implementasi animasi dalam pengajaran dan · pdf fileperbezaan statistik yang signifikan ......

12
1 IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Norhayati Che Hat, 1 Shaferul Hafes Sha'ari, 2 Mohd Fauzi Abdul Hamid 3 . [email protected] 1,2,3 Universiti Sultan Zainal Abidin. Abstrak: Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran bahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampu mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Seramai 66 orang pelajar diploma tahun pertama yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan eksperimen (n=33) dan kumpulan kawalan (n=33) . Keputusan yang diperolehi daripada data yang dikumpulkan dari ujian pra dan pasca bagi setiap kumpulan telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t dalam SPSS versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan statistik yang signifikan (t= 8.789, df = 64, p < 0.05) antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Nilai perbezaan skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 33.03. Ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan. Perbezaan ini menunjukkan bahawa penggunaan animasi dalam sesi pembelajaran menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini menyokong idea bahawa aplikasi animasi boleh diintegrasikan dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa bukan sebagai cara alternatif tetapi sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang menyumbang secara positif kepada pencapaian pelajar, suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar. Kata Kunci: Implementasi, inovasi, animasi, bahan bantu mengajar, pembelajaran Bahasa Arab. PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan multimedia semakin berkembang pesat pada masa kini. Animasi adalah salah satu elemen multimedia yang turut diaplikasikan dalam proses P&P kerana elemen ini mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Menurut Norazamudin (2005), perkataan animasi adalah berasal daripada Latin yang membawa erti ‘dihidupkan’ ataupun ‘bring to life’ yang merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek yang pada dasarnya adalah statik agar kelihatan hidup. Dunia animasi bukan hanya bertumpu kepada hiburan, pelancongan dan perniagaan sahaja, bahkan juga dalam bidang pendidikan. Dalam dunia pendidikan, animasi memainkan peranan penting sebagai daya penarik minat pelajar untuk belajar dan dapat membantu guru-guru untuk memotivasikan pelajar ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kenyataan ini turut disokong oleh (Aminordin, 2007; Abd Rashid et al., 2012), yang menyatakan bahawa Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

Upload: nguyendang

Post on 30-Jan-2018

250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

1

IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB

Norhayati Che Hat,1 Shaferul Hafes Sha'ari,

2

Mohd Fauzi Abdul Hamid 3.

[email protected] 1,2,3

Universiti Sultan Zainal Abidin.

Abstrak: Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran

bahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampu

mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan

penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar diploma di

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Seramai 66 orang pelajar diploma

tahun pertama yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan eksperimen

(n=33) dan kumpulan kawalan (n=33) . Keputusan yang diperolehi daripada data yang

dikumpulkan dari ujian pra dan pasca bagi setiap kumpulan telah dianalisis dengan

menggunakan ujian-t dalam SPSS versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan statistik yang signifikan (t= 8.789, df = 64, p < 0.05) antara pencapaian kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Nilai perbezaan skor min kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 33.03. Ini menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan. Perbezaan ini menunjukkan

bahawa penggunaan animasi dalam sesi pembelajaran menyumbang kepada pencapaian

pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini menyokong idea bahawa aplikasi animasi boleh

diintegrasikan dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa bukan sebagai cara alternatif tetapi

sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang menyumbang secara positif kepada pencapaian

pelajar, suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.

Kata Kunci: Implementasi, inovasi, animasi, bahan bantu mengajar, pembelajaran Bahasa

Arab.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan multimedia semakin berkembang pesat pada

masa kini. Animasi adalah salah satu elemen multimedia yang turut diaplikasikan dalam

proses P&P kerana elemen ini mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.

Menurut Norazamudin (2005), perkataan animasi adalah berasal daripada Latin yang

membawa erti ‘dihidupkan’ ataupun ‘bring to life’ yang merujuk kepada suatu proses

menjadikan sesuatu objek yang pada dasarnya adalah statik agar kelihatan hidup. Dunia

animasi bukan hanya bertumpu kepada hiburan, pelancongan dan perniagaan sahaja, bahkan

juga dalam bidang pendidikan. Dalam dunia pendidikan, animasi memainkan peranan penting

sebagai daya penarik minat pelajar untuk belajar dan dapat membantu guru-guru untuk

memotivasikan pelajar ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kenyataan ini turut

disokong oleh (Aminordin, 2007; Abd Rashid et al., 2012), yang menyatakan bahawa

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri

Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

2

animasi merupakan cara yang efektif untuk menarik perhatian dan berpotensi menjadikan

pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Selain daripada dapat menarik perhatian

pelajar, animasi juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas berbanding

penggunaan media yang lain. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasi

dapat menyampaikan konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ini memudahkan

penerangan konsep ataupun demonstrasi sesuatu kemahiran dapat difahami dan diingati

dengan mudah oleh pelajar. Selain itu, animasi digital juga dapat meningkatkan motivasi dan

merangsang pemikiran pelajar supaya dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalam

menerima isi pelajaran. Hal ini konsisten dengan kajian Baharuddin et al. (2003) yang

menyatakan bahawa bahan multimedia interaktif yang mempunyai visual grafik, teks, muzik,

video serta animasi, mampu meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan

yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran

tradisional. Ia membolehkan pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam mengumpul

maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan dan meningkatkan proses pemahaman

(Ko, S & Rossen, S., 2008) serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang

lebih lama dalam ingatan (Paivio, 1986).

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasi

dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini memfokuskan kepada

pencapaian pelajar kumpulan eksperimen (kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantu

animasi) dan kumpulan kawalan (kaedah pembelajaran secara konvensional). Ini bertujuan

untuk membandingkan pencapaian mereka selepas mengikuti sesi pembelajaran mengikut

kaedah pengajaran masing-masing. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi rangsangan

dan galakan kepada para pensyarah untuk memahirkan diri menggunakan teknologi untuk

diaplikasikan di dalam kelas supaya kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan dari semasa ke

semasa mengikut kesesuaian peringkat umur, objektif pengajaran dan sebagainya.

ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian awal tentang keberkesanan penggunaan animasi

sebagai bahan pembelajaran telah dijalankan oleh King, 1975 (Saw, 1999). Dalam kajian

King, hasil kajian mendapati skor ujian pos bagi ketiga-tiga corak persembahan pembelajaran

iaitu persembahan animasi, rajah statik dan teks sahaja tidak menunjukkan perbezaan yang

signifikan. Dengan itu, King berpendapat animasi kurang sesuai digunakan bagi bahan

pembelajaran berbentuk kefahaman dan konsep. Beliau berpandangan animasi lebih sesuai

digunakan untuk tugas yang melibatkan masa dan pergerakan. Manakala Large (1996)

berpendapat animasi berkesan apabila pelajar dikehendaki mempelajari satu siri langkah-

langkah. Ini menunjukkan mungkin sifat kandungan bahan pembelajaran turut mempengaruhi

keberkesanan animasi.

Hasil kajian Spangenberg (1973) mendapati prestasi pelajar yang memerhatikan pita

video (animasi) dalam sesi pembelajaran adalah lebih baik daripada prestasi pelajar yang

memerhatikan siri imej statik. Kajian ini selari dengan dapatan kajian yang telah dilakukan

oleh (Mayer & Anderson, 1991; Mayer & Sims, 1994). Kajian Baek & Layne (1988)

menunjukkan bahawa skor min pasca ujian bagi pelajaran Matematik yang mengandungi

grafik animasi lebih tinggi berbanding pelajaran yang menggunakan grafik statik atau teks

sahaja. Baek & Layne juga mendapati pelajar dalam kumpulan grafik animasi menggunakan

masa yang lebih singkat untuk belajar. Dapatan kajian ini disokong dengan hasil kajian Park

& Gittelman (1992) yang mendapati persembahan grafik animasi lebih efektif berbanding

persembahan grafik statik bagi mengajar kemahiran berteraskan komputer. Menurut Park &

Gittelman, animasi dapat membantu ilustrasi struktur yang kompleks, fungsi dan prosedur

Page 3: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

3

perkaitan antara objek dan gerakan. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian ChanLin (2001)

yang mendapati penggunaan animasi lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secara

statik. Hasil kajian Mayer dan Moreno (2002) berkaitan penggunaan animasi sebagai bahan

bantu mengajar (BBM) kepada pembelajaran multimedia, mendapati bahawa terdapat kesan

yang sangat konsisten terhadap penggunaan animasi dalam proses pembelajaran multimedia

berbanding dengan teknik tradisional iaitu sekadar menyampaikan maklumat secara verbal

(syarahan). Kajian ini menegaskan penggunaan persembahan multimedia seperti animasi

dalam proses pembelajaran menjadikan proses itu lebih bermakna dan efektif.

Terdapat juga beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa

menerusi perisian animasi. Boswood (1997) dalam kajiannya mendapati bahawa penggunaan

animasi dalam proses pembelajaran bahasa yang disifatkannya sebagai edutainment

(pembelajaran secara berhibur) membawa keseronokan dan menukarkan suasana

pembelajaran itu menjadi lebih kondusif. Hasil kajian Kayaoglu et al. (2011) mendapati,

terdapat peningkatan yang signifikan terhadap keputusan ujian pos pelajar yang

menggunakan animasi dalam pembelajaran mereka berbanding dengan ujian pra. Dapatan ini

selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Lin & Tseng (2012) ke atas 88 orang pelajar

yang mempelajari perkataan sukar bahasa Inggeris di sekolah tinggi junior di utara Taiwan.

Hasil kajian mereka menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga

kumpulan, di mana pencapaian kumpulan pelajar yang mempelajari perkataan bahasa

Inggeris melalui video animasi dan teks mengatasi kumpulan yang menggunakan teks dan

gambar, dan teks sahaja. Hasil kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid et al. (2012) bagi

mengenal pasti persepsi 56 orang guru bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Sepang

terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran penulisan karangan bahasa Melayu

mendapati penggunaan animasi memberi kesan positif dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang seronok dan dapat mempengaruhi emosi pelajar walaupun tahap

kesedaran terhadap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru. Justeru, kajian-kajian

tersebut menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi animasi dalam kelas-kelas

pembelajaran bahasa. Namun aplikasi tersebut bukan sebagai cara alternatif tetapi sebagai

satu cara tambahan atau bahan bantu untuk menyumbang secara positif terhadap pencapaian

pelajar dan juga kepada suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.

Implementasi animasi tidak hanya terhad kepada pembelajaran bahasa Inggeris sahaja

malah turut digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian terhadap penggunaan

teknologi animasi berasaskan web dalam pembelajaran bahasa Arab telah dijalankan oleh

Janudin Sardi (2009). Hasil kajian tersebut mendapati beberapa kelebihan aplikasi dapat

dikenalpasti, antaranya fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaran

yang menarik melalui persembahan elemen multimedia khususnya penggunaan teknologi

animasi, di samping pengguna juga mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu,

aplikasi ini merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Norhayati (2013) ke atas 20 orang pelajar diploma di

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, mendapati bahawa pelajar

mempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respons positif terhadap penggunaan animasi

dalam pembelajaran bahasa Arab dengan nilai purata 4.34.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Bagi meninjau sejauh mana keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam

kalangan pelajar maka satu kajian telah dilakukan ke atas para pelajar bahasa Arab. Kajian ini

melibatkan 66 orang pelajar diploma tahun pertama daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan

& Perakaunan, Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan, Universiti Sultan Zainal

Page 4: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

4

Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Kesemua sampel adalah pelajar yang tidak

mempunyai asas bahasa Arab. Ini dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan sebelum

kajian dijalankan. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan

(mengikuti pembelajaran secara tradisional) dan kumpulan eksperimen (pembelajaran

menggunakan bahan bantu animasi). Para pelajar telah mengikuti kelas pembelajaran bahasa

Arab selama lapan (8) minggu. Rajah 1 berikut menjelaskan prosedur kajian.

Rajah 1: Kerangka prosedur kajian

Selepas melakukan pemilihan sampel secara rawak, kesemua sampel menduduki ujian pra

iaitu selama satu jam untuk menilai tahap penguasaan mereka. Selepas melaksanakan ujian

pra, sampel mengikuti sesi pembelajaran selama lapan (8) minggu.

Bahan pengajaran diubah suai daripada modul kursus UBA 1012 untuk disesuaikan

dengan tahap pelajar. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada tiga teks perbualan yang telah

diintegrasikan dengan elemen animasi dan tiga bentuk latihan. Kesemua kandungan tadi

dipersembahkan dalam bentuk animasi. Rajah di bawah menunjukkan beberapa snapshot

yang diambil daripada perisian yang digunakan dalam kajian.

Analisis perbezaan prestasi ujian

antara kumpulan

Pemilihan Sampel Kajian

Pengagihan secara rawak

Kumpulan Kawalan Kumpulan

Eksperimen

Ujian pra

Pembelajaran

bahasa Arab tidak

menggunakan

animasi

Pembelajaran

bahasa Arab

menggunakan

animasi

Ujian pasca

Ujian pra

Ujian pasca

Page 5: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

5

Rajah 2: Paparan kandungan pelajaran

Rajah 2 menunjukkan paparan kandungan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar.

Paparan ini mengandungi pautan pantas ke paparan teks pertama, kedua dan ketiga. Pada

paparan ini juga terdapat pautan ke latihan satu, dua dan tiga.

Rajah 3: Paparan pelajaran pertama

Rajah 4: Paparan pelajaran kedua

Page 6: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

6

Rajah 5: Paparan pelajaran ketiga

Rajah 3 hingga 5 menunjukkan paparan pelajaran yang telah diintegrasikan dalam bentuk

animasi. Pelajaran pertama menceritakan suasana pada hari pendaftaran kemasukan ke

universiti, pelajaran kedua pula menceritakan suasana di asrama manakala pelajaran ketiga

perbualan di perpustakaan. Kesemua paparan disediakan sarikata bagi memudahkan pelajar

untuk mengikuti atau mengajuk perbualan yang diutarakan.

Rajah 6: Paparan bentuk soalan suai atau padankan.

Page 7: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

7

Rajah 7: Paparan bentuk soalan susun huruf berpandukan gambar

Rajah 8: Paparan bentuk soalan pilih jawapan yang betul

Rajah 6 hingga 8 memaparkan beberapa bentuk soalan latihan yang terdapat dalam perisian

tersebut. Rajah 6 memerlukan pelajar memadankan jawapan yang sesuai dengan betul. Rajah

7 pula menghendaki pelajar menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berpandukan

gambar. Manakala Rajah 8 menunjukkan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang sesuai

berdasarkan pilihan yang telah disediakan.

Setelah tamat sesi pembelajaran, sampel kajian akan menjalani ujian pasca selama

satu jam. Soalan ujian pasca menghendaki sampel untuk menjawab semua soalan sepertimana

Page 8: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

8

yang telah dilakukan semasa ujian pra. Ujian-ujian disemak dan diteliti berdasarkan markah

yang dicapai oleh setiap sampel kajian bagi mengenal pasti tahap pencapaian pelajar.

Instrumen Kajian

Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca bagi mengenalpasti

keberkesanan pengajaran ini. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra bagi menilai tahap

pencapaian awal bahasa Arab mereka. Ujian tersebut dijalankan sebelum mengikuti

pembelajaran bahasa Arab. Selepas melaksanakan ujian pra, sampel akan mengikuti kelas

pembelajaran bahasa Arab selama lapan (8) minggu. Ujian pasca dijalankan setelah selesai

sesi pembelajaran tersebut bagi mengenal pasti tahap pencapaian sampel setelah mengikuti

proses pembelajaran.

Analisis Data

Keputusan ujian yang dijalankan pada akhir pembelajaran dianalisis dengan menggunakan

SPSS versi 17.0. Ujian t telah dijalankan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaan

signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan kawalan dan eksperimen.

Perbezaan peningkatan pencapaian di antara kumpulan kawalan dan eksperimen turut diuji.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi pelajar

kumpulan kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pra adalah sebanyak 37.82

peratus dan skor min ujian pasca adalah sebanyak 40.79 peratus.

Jadual 1: Statistik pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca

Ujian

Kumpulan

Kawalan

N Mean Std.

Deviation t Df Sig.

Ujian Pra 33 37.82 12.333 -1.246 32 .222

Ujian Pasca 33 40.79 14.439

Daripada keputusan ini didapati skor min ujian pasca bahasa Arab melebihi min ujian pra

bahasa Arab. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 2.97 peratus.

Keputusan ujian t-berpasangan adalah tidak signifikan (t= -1.246, df=32, p > 0.05).

Keputusan ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara pencapaian

ujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulan kawalan.

Jadual 2: Statistik pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan pasca

Ujian

Kumpulan

Eksperime

n

N Mean Std.

Deviation t df Sig.

Ujian Pra 33 33.97 16.433 -12.111 32 .000

Ujian Pasca 33 73.82 16.050

Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulan

eksperimen. Skor min bagi ujian pra adalah sebanyak 33.97 manakala ujian pasca 73.82

peratus. Ini menandakan skor ujian min pasca bahasa Arab bagi kumpulan eksperimen turut

melebihi ujian pra. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 39.85

peratus. Keputusan ujian t-berpasangan adalah signifikan di mana nilai signifikan kurang

daripada nilai alpha (0.05) dengan nilai t = -12.111, df = 32. Keputusan ini menunjukkan

Page 9: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

9

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian ujian pra dan pasca bahasa

Arab bagi kumpulan eksperimen.

Hasil analisis yang telah dijalankan, didapati berlaku peningkatan pencapaian

kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Namun peningkatan bagi

kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding peningkatan yang berlaku bagi kumpulan

kawalan. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa implementasi animasi dalam pembelajaran

lebih meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan signifikan di

antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan setelah mengikuti pembelajaran bahasa

Arab. Oleh itu, ujian t telah dijalankan dan keputusan analisis seperti Jadual 3.

Jadual 3: Ujian t pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam

ujian pasca

95% Confidence Interval

of the Difference

Kumpulan

Eksperimen&

Kawalan

t Df Sig. (2-

tailed) Mean

Difference

Std. Error

Difference Lower Upper

Pencapaian Ujian 8.789 64 .000 33.030 3.758 25.523 40.538

Setelah menjalankan analisis ujian-t sampel tak bersandar, dapatan dalam Jadual 3

menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan, (t= 8.789, df = 64, p < 0.05) antara

pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Ini

menunjukkan nilai skor min kumpulan eksperimen (73.82) mengatasi nilai skor kumpulan

kawalan (40.79) secara signifikan. Nilai perbezaan skor min kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan adalah 33.03. Oleh itu, keputusan ini melaporkan bahawa terdapat

perbezaan signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan.

PERBINCANGAN

Keputusan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian bahasa Arab yang

tinggi bagi pelajar UniSZA setelah menggunakan animasi dalam pembelajaran. Ini

membuktikan bahawa animasi mampu membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian

mereka tanpa mempunyai latar belakang penguasaan bahasa Arab. Kajian ini adalah selari

dengan beberapa kajian lain yang telah dilakukan (Norhayati 2011; Kayaoglu et al. 2011).

Justeru, kajian ini menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi multimedia seperti

animasi dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa sebagai elemen alternatif yang menyumbang

secara positif terhadap suasana pembelajaran dalam kelas dan memberi motivasi kepada para

pelajar.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan markah ujian pasca bagi

kumpulan eksperimen dalam kajian ini. Antara faktor utama yang mungkin mendorong

peningkatan pencapaian tersebut ialah persembahan kandungan dalam bentuk animasi yang

lengkap dengan elemen multimedia lain seperti gambar, video, suara dan lagu yang sesuai

dengan kandungan pelajaran, berjaya menarik perhatian pelajar. Faktor ini konsisten dengan

pandangan Bright dan Prokosch (1995) serta Kumar (1995) yang menyatakan bahawa

penggunaan perisian multimedia yang melibatkan pelbagai media mampu menambahkan

tempoh perhatian pelajaran seseorang pelajar dan juga dapat memotivasikan pelajar untuk

terus mempelajari bahan pembelajaran tersebut. Selain itu, animasi juga dapat menyampaikan

mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Di samping itu juga,

animasi membantu pelajar mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat

tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar (Jamalludin Harun dan

Page 10: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

10

Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini dijelaskan dengan teori “Dual Coding” (Paivio, 1986).

Menurut teori ini, sistem kognitif manusia terdiri dua sub sistem : sistem verbal dan sistem

gambar (visual). Kata dan kalimat biasanya hanya diproses dalam sistem verbal (kecuali

untuk materi yang bersifat konkrit), sedangkan gambar diproses melalui sistem gambar

mahupun sistem verbal. Jadi dengan adanya gambar dalam teks dapat meningkatkan memori

disebabkan adanya dual coding dalam memori (bandingkan dengan single coding). Dapatan

ini selari dengan konsep Miller dalam teori kognitif iaitu dalam satu masa, ingatan jangka

masa pendek manusia dapat mengingati 5 hingga 9 perkara. Ini bagi memastikan konsep-

konsep atau isi kandungan yang disampaikan itu dapat dienkod oleh otak manusia dan

seterusnya disimpan dalam ruangan ingatan jangka masa panjang. Ini kerana keupayaan akal

seseorang itu dalam satu masa adalah terbatas untuk menganalisa maklumat.

Faktor seterusnya ialah ciri interaktif dalam perisian animasi membolehkan pelajar

melibatkan diri secara aktif serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

Menurut Rusmini (2003), pembelajaran yang aktif didapati dapat menimbulkan sifat ingin

tahu dan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar serta menjadikan proses pembelajaran

lebih bermakna. Pengguna yang tertarik akan memberi lebih tumpuan pada persembahan isi

kandungan yang ingin disampaikan dan seterusnya proses penyampaian maklumat dapat

berlaku dengan lebih berkesan. Dapatan ini selari dengan teori pembelajaran Behaviouris

iaitu mengatakan pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan

antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Skinner (dalam Jamalludin Harun dan Zaidatun

Tasir, 2003) setiap rangsangan yang diberi ke atas seseorang menyebabkan orang tersebut

menghasilkan tindak balas ke atas rangsangan yang diberi. Apabila ini dapat dilakukan,

pembelajaran akan berlaku dalam kalangan pelajar tersebut. Ini dapat dilihat dalam proses

pembelajaran bahasa Arab yang dilakukan, minat pelajar terhadap subjek adalah disebabkan

cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberi perhatian.

Manakala faktor yang menyebabkan perbezaan peningkatan yang kurang memuaskan

bagi kumpulan kawalan dalam ujian pasca antaranya adalah kemungkinan faktor pendekatan

guru dan suasana ketika sesi pembelajaran. Pendekatan guru yang masih menggunakan

kaedah pengajaran yang berpusatkan guru tanpa ada bahan bantu mengajar memberi kesan

kepada peningkatan pencapaian pelajar. Kaedah konvensional ini adalah ketinggalan pada era

globalisasi ini. Impaknya keadaan ini menjadikan suasana pembelajaran bahasa Arab amat

membosankan dan pelajar kurang memberi perhatian. Hal ini secara tidak langsung memberi

kesan kepada pencapaian pelajar.

KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dijalankan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan animasi

sebagai BBM dalam pembelajaran bahasa Arab mampu meningkatkan pencapaian pelajar.

Oleh itu, penggunaan elemen multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya

animasi perlu dikembangkan agar ia digunakan secara meluas dalam kalangan pensyarah.

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada warga pendidik tentang keberkesanan

penggunaan animasi dalam pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini menjadi

panduan dan rujukan kepada pembangunan bahan bantu mengajar untuk proses pemurnian

perisian-perisian atau bahan-bahan bantu agar lebih bersesuaian dengan sukatan pelajaran

serta menambah nilai dan meningkatkan kepakaran dalam pengembangan bahasa Arab

sebagai satu bidang yang mampu bersaing dalam era global yang berteraskan teknologi

maklumat dan komunikasi.

PENGHARGAAN

Kajian ‘Keberkesanan Penggunaan Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab’ ini

dijalankan dengan memanfaatkan dana Geran Penyelidikan Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA). Kod geran: UniSZA/12/GU (019). Para penyelidik merakamkan penghargaan

Page 11: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

11

kepada pihak UniSZA khususnya Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) kerana

membiayai penyelidikan ini. Penghargaan turut ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. 2012. Persepsi guru terhadap

penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa

Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ). Vol. 2, Bil. 1, Mei 2012. hlm.

129-140.

Aminordin Che Lah. 2007. Grafik animasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis

Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang.

Baharuddin Aris, Mohd. Bilai Ali, Norah Md. Noor, Mohd. Nihra, Haruzuan Mohd. Said &

Noor Azean Atan. 2003. Sains Komputer: Teknik dan Teknologi. Selangor: Venton

Publishing (M) Sdn. Bhd.

Baek, Y. K., & Layne, B. H. 1988. Color, graphics, and animation in a computer-assisted

learning tutorial lesson. Journal of Computer-Based Instruction, 15(4), 131-135.

Boswood, T. 1997. New Ways of Using Computers in Language Teaching. New Ways in

TESOL Series II Innovative Classroom Techniques. USA: TESOL, Inc.

ChanLin, L.J. 2001. Formats and prior knowledge on learning in a computer-based lesson.

Journal of Computer Assisted Learning, 17, 409-419.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Janudin Sardi. 2009. Penggunaan Teknologi Animasi Berasaskan web Dalam Pembelajaran

Bahasa Arab. Kertas Seminar Nadwah Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Kedua.

Serdang: Universiti Putra Malaysia 10-11 Oktober 2009.(93-106).

Kayaoglu, M. Naci, Raside Dag Akbas, Zeynap Ozturk. 2011. A Small Scale Experiment

Study: Using Animations To Learn Vocabulary. The Turkish Online Journal of

Educational Technology. 10, 24-30.

Large, A. 1996. Computer animation in an instructional environment. Library Information

Science Research, 18. 3-23.

Lin, Chih-cheng, Tseng, Yi-fang. 2012. Videos And Animations For Vocabulary Learning: A

Study On Difficult Words. The Turkish Online Journal of Educational

Technology, 11, 346-355.

Ko, S & Rossen, S., 2008. Teaching Online: A Practical Guide. New York. Routledge Taylor

& Francis Group.

Mayer, R. E., and Anderson, R. B. 1991. Animations need narrations: An experimental test of

a dual-coding hypothesis. Journal of Educational Psychology, 83, 484–490.

Mayer, R. E., and Sims, V. K. 1994. For whom is a picture worth a thousand words?

Extensions of a dual-coding theory of multimedia learning. Journal of Educational

Psychology, 86, 389– 401.

Mayer, Richard E., Roxana Moreno. 2002. Animation as an Aid to Multimedia Learning.

Educational Psychology Review, vol. 14.

Norazamudin Umar. 2005. E-Tuition in Arabic: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

menggunakan ICT di Maktab Sabah. Koleksi Persidangan Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan Pendidikan Ke XII 2005. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Norhayati Che Hat. 2011. Keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Tesis

Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.

Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari & Mohd Fauzi Abdul Hamid. 2013. Persepsi

Page 12: IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ... Analisis perbezaan prestasi ujian ... Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar

12

Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal

Teknologi (Social Sciences), 63(1), 25–29.

Paivio, A. 2006. Dual Coding Theory and Education. The Conference on Pathways to

literacy Achievement for High Poverty Children: The University of Michigan School

of Education .

Park, O.C & Gittelman, S.S 1992. Selective use of animated of feedback in computer-based

instruction. Educational Technology Research And Development, 40 (4), 27-38.

Rusmini, K. A. (2003). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 13(1), 82-91.

Saw Bin. 1999. Keberkesanan animasi dalam pembelajaran. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur:

Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.

Spangenberg, R.W. (1973). The motion variable in procedural learning. AV Communication

Review, 21, 419-436.