ikan keli berlada

Upload: ahmad

Post on 07-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ikan keli berlada sedap gila rugi tak makan

TRANSCRIPT

Ikan Keli BerladaJust nak share resepi ringkas ikan keli goreng berlada ini dengan pembaca semua. Jom tengok apa specialnya resepi ini.

Bahan-bahannya:10 ekor ikan keli sederhana besar1 sudu besar sos ikanGaram dan gula secukup rasaMinyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Bahan-bahan dikisar kering(menggunakan food processor):6 biji cili merah3 biji lada besar (cili solok)5 biji cili padi hijau5 biji cili padi merah6 tangkai cili kering - direndam sehingga lembut, dan dibasuh.2 biji bawang besar - dibelah empat6 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup

Cara membersihkan ikan keli1. Kebiasaannya ikan keli yang kita beli di pasar telah siap dipotong hujung kepala dan dibelah perutnya. Bagi memudahkan kita memegang ikan keli yang agak licin dan berlendir, apa yang perlu kita buat ialah masukkan ikan keli di dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya. Tutup dengan tudung periuk dan goncang. Ketepikan selama 5 minit, kemudian ambil limau kasturi tadi dan gosok-gosokkan atas badan ikan keli. Basuh ikan keli. Anda akan dapat rasakan ikan keli telah kurang berlendir dan mudah untuk dipegang.2. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku pada bahagian kepala untuk menghilang hanyir. Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan perapkan bersama limau kasturi dan garam selama 10 minit. Kemudian dibersihkan.

Cara-cara memasaknya:1. Selepas ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata. 2. Panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan.3. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing. Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan masak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.4. Kemudian curahkan sambal tadi di atas ikan. Siap untuk dimakan.