imtc news

8
ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013 IMTC DILANCAR KUALA LUMPUR - Icon Maritime Training Centre (I.M.T.C) bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2013 bersempena Acara Makan Malam Tahunan Icon Oshore Berhad. Pelancaran IMTC akan mengubah lanskap di dalam industri OSV (Oshore Supply Vessel) di Malaysia. "IMTC akan menjadi ikon yang unik di dalam industri OSV di Malaysia kerana pusat ini menyediakan siri - siri latihan yang khusus kepada pembangunan kemahiran bagi para pekerja di industri perkapalan pesisiran pantai ini." ujar Dr Jamal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Icon Oshore Berhad (Gambar). Tambahan beliau lagi, "Program kelolaan IMTC akan mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia ( JPK) , agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan mensasarkan pada 13hb Januari 2014, kursus pertama akan dijalanka di premis kami." 1 Pekeliling Dalaman IMTC BERITA "ICON MARITIME TRAINING CENTRE" December 2013 | SKILL ENHANCEMENT PROGRAM (SKEP) Fakta Terkini Icon Offshore Berhad pada ketika ini adalah syarikat perkapalan pesisiran pantai yang ketiga terbesar di Malaysia. Industri Minyak & Gas Malaysia Industri Minyak dan Gas Negara dijangka berkembang sehingga 20% hingga 30% menjelang tahun 2020 Industri OSV Malaysia Dijangkakan industri OSV terdapat sejumlah 12,000 kelasi kapal yang berkhidmat di perairan Malaysiaa dan sejumlah 49 buah syarikat yang berdaftar dan bekerja di sektor OSV Malaysia. Sebanyak 65 buah kapal ketika ini disewa oleh PETRONAS.

Upload: ahmad-imran

Post on 20-Sep-2015

39 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

IMTC

TRANSCRIPT

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    IMTC DILANCAR KUALA LUMPUR - Icon Maritime Training Centre (I.M.T.C) bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2013 bersempena Acara Makan Malam Tahunan Icon Oshore Berhad. Pelancaran IMTC akan mengubah lanskap di dalam industri OSV (Oshore Supply Vessel) di Malaysia.

    "IMTC akan menjadi ikon yang unik di dalam industri OSV di Malaysia kerana pusat ini menyediakan siri-siri latihan yang khusus kepada pembangunan kemahiran bagi para pekerja di industri perkapalan pesisiran pantai ini." ujar Dr Jamal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Icon Oshore Berhad (Gambar).

    Tambahan beliau lagi, "Program kelolaan IMTC akan mendapat sokongan penuh dar i Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan mensasarkan pada 13hb Januari 2014, kursus pertama akan dijalanka di premis kami."

    !1Pekeliling DalamanIMTC

    BERITA "ICON MARITIME TRAINING CENTRE"

    December 2013 | SKILL ENHANCEMENT PROGRAM (SKEP)

    Fakta Terkini Icon Offshore Berhad pada ketika ini adalah syarikat perkapalan pesisiran pantai yang ketiga terbesar di Malaysia.

    Industri Minyak & Gas Malaysia Industri Minyak dan Gas Negara dijangka berkembang sehingga 20% hingga 30% menjelang tahun 2020

    Industri OSV Malaysia Dijangkakan industri OSV terdapat sejumlah 12,000 kelasi kapal yang berkhidmat di perairan Malaysiaa dan sejumlah 49 buah syarikat yang berdaftar dan bekerja di sektor OSV Malaysia. Sebanyak 65 buah kapal ketika ini disewa oleh PETRONAS.

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    "Selama ini pekerja-pekerja mahir di dalam industri perkapalan persisiran pantai (OSV) tidak pernah mendapat peluang untuk mendapat sijil kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan kerana ketiadaan kursus yang disenaraikan bagi sektor ini. Dengan penubuhan IMTC, ianya akan dapat memberi peluang kepada para pekerja mahir ini untuk mendapat pengiktirafan." kata Dr. Jamal Yusof.

    Kursus-kursus yang ditawarkan dibahagikan kepada dua bidang iaitu, operasi dek kapal dan operasi enjin kapal. Ianya disasarkan kepada semua peringkat di dalam pengurusan kapal dengan pelbagai kursus ditawarkan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu.

    Dr. Jamal juga berkata bahawa misi IMTC di masa hadapan ialah untuk menubuhkan Institut Latihan yang menawarkan kursus-kursus khas industri perkapalan persisiran pantai kepada para pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyertai industri ini.

    PELUANG KEEMASAN KEPADA KRU PERKAPALAN ICON OFFSHORE BERHAD KUALA LUMPUR - Penubuhan IMTC merupakan satu peluang keemasan kepada kru Icon Oshore Berhad kerana ianya akan dapat membentuk mereka menjadi lebih kompeten dengan siri-siri kursus yang ditawarkan." kata Haji Rahman Yusof, Ketua Pegawai Operasi, Icon Oshore Berhad (Gambar)

    "Selama ini tiada syarikat perkapalan pesisiran pantai yang sanggup untuk melabur wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan latihan seperti yang disediakan oleh Icon Oshore Berhad." tambah Haji Rahman.

    "Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh Icon Oshore Berhad kepada kru kapal yang berkhidmat dengan syarikat kami seperti elaun pengangkutan, makanan serta minuman dan juga penginapan di hotel 4 bintang turut disediakan secara percuma kepada mereka." kata Tuan Haji Rahman.

    Beliau juga berkata bahawa ianya adalah peluang yang terbaik kepada kru-kru kapal Icon Oshore Berhad untuk menjadikan mereka yang terbaik dikalangan mereka yang lain. Selain daripada itu, peluang-peluang pekerjaan di luar negara yang jauh lebih lumayan adalah tidak mustahil lagi untuk kru-kru Malaysia.

    !2Pekeliling DalamanIMTC

    "I HATED EVERY MINUTE OF TRAINING, BUT I SAID, 'DON'T QUIT. SUFFER NOW AND LIVE THE REST OF YOUR LIFE AS A

    CHAMPION" ... Muhammad Ali

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN ANJURAN IMTC BAKAL DIIKHTIRAF OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. CYBERJAYA Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia bakal beker j a sama dengan Icon Off shore Berhad da lam membangunkan kompetensi pekerja mahir di dalam industri perkapalan pesisiran pantai di Malaysia.

    Satu Jawatankuasa Pemandu telah dibentuk yang dianggotai oleh kedua-dua organisasi dalam usaha membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Natinal Occupational Skills Standard NOSS) . Jawatankuasa ini telah bermesyuarat

    beberapa ka l i dan baka l membangunkan beberapa s tandard peker jaan d i da lam industri perkapalan pesisiran pantai, menurut Dr. Mohd Yuso b in Abu Bakar, Pengarah Pembangunan Ker j a sama Strategik, Jabatan Pembangunan Kemahiran (gambar).

    Dengan adanya NOSS, para

    pekerja mahir di dalam industri perkapalan pesisiran pantai akan berpeluang mendapat pengiktirafan kemahiran mereka melalui sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kursus yang ditawarkan oleh pihak Icon Oshore Berhad, ujar Dr. Mohd Yuso lagi.Kerjasama yang dijalin oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Icon Oshore Berhad ini membuktikan bahawa jalinan yang kukuh di antara sektor awam dan swasta mampu membantu Negara di dalam membangunkan modal insan terutamanya di kalangan pekerja mahir di Malaysia.Maklumat lanjut mengenai Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia sila layari www.dsd.gov.my atau www.skillsmalaysia.gov.my.

    !3Pekeliling DalamanIMTC

    Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain? Dah tentu, jawab doktor. Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, kata lelaki itu dengan girangnya.

    Hotel De Palma Ampang Diumum Hotel Rasmi IMTC

    KUALA LUMPUR - Hotel De Palma Ampang diumumkan sebagai hotel rasmi Icon Maritime Training Centre (IMTC). Hotel milik penuh kerajaan Negeri Selangor ini adalah sebuah hotel yang terkenal di kawasan Ampang, lokasi yang strategik dan berdekatan dengan semua kemudahan serta pusat hiburan dan pusat membeli-belah.

    Hote l De Pa lma Ampang baka l menempatkan semua peserta kursus anjuran IMTC.

    Maklumat lanjut, sila layari laman web www.depalmahotel.com

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    PAKAR-PAKAR PESISIRAN PANTAI DI BALIK TABIR ICON MARITIME TRAINING CENTRE KUALA LUMPUR - Icon Oshore Berhad melangkah setapak kehadapan dengan penubuhan Icon Oshore Training Centre (IMTC) yang bertujuan untuk menjana para pekerja mahir di dalam industri perkapalan pesisiran pantai. Disebalik tabir pusat latihan ini, adalah antara nama-nama besar serta berpengalaman yang bakal berkongsi pengalaman bersama-sama pelajar yang menyertai kursus yang ditawarkan oleh pihak Icon Maritime Training Centre.

    Captain Abdul Halim Said memulakan karier beliau di dalam

    industri perkapalan sejak 1971. Beliau berkelulusan Master Mariner Class 1 dari UK dan berpengalaman luas di perairan luar Malaysia. Pada tahun 1984, beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat bersama Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebagai pensyarah nautikal. Kemudian beliau meneruskan karier beliau dengan menyertai SHELL pada tahun 1991 hingga 2008. Kini beliau telah bersara dan menjalankan

    kerja juru runding serta latihan.

    Captain Syed Fazil Yahya pula mula berkecimpung di dalam industri perkapalan sejak tahun 1970, di mana pada ketika itu beliau bekerja dengan Isomar Shipping Sdn Bhd yang merupakan agensi perkapalan yang pertama dia Kemaman. Beliau berkelayakkan Master-Near Coastal (1988) dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam industri Minyak & Gas. Beliau juga pernah berkhidmat di PETRONAS sebagai Penguasa Marin pada tahun 2001. Kini beliau sudah bersara tetapi masih meneruskan kerja-kerja juru runding di dalam industri maritim.

    Captain Ahmad Imran merupakan peneraju IE Marine yang

    menyediakan perkhidmatan latihan dan juru r und ing untuk indust r i mar i t im. Be l i au mempunyai pengalaman belayar selama 13 tahun bersama Kapal LNG MISC. Selain daripada itu beliau pernah mengajar di Akademi Laut Malaysia selama 3 tahun sebagai pensyarah kanan juga seba ga i Pengua sa Lat ihan d i AET Sh ip Management (Singapore) Pte. Ltd

    !4Pekeliling DalamanIMTC

    Adakah Anda Tahu? Penglibatan Kru kapal Icon Offshore Berhad di dalam kursus yang dianjurkan adalah WAJIB dan akan ditentukan oleh bahagian Crewing Department, Icon Offshore Berhad.

    Manfaat Kepada Anda Dalam Menyertai Kursus IMTC 1. Meningkatkan produktiviti

    serta menambah pengetahuan untuk menjalankan tugas harian

    2. Dapat mengurangkan kerja-kerja yang berulang

    3. Dapat membantu anda di dalam membuat keputusan kritikal

    4. Membantu anda di dalam mengenal pasti masalah yang bakal mendatang

    5. Meningkatkan kepuasan di dalam bekerja dengan penambahan ilmu.

    6. Meningkatkan profil ICON di mata klien.

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    KURSUS OPERASI ENJIN DI DALAM INDUSTRI PERKAPALAN PESISIRAN PANTAI AKAN DIBANGUNKAN. KEMAMAN - Icon Maritime Training Centre telah berjaya membangunkan sukatan pembelajaran bagi kursus-kursus berkaitan dengan operasi 'deck' kapal dan program seterusnya ialah untuk membangunkan sukatan pembelajaran berkaitan dengan operasi enjin bagi sesebuah kapal pesisiran pantai. Program ini dijangka akan dibangunkan selewat-lewatnya akhir Januari 2014 oleh pakar-pakar yang berpengalaman di dalam operasi ini.

    "Adalah penting kepada para jurutera yang berkhidmat di dalam industri perkapalan pesisiran pantai mengetahui serta memperkuatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam operasi bagi menjamin kelancaran operasi sesebuah kapal yang berkhidmat di kawasan-kawasan operasi minyak dan gas yang bernilai berpuluh billion ringgit", tegas Encik Rahman Jahya, Penguasa Teknikal & Operasi, Icon Oshore Berhad.

    Program yang akan dibangunkan ini bakal memberi pengetahuan tambahan serta kemahiran di dalam mengendalikan operasi enjin serta pengkongsian pengalaman kepada para jurutera serta operator enjin.

    TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA CAPT. HAMIDON KAHAR, KETUA PROJEK ICON MARITIME TRAINING CENTRE

    KUALA LUMPUR - Temubual bersama Capt Hamidon Kahar berlangsung di dalam suasana yang santai

    dan beliau sungguh bersemangat dengan projek terbaru yang dijalankan oleh Icon Oshore Berhad. Capt Hamidon Kahar adalah merupakan Ketua Projek bagi IMTC, beliau bertanggungjawap di dalam penubuhan dan pembangunan program pembelajaran. Di bawah adalah ringkasan temubual kami bersama Capt Hamidon.

    A DA K A H P R O G R A M YA N G D I JA L A N K A N O L E H I C O N MARITIME TRAINING CENTRE DIWAJIBKAN OLEH BADAN-B A DA N L A I N S E P E R T I S T C W, JA B ATA N L AU T DA N SEBAGAINYA?

    Program-program yang dijalankan adalah dari inisiatif daripada Icon Oshore Berhad sendiri. Program ini dibangunkan berlandaskan kepada keperluan serta tuntutan yang dikehendakki oleh piha penyewa kapal antaranya PETRONAS, SHELL, EXXON dan sebagainya,

    !5Pekeliling DalamanIMTC

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    ADAKAH PROGAM-PROGRAM INI DIIKHTIRAF OLEH MANA-MANA BADAN BERKAITAN? Pihak kami pada ketika dan saat ini sedang di dalam proses untuk mendapatkan pengikhtirafan daripada badan-badan berkaitan dan antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia serta badan-badan lain yang masih di dalam perbincangan.

    APAKAH BENTUK ELAUN SERTA FAEDAH-FAEDAH LAIN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK IMTC JIKA TERPILIH MENGHADIRI PROGRAM INI? Pihak Icon Oshore Berhad akan memberikan elaun berbentuk tunai berjumlah RM 70 sehari kepada peserta program yang berkhidmat di kapal-kapal milik Icon Oshore Berhad. Selain daripada itu, penginapan serta elaun pengangkutan juga disediakan untuk kemudahan para kru kapal yang hadir di dalam program ini.

    DIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM INI AKAN BERLANGSUNG? Sementara menunggu premis tetap IMTC, program-program ini akan dijalankan di ibu pejabat Icon Oshore Berhad bertempat di Kuala Lumpur

    APAKAH OBJEKTIF KHUSUS DI DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM INI? Objektif khusus program IMTC adalah untuk merapatkan jurang pengetahuan serta kemahiran di dalam sektor OSV.

    SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI TENAGA PENGAJAR BAGI PROGRAM-PROGRAM INI? Pihak Icon Oshore Berhad telah melantik jururunding dan pakar selain daripada pakar-pakar dalaman untuk membangunkan modul serta skop pembelajaran. Mereka ini berpengalaman di dalam bidang masing-masing terutamanya di dalam sektor OSV

    ADAKAH PROGRAM-PROGRAM INI MENAWARKAN LATIHAN SIMULASI? Buat ketika ini, pihak kami masih berunding dengan pihak-pihak tertentu di dalam membekalkan peralatan simulasi bagi program-program yang ditawarkan. Saya yakin di dalam masa akan datang, IMTC akan dilengkapi oleh peralatan simulasi yang bakal memberikan latihan yang lebih komprehensif.

    APAKAH HARAPAN CAPT. HAMIDON KEPADA SEMUA KRU KAPAL ICON OFFSHORE BERHAD? Saya berharapan agar kru-kru kapal Icon Oshore Berhad dapat mengambil peluang keemasan ini untuk kebaikkan mereka di masa hadapan. Tambahan lagi, panel pengajar adalah terdiri daripada mereka yang amat berpengalaman di dalam sektor OSV terutamanya di dalam industri Minyak & Gas.

    !6Pekeliling DalamanIMTC

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    IMTC Akan Dilancarkan Bersempena Dengan Makan Malam Tahunan Icon Offshore Berhad KUALA LUMPUR - Icon Maritime Training Centre (IMTC) bakal dilancarkan secara rasmi pada 20hb Disember 2013 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Pelancaran ini adalah bersempena dengan Makan Malam Tahunan Icon Oshore Berhad 2013. Makan malam bertemakan "Movie Night" bakal menyaksikan pelbagai kostum yang meriah mengikut tema. Persembahan jenaka bersahaja dari Barney dan kumpulan muzik Sons of Adam bakal menghiburkan hadirin yang hadir.

    !7Pekeliling DalamanIMTC

    Sidang Redaksi Buletin IMTC Penasihat Dr. Jamal YusofCapt. Hassan AliTn Haji Abdul RahmanPuan Zaleha Abd Hamid

    Ketua Pengarang Capt Hamidon Kahar ([email protected])

    Pengarang Ezriq Sajad([email protected])

    Sila hubungi 03-2180 6300 untuk pertanyaan mengenai : 1. Crewing - Pn Adila Nisya 2. Engineering - Haji Rahman Jahya 3. IMTC - Ezriq Sajad

  • ICON MARITIME TRAINING CENTRE December 2013

    !8Pekeliling DalamanIMTC