inidividu
DESCRIPTION
jTRANSCRIPT
3.0 Tugasan Individu : Mohamad Firdaus Bin Radzali
3.1 Pengenalan
Di dalam buku karya-karya sastera bercorak sejarah yang ditulis oleh Ali Ahmad (1987),
ada tercatat bahawa sejarah menurut Burchardt adalah rakaman apa yang dianggap
bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang lain dan bagi
penyusun Sejarah Melayu apa yang bernilai dicatatkan itu adalah mengenai Melaka.
Sulalatus salatin memang telah dikenal sejak lama dulu. Kitab ini lebih dikenali dengan
judul Sejarah Melayu. Hingga masa ini, yang kita ketahui, bilangan naskhah Sejarah
Melayu yang masih tersimpan dengan baiknya di perpustakaan-perpustakaan ialah dua
puluh sembilan naskah. Ini tidak termasuk naskhah yang mungkin dimiliki oleh orang-
orang perseorangan.
Di antaranya ialah 11 naskah yang terdapat di United Kingdom, 12 naskhah di
negeri Belanda, 5 di Indonesia dan sebuah di Rusia. Teks sejarah Melayu yang
pertama sekali yang dilahirkan telah dianotasikan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi
serta diterbitkan buat kali pertamanya di Singapura pada tahun 1831. Kemudian teks
yang kedua telah diedit oleh Dulaurier, tetapi teks ini tidak sempat siap kerana kematian
beliau. Lain-lain teks yang cuba dikerjakan oleh beberapa orang sarjana termasuk teks
yang kini dikenal sebagai teks kepunyaan W.G Shellabear, teks dari versi No.18
kepunyaan Rafles yang dikerjakan dan diterbitkan oleh R.O Winstedt dan sebuah teks
lagi di Indonesia yang diedit dan diterbitkan oleh Datuk Madjoindo pada tahun 1959.
Kesemua naskah ini memang terdapat perbezaan yang banyak dari pelbagai
segi, walaupun kesannya yang lebih besar dan jelas memang tidak dapat kita nafi. Bagi
tujuan perbandingan tentang perbezaannya, saya ambil dua buah buku teks Melayu
iaitu Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah karangan Abdullah Munsyi.
SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR
Sejarah Melayu meupakan teks yang ditulis oleh Tun Sri lanang pada tahun 1612 di
Johor. ( Rogayah A. Hamid &Etty Zalita Zakaria: 2007) Pada zaman kedatangan
Inggeris, teks ini telah diselenggara semula oleh R.o Winstedt dan W.G Shellabear.
Menurut ensaikopedia wikipedia bebas terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah
Melayu tetapi yang paling masyhur adalah versi Shellabear.
Teks SM merupakan teks yang mengisahkan pengalaman-pengalaman sejarah
yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintahMelaka dari awal abad ke-15
hingga awal abad ke 17 Dengan perkataan lain, inti ceritanya ialah berkenaan raja-raja
Melaka dari pemerintahan rajanya yang pertama hinggalah rajanya yang terakhir
apabila portugis menyerang Melaka pada tahu 1511.Di samping judul dalam bahasa
Melayu, SM juga dikenali dengan judul Arabnya Sulalatu’l-Salatin yang bermaksud
Salasilah Raja-Raja( Mohd Yusof Hashim &Abdul Rahman Kaeh:1994)
Menurut Ahmad Sarji ( 2004) Sejarah Melayu merupakan merupakan gambaran
yang agak lengkap serta lukisan yang beranika warna mengenai keadaan hidup bangsa
Melayu pada zaman dahulu terutamanya golongan yang memerintah iaiatu golongan
raja serta bangsawan. Menurut Rogayah dan Etty(2007) teks ini dihiasi dengan
pelbagai nada suara yang meninggalkan jalur-jalur perasaan pada pembacanya.
Dalam kajian ini teks Sejarah Melayu yang digunakan adalah Sejarah Melayu
Versi Shellabear yang diselenggara yang diterbitkan pada tahun 1994. Oleh yang
demikan, teks-teks sejarah Melayu yang lain tidak akan digunakan sebagai subjek
kajian. Namun begitu, teks Sejarah Melayu versi selain Shellabear akan dijadikan
sebahagian daripada rujukan.
Rajah 1: Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Versi Shellabear
P e n g g u n a a n B a h a s a A s i n g
T a t a b a h a s a
P e n g g u n a a n P e r k a t a a n
K e t i a d a a n P o l a K e s e l a r a s a n V o k a l Y a n g B e t u l
P e n g g u n a a n K a t a G a n t i N a m a
P e n g g u n a a n P e r k a t a a n K l a s i k
K a t a N a m a K h a s d a n G e l a r a n
3.2 KAJIAN BAHASA MELAYU DALAM SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR
Alkisah Cetera Yang Keduapuluh Empat
1. Penggunaan Bahasa Asing
a) Kosa kata Melayu yang telah diperkaya
Kosa kata dalam alkisah cetera keduapuluh empat ini banyak menggunakan kosa kata Melayu yang diperkaya dengan bahasa Arab. Sebagai contohnya :
Ayat :
I. Ia bertempik katanya, “Jikalau aku di atas gajahku Binudam ini, Melaka se Melakanya, Pasai se Pasainya, jika tiada kudrat Allah melintang, ku langgar kota Melaka itu.”
II. Maka segala orang Melaka dan orang Haru semuanya terkejut, habis berdiri sekalian menghunus kerisnya, melainkan Seri Bija Diraja yang juga tidak bergerak daripada tempatnya, muhtasyam lakunya, duduk mengupam hulu kerisnya.
III. Maka kata Miaruzul, “Kita bertemu Haru tua, kita hudap ia zughul, kita zughul ia hudap.”
b) Ayat daripada bahasa asing
Teks Sejarah Melayu versi Shellabear mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur
Islam yang agak luas. Ia banyak menggunakan unsur Islam atau kata-kata yang terbentuk
ayat al-Quran dan diikuti pula dengan maksud dalam bahasa Melayu untuk menerangkan
maksud ayat tersebut. Contohnya:
Wa`Illahu a`lamu bi `sawab, wa ilaihi `i-marji`u wa `I-maab
Kosa kata Melayu yang diperkaya
Ayat daripada bahasa asing
2. Tatabahasa
j
a) Penggunaan ayat majmuk
Ayat majmuk ialah ayatyang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat yang baharu. Dalam kajian teks ini, didapati bahawa banyak penggunaan ayat majmuk yang panjang dan meleret-leret. Contohnya :
Telah segala orang mendengar kata Miaruzul itu, maka sekaliannya pun naik ke darat dengan senjatanya.
b) Penggunaan ayat panjangDalam kajian teks cetera keduapuluh empat ini, didapati banyak penggunaan ayat panjang dalam teks ini. Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar atau keliru dalam memahami makna yang ingin disampaikan. Contoh dalam teks kajian :
Maka segala orang Melaka dan orang Haru semuanya terkejut, habis berdiri sekalian menghunus kerisnya, melainkan Seri Bija Diraja yang juga tidak bergerak daripada tempatnya, muhtasyam lakunya, duduk mengupam hulu kerisnya.
c) Penggunaan ayat songsang
Dalam kajian teks ini, juga didapati penggunaan ayat songsang yang luas digunakan dalam teks. Contohnya ialah :
Penggunaan ayat majmuk
Pengulangan kata dalam ayat
Penggunaan ayat songsang
Penggunaan ayat panjang
penggunaan bahasa istana
penggunaan kata pangkal ayat
penggunaan ayat yang melebih-
lebih
Setelah didengar oleh Sultan Alauddin, maka baginda menitahkan Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Diraja, dan Laksamana, dan Seri Bijaya dan segala hulubalang memayari kelengkapan orang Haru itu.
d) Pengulangan kata dalam ayat
Terdapat terlalu banyak pengulangan kata yang dapat kita jumpa dalam teks kajian Sulalatul Salatin ini. Dalam cetera yang keduapuluh empat ini sahaja pun mempunyai banyak kali pengulangan kata. Antaranya ialah :
Pengulangan perkataan “dan”.
Setelah didengar oleh Sultan Alauddin, maka baginda menitahkan Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Diraja, dan Laksamana, dan Seri Bijaya dan segala hulubalang memayari kelengkapan orang Haru itu.
3. Penggunaan Perkataan
a) Penggunaan bahasa istanaBahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-hal ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan pada hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah. Penggunaan bahasa istana yang sangat meluas telah digunakan dalam teks kajian ini. Sebagai contohnya :
Setelah didengar oleh Sultan Alauddin, maka baginda menitahkan Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Diraja, dan Laksamana, dan Seri Bijaya dan segala hulubalang memayari kelengkapan orang Haru itu.
b) Penggunaan kata pangkal ayatKata pangkal ayat ialah kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya ialah untuk menyambung ayat dalam suatu wacana. Dalam cetera keduapuluh empat ini, antara kata pangkal ayat yang digunakan ialah syahdan, arakian dan lain-lain. Contoh ayat ialah :
Arakian, maka kelengkapan Haru pun datanglah………Syahdan, maka Seri Bijaya Diraja pun matilah,……Kata Sahibul Hikayat, maka tersebutlah perkataan Haru,…..
c) Penggunaan ayat yang melebih-lebihPenggunaan ayat yang melebih-lebih ataupun dikatakan sebagai hiperbola ini bertujuan untuk memberi gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang diperkatakan. Dalam teks kajian ini juga terdapat penggunaan ayat yang melebih-lebih yang dapat dikesan. Contoh ayat :
`Jikalau aku di atas gajahku Binudam ini, Melaka se Melakanya, Pasai se Pasainya, jika tiada dengan kudrat Allah melintang, kulanggar kota Melaka itu.”
,
4. Penggunaan Kata Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama. Perkataan Ganti nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti nama Diri, Ganti nama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Ganti nama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Dalam kajian teks cetera yang keduapuluh empat ini juga mempunyai penggunaan kata ganti nama yang meluas. Antara contoh ayat ialah :
Maka kata Tun Isap, ` Orang kaya, marilah kita amuk orang Haru ini,`
Maka kata Seri Bija Diraja, `Sabar dulu encik, belum ketikanya.`
5. Kata Nama Khas dan Gelaran
Terdapat pelbagai kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak yang diceritakan. Nama-nama yang digunakan itu kelihatan agak kreatif dan menarik perhatian bagi sesiapa yang membacanya. Antara gelaran-gelaran yang terdapat kajian teks ialah :
Raja PahlawanSeri Bijaya DirajaPaduka TuanTun Bija DirajaMaharaja DirajaSang Setia
3.3 ANALISIS BAHASA BERDASARKAN KAEDAH TRADISIONAL OLEH TOKOH WILLIAM
MARSDEN.
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini menekan
kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kajian tatabahasa beraliran tradisional telah
bermula sejak zaman Yunani, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman itu, kajian
bahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli falsafah Yunani yang
menyelidiki tabi alam. Menurut pengangan aliran ini, tatabahasa adalah satu cara yang
dilakukan bagi mendeskripsikan bahasa dan tertakluk kepada hukum dan peraturan berasaskan
logika.
Terdapat ramai sarjana Barat dan tempatan yang mengkaji tatabahasa Melayu. Antaranya ialah
Za`ba, William Marsden dan Windstedt yang menjelaskan tatabahasa dengan menggolongkan
nama mengikut makna.
Pada Marsden, terdapat 28 abjad yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari
bahasa Arab dan enam abjad baharu dibina hasil daripada pengubahsuaian abjad bahasa
Arab. Beliau juga mendeksripsi penggunaan tiap-tiap abjad dalam perkataan dan menamakan
abjad-abjad itu seperti konsonan yang menyamai sistem bahasa Arab.
William Marsden
Beliau telah mengkatogarikan ayat dalam bahasa Melayu kepada empat jenis seperti
dibawah. Di dalam penulisan Sejarah Melayu Versi Shellabear cetera yang keduapuluh empat ,
penggunan keempat-empat ini digunakan walaupun agak terhad
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan ntuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Dalam kajian teks cetera yang
keduapuluh empat, penggunaan ayat penyata adalah sangat banyak kerana ia adalah ayat
yang utama yang perlu ada dalam penghasilan cerita. Berikut adalah contoh-contoh ayat
penyata yang digunakan dalam teks kajian ini ;
Ayat Penyata
Maka Maharaja Diraja mengutus ke Pasai ; Raja Pahlawan yang pergi itu.
Maka dibacanya juga oleh orang itu, demikian juga.
Maka demikian juga dibaca oleh orang Pasai itu. Maka Raja Pahlawan pun terlalu marah.
Tidaklah kami panjangkan perkelahian Haru dengan Pasai itu.
Tetapi kelengkapan Haru banyaklah seratus buah, kelengkapan Melaka sedikit.
Maka kedua mereka itu mengamuklah.
Maka Miaruzul pun turut naik, ,maka ia bertemu dengan seekor kambing randuk.
Maka sekalian orang pun terkejut.
Maka Maharaja Diraja pun berkirim surat ke Melaka.
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama diri orang kedua
seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Terdapat empat jenis
ayat perintah iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Dalam kajian
teks cetera yang keduapuluh empat ini, hanya terkandung satu jenis ayat perintah iaitu ayat
silaan. Contoh bagi ayat perintah jenis silaan yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu ini
ialah :
a) Maka kata Tun Isap, `Orang kaya, marilah kita amuk orang Haru ini`.
b) Maka katanya pada Tun Isap, `Encik, marilah kita mengamuk, sekarang inilah
ketikanya`.
Dalam dua ayat di atas, kita dapat melihat bahawa ayat ini dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas –lah. Hal ini adalah kerana ayat silaan ialah ayat yang bertujuan menjemput atau mengajak seseorang itu dengan cara yang lembut seperti yang dapat kita lihat dalam contoh ayat a dan b.
Ayat Seruan
Ayat perintah
Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, aduh, eh, syabas, dan sebagainya. Dalam kajian teks, hanya ayat mempunyai kata seru cih iaitu cis yang menggunakan bahasa klasik yang dapat dikesan dan dikenal pasti. Berikut merupakan ayat-ayat seruan dalam teks ;
Ayat Tanya
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu ;
a) Ayat tanya tanpa kata tanya.b) Ayat tanya dengan kata tanya.
Dalam teks cetera keduapuluh empat yang dikaji, hanya terdapat satu jenis dan satu ayat tanya iaitu ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya tanya seperti berapa, bagaimana, di mana dan sebagainya. Contoh ayat tanya yang satu-satunya berada dalam teks ini ialah;
‘Cih, kusangka berani Seru Bija Diraja ini!, maka aku naik perahunya; jika aku tahu akan dia penakut baiklah aku di perahu Laksamana’
‘Cih Miazurul, kita hudap ia zughul, kita zughul ia hudap!’
Maka kata segala orang itu, ‘Mengapa hai Ruzul?’
William Marsden juga menyatakan bahagian-bahagian ayat tersebut sebagai subjek, predikat,
objek dan keterangan. Terdapat beberapa yang dipilih penggunaan ayat di dalam cetera yang
ketigapuluh empat ini. Contohnya:
1. Maka Seri Bijaya Diraja/ masuk/ ke dalam kurung.
Subjek predikat
Kata kerja Kata sendi nama objek
Maka Seri Bijaya
Diraja
Masuk Ke dalam kurung
2. Maka orang Haru pun kembali menghadap rajanya.
Subjek predikat
Kata kerja Objek Keterangan
Maka Orang Haru Kembali
menghadap
rajanya
3. Maka semua orang itupun turunlah ke perahunya.
Subjek predikat
Kata kerja Kata sendi nama Objek
Maka semua orang
itupun
turunlah ke perahunya