ikan haruan

1
Ikan Haruan Ikan Haruan Pengelasan saintifik Alam: Haiwan Filum: Chordata Kelas: Actinopterygi i Order: Channiformes Keluarga: Channidae Genus: Channa Spesies: C. striatus Nama binomial Channa striatus Sinonim Ophicephalus striatus Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak , dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia . Ikan Toman , Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai , tasik , terusan pertanian, sawah dan muara sungai . Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

Upload: janjiada

Post on 22-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: Ikan Haruan

Ikan Haruan

Ikan Haruan

Pengelasan saintifikAlam: HaiwanFilum: ChordataKelas: ActinopterygiiOrder: ChanniformesKeluarga: ChannidaeGenus: ChannaSpesies: C. striatus

Nama binomialChanna striatus

SinonimOphicephalus striatus

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.