ijab & kabul (islam) dan ikrar an kristian

14
I.P. GAYA HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI 1.0 PENGENALAN Mohamed Yusoff dan rakan-rakan (2009) memberi pandangan bahawa perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah untuk didefinisikan. Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli- ahli sains sosial, tetapi maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Pengkaji sendiri melihat perkahwinan ini satu topik yang agak menarik untuk dikaji. 1.1 Definisi Perkahwinan Untuk tujuan perbincangan dalam penulisan kajian ringkas ini, pengkaji telah memilih beberapa definisi perkahwinan antaranya adalah oleh Ferraro (2006) yang mendefinisikan perkahwinan seperti berikut : “Perkahwinan bermakna menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak- hak ekonomi di antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.” Bentuk kontrak dalam perkahwinan yang dimaksudkan oleh Ferraro, pada hemat pengkaji boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Kenyataan ini turut disokong oleh Mohamed Yusoff dan rakan-rakan (2009), yang menegaskan bahawa manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina keluarga. Dalam hal yang sama Ferraro (2006) mendefinisikan keluarga seperti berikut : “Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan (biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat. Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights).” MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAH NO. MATRIK: 690315125600002 1

Upload: khairuddinjj

Post on 12-Jun-2015

2.802 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

1.0 PENGENALAN

Mohamed Yusoff dan rakan-rakan (2009) memberi pandangan bahawa perkahwinan

bukanlah suatu konsep yang mudah untuk didefinisikan. Penggunaannya amat meluas di

kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains sosial, tetapi maknanya sering

bergantung kepada konteks budaya. Pengkaji sendiri melihat ‘perkahwinan’ ini satu

topik yang agak menarik untuk dikaji.

1.1 Definisi Perkahwinan

Untuk tujuan perbincangan dalam penulisan kajian ringkas ini, pengkaji telah memilih

beberapa definisi perkahwinan antaranya adalah oleh Ferraro (2006) yang

mendefinisikan perkahwinan seperti berikut :

“Perkahwinan bermakna menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka

mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di

antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara

kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.”

Bentuk kontrak dalam perkahwinan yang dimaksudkan oleh Ferraro, pada hemat

pengkaji boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang memberikan

pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam

sesebuah keluarga. Kenyataan ini turut disokong oleh Mohamed Yusoff dan rakan-rakan

(2009), yang menegaskan bahawa manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina

keluarga.

Dalam hal yang sama Ferraro (2006) mendefinisikan keluarga seperti berikut :

“Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan

(biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat.

Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights).”

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

1

Page 2: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu hubungan

yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan jantina yang dijangka

akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan bayi dan selepas bayi itu

dilahirkan (dalam Mohamed Yusoff dan rakan-rakan, 2009).

Bagi A. R. Radcliffe-Brown, “Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan sosial yang

khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan kepada anak yang

dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut.” Definisi lain menyatakan bahawa

perkahwinan adalah satu perlakuan budaya untuk mewujudkan famili, iaitu yang

melibatkan penyusunan semula pelaku-pelaku sosial dari segi peranan masing-masing.

Misalnya kalau sebelum berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi

(keluarga di mana seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia

menjadi ketua keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan

melahirkan anak sendiri). Keluarga merupakan satu unit sosial yang diasaskan kepada

kerjasama ekonomi, yang juga berperanan melahirkan zuriat, menjaga dan mengasuh

anak-anak dan berkongsi tempat tinggal (dalam Mohamed Yusoff dan rakan-rakan,

2009).

1.2 Pembatasan / Fokus Kajian

Kajian ringkas yang dilaksanakan oleh pengkaji (penulis) ini dibataskan atau berfokus

hanya satu ritual dalam upacara perkahwinan orang Bajau (mewakili agama Islam), iaitu

ritual ‘Akad Nikah’ (Gambar ritual ijab dan kabul seperti dalam Lampiran B) dan satu

ritual upacara perkahwinan Kadazan Dusun (berdasarkan agama Kristian), iaitu ‘Ikrar

Perkahwinan’ (Gambar perkahwinan mengikut ajaran Kristian seperti dalam Lampiran

C).

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan sebagai mendapatkan pengetahuan secara umum berhubung dengan

perbezaan kedua-dua ritual yang menjadi fokus kajian, kata lainnya maklumat atau

pengetahuan adalah hanya secara umum tentang perbezaan di antara ritual yang terlibat

dalam upacara perkahwinan agama agama berbeza di Malaysia, khususnya yang

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

2

Page 3: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

terdapat di negeri Sabah. Kata lainnya, kajian ini adalah untuk memenuhi kehendak

jawapan kepada soalan yang diberikan kepada pelajar OUM.

Ketepatan maklumat ritual yang dikongsikan oleh pengkaji adalah bergantung

sepenuhnya kepada atau berdasarkan ketepatan fakta yang diperolehi dari buku rujukan

yang di rujuk oleh pengkaji dan fakta yang diperolehi melalui rujukan internet yang

setiap satunya dinyatakan sumbernya oleh pengkaji. Maklumat tambahan yang

diperolehi melalui temubual pula tidak dapat disahkan daripada pihak lain.

Sehubungan itu, bentuk kajian atau metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji

adalah berbentuk deskriftif dan menggunakan kajian perpustakaan dan melalui internet.

Sebagai tambahan, pengkaji juga telah melakukan temubual dengan rakan setugas yang

mempunyai pengalaman menjalani ritual ‘Ikrar Perkahwinan’ yang terdapat dalam

agama Kristian. Manakala pengkaji sendiri juga telah pernah menyaksikan ritual ‘Ijab

dan Kabul’ menurut ajaran agama Islam semasa acara majlis akad nikah pengkaji

dengan suami.

2.0 RITUAL PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA SECARA UMUM

2.1 Ritual Perkahwinan Malaysia Secara Umum

Merujuk UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 164 (Perkahwinan dan Perceraian)

seperti dalam Lampiran A, terdapat fasal iaitu fasal 24 yang berbunyi “upacara

perkahwinan melalui istiadat agama, adat atau kelainan.”

Secara umumnya, upacara perkahwinan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan

pelbagai etnik, bangsa dan anutan agama boleh dilaksanakan melalui sama ada

mengikut istiadat agama, adat atau kelainan (iaitu asalkan tidak bertentangan dengan

undang-undang).

Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Malaysia pada masa kini

secara umumnya mempunyai persamaan, iaitu terdapat adat yang dikongsi oleh setiap

masyarakat seperti adat merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah/ikrar

perkahwinan, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

3

Page 4: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak

dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti.

Carta aliran : Proses Perkahwinan Maysarakat Malaysia (secara umum)

Merisik Meminang Bertunang Majlis Perkahwinan

3.0 RITUAL IJAB DAN KABUL

3.1 Ritual Perkahwinan Orang Bajau (Islam)

Merujuk maklumat yang terdapat dalam laman web

(http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article / 1-adat-

istiadat-perkahwinan/157-adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau) suku kaum Bajau

adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan / Dusun.

Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai,

sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka.

Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja

sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.

Kaum Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau yang tersendiri. Walau

bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan

adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu

dewasa ini pula selari dengan tuntutan Islam.

Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka

percaya bahawa perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya

dilaksanakan dengan tuntutan adat dan agama.

Majlis Ijab Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Termeterailah

ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu

dilaksanakan.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

4

Page 5: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Sebelum Majlis Ijab Kabul dilaksanakan, amatlah berharga dan penting bakal suami

isteri mengetahui tentang pengertian dan syarat-syarat yang terkandung dalam

Pernikahan.

Akad Nikah

Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat

perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah.

Pengertian Nikah

'Nikah' bererti berkumpul menjadi satu. Seperti perkataan orang Arab 'tanaakahat al-

asyjaru' (pokok itu saling bernikah) apabila mereka melihat pokok condong satu sama

lain dan berkumpul.

Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad yang mengandungi kebolehan

untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz 'nikah' (menikahkan) atau

lafaz 'tazwij' (mengahwinkan). Menurut pendapat yang lebih sahih, kata nikah itu secara

hakiki bermakna 'akad' dan secara majazy bermakna 'persetubuhan'.

Rukun Nikah

Rukun nikah ada lima:

(a) Ada calon suami yang sudah tertentu.

(b) Ada calon isteri yang sudah tertentu.

(c) Mesti ada wali.

(d) Ada dua saksi.

(e) Ijab dan kabul.

Ijab Dan Kabul

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan

kepada pengantin laki-laki.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

5

Page 6: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Contoh lafaz (sighah) ijab :

"Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin

sebanyak .... tunai".

Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan

ijab.

Contoh kabul :

"Ku terima nikahnya dengan maskahwin ...... tunai". Kalau maskahwin tidak berupa

wang , sebutkan jenis atau nama barangnya.

Syarat-Syarat Ijab Kabul

(a) Ijab mesti menggunakan lafaz 'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) atau lafaz

'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau) tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain

umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".

(b) Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki dengan segeranya.

(c) Ijab dan kabul hendaklah didengar dan difaham oleh dua saksi.

(d) Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian).

Contohnya: "Bila anak perempuanku telah ditalak dan habis masa iddahnya, maka

sungguh saya kahwinkan dengan engkau".

(e) Ijjab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan

kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Nikah semacam ini tidak

sah sekalipun dalam masa yang sangat panjang, kerana terjadi seperti nikah Mut'ah.

(f) Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan.

Tidak boleh dengan lafaz: "Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak

perempuan saya". Ijab semacam ini batal.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

6

Page 7: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

4.0 RITUAL IKRAR PERKAHWINAN

Merujuk kepada majlis perkahwinan seleberiti terkenal berasal dari Sabah, iaitu Nikki

Palikat dengan Audi Mok (sumber internet: http://kalangadan.blogdrive.com/) ritual

perkahwinan dalam ajaran agama Kristian dimulakan dengan pengerusi upacara

perkahwinan, iaitu seorang paderi memulakan upacara perkahwinan mereka dengan

membacakan doa, responsorial psalm dan gospel. Selepas itu acara ikrar perkahwinan

dilaksanakan.

Hasil kajian menerusi internet (http://www.ccg.org/indonesian/s/d2.html) yang dibuat

oleh pengkaji, terdapat beberapa variasi atau cara pengucapan ‘ikrar perkahwinan’

dalam agama Kristian yang dilaksanakan sebagai simbolik pasangan pengantin tersebut

disahkan menjadi suami dan isteri. Untuk perbincangan dalam kajian ini, pengkaji akan

mengemukakan tiga variasi atau cara pengucapan ikrar perkahwinan dilaksanakan

mengikut ajaran agama Kristian.

Pertama, terdapat cara ikrar perkahwinan diucapkan secara monolog atau melalui

hafalan, iaitu dihafal terlebih dahulu oleh kedua pengantin lelaki dan perempuan yang

kemudiannya dilafazkan secara satu persatu dalam acara pembacaan ikrar perkahwinan.

Contoh ikrar perkahwinan yang dihafal, iaitu dilafazkan oleh pengantin perempuan

berbunyi berikut ini, iaitu seperti yang dilafazkan oleh seleberiti Nikki dalam majlis

perkahwinannya (koleksi gambar perkahwinan Nikki seperti dalam Lampiran B):

"I, Nicolette Palikat, take you Audi Mok, to be my husband. I promise to be true to you

in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all

the days of my life."

Ketika ditemui pemberita selepas upacara perkahwinan itu selesai, Nikki memberitahu

dia menitiskan air mata sewaktu membaca ikrar perkahwinan di pihaknya kerana

hatinya tersentuh melalui momen paling indah dalam hidupnya. (sumber internet:

http://kalangadan.blogdrive.com/)

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

7

Page 8: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

"Saya terbayangkan diri saya yang akan menjadi isteri yang baik dan setia kepada Audi.

Saya memang tak sabar-sabar untuk memikul peranan sebagai isteri yang baik," katanya

dengan penuh kelegaan.

Contoh lain ikrar yang dihafal oleh pasangan pengantin adalah berikut ini :

Ikrar Perkahwinan Kristian (Katolik)

“I, _____, take you, _____, for my lawful wife/husband, to have and to hold from this

day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, until

death do us part. I will love and honor you all the days of my life.”

Ikrar Perkahwinan Kristian (Protestant)

“I, _____, take thee, _____, to be my wedded wife/husband, to have and to hold from

this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health,

to love and to cherish, till death do us part, according to God’s holy ordinance; and

thereto I pledge thee my faith.”

Kedua, pengkaji juga mendapati Ikrar juga boleh dibuat dengan bantuan paderi yang

mempengerusikan majlis perkahwinan, iaitu paderi membacakan ikrar perkahwinan

dengan pengantin mengulang sahaja apa yang diucapkan oleh paderi tersebut.

Contoh ikrar perkahwinan yang dimaksudkan :

[Paderi menghadapkan pasangan itu secara berhadapan muka dan hubungkan tangan

kanan mereka bersama].

[Kemudian memberi arahan] bermula dengan pengantin lelaki, sebutkan kata-kata ini

selepas saya :

“saya, (nama penuh lelaki), mengambil kamu (nama perempuan) menjadi isteriku, akan

memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, di dalam keberadaan dan kekurangan, dalam

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

8

Page 9: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

kesenangan dan kedukaan, dalam keadaan yang sihat dan sakit, untuk mengasihi dan

menghargai sehingga hari kematian. Oleh itu, saya berikrar dengan iman saya.”

Dan sekarang pengantin perempuan :

“saya (nama penuh perempuan), mengambil kamu (nama lelaki) menjadi suamiku, akan

memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, dalam kesenangan dan kedukaan, dalam

keadaan sihat dan sakit, untuk mengasihi dan menghargai sehingga hari kematian. Oleh

itu, saya berikrar dengan iman saya.”

Kerana kamu mengenal Allah yang maha besar dan kasihNya terhadap kamu, ianya

sesuai dan layak untuk kita datang kepada Dia – dan dihadapan Yesus Kristus untuk

meminta berkatnya dan meminta dia untuk menyatukan kamu sebagai suami dan isteri.

Mari kita berlutut.

(Bagi semua perkahwinan: ketika ini diambil kesempatan untuk berdoa dengan doa

yang sesuai, iaitu memohon Allah memberkati perkahwinan ini.)

Mari kita berdiri.

Dengan kuasa Yesus Kristus, sekarang saya ingin umumkan kamu sebagai SUAMI dan

ISTERI!

Sekarang kamu boleh bertukar cincin. Cincin perkahwinan adalah lambang luaran kasih

dan kesetiaan kamu terhadap satu dengan yang lain.

Sekarang kamu boleh mencium pengantin perempuan.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

9

Page 10: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

Ketiga, terdapat juga ikrar perkahwinan yang berbentuk soalan oleh paderi selaku

pengerusi upacara perkahwinan yang memerlukan respon jawapan oleh pengantin “saya

setuju” (“I do” or “I will”).

Contoh pengucapan paderi selaku pengerusi upacara perkahwinan :

Adakah kamu (nama lelaki) berjanji taat dan bersatu dengan Allah, di hadapan saksi-

saksi ini, untuk mengambil (nama penuh perempuan) menjadi isteri kamu yang sah

selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghormati dia dan

menyediakan keperluan bagi dia? (Jawapan pengantin lelaki)

Dan adakah kamu (nama perempuan) berjanji taat dan bersatu dengan Allah di hadapan

saksi-saksi ini, untuk mengambil (nama penuh lelaki) menjadi suami kamu yang sah

selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghibur dia,

menghormati dia dan menuruti dia menurut Hukum Allah? (Jawapan pengantin

perempuan)

5.0 DAPATAN

Berdasarkan perbincangan hasil kajian sebelum ini, maka dapatlah dibuat perbandingan

antara ritual ijab dan kabul (Islam) dengan ritual ikrar perkahwinan (Kristian) iaitu

berikut ini :

5.1 Persamaan dalam ritual

Ritual Ijab & Kabul (Islam) Ritual Ikrar Perkahwinan (Kristian)1. Nama penuh pengantin lelaki dan

perempuan disebut oleh wali atau juru

nikah.

2. Ada juru nikah (Wali atau Kadi)

3. Ada wali

4. Ada dua orang saksi bagi pihak

perempuan.

1. Nama penuh pengantin lelaki dan

perempuan disebut oleh paderi selaku

pengerusi upacara perkahwinan.

2. Ada pengerusi upacara perkahwinan

(Paderi yang bertauliah).

3. Ada wakil perempuan (biasanya bapa)

4. Ada saksi di pihak perempuan dan

lelaki.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

10

Page 11: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

5.2 Perbezaan dalam ritual

Ritual Ijab & Kabul (Islam) Ritual Ikrar Perkahwinan (Kristian)1. Hanya ada satu variasi utama

pengucapan ijab oleh wali atau juru

nikah dan diikuti oleh ucapan kabul

oleh pengantin lelaki.

2. Hanya lelaki yang mengucapkan kabul,

pengantin perempuan tidak ada ucapan

kabul.

3. Ada disebut nilai mas kahwin yang

perlu dijelaskan secara tunai atau

hutang.

4. Semasa upacara ijab dan kabul,

pengantin perempuan tidak wajib ada

bersama-sama (wajib ada wali).

5. Lafaz ijab mesti menggunakan ‘aku

nikahkan engkau’ atau ‘aku kahwinkan

engkau’.

6. Hanya wali dan pengantin perempuan

yang boleh menghalang Ijab dan Kabul

dilangsungkan.

7. Tidak dimestikan memegang Al-Quran

sewaktu Ijab dan Kabul.

1. Sekurang-kurangnya ada tiga jenis

variasi cara pengucapan ikrar

perkahwinan yang boleh dipilih oleh

pasangan pengantin mengikut

kesesuaian majlis upacara

perkahwinan.

2. Kedua-dua pengantin lelaki dan

perempuan melafazkan ikrar

perkahwinan mereka.

3. Tidak ada dinyatakan mas kahwin.

4. Pengantin perempuan dimestikan ada

untuk sama-sama melafazkan ikrar

perkahwinan.

5. Tidak ditentukan, iaitu terdapat

pelbagai variasi ikrar perkahwinan.

6. Sebelum dilangsungkan Ikrar

Perkahwinan hadirin yang ada ditanya

jika ada yang membantah

perkahwinan.

7. Ikrar Perkahwinan dilakukan sambil

menyentuh ‘Bible’.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

11

Page 12: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

6.0 RUMUSAN

Ritual ijab dan kabul dalam upacara pernikahan dalam perkahwinan orang Bajau adalah

selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan ikrar perkahwinan

dalam upacara perkahwinan pengantin beragama Kristian dijalankan mengikut tatacara

agama. Perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua ritual adalah bukti toleransi dan

kebebasan beragama dan melaksanakan amalan beragama yang terdapat di negara kita.

Situasi ini agak tidak begitu asing bagi penduduk negeri Sabah kerana terdapat ramai

keluarga di negeri ini yang mempunyai anak atau adik-beradik yang mempunyai anutan

agama yang berbeza, mengamalkan budaya kahwin campur tapi masih boleh hidup

harmoni dan mengekalkan hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra. Kenyataan ini

turut diperakui oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak

yang menyatakan Sabah adalah satu contoh terbaik selain negeri Sarawak yang

memenuhi konsep yang diwar-warkan oleh beliau, iaitu konsep “Satu Malaysia”.

Konsep satu Malaysia ini pastinya tidak akan tercapai selagi rakyat tidak saling kenal

mengenali dari segi amalan agama atau budaya kaum lain, seperti kata pepatah “tak

kenal maka tak cinta”. Dengan mengenali anutan agama dan budaya kaum lain, maka

sudah tentu lebih mudah untuk seseorang itu bersikap terbuka, bertoleransi, hormat

menghormati dan dapat menghilangkan rasa prejudis.

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

12

Page 13: Ijab & Kabul (Islam) Dan Ikrar an Kristian

I.P. GAYA

HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI

BIBLIOGRAFI

Mohamed Yusoff Ismail, Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan Sheith Faikis Abu Bakar. (2009). HBSS4303 Pengenalan Antropologi (Modul OUM). Kuala Lumpur: OUM

Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.). Belmont : Thomson Wadsworth.

Johdi Salleh. (2007). Sejarah Perekembangan Negara (Modul OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Teh Hooi Bin (2004). Tradisi dan Kebudayaan Malaysia. Subang Jaya : Bright Publication Sdn. Bhd.

UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 164 (Perkahwinan dan Perceraian)

Melalui TemubualXXX, XX tahun, beragama Kristian, sudah berkahwin. SK. Timbang Batu, Peti Surat 30, 89107 Kota Marudu, Sabah.

Sumber Internet :

Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajauhttp://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/1-adat-istiadat-perkahwinan/157-adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau

Majlis Ijab Kabul *Dipetik dari Buku Perkahwinan Yang Sucihttp://tentang-pernikahan.com/article/articleindex.php?aid=760

Perkahwinan Nikki Palikathttp://kalangadan.blogdrive.com/

Rujukan Upacara Perkahwinan Dalam Kristianhttp://www.ccg.org/indonesian/s/d2.html (versi Indonesia)dipetik dari http://www.logon.org dan http://www.ccg.org (versi Inggeris)

http://malaysiana.pnm.mv/

MAILIN BINTI BAHARI @ NORAZRINAHNO. MATRIK: 690315125600002

13