infer ens

8
INFERENS/SEBAB Penerangan yang logik atau interpretasi suatupemerhatian. Apa saja perkara yang ada di dalam minda, perkara yang difikirkan, perkara atau perkataan yang tidak dinyatakan dalam soalan (teori, konsep atau fakta Sains), boleh digunakan sebagai inferens. Apa saja teori, konsep atau fakta Sains yang dipelajari dalam sukatan matapelajaran Sains sekolah rendah, boleh digunakan sebagai inferens.

Upload: raesah-serjen

Post on 21-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INFERENS/SEBAB

Penerangan yang logikatau interpretasi suatupemerhatian.

Apa sajaperkara yang ada di dalam minda, perkara yang difikirkan,perkara atau perkataan yang tidak dinyatakan dalam soalan(teori, konsep atau fakta Sains), boleh digunakan sebagai inferens.

Apa saja teori, konsep atau fakta Sains yang dipelajari dalam sukatan matapelajaran Sains sekolah rendah, boleh digunakan sebagai inferens.

Bagaimana hendak menjawab (How to answer)

Cara 1Pemboleh ubah bergerak balas atau diukur dan huraiannya (pemerhatian)keranaperkara yang difikirkan yang boleh dijadikan sebagaifaktor/sebab untuk menerangkan pemerhatian.

Contoh : Kecerahan mentol dalam litar X adalah yang paling cerahkeranajumlah tenaga elektrik dalam litar X adalah yang paling banyak.

Cara 2

Tidak perlu menyatakan pemerhatian(jika pemerhatian telah dinyatakan atau soalan pemerhatian telah ditanya pada soalan sebelumnya), hanyanyatakan terus inferens.

Contoh : Soalan: Nyatakan sebab mengapa litar X menyala dengan terang.Jawapan :Litar X mempunyai jumlah tenaga elektrik paling banyak.(Example : Circuit X has the most electrical energy)

Bagaimana soalan diajukan

*Berdasarkan soalan soalan sebenar Kertas Sains UPSR

Anda perlu memahamigaya soalan.Gaya 1(Pattern 1)Soalan a) minta pemerhatian; sila berikan pemerhatian.

Soalan b) minta sebab/inferens; sila berikan inferens

Contoh:a. Beri pemerhatian anda tentang roti roti di dalam penyiasatan ini.

b. Nyatakansatusebab (inferens) tentang pemerhatian anda.xPKS

Gaya 2Soalan menanyakan inferens berikan inferenstanpa ada soalan yang bertanyakan pemerhatian sebelumnya; sila berikan pemerhatian diikuti inferens.

Contoh: Nyatakansatusebab (inferens) berdasarkan maklumat maklumat ini.-PKS

Gaya 3

Soalan menanyakan : berikan inferens merujuk kepadasalah satu/semua Pemboleh ubah bergerakbalas (PB)/apa yang diubah, yang disebut; sila berikan pemerhatian diikuti inferens

Contoh:i. Berisatusebab (inferens) tentangpertambahan kehadiran kulapuk pada S

ii. Nyatakansatusebab (inferens) tentangmasa yang diambil oleh J dan K.-PKS

Gaya 4Soalan menanyakan soalan berikan inferens berdasarkanpemerhatian; sila berikan inferens terus.

Contoh: Berikansatusebab (inferens) untukpertambahan bilangan kematian akibat kanser paru paru (pemerhatian) -xPKS

Gaya 5

Soalan menanyakan soalan berikan inferens berdasarkanpemboleh ubah bergerak balas (PB)/apa yang diperhati; sila berikan pemerhatian dan diikuti dengan inferens.Contoh: Nyatakansatusebab (inferens) tentangperbezaan masa di R dan S (Pemboleh ubah bergerak balas PB) -PKS

Gaya 6

Soalan Beri dua sebab (inferens) berdasarkanpemboleh ubah bergerak balas (PB)/apa yang diperhati;, sila berikan inferens sahaja.

i.____________________________________

ii. ____________________________________Contoh: Beriduasebab (inferens) tentangperbezaan masa yang diambil antara dua kaedah itu. -xPKS

i.____________________________________

ii. ____________________________________

Gaya 7Soalan menanyakan soalan berikan inferens merujuk kepadafakta/konsep/teori Sains; sila berikan pemerhatian diikuti dengan inferens.Contoh: Berikansatusebab (inferens) tentangsifat udara berdasarkan pemerhatian dalam penyiasatan ini. -PKS

Gaya 8 ( menjitukan inferens)

(i) Berikansatu sebab (inferens)mengapa berudu di dalam bekas itu mati.

(ii) Nyatakansatupemerhatianuntuk menyokong jawapan kamu dalam soalan di atas.