imam malik

20
1 1.0 PENDAHULUAN Sejarah peradaban tamadun dunia telah membuktikan bahawa dunia Islam telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuwan dan cendikiawan Islam yang hebat lagi ulung dari segi sahsiah, ilmu, sumbangan dan ketokohan mereka. Antaranya termasuklah tokoh imam empat serangkai iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafie dan Imam Ahmad Hanbal. Ketokohan keempat-empat imam ini terserlah dari pelbagai aspek dan merupakan Ilmuwan Islam yang disanjung sepanjang zaman disebabkan bakti serta sumbangan mereka kepada umat Islam yang mana mereka ini adalah barisan Imam yang mempelopori pengasasan mazhab- mazhab yang wujud sehingga hari ini. Ironinya, mazhab-mazhab yang diasaskan oleh keempat- empat tokoh ini adalah sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran yang terkandung dalam Islam di mana ia bernaung di bawah skop rangkuman perbahasan Ahl Sunnah Wal Jamaah iaitu sumber pengasasannya adalah merujuk kepada Al-Quran dan Al- Sunnah. Namun, dalam hal yang tertentu terdapat sedikit pertentangan hukum antara keempat-empat mazhab ini disebabkan oleh perbezaan masa, zaman, budaya, dan adat yang diamalkan oleh masyarakat pada ketika itu. Secara amnya, perbezaan ini tidaklah membawa kepada penyelewengan akidah oleh pengamal mazhab tersebut. Pada masa yang sama, kelahiran mazhab yang diasaskan oleh imam-imam ini adalah selari dengan perkembangan dan kelahiran karya dan kitab-

Upload: takumuislamu

Post on 12-Aug-2015

105 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

IMAM MALIK

TRANSCRIPT

Page 1: Imam Malik

1

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah peradaban tamadun dunia telah membuktikan bahawa dunia Islam telah

melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuwan dan cendikiawan Islam yang hebat lagi ulung dari

segi sahsiah, ilmu, sumbangan dan ketokohan mereka. Antaranya termasuklah tokoh

imam empat serangkai iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafie dan Imam

Ahmad Hanbal. Ketokohan keempat-empat imam ini terserlah dari pelbagai aspek dan

merupakan Ilmuwan Islam yang disanjung sepanjang zaman disebabkan bakti serta

sumbangan mereka kepada umat Islam yang mana mereka ini adalah barisan Imam yang

mempelopori pengasasan mazhab-mazhab yang wujud sehingga hari ini.

Ironinya, mazhab-mazhab yang diasaskan oleh keempat-empat tokoh ini adalah

sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran yang terkandung dalam Islam di mana ia

bernaung di bawah skop rangkuman perbahasan Ahl Sunnah Wal Jamaah iaitu sumber

pengasasannya adalah merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun, dalam hal yang

tertentu terdapat sedikit pertentangan hukum antara keempat-empat mazhab ini

disebabkan oleh perbezaan masa, zaman, budaya, dan adat yang diamalkan oleh

masyarakat pada ketika itu. Secara amnya, perbezaan ini tidaklah membawa kepada

penyelewengan akidah oleh pengamal mazhab tersebut. Pada masa yang sama, kelahiran

mazhab yang diasaskan oleh imam-imam ini adalah selari dengan perkembangan dan

kelahiran karya dan kitab-kitab yang sarat terkandung dengan pelbagai hukum fiqah dan

usul yang sehingga hari ini masih menjadi rujukan para ulama bahkan di dunia barat

sekalipun.

Dalam perbahasan mengenai mazhab-mazhab, penekanan perbincangan dalam

esei ini memfokuskan kepada salah seorang imam daripada imam empat serangkai iaitu

Imam Malik yang merupakan pengasas kepada Mazhab Maliki. Imam Malik merupakan

seorang individu yang memberi banyak sumbangan kepada dunia Islam dan ketokohan

beliau ini terbukti dari segi kebijaksanaan, ilmu, keimanan, sahsiah serta karisma yang

dimiliki oleh beliau membolehkan beliau disanjung sepanjang zaman oleh masyarakat

umat Islam seluruh dunia.

Page 2: Imam Malik

2

2.0 BIODATA IMAM MALIK

Perjalanan hidup Imam Malik dapat diklasifikan kepada beberapa skop perincian yang

tersendiri di mana dari segi kisah kehidupannya semasa kecil, ciri keperibadian yang

dimiliki beliau, salasilah keturunan, latar belakang keluarga, pengasasan mazhab dan lain-

lain lagi sehingga akhir umur kehidupan Imam Malik.

2.1 Kelahiran Imam Malik

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-

Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi,

iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan

Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh

masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi

Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Imam Malik merupakan imam yang

kedua dari imam-imam empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Imam malik ialah

seorang imam dari Kota Madinah dan Imam bagi penduduk Hijaz. Beliau ialah salah

seorang dari pengikut kepada pengikut (Tabi’ al-Tabi’in). Beliau juga merupakan seorang

alim fiqh yang terakhir bagi Bandar Madinah dan yang terakhir bagi fuqaha’ Madinah.

(Zulkifli 1969: 117)

Dalam buku Al-Manaqib Was Siar menyebutkan bahawa ibu Imam Malik telah

mengandungkan beliau selama tiga tahun lamanya. Ada juga pendapat yang mengatakan

bahawa Imam Malik berada dalam kandungan ibunya selama 2 tahun. Peristiwa ini

merupakan salah salah satu keajaiban yang berlaku kepada Imam Malik kerana manusia

biasa akan berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan sahaja. Situasi ini jelas

menunjukkan bahawa keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Malik itu terselah sejak

dalam kandungan ibunya lagi. Kelahiran beliau di Kota Madinah menjadikan dirinya

sebati dengan kehidupan di Madinah. Disinilah imam Malik membesar dan berjuang

menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga beliau menjadi seorang ulama yang

terkenal. (Imam Abu Zahrah 2011:19-21)

Page 3: Imam Malik

3

2.2 Salasilah Keturunan Dan Keluarga Imam Malik

Susunan keturunan Imam Malik adalah seperti berikut iaitu Malik bin Anas bin Malik bin

Abi Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin Al-Haris dan beliau dari

penyokong suku (Bani) Tamim Ibn Murrah. Datuk Imam Malik yang pertama ialah Malik

bin Amar dari golongan Tabiin digelar sebagai Abu Anas. Manakala, Datuknya yang

kedua iaitu ‘Abu Amir bin Umru’ salah seorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W yang

berperang dengan Baginda dalam semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah

S.A.W. Diriwayatkan bahawa keturunan Imam Malik adalah individu yang banyak

berjasa kepada Islam pada peringkat awal perkembangan agama Allah ini. Selain itu,

datuknya juga termasuk salah seorang penulis kepada ayat suci al-Quran semasa zaman

pemerintahan Khalifah Uthman.

Dalam hal yang lain, Imam Malik berkahwin dengan jalan perhambaan (At-

Tasarri) maksudnya beliau berkahwin dengan seorang hamba (amah). Dengan kata lain,

beliau tidak berkahwin dengan perempuan yang merdeka (Hurrah) dan dalam masa yang

sama beliau sangat kasih kepada Keluarganya. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya,

beliau telah mendapat empat orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan.

Anaknya yang lelaki bernama Muhammad, Hamad dan Yahya sementara anaknya

perempuan pula bernama Fatimah dengan gelaran Um-mmul Mu’minin.(Ahmad Asy-

Syurbasi 1978:179)

2.3 Keperibadian Imam Malik

Imam Malik adalah seorang yang tinggi serta lebar tubuh badannya. Warna Kulitnya

Putih, berdahi luas, manakala hidungnya tinggi serta menarik perhatian bagi sesiapa yang

memandangya. Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal

fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih

muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian

yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya

menjadi orang yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan

Page 4: Imam Malik

4

keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupakan seorang yang

pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan

diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan

yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah

membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. (Abdurrahman Asy-

Syarqawi 2000: 288)

Beliau juga seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan

diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah

menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad

baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga

patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu

isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Hal ini menunjukkan betapa

tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan

kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang

yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang

mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-

anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefahaman kepada anak-anak

muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.(Hamzah Nasrati, 1962: 127)

3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN IMAM MALIK

Semenjak kecil lagi, minat Imam Malik terhadap ilmu pengetahuan terserlah dengan sifat-

sifatnya yang bersungguh-sungguh dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah

S.W.T iaitu mempunyai ingatan yang kuat membolehkan beliau menghafaz al-Quran dan

hadis-hadis Rasulullah S.A.W dalam masa yang singkat. Pernah diceritakan dalam satu

peristiwa dimana Imam Malik menghadiri majlis ilmu yang diajarkan oleh gurunya yang

bernama Ibn Syihab. Dalam majlis itu, beliau telah mendengar sebanyak 30 hadis yang

telah dan pada masa yang sama beliau dapat menghafal 29 hadis daripada 30 hadis yang

didengar oleh gurunya. Secara kolektifnya, hal ini menunjukkan bahawa Imam Malik

mempunyai ingatan yang sangat kuat dan ketekunan yang tinggi dalam menuntut ilmu.

Page 5: Imam Malik

5

Sepanjang kehidupan Imam Malik, beliau telah mempunyai ramai guru yang banyak

membantu beliau menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di samping

mempunyai ramai anak murid yang pernah menuntut ilmu dengan Imam Malik yang

menjadikan Beliau seorang tokoh ilmuwan yang disegani sehingga kini. Justeru, Topik

perbahasan seterusnya ini akan menjelaskan lebih mendalam tentang guru-guru dan

murid-murid Imam Malik. (Zulkifli Mohammad 1969: 120)

3.1 Guru Imam Malik

Imam Malik adalah seorang yang mempunyai ramai guru. Kitab ‘Tahzibul-asma

wallughat’ menerangkan bahawa Imam Malik telah belajar dengan hampir 900 orang

guru. 300 daripadanya adalah dari golongan Tabi’in. Manakala, 600 lagi adalah dari Tabi’

Tabi’in. Kesemua guru-gurunya dalah individu yang boleh dipercayai dan fasih dalam

bidang agama terutamanya hal yang berkaitan dengan hukum fiqh. .(Ahmad Asy-

Syurbasi 1978: 102)

Antara guru-guru Imam Malik yang tekenal Ialah termasuklah Imam Syafie, Imam

Rabiah bin Abi Abdul Rahman ar-Ra’yi, Imam Abdul Rahman bin Harmaz al-A’raj,

Imam Qasim Bin Muhammad, Imam Nafi’ maula Ibnu Umar, Imam Said Ibnu Musaiyab ,

Ibnu Syihab az-Zuhri dan banyak lagi.

3.2 Murid Imam Malik

Imam Malik mempunyai murid yang sangat ramai. Hal ini adalah kerana para murid

beliau itu bukan sahaja terdiri daripada anak Kota Madinah, malah yang datang dari

berbagai pelusuk Kota Madinah, malah yang datang dari pelbagai pelusuk Negara seperti

dari Makkah, Iraq, Parsi, Yaman, Mesir, Afrika dan juga Sepanyol. Kebanyakkan murid

Imam Malik adalah mereka yang terkemuka dan mempunyai perhubungan yang rapat

dengan beliau. Mereka ini datangnya dari sebelah barat iaitu Mesir, Afrika dan juga

Sepanyol kecuali Imam Asy-Syafi’e yang datang dari Makkah.

Page 6: Imam Malik

6

Antara Murid Imam Malik yang dimaksudkan seperti Imam Ibnu Wahbin, Imam

Ibnu Qasim, Imam Abdullah bin Abdul Hakam, Imam Asbagh bin al-Faraj al-Amawi,

Ziyad bin Abdul Rahman al-Qurtubi, Imam Asad bin Furat, Imam Abdul Salam bin Said

at-Tanukhi dan sebagainya.(Abdul Halim al-Jundi, 1969: 50-55)

4.0 PENGASASAN MAZHAB MALIKI

Mazhab adalah satu aliran yang terdapat dalam Islam yang menjadi panduan dan

pengangan kepada umat Islam dalam beramal dengan sesuatu hukum. Mazhab Maliki

diasaskan oleh Malik bin Anas bin Malik Abi Amir al-Asbahi. Mazhab ini merupakan

mazhab yang kedua diasaskan dalam Islam selepas kelahiran mazhab Hanafi.

4.1 Usul Istinbat Hukum

Kitab yang menjadi asas untuk memahami metodologi yang digunakan oleh Imam Malik

dalam pengistinbatan hukum ialah al-Muwatta’. Berdasarkan kepada kitab ini, murid-

murid Imam Malik telah menggariskan beberapa metod bagi Mazhab Maliki iaitu:

4.1.1 al-Quran

Imam Malik telah meletakkan al-Quran sebagai sumber hukum yang paling utama dan

tidak dapat disaingi oleh mana-mana sumber yang lain. Oleh itu, al-Quran sebagai sumber

utama bagi Syariah perlu difahami dengan pengertiannya yang sebenar sama ada secara

lansung atau tidak langsung bergantung kepada kehendak ayat dan pengertiannya. Di

dalam berpandukan kepada al-Quran, beliau sentiasa berpegang kepada nas-nasnya yang

jelas ( sarih) yang tidak mempunyai pengertian lebih daripada satu. Jika sesuatu nas itu

mempunyai tafsiran yang pelbagai, maka beliau akan memilih tafsiran yang lebih jelas

(al-zahir) selagi tidak terdapat dalil lain yang menyatakan sebaliknya.

Page 7: Imam Malik

7

4.1.2 Al-Sunnah

Imam malik merupakan salah seorang ulama hadis dan fiqh. Oleh itu, beliau meletakkan

al-Sunnah di tempat kedua selepas al-Quran. Beliau menerima hadis-hadis mutawaatir

dan Masyhur, tetapi sekiranya hadis tersebut hadis Ahad, terdapat dua pendapat, pendapat

pertama mengatakan beliau mendahulukan qiyas dan amalan penduduk Madinah daripada

hadis Ahad dan pendapat kedua mengatakan beliau mendahulukan hadis Ahad.

4.1.3 Amalan Penduduk Madinah (‘amal ahl-Madinah)

Imam Malik meletakkan Amalan Penduduk Madinah sebagai sandaran hukum kerana

Madinah merupakan tempat penghijrahan Rasulullah S.A.W, tempat tinggal turunnya

wahyu, tempat tinggal Rasulullah S.A.W, tempat tinggal sahabat dan penduduk Madinah

lebih memahami tentang maklumat penurunan wahyu. Oleh Itu, amalan penduduk

Madinah tidak akan terkeluar daripada kebenaran kerana mereka telah terasuh dengan

didikan Rasulullah S.A.W dan sebagai pewaris baginda. Jesteru itu, atas dasar ini, ia

boleh diterima sebagai hujah yang mengatasi qiyas dan hadis ahad. Beliau pernah

mengkritik para ulama yang tidak berpegang dengan amalan penduduk Madinah dan

buktinya ialah beliau pernah menulis surat kepada al-Layth bin Sa’d dengan berkata:

“Manusia mengikuti amalan pemduduk Madinah kerana di sanalah tempat berlakunya

hijrah dan tempat turunnya al-Quran”.

4.1.4 Pendapat Para Sahabat

Imam Malik berpendapat bahawa jika tidak terdapat hadis sahih tentang sesuatu masalah

maka pendapat para sahabat boleh diambil sebagai hujah sekiranya tidak ada pandangan

lain yang menyalahinya. Kenyataan ini dapat dilihat dalam huraian beliau melalui

kitabnya al-Muwatta’. Pendapat sahabat ini boleh diambil kira dalam penentuan sesuatu

hukum syarak kerana kedudukan dan perhubungan baik di antara mereka dengan

Rasulullah S.A.W. Mereka juga lebih mengetahui pentafsiran dan penjelasan yang

Page 8: Imam Malik

8

diberikan oleh Rasulullah S.A.W terhadap pengajaran Islam kerana mereka mengikuti

wahyu dan mendengar sendiri ucapan baginda. Oleh itu, pendapat mereka perlu

diutamakan daripada qiyas. Sungguhpun beliau menerima pendapat sahabat sebagai hujah

tetapi dalam pelaksanaanya, beliau mendahulukan amalan penduduk Madinah daripada

pendapat para sahabat. Namun begitu, apabila beliau mendapati perbezaan pendapat

sahabat mengenai sesuatu masalah, maka beliau akan memilih pendapat yang ada

persamaan dengan amalan penduduk Madinah. (Anwar Fakhri Omar, 2001: 182)

4.1.5 al-Masalih al-Mursalah, Qiyas dan Istihsan.

Ketiga-tiga asas tersebut juga diterima dalam hal-hal yang ketiadaan nas-nas dari al-

Quran dan as-Sunnah. Al-Masalih al-Mursalah ialah penentuan hukum berasaskan kepada

kepentingan apabila tidak ada nas yang menentukannya. Qiyas ialah penentuan hukum

bagi kes yang hukumnya tidak dinaskan berdasarkan kes yang dinaskan hukumnya kerana

terdapat persamaan sebab atau illah hukum antara kedua-duanya. Manakala, Istihsan pula

ialah menolak kehendak Qiyas yang nyata untuk menerima hukum lain yang bercanggah

denganya kerana ia bertentangan dengan kepentingan yang dikehendaki atau bertentangan

dengan kehendak nas. Ketiga-tiga metod ini digunakan oleh Imam Malik sekiranya

sesuatu perkara itu tidak terdapat nas sama ada dari al-Quran, al-Sunnah, amalan

penduduk Madinah atau pendapat sahabat. (Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid,

1988:158)

4.1.6 Sadd al-Dharai’

Sadd al-Dharai’ maknanya adalah saranan. Makna Sadd al-Dharai adalah menolak

saranan tersebut. Maksudnya disini ialah saranan menuju perbuatan haram adalah haram

hukumnya dan saranan menuju perbuatan wajib adalah wajib hukumnya. Konsep Sadd al-

Dharai tidak melihat hanya kepada niat dan tujuan peribadi sebagaimana yang diketahui.

Akan tetapi ia bertujuan kepada sisi manfaat umum atau kepada usaha menghilangkan

keburukan umum. Di samping sumber-sumber di atas, Imam Malik juga berpegang

Page 9: Imam Malik

9

kepada beberapa sumber lain seperti ijmak, uruf dan istishab. (Imam Abu Zahrah,

2011:432)

4.2 KETOKOHAN IMAM MALIK DALAM BIDANG FIQH

Ketokohan Imam Malik terserlah dengan beliau membuka kelas pengajaranya sendiri di

masjid. Hal ini demikian kerana rasa tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama dan

kemantapan ilmu pengetahuan yang ada pada diri Imam Malik. Dalam pengajarannya,

beliau mengetengahkan fatwa mengenai hal yang benar-benar berlaku. Beliau tidak

sesekali akan menjawab persoalan yang berasaskan kepada andaian dan sangat berasa

takut sekiranya fatwa yang dikeluarkannya itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Beliau juga seorang yang mempunyai daya fikir yang sentiasa segar dan

mempunyai kesabaran yang tinggi. Hal ini menjadikan beliau seorang yang tahan

menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan. Imam Malik berpendapat bahawa ilmu

dicari bukan kerana sebab yang lain tetapi cumalah semata-mata untuk keredhaan Allah

S.W.T. Keikhlasan yang digambarkan inilah yang menjadikan beliau sentiasa

mengelakkan diri dari mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan ajaran agama yang

sebenar. (Mahmood Zuhdi 1988:1)

5.0 KITAB-KITAB TERKENAL IMAM MALIK

Imam Malik adalah seorang tokoh ilmuwan yang banyak menghasilkan karya-karya dan

kitab-kitab yang memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan Islam

terutamanya dalam bidang hukum fiqh. Dalam konteks ini, terdapat 2 kitab utama dan

terpenting yang menjadi sumber rujukan kepada Mazhab Maliki iaitu kitab al-Muwatta’

dan kitab al- Mudawwanah.

Page 10: Imam Malik

10

5.1 Kitab al-Muwatta’

Kitab Al-Muwatta’ adalah sebuah kitab Islam yang lengkap penyusunannya di mana kitab

ini merupakan hasil karangan Imam Malik yang paling besar. Antara sebab yang

mendorong kepada penulisannya adalah kerana timbulnya pendapat-pendapat penduduk

Iraq mengenai sesuatu hukum agama, dan disebabkan kelemahan ingatan berkait dengan

hadis Rasululah S.A.W. Antara faktor lain adalah yang mendorong Imam Malik

mengarang kitab ialah atas permintaan pihak pemerintah Negara Islam pada ketika itu.

Justeru, wujud suatu keinginan untuk menyimpan dan membukukan sebuah kitab yang

dapat menjadi asas supaya ilmu-ilmu tersebut tidak lenyap begitu sahaja.(Abdul Halim

1969:187)

Selain itu, Kitab al-Muwatta’ ini mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu

merupakan sebuah kitab yang pertama dibukukan dalam perundangan Islam. Kitab ini

juga mengandungi hadis-hadis yang disusun mengikut bab-bab fiqh berdasarkan

pandangan Imam Malik yang mana sumber rujukan penghasilan kitab ini berteraskan al-

Quran dan As Sunnah. Dalam konteks yang lain, keistimewaan yang ketara yang terdapat

dalam ini dengan kata lain merujuk kepada Mazhab Maliki ialah terdapat satu metodologi

istinbat hukum yang tidak terdapat dalam mazhab lain iaitu amalan penduduk madinah.

(Anwar Fakhri 2001:193)

5.2 Kitab Al-Mudawwanah

Kitab Al-Mudawwanah adalah kitab yang kedua yang terpenting dalan mazhab Maliki.

Kitab ini dibukukan oleh Asad bin al-Furat yang merupakan salah seorang anak murid

Imam Malik. Dalam hal ini, Asad bin al-Furat telah membukukan kitab ini dengan

mengambil pendapat Imam Malik dan telah di susun secara teratur oleh Sahnun. Kitab al-

Mudawwanah lengkap dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan agama

terutamanya dalam masalah fiqh (Mohammad Hashim 2006: 71)

Kitab al-Mudawwanah, yang disebut juga al-Umm atau al-Mukhtalitah. Kitab al-

Mudawwanah merupakan rujukan utama dalam mazhab Maliki, kerana ia mencakupi

Page 11: Imam Malik

11

pemikiran fikih empat orang mujtahid, iaitu: al-Imam Malik, ‘Abd al-Rahman b. al-

Qasim, Asad b. al-Furat, dan Sahnun b. Sa‘id. Maka tidak hairanlah banyak ulama

menyusun syarah dan mukhtasarnya

6.0 PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN MAZHAB MALIKI

Mazhab Maliki bermula di Madinah dan tersebar ke seluruh negeri Hijaz. Mazhab ini

juga berkembang di Mesir semenjak Imam Malik masih hidup lagi. Mereka yang

bertanggungjawab menyebarkan Mazhab Maliki di Mesir ialah murid-muridnya yang

terdiri daripada ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim, Ibn al-Hakam, ‘Abd al-Rahim Khalid,

Ashhab dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, pada hari ini hanya sebahagian kecil

daripada mazhab Maliki dipakai terutamanya dalam perkara ibadat. Begitu juga di Tunis,

Mazhab Maliki telah disebarkan oleh muridnya Asad bin al-Furat. Manakala di

Andalaus (Sepanyol), pada mulanya penduduk disitu berpegang dengan mazhab al-

Awza’I tetapi kemudian berpindah kepada mazhab Maliki setelah Yahya bin Yahya

dilantik menjadi qadi. (Anwar Fakhri 2001:194-195)

Mazhab Maliki berkembang di banyak Negara. Antaranya Mesir, Andalus,

Tunisia, Algeria, Mauritania, Negeria, Sudan, Bahrian, Kuwait dan sebahagian Afrika.

Perkembangan Mazhab Maliki ini bermula sejak zaman Imam Malik lagi. Ulama telah

khilaf siapakah yang mula-mula menyebarkan Mazhab Maliki di Mesir. Ada yang

mengatakan Abdul Rahman bin al-Qasim dan ada yang mengatakan Uthman bin al-

Hakam al-Juzami

Antara sebab Mazhab Maliki tersebar kerana ramainya ulama’ yang datang ke

Kota Madinah pada musim haji dan berguru dengannya, kemudian pulang kembali ke

negeri masing-masing, seterusnya menyebarkan Mazhab Maliki. Di samping itu, Imam

Malik pernah menjawat jawatan qadhi di Kota Madinah dan digelar sebagai Imam Dar

al-Hijrah. Hal ini juga sedikit sebanyak memberi sumbangan besar dalam perkembangan

Mazhab Maliki. .(Zulkifli Mohammad al-Bakri, 1969: 139)

Page 12: Imam Malik

12

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, imam Malik merupakan seorang tokoh ulama’ Islam aliran mazhab yang

kedua mengikut rentetan Imam empat serangkai yang banyak memberi sumbangan

kepada perkembangan perundangan fiqh dalam agama Islam. Keunggulan dan karisma

yang ditunjukkan oleh beliau menjadikan nama beliau disanjung sehingga kini oleh

masyarakat Islam.

Ketokohan beliau bukan sahaja terserlah dalam konteks keperibadian dan tingkah

laku sahaja, tetapi ilmunya yang tinggi dalam bidang fiqh membolehkan Imam Malik

merencanakan pelbagai hukum dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan cabang

bidang kehidupan manusia yang timbul pada masa itu. Sesungguhnya, umat Islam pada

masa kini sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai tokoh Islam yang

berwibawa dalam memberi sumbangan kepada perkembangan bidang perundangan fiqh

yang mana sehingga kini kita sendiri dapat mengambil manfaat daripada ketokohan Imam

Malik sama ada dari segi sahsiah, perundangan, mahupun dalam konteks latar belakang

kehidupan Imam Malik itu sendiri.

Page 13: Imam Malik

13

8.0 RUJUKAN

Dr. Ahmad Asy-Syurbasi. 1978. Biografi Imam Empat Mazhab. Kota Bharu. Pustaka

Aman Press Sdn. Bhd.

Abdul Halim al-Jundi. 1969. Malik Bin Anas . Kaherah. al-Dar al-Muaarif bi Mesir.

Hamzah Nasrati, 1962. Imam Malik Bin Anas. Kaherah. Al-Maktabah al-Kiamah.

Imam Abu Zahrah. 2011. Imam Malik. Selangor. Jasmin Publications.

Abdurrahman Asy-Syarqawi. 2000. Riwayat Sembilan Imam Fiqih. Bandung: Pustaka

Hidayah

Zulkifli Mohammad al-Bakri, 1969. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab.

Selangor: OMR PRESS Sdn. Bhd.

Anwar Fakhri Omar, 2001. Metodologi Fiqh. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Hashim Kamali. 2006. An Introduction to Shariah. Kuala Lumpur. Ilmiah

Publishers

Mahmood Zuhdi Bin Hj. Abdul Majid. 1988. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala

Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Maulana Muhammad Ali, 2009. The Religion Of Islam,

Zaydan, ‘Abd al-Karim. 1989. al-Madkhal li dirasāsat al-sharī'ah al-Islāmiyyah. Beirut :

Mu’assasat al-Risālah.

Abdul Latip Talib, 2010. Novel Sejarah Islam Imam Maliki, PTS Litera Utama Sdn. Bhd,

Selangor

Ibrāhīm, Muhammad Ismaāʿīl. 1978. A’immat al-madhāhib al-arbaʿah: Abū Hanifah,

Mālik, al-Shāfiʿiyy, Ibn Hanbal, hayātuhum asruhum bī’ātuhum ārā’uhum

madhāhibuhum. Bayrūt: Dār al-Fikr al-IArabiyy.