perundangan kurang diperincikan berbanding di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan

pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan

Millward, 2000 ). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat

14

HBEF3503kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi

memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

3.0 Metodologi Kajian

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden kajian,

instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual

Jeli, Kelantan. Kajian ini menggunakanpendekatan secara kualitatif. Dua kaedah

pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melalui senarai semak.

3.2 Populasi Kajian

Populasi kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungain Rual iaitu salah satu sekolah

pedalaman di daerah Jeli dan merupakan satu-satunya sekolah Asli di daerah Jeli.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif

yang dinamakan “Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Murid-murid Masalah

Pembelajaran”.

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian merupakan seorang murid tahun tiga usaha di Sekolah Kebangsaan Sungai

Rual. Sila Rujuk biodata pelajar di halaman berikut :

15

HBEF3503

Biodata Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.

Nama : Norlaila bt Hussin

No. kp : 021110-03-0896

Nama Bapa : Hussin b Meraju

Pekerjaan Bapa : Kerja Ladang

Agama : Islam

Kaum : Asli (Jahai)

Kategori OKU : Masalah Pembelajaran

Alamat : Kampung Pos Sungai Rual, 17600 Jeli.

Bantuan Yang Diterima : Bantuan KWAPM

Program Susu 1 Malaysia.

16

HBEF3503

3.4 Instrumen Kajian

Kajian kes menggunakan instrumen-instrumen seperti berikut :

Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif.

Instrumen ini digunakan bagi menilai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas inklusif dan bagi meninjau bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

di sekolah yang dipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai

semak Vandercook (1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu seperti berikut:

Bahagian A : Berkenaan persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 item

Bahagian B: Berkenaan aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 item

Bahagian C: Berkenaan Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 item

Set Temu Bual

- Temu Bual Guru Mata pelajaran dan Guru Pendamping PPI .

- Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas.

3.5 Program Pendidikan Inklusif Murid Bermasalah Pembelajaran

17

HBEF3503Satu program pendidikan inklusif telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengenalpasti

kekuatan , kelemahan dan kesesesuaian program yang dijalankan ke atas seorang murid

bermasalah pembelajaran di SK Sungai Rual. Program ini dilaksanakan selama dua

bulan.

*Sila rujuk lampiran : Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah Kebangsaan Sungai

Rual Tahun 2013.

4.0 Dapatan Kajian

4.1 Laporan Kajian Kes

Kajian kes ini dijalankan ke atas seorang pelajar di tahun Tiga Usaha, Sekolah

Kebangsaan Sungai Rual. Pelajar ini berketurunan Asli Jahai dan merupakan pelajar

bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai kesesuaian ,

keberkesanan dan penambahbaikan Program Pendidikan Inklusif yang dijalankan dalam

tempoh dua bulan yang lalu.

Pendekatan Inklusif penuh telah dipilih dan dilaksanakan. Ini bermakna pelajar terbabit

telah mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas yang

terpilih bersama-sama murid normal. Murid terpilih menghadapi masalah dalam

menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu,

pelajar ini kurang berkeyakinan untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang

lain. Pelajar ini mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak akan mengganggu

komunikasi dengan guru mata pelajaran atau murid-murid lain. Pihak sekolah telah

mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa pelajar terbabit bagi menjalankan kajian ini .

Pelajar ini telah melalui program persediaan yang terancang dan tersusun. Antaranya

ialah lawatan ke sekeliling kawasan sekolah, menghadiri majlis perhimpunan mingguan,

makan dan berinteraksi bersama-sama murid-murid normal , dan menyertai program pra

inklusif .

18

HBEF3503

Sebagai persediaaan, guru kelas dan guru mata pelajaran telah diberi penerangan tentang

Program Pendidikan Inklusif yang melibatkan seorang pelajar bermasalah pembelajaran

di dalam kelas mereka. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa murid-

murid melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program Pendidikan

Inklusif ini.

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah berjaya membantu pelajar ini dalam

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah diakui oleh kesemua guru

yang terlibat dalam kajian ini. Menurut mereka pelajar tersebut telah menunjukkan

perubahan positif dalam aspek perubahan tingkah laku, kebolehan interaksi, sikap atau

pun pencapaian dalam bidang akademik.

Koloborasi dan kerjasama dalam kalangan guru kelas, guru mata pelajaran, pihak

pentadbir dan guru pendamping telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran

sampel kajian tersebut. Sampel kajian begitu yakin berinteraksi dengan guru mata

pelajaran dan rakan sekelas melalui proses p&p yang dibuat secara santai hingga tidak

nampak janggal .

Kemahiran belajar sambil bermain yang dipraktikkan sememangnya berjaya

memotivasikan pelajar ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan

penuh minat. Walaupun pada permulaannya agak sukar, namun berkat kesabaran guru

masalah atau halangan ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh saya sebagai pengkaji, saya berpendapat

bahawa persekitaran fizikal kelas inklusif memainkan peranan penting bagi menarik

minat dan kosentrasi pelajar. Dengan enrolmen murid seramai dua puluh enam orang di

dalam satu bilik darjah, kemasukan murid bekeperluan khas ini tidak menjejaskan

kepadatan kelas. Sampel kajian diletakkan di posisi hadapan di dalam bilik darjah.

Kedudukan posisi ini mengambilkira kadar penglihatan murid agar tidak terhalang untuk

19

HBEF3503mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Meja tulis murid telah disusun secara

bersemuka antara satu sama lain bagi mewujudkan interaksi dengan murid normal.

Murid bekeperluan khas ini turut menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti

murid lain. Bimbingan secara individu diberikan bagi membolehkan pelajar tersebut

beransur-ansur berdikari. Dalam aspek sosialisasi dan komunikasi, pelajar kelihatan

semakin matang dan sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid

lain .

4.2 Penambahbaikan Program Pendidikan Inklusif

Cadangan

Analisis daripada rumusan hasil kajian kes ini mendapati, wujud beberapa perancangan

positif dalam Program PPI yang dapat dijadikan panduan atau rujukan dalam

melaksanakan Program Pendidikan Inklusif murid bekeperluan khas. Bagi

menambahbaik Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang beberapa cadangan

dikemukakan. Antaranya ialah :

4.2.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah

Pihak pentadbir perlulah peka ,arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidikan

Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Perancangan yang rapi amatlah diperlukan supaya

sekolah bersedia di waktu sukar dalam membuat keputusan. Hanya sekolah berenrolmen

kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Keadaan ini penting

bagi menjamin kemasukan murid-murid bekeperluan khas tidak memberi impak kepada

bilangan murid di dalam bilik darjah.

Selain itu, faktor pemilihan guru perlu dititikberatkan, guru yang ada chemistry untuk

mengajar hendaklah diutamakan . Sebagai contoh, guru pengiring iaitu guru Pendidikan

Khas perlulah serasi untuk digandingkan bersama guru Aliran Perdana. Hubungan yang

20

HBEF3503berkesan dapat dihasilkan sekiranya wujud persefahaman di antara mereka. Sebaliknya

dikuatiri berlakunya percanggahan yang membawa kepada kepincangan guru.

Pihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai

murid bekeperluan khas yang akan belajar bersama-sama murid normal. Melalui

hebahan dan penerangan ini, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat

memahami dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

Pihak pentadbir juga haruslah menyokong pelaksanaan program ini dengan menyediakan

bantuan berbentuk sokongan moral, menyediakan bilik darjah inklusif yang menarik,

menyediakan sumber peruntukan bagi membeli bahan bantu mengajar dan sebagainya.

4.2.2 Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran

Kolaborasi tugas dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran

adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik

dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu

pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidang kuasa masing-masing

supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan

aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

murid-murid bekeperluan khas, bengkel ”co teaching” atau mengajar bersama, lawatan

sambil belajar , bengkel membina bahan bantu mengajar dan sebagainya. Dalam

keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara

yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika

Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan

pula forum untuk guru-guru berkongsi pengalaman ,pengetahuan, kejayaan, masalah,

strategi pengajaran dan lain-lain.

4.2.3 Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri

Pengalaman menjalankan kajian kes di sekolah ini dapat dijadikan panduan kepada pihak

Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pelaksanaan Program

21

HBEF3503Pendidikan Inklusif di sekolah ini dianggap istimewa kerana melibatkan pelajar Orang

Asli. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, pihak yang

bertanggungjawab boleh merujuk kajian ini dan melakukan sedikit penambahbaikan bagi

meningkatkan keberkesanan program ini.

4.2.4 Komitmen dan Kejujuran Guru dalam Melaksanakan Tugas

Perbezaan pendapat dan pendekatan dalam kalangan guru perlu dikemukakan dan

dibincangkan dalam mesyuarat agar dapat diselesaikan dengan jayanya. Sebagai contoh

persepsi tentang beban tugas antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru Pendidikan

Khas. Persepsi ini boleh diperbetulkan melalui perbincangan supaya tidak timbul masalah

dengki atau salah faham. Guru bertindak sebagai teladan bagi anak didik perlulah

bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan tugas dengan penuh komitmen.

4.3 Rumusan

Program ini berjaya mencapai matlamatnya melalui pelaksanaan beberapa perkara asas

yang menjadi prasyarat utama ke arah kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya

ialah hanya memilih murid bermasalah pembelajaran khususnya lemah dalam menguasai

kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini. Pihak sekolah telah mendapat bantuan

dan kerjasama daripada ibu bapa pelajar tersebut . Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk

mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman,

penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, muridmurid

normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak

akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan

masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa, 2001).

Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual berjaya mencapai

sasaran dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru. Semua

guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan

program ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi

22

HBEF3503dan mengajar pelajar terbabit.Di samping itu mereka turut diberikan garis panduan

pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing.

Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif

kepada tabiat pembelajaran pelajar tersebut.

Kerjasama dalam aspek tugas dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan

guru-guru pendamping sangat membantu kejayaan program ini. Pemerhatian mendapati

wujud situasi “co-teaching” atau mengajar bersama-sama antara guru mata pelajaran dan

guru pendamping. Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan

yang diperlukan kepada pelajar tersebut (sampel kajian) semasa guru mata pelajaran

mengajar di dalam kelas. Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata

pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur

kurang dari masa ke semasa.

Penutup

Kajian ini adalah satu usaha untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran. Kejayaan sekolah dalam

pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian

tersebut mendapati perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan

semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan

perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.

Diharapkan kejayaan ini dapat diteruskan dan dijadikan rujukan bagi membantu murid-

murid Orang Asli, terutamanya murid berkeperluan khas. Melalui program dan usaha

murni ini, kita dapat meningkatkan kemampuan murid-murid ini dari satu liabiliti

menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Sesungguhnya sesuatu usaha

murni itu amat mulia dan besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t…

23

HBEF3503

Rujukan/Referensi

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan

Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan

Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.

Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bauer, A. & Kroeger, S. (2004). Inclusive Classrooms. New Jersey : Pearson Merrill

Prentice Hall.

Choate, J. S. (Ed.). (2000). Successful Inclusive Teaching. USA : Allyn and Bacon.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research Methods.( 5th Ed.).

London : Routledge Falmer.

Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and

Inclusion. London: SAGE Publications Inc.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan

dan Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:

David Fulton Publisher.

24

HBEF3503Haniz Ibrahim. (1998). Inclusion Education in Malaysia : Teachers’ attitude to Change.

Dessertasion Ph.D: Faculty of Education, University of Exeter.

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif

di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Thacker, J., Strukwick, D. & Babbedge, E. (2002). Educating Children with Emotional

and Behavioral Difficulties: Inclusive Practice in Mainstream Schools. London:

Routledge.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak

Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis

Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

LAMPIRAN

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MASALAH PEMBELAJARAN DI

SK SUNGAI RUAL TAHUN 2013.

Strategi Pelaksanaan

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang akan dijalankan dalam pelaksanaan

Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

1.0 Sebelum Program

1.1 Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif.

1.2 Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah akan melakukan

pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian

diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.

1.3 Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan

mengikuti Program Inklusif.

1.4 Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru

Pendidikan Khas dan Pembantu Pengasuh Murid (PPM).

1.5 Perbincangan diadakan di antara Guru Penolong Kanan Pentadbiran dengan

pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. Taklimat yang jelas dan

25

HBEF3503lengkap diadakan bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan guru dalam

mengajar murid-murid berkenaan.

1.6 Perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga diadakan bagi menerangkan perkara

berkenaan tujuan dan kepentingan program ini kepada anak-anak mereka. Ibu

bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan

anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

1.7 Mengadakan perjumpaan dengan semua murid yang terlibat.

1.8 Mewujudkan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata

pelajaran yang sama dengan aliran perdana.

1.9 Membina jadual waktu kelas yang sama dengan aliran perdana.

1.10 Penolong Kanan Pendidikan Khas memaklumkan kepada semua murid aliran

perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan

dan taklimat akan diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut

memaklumkan kepada ibu bapa melalui mesyuarat PIBG mengenai implementasi

Program Inklusif dijalankan.

1.11 Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang bersesuaian. Sedikit

perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar dibuat ke atas

kelas yang dipilih. Guru-guru Pendidikan Khas serta PPM bertindak sebagai

mentor kepada mereka.

1.12 Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam

satu-satu kelas. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau

papan hitam dan ini memudahkannya untuk berinteraksi dengan guru dan

sebaliknya.

1.13 Semua matapelajaran wajib dalam peperiksaan UPSR diinklusifkan.

1.14 Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

1.15 Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan.

2.0 Semasa Program

2.1 Pemerhatian dilaksanakan dari masa ke semasa.

26

HBEF35032.2 Guru pendamping perlu mendapatkan maklum balas dan berbincang dengan guru-

guru yang terlibat bagi merancang tindakan susulan.

2.3 Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan

murid lain. Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri

dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti pertandingan melukis

dan sebagainya.

2.4 Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan. Hal ini

telah menjadi faktor penyumbang ke arah pencapaian kelulusan yang lebih baik.

2.5 Bahan bantu mengajar dan tugasan yang sama diberikan kepada semua murid

khas. Murid khas yang berjaya mengikuti pembelajaran akan terus melakukan

tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. Ini membuktikan murid

khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka

boleh berdikari dan hanya meminta bantuan guru apabila diperlukan sahaja.

2.6 Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid-murid ini boleh berkomunikasi

dengan guru-guru dan murid-murid lain dengan menggunakan cara

berkomunikasi yang asas.

2.7 Sikap toleransi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran akan memberikan

impak positif kepada pembelajaran murid khas.

3.0 Selepas Program

3.1 Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian

akademik serta perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.

3.2 Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dilaksanakan

secara berperingkat-peringkat.

3.3 Guru pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.

3.4 Perkembangan murid akan dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga oleh guru

pendamping.

3.5 Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan akan dihantar ke Unit

Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah.

27

HBEF35034.0 Program Mentor-Mentee

4.1 Program mentor-mentee ini dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar

berkeperluan khas semasa terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.

4.3 Mentor bertanggungjawab dalam memberikan bimbingan ,tunjuk ajar dan

motivasi yang diperlukan.

4.4 Mentor juga membimbing pelajar memilih dan menyediakan maklumat

pembelajaran melalui bahan-bahan rujukan seperti buku, keratan akhbar dan

melalui penggunaan laptop untuk pencarian sumber maklumat .

4.5 Sesi bimbingan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan bagi

memberikan kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat

dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

LAMPIRAN

Biodata Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.

Nama : Norlaila bt Hussin

No. kp : 021110-03-0896

Nama Bapa : Hussin b Meraju

Pekerjaan Bapa : Kerja Ladang

Agama : Islam

Kaum : Asli (Jahai)

Kategori OKU : Masalah Pembelajaran

Alamat : Kampung Pos Sungai Rual, 17600 Jeli.

Hobi : Melukis

28

HBEF3503Cita-cita : Penyanyi

Makanan Kesukaan : Nasi Ayam

Minuman Kesukaan : Milo Ais

Bantuan Yang Diterima : Bantuan KWAPM

Program Susu 1 Malaysia.

LAMPIRAN

Biodata Ibu Bapa Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.

Biodata Bapa

Nama Bapa : Hussin b Meraju

Pekerjaan Bapa : Mencari Hasil Hutan

Pendapatan : RM 350.00 (tidak menentu)

Agama : Islam

Kaum : Asli (Jahai)

No. Telefon : Tiada

Alamat : Kampung Pos Sungai Rual, 17600 Jeli.

Biodata Ibu

Nama Ibu : Zaleha bt Meraju

Pekerjaan Ibu : Suri Rumah

Pendapatan : Tiada

Agama : Islam

Kaum : Asli (Jahai)

29

HBEF3503No. Telefon : Tiada

Alamat : Kampung Pos Sungai Rual, 17600 Jeli.

LAMPIRAN

Gambar-gambar Pelaksanaan PPI

Gambar 1.1 : Sampel kajian sedang menyiapkan latihan menulis.

30

HBEF3503

Gambar 1.2 : Latihan menyambung titik-titik huruf bagi membentuk

kemahiran menulis huruf dengan betul

LAMPIRAN

BORANG SENARAI SEMAK:

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 2013.

TARIKH : ……………………MATA PELAJARAN : ……………………………

SEKOLAH : ……………………KELAS : ……………………………

Arahan : Tandakan (/) di ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A:Pengetahuan latar belakang Program Inklusif / Catatan

1. Murid Pendidikan Khas diberi sedikit tumpuan secara individu.

2. Murid Pendidikan Khas ditempatkan di bahagian hadapan kelas.

31

HBEF35033. Berlakunya eyes contact guru dengan Murid Khas.

4. Murid Khas diberikan peluang menjawab pertanyaan guru.

BAHAGIAN B:Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran /

Catatan

1. Guru Aliran Perdana berkomunikasi secara dua hala dengan Murid Khas.

2. Penyesuaian bahan bantu mengajar .

3. Melibatkan guru pengiring (guru Pendidikan Khas).

4. Murid Khas menunjukkan tingkah laku yang positif.

BAHAGIAN C:Sosialisasi dan Komunikasi /

Catatan

1. Murid Khas melibatkan diri sewaktu proses pembelajaran.

2. Murid Khas berinteraksi dan bersosial dengan murid Aliran Perdana.

3. Murid Aliran Perdana menunjukkan tindak balas yang positif terhadap Murid Khas.

4. Murid Khas menunjukkan minat terhadap pembelajaran.

JUMLAH KESELURUHAN ( / )

SET TEMU BUAL :

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SK SUNGAI RUAL

KUMPULAN TEMUBUAL :

1. Guru Besar

2. Penolong Kanan/ Penyelaras Pendidikan Khas

32

HBEF3503

3. Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif)

4. Guru Pendamping Pendidikan Inklusif

SET SOALAN TEMU BUAL :

1. Pengetahuan berkaitan Program Pendidikan Inklusif.

2. Pendedahan latihan berkaitan Pendidikan Inklusif.

3. Proses perjalanan Pendidikan Inklusif di kelas.

4. Bidang kuasa dalam Pendidikan Inklusif.

5. Tanggapan terhadap Murid Khas dalam proses pembelajaran.

6. Program kesediaan murid inklusif.

7. Keperluan Program Inklusif.

8. Senario pembelajaran inklusif.

9. Amalan pengajaran dalam kelas inklusif.

10. Kerjasama guru dalam Pendidikan Inklusif.

11. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

33