ikan talapia

8
Ternakan ikan tilapia – penternakan ikan tilapia September 17, 2011 | Afiffuddin0 PENGENALAN TENTANG IKAN TILAPIA Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).Antara genus ikan tilapia adalah: Alcolapia Danakilia

Upload: jay-irwine

Post on 08-Aug-2015

380 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

talapia merah

TRANSCRIPT

Page 1: ikan talapia

Ternakan ikan tilapia – penternakan ikan tilapia

September 17, 2011 | Afiffuddin0

PENGENALAN TENTANG IKAN TILAPIA

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).Antara genus ikan tilapia adalah:

Alcolapia Danakilia Iranocichla Oreochromis Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus) Tilapia Merah (Oreochromis niloticus) Tilapia Biru (Oreochromis aureus) Sarotherodon

Page 2: ikan talapia

Steatocranus Stomatepia Tilapia

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Mossambi

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia mossambics (Peters)

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Mossambi Tilapia

Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair

Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Nile

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Page 3: ikan talapia

Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia nilotica (Linn.)

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Nile Tilapia

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (jantan)

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (male)

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (betina)

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (female)

Page 4: ikan talapia

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

i. Mempunyai pasaran

ii. Tumbesaran yang cepat

iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran

iv. Tulang yang sedikit

v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran

vi. Tahan kepada perubahan persekitaran

vii. Tempoh ternakan yang singkat

viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada

ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

HARGA TERKINI IKAN TILAPIA.

Untuk pengetahian anda, harga terkini/pasaran dengan harga tawaran berbeza. Selalunya

harga tawaran lebih rendah daripada harga terkini. Selain itu harga juga bergantung pada saiz

ikan, lokasi tempat (ikut negeri) dan cara penternakan (teknologi Taiwan). Daripada survey aku

baru-baru ini, aku dapati harga terbaru (update) ikan tilapia ialah RM5.50 per kg di mana saiz

ikan adalah 700gm – 1kg seekor, manakala di Seremban harga tilapia merah RM8-10/kg.

Sekiranya anda mempunyai harga ikan talapia yang lebih terkini di lokasi tempat anda sila

masukkan di ruangan komen. Nanti aku update semula di dalam artikel ini.

TEKNIKAL PENTERNAKAN IKAN TILAPIA

Pemilihan Tapak

Tapak serta lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying

capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air

menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam

sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam

sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak

pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan

kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan

Page 5: ikan talapia

tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-

parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah

( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )

ii. pH air – 6-8

iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm

iv. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm

v. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm

vi. Kemasinan – 0-20 ppt

Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan

ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah

masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan

bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman

air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam

sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat

bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku

kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta

mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan

untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa

arus kuat.

Rekabentuk dan Pembinaan Sangkar Ikan Tilapia

Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz

kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi.

Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz

mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman

jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam

sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan

kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

Pengurusan Anak Ikan Tilapia Merah

Dalam penternakan ikan tilapia. Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna dapat

mengurangkan kos pengeluaran serta memendekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.

Biasanya, anak ikan tilapia yang berumur dalam lingkungan 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor

akan dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat 3 peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah

Page 6: ikan talapia

yang perlu diberi perhatian iaitu peringkat pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan

serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

Pengasuhan Anak Ikan Tilapia Merah

Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau

kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat

membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak

terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam

tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.

Kadar Pelepasan Benih

Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut

keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz

kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di

dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat

asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan

dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-

70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan

jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m

x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

Kadar Pemberian Makanan Ikan

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran

berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan

tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari

berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari

berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

Penuaian Hasil Ikan Tilapia

Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan

diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala

ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani

dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama

5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap

sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400

Page 7: ikan talapia

kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan

terkejut(stress).

Pemasaran Ikan Tilapia

Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam

negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup

dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga

jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit

adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.

Ok, demikian maklumat tentang penternakan ikan tilapia yang sempat aku kongsikan melalui

artikel aku ini. Aku ulangi, sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan berkaitan dengan

penternakan ikan tilapia, mohon kongsikan maklumat terkini anda melalui ruangan komen yang

telah disediakan di bawah. Sekian