imam nawawi

8
Sejarah Hidup Imam al-Nawawi (631-676H) Published in Jejak Ulamak Read 8037 times font size decrease font size increase font size Print Email Kajian riwayat hidup Imam al-Nawawi ini berdasarkan buku karangan Abdul Ghani al- Duqr yang berjudul al-Imam al-Nawawi Shaykh al-Islam wa al-Muslimin wa Umdah al- Fuqaha wa al-Muhadithin. Al-Ghani al-Duqr memulakan dalam mukadimahnya dengan menyebutkan sifat Imam al-Nawawi yang memiliki ketakwaan yang tinggi. Dia bukan hanya membataskan diri dengan perkara-perkara haram dan syubhat tetapi juga perkara-perkara mubah kerana dia berasa takut apabila dirinya menghampiri rasa tamak dengan sesuatu perkara mubah yang nantinya akan menjalar kepada yang syubhat dan akhirnya menjalar kepada yang haram. Dia melindungi dirinya dari semua itu kerana takut kepada Allah. Beliau juga menjelaskan manhaj buku ini dengan mengambil dari sumber-sumber muktabar dari buku al-Tarajim atau al-Tabaqat dan menyusun semula dengan pendekatan semasa. Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun. Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22) Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (m. 689) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28) Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya. Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya mengenai tidur al-Nawawi. Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu

Upload: saonah-zabali

Post on 30-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pelajari sejarah tentabng imam nawawi

TRANSCRIPT

Page 1: Imam Nawawi

Sejarah Hidup Imam al-Nawawi (631-676H)

Published in Jejak Ulamak

Read 8037 times

font size decrease font size increase font size

Print

Email

Kajian riwayat hidup Imam al-Nawawi ini berdasarkan buku karangan Abdul Ghani al-Duqr yang berjudul al-Imam al-Nawawi Shaykh al-Islam wa al-Muslimin wa Umdah al-Fuqaha wa al-Muhadithin. Al-Ghani al-Duqr memulakan dalam mukadimahnya dengan menyebutkan sifat Imam al-Nawawi yang memiliki ketakwaan yang tinggi. Dia bukan hanya membataskan diri dengan perkara-perkara haram dan syubhat tetapi juga perkara-perkara mubah kerana dia berasa takut apabila dirinya menghampiri rasa tamak dengan sesuatu perkara mubah yang nantinya akan menjalar kepada yang syubhat dan akhirnya menjalar kepada yang haram. Dia melindungi dirinya dari semua itu kerana takut kepada Allah. Beliau juga menjelaskan manhaj buku ini dengan mengambil dari sumber-sumber muktabar dari buku al-Tarajim atau al-Tabaqat dan menyusun semula dengan pendekatan semasa.

Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun. Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22)

Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (m. 689) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28)

Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya. Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya mengenai tidur al-Nawawi.

Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu dan amal. Setiap hari, beliau akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. (al-Daqr:20005:30&36)

Antara guru-gurunya ialah seperti berikut : Dalam bidang feqah i. Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin Uthman al-Maghribi (650H)ii. Abu Muhammad Adul Rahman bin Nuh al-Muqaddasi (m. 654Hiii. Abu Hafs Umar bin As’ad bin Ali Ghalib al-Rabi‘i al-Irbili.iv. Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili (m. 670H)

Dalam bidang Hadith

Page 2: Imam Nawawi

i. Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi- belajar Shahih Muslim

ii. Zainuddin Abu al-Baqa’Khalid bin Yusuf al-Nablisi (m.663H)

iii. Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin al-Humawi (m.662H)

iv. Zainuddin Abu al-Abbas al-Muqaddasi

v. Abu al-Faraj Abdul rahman bin Abi Umar Muhammad al-Muqaddasi

vi. Immaduddin Abdul Karim bin Abdul samad al-Harastani (m.662H)

vii. Taqiuddin Abu Muhammad Ismail bin Abi Ishaq Ibrahim al-Tanukhi

viii. Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim bin Yahya al-Anbari(m.661H)

Dalam bidang Usuli.Abu al-Fath Umar bin Ibn Umar al-Taflisi.(672H)

Dalam bidang Nahu dan bahasa.i.Ahmad bin Salim al-Masri (664H)ii.Muhamamd bin Abdullah ii.al-Fakhr al-Maliki al-Lam‘u li Ibn Jani.(al-Daqr:20005:39)

Al-Nawawi seorang tokoh feqah mazhab al-Syafi’i yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi. Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafi’i. Keistemewaan al-Nawawi ialah kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar dengan sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab tersebut. Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang hafiz dalam hadith Rasulullah s.a.w., mengerti dengan berbagai-bagai kategori daripada yang shahih, cacat, gharib dan istinbat feqahnya.

Al-Dhahabi menyebutkan Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka dia menjadi seorang hafiz dalam hadith dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya. Dari segi aliran akidah, beliau adalah beraliran Asyaari. Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir al-Tanbih dan Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafi’i.(al-Daqr:2005:47)

Al-Nawawi di Dar Hadith al-AsyrafiahAl-Nawawi belajar dan mengajar di Dar Hadith al-Asyrafiah. Di antara syarat bagi orang yang menduduki kedudukan syeikh di situ iaitu apabila ada seseorang yang memiliki kumpulan riwayat dan seseorang yang memiliki kumpulan dirayat, maka akan didahulukan adalah yang didahulukan kumpulan riwayat. Yang jelas bahawa seseorang yang memiliki kedua-dua

Page 3: Imam Nawawi

kumpulan ilmu iaitu ilmu riwayat dan dirayat adalah lebih layak untuk menduduki kerusi syeikh di Dar al-Hadith. Syeikh pertama Dar al-Hadith ialah Ibn Salah. Imam al-Nawawi menjadi syeikh pada tahun 665H sehingga dia meninggal pada 676h. Taj al-Subki menyebutkan bahawa al-Nawawi mengajar di Dar al-Hadith al-Asrafiyyah tetapi tidak mengambil satu sen pun daripadanya.(al-Daqr:2005:76)

Al-Nawawi berpendapat bahawa ibadat yang paling utama adalah mempelajari ilmu dengan keikhalasan yang akan memancarkan keberkatan. Al-Nawawi terkenal sebagai seorang yang banyak beribadat. Seorang muridnya Ibn Attar menyebutkan bahawa al-Nawawi seorang yang banyak membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Beliau juga banyak bangun pada waktu malam untuk beribadat dan menulis. Daripada kesolehannya bahawa dia tidak makan harta atau makanan daripada mana-mana datangnya dan tidak menerima sesuatu daripada seorang pun meskipun daripada hak-haknya sendiri.

Dia meninggalkan dari semua bidang duniawi, maka dia tidak mengambil dirham daripada seorang pun, dia tidak mengambil untuk kesenangan tetapi hanya digunakan untuk membeli kitab kemudian diwakafkan. Semasa beliau menjadi syeikh di Dar al-Hadith, beliau tidak mengambil sedikit pun daripada hasil ilmu, dia hanya cukup dengan kiriman daripada ayahnya yang cuma sedikit itu.(al-Daqr:2005:86)

Ramai ulama yang memberi sanjungan atas akhlak, karya-karya serta ilmunya. Al-Dhahabi menyebutkan al-Nawawi sebagai seorang yang mempunyai keluasan ilmu dalam bidang hadith, feqah, bahasa dan lain-lain. Beliau juga terkenal dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam mencari keredaan Allah dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja, makanan dan berbelanja.

Penampilannya juga sederhana dan sesiapa yang tidak pernah berjumpa dan melihat tentu akan menyangka bahawa dia seorang seorang petani Nawa yang datang ke Damsyiq untuk berziarah kerana tidak ada tanda-tanda yang terlihat padanya sebagai seorang ulama zamannya yang menampilkan keagungan pada bentuk fizikal dan pakaian.(al-Daqr:2005:148)

Al-Nawawi tinggal di Damsyiq selama 28 tahun menurut muridnya Ibn Attar. Ini bermakna ketika dia datang ke Damsyik umurnya berusia 18 tahun. Beliau tidak pernah meninggal Damsyiq kecuali menunaikan haji, menziarahi imam al-Syafi’i dan pulang ke kampung di Nawa untuk menziarahi keluaraga. Selebihnya waktu itu dihabiskan di rumah kecil di Madrasah al-Rawahiyah untuk belajar dan mengajar serta menulis kitab-kitab sampai meninggal dunia.(al-Daqr:2005:156)

Nilai seorang ulamak adalah peninggalan karya-karyanya. Perkara yang luar biasa dan menghairankan adalah bahawa al-Nawawi hidup selama 46 tahun sedangkan beliau meninggalkan khazanah dan karya-karya yang banyak. Menurut pengkaji, dia mula mengarang pada tahun 660H iaitu ketika berusia 29 tahun. Menurut al-Yafi’i bahawa tidak diragui lagi bahawa imam al-Nawawi telah mendapat keberkatan dalam hidupnya. Beliau memiliki pandangan yang indah daripada pandangan-pandangan kebenaran Tuhan. Keberkatan itu semakin terserlah setelah kematian dengan kitab-kitabnya yang diterima dan dimanfaat oleh umat Islam.

Al-Nawawi telah menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu seperti feqah, hadith, Syarah hadis, mustalah al-Hadith, bahasa dan tauhid. Keistimewaan buku-buku ialah penerangan yang jelas dan mudah difahami.

Buku-Buku karangan imam al-Nawawi.i. Syarah Muslim. Buku ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Buku merupakan buku yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.

ii. Al-Rawdah al-Talilibin- Antara buku feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan ringkasan

Page 4: Imam Nawawi

daripada buku syarah al-Kabir oleh al-Rafi‘i. Menurut Ibn Attar buku ini ditulis pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. Buku ini mempunyai 8 jilid.

iii. Al-Minhaj- Buku ini merupakan buku feqah yang banyak digunakan oleh para ulamak dan penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.

iv. Riyadh al-Salihin - Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.

v. Al-Azkar- Buku ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan bagi setiap orang muslim siang dan malam. Buku ini diselesaikan penulisannya pada 667H,

vi. Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran- Buku ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi denagan al-Quran.

vii. Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih- Buku merupakan karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.

viii. Al-Idhah fi Manasik- Buku ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah- Buku ini telah disyarahkan oleh Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar al-Haitami (m.974H)

ix. Al-Irsyhad wa al-Taqrib- Buku ini dalam bidang mustalah hadith dan ringkasan dari buku Kitab al-Irsyhad Ibn salah. Buku ini disyarahkan pula oleh Imam al-sayuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.(al-Daqr-160-176)

x. Al-Arba‘in al-Nawawiyah- sebuah buku kecil yang menghimpunkan 40 hadith yang diperlukan oleh setiap muslim. Buku ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh umat Islam dalam memahami hadith-hadith nabi.

xi. Bustan al-‘Arifin-Karya yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.

xii. Manaqib al-Syafi’i- merupakan ringkasan daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.

xiii. Al-Fatawa-dinamakan dengan al-Masa’il al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar. Ia merupakan karya yang banyak manfaat.

xiv. Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta-Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.

Page 5: Imam Nawawi

xv. Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhab-Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i dan ia merupakan syarah kitab al-Muhadhab karangan Imam Abi Ishaq al-Syairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid kemudian disambung oleh Taqi al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh al-Muti’i, Mufti Mesir.

xvi. Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah-Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya sebahagian besar daripada penulisannya.

Ini merupakan sebahagian daripada penulisan Imam al-Nawawi. Beliau meninggal dunia pada 24 Rejab pada 676H di Nawa dan dikuburkan di sana.Antara wasiatnya ialah beliau tidak membenarkan di bina atas kuburnya binaan dan kubah.Apabila penduduk kampung ingin membina binaan atas kubur, beliau telah datang melalui mimpi kepada seorang wanita ahli keluarganya mealarang pembinaan atas kuburnya. (al-Daqr,2005:197)Penulis pernah menziarahi makam beliau di Nawa, Syria pada 22 November 2007.

Penjaga kuburnya telah menceritakan mengenai perkara tersebut dan setelah itu tumbuh pokok besar atas kuburnya. Menurutnya, semasa pokok itu subur terdapat pada helaian daun yang keluar itu ada kalimah Allah dan pada dahan-dahannya. Semasa penulis menziarahi, pokok itu tidak lagi mengeluarkan daun tetapi dahan pokok masih ada yang tertulis nama Allah.Subnallah itulah tanda karamah dan kemuliaan kepada orang yang menyebarkan ilmu dengan penuh ikhlas dan zuhud.

Biografi Ringkas Imam Nawawi

Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq …

By Anas Burhanudin, Lc., M.A. 19 June 2009

6 13648 69

Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibukota Suriah. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.

Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis karena paksaan tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam. Perhatian ayah dan guru beliaupun menjadi semakin besar.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H ia memulairihlah thalabul ilmi-nya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Ia tinggal di madrasah Ar-rawahiyyah di dekat Al-Jami’ Al-Umawiy. Jadilah thalabul ilmi sebagai kesibukannya yang utama. Disebutkan bahwa ia menghadiri dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak hal. Ia pun mengungguli teman-temannya yang lain. Ia berkata: “Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya, baik penjelasan kalimat yang sulit maupun pemberian harakat pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku.” [Syadzaratudz Dzahab5/355].

Diantara syaikh beliau: Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah. Dan diantara murid beliau: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafi’iy, Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.

Page 6: Imam Nawawi

Pada tahun 651 H ia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian ia pergi ke Madinah dan menetap disana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H ia mengajar di Darul Hadits Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk mengambil gaji.

Beliau digelari Muhyiddin (yang menghidupkan agama) dan membenci gelar ini karenatawadhu’ beliau. Disamping itu, agama islam adalah agama yang hidup dan kokoh, tidak memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata: “Aku tidak akan memaafkan orang yang menggelariku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ahdan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam. Beliau menulis surat berisi nasehat untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali. Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja Azh-Zhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan berpakaian sangat sederhana. Raja pun meremehkannya dan berkata: “Tandatanganilah fatwa ini!!” Beliau membacanya dan menolak untuk membubuhkan tanda tangan. Raja marah dan berkata: “Kenapa !?” Beliau menjawab: “Karena berisi kedhaliman yang nyata.” Raja semakin marah dan berkata: “Pecat ia dari semua jabatannya!” Para pembantu raja berkata: “Ia tidak punya jabatan sama sekali.” Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya: “Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan?” Raj apun menjawab: “Demi Allah, aku sangat segan padanya.”

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, diantaranya:

1. Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.

2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.

3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.

4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Kitab-kitab ini dikenal secara luas termasuk oleh orang awam dan memberikan manfaat yang besar sekali untuk umat. Ini semua tidak lain karena taufik dari Allah Ta’ala, kemudian keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam berjuang.

Secara umum beliau termasuk salafi dan berpegang teguh pada manhaj ahlul hadits, tidak terjerumus dalam filsafat dan berusaha meneladani generasi awal umat dan menulis bantahan untuk ahlul bid’ah yang menyelisihi mereka. Namun beliau tidak ma’shum (terlepas dari kesalahan) dan jatuh dalam kesalahan yang banyak terjadi pada uluma-ulama di zaman beliau yaitu kesalahan dalam masalah sifat-sifat Allah Subhanah. Beliau kadang men-ta’wildan kadang-kadang tafwidh. Orang yang memperhatikan kitab-kitab beliau akan mendapatkan bahwa beliau bukanlah muhaqqiq dalam bab ini, tidak seperti dalam cabang ilmu yang lain. Dalam bab ini beliau banyak mendasarkan pendapat beliau pada nukilan-nukilan dari para ulama tanpa mengomentarinya.

Adapun memvonis Imam Nawawi sebagai Asy’ari, itu tidak benar karena beliau banyak menyelisihi mereka (orang-orang Asy’ari) dalam masalah-masalah aqidah yang lain sepertiziyadatul iman dan khalqu af’alil ‘ibad. Karya-karya beliau tetap dianjurkan untuk dibaca dan dipelajari, dengan berhati-hati terhadap kesalahan-kesalahan yang ada. Tidak boleh bersikap seperti kaum Haddadiyyun yang membakar kitab-kitab karya beliau karena adanya beberapa kesalahan di dalamnya.

Komite Tetap untuk Riset Ilmiah dan Fatwa kerajaan Saudi ditanya tentang aqidah beliau dan menjawab: “Lahu aghlaath fish shifat” (Beliau memiliki beberapa kesalahan dalam bab sifat-sifat Allah).

Imam Nawawi meninggal pada 24 Rajab 676 H –rahimahullah wa ghafara lahu-