impak terapi

3
IMPAK TERAPI-TERAPI DALAM PROSES KAUNSELING Terapi-terapi amat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sekaligus memberikan imapak yang kuat dalam menjayakan proses kaunseling. Seperti yang diketahui, kanak-kanak mempunyai masalah yang tersendiri dari segi aspek fizikal, emosi, rohani dan social sehingga ada di antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik. Antara impak terapi-terapi yang kita boleh lihat ialah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaaan mental, emosi dan kesihatan. Melalui aktiviti terapi, kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaaan mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga dapat dijaga dengan baik. Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid dalam mengawal mental dan emosi ketika bermain dengan kawan- kawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badan. Seterusnya ialah meransang pemikiran dan kretiviti kanak-kanak. Aktiviti terapi juga dapat membantu kanak- kanak dalampemikiran dan kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta, membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka. Melalui terapi seni juga menggalakkan

Upload: ieka-adila

Post on 10-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

impak terapi

TRANSCRIPT

IMPAK TERAPI-TERAPI DALAM PROSES KAUNSELING

Terapi-terapi amat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sekaligus memberikan imapak yang kuat dalam menjayakan proses kaunseling. Seperti yang diketahui, kanak-kanak mempunyai masalah yang tersendiri dari segi aspek fizikal, emosi, rohani dan social sehingga ada di antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik.

Antara impak terapi-terapi yang kita boleh lihat ialah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaaan mental, emosi dan kesihatan. Melalui aktiviti terapi, kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaaan mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga dapat dijaga dengan baik. Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid dalam mengawal mental dan emosi ketika bermain dengan kawan-kawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badan.

Seterusnya ialah meransang pemikiran dan kretiviti kanak-kanak. Aktiviti terapi juga dapat membantu kanak-kanak dalampemikiran dan kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta, membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka. Melalui terapi seni juga menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan keupayaan kognitif mereka ke tahap yang maksimum.

Terapi juga dapat mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi kanak-kanak. Mereka biasanya menghadapi gangguan atau tekanan mental dan emosi sama ada dari keluarga atau pesekitaran mereka. Oleh yang demikian, melalui aktiviti seperti terapi muzik dan membantu mereka dalam menenangkan perasaan, emosi dan mental. Hal ini kerana terapi tersebut telah membuatkan mereka melupakan tekanan atau trauma yang pernah dialami dalam kehidupan melalui muzik yang mereka gemari.

Melalui terapi-terapi, kanak-kanak dapat memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan seharian boleh dibantu dengan terapi yang sesuai. Sebagai contoh, terapi cara kerja yang melatih kanak-kanak dalam membuat kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Kanak-kanak akan diajar untuk melakukan kerja-kerja yang membantunya dalam kehidupan seharian seperti memasak, mendobi, menukang dan sebagainya. Melalui ini, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dengan mempercayai keupayaaan dan kebolehan diri mereka dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.

Disamping itu, terapi juga dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial kanak-kanak. Melalui aktiviti terapi, kanak-kanak dpaat bergaul dan berkomunikasi dengan individu dan masyarakat di sekitar mereka. Sebagai contoh, terapi bermain yang melibatkan kanak-kanak dengan yang lain akan membantu mereka untuk berkomunikasi dan bergaul sesama sendiri.

Akhir sekali, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran pengamatan melalui aktiviti terapi. Ada sebahagian kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pengamatan sama ada pendengaran atau penglihatan boleh dibantu dengan menjalani beberapa terapi tertentu. Sebagai contoh, terapi muzik dapat meningkatkan pengamatan mereka dalam pendengaran dan terapi visual dapat membantu meningkatkan pengamatan dalam penglihatan.

Kesimpulan, terapi-terapi amat penting dalam menjayakan proses kaunseling kerana dapat memberikan impak kepada murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.