info@pustaka · roadtour’ dan koleksi sumber media. perpustakaan juga menyebarkan berita secara...

20
INFO@PUSTAKA ISSN :1675-7394 Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi Laksamana berempat di atas pentas Cukup berlima dengan gurunya Bagaikan dakwat dengan kertas Sudah berjumpa dengan jodohnya Menarik di dalam: Database Usage Training 4-5 Khidmat masyarakat 6-7 Pesta Buku UPSI 9-11 English in Early Childhood 12 Lawatan 13- 15 Pameran 16 Jejak Ilmu 17 hp://pustaka.upsi.edu.my Julai-Disember 2017 Pada 25 September 2017 telah berlangsung program Wacana Pantun Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana kali ini menjemput Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin, Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI; Dr. Zubir bin Idris, Ketua Program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Tuan Sabri bin Yunus, Pengarah Filem, Drama dan Selebriti tanah air. Wacana dimudahcara oleh Dr. Hasrina binti Baharum, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Program berlangsung dengan meriah di ruang bacaan perpustakaan, dihadiri oleh pelajar dan kakitangan UPSI, pelajar dan guru sekolah sekitar Tanjong Malim serta orang awam. Saudara Sabri Yunus bersama Dr. Zubair Idris, Datuk Paduka Rosli Saludin dan moderator, Dr. Hasrina Baharum. WACANA PANTUN BERADAT SANTUN MELAYU

Upload: vodiep

Post on 06-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA ISSN :1675-7394

Asam kandis mari dihiris

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan

Tali tersangkut pagar berduri

Adik bukan saudara bukan

Hati tersangkut kerana budi

Laksamana berempat di atas

pentas

Cukup berlima dengan

gurunya

Bagaikan dakwat dengan

kertas

Sudah berjumpa dengan

jodohnya

Menarik di dalam:

Database Usage

Training 4-5

Khidmat

masyarakat 6-7

Pesta Buku UPSI 9-11

English in Early

Childhood 12

Lawatan 13-

15

Pameran 16

Jejak Ilmu 17

http://pustaka.upsi.edu.my

Julai-Disember 2017

Pada 25 September 2017 telah berlangsung program Wacana Pantun

Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana kali

ini menjemput Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin,

Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI; Dr. Zubir bin Idris, Ketua Program

Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Tuan Sabri bin Yunus, Pengarah Filem, Drama dan Selebriti

tanah air. Wacana dimudahcara oleh Dr. Hasrina binti Baharum, Pensyarah

Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Program berlangsung dengan meriah di

ruang bacaan perpustakaan, dihadiri oleh pelajar dan kakitangan UPSI,

pelajar dan guru sekolah sekitar Tanjong Malim serta orang awam.

Saudara Sabri Yunus bersama Dr. Zubair Idris, Datuk Paduka

Rosli Saludin dan moderator, Dr. Hasrina Baharum.

WACANA PANTUN BERADAT SANTUN MELAYU

Page 2: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 2

Dari Meja Ketua Pustakawan

Dari Meja Ketua Pengarang

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya kita bersua

kembali dalam Info@Pustaka edisi Januari-Jun 2017.

Keluaran tahun ini lebih meriah dengan pelbagai acara dan program yang

telah berlangsung dengan jayanya pada separuh tahun pertama ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang telah berusaha

bersungguh-sungguh dalam merealisasikan peranan perpustakaan dalam

menyebarkan ilmu dan maklumat kepada masyarakat universiti malah melangkaui

masyarakat awam sekitar.

Sehingga kini, perpustakaan menjadi tumpuan dan tempat rujukan kepada seluruh warga

Tanjong Malim tanpa mengira usia dan kerjaya. Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang

sekali lagi menjulang nama Perpustakaan Tuanku Bainun dengan membawa pulang pingat emas

dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau

Pinang. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni

Komputeran dan Industri kreatif yang menyumbangkan hasil karya projek tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni 2017 untuk dipamerkan dalam perpustakaan. Suasana dalam

perpustakaan semakin ceria dengan pameran seni ini.

Jumpa lagi pada keluaran akan datang!

Rusliza Yaaacob

Bismillahirrahmanirrahim

Salam tahun baru 2017 kepada semua pembaca dan pengguna perpustakaan.

Khalayak ramai sedang memperkatakan mengenai Industri 4.0 atau Revolusi

Industri 4.0. Selepas Revolusi Industri 1.0, 2.0 dan 3.0, kini muncul yang ke 4.0

yang memberi tumpuan kepada 'Internet of things', 'big data','cloud computing' dan 'data security'.

Maka peranan perpustakaan juga berubah dalam memberi perkhidmatan dan

kemudahan kepada pengguna. Langganan bahan perpustakaan secara elektronik

akan mengatasi bahan bercetak dan langganan jurnal akan datang lebih berkonsepkan 'cloud subscription'. Pinjaman dan pemulangan buku juga akan berlaku secara 'cloud borrowing and

returning of e-books' dengan mengambil kira tempoh pinjaman dan keselamatan data buku serta

data pengguna.

Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest' lebih digemari. Benarlah pepatah Inggeris yang mengatakan 'a picture

represents a thousand words'. Info@pustaka menyajikan bahan berita bergambar untuk tatapan

semua pembaca. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan seperti menyantuni anak pelarian

Rohingya, bengkel bibliometrik dan bengkel pengurusan data, serta promosi berterusan ‘library

roadtour’ dan koleksi sumber media.

Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman

web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan. Semoga ia menepati cita rasa pembaca masa kini

untuk mendapat sedikit tambahan ilmu dan pengetahuan.

Salam hormat dan bertemu lagi dalam isu akan datang.

Siti Sumaizan Ramli

INFO@PUSTAKA

Page 3: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 3 INFO@PUSTAKA

Antara filem-filem yang

ditayangkan sempena

‘Media Mini Fest’

Pengunjung bermain

dam haji gergasi

Santai dalam sesi

karaoke

Pada 28 September 2017 Perpustakaan Tuanku Bainun menganjurkan 'Media Mini Fest'.

Objektif utama adalah untuk mempromosi semula koleksi serial dan bahan media kepada

pelanggan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti tayangan filem, pameran kenali

bahan audio visual, teka silangkata, eksplorasi serial, permainan dam haji gergasi,

'photobooth' dan sesi karaoke. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Peserta

terdiri daripada pelajar UPSI, pelajar sekolah sekitar Tanjong Malim, kanak-kanak tadika

dan kakitangan amat gembira dengan aktiviti yang disediakan.

Disediakan oleh Nor Hanizah Zahid

KEMERIAHAN 'MEDIA MINI FEST'

Page 4: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 4 INFO@PUSTAKA

DATABASE USAGE TRAINING AND HOW TO GET YOUR ARTICLE PUBLISHED WORKSHOP

‘Database Usage Training and How To Get Your Article Published Workshop’ telah

diadakan pada 9, 10 dan 16 Ogos 2017, di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun,

mensasarkan kakitangan akademik, pelajar siswazah serta penyelidik sebagai peserta.

Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam

proses penerbitan artikel yang dihasilkan, pemilihan jurnal yang bersesuaian, proses ulasan,

penyuntingan, bacaan pruf, etika dan hak cipta, seterusnya promosi apabila artikel telah

diterbitkan.

Penceramah terdiri daripada 5 orang wakil daripada penerbitan pangkalan data yang

dilanggan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Sesi pertama, dimulakan dengan Encik Elvin

Cheah, Pengurus Perniagaan Emerald Group Publishing yang membuat pembentangan

bertajuk ‘Emerald Usage Training and How to get Published’. Dalam sesi ini, Encik Elvin

Cheah turut menyampaikan sijil penghargaan pihak Emerald kepada Dr. Rusliza Yahya,

pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bagi artikel beliau yang bertajuk “Leadership

Styles and Organizational Commitment: Literature Review” yang menerima anugerah ‘2017

Highly Commended Award’. TAHNIAH Dr. Rusliza Yahya!

Bersambung di muka surat 5/..

Majlis penyampaian

Sijil Penghargaan,

‘2017 – Highly

Commended

Award’ kepada

Dr. Rusliza Yahya

oleh Encik Elvin

Cheah

Page 5: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 5

KURSUS PENGURUSAN RISIKO PERPUSTAKAAN

INFO@PUSTAKA

Sesi kedua disampaikan oleh Encik Kent Yeap daripada Springer Nature Institutional Sales

Malaysia dengan pembentangan yang bertajuk ‘Introduction to Springer Nature's

Scholarly Communication Tools’. Sesi ketiga diteruskan dengan pembentangan Puan In-

tan Suria yang bertajuk ‘Taylor & Francis Online : Redesigned, Refreshed, Responsive’

daripada Taylor & Francis Malaysia dan seterusnya oleh Dr. Wong Woei Fuh, IES

Consulting, yang dibawa oleh pihak iGroup (Access Dunia Sdn. Bhd.) membentangkan

topik ‘How to Get Cited in Web of Science (ISI) and Scopus’. Encik Nicholas Pak daripada

Solutions Consultant (e-Platform and Content) Elsevier Singapura pula membentangkan

‘Getting Your Paper Noticed’.

Bengkel ini diakhiri oleh pembentangan Encik Matthew Cannon, Publisher for Earth and

Environmental Science Journals, Oxford UK dibawa oleh Penerbit Taylor & Francis yang

bertajuk ‘Top Tips For Publishing Success’ pada 16 Ogos 2017. Pihak Taylor & Francis juga

telah menyampaikan hadiah berupa buku berkaitan penulisan akademik kepada

peserta bertuah Cik Amreet Kaur, pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Pengajian Umum.

Disediakan oleh Azura Adnan

Peserta yang hadir

dalam bengkel ini.

Encik Matthew Cannon,

Editor Publisher for Earth

& Environmental

Science Journals

Dr. Wong Woei Fuh,

General Manager IES

Consulting, ketika

sesi pembentangan.

DATABASE USAGE TRAINING AND HOW TO GET YOUR ARTICLE PUBLISHED WORKSHOP

Page 6: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 6 INFO@PUSTAKA

KHIDMAT MASYARAKAT DI HOSPITAL SLIM RIVER

Pada 22 Ogos 2017 Per-

pustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Khidmat Masyarakat di Hospital Slim River,

Perak. Objektif utama program adalah bertujuan memberi sokongan berbentuk psikoso-

sial kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan serta mempromosikan

perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Pada tahun ini, pihak

perpustakaan mencari kelainan dengan memilih Hospital Slim River, berbanding sebe-

lum ini membuat aktiviti dengan sekolah di sekitar Tanjong Malim. Program ini

mendapat kerjasama Unit Cara Kerja Hospital Slim River, melibatkan pesakit berusia 5

hingga 12 tahun yang mengalami masalah hyperactive, mild autism, dyslexia dan cere-

bral palsy. Program diisi dengan pelbagai aktiviti dengan misi untuk mengukir senyuman

dan menghibur kanak-kanak melalui sesi bercerita, membuat origami, nyanyian,

menari dan menghasilkan seni & kraf.

Majlis penyerahan

buku sumbangan oleh

Ketua Pustakawan

kepada wakil Hospital

Slim River, Dr. Nizam

Malik bin Bali

Mohamed, doktor

pakar kanak-kanak

Wad Pediatrik

Membuat origami dengan

tunjuk ajar Cik Sharifah Nurul

Hidayah dan rakan.

Page 7: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 7 INFO@PUSTAKA

Bukan itu sahaja, Perpustakaan Tu-

anku Bainun turut menyumbang buku bacaan kanak-kanak hasil sumbangan kakitangan

perpustakaan untuk diletakkan di ruang membaca Wad Pediatrik Hospital Slim River. Ia se-

bagai galakan membaca sekalipun berada di wad. Lebih bermakna lagi Ketua Pustaka-

wan, Puan Rusliza Yaacob turut hadir meluangkan masa melawat pesakit kanak-kanak di

Wad Pediatrik. Di akhir program, semua pesakit diberikan cenderahati sebagai tanda ke-

nangan. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara Per-

pustakaan Tuanku Bainun dengan masyarakat luar.

Puan Murni sedang bercerita

kepada kanak-kanak di wad

pediatrik

Aktiviti seni dan

kraf hasil tunjuk

ajar kakitangan

perpustakaan

Bergambar di akhir sesi, staf

Perpustakaan Tuanku Bainun yang

terlibat dalam aktiviti Program Khidmat

Masyarakat (CSR) 2017 bersama

pesakit kanak-kanak di wad pediatrik

Page 8: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 8

SAMBUTAN HARI THALASSEMIA DI HOSPITAL SLIM RIVER, PERAK

INFO@PUSTAKA

Pada 7 Oktober 2017, Perpustakaan Tuanku Bainun menerima jemputan untuk bekerja-

sama menjayakan program Sambutan Hari Thalassemia anjuran Jabatan Pediatrik,

Hospital Slim River untuk meraikan serta memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit-

pesakit Thalassemia. Program ini melibatkan 15 orang pesakit Thalassemia berumur antara

2 tahun hingga 30 tahun yang datang bersama ahli keluarga mereka. Perpustakaan

Tuanku Bainun telah mengadakan satu sudut ‘Budaya Membaca’ yang dipenuhi

pelbagai aktiviti mengikut peringkat umur pesakit. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

sesi bercerita, mencari perkataan tersembunyi, teka silang kata dan pameran berkaitan

perkhidmatan perpustakaan bagi mempromosikan perpustakaan sebagai tempat

rujukan maklumat serta terbuka kepada

Aktiviti bercerita bersama pesakit serta ahli keluarga Bermain puzzle

Memberi penerangan berkaitan

perkhidmatan ahli luar perpustakaan Maskot perpustakaan, Dr. HootHoot turut hadir

menceriakan suasana!

Page 9: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 9 INFO@PUSTAKA

SEKITAR WACANA 4TH INDUSTRIAL REVOLUTION BERSAMA

TUAN SAYED MUNAWAR

Buku 4th Industrial

Revolution dikupas

oleh Tuan Sayed

Munawar Sayed

Mustar, CEO

Perbadanan Kota

Buku sempena Pesta

Buku UPSI ke 15, dan

Dr. Ahmad Amri

Zainal Adnan

sebagai moderator.

Page 10: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

SEKITAR PESTA BUKU UPSI 2017

INFO@PUSTAKA Muka surat 10

Pesta Buku UPSI kali ke 15, 2017 diadakan sempena Hari Ilmu dan Budaya Membaca

Perpustakaan Tuanku Bainun. Diadakan di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,

pesta buku ini dianjurkan secara bersama oleh Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat

Karang Mengarang. Kerjasama ini telah terjalin sejak penganjuran Pesta Buku UPSI kali ke 5,

pda tahun 2007. Antara yang mengambil bahagian ialah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia

(MAPIM), Karyaseni, Galeri Ilmu dan Edukid Distributors. Kumpulan sasar ialah semua

warga UPSI dan masyarakat awam Tanjong Malim. Ia diadakan pada 27 hingga 30

September dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai lebih kurang 4,512 orang

pengunjung telah memeriahkan Pesta Buku kali ini yang diserikan dengan pelbagai aktiviti

menarik dan bermanfaat.

Antara buku bacaan untuk kanak-kanak yang dijual

Pelajar UPSI di booth jualan Penerbit UPSI

Page 11: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA Muka surat 11

SEKITAR AKTIVITI PESTA BUKU UPSI 2017

Bersama novelis Melur Jelita

Wacana buku Bicarawara Sains Islam, Dr. Mat Rofa Ismail

Diskusi buku karya Dr. Norazimah Zakaria Lunch date bersama Nia Azalea

Peraduan mewarna

bersama Uncle UNEH

Sepetang bersama MatLuthfi

Page 12: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

ENGLISH LANGUAGE IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION FORUM 2017

INFO@PUSTAKA Muka surat 12

Pada 20 Julai 2017, ‘English Language in Early

Childhood Education Forum 2017’ telah diadakan

di Dewan Sri Tanjong UPSI anjuran bersama

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,

Lincoln Corner Malaysia dan Pepustakaan Tuanku

Bainun. Forum ini dirasmikan oleh YB Dato' Nolee

Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi

Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan

Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia. Forum

pada kali ini dibentangkan oleh Dr. Mazlina binti

Che Mustafa, Timbalan Pengarah II Pusat

Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

(NCDRC); Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji

Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan

Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Puan

Vikneswari Kathigamu, Ketua Program & Pensyarah

Kanan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Quest

International University Perak. Profesor Madya Dr.

Nordin bin Mamat, Timbalan Dekan Hal Ehwal

Pelajar & Alumni, Fakulti Pembangunan Manusia

dilantik sebagai moderator forum. Forum turut

dihadiri oleh Timbalan naib Canselor Hal Ehwal

Pelajar dan Alumni UPSI, Profesor Madya Dr. Md

Amin Bin Md Taff.

Ketibaan YB Dato' Nolee Ashilin disambut Timbalan

Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin bin

Md Taff, Puan Rusliza Yaacob dan Tuan Haji Nazari

Haji Abdul Hamid

Ucapan aluan

oleh TNC HEPA,

Prof. Madya Dr.

Md Amin bin

Md Taff

Ucapan

perasmian oleh

YB Dato' Nolee

Ashilin binti

Mohammed

Radzi

Moderator dan pembentang forum, dari kiri Dr. Mazlina

binti Che Mustafa, Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat

(moderator), Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji

Abdul Hamid dan Puan Vikneswari Kathirgamu

Page 13: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 13 INFO@PUSTAKA

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan lawatan penan-

daarasan ke perpustakaan tiga universiti anjung utara iaitu Perpustakaan Hamzah Sendut,

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara

Malaysia Kedah dan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis

pada 26-28 Julai 2017.

Lawatan ke Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 26 Julai 2017

Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia Kedah pada 27 Julai 2017

Lawatan ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis pada 28 Julai 2017

LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIVERSITI ANJUNG UTARA

Page 14: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA Muka surat 14

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

Kunjungan Rasmi Delegasi Universiti Dar

Al Hikmah, Arab Saudi pada 26 Julai 2017

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau

Pinang pada 16 Ogos 2017

Lawatan Kolej Islam Antarabangsa Sultan

Ismail Petra, Kota Bharu pada 14 September

2017

Lawatan Kolej Vokasional Sepang, Selangor

Pada 27 Julai 2017

J

U

L

A

I

2

0

1

7

O

G

O

S

2

0

1

7

S

E

P

T

E

M

B

E

R

2

0

1

7

Lawatan peserta Malaysian Technical Cooper-

ation Programme, Institut Tanah dan Ukur

Negara (INSTUN) pada 17 Ogos 2017

Lawatan SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan pa-

da 21 September 2017

Page 16: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA Muka surat 16

PAMERAN DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

Page 17: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA Muka surat 17

Aktiviti Jejak Ilmu 2017

31 Oktober 2017 -- Program Jejak Ilmu 2017 anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun

dan Muzium Pendidikan Nasional. Para peserta dikehendaki melalui semua 'check point'

yang telah ditentukan dengan pelbagai jenis permainan sebelum ke garisan penamat.

Bermula 'check point' pertama hingga ke empat di Muzium Pendidikan Nasional dan

seterusnya 'check point' kelima hingga ke sepuluh di Perpustakaan Tuanku Bainun.

Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai program ini. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 orang

ahli yang mana penyertaan terbuka kepada kakitangan dan pelajar UPSI

Peserta bergambar bersama AJK sebelum program

bermula Para peserta dilepaskan oleh Pengarah Program

Menerbangkan kapal terbang kertas melalui lubang

kotak yang telah disediakan

'Check point' terakhir, peserta perlu menyiapkan

hidangan ‘Miang Kham’ dan makan hidangan

tersebut

Para peserta menyiapkan tugasan di muzium Antara 'check point' di muzium

Page 18: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

Muka surat 18 INFO@PUSTAKA

LIBRARY ROADTOUR @ KOLEJ HARUN AMINURRASHID

16 September 2017 - ‘Library Roadtour’ telah diadakan di Dewan Kolej Harun Aminurrashid

bersempena Harun Aminurrashid Festival (HARFest 1.0). Pelbagai aktiviti menarik telah

diadakan antaranya Fun Corner, Pameran Perkhidmatan Perpustakaan, Pameran Buku

Baharu, Pameran Bahan Sumber Media, Bengkel Literasi Maklumat dan Peraduan Teka

Jumlah Muka Surat Buku.

Bengkel Literasi Maklumat yang dikendalikan oleh

En. Afzanizam Dullah Hashim.

Aktiviti Fun Corner yang menjadi tarikan

pengunjung di dewan KHAR pada hari

Peraduan Teka Muka Surat Buku yang menjadi

tumpuan pelajar

Tahniah kepada

pemenang peraduan

teka muka surat buku.

Page 19: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

INFO@PUSTAKA Muka surat 19

28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan daripada pelajar

Tabika KEMAS Daerah Muallim seramai 45 orang termasuk guru pengiring dan ibubapa

pelajar. Lawatan ini bersempena dengan program Hari Terbuka Unit Serial Media. Pelbagai

aktiviti telah dijalankan untuk menghiburkan kanak-kanak ini. Antaranya menari dan

menyanyi bersama maskot perpustakaan Dr. Hoothoot, membuat kraf topeng muka

watak Baby Shark dan menari lagu kanak-kanak Baby Shark yang popular itu serta

menonton filem yang disediakan oleh Unit Sumber Media di Auditorium PTB yang telah

dijadikan mini pawagam.

Dr. Hoothoot menyambut kedatangan anak-

anak dari Tabika KEMAS

Menari dan menyanyi bersama di Bilik Semi-

nar PTB, Aras 4

Dr. Hoothoot turut beraksi menghiburkan anak-

anak

Memakai topeng Baby Shark yang telah dibuat

sendiri oleh mereka

TADIKA KEMAS DAN HARI TERBUKA MEDIA

Page 20: INFO@PUSTAKA · roadtour’ dan koleksi sumber media. Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan

SIDANG REDAKSI:

Penasihat:

Rusliza Yaacob

Ketua Pengarang:

Hajah Siti Sumaizan Ramli

Ketua Editor:

Najah Saghirah Haroman

Pengarang:

Nor Hanizah Zahid,

Azura Adnan,

Firdausiah Ahamad,

Afzanizam Dullah Hashim

Suliza Osman

Nur Azlini Hassnawi

Penerbitan dan Edaran:

Noriah Mohamad

Fotografi:

Muhammad Zuhad Abdul Aziz,

Pereka Web:

Mohd Hizam Samin

SEKITAR AKTIVITI KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN

21 November 2017 Lawatan ke Media Prima

Bhd, Sri Pentas

10 Disember 2017– Realisasi Mesra Bersama Anak Yatim Rumah Amal Budi Bistari, Rawang

3 Disember 2017 -Bengkel dari skrip ke skrin

15 November 2017– Lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam