iii - ukm.my · perkembangan awal islam di besut, terengganu mohd ekhbar daud & farid mat zain …...

675

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • i

  • ii

  • iii

    8 Disember 2015 / 26 Safar 1437H

    Bangunan Tun Fatimah Hashim

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    disunting oleh Muhammad Adib Samsudin, Ahmad Munawar Ismail, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Latifah Abdul Majid, Rosmawati Mohamad Rasit,

    Zainab Ismail & Zuliza Mohd. Kusrin

    FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    BANGI 2015

  • iv

    PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015

    Meneraju Penyelidikan Pengajian Islam

    Cetakan Pertama, 2015

    Hak cipta Fakulti Pengajian Islam, UKM 2015

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini

    boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

    ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

    dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

    tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

    Diterbitkan di Malaysia oleh

    FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Tel: +603 8921 5550/5291/5569 Faks: +603 8921 3185

    http://www.ukm.my/fpi/

    Diatur huruf oleh

    AHMAD FAATHIN MOHD FADZIL ([email protected])

    ASRI TERMIZI ([email protected])

    MOHAMMAD FAHMI MUSTAFA ([email protected])

    MOHAMMAD ZULKARNAEIN FAUZI ([email protected])

    & NOORSAFUAN CHE NOH ([email protected])

    ISBN 978-983-9368-69-7

  • v

    Kandungan _________________________________________________________________________

    Kandungan … v

    Wasiat Wajibah terhadap Anak Angkat dalam Kompilasi Hukum Islam

    AFRIYANTO & NOOR LIZZA MOHAMED SAID … 1

    Amalan Rawatan Reiki (Aura) menurut Perspektif Islam: Satu Sorotan Literatur

    AHLAM IBRAHIM & ABDUL BASIR MOHAMED … 7

    Sorotan Literatur berhubung Tuntutan Hak Waris terhadap

    Harta Sepencarian Selepas Kematian

    BADRIAH HASBULLAH & MD. YAZID AHMAD … 14

    Konsep Aplikasi Akad Wakalah dalam Pembiayaan Murabahah pada Perbankan Syariah:

    Satu Kajian Perbandingan antara Indonesia dan Malaysia

    BAGYA AUNG PRABOWO & JASRI JAMAL … 22

    Kajian Literatur terhadap Penyelesaian Masalah Pengurusan Aset Pusaka Tak Alih Orang

    Islam yang Belum Dituntut di Malaysia

    BIBI NUR ADILA ZULKAFLI & MD YAZID AHMAD … 30

    Penawaran Produk Hibah Patuh Syariah dalam Industri Perancangan dan Pengurusan Harta

    Umat Islam di Malaysia

    MUHAMMAD FADZIL ATHIF & NOOR LIZZA MOHAMED SAID … 37

    Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia: Satu Sorotan Literatur

    MUHAMMAD SOFIYUDDIN ZAKARIA & MOHD. ZAMRO MUDA … 44

    Kriteria Hotel Patuh Syariah menurut Maqasid al-Shari‘ah: Satu Sorotan Literatur

    NUR HAFIZAH OTHMAN & MOHAMMAD ZAINI YAHAYA … 51

    Hibah Harta Bercagar menurut Perspektif Islam dan Pengamalan di Malaysua:

    Sorotan Literatur

    NURUL AMIRA MOHAMAD & NOOR LIZZA MOHAMED SAID … 57

    Mut‘ah dan Nafkah ‘Iddah: Analisis Kritikal terhadap Perlaksanaannya dalam

    Konteks Undang-Undang Keluarga Thailand dan Undang-Undang Keluarga Islam

    di Selatan Thailand

    ROHANEE MACHAE, ABDUL BASIR MOHAMAD & MUTSALIM KHARENG … 63

    Sumber Manusia, Logistik, dan Kemahiran Perundangan

    Bahagian Penguatkuasa Agama Islam di Malaysia

    ZAKARIA YAHYA & MOHD AL-ADIB SAMURI … 74

  • vi

    Penegasan Asha‘irah terhadap Kekeliruan Konsep Mukjizat:

    Satu Analisis Perbandingan dalam Aliran Akidah Islam

    ABDUL MUKMIN ZULKIFLI & ZUL ‘AZMI YAAKOB … 90

    Sistem Pengajian Pondok di Yayasan al-Jenderami

    FATIN NABILAH MOHD TAHIR & NOZIRA SALLEH … 97

    Kajian terhadap Amalan Budaya Merarik dalam Masyarakat Melayu-Sasak Lombok

    HILMI SAPARUDIN & IDRIS ZAKARIA … 105

    Peranan dan Sumbangan Unit Agama Felda dalam Menangani Cabaran

    Pembangunan Insan di Felda Pahang

    MOHD JUHARI SALIM, MUHAMMAD RAZAK IDRIS & NOZIRA SALLEH … 113

    Tahap Kefahaman dan Persepsi Masyarakat terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd.

    NURUL AYU BAKAR & AHMAD YUNUS MOHD NOOR … 122

    Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Maahad Darul Hadith

    Alor Setar, Kedah: Tinjauan Awal

    QUTRENNADA ROSLI & AHMAD YUNUS MOHD NOOR … 130

    Penghayatan (Praktik) Agama Islam dalam Kalangan Golongan Saudara Muslim (Mualaf):

    Kajian Khusus terhadap Masyarakat Bidayuh Sarawak

    ROZIAH CHEK & JAFFARY AWANG … 138

    Radikalisme dalam Wacana Kesarjanaan Islam Semasa

    SAIFULLAH MOHD NASRI & MUHAMAD RAZAK IDRIS … 147

    Sorotan Kajian terhadap Pemikiran Islam Progresif Sa’diyya Shaikh

    SITI NURUL ATIQAH MOHD NAWAWI & INDRIANTY ISMAIL … 153

    Metodologi Tafsir HAMKA Berkaitan Isu Kedudukan Nabi Isa

    UMEIR & MAZLAN IBRAHIM … 159

    Pemikiran Pasca Islamisme dalam Konteks Gerakan Islam di Malaysia

    WAN AHMAD FAHMI WAN MUDA & WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA … 168

    Pengekalan Budaya Asal Minoriti Muslim di Eropah:

    Satu Analisis terhadap Pemikiran Tariq Ramadan

    WAN AHMAD FUAD WAN AHMAD KAMIL & ZUL ‘AZMI YAAKOB … 173

    Transformasi Sains dan Teknologi Dawlah Uthmaniyyah Era

    Sultan Suleyman al-Qanuni (1520-1566M): Satu Sorotan Literatur

    AHMAD SOBRIE AB. RAHMAN & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK … 180

    Sains ‘Uthmaniyyah Era Sultan Muhammad al-Fatih

    AMMALINA DALILLAH MOHD ISA & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK … 189

  • vii

    Penerokaan Ruang Kajian Lanjutan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895)

    HANIF MD LATEH @ JUNID & IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD … 196

    Taj Al-Salatin: Analisis Kandungan Kitab tentang Pengaruh Keagamaan dalam

    Politik Acheh Abad ke-17

    KAIRUL ANWAR AHARIN & FARID MAT ZAIN … 204

    Perkembangan Awal Islam di Besut, Terengganu

    MOHD EKHBAR DAUD & FARID MAT ZAIN … 212

    Campur Tangan British dalam Sistem Pendidikan Islam di Negeri Kelantan:

    Satu Tinjauan Literatur

    MOHD FAZMIE DERAMAN & IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD … 222

    Penubuhan dan Perkembangan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH):

    Satu Sorotan Literatur

    NURLIZAH SAMAT @ NASIR, WAN KAMAL MUJANI & FARID MAT ZAIN … 228

    Budaya dalam Pembelajaran Bahasa: Satu Tinjauan Literatur

    NURUL HUDA MOHD SUKANDAR & KASEH ABU BAKAR … 235

    Peranan Ulama dalam Pendidikan Islam di Perak: Satu Penelitian Awal

    terhadap Ustaz Abu Bakar al-Baqir

    NURUL HUSNI ABDULLAH & FARID MAT ZAIN … 242

    Terjemahan Arab-Melayu Berbantukan Google Translate

    RAIHANA MOHD YUSOF & SUHAILA ZAILANI @ AHMAD … 248

    Tahap Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

    Satu Tinjauan Literatur

    RAMDHANIS MANSOR & MAHERAM AHMAD … 254

    Penelitian Saiz Kota Kata Bahasa Arab: Satu Kajian Literatur

    SITI AISYAH ISHAK @ ISAH & ZAMRI ARIFIN … 261

    Metodologi Philip K. Hitti dalam Historiografi The Capital Cities of Arab Islam:

    Satu Tinjauan Literatur

    SITI ZAKIAH YUNUS & AZMUL FAHIMI KAMARUZAMAN … 269

    Tinjauan Literatur Penguasaan Kata Kerja Berimbuhan Bahasa Arab

    dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

    SUHAZLINDA GHAZALY & HAKIM ZAINAL … 276

    Metode Idris al-Marbawi dalam Mentafsirkan Surah al-Baqarah

    ABDUL RAHIM MOHD ALI & MUHD NAJIB ABDUL KADIR … 283

    Tahap Penguasaan Pelajar KKQ terhadap Manhaj Warsh berpandukan Modul BPI:

    Tinjauan Awal

    ABU BAKAR AHMAD & MOHD FAIZULAMRI MOHD SAAD … 290

  • viii

    Peranan Modul Komunikasi Remaja Muslim berasaskan Uslub Nabi SAW

    terhadap Sahabat: Satu Tinjauan Literatur

    ABU DZAR AHMAD & MOHD ARIF NAZRI … 294

    Penandaan Dabt al-Quran dalam Mushaf Madinah dan Mushaf Syaamil:

    Satu Perbandingan

    AHMAD BAIHAQI IBRAHIM & SABRI MOHAMAD … 299

    Israiliyyat dalam Tafsir Surah al-Baqarah dalam Kitab Tafsir Turjuman al-Mustafid

    AMIRUL HAFIZ AHMAD LUTFI & MOHD NAZRI AHMAD … 306

    Metode Pentafsiran dan Pemikiran Nasaruddin Umar dalam Isu Gender

    KARIMUDDIN NASUTION & MUHD NAJIB ABDUL KADIR … 312

    Santunan Fitrah Kebapaan Nabi Ya‘qub AS: Pendekatannya

    dalam Menangani Salah Laku Remaja

    MASTURA BOHARI & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH … 318

    Kedudukan Hadith sebagai Sumber Hujah dalam Teks Khutbah Jumaat

    MOHAMAD ASYRAF CHE OMAR & FADLAN MOHD. OTHMAN … 325

    Strategi Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam Memperkasakan

    Maahad Tahfiz al-Quran Negeri di Malaysia: Satu Sorotan Literatur

    MOHD JAMALIL ISMAIL, SABRI MOHAMAD & TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI … 333

    Kajian Hadith Kitab Hidayatul Mukhtar: Takhrij dan Ulasan

    MUHAMMAD ASHRAF SHAHRULAIL & MOHD AKIL MUHAMED ALI … 341

    Tekanan Wanita Bekerjaya dari Perspektif Psikoterapi al-Qur‘an: Satu Tinjauan Literatur

    NOOR AIMAH MD ISA @ HARON & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH … 347

    Elemen Tarannum dalam Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan Literatur

    NORFAZILAH HASSAN & LATIFAH ABDUL MAJID … 354

    Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan terhadap Hadith Braille

    NORHAFIZAH AHMAD & LATIFAH ABDUL MAJID … 359

    Mujmal dan Mubayyan dalam Khilaf Qiraat Qur’aniyyah:

    Kesan Penafsiran dalam Surah al-Baqarah

    ZAKIRAH AZMI & SABRI MOHAMAD … 365

    Konsep Tazkiyat al-Nafs menurut al-Harith bin Asad al-Muhasibi

    ABU DARDAA MOHAMAD, SALASIAH HANIN HAMJAH,

    AHMAD IRDHA MOKHTAR & FARIZA MD. SHAM … 373

    Kepentingan Amalan Kerohanian sebagai Pencegahan Awal

    Menangani Histeria dalam Kalangan Remaja

    AMIRAH MAD RADZI & FARIZA MD SHAM … 380

  • ix

    Tahap Penontonan Filem Genre Dakwah dalam Kalangan Audien di Malaysia

    AZIMAH MISROM & ROSMAWATI MOHAMAD RASIT … 388

    Pendekatan Dakwah bi al-hikmah menurut Surah al-Nahl Ayat 125

    terhadap Saudara Baru di MAIS : Tinjauan Awal

    BASYIRAH YAHAYA & NUR A’THIROH MASYAA’IL TAN … 395

    Penghayatan Islam dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di

    Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Literatur

    FAIRUZ ABDUL RAHMAN & AHMAD IRDHA MOKHTAR … 404

    Penilaian Tahap Tingkah Laku terhadap Isu HIV/AIDS

    dalam Kalangan Pegawai Agama di Malaysia

    HAZLIN KADIR @ SHAHAR, RAZALEIGH MUHAMAT@KAWANGIT,

    ROSMAWATI MOHAMAD RASIT & BADLIHISHAM MOHD NASIR … 411

    Pendekatan Pengukuhan Personaliti Bapa dalam Kalangan Peserta di LPPKN

    IZZAH NUR AIDA ZURRAFFAR & SALASIAH HANIN HAMJAH … 424

    Pendekatan al-Targhib dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Hafazan al-Quran Kanak-Kanak

    JOHAIBI JUHAN & ZAINAB ISMAIL … 433

    Implementation on Arabic Language and Islamic Values Education (ALIVE)

    Program in The Philippines

    MARLON PONTINO GULENG, RAZALEIGH MUHAMAT@KAWANGIT

    & ZULKEFLI AINI … 443

    Kepentingan Komunikasi Silang Budaya dalam Pembangunan Industri

    Pelancongan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur

    NOR ARIFAH MOHAMED ZEMUDIN & ROSMAWATI MOHAMAD RASIT … 447

    Pengetahuan dan Pengamalan Batas Aurat dan Pergaulan menurut Islam

    dalam Kalangan Remaja Perempuan SMK Titingan Tawau, Sabah

    NUR ‘IZZAH JAINUDIN & ADAWIYAH ISMAIL … 454

    Komunikasi Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dalam

    Konteks Bahasa: Satu Tinjauan Literatur

    NUR DAMIA HUSNA NOR SAD & ZULKEFLI AINI … 463

    Sorotan Kajian Genre Independent-Writing dalam Dakwah

    NURUL AFIFAH SAHARUDDIN & MUHAMAD FAISAL ASHAARI … 470

    Emosi dan Faktor-faktor Tekanan dalam Kalangan Wanita Infertiliti: Satu Tinjauan Awal

    NURULANEEYAMIRAH RAZALI & A’DAWIYAH ISMAIL … 478

    Tahap Kefahaman dan Pengamalan Islam Pelajar Orang Asli

    Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan Literatur

    ROSLINDA SABIRAN & AHMAD IRDHA MOKHTAR … 484

  • x

    Ciri-ciri Autisme: Kajian Literatur

    SALMIHAH CHE MUD & FARIZA MD. SHAM … 493

    Kesan Filem Seram terhadap Pegangan Agama: Suatu Tinjauan Literatur

    SITI AISYAH HADI MUNIR @ A. HADI & MUHAMAD FAISAL ASHAARI … 501

    Perhotelan Patuh Syariah dalam Mempromosikan Pelancongan Islam di Malaysia

    SITI FATMA MANSOR & ROSMAWATI MOHAMAD RASIT … 509

    Tinjauan Literatur Pembinaan Pendakwah Mualaf dan Penerapan Sahsiah Diri

    terhadap Pendakwah Mualaf

    WAN SYOLEHAH WAN MUHAMMAD & ANUAR PUTEH … 518

    Algoritma Pencarian Sanad yang Sahih dalam Kitab Shahih Bukhari

    NURSYAHIDAH ALIAS, NURAZZAH ABD RAHMAN, NORMALY KAMAL ISMAIL,

    ZULHILMI MOHAMED NOR, MUHAMMAD NAZIR ALIAS … 527

    Representation of Search Retrieval Results on Digital Hadith Online Browser

    NURUL SYEILLA SYAZHWEEN ZULKEFLI, NURAZZAH ABD RAHMAN &

    ZAINAB ABU BAKAR … 536

    Analisis Tema Amthal dalam Pendidikan Al-Quran

    UMMI NUR ZAINUDIN & TENGKU INTAN ZARINA … 543

    Konsep Tahsin Solat Menurut Syeikh Daud Al-Fatani

    WAN ISMAIL W DAGANG & MOHD ISMAIL MUSTARI … 552

    Retrospektif Evolusi Organisasi Islam dalam Angkatan Tentera Malaysia

    ZULKIFLI MUSTAFA, EZAD AZRAAI JAMSARI, NOORSAFUAN CHE NOH,

    AHMAD FAATHIN MOHD FADZIL, ASRI TERMIZI, MOHAMMAD FAHMI MUSTAFA

    & MOHAMMAD ZULKARNAEIN FAUZI … 560

    Prinsip DNA Haiwan dalam Produk Coklat

    NORMAWIYAH SUPARMAN & DR MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM … 579

    فىٍٍّٔخ إٌجر فً اٌٍغخ اٌؼرثٍخ

    586 ... ورة أثى ووبسٍه ٔؼّخ أثى ِحسٓ سٍّخ

    ) رحٍٍٍٍخ دراسخ( اٌشؼراء سىرح فً اٌمرآٍٔخ اٌمظض خالي ِٓ اٌزرثٍخ فً اٌمذوح أثر

    596 ... ٔظري ػبرف & طجر ِحّذ احّذ

    اٌمٍبدٌخي األجٍب ٌزٕشئخ اٌزرثىٌخ اٌحبجبد واألسبسٍخ اٌحبجبد

    605 ... ػًٍٕ وروٌىفًٍ إسّبػًٍ وأدوٌخ ِبٌه .ع فبطُ

    والٌخ سىِطرح ثأٔذؤٍسٍب( ٍِٕبٔجىبثبو )لجٍٍخ فً( األسرح ٔظبَ )اٌسواج وػبداد األػراف

    وأثرهب فً لبػذح اٌؼبدح ِحىّخ

    611 ... لبسُ ِحّذ ثٓ ػبرف إظهبر ِحّذو هذاٌذ رىفٍك فبطّخ

    اٌّمبطذ فً واٌزّأٌٍف اٌزَّجذٌذ حروخ

    623 ... ِخزبر إرضبء أحّذ و اٌجروخ إسّبػًٍ ججرًٌ

  • xi

    "رجبرن جسء "فً دالٌٍخ ثالغٍخ دراسخ اٌىرٌُ اٌمرآْ فً اإلشزمبق جٕبش

    631 ... هللا ػجذ ثٓ ٔىر ِحّذو طبهر سهالْ ِحّذ

    ودراسخ جّؼب : اٌزسؼخ اٌىزت فً اٌؼبص ثٓ ػّرو ِروٌبد

    638 ... ػثّبْ ِحّذ فضالْ & أٌٍذ ػفٍفً ٔىر

    اٌّبئذح سىرح فً رطجٍمٍخ ٔحىٌخ دراسخ: واٌسٌبدح األطبٌخ ثٍٓ اٌجر حروف

    646 ... زًٌٕ حىٍُ & طبٌح شٍخ ثٕذ روضخ

    األِٓ إٌفسً وأثرح فمذأخ ػٍى اٌّجزّغ اإلسالًِ اٌفٍسطًٕ فً ضؤ اٌىزبة واٌسٓ

    651 ... زارٌٓ أزبْ رٍىى و سىذ أسّذي أحّذ و ػثّبْ ِحّذ فضالْ و ِجذوثخ ِظطفى أحّذ سٍّرح

  • xii

  • xiii

    Alu-aluan _________________________________________________________________________

    Bidang Pengajian Islam ialah satu bidang penting untuk pembangunan sebuah negara.

    Bidang ini berfungsi menstabilkan proses pembangunan bagi menghasilkan kelestarian

    kemajuan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, Pengajian Islam menjadi lebih

    penting sejajar dengan perlembagaan Malaysia yang menyatakan Islam sebagai agama

    persekutuan.

    Sehubungan dengan itu, bidang Pengajian Islam menjadi fokus rujukan masyarakat,

    khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Hasrat Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah untuk menjadi fakulti terpilih yang memartabatkan

    pengajian Islam dan memperluaskan ilmu keIslaman di persada antarabangsa. Oleh yang

    demikian, aspek kurikulum diperluas menerusi pengolahan ilmu-ilmu Islam secara ilmiah

    dengan menggunakan platform yang pelbagai seperti wacana penulisan ilmu, merangkumi

    seminar, persidangan dan kolokium bagi memartabatkan kesarjanaan dalam bidang

    penyelidikan Pengajian Islam.

    Berdasarkan asas dan latar tersebut, Urus Setia Program Pengajian Siswazah (PPS), FPI

    menganjurkan Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) sebagai satu

    daripada usaha memanfaatkan kegiatan ilmiah pelajar Siswazah FPI. Melalui kolokium ini,

    pelajar Siswazah dapat memperoleh maklumat tambahan melalui hasil kajian yang

    melibatkan pelajar Siswazah FPI, sama ada di peringkat Sarjana mahupun Doktor Falsafah.

    Semua kajian ini bersifat multi-disiplin yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin dan

    Falsafah, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah serta

    Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

    Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima

    kasih kepada Urus Setia PPS FPI, Persatuan Pelajar Siswazah FPI serta semua pihak

    terlibat yang telah berusaha bagi menjayakan penganjuran KASPI 2015 kali ini. Pihak FPI

    berharap agar kolokium ini dapat memberi pendedahan kepada para siswazah Pengajian

    Islam dengan penemuan baru dan hasil penyelidikan yang berkualiti.

    Sekian, terima kasih.

    PROF. DR. WAN KAMAL MUJANI Dekan

    Fakulti Pengajian Islam, UKM

  • xiv

    Prakata _________________________________________________________________________

    Syukur ke hadrat Allah (s.w.t.) kerana pada tahun ini Fakulti Pengajian Islam (FPI),

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat menganjurkan Kolokium Antarabangsa

    Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015. Kolokium ini juga dianjurkan bersama dengan

    Persatuan Pelajar Siswazah FPI. Objektif utama penganjuran KASPI 2015 diadakan adalah

    untuk meningkatkan potensi kalangan Siswazah Pengajian Islam dalam pemugaran aspek

    penerbitan yang berwewenang dan penyampaian ilmu yang berkeyakinan. Kolokium ini

    dapat memberi ruang dan peluang kepada para Siswazah Pengajian Islam untuk

    membentangkan tinjauan literatur dan hasil penyelidikan mereka dalam pentas akademik.

    Selain daripada itu, kolokium ini juga bertujuan untuk merealisasikan matlamat pendidikan

    di UKM, iaitu ‘melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan

    berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa’, selaras dengan wawasan Universiti, iaitu

    membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

    Menerusi kolokium ini, Siswazah Pengajian Islam berpeluang untuk menunjukkan

    kebolehan dan kemampuan mereka dalam menjalakan penyelidikan dan inovasi, di

    samping itu berpeluang untuk berkongsi ilmu, menjalin hubungan strategik dan

    perkongsian pintar dalam kalangan Siswazah UKM dan luar UKM.

    Kolokium kali ini juga akan diterbitkan sebagai Prosiding Kolokium Antarabangsa

    Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015, yang merangkumkan semua kertas kerja yang

    dihasilkan oleh para Siswazah Pengajian Islam. Kertas kerja terbaik yang telah diwasit

    oleh para penilai yang pakar dalam bidang Pengajian Islam akan diiktiraf dalam beberapa

    kategori pada sesi penutup kolokium ini.

    Saya, bagi pihak Urus Setia Program Pengajian Siswazah (PPS), FPI, UKM,

    menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembentang

    kertas kerja dan peserta, penilai, moderator, penyelia, pengurusan FPI, Ketua-ketua Jabatan,

    warga Fakulti dan seterusnya warga Siswazah yang terlibat secara langsung atau tidak

    langsung dalam menjayakan kolokium tahun ini. Tahniah dan syabas untuk semua!

    Diharapkan penganjuran majlis seumpama ini dapat melahirkan warga FPI yang

    berkompeten, berinovasi dan dibanggakan oleh pihak UKM.

    Sekian, wassalam.

    PROF. MADYA DR. SHOFIAN HJ. AHMAD Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa)

    Fakulti Pengajian Islam

    Universiti Kebangsaan Malaysia

  • xv

    KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015

    BANGUNAN TUN FATIMAH HASHIM, PUSAT SISWAZAH UKM 8 DISEMBER 2015 (SELASA)

    8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

    JAWATANKUASA INDUK

    Penaung : YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

    Penasihat : Prof. Dr. Wan Kamal Mujani

    Pengerusi : Prof. Madya Dr. Shofian Ahmad

    Timbalan Pengerusi : En. Mohamed Termizi Othman

    Setiausaha : Pn. Noramiza Kamarudin

    Timbalan Setiausaha 1 : Pn. Siti Marwany Abdul

    Timbalan Setiausaha 2 : Cik Shilawati Haron

    Bendahari : Pn. Rohimah Borhan

    Timbalan Bendahari : Pn. Siti Salwah Talib

    Ketua Jawatankuasa : Dr. Mat Noor Mat Zain

    : Prof. Madya Dr. Jaffary Awang

    : Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman

    : Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit

    : Dr. Sabri Mohamad

    : Ketua Persatuan Pelajar Siswazah FPI

    AHLI JAWATANKUASA KECIL

    1. JAWATANKUASA PENERBITAN DAN INOVASI

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman

    Dr. Muhammad Adib Samsudin

    Prof. Dr. Zainab Ismail

    Prof. Madya Dr. Latifah Abdul Majid

    Dr. Ahmad Munawar Ismail

    Dr. Zulkarnain Mohamed

    Dr. Ahmad Irdha Mokhtar

    Dr. Rosmawati Mohamad Rasit

    Dr. Zuliza Mohd. Kusrin

    En. Ezad Azraai Jamsari

    Pn. Ummu Hani Hashim

    Noorsafuan Che Noh

    Ahmad Faathin Mohd Fadzil

    Asri Termizi

    Mohammad Fahmi Mustafa

    Mohammad Zulkarnaein Fauzi

    Nur Amalina Rumli

    Nur Hafizah Othman

    Mashitoh Mohamad Hashim

    Ikramsyah Irwali

    Amirul Hafiz Ahmad Lutfi

  • xvi

    2. JAWATANKUASA PEMASARAN DAN PUBLISITI

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Prof. Madya Dr. Mazlan Ibrahim

    Dr. Salmy Edawati bt. Yaacob

    Dr. Fadlan Mohd Othman

    Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

    Dr. Noor Lizza Mohamed Said

    En. Zulkifli Abdul Ghani

    En. Farid Mat Zain

    En. Wan Haslan Khairuddin

    En. Muhammad Hafiz Roslan

    Mohd Sobri Jusoh

    Azimah Misrom

    Nadia bt Abdul Hamid

    Nuraini Kamarolzaman

    3. JAWATANKUASA PERJALANAN SIDANG

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Dr. Mat Noor Mat Zain

    Cik Nurbazla Ismail

    Prof. Madya Dr. Hajah Salmah Hj Ahmad

    Dr. Ahmad Yunus Mohd Nor

    Dr. A’dawiyah Ismail

    En. Mohammad Zaini Yahaya

    En. Muhammad Hosnee Zainal Abidin

    En. Al Muslim Mustapa @ Ab. Rahim

    En. Mohd Hafiz Safiai

    En. Muhammad Nazir Alias

    Nurul Awatif Fasihah Abd Halim

    Siti Syarah Mohd Tawil

    Ahmad Fathi Ridza Mat Nor

    Bibi Nur Adila bt Zulkifli

    Abu Hashim Saat

    Mohd Lukman Daud

    Nur Farahiyah Mat Daud

    Najwa Hayati Abdul Rahman

    4. JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN JAMUAN

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Dr. Sabri Mohamad

    Dr. Zulkefli Aini

    Dr. Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah

    Dr. Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

    Dr. Tengku Intan Zarina Tengku Puji

    Dr. Ahmad Muhammad Husni

    Pn. Khatijah Sabtu

    Pn. Aspah Hashim

    Cik Noorfariza Baharen

    Cik Hanis Atikah Jamal

    Muhammad Hamdan

  • xvii

    Muhammad Luqman Hakim Abd Halim

    Siti Wahidah Zakaria

    Siti Nazratul Ain Mohd Arifin

    Siti Noorshafenas Safe

    5. JAWATANKUASA PROTOKOL DAN CENDERAMATA

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Prof. Madya Dr. Jaffary Awang

    Dr. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

    Dr. Suhaila Zailani @ Ahmad

    En. Wan Hilmi Wan Abdullah

    Pn. Nozira Salleh

    Pn. Norlin Lebai Talib

    Pn. Rokiah Keleng

    Nur Aida Mohd Suhaimi

    Siti Khadijah Kamarudin

    Muhammad Izzuan Zulkifli

    Noor Amila bt Abd Halim

    Nor Akrimi Mohd Ali

    Siti Hanisah bt Sabri

    6. JAWATANKUASA TEKNIKAL

    Penasihat :

    Pengerusi :

    AJK :

    Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit

    En. Mokhtar Hussin

    Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah

    Dr. Muhamad Faisal Asha’ari

    En. Izuli Dzulkifli

    En. Talib Samad

    En. Abdul Muhaimin Abd. Ghani

    En. Abu Hadin Lagiman

    En. Bukhari Mohd Jaafar

    En. Jamaludin Saleh

    En. Mohammad Rashid Abdul Rahim

    En. Mahat Idris

    En. Mohd Hadzim Husin

    En. Mahmuddin Sabli

    En. Mohd Fauzan Mohd Fauzi

    En. Mohd Khairul Azlan Adnan

    En. Mohd Zaidi Endin

  • xviii

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    1

    Wasiat Wajibah terhadap Anak Angkat dalam Kompilasi Hukum Islam

    Afriyanto & Noor Lizza Mohamed Said

    Abstrak: Hukum Islam membolehkan mengangkat anak namun dalam batas-batas tertentu iaitu selama tidak

    membawa akibat hukum dalam hal hubungan darah, hubungan pewalian dan hubungan pewarisan dari orang

    tua angkat. Ia tetap menjadi ahli waris dari orang tua kandungnya dan anak tersebut tetap memakai nama dari

    ayah kandungnya. Di Indonesia, perundangan wasiat ini diatur dalam Kompilasi Hukum Islam. Fasal 209

    Kompilasi Hukum Islam memperuntukan bahawa anak angkat dan orang tua angkat yang tidak menerima

    wasiat diberi wasiat wajibah sebanyak 1/3 dari harta warisan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk

    mengkaji fasal 209 mengapakah di syaratkan wasiat wajibah diberi kepada anak angkat mahupun kepada

    orang tua angkat. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan. Data-data dikumpul mengunakan kaedah

    analisis dokumen primer, sekunder. Hasil kajian mendapati Kompilasi Hukum Islam membatasi orang yang

    berhak menerima wasiat wajibah kepada anak angkat atau orang tua angkat sahaja, kerana mengikut kitab

    undang-undang hukum perdata (KUHPER) Indonesia yang mengiktiraf anak angkat atau orang tua angkat

    sebagai waris penganti. Pemberian wasiat wajibah kepada anak angkat atau orang tua angkat tidak lepas dari

    amalan pengangkatan anak pada kelompok masyarakat Indonesia yang berbeza-beza antara satu daerah

    dengan daerah lain.

    Kata kunci: wasiat wajibah, anak angkat, kompilasi ukum Islam

    PENGENALAN

    Wasiat telah menjadi amalan di kalangan masyarakat Islam Indonesia. Baik yang terjadi dalam kalangan

    keluarga mahupun antara pihak yang tidak terikat tali persaudaraan. Baik dilakukan secara lisan mahupun

    tulisan, hanya sahaja pelaksanaan wasiat tersebut tampaknya kabur. Pelbagai bentuk pemberian atau

    pelepasan harta kekayaan untuk tujuan-tujuan sosial yang terdapat dalam syariat Islam. Termasuk di

    dalamnya wasiat. Pada hakikatnya merupakan jawapan Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin terhadap

    problema-problema sosial ekonomi yang dialami oleh masyarakat.Firman Allah SWT yang al-Qur‟an (Surah

    Al-Anbiya‟ 21:107).

    Maksudnya: Dan kami tidak mengutus engkau Muhammad SAW melainkan untuk menjadi Rahmatan Lil Alamin.

    Kerana kedudukannya sebagai rahmat bagi seluruh alam (sesuai dengan konteks tempat dan zaman),

    maka ditetapkan peraturan-peraturan hukum yang bertujuan untuk mewujudkan kemaslahatan masyarakat,

    menolak mudharat dan kerusakan serta mewujudkan sebuah keadilan yang bersesuaian. Dengan kata lain

    tidaklah disebut rahmat apabila peraturan hukum yang ditetapkan itu tidak mewujudkan kemaslahatan serta

    kebahagian bagi seluruh manusia. Dilihat dari sisi harta yang ada pada pemilik harta dan orang yang akan

    berwasiat, ulama menetapkan hukum yang berbeza bagi individu yang akan berwasiat sesuai objek wasiat

    tersebut. A. Wajib apabila kewajiban berwasiat dilaksanakan apabila terdapat tanggungjawab syar'i kerana

    Allah SWT seperti penunaian zakat dan haji.(Mustafa Al-Khin 1956: 69).B. Sunnah, apabila Wasiat adalah

    sunat mu'akkad menurut ijmak (kesepakatan) ulama kerana bersedekah pada waktu hidup itu lebih utama. C.

    Harus berwasiat apabila wasiat diberikan kepada rakan atau orang yang kaya yang bukan daripada golongan

    berilmu dan soleh. (Mustafa Al-Khin 1956: 71). D. Makruh berwasiat sekiranya pewasiat memiliki harta

    yang sedikit sedangkan dia mempunyai waris fakir yang memerlukan harta tersebut. (Sayyid Sabiq 1990:

    222). E. Haram berwasiat dengan perkara yang ditegah oleh syara‟ melakukanya, seperti mewasiatkan arak

    atau perbelanjaan untuk program yang merusakaan akhlak masyarakat.

    PERNYATAAN MASALAH

    Adapun defenisi wasiat wajibah menurut Ahmad Rofiq dalam bukunya Hukum Islam di Indonesia ialah

    tindakan yang dilakukan oleh kerajaan atau hakim sebagai kaki tangan kerajaan untuk memaksa, atau

    Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015

    disunting oleh: Muhammad Adib Samsudin, Ahmad Munawar Ismail, Azmul Fahimi Kamaruzaman,

    Ezad Azraai Jamsari, Latifah Abdul Majid, Rosmawati Mohamad Rasit, Zainab Ismail & Zuliza Mohd. Kusrin

    © Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

    ISBN 978-983-9368-69-7 (2015), http://conference.ukm.my/kaspi/KASPI15

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    2

    memberi putusan wajib wasiat bagi orang yang telah meninggal, yang diberikan kepada orang tertentu dalam

    kondisi tertentu. Dalam artikel ini pengkaji akan membahas isi fasal 209 Kompilasi Hukum Islam. tentang

    Bagaimana status anak angkat menurut hukum Islam dan apa alasan Kompilasi Hukum Islam mensyaratkan

    berwasiat kepada anak angkat atau orang tua angkat. Dari huraian tersebut maka penulis merasa tertarik

    untuk mengkaji bagaimana wasiat yang boleh diberikan kepada anak angkat menurut hukum Islam sekaligus

    membandingkan dengan Kompilasi Hukum Islam. Dalam artikel ini pengkaji hanya akan membahas:

    Bagaimana status anak angkat menurut hukum Islam dan apa alasan Kompilasi Hukum Islam mensyartakan

    berwasiat kepada anak angkat atau orang tua angkat.

    METODOLOGI

    Metodologi kajian merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian. Penyelidikan ini

    adalah berbentuk kajian kepustakaan dan analisis kandungan kerana kajian ini membincangkan mengenai

    bagaimana status anak angkat menurut hukum Islam dan apa alasan Kompilasi Hukum Islam mensyartakan

    berwasiat kepada anak angkat atau orang tua angkat.

    Kaedah Pengumpulan Data

    Dalam kajian ilmiah, penggunaan metod merupakan hal yang asas dan mutlak diperlukan. Oleh itu,

    penyelidikan ini sebagai satu kajian tentang undang-undang, maka untuk menggali data daripada sumber

    yang diperlukan, digunakanlah kaedah analisis dokumen dengan mengumpulkan bahan bacaan dan meneliti

    daripada beberapa sumber rujukan yang berhubungkait dengan pembahasan yang dimaksud ke dalam kajian

    ini, iaitu bagaimana status anak angkat menurut hukum Islam dan Apa alasan Kompilasi Hukum Islam

    mensyartakan berwasiat kepada anak angkat atau orang tua angkat. Antara dokumen-dokumen yang

    dianalisis dalam pengumpulan data ialah:

    Sumber primer iaitu buku-buku sejarah tentang undang-undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

    Sumber sekunder iaitu sumber yang digunakan untuk menyokong dan melengkapi data penulisan ini, seperti buku-buku, kamus dan lain-lain.

    Semua maklumat yang diperolehi melalui sumber-sumber primer dan sekunder akan dianalisis dengan

    beberapa kaedah antaranya:

    Metod induktif iaitu metode untuk membuat kesimpulan daripada bukti-bukti yang bersifat khas untuk mencari kesimpulan yang bersifat am. Segala data daripada bahan-bahan rujukan akan dianalisis untuk

    mendapatkan kesimpulan yang sebenar. Metod ini digunapakai untuk menganalisis dan memberikan

    ulasan terhadap buku undang-undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

    Metod deduktif iaitu suatu langkah yang bermatlamatkan untuk menganalisa penulisan yang berdasarkan kepada bukti umum untuk perkara-perkara yang khas. Metod ini akan digunakan untuk

    mendedahkan sejarah undang-undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

    Metod komparatif iaitu metod untuk membuat perbandingan diantara undang- undang Kompilasi Hukum Islam dengan hukum Islam. Tujuannya untuk mencari perbezaan dalam sudut kelebihan,

    kekurangan dan kewujudan antara undang-undang dengan hukum Islam.

    STATUS ANAK ANGKAT MENURUT HUKUM ISLAM

    Menurut hukum Islam pengangkatan anak angkat memiliki perbincangan yang panjang. Secara hukum Islam,

    mengangkat anak boleh sahaja dilakukan, tetapi mengangkat anak itu boleh namun dengan syarat yang ketat

    seperti tidak mengubah status keturunan nasab dan tidak boleh menyamakan kedudukan hukumnya dengan

    anak kandung. Berkaitan dengan peristiwa Nabi Muhammad SAW yang pernah mengangkat anak dan

    menjadikannya selayak anak kandung, maka Allah menurunkan ayat al-Qur‟an ayat 4 dan 5 Surah al-Ahzab :

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    3

    Maksudnya: Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Allah tidak menjadikan anak-anakmu itu sebagai anak-anak kandungmu sendiri. Dan demikian

    itu hanyalah perkataaanmu yang kamu ucapkan sahaja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia menujukkan jalan yang benar.

    Panggilan mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama ayah-ayah mereka, maka panggil mereka sebagai saudaramu seagama dan maula maulamu. dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja

    oleh hatimu, dan adalah Allah Maha pengasih lagi maha penyanyang (Fahmi Al-Amruzi 2014: 83).

    Konsep hukum Islam awal sangat jelas adanya larangan pengangkatan anak dengan menisbahkan

    namanya terhadap anak angkatnya, tidak ada hubungan kekerabatan kewarisan bahkan bukan muhrim serta

    diperbolehkan untuk mengawini mereka. Hukum anak angkat dalam Islam adalah tidak sama statusnya

    dengan anak kandung. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 37:

    ُ ًِ َوتَْخَشى الىَّاَس َوَّللاَّ ُ ُمْبِذٌ َ َوتُْخفًِ فًِ وَْفِسَك َما َّللاَّ ٍَْك َزْوَجَك َواتَِّق َّللاَّ ًِ أَْمِسْك َعلَ ٍْ ًِ َوأَْوَعْمَت َعلَ ٍْ ُ َعلَ َوإِْر تَقُىُل لِلَِّزي أَْوَعَم َّللاَّ

    ًْ ال ٌَُكىَن َعلَى اْلُمْؤِمىٍَِه َحَرٌج فًِ أَْزَواِج أَْدِعٍَائِِهْم إَِرا قََضْىا ْجىَاَكهَا لَِك ٌٌْذ ِمْىهَا َوطًَرا َزوَّ ا قََضى َز أََحقُّ أَْن تَْخَشايُ فَلَمَّ

    ِ َمْفُعىال ِمْىهُهَّ َوطًَرا َوَكاَن أَْمُر َّللاَّ

    Maksudnya: Dan ingatlah ketika engkau (Muhammad) berkata kepada orang yang telah beri nikmat oleh Allah SWT dan engkau juga telah memberi nikmat kepadanya, pertahankanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah sedang engkau menyembunyikan di

    dalam hatimu apa yang engkau menyembunyikan di dalam hatimu apa yang dinyatakan oleh allah, dan engkau takut kepada manusia,

    padahal Allah yang lebih berhak kamu takuti. Maka ketika zaid telah mengakhiri keperluannya terhadap isterinya (menceraikannya) kami nikahkan engkau dengan dia (zainab) agar tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (menikahi) istri -istri anak-anak angkat

    mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya terhadap istri. dan ketentuan itu pasti terjadi.

    Berdasarkan pemahaman demikian, hukum Islam memperbolehkan mengangkat anak namun dalam had

    tertentu iaitu selama tidak membawa akibat hukum dalam hal hubungan darah, hubungan perwalian dan

    hubungan waris pewarisan dari orang tua angkat. ia tetap menjadi ahli waris dari orang tua kandungnya dan

    anak tersebut tetap memakai nama dari ayah kandungnya. Dasar yang terkandung dalam konsep hukum

    Islam yang pada sisinya tertentu memperbolehkan pengangkatan anak namun dalam sisi lain memberikan

    syarat yang ketat dan batasan pengertian pengangkatan anak ialah:

    Memelihara garis turun nasab seorang anak angkat sehingga jelaslah kepada siapa anak angkat tersebut dihubungkan nasabnya yang berdampak pada hubungan, sebab dan akibat hukum.

    Memelihara garis turun nasab bagi anak kandung sendiri sehingga tetap jelas hubungan hukum dan akibat hukum terhadapnya (Fahmi Al-Amruzi 1996: 85). Wasiat wajibah di Indonesia diatur dalam fasal

    209 ayat 2 adalah bukan terhadap para cucu pihak perempuan mahupun pihak lelaki tetapi terhadap

    anak angkat dari orang tua angkatnya. Anak angkat selama ini tidak memiliki tempat dalam hukum

    Islam untuk memperoleh bagian warisan mahupun wasiat. Wasiat wajibah. Di Indonesia ditujukan

    untuk anak angkat sedangkan di dunia Islam ditujukan untuk cucu pihak perempuan (Fahmi Al-Amruzi

    1996: 86).

    PENGATURAN WASIAT WAJIBAH TERHADAP ANAK ANGKAT DALAM KOMPILASI

    HUKUM ISLAM DAN PERBANDINGAN DENGAN HUKUM ISLAM

    Wasiat wajibah kepada anak angkat atau orang tua angkat merupakan salah satu fasal yang ada dalam

    Kompilasi Hukum Islam yang dijelaskan pada fasal 209 yang bunyinya adalah: (1). Harta peninggalan anak

    angkat dibagi berdasarkan fasal-fasal 176 sampai dengan 193 tersebut di atas, sedangkan terhadap orang tua

    angkat yang tidak menerima wasiat diberi wasiat wajibah sebanyak-banyaknya 1/3 dari warisan anak

    angkatnya. (2). Terhadap anak angkat yang tidak menerima wasiat diberi wasiat wajibah sebanyak-

    banyaknya 1/3 dari harta warisan orang tua angkatnya. (Tim Redaksi Nuansa Aulia 2003: 81). Wasiat yang

    hukumnya wajib ini, ketika tidak dibuat oleh sipewaris maka pengadilan agama dapat menerbitkan penetapan

    wasiat wajibah kepada mereka yang berhak yang dalam fasal tersebut diberikan kepada anak angkat atau

    orang tua angkat (Afdol 2003: 91). Adapun pengertian wasiat wajibah dalam fasal tersebut, menurut Ahmad

    Rofiq dalam bukunya hukum Islam di Indonesia adalah tindakan yang dilakukan penguasa atau hakim

    sebagai kaki tangan kerajaan untuk memaksa, atau memberi putusan wajib wasiat kepada orang yang telah

    meninggal, yang diberikan kepada orang tertentu dalam keadaan tertentu (Yahya Harahap 1999: 2-3).

    Ketentuan dalam fasal 209 Kompilasi Hukum Islam ini merupakan suatu gagasan baharu, yang didasarkan

    kepada suatu kenyataan bahawa pengangkatan anak (adopsi) merupakan suatu gejala yang hidup di dalam

    kehidupan masyarakat Islam, meskipun hal itu tidak dengan sendirinya terjadi hubungan hukum antara anak

    angkatnya dengan orang tua angkatnya. Anak yang diangkat tetap memiliki hubungan hukum dengan orang

    tua kandungnya (Cik Hasan Bisri 2003 : 14). Berdasarkan kenyataan hubungan sosial antara anak angkat

    dengan orang tua angkat yang demikianlah melahirkan ketentuan tentang wasiat wajibah, ia merupakan

    ketentuan hukum Islam khas Indonesia. Walaupun demikian, di dalam perumusan Kompilasi Hukum Islam,

    menurut Raihan A. Rasyid keberadaan fasal 209 tersebut dinilai isu yang bercanggah dikalangan pakar Islam,

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    4

    juga dikalangan pakar undang-undang dan pencari keadilan. Kerana fasal tersebut belum jelas dan tanpa

    penjelasan, sehingga tidak dapat dimengerti maksudnya dan dengan sendirinya belum dapat dipedomani

    untuk diterapkan. Begitu juga menurut Ahmad Rofiq bahawa tidak diketahui secara pasti asal usul penetapan

    fasal tersebut, mengapa anak angkat atau orang tua angkat diberi wasiat wajibah (Ahmad Rofiq 2003 : 463.

    Di dalam beberapa undang-undang negara Islam seperti Mesir wasiat wajibah diberikan kepada cucu atau

    para cucu keturunan anak perempuan (generasi pertama) dan keturunan anak lelaki (seluruh generasi) yang

    orang tuanya lebih dahulu meninggal dari pada pewaris dan ia bukan ahli waris. Undang-undang Maroko dan

    Suria hanya cucu atau para cucu keturunan anak lelaki (seluruh generasi) dan menurut undang-undang

    Tunisia hanya cucu atau para cucu (generasi pertama) dari keturunan anak lelaki mahupun perempuan dan

    begitu juga di Malaysia yang mana mensyaratkan berwasiat kepada cucu atau para cucu keturunan anak

    perempuan (Suparman Usman dan Yusuf Somawinata 1997: 179). Dalam hal ini Kompilasi Hukum Islam

    membuat ketentuan sendiri yakni membatasi orang yang berhak menerima wasiat wajibah adalah anak

    angkat atau orang tua angkat sahaja, pertimbangannya boleh jadi kerana Kompilasi Hukum Islam telah

    memperkenalkan konsep penggantian kedudukan atau waris pengganti yang dalam istilah BW disebut

    platsverulling Kerana secara garis besar antara waris pengganti dengan wasiat wajibah hampir sama (Ahmad

    Rofiq 1993: 463). Pemberian wasiat wajibah kepada anak angkat atau orang tua angkat tidak lepas dari

    amalan pengadopsian anak pada kelompok masyarakat Indonesia yang berbeza-beza antara satu daerah

    dengan daerah lain. Di Minangkabau contohnya, pengangkatan anak diperbolehkan, tetapi hal itu tidak

    menimbulkan hubungan kewarisan antara orang tua angkat dengan anak angkatnya. Sementara di daerah-

    daerah yang menganut sistem kekerabatan bilateral / kebapaan seperti di jawa, sulawesi dan sebagainya

    kalimantan pengangkatan anak menimbulkan hubungan kewarisan. Dikalangan masyarakat adat jawa, orang

    tua yang tidak mempunyai anak kandung, maka anak angkat yang berkelakuan baik terhadap orang tua

    angkat akan mendapatkan harta warisan dari orang tuanya. Jika orang tua selain mempunyai anak kandung

    juga anak angkat, maka dalam pewarisan anak kandung akan mendapat lebih banyak dari anak angkat,

    dikarenakan anak angkat masih tetap dapat mewarisi dari orang tua kandungnya. Adat jawa mengenal

    warisan dari dua sumber iaitu orang tua kandung dan orang tua angkat. Demikian pula hendaknya anak

    angkat yang telah mampu dan sejahtera hidupnya, bersikap etis dan manusiawi terhadap orang tua angkatnya

    dengan memberi wasiat atau hibah untuk kesejahteraan orang tua angkatnya yang telah berjasa membesarkan

    dan mendidiknya (Setiawan Budi Utomo 2003:3). Persoalan anak angkat yang menyangkut status, hak dan

    kewajibannya dalam perspektif hukum Islam tidak dapat dipisahkan dari pengertian adopsi dan praktiknya

    secara umum di masyarakat, adopsi secara garis besar mempunyai dua pengertian, yaitu: a. Mengambil anak

    orang lain untuk diasuh dan didik dengan penuh perhatian dan kasih sayang, dan diperlukan oleh orang tua

    angkatnya seperti anaknya sendiri, tanpa memberi status anak kandung kepadanya. b. Mengambil anak orang

    lain untuk diberi status sebagai anak kandung sehingga ia berhak memakai nasab orang tua angkatnya dan

    mewarisi harta peninggalannya, dan hak-hak lainnya sebagai hubugan anak dengan orang tua. Nampaknya

    Kompilasi Hukum Islam memaknai anak angkat seperti pada pengertian yang pertama yakni anak angkat

    tetap anak angkat dan selamanya tidak boleh menjadi anak kandung.

    DASAR KETETAPAN FASAL 209 KHI

    Dari beberapa kitab rujukan Kompilasi Hukum Islam tersebut terdapat beberapa kitab khas yang menjelaskan

    tentang wasiat wajibah, baik dari mereka yang setuju dengan adanya wasiat wajibah mahupun yang tidak

    sependapat dengan wasiat wajibah. Kitab-kitab tersebut ialah:1. Kitab fiqh Hanafiy di dalam kitab fiqh

    hanafiy seperti kitab Badai al-Sanai dijelaskan bahawasanya wasiat wajib hanya dilaksanakan sebelum ayat

    mawarith turun yakni diberikan kepada orang tua dan kerabat. setelah diturunkannya ayat mawarith

    kewajibannya dihapuskan (Alauddin Abu Bakar 1974: 330-331). 2. Kitab fiqh Maliky dalam kitab al-

    Muwatta‟ dijelaskan bahawa kewajiban berwasiat kepada ahli waris sebagaimana penjelasan dari ayat 180

    surah al-Baqarah adalah sudah dihapus hukumnya dengan turunnya ayat mawarith dan hadis nabi yang

    melarang memberi wasiat kepada ahli waris kecuali mendapat izin dari ahli waris yang ada (Malik bin Anas

    1984 : 765). 3. Kitab fiqh Syafi‟iy. Dalam kitabnya Imam Syafi‟iy sendiri seperti al-Umm menganggap

    bahawa kewajiban berwasiat sebagaimana penjelasan ayat 180 surah al-Baqarah adalah sudah dihapus

    semenjak turun ayat mawarith dan dikuatkan oleh hadis Nabi la wasiyyata lilwarith. Menurut Imam Syafi‟i

    tidak membolehkan berwasiat kepada ahli waris yang mendapatkan harta waris dan membolehkan (tidak

    mewajibkan) berwasiat kepada selain ahli waris (Muhammad bin Idris as-Syafi;i 1980: 103-104). 4. Kitab

    fiqh Hanbali seperti al-Mugni karya Ibn Qudamah dijelaskan bahawa wasiat adalah hak seseorang yang

    mempunyai harta yang banyak maupun sedikit. Menurut Abu Bakar Abdul Aziz yang mengambil

    pendapatnya Daud dari Masruq dan Towus bahawa wasiat hukumnya wajib bagi kerabat yang tidak

    menerima harta warisan (Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah 1997: 391). Dari uraian

    beberapa kitab rujukan Kompilasi Hukum Islam di atas, sebahagian mufasirin atau mujtahidin menganggap

    surah al-Baqarah:180 masih muhkam. Oleh kerana wasiat wajibah hanya diberikan kepada orang tua atau

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    5

    kerabat yang tidak mendapatkan warisan. Dan kebanyakan mufassirin atau mujtahidin berpendapat ayat

    tersebut sudah di-nasakh, dalam erti di-tabdil-kan atau dihapuskan, yakni oleh hadis-hadis Rasulullah yang

    maksudnya tidak sah berwasiat kepada ahli waris. Dalam hal ini Kompilasi Hukum Islam tampaknya

    memilih pendapat mufassirin atau mujtahid kedua, seperti termuat dalam fasal 195 ayat (3) yang bebunyi

    “wasiat kepada ahli waris hanya berlaku bila disetujuhi oleh semua ahli waris”. Kehadiran Kompilasi Hukum

    Islam lebih bersifat kekuatan bagi orang Islam pada ammnya, Islam Indonesia pada khasnya. Tidaklah Islam

    Indonesia memiliki hukum sendiri. Biarkan Kompilasi Hukum Islam dikualifikasikan sebagai fiqh Indonesia

    yang tumbuh dan berkembang di bumi Indonesia. Namun suatu hal yang pasti, kehadiran Kompilasi Hukum

    Islam sebagai fiqh Indonesia tidak pernah mengurangi dan melenyapkan nilai hukum Islam mahupun

    normatif. Sebab nilai-nilai normatif yang terkandung dalam Kompilasi Hukum Islam itu sendiri tetap bersifat

    umum secara fundamental sebagaimana dia diturunkan 14 abad yang lalu. Kedua, dalam peraturan

    perundang-undangan di Indonesia, persoalan anak angkat di luar senarai ahli waris dapat menimbulkan

    permasalahan keadilan kerana belum ada peraturan yang mengaturya. Ketika seorang pewaris memiliki

    seorang anak angkat yang sudah merawat pewaris dengan sangat baik bahkan melebihi apa yang dilakukan

    oleh anak kandung. Dalam kes ini, bila kemudian pewaris meninggal, maka anak angkat tersebut bukan

    merupakan ahli waris yang berhak atas harta warisan dari pewaris sehingga terjadi kekosongan hukum

    mengenai status anak angkat. Untuk mengatasi persoalan status dan kedudukan anak angkat, hakim akan

    menggunakan ketentuan yang ada dalam Kompilasi Hukum Islam khasnya mengenai wasiat wajibah untuk

    anak angkat sehingga kekosongan hukum dapat teratasi (Desti Budi Nugrahesi 2012: 23). Ketiga, dalam

    kaitannya dengan hukum adat, bahawa lahirnya fasal 209 tidak lepas dari adat masyarakat Indonesia

    sebagaimana penjelasan di awal. Pengangkatan anak atau adobsi anak sudah menjadi kebiasaan masyarakat

    Indonesia yang mana akibat dari pengadobsian tersebut sebahagian adat boleh menimbulkan kewarisan

    padahal, hal tersebut dilarang dalam hukum waris. Agar tidak melanggar hukum Islam dan tidak secara serta

    merta menghapus adat yang berlaku dan juga kerana dekatnya hubungan antara anak angkat dengan orang

    tua angkat, maka diberilah anak angkat bahagian harta orang tua angkatnya melalui jalur wasiat wajibah

    bukan waris. Adat adalah kecenderungan watak terhadap sesuatu secara berulang- ulang sehingga

    kecenderungan itu menjadi watak kedua dari watak fitri manusia. Kabanyakan ulama fiqh berpendapat

    bahawa „Urf dan adah merupakan dua kata sinonim. Pendekatan kompromi dengan hukum adat dalam

    perumusan Kompilasi Hukum Islam terutama untuk mengantisipasi perumusan nilai-nilai hukum yang tidak

    dijumpai nashnya dalam al-Qur‟an. Hal itu dilakukan kerana nilai- nilai adat kebiasaan itu nyata membawa

    kemashlahatan, ketertiban serta kerukunan dalam kehidupan masyarakat.

    KESIMPULAN

    Rumusan Perbincangan

    Dari semua huraian diatas dapat difahami suatu kesimpulan bahawa: 1. Hukum Islam memperbolehkan

    mengangkat anak namun dalam batas-batas tertentu iaitu selama tidak membawa akibat Hukum dalam hal

    hubungan darah, hubungan wali-mewali dan hubungan waris mewaris dari orang tua angkat. ia tetap menjadi

    ahli waris dari orang tua kandungnya dan anak tersebut tetap memakai nama dari ayah kandungnya. 2.

    Kompilasi Hukum Islam membuat ketentuan sendiri yakni membatasi orang yang berhak menerima wasiat

    wajibah adalah anak angkat atau orang tua angkat sahaja, pertimbangannya boleh jadi kerana kompilasi telah

    memperkenalkan konsep penggantian kedudukan atau waris pengganti yang dalam istilah BW disebut

    platsverulling Kerana secara garis besar antara waris pengganti dengan wasiat wajibah hampir sama.

    Pemberian wasiat wajibah kepada anak angkat atau orang tua angkat tidak lepas dari amalan pengadopsian

    anak pada kelompok masyarakat Indonesia yang berbeza-beza antara satu daerah dengan daerah lain. Di

    Minangkabau contohnya, pengangkatan anak diperbolehkan, tetapi hal itu tidak menimbulkan hubungan

    kewarisan antara orang tua angkat dengan anak angkatnya. Sementara di daerah-daerah yang menganut

    sistem kekerabatan bilateral / kebapaan seperti di jawa, sulawesi dan sebagainya kalimantan pengangkatan

    anak menimbulkan hubungan kewarisan.

    Implikasi Kajian

    Implikasi dalam kajian ini boleh dilihat sama ada secara umum mahupun secara khusus. Implikasi kajian

    secara umum adalah dapat mengenalpasti bahawa wujudnya perbezaan antara Undang-Undang Kompilasi

    Hukum Islam di Indonesia dengan Hukum Islam sehingga boleh diketahui kebaikan dan kelemahan antara

    kedua-dua undang-undang tersebut.Adapun implikasi kajian secara khusus, antaranya ialah memudahkan

    para pembaca dan para pengkaji yang ingin mengetahui tentang Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam di

    Indonesia dan dapat membandingkan dengan Hukum Islam. Demikian juga, boleh menjadi panduan bagi

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    6

    golongan agamawan, ahli jawatan kuasa majlis agama Islam dan orang Islam yang ada di Indonesia

    Khususnya dan orang Islam di dunia Amnya.

    Cadangan Kajian

    Antara cadangannya ialah, mencadangkan agar undang-undang Kompilasi Hukum Islam disempurnakan lagi

    peraturan wasiatnya, dan sepatutnya Kompilasi Hukum Islam tidak mempersempit ruang lingkup wasiat

    wajibah yang hendak diberikan kepada cucu pihak dari lelaki atau cucu pihak perempuan dan tidak hanya

    berwasiat kepada anak angkat sahaja mahupun kepada orang tua angkat. Dan tindakan bagi orang yang

    melanggar undang-undang dan sebagainya. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, maka ia akan

    mengurangkan perselisihan dan permasalahan dalam masyarakat Indonesia. Kompilasi Hukum Islam ini

    hendaklah dikuatkuasakan pada setiap wilayah negara Indonesia kerana penganut Islam berada di setiap

    wilayah negara Indonesia dan merupakan majoriti Muslim yang mana setakat ini tidak semua masyarakat

    muslim boleh melaksanakan undang-undang kompilasi Hukum Islam tersebut.

    Mencadangkan lagi untuk memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam di Indonesia dalam

    mensosialisasikan kepada masayarakat terhadap aplikasi undang-undang Kompilasi Hukum Islam kepada

    masyarakat supaya masyarakat paham akan pentingnya pelaksanaan undang-undang tersebut terhadap dirinya

    maupun masyarakat yang ada disekelilingnya.

    RUJUKAN

    Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. 1997. al-Mughni Juzuk VII. Ar-Riyad. Dar al-Alim al-

    Kutub.

    Afdol. 2003. Landasan Hukum Positif Pemberlakuan Hukum Islam dan Permasalahan Implementansi

    Hukum Kewarisan Islam. Surabaya. Airlangga Universiti Press.

    Alauddin Abu bakar. 1974. Bada Sanai Juzuk VII. Beirut. Dar al-Kitab al-Aroby.

    Amin Husein Nasution. 2012. Hukum Kewarisan. Jakarta. Rasa Grafindo Persada.

    Amrullah Ahmad. 1996. Dimensi Hukum Islam dalam sistem Hukum Nasional. Jakarta. Gema Insani Press.

    Andi Syamsu dan M.Fauzan. 2008. Hukum pengangkatan Anak Perspektif Islam. Jakarta. Pena Media.

    Desti Budi Nugrahesi. 2012. Pengaturan dan Implementasi Wasiat Wajibah di Indonesia. diakses pada tarikh

    21 Oktober 2015.

    Fahmi al-Amruzi. 2014. Rekontruksi Wasiat Wajibah dalam Kompilasi Hukum Islam. Yogyakarta. Aswaja

    Pressidon.

    Malik bin Anas. 1985. Muwattok al-Imam Malik. Beirut. Dar ihya at-Turas.

    Mohamad Daud Ali. 2004. Hukum Islam. Jakarta. PT Raja Grafindo Preseda.

    Muhammad bin Idris as-Syafi‟i. 1985. Al-Umm Juzuk IV. Beirut. Dar al-fikr.

    Mustofa Hasan. 2011. Pengantar Hukum keluarga. Bandung. Pustaka Media.

    Mustofa. 2011. Pengangkatan anak kewenangan Pengadilan Agama. Bandung Pustaka Media.

    Setiawan Budi Utomo. 2003. Fiqh Aktual: Jawaban Tuntas Masalah Kontemporer. Jakarta. Gema Insani

    Press.

    Suparman Usman dan Yusuf Somawinata. 1997. Fiqh Mawarith Hukum Kewarisan Islam. Jakarta. Gaya

    Media Pratama.

    Tim Redaksi Nuansa Aulia. 2009. Kompilasi Hukum Islam. Bandung. CV Nuansa Aulia.

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    7

    Amalan Rawatan Reiki (Aura) menurut Perspektif Islam: Satu Sorotan Literatur

    Ahlam Ibrahim & Abdul Basir Mohamed

    Abstrak: Rawatan Reiki (aura) mula diperkenalkan pada tahun 1920-an di negara Jepun kemudian ia mula

    tersebar ke seluruh dunia sehinggalah kini. Rawatan ini menggunakan tenaga metafizik aura untuk merawat

    pesakit. Boleh dikatakan rawatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pesakit di seluruh

    Malaysia, tambahan pula rawatan tersebut mampu merawat pelbagai penyakit dalam masa yang singkat.

    Namun, timbul beberapa persoalan daripada para ahli akademik Islam dalam dan luar negara yang

    berpendapat beberapa elemen amalan dalam rawatan Reiki salah di sisi shara‟ tambahan pula ia

    menggunakan simbol tertentu yang tidak difahami dan beberapa amalan lain yang agak meragukan semasa

    sesi rawatan. Oleh itu kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan

    konsep dan amalan rawatan Reiki serta menganlisis pendapat para ahli sarjana Islam berkaitan Reiki. Supaya

    dapat dirumuskan satu hukum berdasarkan hujah yang jelas dan adil secara ilmiah. Kertas kerja ini

    menggunakan metodologi kaedah kualitatif, di mana hasil dapatan kajian diperolehi menerusi kajian

    kepustakaan iaitu menganalisis dokumen dengan merujuk kepada rujukan primer dan skunder menerusi

    pembacaan buku-buku, jurnal dan lain-lain. Hasil kajian literatur mendapati masih belum ada lagi kajian

    khusus yang membincangkan fatwa hukum rawatan Reiki secara khusus menurut shara‟ di Malaysia. Oleh itu

    pengkaji tertarik untuk mengkaji berkaitan hukum rawatan ini, hasil penganalisaan mendapati beberapa

    amalan rawatan ini bertentangan dengan pegangan dan amalan Ahli Sunah Wal Jamaah iaitu amalan

    penggunaan simbol tertentu yang mempunyai unsur Hindu-Buddha, penggunaan jin dan beberapa amalan

    kebatinan yang lain. Justeru, diharapkan kajian ini boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukan ahli ilmu, para

    perawat, pesakit dan masyarakat umumnya agar tidak terjerumus ke arah rawatan yang bertentangan dengan

    shara‟.

    PENGENALAN

    Reiki (Rawatan berasaskan aura) adalah satu bentuk penyembuhan alternatif menggunakan telapak tangan

    dengan aplikasi penyaluran tenaga kehidupan (Life Force). Reiki mempunyai satu pengertian lain iaitu

    „energi kehidupan‟ (Mir Hazil Arzan Ramli 2102). Kertas kerja ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji

    sorotan kajian lepas berkaitan konsep dan amalan rawatan Reiki serta menganalisis dengan lebih terperinci

    pandangan-pandangan ulama untuk dirumuskan satu hukum berdasarkan hujah yang jelas dan adil secara

    ilmiah. Metodologi yang digunakan dalam menjayakan kajian ini dengan menggunakan kaedah kualitatif,

    maklumat diperolehi dengan merujuk bahan-bahan ilmiah yang berkaitan. Seperti yang diketahui di negara

    Barat Reiki lebih dikenali sebagai satu kaedah ataupun terapi untuk mengurangkan stres (Mackay, Hansen &

    McFarlane 2004). Berdasarkan kepada sambutan dan cawangannya di seluruh negara, ia boleh dikatakan

    dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, antara pusat

    rawatan yang terdapat di Selangor ialah Pusat Rawatan Aura Crystal di Bandar Baru Bangi. Amalan dan

    kaedah rawatannya hanyalah dengan meletakkan tangan dan berniat mengalirkan aura maka proses

    penyembuhan terjadi, bahkan proses penyembuhan boleh dilakukan secara jarak jauh (Mir Hazil Azran

    Ramli 2012). Oleh kerana kehebatannya maka telah ramai orang yang minta di(attunemen) iaitu dimasukkan

    tenaga dalaman Reiki. Namun begitu, terdapat pandangan dalam kalangan ahli akademik Islam dalam dan

    luar negara berpendapat beberapa komponen amalan di dalam rawatan Reiki dianggap salah di sisi syarak

    (Perdana Akhmad 2013). Perkara ini boleh memberi kesan yang amat buruk dari sudut agama kepada

    masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung (Mir Hazil Azran 2012), sudah pastinya mereka

    ini akan menjadi golongan yang telah terseleweng atau salah pegangan akidahnya sekiranya dakwaan ini

    benar. Maka kertas kerja ini dihasilkan bagi membahaskan tentang tajuk “Amalan rawatan Reiki menurut

    perspektif Islam”.

    PERNYATAAN MASALAH

    Sebagaimana yang kita ketahui pada kebelakangan ini muncul pusat rawatan yang berasaskan Reiki sebagai

    medium penyembuhan alternatif yang sudah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Ia mampu dilakukan

    oleh semua lapisan masyarakat tidak terbatas pada agama, bangsa, tua ataupun muda. Selain itu ia berasaskan

    Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015

    disunting oleh: Muhammad Adib Samsudin, Ahmad Munawar Ismail, Azmul Fahimi Kamaruzaman,

    Ezad Azraai Jamsari, Latifah Abdul Majid, Rosmawati Mohamad Rasit, Zainab Ismail & Zuliza Mohd. Kusrin

    © Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

    ISBN 978-983-9368-69-7 (2015), http://conference.ukm.my/kaspi/KASPI15

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    8

    tenaga dalam yang menunjukkan kehebatan tenaga dalam sebagai cara penyembuhan diri atau orang lain dari

    segala penyakit baik secara fizikal atau batiniah (Perdana Akhmad 2013). Namun begitu, rawatan ini

    menimbulkan tanda tanya adakah arawatan ini bertepatan dengan parameter rawatan Islam?. Maka perlu

    dirungkai konsep sebenar Reiki, bagi memastikan kesesuaian mengikut rawatan yang diharuskan oleh shara„

    sekali gus dapat mencegah masyarakat terjerumus dalam amalan rawatan yang mengandungi unsur sihir dan

    syirik. Lantaran itu persoalan yang timbul adalah, bagaimana rawatan Reiki ini dijalankan oleh para perawat

    Reiki tanpa melakukan sebarang bacaan ayat quran tetapi mampu menyembuhkan penyakit pesakit? Cara

    rawatan yang agak meragukan ini menimbulkan tanda tanya kepada penulis untuk mengkaji lebih mendalam

    berkaitan amalan yang terdapat di dalam rawatan Reiki. Tambahan pula kadar peningkatan ajaran sesat di

    Malaysia amat membimbangkan khususnya dalam kalangan perawat-perawat moden masa kini, seterusnya

    menimbulkan tanda, sama ada rawatan ini harus atau pun sebaliknya. Menurut laporan akhbar Utusan

    Malaysia bertarikh 18 Mei 2014, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan

    Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mahyuddin Ismail telah menyatakan, isu

    jenayah membabitkan sihir dilihat semakin serius, ia boleh diatasi dengan mewujudkan satu undang-undang

    khas bagi menanganinya. Walaupun pada zaman moden, jenayah membabitkan sihir dilihat semakin popular.

    Sihir menjadi pilihan kerana merupakan kaedah halus untuk menjatuhkan seseorang dengan mudah dan lebih

    berkesan tanpa disyaki oleh mana-mana pihak. Begitu juga statistik kes penipuan oleh bomoh pada 2012

    yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa

    meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan amaun RM12,494,665.27

    (Ahmad 2014).

    Berdasarkan kepada penulisan-penulisan mengenai rawatan komplementari Islam yang dihasilkan

    khusus mengenai pengubatan Reiki sebelum ini, kebanyakannya berbicara dari sudut bacaan dan kaedah

    rawatan yang harus dilaksanakan ketika proses rawatan dijalankan. Boleh dikatakan rawatan Reiki

    mempunyai bentuk atau metodnya yang tersendiri lantaran sistem rawatannya dikenali dengan slogan

    rawatan komplementari, manakala para pengamalnya yang memberi khidmat lebih dikenali dengan panggilan

    Master, Ustaz, Doktor dan sebagainya. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa sarjana Islam tanah air

    yang mula mempertikaikan kaedah bacaan dan petua yang terdapat dalam rawatan Reiki contohnya Dr. Haji

    Jahid Haji Sidek (2015), Perdana Akhmad (2013). Dakwaan mereka tentang amalan rawatannya bertentangan

    dengan rawatan Islam adalah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan kedudukan akidah perawat dan juga

    mereka yang dirawat. Secara tidak langsung ia memberi kesan yang sangat besar yang boleh menjadikan

    seseorang itu terdedah kepada risiko syirik dan rosak akidah. Perkara ini perlu dirungkai dengan kajian yang

    seadilnya terutamanya terhadap amalan selawat dan doa tertentu yang merupakan amalan teras dalam

    menjalankan rawatan ini agar jelas hukumnya di sisi syarak sama ada ia diharuskan atau sebaliknya.

    Selain telah ramai ahli sarjana Barat yang telah mengkaji berkaitan dengan kelebihan Reiki, seperti

    kajian yang telah dibuat oleh (Mackay, Hansen & McFarlane 2004) yang bertajuk Autonomic nervous system

    changes during Reiki treatment: a preliminary study (Miles & True 2003) kajian tentang Review of a biofield

    therapy history, theory, practice, and research dan kajian-kajian lain lagi berkaitan Reiki. Oleh itu, penulis

    merasakan masih belum ada kajian terperinci yang mengkaji dengan lebih khusus berkaitan dengan hukum

    rawatan Reiki menurut perspektif Islam.

    Justeru, penulis merasa terpanggil untuk membuat kajian khusus berkaitan amalan rawatan Reiki

    menurut perspektif Islam. Tambahan pula Menurut (Shekarma Abdullah, Che Radiah Mezah 2015), terdapat

    beberapa isu yang membelenggu perjalanan operasi rawatan Reiki seperti masalah dalam kesamaran amalan

    rawatan yang dijalankan serta ketidakjelasan zikir yang digunakan semasa rawatan. Maka timbul persoalan,

    apakah benar konsep amalan dan rawatan Reiki mengikut parameter syarak? dan apakah penyelesaian terbaik

    bagi mengatasi masalah ini? Justeru literatur perlu untuk dilakukan bagi menganalisis kajian-kajian lepas

    berkenaan konsep dan pengaplikasian Reiki untuk mengenalpasti masalah dan penyelesaian kedudukan

    mengamalkan rawatan Reiki menurut perpektif Islam.

    PERSOALAN KAJIAN

    Berdasarkan penyataan masalah sebelum ini maka timbul beberapa persoalan kajian. Persoalan Kajian adalah

    seperti berikut:

    Apakah konsep rawatan Reiki ?

    Apakah amalan rawatan Reiki ?

    Apakah pandangan ahli Sarjana Islam berkaitan rawatan Reiki ?

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    9

    OBJEKTIF KAJIAN

    Penulisan kertas kerja ini diusahakan bagi mencapai beberapa objektif yang dikira penting kepada pengamal

    Reiki, ahli akademik dan masyarakat, seperti:

    Mengkaji konsep rawatan Reiki.

    Meneliti amalan Reiki yang diamalkan oleh para pengamal perubatan Islam sebelemum dan semasa rawatan.

    Menganalisis pandangan para sarjana terhadap rawatan Reiki.

    METODOLOGI

    Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan reka bentuk Kajian Kes.

    Oleh itu, bagi mendapatkan data kajian, penulis telah menggunakan dua metodologi, iaitu metod

    pengumpulan data dan metod analisis data.

    Metode Pengumpulan Data

    Data kajian ini diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder daripada data berbentuk tekstual.

    Antaranya buku-buku yang membahaskan pandangan para ulama berhubung status hukum rawatan Reiki,

    buku-buku ilmiah, jurnal, kertas kerja, tesis ahli sarjana, laporan akhbar dan portal-portal rasmi di laman

    sesawang,

    Metode Analisis Data

    Data-data yang diperoleh dalam bentuk dokumen atau tekstual dianalisis mengunakan analisis kandungan.

    Kesemua data yang terkumpul penganalisaannya akan dilakukan secara induktif, deduktif, komparatif dan

    tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti.

    SOROTAN LITERATUR

    Isu-isu yang dibentangkan dalam kajian ini adalah menjurus kepada persoalan mengenai kesamaran dan

    kekaburan hukum rawatan Reiki serta prosedur-prosedur rawatan Reiki semasa sesi rawatan dijalankan sekali

    gus cadangan pengintegrasian semula rawatan Reiki yang sesuai dengan hukum Islam. Bagi mendapatkan

    hasil lanjut kajian, penulis telah meneliti dan menganalisis beberapa kajian terdahulu dengan bidang kajian

    ini. Oleh yang demikian, sorotan literatur ini akan dibahagikan kepada dua sub topik yang menjurus kepada

    persoalan kajian iaitu konsep rawatan Reiki dan rawatan Reiki menurut perspektif Islam.

    Konsep rawatan Reiki

    Secara umumnya, konsep rawatan Reiki telah diperbahasakan oleh sarjana pada masa kini melalui kitab-

    kitab, tesis dan jurnal. Kini konsep ini telah digabungkan bagi menghasilkan satu produk rawatan yang

    produktif untuk kebaikan orang ramai. Antara ahli sarjana yang melakukan kajian ini adalah Shiflett et al.

    (2002), Vitale (2007), Tsang et al. (2007) Ring (2009), Bowden et al. (2010) Miles, & True (2003), Natale

    (2010), Vitale (2007) dan Catlin & Taylor-Ford (2011). Idea dan cadangan untuk mengintegrasikan produk

    Reiki secara Islam telah dicetuskan oleh Pusat Rawatan Cakra Alam pada tahun 2006 (Kosmo online 2015)

    namun pada akhir 2009 telah sepi dari pasaran. Produk Reiki ini juga sebenarnya sudah di guna pakai di

    Jepun, Afrika, Kanada, Indonesia dan beberapa negara lain lagi. Rawatan ini masih lagi mengekalkan kaedah

    rawatan sedia ada di dalam rawatan Reiki seperti meletakkan tangan pada tempat sakit pesakit. Sebelum

    menjadi perawat Reiki para perawat mestilah di selaraskan chakra di dalam badannya. Rawatan Reiki telah

    dijalankan di Kanada dengan jayanya oleh para perawat Reiki (Vitale 2007). Rawatan ini adalah berasal

    daripada para perawat Sami Buddha di Tibet (Miles, & True 2003) Rawatan Reiki ini mendapat sokongan

    daripada Sheikh Ahmad Kutty [https://reikimalaysia.wordpress.com/2008/11/16/fatwa-tentang-reiki/ 26

    Oktober 2015].

    Manakala (Shekarma Abdullah, Che Radiah Mezah 2015) turut menambah, bagi memastikan rawatan

    tidak bercanggah dengan rawatan Islam, perlu dipastikan bahawa rawatan ini tidak melibatkan unsur

    perbomohan, penggunaan makhluk halus dan menurut garis panduan rawatan Islam. Manakala Mir Hazil

    Azran Ramli (2012) mendefinisikan Reiki seperti berikut, Reiki adalah suatu teknik rawatan alternatif atau

    komplementari yang berasal daripada Jepun. Reiki adalah dua perkataan Jepun iaitu REI dan KI yang

    membawa maksud „tenaga alam‟ atau “Universal Life Force Energy” (Shiflett et al. 2002). Menurut Vitale

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    10

    (2007) pula cara menggunakan teknik rawatan Reiki dengan hanya meletak tangan ditempat yang sakit atau

    di bahagian tubuh tertentu dan diniatkan untuk dialirkan tenaga Reiki kepada pesakit tersebut (Shiflett et al.

    2002; Vitale 2007; Kundu et al. 2013).

    Mir Hazil Azran (2012) menyatakan rawatan Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem

    penyelarasan atau attunement. Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan energi pelajar

    dengan energi Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Reiki Master dari dunia barat (dalam bahasa

    Jepun, disebut Reiju, yang bererti menerima energi). Perumpamaannya seperti pembeli membeli sebuah radio

    baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah pembeli menyelaraskan frekuensi atau gelombang stesen siaran

    yang dikehendaki. Kemudian barulah pembeli dapat menerima dan mendengar siaran radio tersebut.

    Baldwin, Wagers & Schwartz (2008) menyatakan Reiki boleh digunakan untuk berbagai tujuan selain

    dari perubatan. Antara manfaat Reiki adalah membantu mengatasi masalah hidup, mengurangkan stres,

    meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli

    keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menghilangkan

    sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan. Mir

    Hazil Azran Ramli (2012) turut menambah aura Reiki memiliki beberapa manfaat di antaranya:

    Membersihkan dan mengaktifkan cakra diri (pusat energi diri yang penting).

    Mengaktifkan dan meningkatkan aura diri.

    Meningkatkan aura spiritual diri kita ke tahap tertinggi.

    Meningkatkan kesihatan diri samada emosi, mental dan fizikal (semua orang perlu).

    Melindungi diri dari energi-energi negatif.

    Meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual.

    Mudah dipelajari dan mudah dilatih, tidak memerlukan latihan fizikal yang melelahkan (rahsia amalan diri secara spiritual).

    Dapat digunakan untuk meningkatkan kerjaya diri.

    Meningkatkan kasih sayang ahli keluarga dan sesiapa sahaja terkawal) dan ilmu secara kaedah ilmu „Metafizik‟ (iaitu rahsia segala rahsia ilmu sains fizik yang tidak boleh nampak dengan mata).

    Kajian yang dilakukan oleh (Baldwin et al. 2008) ilmu aura Reiki adalah ilmu sains dengan adanya fakta

    ilmiah tentang sistem bio energi (sistem tenaga hayat). Seluruh kehidupan yang ada termasuk manusia hidup

    dengan sistem tenaga hayat yang dijana oleh energi yang diambil (makan dan minum, bernafas dan

    sebagainya) dari sumber alam semesta seperti tumbuhan, air, udara oksigen, hidrogen, tanah zat garam galian

    unsur-unsur kimia dan cahaya matahari Inilah yang dinamakan energi alamiah (Rei bermaksud alam, Ki

    bermaksud tenaga). Mir Hazil Azran (2012) menyatakan kini aura dan chakra boleh dianalisis dengan alat

    bio sensor energy teknologi dari Amerika ia mampu merekodkan kekuatan tenaga aura dan tenaga pada

    chakra, warna aura diri seseorang (personaliti sesorang dapat dibaca melalui warna aura yang dihasilkan).

    Menurut Mir Hazil Azran (2012) amalan dalam rawatan Reiki adalah dengan cara setiap pengamal reiki

    perlu mengamalkan 5 prinsip kemakmuran Reiki yang boleh membantu perubahan sikap pengamal, dan

    amalan ini sangat murni ia bersifat universal (diterima oleh semua agama) dan di dalam Islam sangat dituntut

    untuk kedamaian dan ketenangan jiwa. Amalan 5 prinsip ini sangatlah diutamakan untuk diamalkan dengan

    penuh keikhlasan dan kepasrahan yang tinggi serta tumpuan sepenuh hati agar lebih berkesan, 5 prinsip reiki

    adalah seperti berikut:

    Demi mu tuhan (Ya Allah) Untuk hari ini.

    Ku padamkan api kemarahanku.

    Ku padamkan api keresahanku.

    Ku terus bersyukur, reda dan pasrah.

    Ku terus jujur dalam perbuatanku.

    Ku terus berbuat baik kepada semua mahklukmu.

    Perdana Akhmad (2013) menyatakan Rawatan Reiki sememangnya bertujuan untuk membantu pesakit-

    pesakit yang ditimpa musibah tampa mengaitkan dengan unsur yang bertentangan dengan syarak namun ia

    hanyalah satu kemungkinan. Namun, kajian oleh pengkaji Barat sebelum ini tidak membincangkan elemen

    yang dimasukkan ke dalam badan perawat untuk diselaraskan chakra pada badannya. Persoalan berkaitan

    rawatan Reiki menggunakan unsur jin telah ditimbulkan oleh (Shekarma Abdullah, Che Radiah Mezah

    (2015) menurut pengkaji mereka mendapati pusat rawatan Aura dan Reiki di Malaysia menggunakan jin

    untuk mengubati penyakit. Hal ini menunjukkan rawatan Reiki seolah-olah telah melanggar prinsip rawatan

    Islam yang telah diletakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia iaitu tidak boleh menggunakan unsur jin

    di dalam rawatan kerana ia bertentangan sama sekali dengan . Oleh itu pengkaji berpendapat

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    11

    perlu pihak berkuasa memantau pusat rawatan Reiki di Malaysia bagi mengelakkan unsur syirik ini berlaku

    yang mungkin akan merosakkan akidah para perawat. Menurut Perdana Akhmad(2013) simbol yang

    meragukan yang ditulis di atas badan pesakit ketika diselaraskan chakra Aura perlu didatangkan dengan

    hujah yang kukuh yang membuktikan ia bukan bersumberkan nama Dewa Hindu. Beliau juga telah

    menggariskan syarat-syarat yang khusus bagi perawat dalam isu rawatan Reiki ini. Selain itu Dr Haji Jahid

    (2015) turut membangkitkan soal prosedur rawatan Reiki yang menggunakan rawatan jarak jauh beliau

    mengatakan rawatan tersebut jelas sekali menggunakan unsur sihir dan bantuan jin kerana mustahil bagi

    seorang manusia mampu merawat tampa kehadiran pesakit kecuali dengan bantuan jin. Beliau turut

    menambah perbezaan terapi Reiki dengan terapi Ruqyah Shar„iyyah sangat berbeza kerana di dalam Ruqyah

    Shar„iyyah perawat mengguna ayat quran semasa rawatan, berbeza dengan Reiki yang hanya berzikir di

    dalam hati dan sebutan zikir tertentu selain ayat quran seperti 5 prinsip Reiki. Oleh itu penggunaan zikir dan

    simbol yang digunakan oleh perawat ketika mengaktifkan energi dalam badan pesakit perlulah diteliti

    semula, kerana zikir yang dilafazkan antara perawat dan pesakit perlu dengan kefahaman yang sejelas-

    jelasnya oleh perawat sebelum mengamalkannya. Menurut Perdana Akhmad (2012), isi kandungan yang

    terdapat di dalam simbol dan prinsip Reiki yang berasal dari kitab lama Buddha hendaklah dijelaskan supaya

    tidak dapat dipersoalkan lagi dan tidak bertentangan dengan prinsip syarak.

    Kajian-kajian ahli sarjana Islam membuktikan bahawa rawatan Reiki diterima pakai oleh orang ramai.

    Namun, berlakunya isu-isu yang menghalang rawatan ini diteruskan. Timbul persoalan, sekiranya rawatan ini

    bertepatan dengan syarak kenapa masih ada para ahli sarjana yang mempertikaikan rawatan ini? Adakah ia

    benar-benar bertepatan dengan rawatan Islam? Benarkah rawatan ini tidak mengamalkan unsur pemujaan Jin

    dan agama lain? Oleh itu kajian perlunya lebih lanjut berkaitan amalan rawatan Reiki agar dapat diletakkan

    penilaian hukum yang lebih adil dan ilmiah terhadap rawatan ini, supaya masyarakat tidak terjerumus kepada

    penyelewengan akidah.

    RAWATAN REIKI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

    Kajian lepas berkaitan operasi rawatan Reiki telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji seperti Perdana

    Akhmad (2013), Shekarma Abdullah, Che Radiah Mezah (2015), Ahmad (2014) Dr Mahyuddin Ismail

    (2015), Dr. Haji Sidek (2015). Pengkaji telah mempersoalkan berkaitan adakah rawatan Reiki benar-benar

    menurut rawatan Islam? Hal ini kerana terdapat beberapa elimen rawatan yang meragukan sebelum dan

    selepas rawatan Reiki. Tambahan pula di dalam kajian sarjana barat tidak dinyatakan dengan terperinci soal

    zikir dan simbol yang digunakan untuk meyelaraskan Chakra pada perawat Reiki ketika diattunement.

    Apabila seorang perawat diattunement perkara pertama untuk mengaktifkan chakra adalah dengan melukis

    simbol Reiki di belakangnya dan simbol tersebut diambil di dalam kitab lama Buddha lalu dilukiskan pada

    badan para Master Reiki. Dan Perdana Akhmad (2012) menyatakan simbol tersebut mengandungi nama-

    nama Dewa Hindu ia seolah-olah merupakan kata kunci yang digunakan untuk menyeru jin. Sedangkan

    berdasarkan rawatan Islam yang telah digariskan oleh JAKIM tidak boleh menggunakan unsur jin dalam

    rawatan kerana ia ternyata salah di sisi undang-undang Islam (Agama, & Selangor 2011). Oleh itu timbul

    beberapa persoalan daripada pengkaji sarjana Islam apakah rawatan Reiki menggunakan jin? Terkait dengan

    masalah ini (Shekarma Abdullah, Che Radiah Mezah 2015) menyatakan terdapat beberapa pusat rawatan

    islam Reiki dan aura menggunakan khadam jin dalam rawatan. Menurut beliau, para perawat Reiki yang

    mengamalkan rawatan Reiki ini kebanyakannya bukan berlatar belakangkan pengajian Islam, oleh sebab itu

    tidak hairanlah mereka tidak mengetahui garis panduan perubatan Islam yang dibenarkan oleh shara„ dan

    beliau mencadangkan agar para perawat Islam di Malaysia perlu benar-benar memahami akidah Islam yang

    sebenar sebelum menjadi perawat Ra Islam agar tidak terjerumus kepada penyelewengan akidah, hal ini turut

    dicadangkan oleh Dr Haji Jahid Sidek (2014). Selain itu Dr Mahyuddin Ismail menyatakan di dalam rawatan

    Reiki terdapat rawatan jarak jauh sedangkan rawatan jarak jauh tidak dibenarkan di dalam rawatan Islam dan

    ia jelas bertentangan dengan Islam (Dr Mahyuddin 2015). Perdana Akhmad (2012) turut menambah di dalam

    bukunya beberapa perawat Reiki ketika diruqyah olehnya mengalami muntah-muntah dan kerasukan. Hal ini

    mungkin terjadi kerana para perawat Reiki ada menggunakan bantuan khadam jin dan apabila dibacakan ayat

    Ruqyah, jin tersebut akan kepanasan dan sakit. Beliau turut menyatakan amalan rawatan Reiki sebenarnya

    bukanlah amalan rawatan Islam mengikut al-Quran dan hadis tapi ia merupakan amalan keagamaan Hindu-

    Buddha. Justeru timbul persoalan, jika kaedah-kaedah rawatan Reiki ini menggunakan jin, menggunakan

    simbol ritual agama Hinddu-Bhudda, dan perawat Reiki yang diruqyah mengalami hestria setelah diruqyah

    apakah ia sebenarnya masih boleh diamalkan dan harus di sisi syarak? Berdasarkan kajian lepas yang

    dilakukan, keperluan kepada pengkaji pada masa akan datang untuk memperincikan lagi kajian yang telah

    dilakukan serta mencari alternatif yang sesuai bagi memastikan adakah rawatan Reiki ini ini dapat digunakan

    dalam arena perubatan Islam? Hal ini kerana kajian dari barat telah banyak membuktikan faedah dan ruang

    besar kepada semua yang terlibat dalam rawatan Reiki ini. Terdapat cadangan daripada Perdana Akhmad

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    12

    (2013) agar dibuat satu kajian khusus terhadap hukum rawatan Reiki ini agar dapat ditetapkan satu hukum

    secara adil secara ilmiah.

    ANALISIS SOROTAN LITERATUR

    Bab ini dianalisis berdasarkan kepada dua pecahan, iaitu analisis terhadap konsep rawatan Reiki dan dan

    rawatan Reiki menurut perspektif Islam. Berdasarkan sorotan kajian lepas rawatan Reiki telah dijalankan di

    Jepun, India, Amerika dan beberapa negara lain lagi. Namun rawatan Reiki yang dijalankan di Malaysia

    menggunakan kaedah yang sedikit berbeza. Prinsip rawatan yang digunakan dengan menggunakan rawatan

    yang berunsur zikir ketika rawatan. Peserta juga perlu menetapkan niat untuk menggunakan rawatan Reiki

    berlandaskan lunas Islam. Persoalan yang timbul adakah rawatan Reiki di Malaysia benar-benar mengikut

    parameter rawatan Islam?. Keperluan untuk diwujudkan kajian yang lebih terperinci berkaitan amalan

    rawatan Reiki agar ia mengikut lunas Islam perlu dibuat memandangkan kajian sebelum ini hanya membuat

    kajian tentang hukum rawatan Reiki secara umum. Selain itu timbul isu yang mengatakan rawatan Reiki

    merupakan amalan ibadat pemujaan syaitan dan menyerupai agama lain. Keperluan untuk melihat rawatan

    Reiki yang patuh syariah perlu dijalankan dengan lebih terperinci bagi memastikan para perawat dan pesakit

    bersih dari sebarang unsur gharar, syirik dan murtad.

    Melalui kajian-kajian lepas yang dilakukan, didapati rawatan Reiki di Malaysia berlaku ketidakjelasan

    dalam isu menyerupai amalan ibadat agama lain. Simbul yang diambil dari kitab Buddha lama dan digunakan

    semasa mengaktifkan chakra mengundang tanda tanya adakah ia boleh diamalkan di dalam Islam perkara ini

    secara tidak langsung mungkin menyebabkan berlaku penglibatan bantuan jin dalam rawatan. Hal ini kerana

    nama dewa Hindu-Budhha yang diseru ketika sesi pengaktifan cakra mungkin mengundang syirik. Terdapat

    cadangan daripada pengkaji sebelum ini agar rawatan ini boleh dilakukan dengan syarat perawat menukar

    simbol tersebut pada nama Asma‟ al-Husna dan ayat Quran. Selain itu rawatan Reiki hendaklah diteliti

    kembali agar tidak menyerupai agama lain supaya para perawat tidak terseleweng akidah mereka. Selain itu

    ada juga pengkaji yang mencadangkan agar ditetapkan satu fatwa hukum berkaiatan rawatan ini agar

    masyarakat tidak keliru dengan hukum menggunakan rawatan tersebut. Justeru, berdasarkan analisis ini,

    dapat diketahui bahawa menjadi satu keperluan untuk memperhalusi setiap cadangan dan melihat kesesuaian

    terbaik bagi mengatasi kelompangan yang wujud dalam usaha untuk menetapkan hukum yang khusus

    terhadap rawatan Reiki menurut perspektif Islam.

    KESIMPULAN

    Analisis terhadap kajian-kajian lepas yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat satu perbezaan jelas

    yang berlaku berkaitan hukum rawatan Reiki. Majoriti ulama masa kini berpandangan lebih rigid dengan

    melarang secara mutlak rawatan Reiki dan mengatakan ia amalan yang bertentangan dengan shara„.

    Manakala pendapat kedua pula lebih cenderung kepada pengharusan rawatan tersebut selagi ia memberi

    manfaat kepada masyarakat. Pelbagai justifikasi yang diberikan oleh ulama kontemperori serta para pengkaji

    mutakhir ini dalam mendokong pandangan mereka sama ada menerima atau menolak rawatan Reiki. Faktor

    yang sering diketengahkan sebagai alasan golongan yang menolak rawatan Reiki adalah kerana rawatan Reiki

    mempunyai unsur bantuan jin, unsur Hindu-Budha, sihir dan penyelewengan akidah. Bagi pihak yang

    bersetuju dengan rawatan Reiki pula adalah berasaskan kepada realiti dan keperluan semasa pada hari ini.

    Bahkan penelitian terhadap hukum mengamalkan rawatan Reiki masih umum dan belum ada fatwa yang jelas

    berkaitan rawatan ini, Hal ini menunjukkan yang secara tersiratnya tiada halangan bagi pengamal perubatan

    Reiki sekiranya tidak bertentangan dengan lunas Islam. Implikasi daripada kepelbagaian justifikasi

    berhubung status kebolehterimaan rawatan ini telah mewujudkan situasi dalam perundangan Islam di

    Malaysia yang tidak seragam. Namun, masih tiada penulisan dan kajian khusus dilakukan bagi mengenalpasti

    apakah pula justifikasi yang dipegang negeri-negeri dalam mengambil keputusan menerima atau menolak.

    Justeru, kajian perlu dilakukan secara terperinci, seterusnya menyediakan satu solusi yang lebih praktikal

    untuk diaplikasikan dalam perundangan syariah semasa bagi menyelesaikan pertikaian yang sering

    berbangkit berkaitan isu ini sekaligus mewujudkan keseragaman antara negeri-negeri di Malaysia.

    RUJUKAN

    Agama, J. & Selangor, I. 2011. Jabatan Agama Islam Selangor (November), 1–13.

    Ahmad, K. 2014. Pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia: analisis terhadap latar belakang pengasas

    pendahuluan sambutan terhadap rawatan alternatif bercorak rawatan Islam mahupun tradisional di

    Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan. Pusat-pusat rawatan alternat 40: 71–98.

  • PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI) 2015, 8 DISEMBER 2015

    13

    Baldwin, A. L., Wagers, C. & Schwartz, G. E. 2008. Reiki improves heart rate homeostasis in laboratory rats.

    Journal of Alternative and Complementary Medicine (New York, N.Y.) 14(4): 417–422.

    doi:10.1089/acm.2007.0753

    Bowden, D., Goddard, L. & Gruzelier, J. 2010. A randomised controlled single-blind trial of the effects of

    Reiki and positive imagery on well-being and salivary cortisol. Brain Research Bulletin 81(1): 66–72.

    doi:10.1016/j.brainresbull.2009.10.002

    Catlin, A. & Taylor-Ford, R. L. 2011. Investigation of standard care versus sham Reiki placebo versus actual

    Reiki therapy to enhance comfort and well-being in a chemotherapy infusion center. Oncology Nursing

    Forum 38(3): 212–220. doi:10.1188/11.ONF.E212-E220

    Jahid Sidek & Mahyuddin Ismail.2015. Isu-Isu Akidah dan Syariah dalam Perubatan Tradisional dan

    Komplementari. Kuantan : Universiti Malaysia Pahang

    Kundu, A., Dolan-Oves, R., Dimmers, M. A., Towle, C. B. & Doorenbos, A. Z. 2013. Reiki training for

    caregivers of hospitalized pediatric patients: a pilot program. Complementary Therapies in Clinical

    Practice 19(1): 50–4. doi:10.1016/j.ctcp.2012.08.001

    Mackay, N., Hansen, S. & McFarlane, O. 2004. Autonomic nervous system changes during Reiki treatment:

    a preliminary study. J Altern Complement Med 10(6): 1077–1081. doi:10.1089/acm.2004.10.1077

    Miles, P. & True, G. 2003. Reiki--review of a biofield therapy history, theory, practice, and research. Altern

    Ther Health Med 9(2): 62–72. Retrieved from

    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12652885\nhttp://media.proquest.com/media/pq/classic/