indianization
DESCRIPTION
analisakan hubungan india dengan kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara sebelum era 'Indianization'.TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan pusat persinggahan dua kuasa besar yang dikenali
sebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia tenggara mempunyai geografi yang
strategik di mana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Keadaan
inilah yang telah menyebabkan Asia Tenggara terletak ditengah-tengah antara India dan
China. Namun, pengaruh kuasa besar yang banyak memberi kesan terhadap kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat tempatan di Asia Tenggara ialah pengaruh India. Merujuk kepada
buku Pengajian Tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid, terdapat menyatakan
bahawa India mula bertapak di Asia Tenggara bermula lebih awal daripada abad pertama
Masihi lagi iaitu melalui aktiviti perdagangan.1Melalui kegiatan perdagangan inilah secara
tidak langsung telah membawa kepada perhubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di
Asia Tenggara sebelum era indianisasi lagi. Perhubungan ini juga dikatakan berlaku sejak
zaman prasejarah lagi secara dua hala, di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasan
Asia Tenggara, bahkan orang di Asia Tenggara juga turut sampai ke India.2
Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara ini wujudnya sejak zaman Neolitik
lagi apabila terdapatnya sistem pengkhususan pekerjaan yang membawa kepada pengurusan
organisasi masyarakat pada zaman itu. Kerajaan-kerajaan awal atau dikenali sebagai politi
awal ini bermaksud pengurusan masyarakat dan pentadbiran tetapi masih belum mencapai
taraf kerajaan iaitu pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua masyarakat di sesebuah politi.
Kewujudan kerajaan awal ini dapat dibuktikan melalui sumber bertulis iaitu sumber India,
China, Yunani, Arab, dan Parsi. Kerajaan awal ini juga tidak dapat ditentukan dengan sahih
1 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224.2 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 53.
1
akan kewujudan dan lokasinya yang sebenar. Selain itu, perkembangan kebudayaan kerajaan
awal ini juga hasil daripada proses Indianisasi di Asia Tenggara.3
2.0 DEFINISI ‘INDIANIZATION’
‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama
Hindu yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran kesusasteraan
Hindu yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu. Dari segi istilahnya,
konsep ‘Indianization’ dipakai dengan pengertian yang luas iaitu pengaliran pengaruh agama,
politik dan kebudayaan India.4
Menurut Brian Harrison, sifat-sifat budaya Hindu yang meliputi unsur yang
didapati dari India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera.
Sementara itu, Coedes juga berpendapat bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang
penting dalam penyebaran agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Proses Indianisasi
ini berlaku di sebabkan perluasan India Sebelah Timur.5
Menurut George Coedes, memberitahu bahawa Sarjana pengajian epigrafi dan
penulis subjek moden pertama, Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asia
tenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli.6
Menurut Quartrilh Wales, pula menyatakan bahawa proses Indinisasi tidak
melibatkan sebarang penjajahan orang India keatas Asia Tenggara tetapi proses Indianization
yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu proses kebudayaaan dan agama Hindu yang sesuai
3 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 60.4 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum dan sesudah Islam. Selangor: Utusan Publication. hlm. 53.5 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 53.6 Thieery Zephir. (1998). Khmer Lost Empire of Cambodia. London: Themes and Hudson ltd. hlm. 98.
2
dengan keadaan tempatan telah diserap masuk kedalam kehidupan tempatan yang telah
menjadi saru bentuk tamadun yang baru.
Selain itu, menurut Kulke ( 1990: 28), menyatakan bahawa hubungan sosial
yang rapat di antara masyarakat di kedua-dua pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak
sosial antara kuasa agung India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagai
model untuk menarik kepada Asia Tenggara. Manakala Casparis (1983: 18-19), pula
mencadangkan prinsip awal Indianisasi untuk menggantikan corak perhubungan berkekalan
antara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin pemahaman berkaitan
Indianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai bahagian daripada 2
buah rantau.7
NURSYAMIMI BT MAZELAN
D20091035411
3.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI EKONOMI (PERDAGANGAN)
Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan
Agraria dan Kerajaan Maritim kerana ia berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.
Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan
pemungutan hasil hutan dan sungai.8 Ianya terbentuk berhampiran lembah sungai yang subur
seperti kerajaan Dvaravati di Sungai Menam, Thailand, kerajaan Sungai Merah, Vietnam, dan
sebagainya. Kerajaan Maritim pula ialah kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan
7 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm. 74.8 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Negara Malaysia. hlm. 20.
3
dan kelautan serta pelabuhan. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, kepulauan seperti
Kedah Tua di Sg. Merbok, Langkasuka di Sg. Yarang, Chih Tu di Sg. Kelantan dan banyak
lagi. Melalui kerajaan Maritim inilah telah membawa kepada perkembangan kerajaan awal
sehingga wujudnya hubungan perdagangan dengan kuasa besar seperti India dan China.
Namun, skop perbincangan kami hanya terhad kepada hubungan dengan India di Asia
Tenggara sebelum era Indianisasi.
Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal sebelum era Indianisasi adalah
lebih kepada aktiviti perdagangan dan hubungan ini juga telah berlaku sejak awal abad Masihi
lagi. Hubungan ini berlaku secara aman dan telah meninggalkan beberapa kesan penting
dalam budaya dan tamadun masyarakat di Asia Tenggara9 seperti penganutan agama Hindu-
Buddha dan pengebumian mayat bersama perhiasan. Menurut Harrison dalam buku pengajian
tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid menyatakan bahawa bukti-bukti yang
ditemui dalam persuratan India iaitu Ramayana dan Puranas, tempat-tempat yang dirujuk
sebagai Suvarna-dvipa dan Yaya-dvipa terdapatnya beberapa lokasi di Asia Tenggara yang
pernah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India. Antara lokasi yang dimaksudkan adalah
Burma dan Semenanjung Tanah Melayu yang di kenali sebagai ‘tanah emas’. Kawasan ini
menjadi daya tarikan kepada pedagang India untuk datang berdagang di sekitar Asia Tenggara
bagi mendapatkan bahan mentah seperti emas dan bijih timah.10
Sejak abad pertama Masihi juga telah wujudnya jalan laut yang
menghubungkan di antara pantai timur India dari Sri Lanka ke pelabuhan-pelabuhan di Asia
Tenggara. Pelabuhan persinggahan utama adalah di sekitar bahagian utama pantai barat
semenanjung, kemudian menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Selepas itu dengan
menaiki kapal lain belayar ke pelabuhan Oc-Eo di Funan. Jalan perdagangan merentasi
9 Azhar Hj. Mohd Aros. Azharudin Mohd Dali. Arba’iyah Mohd Noor. Saliha Hj. Zainal. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( Titas ) Ed.2. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. hlm. 52-53.10 Afifah Abu Yazid ( Ed. 2 ). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224.
4
Segenting Kra ini semakin penting pada abad ke 2 Masihi apabila jalan darat yang
menghubungi barat dan timur melalui Asia Tengah terganggu akibat kekacauan yang sering
berlaku di kawasan itu.11
Kewujudan hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal ini dapat dibuktikan
melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti serpihan mangkuk, serpihan piring gangsa,
tembikar, alat-alat besi, manik kaca, dan banyak lagi. Namun, selain perdagangan terdapat
juga aspek-aspek lain yang juga dipengaruhi oleh India dalam kerajaan-kerajaan awal seperti
politik, dan sosial tetapi aspek ini tidak begitu ketara dipengaruhi India sebelum era
Indianisasi dan kurang dapat dipastikan berbanding selepas era Indianisasi. Antara kerajaan-
kerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India sebelum era Indianisasi ialah Funan,
Champa, Langkasuka, Kedah Tua, Tambralinga, Khuan Luk Pat, Kuala Selinsing, Khao Sam
Keo, Ban Don Ta Phet, dan banyak lagi.
NURSYAMIMI BT MAZELAN
D20091035411
3.1 Ban Don Ta Phet, Thailand
Ban Don Ta Phet terletak di sepanjang tepi lembah barat Choa Pharaya, di
wilayah Kanchanaburi, Thailand. Di sepanjang tepi lembah barat kerajaan ini terdapat tiga
buah pagoda dan dipercayai merupakan laluan penting bagi perdagangan timur-barat dalam
tempoh 2500-1500 SM. Kampung Ban Don Ta Phet pula terletak di kawasan tanah rendah
dan berpaya, yang sekarang ini digunakan sebagai tanah ladang.12 Ban Don Ta Phet juga
merupakan salah satu kerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India. Hal ini dapat
dilihat melalui aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu dengan
11Ibid. hlm. 17-18.12 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Oceania. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200.
5
pedagang India yang dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti manik
kaca, kapal gangsa, batu manik, akik, tembikar, dan alat-alat besi. Selain itu, kerajaan ini juga
merupakan sebuah tapak pengebumian yang menghasilkan beberapa ratus kepingan gangsa
yang mengandungi kandungan kepekatan timah tinggi iaitu antara 23 hingga 28 peratus.13
Aktiviti pembinaan pada tahun 1975 ini telah mendedahkan penemuan-
penemuan artifak seperti tembikar, dan manik-manik di kampung Ban Don Ta Phet, wilayah
Kanchanaburi. Pada tahun 1975-1976, satu ekskavasi pernah dilakukan oleh Jabatan Kesenian
Thailand di kawasan itu di bawah arahan Chin You-di dan penggalian berikutnya pula
dijalankan oleh Ian Glover pada tahun 1880-1881 dan di ikuti pula oleh Pisit Charoenwongsa
pada tahun 1984-1985.14 Hasil daripada penggalian keatas penemuan arkeologi itu
menunjukkan bahawa terdapatnya pengaruh India di Asia Tenggara. Terdapat 2 kategori yang
dijumpai di Ban Don Ta Phet yang menunjukkan bukti kepada hubungan India dan Thailand
sebelum era Indianisasi iaitu manik-manik dan kapal gangsa. Namun, masih terdapat item
lain di kawasan itu seperti mangkuk gangsa, alat-alat besi dan senjata.15
3.1.1 Kapal Gangsa daripada Ban Don Ta Phet
Kapal Gangsa merupakan salah satu bukti penemuan arkeologi yang
menunujukkan hubungan India dengan kerajaan Ban Don Ta Phet. Kerajaan ini merupakan
tapak pengebumian yang menghasilkan banyak gangsa dengan mempunyai kepekatan timah
tinggi antara 23 hingga 28 peratus.16 Terdapat 3 kategori penggunaan gangsa bagi
13 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. Boston: Brill. hlm. 80.14 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Oceania. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200.15 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 200.16 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. Boston: Brill. hlm. 80.
6
pengebumian di Ban Don Ta Phet iaitu untuk menghasilkan burung-burung patung, dan
barang perhiasan seperti gelang tangan, gelang kaki, dan loceng kecik. Penemuan yang terkini
adalah satu bentuk yang sangat sederhana di tapak Ban Don Ta Phet iaitu penemuan kapal
gangsa. Hasil daripada penemuan ini juga menunjukkan bukti-bukti yang kuat tentang adanya
hubungan dengan India. Pernyataan ini pernah diakui oleh Rajpitak dan Seeley.17
Hampir 300 bekas gangsa yang ditemui oleh ahli arkeologi di sembilan puluh
tapak pengebumian yang digali selama 3 musim. Antara gangsa yang ditemui ialah mangkuk
gangsa, gelang-gelang, cincin-cincin jari tangan dan salah satunya kapal gangsa. Barangan
gangsa ini juga berbeza daripada tempat terdahulu, manakala gangsa Ban Don Ta Phet pula
dikaitkan dengan militerism atau konflik. Paling luar biasa ialah penemuan gangsa yang
mempunyai dinding yang sangat tipis iaitu 0.3 hingga 0.5 mm dan mempunyai kandungan
kepekatan timah tinggi.18 Begitu juga dengan penemuan kapal gangsa ini juga terdapat
perbezaan dari segi saiz dan fungsinya. Sebahagian besar kapal ini juga diperbuat daripada
kandungan timah yang tinggi, mempunyai dinding yang tipis dan ukiran yang menunjukkan
pelbagai darjat. Kapal gangsa ini juga diukir dengan hiasan halus di bawah permukaan kapal
yang membawa pelbagai adegan seperti orang-orang, rumah, kuda, lembu, dan kerbau yang
menceritakan satu proses adegan sebagi contohnya pasu Kulu “ Kulu vase” terkenal di
Muzium British.19
Selain itu, fragmen kapal gangsa yang mengandungi kepekatan timah tinggi dan
gelang tangan juga dijumpai di beberapa lokasi Thailand, dan baru-baru ini terdapatnya
penemuan mangkuk gangsa yang juga mempunyai kandungan timah yang tinggi dengan
ukiran cetek adegan binatang, orang-orang, struktur, rumah, dan daun teratai memancar dari
17 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 108.18 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200.19 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 108.
7
asas mangkuk telah ditemui di kawasan lombong bijih timah di Khao Tamook yang
berdekatan dengan Thailand-Burma, sebelah barat Bangkok. Penemuan ini juga sangat seiras
dengan mangkuk di pasu Kulu “ Kulu vase”.20
3.1.2 Batu manik, dan Akik daripada Ban Don Ta Phet
Ban Don Ta Phet juga menghasilkan manik-manik yang diperbuat daripada
kaca dan batu-batu keras seperti batu akik, loket akik merah, batu kristal, akik “ nephrite”,
batu kristal, dan akik merah dalam bentuk singa.21Analisis terbaru daripada penemuan manik-
manik batu ini belum ditetapkan lagi berasal daripada asal Thailand atau India. Penemuan
bahan-bahan ini juga telah menggantikan kepada bahan-bahan perisian seperti berkelok-
kelok, kapur, marmar dan kerang yang digunakan untuk membuat perhiasan dahulu22 sebagai
contohnya perhiasan masyarakat pada zaman Neolitik. Perhiasan ini juga banyak ditemui
bersama dengan sisa manusia yang reput kerana masyarakatnya dahulu mempercayai kepada
kehidupan selepas mati dan penyertaan barang perhiasan ini juga akan melambang status si
mati. Kepercayaan ini juga telah menunujukkan bahawa sudah terdapatnya pengaruh India di
tapak ini.
Apabila manik pertama yang dilaporkan ditemui di Asia Tenggara iaitu di Ban
Don Ta Phet, Glover menyatakan bahawa mereka meniru pembuatan manik ini daripada
halur-hablur atau kristal pembuatan orang India Selatan. Manik-manik ini juga dikenalpasti
berasal daripada Arimedu di India dan Mantai di Sri lanka. Selain manik-manik sederhana
dan akik merah yang berasal daripada batu akik terdapat lagi beberapa yang sangat luar biasa
20 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Roa., (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm 109.21 Ibid. hlm. 81.22 Ian Glover & Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York: RoutledgeCurzon. hlm. 73.
8
iatu loket singa. Penemuan loket singa atau loket akik merah lengkap ini dipercayai menjadi
gambaran awal Buddha yang mencadangkan kepada mempunyai hubungan dengan India,
kerana terdapat banyak jumpaan manik dari tapak.23 Selain itu, tedapat juga penemuan loket
jed haiwan berkepala dua yang di temui di tapak penggalian itu. Menurut Glover, bahawa
terdapat dua jenis manik iaitu besar dan lut cahaya yang menembusi sisi pisma manik-
manik.24
Pada pandangan lain, pemeriksaan keatas penemuan manik ini menunjukkan
penggunaan teknik pembuatan dari India yang akan mengarah kepada kesimpulan kepada
benda-benda import, meskipun dalam minoriti ( hanya 8.5 peratus jumlahnya)
memperlihatkan seperti lebih daripada yang lain telah diimport.25Selain itu, lebih daripada
3000 manik-manik kaca dan batu separuh beharga di temui di Ban Don Ta Phet, Manakala
600 daripadanya adalah manik yang diperbuat daripada batu separuh beharga dan keras
seperti akik merah, batu kristal dan “nephrite”.26 Manik-manik yang paling menarik di Ban
Don Ta Phet adalah yang diperbuat dengan munggunakan kaedah lapidary. Menurut Glover
(1990, 13-14) ini termasuk beberapa kepingan heksagon silinder tembus kaca hijau agak
mirid dengan zamrud. Menurut Glover (1990b, 14) menyatakan bahawa zamrud seperti manik
kaca di Ban Don Ta Phet ini diperbuat daripada kaca soda. Walaubagaimana pun, sekurang-
kurangnya manik-manik segi empat lain dijumpai di tapak itu.27
23 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001) Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 201.24 Ibid, 201.25 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm. 82.26 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 105.27 Peter Francis, Jr. (2002). Asia’s Maritime Beads Trade: 300 B.C. America: University of Hawai’s Press. hlm. 132.
9
Akik & manik-manik akik, abad ke-4 SM, Ban Don Ta Phet, Thailand. Photo: Ian Glover
3.1.3 Manik kaca daripada Ban Don Ta Phet
Kaca terutamanya dalam bentuk manik-manik biasanya muncul di tapak-tapak
arkeologi di Asia Tenggara seperti tapak di Ban Don Ta Phet. Penemuan pertama kaca asli
daripada benua kecil India berlaku pada zaman besi yang dicatkan dengan warna kelabu. Hal
ini juga menunjukkan terdapatnya budaya India utara di sekitar 1000 SM. Terdapat juga
sebilangan penyelidik menyemak bukti awal kaca di Asia Tenggara dan membincangkan
hubungannya dengan India. Kaca yang pertama di temui itu di tengah milenium pertama SM
pada zaman besi ini ialah di Semenanjung dan Thailand. Hal ini secara tidak langsung sudah
menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan India dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Ban Don Ta Phet di wilayah kanchanaburi ini juga merupakan tapak yang
penting kerana tapak ini menghasilkan tarikh terbaik dan merupakan liputan terluas manik
kaca dengan konteks aman di mana-mana tapak di Asia Tenggara.28
28 Ian Glover & Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York: RoutledgeCurzon. hlm. 74-75.
10
3.1.4 Mangkuk gangsa dan alat-alat besi daripada Ban Don Ta Phet
Ban Don Ta Phet juga menghasilkan 3 fragmen iaitu mangkuk gangsa yang
dihiasi dengan adegan-adegan dimana pengaruh India jelas kelihatan. Sebagai contohnya
terdapatnya ukiran orang-orang, binatang-binatang, struktur-struktur, tumbuh-tumbuhan dan
rekaan geometri. 29Selain itu, terdapat juga penemuan alat-alat besi seperti kapak, mata bajak
dan sabit yang ditemui daripada tapak pengebumian. Alat-alat besi ini mempunyai banyak
fungsi dan benda ini mungkun digunakan untuk pertanian, memburu atau memancing.30
3.1.5 Tekstil daripada Ban Don Ta Phet
Beberapa fragmen tekstil dengan benang yang di temui melekat pada gangsa
di Ban Don Ta Phet, penemuan fragmen ini telah di temui oleh London-Fad dan penggalian
ini juga telah di periksa oleh Chirapon Aranyarak di makmal konservasi daripada Muzium
Negara, Bangkok yang merupakan seorang pakar kepada tekstil purba. Walaupun
pekerjaannya tidak sempurna sepenuhnya tapi beliau telah berupaya melakukan penyelidikan
bagi mengenal pasti fragmen tekstil yang di jumpai di tapak itu. Hasil kajian beliau mendapati
bahawa fragmen tekstil ini berasal dari Cannabis Sativa yang merupakan bahan yang paling
biasa digunakan di kawasan itu. Pengenalpastian kapas terawal di Thailand belum dapat di
kenal pasti lagi. Bukti-bukti awal ini juga menunjukkan bahawa pada masa itu terdapatnya
hubungan di antara Thailand dengan India. Hal ini kerana penanam kapas (Gossypium) yang
original dalam konteks ini berasal dari Tamadun Harappan pada milenium abad 3 SM. 31
29 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 201.30 Ibid, 200.31 Vadime Elisseeff. (200). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 110.
11
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Ban Don Ta Phet merupakan sebuah
kerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India kerana terdapat banyak maklumat
tentang kewujudan tentang hubungan dengan India terutamanya India Utara. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penemuan bahan arkeologi seperti kapal gangsa dan manik-manik.
FITRIANI BT MAHI
D20091035556
3.2 Khao Sam Keo
Seperti mana yang dijelaskan bahawa hubungan awal antara India dengan
kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara lebih kepada hubungan perdagangan. Ini dapat
dibuktikan melalui penemuan barang-barang dagangan antara India dengan tapak-tapak awal
kerajaan di Asia Tenggara. Salah satu contoh tapak kerajaan awal yang menjalankan aktiviti
perdagangan ialah Khao Sam Keo (Vietnam). Hasil daripada pengalian erkeologi pada tahun
1981, telah menetapkan bahawa tapak ini terletak berhampiran Chumphon di Pantai Timur
Semenanjung (10’30’ latitude). Khao Sam Keo terletak di kawasan perbukitan rendah
berhampiran “Tha Thapao River”.32 Kedudukannya yang terletak di laluan air yang menjadi
nadi kepada sungai Tenasseri telah menjadikan tapak ini antara tapak yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti perdagangan memandangkan kedudukannya yang strategik. Keadaan
pantai dan teluk yang mudah untuk dilalui telah mengalakkan lagi hubungan antara pedagang-
padang India.
32 Questia Media Americs, Inc. www. Questia.com, Contributor Michel Jacq-Hergoualc’H. author Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication:Boston. Brill. hlm. 83.
12
Khao Sam Keo dikatakan mempunyai hubungan dengan India berikutan penemuan
arkeologi seperti sejumlah manik-manik yang diperbuat daripada batu berharga, kaca yang
dipotong, objek gangsa( drum,peralatan perhiasan), tembikar tempatan, peralatan besi
(tombak dan adzes), perhiasan dari emas dan batu separa berharga(gelang) yang ditemui di
tapak ini33 dikatakan berasal dari India.
Selain itu turut ditemui manik batu berbentuk sederhana daripada batu akik serta
loket berbentuk singa yang dikatakan dibawa dari India. Penemuan Manik-manik dari kaca
oleh Berenice Bellina dan Francis yang menjalankan kajian di tapak kerajaan Awal Thailand
menyatakan bahawa pembuatan manic kaca dikenali sebagai “tradisi pembuatan manic kaca”
Tapak penghasilan awal di India ialah Arikamedu dan karakaidu di pantai Tamil Nadu,
Selatan Madrasa yang dikenali sebagai “ Indo-facific Monochrone Draw Glass Beads”. 34
Kemudiaanya kebudayaan ini terut tersebar ke Afrika, Japan dan Korea. kebanyakan Manik-
manik (mutisalah) yang ditemui berwarna coklat-merah, oren-merah. Selain itu terdapat juga
penemuan batu bersurat yang ditandai dengan tulisan Sanskrit35 bertarikh abad ke-2 sebelum
era kita. Membuktikan kewujudan pengaruh India di tapak ini.
Kewujudan hubungan perdagangan India dengan Kao Sam Keo dapat dibuktikan
daripada tinggalan barang-barang yang dibawa dari India ke tapak tersebut melalui hubungan
perdagangan yang wujud.
33 Michel Jacq-Hergoualc’H. author Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication:Boston. Brill. hlm. 83.34 Berenice Bellina and Ian Glover. The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon: New York. hlm.68.35 Questia Media Americs, Inc. www. Questia.com, Contributor Michel Jacq-Hergoualc’H, author Victoria Hobson. (2002).The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication: Boston: Brill. hlm. 83.
13
NURUL HIKMAH BINTI ABDUL HAMID
D20091035427
3.3 Kuala Selinsing
Kuala Selinsing adalah sebuah kawasan paya bakau, ia adalah sesuai untuk
pengawetan bahan purba, oleh kerana itu melalui kajian arkeologi dan gali cari yang telah
dijalankan oleh penyelidik banyak ditemui pelbagai jenis artifak dan sisa makanan yang boleh
membantu menjelaskan segala kebudayaan masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing ini
namun kekurangan sumber menyebabkan terdapat pelbagai interpretasi berbeza dari pakar-
pakar tersebut.36 Tambahan lagi, kedudukan kronologi di tapak Kuala Selinsing ini adalah
kabur dan tidak jelas, pemerhatian dari segi stratigrafi adalah rumit bagi para pengkaji
disebabkan oleh kedudukannya di kawasan bakau yang berlumpur yang sentiasa mengalami
pasang surut terhadap permukaan yang berair. Tindakan peningkatan dan air pasang surut
menyebabkan terdapat banyak kesan-kesan hidraulik.
Melalui perbincangan yang diutarakan oleh Sieveking telah menunjukkan terdapat
satu bukti yang baik bagi membuktikan pendudukan masyarakat di Kuala Selinsing terhadap
hubungan dan kaitannya dengan penubuhan terawal pusat pelabuhan oleh India. Manakala
Lamb telah mentafsirkan bahawa Kuala Selinsing merupakan pusat perniagaan utama dan
dijadikan sebagai satu tempat pengumpulan asas untuk barang-barang tempatan. Pentafsiran
ini telah dibuktikan dengan kukuh melalui penemuan arkeologi berdasarkan beberapa
penemuan terhadap jongkong-jongkong timah dan bersama beberapa kuantiti besar manik-
manik yang terdiri dari pelbagai jenis dan mengandungi kandungan bahan yang berbeza. 37
36 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html37 R. B. Smith & W. Watson. (1979). Early South East Asia : Essays in archaeology history and historical geography, Kuala Lumpur : Oxford University Press. hlm. 210.
14
Kajian di tapak protosejarah di Kuala Selinsing ini amat menarik apabila ramai
pakar Arkeologi membuat penyelidikan dan kajian di sini antaranya yang terawal ialah I.H.N
Evan, Quaritch Wales, G.De.G.Sieveking, Dr. Gibson, Peacock dan yang terbaru ialah Nik
Hassan dari Universiti kebangsaan Malaysia.
Sekitar tahun 1936, satu arkeologi telah dijalankan oleh N.Sastri dan terdapat
jumpaan batu akik merah yang ditulis dengan nama Visnuvarman ditemui terukir di dalam
tulisan Sanskrit dalam satu skrip pallava yang dianggap bermula dari abad ke-6 Masihi. Selain
itu, satu ekskavasi yang telah dijalankan oleh Wales pada 1940 terdapat penemuan terhadap
mohor pallava dan cincin emas dengan ukiran simbol Visnu diatas Garuda jelas membuktikan
masyarakatnya telah menerima pengaruh India. Penemuan kedua-dua objek yang telah
ditemui ini tidak dapat dikenal pasti lokasinya. 38 Oleh kerana itu tidak dapat dipastikan bila
proses pengindiaan bermula ditapak ini. Hal ini menyebabkan Evans berpendapat tapak ini
mula-mula sekali didiami pada kurun keenam masihi ini berdasarkan kepada pandangan Otley
Beyer melalui tinggalan budaya dari tapak itu dan mempercayai ianya sama dari segi taipologi
dengan apa yang terdapat dari tapak arkeologi ke 6 di Filipina.
Sebaliknya Quaritch Wales berpendapat tapak tersebut adalah kawasan
kediaman orang-orang Indonesia yang terdiri dari tukang-tukang mahir yang telah menerima
pengaruh India tetapi tidak mahir dalam kebudayaan India. Hal ini berdasarkan kepada
Inskripsi yang ditemui terukir di atas mohor Pallava mengandungi kesilapan. Begitu juga
dengan penemuan gambar Visnu di atas garuda tidak memiliki tanda-tanda kedewaan yang
lengkap dan ada aspek-aspek ikonografi yang berbeza daripada biasa dalan ikonografi Hindu.
Bukti dari cincin dan mohor Pallava menunjukkan mereka mengetahui sedikit sahaja tentang
pengaruh India ini. Contohnya mengetahui dari pedagang yang singgah. Quaritch Wales
38Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by. Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Brill. hlm. 90.
15
berpendapat juga bahawa kawasan ini terletak di bawah kuasa politik di Lembah Kinta dan
kerajaan ini dikenali sebagai kadaram dan rajanya berketurunan sailendra iaitu raja
Visnuvarma.39
Kemudiannya di antara 1987 sehingga 1989 telah dijalankan satu lagi
ekskavasi, melalui ekskavasi tersebut terdapat beberapa maklumat saintifik yang telah
menyedarkan penyelidik terhadap penemuan-penemuan yang berkaitan dengan sifat tapak dan
masa. Melalui ekskavasi yang telah dijalankan oleh para penyelidik, dapat dikesan bahawa
penemuan sisa-sisa tersebut adalah kepunyaan masyarakat prasejarah dan digunakan sekitar
abad ke-2 atau kemungkinan lebih awal dari tempoh yang dijangkakan. Hasil daripada
penemuan-penemuan tersebut, dapat dikesan bahawa masyarakat prasejarah hidup di sekitar
kawasan pinggir pantai atau laut berdasarkan penemuan kulit-kulit kerang dan tulang-tulang
ikan.
Sisa-sisa yang ditemui ini merupakan bahan-bahan yang dijadikan oleh
penduduk untuk membuat peralatan bagi kegunaan mereka. Dari segi adat pengkebumian
pula, penduduk di kawasan tersebut menanam atau mengkebumikan mayat mereka di dalam
bot.40 Pengkebumian dalam bot ini dilaporkan oleh Sieveking dan Evans, mereka mendapati
bahawa mayat tersebut tidak dilengkapi dengan manik merah terracotta legapNamun
penemuan cara pengurusan mayat secara menanam mayat di dalam perahu menunjukkan
sistem kepercayan anamisme adalah anutan yang utama manakala agama Hindu sekadar
ikutan semata-mata.
Selain itu, penemuan tulang haiwan jinak seperti babi, ayam, anjing, macaca
nemestrina dan banyak lagi yang lain menunjukkan mereka telah mula menternak haiwan
39 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html40 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Brill. hlm. 90.
16
untuk dijadikan sumber makanan yang tetap untuk menampungi jumlah ahli yang semakin
ramai seperti penemuan gigi dan tulang babi yang banyak ditemui sepanjang kawasan rendah
dan tinggi di kawasan tersebut. Contoh lain ditemui tinggalan bahagian atas tarsus ayam dan
bahagian atas gigi molar anjing. Didapati juga mereka masih meneruskan pemburuan
binatang liar didalam hutan contohnya babi liar jenis Sus Scrofa. Mereka juga telah mula
memburu binatang jenis terrestrial samada bersaiz besar ataupun yang bersaiz sederhana.
Dipercayai ia diburu semasa pengembaraan dari kawasan pedalaman ke kawasan yang lebih
kontang seperti rusa jenis Cervus Unicolor, badak sumbu, gading gajah jenis Elephas
maximus yang berukuran 66 hingga 74 milimeter samada diburu ataupun diimport dari
kawasan lain.
Sepertimana penemuan gigi molar harimau jenis panthera Tigris yang berasal
dari India dan dipercayai ianya diimport melalui perdagangan dengan India. Sekiranya ia
diburu oleh masyarakat ini, ini menunjukkan mereka telah ada penggunaan senjata yang lebih
baik dan sesuai untuk memburu haiwan yang bersaiz besare dengan gunakan buluh yang
tajam atau sebagainya tetapi tidak dapat dibuktikan kerana buluh mudah tereput dan ianya
bahan organik dan mudah reput dalam temph masa yang singkat.41
Namun penemuan ini jelas menunjukkan masyarakat ini telah maju dari segi
mendapatkan sumber makanan untuk petempatan yang menetap tidak lagi berpindah seperti
sebelumnya. Mereka juga turut menggunakan mettalurgy dengan menggunakan peralatan
logam seperti timah, besi dan gangsa namun mereka masih menggunakan peralatan batu.
Penemuan segala artifak dan sisa makanan di Kuala Selinsing menunjukkan
disini adalah sebuah petempatan tapak protosejarah dan pengkajian terkini oleh Nik Suhaimi
Hassan pada 26 Januari 1988 hingga Februari 1988 telah berjaya menemui dua pulau
41Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Bril. hlm. 90.
17
petempatan lama yang berdekatan dengan paya bakau tersebut dan dikenali dengan pilau
buluh. Disini ditemui beberapa buah parit galian. Pengkajian yang berjalan selama dua
minggu itu telah mengesahkan tinggalan purba yang telah ditemui oleh Evans dan pakar lama
yang lain seperti penemuan sisa makanan dari pelbagai jenis moluska, ikan dan binatang,
berbagai jenis manik , bahan mentah untuk buat manik seperti kaca, kulit moluska dan kulit
penyu, berbagai jenis batu, tulang manusia, tinggalan perahu (jumpaan perahu yang
digunakan oleh nelayan biasa berbanding penemuan oleh Seeveking perahu yang dijumpai
adalah untuk golongan berstatus tinggi menunjukkan telah berlaku satu perubahan kemajuan).
Mereka juga turut menggunakan mettalurgy dengan menggunakan peralatan logam seperti
timah, besi dan gangsa namun mereka masih menggunakan peralatan batu. Melalui ujian
karbon 14 didapati petempatan ini telah diduduki diantara 200BC sehingga AD1000.42
Terdapat juga penemuan terhadap manik-manik kaca, manik-manik berharga
dan batu-batu separa permata dan objek-objek ini telah dianalisis oleh Tan dan Samsudin pada
tahun 1990. Melalui analisis yang telah dijalankan ini, mereka mendapati bahawa terdapat
pelbagai jenis bahan yang terkandung di dalam manik-manik tersebut antaranya beril,
sodalite, moldative, plasma, jasper, quartz, agate, akik, batu kristal dan sebagainya. Bahan
ketiga yang terakhir adalah kurang baik daripada bahan-bahan yang lain dan selain daripada
jasper, batu-batu ini tidak terdapat di Tanah Melayu. Selain itu, beril, plasma, adventurine dan
sodalite telah dimanfaatkan dan digunakan selama berkurun-kurun di India terutamanya di
Karnataka, Rajasthan dan Kashmir. Hal ini menunjukkan bahawa bahan-bahan dan penemuan
yang terdapat di Kuala Selinsing diandaikan diimport dari India.43
42 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html43 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD. Boston : Brill. hlm. 90.
18
Gambarajah penemuan manik di Kuala Selinsing
Di samping itu, satu ekskavasi yang dipimpin oleh Evans telah dijalankan
sekitar tahun 1932. Melalui ekskavasi yang telah dijalankan, Evans juga telah menemui
manik-manik oniks, delima, nilam dan lazuardi. Kewujudan batu-batu yang telah dijumpai ini
kelihatan bergerutu, manik-manik yang tidak digilap dan beliau juga turut menjumpai blok-
blok akik yang membolehkannya untuk mengandaikan bahawa bahan-bahan untuk
menghasilkan manik-manik ini telah adalah diimport dari India.44 Evans juga turut
menyatakan bahawa, beribu manik yang telah dijumpai adalah sejenis manik yang monokrom
dan manik-manik kaca yang jernih ditambah dengan daun emas, manik-manik tersebut juga
berwarna-warni. Oleh itu, Evans telah mengandaikan bahawa kemungkinan manik-manik
tersebut dikilangkan di Kuala Selinsing namun beliau tidak dapat menemui atau mendapati
kesan sebenar andaian tersebut sebagai satu industry. Walaubagaimanaupun, penyelidikan
yang telah dijalankan oleh P. Francis berdasarkan kepada penemuan beliau terhadap sisa-sisa
tinggalan tersebut, beliau tidak meragui bahawa tapak tersebut ialah sebuah pusat untuk
pengeluaran yang diawasi dan dimiliki oleh ahli-ahli dari satu komuniti tamil yang diwarisi
dari Khuan Luk Phat sekitar abad ke-6 sehingga abad ke-10.
44 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD. Boston : Brill. hlm. 90.
19
Selain itu, peralatan tembikar juga turut dihasilkan di kawasan ini, Dilihat
dari aspek perkembangan kebudayaan benda di dunia, bahan tanah liat telah lama menjadi
media penghasilan keperluan hidup dan juga penyataan ekspresif kepada masyarakat.
Penghasilan seni tembikar yang mengaplikasikan media tanah liat sebagai media bahantara
merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas penggunaan media batu. Penggunaan
bahan tanah liat dalam kebudayaan benda masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari
zaman Neolitik lagi. Menurut Adi Taha tembikar merupakan satu unsur penting dalam
memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat kerana ianya
melambangkan keupayaan manusia masa prasejarah menembusi satu kaedah pembuatan dan
pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakat tersebut.45 Adi Taha turut membuat
andaian tentang perkembangan kebudayaan dalam masyarakat yang dikaitkan dengan objek
tembikar dengan mencatatkan tembikar telah dijadikan kriteria penting dalam menentukan
perubahan corak hidup masyarakat prasejarah dan dijadikan petanda masyarakat tersebut telah
memasuki kebudayaan Neolitik yang dipercayai bermulanya aktiviti pertanian.46
Status penggunaan tembikar telah mula berubah daripada fungsi utilitinya
dalam membantu melengkapkan putaran hidup seharian kepada barangan yang berfungsi
sebagai alat kepercayaan. Tembikar telah diagungkan sebagai satu objek yang berkaitan
tentang kehidupan kepada masyarakat. Gambaran ini dapat dibuktikan dengan penemuan
tempat pengkebumian yang mengandungi artifak–artifak tembikar prasejarah yang dikaitkan
dengan sistem kepercayaan masyarakat. Objek-objek tembikar telah ditanam bersama mayat
dalam susunan tertentu. Ini terkandung dalam beberapa artikel yang membincangkan secara
khusus mengenai tembikar-tembikar prasejarah seperti Nik Hassan Shuhaimi (1998) Kuala
45 Adi Taha, Tembikar Prasejarah Di Malaysia : Satu survey. (2000). Kertas kerja Seminar Tembikar dariWarisan ke Wawasan. Shah Alam: Muzium Sultan Alam Shah. hlm.1.46 Ibid. hlm.3.
20
Selinsing, Perak.47 Pengeluaran tembikar di Kuala Selinsing adalah bahan mentah yang
kromatik dan bahan mentah tembikar ini meliputi warna oren dan warna perang. Sebagai
contoh, tembikar ini terdapat dalam beberapa bentuk yang berlainan dan tembikar-tembikar
yang dijumpai dihiasi dengan pelbagai motif. Satu analisis telah dijalankan dan dikatakan
memberikan faedah kepada Evans untuk mengemukakan beberapa teori yang menyatakan
bahawa tembikar tersebut mungkin berasal India. Manakala seorang lagi penyelidik iaitu
Bellina yang menjalankan penyelidikan antara 1997 sehingga 1999 dan beliau telah
mengaitkan hubungan antara tembikar yang dijumpai oleh Evans dengan sekeping tembikar
India yang berasal dari barat Deccan yang juga berunsur dan bermotif yang sama dengan
kumpulan manik. Peralatan tembikar tersebut digunakan oleh penduduk sebagai perhiasan dan
diintegrasikan ke dalam reka bentuk yang lebih kompleks. Sehingga kini seramik tersebut
masih belum dapat ditarikhkan dengan tepat namun besar kemungkinan seramik ini ialah jenis
pengeluaran yang dihasilkan daripada kurun pertama iaitu pada era kristian.
Walaupun tapak di Kuala Selinsing kelihatan telah dilawati dan juga diduduki
oleh orang India namun ianya tidak kelihatan seperti meninggalkan kesan-kesan indianisasi.
Khuan Luk Phat merupakan fasa terakhir pendudukan orang India yang menggunakan diri
mereka sendiri untuk mengindianisasikan penduduk-penduduk Kuala Selinsing di sepanjang
pantai semenanjung tersebut.48 Ini merupakan satu-satunya situs yang dimiliki oleh kita untuk
membolekan kita membayangkan hubungan yang teratur antara mereka dengan dunia India
sebelum proses Indianisasi benar-benar berlaku di Semenanjung Tanah Melayu.
Kemudiannya dapat dikesan bagaimana Khuan Luk Pat terus aktif berhubung dengan dunia
India dan ketika itu Kuala Selinsing masih belum mengembangkan hubungannya dengan
47 Nik Hassan Shuhaimi dan Ashyaari Muhamad, Protohistoric Earthenware from Kuala Selinsing,Perak, Kertas kerja dibentangkan pada symposium ‘Premodern Southeast Asian Earthenware’, Singapore. 48 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD), Boston : Brill. hlm. 91.
21
India sehingga abad ke-6 yang pada masa tersebut di sepanjang tebing laut Khuan Luk Pat
telah berlakunya proses indianisasi. Menurut Lau Sau Heng (1990,1993) melalui pemerhatian,
kedua-dua tapak-tapak tersebut boleh diklasifikasikan sebagai pusat perdagangan kuno di
semenanjung Malaysia namun tidak terus terlibat dalam membekalkan kapal dagang asing
dan makanan, kemudian berdasarkan pengkelasannya terhadap pusat perdagangan kuno
tersebut telah menimbulkan pelbagai persolan kerana kedua-dua tapak tersebut seperti
mempunyai kedudukan sama yang kemudiannya muncul di sepanjang pinggir pantai
semenanjung Melayu. Mereka tidak terus terlibat di dalam membekalkan makanan kepada
pedagang asing dengan barang makanan dan berkemungkinan peniaga-peniaga dari India
sering menggunakan kapal-kapal kecil. Berdasarkan Leong Sau Heng (1993) tapak Kuala
Selinsing merupakan pusat pengumpulan barangan namun tidak menunjukkan bahawa
peniaga-peniaga asing boleh datang ke pusat pelabuhan kuno ini dengan mengutip barang-
barang mereka. Feneomena ini, dikaitkan dengan perkembangan dalam pembangunan
terhadap aktiviti perdagangan sehingga menjadi pusat serantau perdagangan entrepots.49
Walaupun ianya dikaitkan dengan para peniaga dari India, namun tapak Kuala Selinsing
sebagai pusat pelabuhan kuno yang agak terkenal pada masa tersebut turut mempunyai
hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu tradisi semenanjung Tanah Melayu
yang lain. Jenis kawasan berniaga dapat dijumpai di kawasan pantai atau kawasan pedalaman
seperti di sungai-sungai. Di kawasan-kawasan sungai, lokasi yang paling mungkin dijadikan
sebagai tapak adalah di sekitar kuala sungai namun sumbernya sukar dikesan disebabkan oleh
ketiadaan bahan arkeologi yang boleh ditarikhkan.50
Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan terhadap penemuan-penemuan
arkeologi telah membuktikan dan menunjukkan bahawa terdapatnya pengaruh India terhadap 49 Ibid. hlm.91.50 Ibid.
22
tapak Kuala Selinsing sebelum memasuki era Indianisasi dari segi ekonomi dan pengkhususan
yang paling utama adalah perdagangan yang telah dijalankan pada waktu tersebut. Bermula
dari perdagangan tersebut, maka pengaruh India semakin meluas yang membawa kepada
perkembangan terhadap tapak Kuala Selinsing sebagai satu pusat pelabuhan kuno ketika itu.
HERNI BINTI HENRY
D20091035476
3.4 Khuan Luk Pat
Sebelum berlakunya proses pengindiaan di Asia Tenggara telah wujud
perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara. Perhubungan ini dikatakan berlaku
sejak zaman prasejarah dan mempunyai perhubungan secara dua hala. Keadaan yang sama
berlaku dalam kalangan orang India iaitu hasil daripada kemajuan teknologi perkapalan maka
pelayar-pelayar India dapat belayar dengan lebih mudah. Dengan kemajuan seperti ini telah
membawa pengaruh yang sangat besar dengan kerajaan awal Asia Tenggara. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penemuan-penemuan hasil perdagangan di tapak kerajaan awal. Antara
kerajaan-kerajaan ialah Khuan Luk Pat. Tapak ini adalah berdekatan dengan Khlong Thom
iaitu berdekatan wilayah Krabi di Semenanjung Thai. 51 Tapak ini banyak menemukan manik-
manik dalam pelbagai bentuk dan warna oleh penduduk kampung. Oleh itu, tapak ini telah
dilawati dan dikaji semenjak tahun 1979. 52
51 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. hlm. 84.52 Ibid. hlm. 84.
23
Khuan Luk Pat banyak menghasilkan koleksi bahan arkeologikal seperti
objek-objek kecil yang boleh menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan awal ini didatangi oleh
pedagang-pedagang dari India. Hal ini dapat dilihat dengan penyataan H.Ray yang
mengatakan batu segel yang berada di Thai telah ditemukan di India. 53 Menurut Kangle 1963,
“ the receivers of duty, four or five in number should record in writing (details about)
traders who have arrived in a caravan , who they are, from what place, with how much
merchandise and where the identity pass (was issued) or the stamping was made. For goods
without the stamps, the penalties is double the dues. For those with a forged stamp, the fine is
eight times the duty. For those with broken stamps, the penalty is distraint in the warehouse”.
54
Oleh itu, dengan kenyataan H.Ray ini menunjukkan perdagangan telah lama bertapak di
kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara sebelum kedatangan era Indianisasi.
Penemuan batu segel telah menarik minat para penyelidik terhadap tapak itu.
Terdapat pelbaga bentuk batu iaitu bujur, segi empat sama dan diperbuat daripada batu yang
berbentuk separa yang berharga dan kadang diperbuat daripada batu akik dan emas. Terdapat
enam inskripsi yang ditemui di Thai dan telah dikaji pada 1985. Inskripsi pertama adalah
daripada batu segel bujur. Ia telah dipersembahkan dalam bentuk skrip Brahmi. Keadaan ini
dipercayai barkait rapat pada era pertama dan ketiga. Bahasa yang digunakan dalam inskripsi
ialah bahasa Prakrit ataupun Sanskrit. Tulisan yang terdapat dalam Inskripsi ini ialah “Rujjo”
yang bermaksud musnah. Penemuan kedua ialah inskripsi yang berbentuk batu akik atau batu
carnelian segi empat dan menggunakan skrip Palava. Inskripsi ini sama dengan inskripsi yang
digunakan di Sivakandavarman pada abad ke-5 hingga ke-7. Bahasa yang digunakan ialah
bahasa Sanskrit dan mempunyai tulisan “dalavyam”.
53 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. hlm. 85.54 Ibid. hlm. 85.
24
Seterusnya ialah inskripsi ketiga yang diperbuat daripada batu hijau. Skrip
tulisan adalah sama seperti skrip sebelumnya tetapi tidak terdapat anggaran masa dan bahasa
dalam inskripsi ini. Bahasa yang digunakan tidak dapat dipastikan tetapi inskripsi ini
mempunyai bentuk tulisan pada batu iaitu “Apralasanasya” yang bermaksud tidak boleh
bergerak. Kemudian, inskripsi keempat iaitu diperbuat daripada batu bersaiz segi empat dari
batu hijau dan mempunyai ciri seperti sebelumnya. Inskripsi ini mempunyai bentuk tulisan
pada batu iaitu “Virabendhutrastya” dan dipunyai oleh Virabhendutra. Terdapat dua lagi
inskripsi iaitu satu diperbuat daripada batu emas bulat dan satu lagi diperbuat daripada batu
akik bujur. Kedua batu tersebut mempunyai bahasa Sanskrit dan ditemukan pada abad ke-6
dan ke-7 serta mempunyai tulisan Palava. Masing- masing juga mempunyai perkataan yang
berlainan pada inskripsi iaitu “sarudharmaya” dan “Srammano”. 55
Oleh itu, P.Francis telah membuat kenyataan bahawa Khuan Luk Pat
mempunyai hubungan yang kuat dengan India Cuma tidak dapat dipastikan lagi. Selain itu,
setiap benda yang dijumpai di Khuan Luk Pat akan diukir nama pada batu itu oleh pemilik.
Oleh itu, tidak dapat dipastikan sama ada penemuan itu adalah yang tulen dari India ataupun
tidak. Terdapat juga penemuan inskripsi “goldsmith” dan tulisan itu adalah dalam bahasa
tamil. Menurut K.Weeraprajak, tulisan yang diukir pada batu itu adalah lebih mengajar kita
tentang kehidupan, fikiran atau keagamaan mengenai pemilik batu tersebut. Hal ini
menunjukkan penemuan itu adalah asal usul dari India tetapi kita tidak boleh menganggar
tarikh kedatangan batu segel di Thai dalam kata lain bila tarikh yang tepat kedatangan
pedagang India. 56
Selain itu, terdapat juga batu segel dalam bentuk ukiran haiwan atau
binatang seperti singa, gajah dan sepasang gajah jantan. Terdapat juga ukiran yang
55 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. Hlm. 86.56 Ibid. hlm. 86.
25
diinspirasikan dari Grace Roman. Menurut J.Bossilier (Virapraset 1992 :156) percaya ukiran
itu adalah sebagai fesyen dari empayar Roman Aurelius. Di samping itu, batu-batu itu
mempunyai bentuk ukiran wanita pada rekaannya. Menurut Glover (1996 :6), kepingan ini
adalah dari jenis Roman yang diukir pada akhir abad pertama hingga abad ke dua. 57 Menurut
H.Ray (1991:360) batu yang dijumpai mungkin dibuat di Barat Utara dan ditiru hasilnya dari
daerah Taxila. Beliau merujuk dengan khususnya benda itu dibuat dari India dan dihasilkan
semula. B.Bronson menganalisisis pada 1990 bahawa manik kaca yang dijumpai di Khuan
Luk Pat adalah diimport ataupun dibuat di tapak itu. Namun, kedatangan manik itu dapat
dilihat melalui pendapatnya yang mengatakan manik adalah luar biasa dan terdapat manic
kaca dalam pelbagai jenis. Beliau juga menerima fakta bahawa tanah di Khuan Luk Pat adalah
baik dan sesuai dalam bidang perindustrian kerana mempunyai pasir yang sangat baik .
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa Khuan Luk Pat
menghasilkan sendiri segala hasil bahan penemuan itu. B. Bronson turut menyatakan bahawa
bukti-bukti yang didapati menunjukkan ada hubungan yang kuat dengan India berdasarkan
bukti-bukti yang tertentu. Antara bukti yang dapat dilihat ialah manic-manik yang dijumpai di
Khuan Luk Pat terdapat juga di India, manic-manik diperbuat dengan teknik yang sama iaitu
millifiori ari empayar Rom dan terakhir sekali dihiasi motif stratriska iaitu symbol matahari.
FATIN FATIHAH BINTI HASSAN
D20091035402
3.5 Kerajaan Funan
57 Hlm 87
26
Seperti yang telah dikatakan sekitar abad pertama sebelum Masihi telah
wujud negeri-negeri kecil Asia Tenggara ini terutamanya di sekitar Delta Mekong di utara
Annam dan Semenanjung Tanah Melayu . Pada sekitar abad pertama Masihi pula telah
muncul negeri-negeri yang dikatakan mendapat pengaruh India . Salah sebuah daripadanya
yang terawal dikenali oleh orang Cina sebagai Funan atau B’iu-nam yang muncul dalam
rekod-rekod Cina pada 220-280 Masihi yang merupakan negeri yang pertama menerima
pengaruh India di Asia Tenggara dan menerima pemerintahan oleh raja-raja yang mempunyai
nama-nama Sanskrit .
Funan pada awalnya merupakan sebuah pengkalan lanun yang kemudiannya
berkembang kepada sebuah negeri perdagangan laut . Kedudukan pelabuhan utamanya iaitu
Oc-Eo yang bertentangan dengan Segenting Kra telah menjadikannya sebuah pelabuhan
persinggahan utama bagi kapal-kapal . Sekitar abad 7-14 Masihi , laluan perdagangan laut
India-China adalah melalui Teluk Benggala kemudian melalui jalan darat menyeberangi
Segenting Kra ke Teluk Siam . Oc-Eo merupakan sebuah pelabuhan yang menjadi tempat
pertemuan utama bagi pedagang-pedagang di mana barang-barang dagangan saudagar-
saudagar asing dapat ditukarkan dengan aman . Pemerintah-pemerintah Funan juga
memainkan peranan yang penting dalam memejukan aktiviti perdagangan ini . Selain itu ,
pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Funan diberi jaminan
keselamatan .
Daripada kaji selidik di tapak pelabuhan Oc-Eo telah ditemui barang-barang
buatan Rom abad ke-2 Masihi hingga abad ke-4 Masihi yang terdiri daripada serpihan-
serpihan kaca , syiling emas zaman Marcus Aurelius ( 161-180 Masihi ) .58 Selain daripada itu
58 Ahmad Jelani. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 63 .
27
, Funan juga turut menghasilkan barangan-barangannya sendiri yang dijadikan bahan eksport
conohnya manic kaca dan lencana berukir yang diperbuat daripada timah . Orang Funan juga
merupakan seorang pembina kapal dan perahu yang hebat . Menurut catatan T’ai p’ing yu lan,
perahu-perahu yang dihasilkan oleh orang-orang Funan ini adalah panjang-panjang dan boleh
membawa muatan sehingga 100 orang . Kapal-kapal itu juga dikatakan boleh mengangkut
600-700 penumpang dan anak kapal serta 1000 tan kargo .
Pengaruh India ini semakin meluas di Funan selepas Dinasti Pan-Pan
menduduki takhta Funan kerana pengaruh India lebih ekstensif di Pan-Pan . Funan merupakan
sebuah pelabuhan yang entrepot yang bertempat di Segenting Kra yang mempunyai hubungan
terus dengan dengan saudagar-saudagar India dan juga para Brahmin yang datang bersama
saudagar-saudagar itu .59
Oc-Eo menjadi pusat perusahaan dan perdagangan dan tapak yang
menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan India . Menurut Charles
Highem , Funan terkenal sebagai kuasa maritime yang pertama di Asia Tenggara . Pusat
kerajaannya terletak di Vyadhapura , tetapi kepesatan Funan bergantung kepada bandar
pelabuhannya di Oc-Eo , “ It was not only a port but also manufacturing centre”. 60
Kebebasan Funan terletak pada dua faktor utama iaitu corak pertanian yang berasaskan
system Hidraulik dan pusat perdagangan maritime @ Negara ( thalaosekrasi ) ( laut ) .
Melalui kajian arkeologi di Oc-Eo , telah ditemui cermin gangsa serta duit emas Roman iaitu
kartu tanda dan timah yang ditulis dalam bahasa Sanskrit . 61 Menurut catatan China yang
ditulis oleh dua wakil China , K’ang T’ai dan Chu Ying yang dikatakan pergi melawat Funan
pada pertengahan abad ke-3 Masihi , Negara Funan diasaskan oleh Brahmin India bernama
59 Ibid. hlm. 68 .60 Charles Highem. The Early Southeast Asia. hlm. 263 . 61 Tooro Namura. (1989). Pembentukan Kerajaan Bernegara dan Thalasakrasi. Dalam Ismail Hussein. Et. Al. (ed). Tamadun Melayu. jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 12.
28
Kauundiya yang disebut sebagai Hun-Ten .62 Kedatangan golongan ini adalah kerana
didorong oleh satu mimpi mendapat pesanan dari Tuhan tentang masa depan . Selain itu ,
Funan juga menubuhkan system perdagangan dan monopoli perdagangan yang kukuh yang
akan menjdi corak empayar di kawasan ini .
FATIN FATIHAH BINTI HASSAN
D20091035402
3.6 Langkasuka
Langkasuka menurut catatan-catatan Cina dikenali sebagai Lang-ya-hsiu ,
Lang-his-chia dan Lang-chia-shu sementara dalam catatan arab , Langkasuka dikenali sebagai
Langasyuka dan dalam inskripsi Tanjore , ia dikenali sebagai Ilangasoka . Langkasuka
dikuasai oleh kerajaan Funan sehingga abad ke-6 Masihi dan semasa di bawah kekuasaan
Funan , Langkasuka menjadi sebuah pelabuhan utama Funan di Pantai Timur Semenanjung
Tanah Melayu yang mengendalikan perdagangan di antara India dan China . Di samping itu,
Langkasuka juga dikenali oleh pedagang –pedagang asing sebagai pengeluar gaharu dan
kapur barus yang bermutu tinggi . 63Selain itu , Langkasuka lebih dikenali oleh orang Cina
sejak awal-awal lagi dan telah menjadi pelabuhan persinggahan pendeta-pendeta agama
dalam perjalanan mereka ke India .
FATIN FATIHAH BINTI HASSAN62 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34.63 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 104.
29
D20091035402
3.7 Kerajaan Tambralingga
Tambralingga merupakan sebuah kerajaan yang dipercayai telah muncul di
Segenting Kra ( utara semenanjung ) sekitar abad ke-2 masihi yang tercatat dalam sebuah
kitab tua Tamil, Niddesa sebagai Tambralingga . H.G.Q.Wales berpendapat bahawa kerajaan
itu wujud dan mengambil alih kerajaan P’an p’an sekitar tahun 635 masihi iaitu setelah
penghantaran utusan P’an-P’an yang terakhir ke China (1976 : 49 ) . Menurut catatan China,
Negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling dan catatan terawal mengenai negara ini diperoleh
dalam Sung Shih yang mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang
diperbuat dripada kayu dan menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk
perdagagan . Selain itu turut juga dinyatakan bahawa negara ini menghasilkan cula
badak,gading gajah dan logam perunggu ( gangsa ) serta kayu brezile dan juga turut
menghsilkan ubat-ubatan . Tambralingga sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang
menghasilkan minyak wangi yang menurut catatan Cina, Ling Wai Tai sebgai yang terbaik
dan tiada tanding taranya . Selain itu, negara ini juga turut menghasilkan timah yang bermutu
tinggi , mutiara , kapur barus , kulit penyu , burung enggang , kayu laka dan gaharu
( P.Wheatly;1980:77) .
HERNI BINTI HENRY
D20091035476
30
4.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI POLITIK
Politik boleh didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan
pemerintahan ataupun dasar pemerintahan.64 Kemunculan kerajaan- kerajaan awal di Asia
Tenggara seperti Funan, Champa, Chenla, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua atau Gangga
Negara, Mataram, Singgasari, Langkasuka, Kuntala, Malayu-Kuno, dan banyak lagi. Dalam
idea politik dan berkerajaan awal Asia Tenggara, hubungan kerajaan dengan India
dipengaruhi konsep “Kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja
dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Melalui pemerintahan raja yang
berpandukan kepada kitab-kitab perundangan, kitab ini adalah mengambil beberapa aspek
perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra ataupun Hukum Kanun Manu. India
mempunyai keunikan apabila mampu mempengaruhi dengan menyeluruh dari aspek sosial,
politik dan ekonomi. 65
Walaubagaimanapun, hubungan India ini tidak bertahan lama di dalam
kerajaan Awal Asia Tenggara tetapi masih boleh dibanggakan kerana mempunyai banyak
tinggalan dalam amalan politiknya. Kumpulan yang paling awal menerima pengaruh India
adalah golongan Raja dan Pemerintah melalui hubungan perdagangan. Mereka menyedari
nilai konsep India sebagai alat mengesahkan kedudukan politik dan mewujudkan pelapisan
masyarakat. Idea India ini menjadikan raja itu menduduki heirarki tertinggi dan wajib
disanjungi. Ciri seterusnya pula dalam kerajaan Awal telah dipengaruhi India iaitu Raja
menukar kepada nama Raja India. Raja menurut agama Hindu adalah jelmaan tuhan atau
keturunan salah satu dewa iaitu Surya dan Vishnu. Oleh itu, kedudukan raja adalah sebagai
dewa di alam nyata.66
64 Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia: (1999). Sejarah Malysia 1400-1641. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor. Hlm. 184.65 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications. hlm 57.66 Afifah Abu Yazid. (2003). Perjanjian Tamadun Asia (Ed 2). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Hlm. 218-219.
31
Agama Hindu turut mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan
kewujudan konsep “Devaraja”. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan
dewa. Konsep ini telah menjadi asas kepada konsep Daulat dalam tradisi Melayu. Konsep
Dewaraja ini berkembang dalam masyarakat khmer terutamanya semasa zaman Kerajaan
Angkor. 67 semuanya itu adalah hubungannya dengan raja dengan Tuhan atau dewa. Adapun
tentang hubungannya dengan rakyat, dengan kedudukannya yang laur biasa sebagai dewaraja
maka wujudlah sistem “feudalism” yang melahirkan taat setia yang membuta tuli terhadap
raja itu. 68 Dalam skop yang lebih luas, turut wujud system feudal Hindu yang dapat
dijelaskan melalui konsep mandala iaitu “circle of kings” iaitu seorang raja sebagai Tuhan
berkuasa penuh terhadap penguasa-penguasa mandalanya. 69
Sebenarnya, kepentingan mandala tidak terletak pada luas kawasan
naungannya, tetapi pada kesetian rakyatnya dimana mereka dapat dikerahkan pada bila-bila
masa sahaja. Sebagai contoh, mulanya Singasari di Jawa adala dianggap mandala Srivijaya,
tetapi kemudiannya terdapat pula mandala Majapahit iaitu kawasan naungannya mengaku taat
setia kepadanya. Sejajar dengan doktrin Hindu yang meletakkan manusia bertaraf-taraf
darjatnya itu, kita dapati undang-undang Hindu seperti yang diamalkan di Jawa dan Bali
memancarkan semangat diksrimanisi yang menjolok. Dalam undang-undang jenayah,
hukuman yang dijatuhkan adalah berbeza menurut kasta seseorang, terutama dalam kesalahan
memfitnah (Vakraparusya) dan menyerang (danda- parusya). Sekiranya pesalah dan mangsa
kesalahan itu berasal daripada kasta yang sama dendanya cuma 250 sahaja. 70
Perbezaan hak juga berlaku dalam undang-undang sivil. Mengenai masalah
harta pusaka contohnya keadaan ini berlaku apabila seseorang itu meninggalkan anak-anak
67 Azhar Hj. Mohd. Aras. Azharuddin Mohd. Roli. Arba’iyah Mohd.Noor. Saliha Hj Zainal. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi kedua. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah university Malaya. hlm. 52.68 Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006, sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Karisma Publications, Shah Alam, hlm 57.69 Ibid, hlm 58. 70 Ibid
32
dan isteri-isteri yang berbeza kastanya. Dalam hal ini anak-anaknya menerima pusaka
ayahnya berbeza-beza mengikut taraf dan keutamaan kasta ibunya. Menurut ketentuannya,
harta pusaka hendaklah dibahagi menurut kaedah 4, 3, 2, 1, iaitu menurut taraf ibunya yang
bermula dari kasta Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Oleh itu, harta tersebut hendaklah
dibahagikan kepada sepuluh bahagian dan kemudiannya ditambahkan satu bahagian lagi
menjadi sebelas untuk anak yang tertua. Selain itu, tentang adat istiadat, ketentuannya juga
disusun menurut kasta ataupun tinggi darjat seseorang maka semakin istimewalah hak yang
diperolehnya, sedangkan semakin rendah darjat seseorang maka semakin besarlah
tanggungjawab atau bebanan yang diletakkan ke atas bahunya. Oleh itu, kita akan melihat
kerajaan-kerajaan Awal Asia Tenggara yang mempunyai hubungan dengan India mengikut
aspek politik yang terdapat sebelum era indianisasi.
4.1 Kerajaan Funan
Mengikut catatan orang-orang cina, negeri Funan terletak di kawasan negeri
Kemboja sekarang dan telah dibuka dalam kurun Masihi yang pertama. Catatan orang-orang
Cina ini menyebut bahawa Funan telah diasaskan oleh seorang Raja India yang beragama
Brahman yang telah datang melalui jalan laut.71 Funan merupakan satu pusat pengaruh dan
pentadbiran India yang penting sekali. Kerajaan ini juga telah menjadi kuasa yang paling kuat
di Semananjung Indo-China dan negeri keindiaan yang terpenting sekali di Tenggara Asia. 72
Dari segi politiknya, sejarah awal Funan bermula dengan wujudnya masyarakat yang
berdasarkan suku kaum (tribal Society) yang dipimpin oleh ketua-ketua suku kaum masing-
masing. Namun, dengan pengaruh kedatangan India, tertubuhlah system kerajaan Bernegara
yang pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Funan juga merupakan Negara kuasa maritim yang
pertama di Asia Tenggara.
71 Brian Harrison.(1963). Asia Tenggara, Macmillan and Company Limited. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan pustaka. Kementerian pelajaran Malaysia. hlm. 24.72 Ibid.hlm. 24.
33
Pusat kerajaannya terletak di Vyadhapura, tetapi kepesatan Funan
bergantung kepada Bandar pelabuhannya di Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong.
73 Ciri- ciri politik Funan yang dipengaruhi oleh India ialah diperintah oleh raja-raja yang
mempunyai nama-nama Sanskrit. Selain itu, raja-raja ini juga menggelar diri mereka sebagai
sailaraja atau ‘Raja Gunung’. Dalam bahasa tempatan ia digelar kurung bnam yang
bermaksud ‘raja gunung’. Bukan itu sahaja, bangsa Funan ini terdiri daripada suku kaum
Melayu. 74 Dalam masa pemerintahan Fan Hsun inilah disinilah Funan mencapai puncak
keagungannya baik dalam bidang ketenteraan mahupun dalam bidang perdagangan. Dapat
dilihat bahawa kerajaan Funan telah banyak menggunakan banyak perbendaharaan kata India
akan tetapi teori politik dan dan falsafah kepercayaan masih lagi tempatan dan tidak
terpengaruh unsur-unsur India. 75
Pemerintah-pemerintah Funan dipercayai terdiri daripada orang tempatan dan
mempunyai pengaruh yang amat jelas iaitu pengaruh Brahman dalam pentadbiran kerajaan
Funan. 76 pengaruh India ini dapat dilihat dengan jelas lagi apabila tertubuhnya dinasti baru
yang lebih keindiaan di Funan. Didapati pengaruh budaya India semakin meluas sebagai
bahasa rasmi dan tradisi Saka India telah digunakan. Penyembahan terhadap dewa-dewi india
mula jelas kelihatan terutamanya penyembahan lingga-Siva dan Maheswara. 77 Hal ini telah
menunjukkan pengaruh India sebelum era Indianisasi dalam aspek politik cuma pengaruh
India pada waktu itu kurang terdedah lagi dan tidak ketara sebelum ini.
4.2 Kerajaan Champa
73 Mahayudin haji Yahaya. (1998). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit fajar Bakti. Hlm. 62. 74 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm 60.75 Ibid. hlm. 67.76 Ibid. hlm. 68.77 Ibid.
34
Kerajaan awal kedua yang menunjukkan sedikit pengindiaan dalam
politiknya ialah Campa. Kerajaan ini wujud sekitar abad ke-2 Masihi dan berdasarkan dari
sumber Cina, Champa wujud pada 192 masihi. Champa juga diduduki oleh rumpun bangsa
Melayu (Louis Finoti 1988 :125). Antara serangan yang dilakukan pada 248 masihi dan 270
Masihi. Pada 270 Masihi itu Linyi dibantu oleh Funan menyerang k’iu-sou(G.Coedes
1981 :33) dan pada peringkat ini tidak jelas sama ada Champa itu telah dipengaruhi India atau
tidak78. Pengindiaan telah menyerapi bangsa Cam dan ibu kota kerajaan Champa ialah Tra-
Kieu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan inskripsi yang menyatakan perbatasan
Champa dan tentang mantera penyembahan kepada dua pelindung (raja naga). Dalam
kerajaan ini, pemerintahan cambhuwarman iaitu beberapa orang dari pemerintah dinasti yang
sama. Pertama ialah Kandarpadharma, Prabhasadharma, seorang raja perempuan yang tidak
dapat dikenalpasti dan Prakachadharma. 79
4.3 Kerajaan Chenla
Seterusnya ialah kerajaan Chenla. Nama Chenla ini mula diketahui daripada
catatan sejarah Sui. Catatan itu mengatakan bahawa negara itu pada asalnya merupakan
wilayah taklukan Funan80 . Dalam sejarah politiknya, kerajaan Chenla dibangunkan oleh
Bhavavarman pada 550 Masihi hingga 600 Masihi dan adiknya Mahendravarman pada 600
hingga 611 Masihi. 81 Ini diikuti dengan Isanavarman yang memindah kotanya ke Isanapura.
Pada zaman Jayavarman terdapat beberapa kemajuan militer dan kebangkitan klasik-klasik
Hindi disamping bahasa Khmer. 82 Mengikut lagenda Kemboja, asal usul bangsa Kemboja
78 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm. 74.79Ibid. hlm. 76.80 Ibid. hlm. 86.81 Mahayudin haji Yahaya. (1998) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit fajar Bakti. hlm .64.82 Ibid. hlm. 64.
35
atau Chenla adalah daripada seorang fakir (petapa) bernama Kambu Swayambhuwa yang
berkahwin dengan seorang bidadari bernama Mera Hadiah daripada Dewa Siva. Dari mereka,
lahirlah zuriat-zuriat Raja-Raja Kemboja. Raja sulong ialah Srutawarman dan diikuti oleh
puteranya Sreshthawarma. Namun, sebuah inskripsi yang ditemui di kemboja itu seperti
berikut :
“Adityavamsa, raja Indraprastha telah murak terhadap salah seorang puteranya dan
membuangnya dari negeri itu. Baginda (putera itu)telah sampai ke sebuah Negara yang
bernama Kok Thlok dan menjadikan dirinya tuan dengan mengalahkan Raja asal Negara itu .
pada satu petang baginda berjalan-jalan di atas sebuah beting pasir apabila secara mengejut
air naik pasang dan menyebabkan baginda terpaksa bermalan disitu dan raja tadi kerana
tertawan dengan kecantikannya bersetuju mengahwininya. Dengan itu naga raja, bapa
kepada gadis itu memperluaskan lagi kawasan pemerintahan bakal menantunya dengan
meminum air yang menyeliputi Negara itu, membina sebuah ibu kota untuknya dan menukar
nama kerajaan itu kepada kemboja”. (R.C Majumdar)83
Pemerintahan Chenla mempunyai struktur yang kuat kerana dalam masa
pemerintahan raja Bhawawarman, beliau mempunyai hubungan yang kuat dalam
kekeluargaan dengan kerajaan Funan. Raja-raja dalam pemerintahan Chenla telah
mengamalkan sistem perluasan kuasa yang hebat hinggalah pertamadunan Chenla ini
mengikut Coedes banyak dipengaruhi oleh negara jirannya. Sekitar tahun 753 Masihi Chenla
telah mempunyai hubungan diplomatic dengan Negara China. Hal ini disebabkan penemuan-
penemuan inskripsi-inskripsi di kawasan Sambhupura (Sambor) bertarikh 770 masihi hingga
781 Masihi yang diketahui oleh salah seorang rajanya yang bernama Jayawarman. 84
83 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm 87.84 Ibid. hlm. 88.
36
4.4 kerajaan Kedah Tua
Bukan itu sahaja, kerajaan kedah tua juga mempunyai hubungan politik
dengan India. Kerajaan ini dipercayai wujud sejak abad ke-2 Masihi lagi dengan pelbagai
nama. Dalam bahasa Sanskrit ia dikenali sebagai Kataha dan dalam bahasa tamil ia dikenali
sebagai Kadaram. Manakala, dalam bahasa Cina pula, ia dikenali sebagai Chieh-ch’a dan
dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Kallah. Dari segi pemerintahan, Pengkalan Bujang
menjadi pusat pemerintahan dan pelabuhan utama Kedah.
4.5 Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang tertua
pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut satu catatan Cina, Liang Shu
Langkasuka telah ditubuhkan pada abad ke-2 Masihi lagi. Hikayat Merong Mahawangsa
menyatakan bahawa kerajaan Langkasuka ini berkait rapat dengan kerajaan kedah Tua. Malah
ia merupakan dua buah kerajaan kembar yang menguasai sebahagian besar bahagian Tanah
melayu. Namun, dalam hikaya itu juga menceritakan bahawa kedudukan kota itu adalah di
sekitar Gunung Jerai di Kedah pada hari ini. Sejak dari penubuhannya, Langkasuka telah
dikuasai oleh Kerajaan Funan sehinggalah separuh abad ke-6 Masihi apabila ia dapat
memerdekakan dirinya.
4.6 Kerajaan Tambralingga
37
Daripada sumber Tao I Chih lio, diketahui bahawa kerajaan ini mempunyai
pemerintahannya yang tersendiri yang diketuai oleh seorang ketua negara. 85 satu bukti
kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi C’aiya (Grahi).86 Menurut H.G.Q. Wales,
Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan dan ada kemungkinan C’aiya adalah bekas ibu
kota kerajaan ini. Tidak banyak informasi yang diperolehi tentang sistem pemerintahan dan
perkembangan kerajaan ini. Akan tetapi, dalam satu inskripsi kemboja yang dikutip oleh
D.G.E Hall, dikatakan bahawa ada seorang putera dari kerajaan Tambralingga itu yang
bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi
setelah merampas kuasa daripada Raja sebelumnya Udayadityawarman pada tahun 1002
Mashi.
NURUL HIKMAH BINTI ABDUL HAMID
D20091035427
5.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI SOSIAL
5.1 Agama dan Kepercayaan
5.1.1 Asal –Usul pengaruh Hindu-Buddha
Agama Hindu dan Buddha memberikan sumbangan yang besar terhadap
perkembangan agama dan kepercayaan masyarakat di Asia Tenggara iaitu di sekitar Tanah
Besar dan Kepulauan. Agama Buddha mula disebarkan ke Negara-negara berhampiran seperti
85 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm 10686 C’aiya merupakan sebuah Bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua yang dikenali sebagai grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina.
38
Myanmar, Sri Lanka pada abad ke-3 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Raja Asoka.87 Di
Asia Tenggara penerimaan agama-agama dari India agak berbeza antara sebuah kawasan
(Negara) dengan kawasan yang lain. Sebagai contoh di Myanmar dan Siam umpamanya
agama Buddha Hinayana (Trawada) lebih dominan manakala di Kemboja dan Campa
(Vietnam) agama Hindu Brahminisme lebih dominan. Manakala di kepulauan pula, Pulau
Jawa lebih dipengaruhi oleh agama Hindu walaupun agama Buddha sudah bertapak kukuh.88
Dari sudut teologi, hubungan penduduk Asia Tenggara dengan Kerajaan India telah memberi
peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara
dan agama ini juga telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal
di Asia Tenggara seperti Funan, Campa, Kedah Tua, Chen-La, Mataram dan lain-lain.89 Dari
segi sejarahnya, tamadun asli India bermula di Lembah Indus di Mohenjo Daro dan Harappa,
yang dikenali sebagai kebudayaan Dravidia. Kemudiannya dengan kedatangan bangsa Arya
yang membawa bersama-sama mereka agama Brahman dan bahasa Sanskrit sekitar abad ke-2
S.M bukan sahaja berlaku perkembangan kebudayaan Arya, bahkan telah dapat mendominasi
kebudayaan tempatan. Proses ini dikenali sebagai Brahamnisasi atau Sanskritasasi.90
Pada umumnya terdapat dua pola dasar tentang pengaruh agama Hindu-
Buddha di Asia Tenggara. Pertama bertolak daripada perspektif tradisi dan transformasi, di
suatu pihak memang berlaku perubahan agama daripada bentuk kepercayaan tradisional
kepada agama Hindu-Buddha, namun di pihak yang lain kelihatan bahawa kepercayaan
tradisional masih kekal diamalkan . Sekiranya konsep Great Tradition dan Little Tradition
dapat digunakan di sini, dapat dikatakan bahawa perubahan yang besar berlaku dalam
lingkungan istana yang mewakili Great Tradition, namun golongan rakyat yang diperingkat
bawahan mewakili Little Tradition masih mengekalkan warisan tradisi mereka. Namun sesuai
dengan tradisi mereka bahawa ‘agama raja adalah juga agama rakyat’ maka tidak dapat
dikatakan bahawa golongan rakyat tidak dipengaruhi lansung oleh agama Hindu-Buddha
sebaliknya mereka turut sama mendukung agama ini walaupun dengan cara mereka yang
tersendiri.91 Dalam konteks Asia Tenggara, pengaruh agama Hindu-Buddha memang besar,
baik dikalangan atasan mahupun bawahan. Dalam hal ini ajaran Hindu-Buddha yang lebih 87 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 220.88 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 43.89 Azhar Haji Mohd Aros. Azharudin Mohd Dali. Arba’iyah Mohd Noor. Saliha Haji Zainol. (2000). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Ed.2. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. hlm. 52-53.90 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah agama islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. hlm. 148.91 Ibid. hlm. 157.
39
berpengaruh adalah daripada aliran ritual. Agama Hindu misalnya, aliran ritual yang
berpengaruh ialah dalam bentuk Puranik yang memuja dewa-dewi trimurti (Brahma, Siva,
Vishnu) dan dewa-dewa kecil atau separa dewa lainnya. Namun begitu, tidak bererti aliran
Mahayana dalam agama Buddha tidak berkembang lansung kerana tetap terdapat
pengaruhnya tetapi tidak dapat mengatasi pengaruh aliran ritual.92
5.1.2 Kerajaan Funan
Pada sekitar abad pertama Masihi muncul negeri-negeri yang dikatakan
mendapat pengaruh India salah satu daripadanya adalah Funan. Nama ini muncul dalam rekod
China sekitar 220-280 Masihi dan hilang pada abad ke-7 Masihi dan dianggap sebagai negeri
yang pertama menerima pengaruh Sanskrit.93 Dipercayai agama Buddha merupakan agama
yang lebih terdahulu sampai dan disebarkan di Funan. Namun agama tersebut tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan pada peringkat awalnya. Setelah kedatangan Kaundinya iaitu
sekitar abad pertama Masihi, agama Brahminisme (Hinduisme) mula diperkenalkan di Funan.
Seperti agama Buddha, agama ini tidak mendapat sambutan pada peringkat awal
pengaruhnya, namun hingga abad ke-3 Masihi dilaporkan bahawa kedua-dua agama ini
berkembang serentak di Funan, akan tetapi penduduk-penduduk di Funan masih mengikuti
kepercayaan nenek moyang mereka sendiri yang merupakan penyembahan Hyang, animisme
dan dinamisme.94 Kaundinya merupakan seorang Brahmin (Hindu) mazhab siva mula
memasuki istana Funan, agama Siva disembah dalam bentuk Lingga (zakar). Dalam zaman
Fan Shih-man, agama Buddha telah dapat menonjolkan dirinya di Funan dan mengatasi
agama Brahmin, namun di kawasan takluknya di Segenting Kra dan Semenanjung, agama
Brahmin mula tersebar secara meluas kesan daripada perhubungan rapatnya dengan
pedagang-pedagang India dan penghijrahan Brahman ke sana. Melalui catatan Liang Shu,
diketahui bahawa penduduk Funan adalah penyembah Siva-Visnu di samping kepercayaan
tempatan dan daripada catatan itu juga diketahui bahawa, pengurusan mayat yang dijalankan
di Funan pada peringkat awal iaitu mayat dikuburkan (dibuang) ke dalam sungai, mayat
dibakar, mayat dikebumikan dan mayat ditinggalkan di satu-satu tempat untuk dimakan oleh
92 Ibid. hlm. 158.93 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 60.94 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003. hlm. 71.
40
burung. Upacara pengurusan mayat ini jelas menunjukkan percampuran kebudayaan Buddha-
Hindu tempatan.
Agama Buddha begitu menonjol dalam zaman Fan Shih-man dan
pemerintah-pemerintah berikutnya, namun setelah Funan dikuasai oleh Kaundinya II yang
datang dari P’an-P’an, agama Brahmin mula mempengaruhi istana.95Menurut Sejarah Chi
Selatan pula mencatatkan dalam zaman Jayawarman (480-514 Masihi), orang Funan
dikatakan menyembah Maheswara (Siva) dalam bentuk lingga Siva. Di samping itu, Sejarah
Liang menyatakan bahawa di Funan terdapat berhala yang mempunyai dua muka dan empat
tangan yang disembah oleh penduduknya. Berhala yang berbentuk sedemikian adalah
merupakan simbol kesatuan dua dewa Hinduisme iaitu Wisnu dan Siva dan kesatuan dua
dewa ini dikenali sebagai Harihara.96
NURSYAMIMI BT MAZELAN
D20091035411
5.1.3 Kerajaan Campa
Sebelum agama islam tersebar di Campa sekitar abad ke-8 Masihi, rata-rata
orang Campa beragama Hindu dan Brahminisme. Berkaitan dengan anutan agama Hindu oleh
orang Cam purba ini, sebahagian besarnya adalah penyembah Siva namun terdapat juga
kesan-kesan penyembahan terhadap Brahma dan Wisnu. Hanya terdapat tiga buah sahaja
patung Brahma yang ditemui di Campa seperti patung Brahma bermuka empat yang ditemui
di Mi-Son. Simbol Brahma juga ditemui berdampingan dengan dewa-dewa lain di relief Tri-
thuy dan Uu-diem (D. Daweewarn;1982)Selain itu, Dewi Laksmi juga disembah secara
bersendirian di Campa yang dikenali juga sebagai Padma dan Seri. Pemujaan ini dibuktikan
95 Ibid. hlm. 72.96 Ibid. hlm. 73.
41
dengan penemuan sebuah relief yang terdapat di Dong-duong menggambarkan Laksmi
sedang duduk diapit oleh dua ekor gajah. Di atas kepala dewi itu belalai kedua-dua ekor gajah
memegang sebuah kendi (L.Finot;1988). Patung Laksmi yang pertama di Campa dikatakan
didirikan oleh Raja Sambhuwarman dan diperbaiki oleh Wikrantawarman pada 713 Masihi.97
Ciri utama agama Hindu (Brahminisme) di Campa adalah pemujaan terhadap
Siva. Hal ini dibuktikan melalui penemuan 130 buah inskripsi yang telah ditemui di Campa
dan 92 daripadanya merujuk kepada Siva (D. Daweeran ; 1982). Kebanyakan siva di Lingga
disembah dalam bentuk Lingga dan sesetengahnya disembah dalam bentuk Lingga. Lingga-
lingga ini banyak ditemui di kompleks candi Mi-son dan Po-Nagar dan terdapat juga
penemuan Siva dalam bentuk muka manusia yang diukir sebagai relief pada dinding-dinding
candi atau patung-patung yang tersendiri. Selain itu, terdapat juga patung-patung yang diukir
mengikut wajah raja-raja Pembina candi tetapi diibaratkan sebagai Siva dan arca-arca
dinamakan mengikut nama raja seperti Bhadreswara yang didirikan oleh Raja Bhadrawarman
dan Indrabhadeswara yang dibangunkan oleh Indrawarman. Dalam inskripsi Campa, siva
sering dirujuk sebagai “ Ketua Trimuti dan Dewa Teragung daripada Dewa-dewa”. Bersama
dengan Siva disembah juga saktinya (isterinya) yang di Campa dikenali sebagai Uma atau
Mhabhagawati atau Mahadewi.98Manakala dari segi adat menguruskan mayat pula, adat
agama Hindu-Buddha diamalkan iaitu membakar mayat, terdapat tiga peringkat upacara
pengurusan mayat dalam masyarakat Cam pada masa itu. Jika mayat raja, abunya akan
dimasukkan ke dalam batil emas dan dibuang ke laut, manakala abu pembesar-pembesar
dimasukkan ke dalam batil perak dan dibuang ke kuala sungai. Abu orang kebanyakan
dimasukkan ke dalam pasu biasa dan dibuangkan ke dalam sungai.99
FATIN FATIHAH BINTI HASSAN
D20091035402
97 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 84.98 Ibid. hlm. 85.99 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 86.
42
Ajaran-ajaran dan amalan-amalan agama Hindu dan Buddha dibawa masuk
ke Asia Tenggara melalui pelayaran oleh orang-orang India . Hinduism adalah lebih
merupakan satu cara hidup daripada satu agama yang teratur dan mempunyai hubungan rapat
yang juga berkaitan dengan kehidupan hari ini, contoh yang jelas dapat dilihat adalah melalui
sistem kasta dalam masyarakat India iaitu alim ulama mereka adalah orang-orang Brahman
yang merupakan anggota yang tertinggi sekali dalam masyarakat India . Falsafah agama
mereka berkisar di sekeliling rukun penyataan alam,dipanggil Brahman kerana itulah ajaran-
ajaran dan amalan-amalannya dipanggil Brahmanism . 100 Walaupun ajaran Brahmanism
mementingkan kenyataan yang tunggal,tetapi pemujaan tuhan perseorangan adalah
merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan orang India . Tuhan-tuhan Brahmanism
seperti Siva dan Vishnu yang amat disukai ramai adalah menarik sekali kepada orang-orang di
Asia Tenggara .101 Siva ialah tuhan pembinasaan, perubahan dan penghasilan yang pada
kebiasaannya disembah dalam bentuk linga ( alat kemaluan lelaki ) yang diperbuat daripada
batu sementara Tuhan Vishnu adalah merupakan penjelmaan, pemeliharaan dan pengekalan .
Penentangan kuasa Brahman dan juga kepercayaan kepada banyak tuhan telah
melahirkan agama Buddha yang dianuti oleh anggota masyarakat India yang mempunyai
rahib-rahib tetapi tidak mempunyai paderi yang pada mulanya merupakan ajaran falsafah
tetapi kemudiannya berpecah kepada dua mazhab iaitu Hinayana yang msaih lagi
mengekalkan unsure-unsur kesederhanaan dan mazhab Mahayana yang disembah sebagai
seorang tuhan besar yang dikelilingi oleh beberapa bodhisattvas, iaitu penjelmaan sementara
roh abadi Buddha .
Bukti yang menunjukkan pengaruh India terhadap kerajaan-kerajaan awal adalah
penemuan patung-patung Buddha pada empat abad pertama yang telah dibuat pada abad
kedua dan ketiga seperti yang telah dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara iaitu di 100 Brian Harrison , 1957 ,South-East Asia A Short History , New York : London Macmillan & co Ltd , Hlm. 13 . 101 Ibid , hlm. 14 .
43
Siam, Champa, Sumatera , Jawa dan Celebes . Penemuan-penemuan beberapa patung Buddha
itu adalah menunjukkan gaya lukisan India yang dikenali sebagai Amaravati yang namanya
berasal daripada nama sebuah pekan yang penting di Kuala Sungai Kistna yang menjadi pusat
penyebaran agama Buddha yang penting di seberang laut pada abad kedua dan ketiga di
Pantai Timur India.
Amalan asasi dari segi corak pemikiran orang-orang Asia Tenggara tidak berubah di
bawah pengaruh kebudayaan Hindu dan dari segi animisme, pemujaan roh nenek moyang dan
adat-adat istiadat yang bersangkut paut dengan pertanian menjadi lebih bererti kepada mereka
berbanding penyembahan Buddha, Siva atau Vishnu tetapi penyerapan kebudayaan India
telah membantu memperkayakan kebudayaan asal orang-orang Asia Tenggara dengan
memperkenalkan agama dan pemikiran baru serta cerita-cerita purba dan cerita-cerita rakyat .
5.1.4 Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua ini dipercayai telah wujud sejak abad ke-2 Masihi lagi.
Kerajaan ini dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa Sanskrit ia dikenali dengan sebagai
Kataha, dalam bahasa Tamil ia dikenali sebagai Kadaram, dalam bahasa Cina Chieh-ch’a
manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Kallah.102
Pada peringkat awal kewujudannya, kerajaan ini dipengaruhi oleh Buddha
Therawada (Hinayana). Beberapa buah patung Buddha stail Ammarawati dan Gupta telah
ditemui di negeri ini. Namun sekitar abad ke 6/7 Masihi, Kedah telah dapat dipengaruhi
Sivaisme. Pengaruh India yang diterimanya ini berasal dari Pallawa, selatan India. Pengaruh
Pallawa ini sungguh kuat di Kedah hingga semua inskripsi awal yang dijumpai di Kedah
tertulis dalam tulisan Pallawa. Kolonel James Low melaporkan pada abad ke-9 Masihi
(sekitar 1840-an) bahawa beliau pernah menemui peninggalan-peninggalan koloni India dan
candi-candinya serta patung-patung yang telah pecah-pecah di sepanjang kaki Gunung Jerai di
102Ibid. hlm. 100.
44
Kedah. Low juga telah menemui tujuh bahagian inskripsi dalam bahasa Sanskrit yang berasal
dari abad ke-4 Masihi yang ditemuinya di Cherok Tok Kun di Seberang Perai. Beliau juga
telah memperoleh dua inskripsi Buddha dalam bahasa Sanskrit dari Bukit Meriam dan sebuah
batu tulis (slate) atau loh di Guar Kepah. Pada batu tulis tersebut terpahat doa-doa dalam
bahasa Sansrit tulisan Pallawa untuk keselamatan pelayaran yang akan dilakukan oleh seorang
nakhoda bernama Buddhagupta yang tinggal di Raktamrttika (Tanah Merah).
Antara lain, tulisan itu mencatatkan :
“Melalui segala kejahilan, karma akan bertambah. Punca kelahiran ialah karma. Kepunyaan
nakhoda ulung Buddhagupta, seorang penduduk (?) Raktamrttika….tentunya, dalam segala
hal….kesemuanya….akan Berjaya dalam pelayaran mereka.”
Daripada peninggalan dan runtuhan yang ditemui di Kedah hanya sebuah
sahaja yang dijumpai di utara Gunung Jerai yang merupakan bahagian bawah stupa abad ke-4
Masihi. Reruntuhan ini merupakan peninggalan pengindiaan yang tertua pernah ditemui di
Kedah (P.Whealtley; 1980). Pada peringkat awal, Raja-raja telah menganut agama Buddha
menyebabkan Kedah juga dipengaruhi agama itu (H.G.Q. Wales;1976)
Christopher Dawson dalam petikannya menyatakan:
“Religion is the key of history. We cannot understand the inner from of a society
unless we understand religion. We cannot understand its culture achievements unless we
understand the religigious beliefs that lie behind then. In all ages the first creative works of a
culture are due to a religious inspirations and dedecated to a religious end.”103
Dalam petikan ini dapatlah difahamkan tanpa mengetahui tentang sesuatu
agama tidak mungkin untuk kita memahami kebudayaan tradisional dalam segala aspek.
Disini jelaslah menunjukkan bahawa keagamaan itu berkait rapat dengan kebudayaan sesuatu
masyarakat. Sekiranya kita lihat akibat daripada hubungan awal antara India dengan kerajaan-
kerajaan awal di Asia Tenggara yang pada mulanya lebih kepada hubungan perdagangan
secara tidak langsung telah menyebabkan sedikit sebanyak “pengaruh india” telah meresap
103 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah agama islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
45
masuk kedalam kehidupan masyakat. Pengaruh ini dapat dilihat dari aspek kebudayaan,
sistem bahasa dan tulisan, kesenian mahupun cara hidup masyarakat di Asia Tenggara.
FITRIANI BT MAHI
D20091035556
6.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI SOSIAL
6.1 Kesenian
Selain itu, kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara pada kurun pertama
masihi banyak menerima pengaruh Buddha yang dibawa dari India. Ini dapat dilihat apabila
kebudayaan India meresap masuk ke dalam kehidupan, bahkan turut di diperlihatkan daripada
pembinaan monument keagamaan, imej dan inskripsi. Seperti mana pandangan sarjana
“R.C Majumdar could assert that hindu colonist brought with them the whole frame
work of their culture and civilization and this was transplanted in its enterity among the
people who had yet not emerged from their primitive”104.104 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68
46
Daripada kenyataan itu dapat ditakrifkan hubungan perdagangan awal antara India
dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara telah menyebabkan sedikit sebanyak
pengaruh India turut sama meresap masuk ke dalam kebudayaan tempatan dan seterusnya
pengaruh ini dapat dilihat sedikit sebanyak mempengaruhi kebudayaan tempatan dari segi
ekonomi, sosial, keagamaan dan kesenian. Namun begitu pengaruh keindiaan itu tidak dapat
dibezakan dengan jelas sebelum era Indianization, ianya hanya dapat dilihat dengan jelas
selepas proses Indianization tersebar secara meluas. Namun begitu pengaruh india telahpun
wujud sebelum berlakunya proses Indianization lagi. Di sini akan diterangkan tentang
pengaruh-penaruh awal india dalam kesenian yang mana akan lebih jelas lagi setelah proses
indianization
Seperti mana yang dijelaskan tadi hubungan awal antara India dengan
kerajaan awal di Asia Tenggara bukanlah merupakan hubungan yang diasaskan oleh
hubungan kebudayaan. Sebaliknya hubungan awal ini dibentuk oleh satu jaringan
perdagangan yang mana hubungan perdagangan itu kemudiannya akan membentuk satu
hubungan kebudayaan. Hal ini terjadi apabila masyarakat India yang datang berdagang ke
Asia Tenggara telah membawa bersama kebudayaan mereka ini dapat dilihat daripada barang
dagangan yang dibawa mereka ke Asia Tenggara. Penemuan barang-barang yang banyak
dihasilkan di India dapat diperolehi daripada tapak-tapak kerajaan awal di Asia Tenggara. Di
samping penemuan Manik-manik kaca, batu gantung semulajadi, terdapat jua penemuan
bekas yang diperbuat daripada tanah liat, batu, gangsa dan perak yang ditemuai di tapak-
47
tapak kerajaan awal iaitu di Tra kieu di tengah Thailand yang dianggarkan bertarikh abad
pertama masihi.105
Apa yang paling penting daripada jumpaan ini bukanlah semata-mata
untuk menjelaskan hubungan awal perdagangan antara India dengan kerajaan-kerajaan awal
di asia Tenggara sebaliknya menjelaskan bahawa terdapat pengaruh India yang meresap
masuk ke dalam kebudayaan masyarakat tempatan khususnya dalam kesenian itu sendiri.
Termasuklah dalam teknik pembuatan manik-manik kaca yang diambil dari india. Menurut
ahli arkeologi Berenice Bellina106 dan Francis107 yang menjalankan kajian di tapak kerajaan
Awal Thailand menyatakan bahawa pembuatan manic kaca dikenali sebagai “tradisi
pembuatan manic kaca”. Tapak penghasilan awal di India ialah Arikamedu dan karakaidu di
pantai Tamil Nadu, Selatan Madrasa yang dikenali sebagai “ Indo-facific Monochrone Draw
Glass Beads”. 108 Masyarakat tempatan telah meniru cara pembuatan manik-manik kaca dari
india yang kemudianya diaplikasikan cara pembuatannya.
105 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68-82.
106 Studied Archaeology and Art History of south and Southeast Asia at Sorbonne Nouvelle University (Paris III) and has participated in excavation in France, the UK, Laos, Thailand, and India. After completing her doctoral dissertation in 2001, entitled Temoinages archeologiques d’echanges entre l’Inde et l’Asie du Sud Est: morphologie morphometrie et techniques de fabrication des perles en agate eten cornaline, she was award a French Ministry of foreign Affairs Fellowship at the research laboratory for archaeology and the history of art, university Oxford. She is charge de Recherche au CNRS, FRE 2350- University Paris III, Sorbonne Nouvelle. Dr Bellina’s research interests are culture exchange processes in Asia and especially between South and Southeast Asia, focusing on the analysis of technological transfers and material sciences.
107 Is Australian Research Fellow in the School of archaeology and Anthropology, the Australian National University, Canberra. His main research interest focus on human adaptation and cultural change, particularly in Southeast Asia, but with growing attention to the southwest Pacific, including Australia and south Asia. These interest incorporate perspectives from biological anthropology, archeology, ethnography and history. He is the author (with Ian Caldwell) Land of Ion: The historical archeology of Luwu and the Cenrana Valley (2000) and editor (with Noel Barnard) of Ancient Chinese and Southeast Asian Bronze Age Cultures (2 volumes,1996-7)
108 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68
48
Manik-manik kaca yang dihasilkan kebanyakannya daripada monokrom
manik-manik merah yang dikenali sebagai mutisalah (“Mutiara Palsu”) di Indonesia. Hasil
daripada kajian sisa di tapak arkeologi, Francis telah menyimpulkan bahawa teknik
penghasilan manic yang sama di temui bertarikh awal abad pertama masihi di Mantai dan
Anuradhapura di Sri Langka, Khuan Lukpad dan Satingpra di SelatanTthialand, Kuala
Selingsi di Malay, Muara Jambi di Sumater dan Oc-eo di Vietnam. Ciri penting yang
membezakan Asia Selatan Awal di Asia dan kaca dari eropah ialah penggunaan banyak
alumina (Al2O3>3.5-4 per cent) dan rendah kandungan kapur ( CaO<4.5-5 per cent),
daripada analisi komposisi jelas menunjukkan teknik pembuatan kaca dari india pada
pengantian era christian mengunakan beberapa batch yang berbeza komposisi untuk
menghasilkan serangkaian jelas dan manik-manik kaca lutsinar yang berwarna. Dari segi reka
bentuk manik-manik juga jelas menujukan aplikasi pengaruh pembuatan manik-manik dari
india. Contohnya manik-manik kaca lutsinar yang ditemui di Ban Dont Ta Phet berbentuk
padu, bi-piramidal, persegi, hexagonal prismatik atau meniru bentuk prismatik formsof hablur
mineral alam, terutama yang dikenali kristal beryl.109 Cirri-ciri ini sama dengan yang terdapat
di India.
Aspek kesenian India juga dapat dilihat dalam seni ukiran masyarakat
tempatan di Asia Tenggara. Contohnya ukiran pada pasu lebih bermotifkan alam semulajadi
iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan serta bercorak simetri. Salah satu contoh yang menujukkan
pengaruh awal India adalah penemuan “Kundika” atau lebih dikenalai sebagai “kendi”110.
Pembuluh kundika mudah ditemui di tapak Pyu di Burma, Beikthano di tapak Mon atau
Winka selatan Thaton di Pantai Tenasserim, Dvaravati di tengah Thailand (Chansen dan
BanKhu Muang), Oc Eo di Selatan Vietnam dan di tengah Java. Aspek ukiran india turut 109 Ibid.hlm 76110 Ini adalah suatu bentuk picher dengan leher panjang yang mana membengkank di bahagian dasarnya. Kundika juga dikenali sebagai “ percikan”. Strukturnya kelihatan seperti tempayan dengan saiz yang jauh lebih kecil daripada saiz tempayan.
49
meresap masuk ke dalam masyarakat di Asia Tenggara, ini dapat dilihat daripada ukiran atau
cap-cap pada tinggalan seramik di Asia tenggara. Hasil kajian mendapati prototaip ini sama
dengan yang terdapat di india yang dikatakan muncul pada abad terakhir sebelum masihi dan
berlanjutan hingga abad ke 6-7 masihi. Kebanyakankannya ditemui di tapak sejarah awal
seperti Mathura, Ujjain, chichli and Paithan. Kebanyakan daripada seramik berwarna merah
dan dicap atau dibentuk dengan hiasan yang terletak di bahu, terdiri daripada motif simbolik
seperti Srivatsa (vas kelimpahan), roda ( svastika), yang Hamsa (suka), motif tumbuh-
tumbuhan seperti ros dan daun ataupun corak geometri. Di Mathura contohnya, seramik jenis
ini ditemui di Kushana dan diteruskan hingga empayar Gupta pada abad ke 4-5 masihi.
Cop seramik yang di temui di Burma mempunyai persamaan yang sangat
kuat dengan seramik yang ditemui di tapak awal kerajaan Buddha di india, seperti di
Beikthano, Halin dan Sri Ksetra. Begitu juga dengan bentuk ukiran seramik yang ditemui di
Dvaravati.111 seperti yang ditemui di tapak “Pyu” dekorasi terdiri daripada beberapa siri
frame persegi panjang, masing-masing dipisahkan oleh sebuah titik-titik menegak ,
menampakkan corak binatang seperti gajah atau lembu, motif flora, corak kuda mahupun
bentuk orang sedang menari. Banyak andaian mengatakan bahawa pasu-pasu tersebut
diimport dari India, namun begitu dapat disangkal bahawa seramik dengan hiasan corak-corak
itu merupakan hasil daripada kerja tangan masyarakat tempatan hasil daripada adaptasi
mereka terhadap kebudayaan yang ditiru dari India. Sebelum era Indianization lagi.
Selepas proses indianization salah satu objek yang sangat sinonim
dengan unsur kesenian India ialah pengguna naga kepala Sembilan yang menjadi tema utama
di dalam gambar-gambar dan patung-patung Khmer. Ini dikaitkan dengan kepercayaan
masyarakat india yang mempercayai lagenda India mengenai Brahmin Kaundiaya dan “nagi
111 Phasook Inrawooth. The Archeology of the early kingdoms of Thailand. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm 128
50
sama” iaitu puteri kepada Raja orang Naga112. Seni ukiran ini dapat dilihat terpahat pada
kawasan-kawasan ibadat yang menerima pengaruh Hinddu-Buddha.
Dari segi seni bina membuat bangunan pula, pengaruh india lebih ketara
dan jelas dalam pembuatan bangunan di Asia Tenggara selepas proses indianization. Pusat-
pusat kebudayaan India di nusantara terdapat di kawasan pantai, pusat kebudayaan seperti
istana raja di jumpai di kawasan padalaman. Anjuran kebudayaan dari India berkembang
dengan kebudayaan tempatan dan sekarang mempengaruhi untuk melahirkan satu
kebudayaan baru. Contohnya Candi Borobudur di Jawa dan Angkor wat di kemboja.
Walaupun mempunyai ciri persamaan yang diambil dari kebudayaan dan agama Hinddu dari
india, tetapi candi yang serupa tidak terdapat di India.113 Ianya berkembang sediri hasil
asimilasi antara kebudayaan yang datang dari India dengan kebudayaan tempatan. Bentuk
piramid candi Borobodur yang bertingkat-tingkat berasal daripada tradisi megalitik yang
lambangnya khusus kepada tempat bersemayam roh-roh nenek moyang. Contohnya dapat
dilihat melalui susunan dan pengaruh ukiran pada binaan candi-candi yang banyak
dipengaruhi oleh kebudayaan megalitik. Heine Gelden memberikan pendapat beliau bahawa
Tradisi megalitik turut menentukan bentuk bentuk dan susunan pencandian di Indonesia.114
Disamping diaplikasikan dalam seni pahat Jawa Hindu. Quarten Walaesmenyatakan bahawa
pendirian bangunan di tempat tinggi seperti candi sukuh merupakan satu tingkat
perkembangan lebih lanjut yang berhubung budaya Jawa-Hindu itu sendiri dan tergolong
dalam corak budaya khas bersumber megalitik tua. 115
112 “cerita ini menyebutkan bagaimana Brahmin Kaundinya menerima sebilah pedang sakti daripada Asvattharman, anak lelaki kepada Drona dan melontarnya untuk menunjukan tapak ibukotanya kelak. Kemudian dia berkawin dengan Soma, iaitu puteri raja orang Nada yang menghasilkan satu keturunan raja-raja. Keturunan raja-raja Pallava di Konjeverm juga menggunakan lagenda ini untuk menerangkan asal-usul mereka . kemudian lagenda ini diambil oleh orang Khamer dan ular naga telah diajdikan lambing suci asal usul mereka” D.G.E Hall: Sejarah Di Asia Tenggara, terbitan Macmillan & Co. Ltd, Landon. Hlm 34113 Penghantar Sejarah Nusantara Awal. Mohd Dahlan Mansoer. (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34.114 Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto : SJ Nasional Indonesia : Zaman Prasejarah di Indonesia. Hlm.253.115 Lucas Partanda Koestoro dan Ketut Wiradnyana, Tradisi megalitik di Pulau Nias, diterbitkan oleh Seri Warisan Bahagian Utara. hlm. 76.
51
Candi-candi didirikan bagi tujuan pemujaan kepala suku dan berkembang
kepada tempat pemujaan arwah orang yang telah meninggal atau orang yang diangap
berjasa kepada masyarakat. Dimana bahagian bawah arca dipahat dengan ukiran patung
megalitik dengan harapan akan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. 116 Unsur
kesenian megalitik turut dilihat mempengaruhi kehidupan masyarakat sehingga hari ini, ini
dapat dilihat melalui penggunaan ukiran bermotif haiwan, manusia dan lain-lain ukiran . Ini
dapat dilihat melalui penemuan batuan yang diukir dengan mofit-motif tertentu di Basemah
dan kepualauan Nias di Indonesia. Contohnya seperti lukisan kerbau ditemui di dinding
kubur batu melambangkan kerbau yang mempunyai hubungan rapat dalam kehidupan
masyarakat. Mana kala ukiran flora dan fauna mempunyai mofit kesuburan. Ini
menunjukkan masyarakat menghasilakan hasil karya dengan motif tertentu dan diukir pada
batuan bagi menujukkan perasaan mereka.
Pengaruh india dapat dilihat dari aspek senibina juga dapat dilihat dalam
kerajaan Lin- Yi dimana penduduknya membangunkan tembok rumah mereka dengan batu
bata yang dibakar, yang kemudiaannya dikapur. Hampir kesemua rumah mereka dilengkapi
dengan serambi atau teras, yang dinamakan “kan-lan”. Lubang pintu atau jendela pada
umumnya menghadap ke utara: kadang kala ketimur atau kebarat, kedudukan yang tidak
tetap.117
Mereka dikatakan menerima pengaruh India sejak dari awal abad pertama
lagi. Mengikut Permentier, kesenian dan seni bina mereka lebih kepada bercorak Khmer
daripada Campa. Salah satu lagi kawasan yang menerima pengaruh india ialah bandar
pelabuahan Oc Eo (terletak dalam kawasan Fu-nan) yang terletak di delta Sungai Mekong di
pinggir Teluk Siam kira-kira tiga batu dari laut. Oc Eo merupakan sebuah bandar yang besar, 116 Ibid. hlm. 76.117 Ecole Francaise D’extreme-Orient. (1981). Kerajaan campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka. hlm. 37.
52
terdiri daripada rumah-rumah bertiang dan di selangseli dengan taliair iaitu sebahagian
daripada sistem taliair yamg meliputi kawasan seluas 200 kilometer untuk mengairkan sawa
padi dan menampung penduduk yang ramai, dibina dengan penuh kemarihan di atas kawasan
yang dahulunya yang penuh dengan lumpur cair dan pokok bakau.118
FITRIANI BT MAHI
D2009103555
6.2 Sistem Bahasa dan Tulisan
Pengaruh sistem bahasa dan tulisan dari kebudayaan India dengan
kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara amat sukar untuk dilihat. Hal ini kerana tidak wujud
sebarang bukti arkeologi yang dapat menunjukkan wujudnya pengaruh sistem tulisan india
dalam setiap kerajaan awal di Asia Tenggara. Namun begitu daripada bukti arkeologi yang
berupa tinggalan “prasasti” menunjukkan bahawa pengaruh sistem tulisan India turut
digunakan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara . Namun begitu bukti-bukti tinggalan tidak
banyak dan hal ini mungkin disebabkan oleh sifat bahasa Sanskrit itu sendiri. Bahasa Sanskrit
merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting dalam tamadun india, segala seni yang
terpenting daripada kesusasteraan klasik, falsafah, agama dan sebagainya ditulis
menggunakan bahasa ini. Oleh kerana bahasa ini adalah bahasa yang tertinggi kedudukannya,
bahasa ini hanya merupakan bahasa bangsawan dan golongan elit yang sangat terbatas
penggunaannya. Fungsinya sebagai bahasa agama tidak banyak memberi kesan kepada rakyat 118 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara. Terbitan Masmillan R co. Ltd, London Edisi ke-2. Hlm. 33.
53
biasa kecuali selepas ajaran Buddha aliran thevada disebarkan sebagai agama popular. oleh
itu tinggalan yang dapat menunjukkan penggunaan bahasa dalam sistem India agak sukar
ditemui.
Hasil daripada tinggalan “prasanti-prasanti” kita dapat melihat penggunaan
sistem bahasa dan tulisan dari india di kawasan asia Tenggara seperti penggunaan Tulisan
Kuno di kemboja( Funan) bertarikh pada pertengahan pertama abad ketiga yang ditemui pada
ukiran batu dari Vocanh yang mana memeparkan catatan Buddhis dalam bahasa Sanskrit
tetapi dalam huruf tulisan India Selatan. Di Champa tulisan tulisan Sanskrit tentang King
Bhadravarman bertarikh pertengahan kedua abad keempat menunjukkan bahawa pemujaan
siva telah dianut secara rasmi di situ. Di Malaya tulisan yang dijumpai di kedah adalah
Buddhis dan berumur tidak kurang dari abad ke empat, tulisan-tulisan Mulavarman yang
dijumpai di Kutei, Borneo Timor bertarikh pada awal abad ke lima, manakala tulisan
Purnavarman di Jawa-Barat bertarikh daripada pertengahan abad itu. Di Burma tulisan-tulisan
kuno dijumpai di kawasan bandar lama “Prome” bertarikh akhir abad kelima.119 Penggunaan
huruf Gantha dari India Selatan dalam kebanyakan tulisan-tulisan Sanskrit member tanda-
tanda tentang tempat asal orang-orang India yang datang ke Asia Tenggara pada waktu silam.
Dalam abad ke kedua dan ketiga orang-orang Chola dari india Selatan menjalankan
perniagaan di Asia Tenggara, dan dari abad ke empat hingga seterusnya orang Pallava dari
pantai Coromandel pula memainkan peranan penting dalam kawasan itu.
Di Ceruk Tekun, Semenjung tanah melayu ada dijumpai beberapa
serpihan prasasti dalam bahasa sansktit yang dikatakan terulis pada abad ke empat, manakala
serpihan prasasti yang dijumpai dekat Bukit Meriam dalam negeri kedah mengandungi
rangkap ajaran Buddha dalam bahasa Sanskrit yang ditulis dengan huruf pallava yang paling
119 Asia Tenggara, terjemahan dari karangan Brian Harrison. (1966). Kuala Lumpur: Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm. 18.
54
tua.120 Di sebuah tapak arkeologi dari bahagian akhir zaman neolitik di Kuala Selingsi dalam
negeri Perak dijumpai sebuah meteri dari batu kuarz bertarikh abad ke-5 yang terukir dengan
nama Sri Vishnuvarman. Penemuan terbaru ( sekarang di utara Seberang Perai) dijumpai
sekeping batu loh yang tertulis rangkap Buddha dalam bahasa Sanskrit dan juga doa selamat
bagi pelayaran seorang nakhoda kapal bernama Buddhagupta yang dikatakan tinggal di tanah
merah. Manakala hasil kajian Wheatley di daerah sungai Kelantan menemui prasasti
mengunakan tulisan tulisan pallava yang jelas menunjukkan agama Buddha sudah bertapak di
tanah melayu pada ketika itu dan dibawa masuk dari India Selatan.121
Daripada penemuan-penemuan prasasti bertulis tulisan sanskrit
menunjukkan penggunaaan tulisan sanskrit di Asia Tenggara yang mana dikatakan disebarkan
oleh masyarakat-masyarakat yang membawa bersama kebudayaan Hindu. Penduduk asasi di
gugusan pulau-pulau melayu terdiri daripada orang-orang Melayu Proto, manakala di
kawasan daratan penduduknya terdiri daripada campuran Melayu Deutero. Masyarakat India
dikatakan telah berasimilasi dengan masyarakat ini. Di semenanjung tanah melayu penduduk
pantai masih orang Melayu Proto. Orang-orang Cham122 yang mendiami di sepanjang pantai
Vietnam tengah sekarang mengunakan bahasa pertuturan dari rumpun melayo-Polynesia. Di
Vietnam Selatan, Kemboja dan di lembah-lembah Sungai Mekong yang didiami oleh orang-
orang Khemer dan rumpun bahasa mereka adalah rumpun Austro-Asiotic. Di Lembah-lembah
Sungai Menam (negeri Siam sekarang) dan di Lower Burma didiami oleh orang-orang Mon
yang amat rapat kekeluargaannya dengan Orang-orang Khmer. Di lembah lembah Sungai
Irrawaddy dan Sitting (Burma sekarang ini) didiami oleh orang-orang Pyus merupakan
120 Rangkap tersebut berbunyi “ Karma terkumpul kerana kecetekan pengetahuan, karma menyebabkan penjelmaan. Dengan adanya pengetahuan karma tidak akan terjadi dan dengan tidak adanya karma tidak ada penjelmaan” menunjukkan bahawa bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa keagamaan.121 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara. London: Terbitan Masmillan R co. Ltd, Edisi ke-2. Hlm. 49.122 Penemuan tiga prasasti gua terpahat teks yang paling tua yang dikenalpasti dalam bahasa cam. Teks yang berbahasa daerah menunujkkan bahawa pada abad ke-4, negeri itu dihuni oleh penduduk yang berbahasa Cam dan yang paling penting ialah kebudayaan india telah disebarkan oleh orang cam sehingga ke kawasan-kawasan baru.
55
kumpulan yang menjadi perintis dalam pengembaraan orang-orang tibeto Burma ke arah
selatan. Hasil daripada penghijrahan masyarakat ini telah membawa bersama pengaruh
kebudayaan India yang telah maju dan diasaskan kepada satu cara tulisan, bahasa dan sastera
Sanskrit, pemujaan agama Berahma dan Buddha, cerita purbakala Hindu disamping memiliki
gaya dan teknik lukisan yang tersendiri.123
Dari segi bahasa dan tulisan, pengaruh India lebih banyak dapat dilihat selepas
indianization itu mula berakar umbi dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara.
Contohnya dalam kesusasteraan telah berlaku penghasilan karya sastera baru yang bertitik
tolak dari 2 karya hindu terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. Ini dapat dilihat di
Negara Thai terdapat saduran epik Mahabharata yang dikenali sebagai Ramakien.124 Di
kemboja dan Champa tidak diketahui terdapat karya-karya sastera tentangnya, tetapi daripada
prasasti dan inskripsi yang dijumpai terbukti bahawa kedua-dua epik itu tersebar luas dan
sesetengah episodnya sangat popular.
FITRIANI BT MAHI
D20091035556
6.3 lain-lain
Memetik ayat daripada petikan Burton Stein yang berbunyi:
“sejak awal tamadunnya India merupakan sebahagian daripada perkembangan
masyarakat yang lebih besar terutamanya dalam konteks masyarakat, kebudayaan dan
pembentukan kerajaan”
123 Asia Tenggara, terjemahan dari karangan Brian Harrison. (1966). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 19.124 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publication. hlm. 66.
56
Menunjukkan masyarakat india itu mempunyai cara mereka sendiri dalam
membina tamadun mereka. Kemudiannya dipetik lagi ayat dari petikan R.c Majumdar:
“the hindu colonists brought with them the whole framework of their culture and
civilization and this was transplant in its entirety among the people who had yet not emerged
from their primitive barbarism”125
Menunjukkan bahawa masyarakat India kemudiannya membawa bersama-
sama mereka kebudayaan dari tamadun mereka untuk disebarkan kepada masyarakat lain.
Jadi tidak hairanlah sekiranya pada ketika itu kebudayaan India sedikit sebanyak telah
mempengaruhi kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Namun begitu masyarakat yang
membawa bersama kebudayaan India dan berasimilasi dengan penduduk tempatan itu tidak
membawa 100% kebudayaan mereka, sebaliknya hanya membawa separuh daripada ciri-ciri
awal.
Contoh pengaruh India dalam berpakaian dapat dilihat apabila lelaki dan
perempuan hanya memakai sehelai kain dari ki-pei yang dipasang membelit badan. Telinga
mereka ditindik dan digantungi cicin kecil. Orang terkemuka memakai alas kaki daripada
kulit manakala golongan kebanyakan tidak tidak memakai alas kaki.126 Cara hidup yang sama
juga terdapat di Fu-nan dan kerajaan-kerajaan yang terdapat di balik negeri Lin-Yi. Manakala
Golongan raja pula memakai kuluk yang tinggi, dihiasi mulai emas dan jambul sutera.
Menjadi suatu istiadat apabila golongan raja menunggang gajah sambil dipayungi, didahului
oleh sekumpulan peniup sangka dan pemukul gendang serta golongan hamba abdi yang
mengibarkan bendera-bendera kain.
125 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon: New York. hlm. 68.126 Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka, Jakarta 1981. hlm. 35.
57
Dalam aspek perkhawinan tiada laranggan untuk mereka yang mempunyai
nama keluarga yang sama untuk menjalinkan perkawinan. Manakala perkhawinan selalu
dilaksanakan pada bulan ke 8, dengan tradisi si gadis akan melamar lelaki kerana gadis
diangap lebih rendah harkatnya.127
Dipercayai masyarakat awal Lin-Yi daripada kaum Cam, ini dibuktikan
dengan jumpaan prasanti gua yang mana tulisan pada prasanti tersebut mempelihatkan
pengunaan bahasa cam128. Mereka digambarkan sebagai masyarakat yang berperwatakan
suka berperang dan kejam, mata mereka cengkung, hidung mereka lurus dan mancung,
rambut hitam dan keriting, kaum wanita mengikat rambutnya di atas kepala berbentuk palu.129
Dari segi pealatan masyarakat Lin-Yi menggunakan busur,panah, pedang, lembing tarbil dan
bamboo. Manakala alat music yang digunakan ialah kecapi, biola berdawai lima dan
sebagainya. Manakala sangka dan gendang untuk menyebarkan berita kepada rakyat.130
Pengaruh India juga dapat dilihat melalui cara pengebumian , sekiranya
melibatkan golongan pemerintah pemakaman akan dilakukan dengan aturcara yang penuh
istiadat iaitu mayat akan diiringi dengan bunyi-bunyian dan tarian, diusung ke tepi laut lalu
dibakar dengan api menyala, tulang-tulang yang tidak habis terbakar akan dimasukkan
kedalam tempayan emas dan dibuang ke laut. Jika yang meninggal itu dari kalangan menteri-
menteri, tulangnya akan dimasukkan kedalam tempayan perak dan dibuang ke muara sungai.
Sekiranya orang biasa kana disimpan didalam tempayan dari tanah dan dibuang ke sungai.
Tetamu yang hadir ke majlis pengebumian akan memotong rambut sebelum meninggalkan
tepi air. Manakala perempuan yang berkabung seumur hidup kan terus terurai setelah tumbuh
kembali kerana mereka tidak ingin berkhawin lagi.131 Selain itu di beberapa kawasan seperti
127 Ibid. Hlm. 35.128 Ibid.129 Ibid.130. Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka. hlm. 35.131 Ibid. Hlm. 35.
58
Khao Sam Kaeo, Ban Don Ta Phet dan Noen U-Loke di Thailand, Gion Ca Vo dan beberapa
tapak lain di Vietnam ditemui perhiasan seperti manik-manik batu akik dan cernelian yang
diperbuat dari India banyak ditemui di kawasan tapak pengebumian terutamanya masyarakat
bangsawan,132 ini menunjukkan terdapat pengaruh India dalam sistem penguburan
masyarakat, juga terdapat pembahagian darjat Sosial dalam masyarakat.
7.0 KESIMPULAN
132 Phasook Indrawooth, The Archaeology of the early Kingdom Of Thailand. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm 128
59
Kesimpulannya, hubungan India dengan kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era
Indianisasi dapat dilihat dengan jelas dari segi perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan dengan
penemuan bahan-bahan arkeologi seperti kapal gangsa, mangkuk gangsa, batu manik dan batu
akik yang ditemui di tapak-tapak kerajaan awal seperti Ban Don Ta Phet, Khao Sam Keo,
Khuan Luk Pat, Kuala Selinsing, Funan, Kedah Tua, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga
hubungan dari segi politik dan sosial sebelum era Indianisasi tetapi tidak begitu ketara dan
tidak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Jadi, dapatlah kita lihat bahawa perdagangan
merupakan faktor dominan dalam mewujudkan hubungan India dengan kerajaan-kerajaan
awal sebelum era Indianisasi dan sangat penting sehingga membawa kepada titik tolak india
dari segi politik dan sosial pada abad ke-2 hingga ke-9 Masihi. Namun, selepas proses
Indianisasi berlaku secara meluas telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas
masyarakat dan pentadbiran di Asia Tenggara. Kemasukan India di Asia Tenggara telah
membawa pelbagai golongan elit dengan tujuan untuk mengukuhkan kuasa masing-masing.
Proses Indianisasi yang berlaku secara penyesuaian dan penyerapan sepenuhnya telah
menyebabkab pengaruh India berterusan sehingga kini.
BIBLIOGRAFI
60
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional.
Shah Alam: Karisma Publications.
Abdul Rahman Abdullah,. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum dan
sesudah Islam. Selangor: Utusan Publication.
Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.
Afifah Abu Yazid. (2003). Perjanjian Tamadun Asia (Ed 2). Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distrubutors Sdn.Bhd.
Azhar Hj. Mohd. Aras. Azharuddin Mohd. Roli. Arba’iyah Mohd. Noor. Saliha Hj Zainal.
(2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi kedua. Kuala Lumpur: Jabatan
Sejarah university Malaya.
Berenice Bellina and Ian Glover. The archaeology of Early Contact With India And The
Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam
Southheast Asia From Prehistory to History. edited by Ian Glover and Peter Bellwood.
Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York
Brian Harrison. (1963). Asia Tenggara. Macmillan and Company Limited. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian pelajaran Malaysia.
Charles Highem. The Early Southeast Asia.
D.G.E Hall. Sejarah Asia Tenggara. Terbitan Masmillan R co. Ltd, London Edisi ke-2.
Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka.
Lucas Partanda Koestoro dan Ketut Wiradnyana,. Tradisi megalitik di Pulau Nias. diterbitkan
oleh Seri Warisan Bahagian Utara.
61
Mahayudin haji Yahaya. (1998). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit
fajar Bakti.
Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson. ( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of
The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD). Boston: Brill Publisher.
Nik Hassan Shuhaimi dan Ashyaari Muhamad. Protohistoric Earthenware from Kuala
Selinsing,Perak, Kertas kerja dibentangkan pada symposium ‘Premodern Southeast Asian
Earthenware’, Singapore Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia :
1999, Sejarah Malysia 1400-1641, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
Phasook Indrawooth, The Archaeology of the early Kingdom Of Thailand. dalam Southheast
Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge
Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York
R. B. Smith & W. Watson. (1979). Early South East Asia: Essays in archaeology history and
historical geograph. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Thieery Zephir. (1998). Khmer Lost Empire of Cambodia. London; Themes and Hudson ltd..
Tooro Namura . (1989 ). Pembentukan Kerajaan Bernegara dan Thalasakrasi . Dalam
Ismail Hussein. et. al. (ed). Tamadun Melayu. jilid 2 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce,. Published in
association with UNESCO.
Ian Glover, Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York:
RoutledgeCurzon.
RUMUSAN KESELURUHAN DARIPADA BAHAN RUJUKAN
62
Daripada bahan rujukan utama yang kami gunakan iaitu The Malay
Peninsula : Crossroads of Maritime Silk Road (100 BC-1300AD ) , buku ini
menceritakan tentang hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia
Tenggara sebelum era Indianisasi . Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan
awal ini dapat dilihat dengan jelas dalam bab 3 buku ini . Antara kerajaan-
kerajaan awal yang telah dinyatakan ialah Ban Don Ta Phet , Kuala Selinsing ,
Khuan Luk Pat dan Khao Sam Kheo yang mana menunjukkan hubungan awal
dengan India melalui aspek ekonomi khususnya perdagangan . Walaupun
demikian terdapat juga aspek lain iaitu politik dan sosial tetapi tidak begitu
ketara . Bukti-bukti yang dapat dilihat tentang hubungan India dengan kerajaan-
kerajaan awal ini adalah melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti kapal
gangsa, batu akik,manik-manik,mangkuk gangsa dan sebagainya . Namun
melalui penemuan-penemuan arkeologi ini, kapal gangsa dan manik-manik
merupakan bukti yang paling kukuh untuk menunjukkan bahawa terdapatnya
pengaruh India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara . Kebanyakan
penemuan gangsa yang ditemui di tapak-tapak arkeologi mengandungi
kandungan timah dalam kepekatan yang tinggi antara 23-28 peratus . Hal ini
berbeza dengan buku Sejarah Tamadun Bangsa Melayu hasil karya Ahmad
Jelani Halimi yang banyak menceritakan tentang kedatangan India ke Asia
Tenggara adalah berfokuskan kepada aspek agama dan kepercayaan yang
membawa kepada pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal serta kerajaan-kerajaan
yang dipengaruhi oleh budaya Hindu Buddha . Contohnya Kerajaan Funan
63
adalah kerajaan yang paling awal yang menerima pengaruh India iaitu setelah
kedatangan Kaundiya iaitu pada abad pertama Masihi dan melalui buku ini juga
turut menceritakan hubungan India dengan kerajaan awal melalui
kesenian,kesusasteraan,bahasa dan tulisan dan lain-lain .
Oleh itu dapat dijelaskan bahawa sebelum Indianisasi telah wujudnya
pengaruh di Asia Tenggara melaui aspek perdangan khususnya di samping
aspek-aspek yang lain iaitu politik dan sosial . Selepas berlakunya Indianisasi
telah menyebabkan berlakunya penyerapan budaya yang diasimilasikan dengan
kebudayaan tempatan yang dapat dilihat sehingga ke hari ini .
64