implikasi penguatkuasaan ifsa terhadap industri takaful

9
Implikasi Penguatkuasaan IFSA terhadap Industri Takaful Sebagai pengenalan, IFSA merupakan Akta yang baharu digazetkan pada Disember 2012 oleh Parlimen, dan mula dikuatkuasakan bermula tahun ini. Akta tersebut dianggap sebagai manifestasi kepada komitmen kerajaan dan semua pihak berkaitan bagi memperkasa sistem perbankan Islam dari sudut penguatkuasaan dan perundangan. Dengan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA), undang-undang yang sedia ada seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996, Akta Sistem Pembayaran 2003, Akta Kawalan Pertukaran 1953, Akta Perbankan Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 akan dimansuhkan. Bagi Akta Insurans, seksyen-seksyen 147(4) dan 147(5), 150, 151 dan 144 masih dikekalkan dan akan dimasuhkan kemudian, sementara lain- lain seksyen tidak akan digunapakai. Industri Takaful Elemen yang harus diberi perhatian dalam perundangan baharu ini adalah tentang peruntukan yang mentadbir urus perniagaan takaful mempertegas sifat kontrak Syariah yang mendasari rangka kerja operasi takaful. Perundangan baharu ini memberi kesan undang-undang kepada pengasingan pemilikan dana antara peserta takaful dengan pemegang saham pengendali takaful mengikut tuntutan Syariah. Perkara ini diperkukuh melalui keperluan pengawalseliaan yang menekankan hubungan dusiari antara pengendali takaful dengan peserta takaful seperti yang ditetapkan dalam kontrak mudarabah atau wakalah yang digunakan

Upload: afidatul-azwa

Post on 01-Jan-2016

343 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Islamic Finance

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful

Implikasi Penguatkuasaan IFSA terhadap Industri Takaful

Sebagai pengenalan, IFSA merupakan Akta yang baharu digazetkan pada Disember 2012 oleh

Parlimen, dan mula dikuatkuasakan bermula tahun ini. Akta tersebut dianggap sebagai

manifestasi kepada komitmen kerajaan dan semua pihak berkaitan bagi memperkasa sistem

perbankan Islam dari sudut penguatkuasaan dan perundangan.

Dengan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA), undang-undang yang

sedia ada seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996, Akta

Sistem Pembayaran 2003, Akta Kawalan Pertukaran 1953, Akta Perbankan Islam 1983 dan

Akta Takaful 1984 akan dimansuhkan. Bagi Akta Insurans, seksyen-seksyen 147(4) dan

147(5), 150, 151 dan 144 masih dikekalkan dan akan dimasuhkan kemudian, sementara lain-

lain seksyen tidak akan digunapakai.

Industri Takaful

Elemen yang harus diberi perhatian dalam perundangan baharu ini adalah tentang peruntukan

yang mentadbir urus perniagaan takaful mempertegas sifat kontrak Syariah yang mendasari

rangka kerja operasi takaful. Perundangan baharu ini memberi kesan undang-undang kepada

pengasingan pemilikan dana antara peserta takaful dengan pemegang saham pengendali

takaful mengikut tuntutan Syariah. Perkara ini diperkukuh melalui keperluan pengawalseliaan

yang menekankan hubungan fidusiari antara pengendali takaful dengan peserta takaful seperti

yang ditetapkan dalam kontrak mudarabah atau wakalah yang digunakan dalam perniagaan

takaful, iaitu dana takaful hendaklah diuruskan bagi pihak dan untuk kepentingan peserta

takaful.

Keperluan atau sekatan dalam undang-undang yang dimansuhkan yang kekal terpakai boleh

dilihat menerusi sekatan bagi penggunaan perkataan tertentu di bawah seksyen151 IFSA yang

menyatakan ‘Penggunaan perkataan tertentu (seperti bank, insurans, takaful) yang boleh

ditafsirkan sebagai menjalankan perniagaan yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam adalah tidak dibenarkan, kecuali mendapat

kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank Negara Malaysia.’

Hal ini merupakan suatu penambahbaikan dalam konteks industri takaful menerusi

penguatkuasaan IFSA iaitu berkenaan eksklusiviti perkataan ‘takaful’ yang hanya boleh

digunakan untuk operator atau syarikat takaful berdaftar sahaja. Mana mana pihak adalah

dianggap melakukan kesalahan sekiranya menyalahgunakan perkataan ‘takaful’ bagi sesuatu

Page 2: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful

Selain itu, prinsip uberrimae fidei juga dinyatakan dibawah Jadual Kesembilan IFSA. Jadual

9 menyatakan, dalam seksyen 5(5) bahawa setiap operator atau ejen takaful berlesen perlu

melaksanakan keperluan seperti yang diperuntukkan dalam sub- perenggan (1) dan (3); iaitu

dalam konteks memenuhi tugas membantu pelanggan dengan sebaik mungkin, dan kegagalan

berbuat sedemikian akan dianggap suatu kesalahan. Begitu juga dengan seksyen 141

berkaitan hal ehwal pra-kontrak dan peruntukan lain yang berkaitan tentang liability,

tanggungan professional dan sebagainya. Jadual 9 seksyen 141 (1) menyatakan kewajipan

pendedahan prakontrak dan representasi bagi kontrak takaful dalam Bahagian 2, dan remedi

bagi salah nyataan yang berhubungan dengan kontrak takaful dalam Bahagian 3. Seksyen 141

(2) pula menyatakan ‘Mana–mana orang yang melanggar kewajipan pendedahan di bawah

perenggan 11 Jadual 9 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan

untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau

kedua–duanya.’

Seksyen 11 (1) pula menggariskan tentang duty to full disclosure, di mana menyatakan Tiada

pengendali takaful berlesen, ejen takaful, broker takaful yang diluluskan, penasihat kewangan

Islam yang diluluskan atau wakil penasihat kewangan Islam dalam usaha untuk mendorong

seseorang untuk membuat, mengubah atau memperbaharui, atau mempelawa untuk membuat,

mengubah atau memperbaharui, suatu kontrak takaful, sama ada ia kontrak takaful pengguna

atau tidak, dengannya atau melaluinya boleh membuat suatu kenyataan yang mengelirukan,

palsu atau memperdaya, sama ada secara fraud atau sebaliknya;

(b) boleh secara fraud menyembunyikan suatu hakikat material; atau

(c) dalam hal ejen takaful, menggunakan apa–apa risalah pemasaran atau ilustrasi produk

yang tidak dibenarkan oleh pengendali takaful berlesen.

Seksyen 11(2) pula menyatakan Jika seseorang itu didorong untuk membuat, mengubah atau

memperbaharui suatu kontrak takaful dengan cara yang diperihalkan dalam subperenggan (1),

kontrak takaful itu hendaklah menjadi boleh batal dan orang itu berhak untuk membatalkan

kontrak itu.

Seterusnya, di bawah seksyen 12(1) dinyatakan tentang tanggungan pengendali takaful atau

yang merunding kontraknya, dimana Seseorang yang diberi kuasa oleh pengendali takaful

berlesen sebagai ejen takafulnya dan yang mensolisit atau merunding suatu kontrak takaful

dalam keupayaan sedemikian hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan atau

Page 3: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful

perubahan kontrak takaful itu, sebagai ejen kepada pengendali takaful itu dan pengetahuan

ejen takaful itu hendaklah disifatkan sebagai pengetahuan pengendali takaful itu. Seksyen

12(2) turut menggariskan bahawa Suatu kenyataan yang dibuat, atau suatu tindakan yang

dilakukan, oleh ejen takaful hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan atau perubahan

kontrak takaful, sebagai suatu kenyataan yang dibuat, atau tindakan yang dilakukan, oleh

pengendali takaful berlesen walaupun ejen takaful itu melanggar subperenggan 11(1) atau

mana–mana peruntukan lain Akta ini.

Di bawah Jadual 9 turut menggariskan tentang salah nyataan atau misrepresentation yang

merujuk kepada kenyataan yang salah atau tidak benar/ mengelirukan dan boleh mendorong

seseorang untuk memasuki kontrak bagi pengendali takaful yang mempunyai remedi boleh

digolongkan sebagai

(a) sengaja atau melulu;

(b) cuai; atau

(c) ikhlas.

(4) Suatu salah nyataan adalah sengaja atau melulu jika pengguna mengetahui bahawa

(a) ia tidak benar atau mengelirukan, atau tidak peduli sama ada ia tidak benar atau

mengelirukan; dan

(b) perkara yang berkaitan dengan salah nyataan itu berkaitan kepada pengendali takaful

berlesen itu, atau tidak peduli sama ada ia berkaitan kepada pengendali takaful berlesen itu.

(5) Suatu salah nyataan yang dibuat secara tidak jujur adalah dianggap sebagai telah dibuat

secara sengaja atau melulu.

(6) Suatu salah nyataan adalah cuai atau ikhlas, mengikut mana–mana yang berkenaan,

sekiranya ia tidak sengaja atau melulu.

(7) Pengendali takaful berlesen perlu menunjukkan bahawa suatu salah nyataan adalah

sengaja atau melulu atas imbangan kebarangkalian

Tambahan itu, takrifan salah nyataan juga terdapat peruntukannya dalam Akta Kontrak 1950

do bawah seksyen 18 yang menyatakan-

Page 4: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful

a) ketegasan positif secara yang tidak dibenarkan oleh maklumat yang diperolehi oleh orang

yang menegaskan terperinci mengenai sesuatu hal yang tidak benar, sungguhpun orang itu

percaya bahawa hal itu adalah benar.

b) mana-mana pelanggaran kewajipan yang tanpa niat menipu

c) menyebabkan walaupun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat kekhilafan.

Selain daripada peruntukan tentang pendedahan maklumat yang menggariskan hubungan

fidusiari antara ejen takaful dan pengguna atau pelanggan takaful, IFSA turut menyatakan

tentang pembayaran manfaat takaful di bawah Jadual 10 seksyen 142 apabila kematian

peserta takaful di bawah sijil takaful keluarga dan sijil takaful kemalangan diri, yang

dikeluarkan berkenaan dengan suatu kontrak takaful yang dibuat oleh peserta takaful atas

hayatnya. Sebagai peserta Takaful, di bawah peruntukan ini boleh:

(i) menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful yang perlu dibayar di

bawah sijil takaful ini, sama ada sebagai seorang Wasi iaitu pentadbir harta mengikut

undang-undang berkaitan pembahagian harta pusaka yang terpakai terhadap Peserta, atau

sebagai seorang Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat; atau

(ii) menyerahhakkan manfaat takaful kepada seorang penama di bawah Penyerahhakkan

Mutlak

Peruntukan ini juga menyatakan tentang penama dan penamaan dalam Takaful dan perlu

difahamkan secara jelas apakah yang dimaksudkan dengan terma-terma tersebut. Secara

ringkasnya, penama ialah orang yang peserta namakan di Borang Penamaan yang akan

menerima manfaat. Penamaan tersebut akan memudahkan urusan harta pusaka apabila

seseorang meninggal kelak. Bagi fungsi penama pula, untuk peserta penama yang dinyatakan

hanyalah bertindak sebagai penjaga amanah yang mesti membahagikan semula wang

pampasan itu mengikut system faraid dan lain-lain hak harta yang ada.

Kesan penamaan di bawah Jadual 10 dinyatakan seperti berikut:

(1) Seorang penama di bawah subperenggan 2(1) hendaklah menerima manfaat takaful yang

kena dibayar di bawah sijil takaful sama ada sebagai seorang wasi atau sebagai seorang

benefisiari di bawah hibah bersyarat, mengikut mana–mana yang berkenaan, sebagaimana

yang dinyatakan dalam borang penamaan oleh peserta takaful itu.

Page 5: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful

(2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2

(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat,

hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan

memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena

dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful

sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful

yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

(3) Jika manfaat takaful adalah dibayar di bawah suatu hibah bersyarat, sekiranya dibuktikan

bahawa sijil takaful itu telah diambil dan sumbangan takaful itu telah dibayar dengan tujuan

untuk memfraud pemiutang peserta takaful itu, pemiutang itu hendaklah berhak untuk

menerima daripada manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sejumlah yang

sama dengan sumbangan takaful yang telah dibayar di bawah sijil takaful itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (3), sekiranya seorang benefisiari telah menerima manfaat

takaful itu secara suci hati, dan manfaat sedemikian telah digunakan oleh benefisiari itu,

pemiutang itu hendaklah menerima sejumlah yang sama dengan manfaat yang belum

digunakan sekiranya manfaat yang belum digunakan sedemikian adalah kurang daripada

sumbangan takaful yang telah dibayar.

Peruntukan bagi penama yang menerima manfaat takaful pula dibawah seksyen 6 Jadual 10

yang menyatakan :

(1) Pengendali takaful berlesen hendaklah dilepaskan daripada liabiliti bagi pembayaran

manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful jika pengendali takaful berlesen telah

membayar manfaat takaful kepada penama yang dinamakan dalam sijil takaful itu sama ada

penama menerima manfaat takaful itu sebagai wasi atau benefisiari di bawah hibah bersyarat.

(2) Bagi maksud subperenggan (1) jika seorang penama bagi peserta takaful menerima

manfaat takaful itu sebagai seorang wasi, penama sedemikian hendaklah membahagikan

manfaat takaful itu dalam penjalanan mengikut wasiat peserta takaful itu atau mengikut

undang–undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang terpakai

bagi pentadbiran harta pusaka peserta takaful yang mati peserta takaful itu.

Page 6: Implikasi Penguatkuasaan IFSA Terhadap Industri Takaful