documentii

15
PENGENALAN Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai tenik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperolehi pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang telah disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Melalui simulasi, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelsaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktiviti simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan

Upload: yunppgpjk

Post on 18-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cara mengajar

TRANSCRIPT

PENGENLAN

PENGENALAN

Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai tenik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperolehi pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang telah disarankan.

Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Melalui simulasi, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru.

Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelsaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktiviti simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama kumpulan.

Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu.

Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain.

APAKAH SIMULASI

Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah dalam keadaan terkawal (Ee Ah Meng, 1989). Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isi atau tugasan tertentu.

Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi, dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992). Perbezaan ini dapat dilihat seperti berikut :

SimulsiMain Peranan

Bilangan Peserta

Lebih daripada seorang

Peranani. Menggayakan situasi

ii. Menyelesaikan masalah

iii. Membuat keputusan

iv. Melaporkan hasil perbincangan atau menghasilkan penerbitan

Situasi

Melaksanakan tugasan, projek atau program yang bersesuaian dengan :

i. Objektif tertentu

ii. Kumpulan atau orang yang bertanggungjawab

iii. Jangka waktu yang ditetapkan

Persediaan

i. Peserta mengumpulkan maklumat

ii. Menentukan atau mengagihkan tugasan

iii. Merancang tugasanSeorang atau lebih untuk memainkan peranan yang telah ditentukan.

Mengayakan peranan atau aksi.

Situasi ditentukan oleh peserta secara spontan

i. Menerima dan memahami arahan

ii. Memainkan peranan

MATLAMAT SIMULASI

Tujuan simulasi adalah adalah untuk membolehkan pelajar :

a. Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi.

b. Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi.

c. Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis.

d. Menghasilkan laporan dengan berkesan.

e. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

f. Mengalami sendiri sesuatu situasi.

g. Meyakinan diri sendiri.

JENIS SIMULASI

Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki menyediakan dan menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara amnya simulasi dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu :

i.Pemusatan kepada masalah.

ii. Pemusatan kepada penerbitan.

i. Pemusatan Kepada Masalah.

Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelsaikan masalah tersebut. Semasa perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun demikian, keputusan mesti dibuat berdasarkan kata sepakat.

Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan. Antara contoh-contoh masalah yang sesuai dengan peranan dan situasi tertentu ialah masalah seperti yang berikut :

a. Menentukan lokasi yang sesuai untuk membina zoo mini di kawasan sekolah.

b. Pencemaran yang disebabkan oleh tempat pembuangan sampah yang berhampiran dengan kawasan perumahan.

c. Kemalangan jalan raya yang sering berlaku di lebuhraya kuala Lumpur Karak.

d. Orang awam tidak mahu guna jejantas ketika menyeberang jalan di bandar raya.

e. Murid suka menconteng dinding bangunan sekolah.

f. Kerosakan harta benda sekolah.

Masalah-masalah tersebut merupakan pokok persoalan yang perlu dikembangkan menjadi situasi yang sesuai supaya dapat dibincangkan menjadi situasi yang sesuai supaya dapat dibincangkan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

ii. Pemusatan Kepada Penerbitan

Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama yang positif.

Perbincangan dan keputusan yang dibuat merupakan sebahagian proses penerbitan.

Antara contoh-contoh simulasi jenis pemusatan kepada penerbitan ialah :

a. Menerbitkan rancangan radio seperti membaca berita.

b. Menerbitkan rancangan televisyen.

c. Menerbitkan majalah mingguan sekolah.

d. Mengadakan pameran dan pementasan drama.

Melalui simulasi ini, peserta-peserta seolah-olah bertanggungjawab untuk menerbitkan sesuatu program yang telah dirancangkan. Kemudian, program ini dipersembahkan kepada kelas.

PERANCANGAN AKTIVITI SIMULASI.

Sebelum sesuatu simulasi hendak digunakan, guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang berikut kepada diri sendiri :

a. Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan ?

- Jenis masalah dan situasi.

b. Siapakah yang mengambil bahagian ?

- Bilangan peserta, peranan dan tanggungjawab.

c. Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi ?

- Membuat keputusan atau menerbitkan sesuatu.

- Menerbitkan sesuatu program.

d. Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan.

- Mengumpulkan maklumat.

- Meningkatkan pengetahuan.

- Memahami situasi.

Keempat-empat soalan di atas merupakan asas kepada penggubalan sesuatu simulasi. Sekiranya kita hendak membina sesuatu simulasi tentang pemilihan lokasi untuk membina contohnya sebuah zoo mini di kawasan sekolah, soalan-soalan yang berikut hendaklah difikirkan.

KEPERLUAN UTAMA DALAM AKTIVITI SIMULASI.

Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis. Apakah kad arahan ? Kad arahan ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad arahan, iaitu :

i. Kad arahan am

ii. Kad arahan Khusus.

i. Kad arahan am.

Ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan.

ii. Kad arahan khusus.

Disediakan untuk individu yang memgang peranan yang telah ditentukan. Arahan yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

MEMBINA KAD ARAHAN

Memandangkan hal ini merupakan salah satu asas terpenting dalam pembinaan simulasi, maka cara-cara membuat kad arahan ini disertakan dengan contoh-contoh. Sebaik sahaja aktiviti simulasi dikenal pasti, guru perlu membina kad arahan, iaitu kad yang mengandungi arahan dan peranan untuk membolehkan setiap peserta memahami tugas yang disarankan kepadanya. Kad arahan hendaklah disediakan mengikut jumlah kumpulan yang akan mengambil bahagian. Jika empat kumpulan telah ditentukan, maka guru hendaklah menyediakan empat set kad yang sama.

PERANAN GURU DAN MURID.

PeringkatGuruMurid

Sebelum simulasiMerancang dan menyediakan :

i. Jenis simulasi masalah dan

dan situasinya.

ii. Objektif pembelajarn

iii Penggabungjalinan

kemahiran.

iv. Penyerapan.

v. Penilaian.

vi. Pengukuhan dan pengayaan.

vii. Langkah dan aktiviti.

viii. Alat dan bahan

Membantu guru membuat persediaan yang bersesuaian

Semasa Perlaksanaan simulasiGuru menjadi pemudah cara dalam mengendalikan perkara-perkara di atas mengikut tahap :

i. Fasa permulaan.

ii. Fasa perkembangan.

iii. Fasa penutup.

Selepas simulasi.Menjalankan aktiviti susulan :

i. Pengukuhan dan pengayaan.

ii. Kemahiran.

iii. Pengetahuan nilai.Melanjutkan penglibatan secara aktif dalam aktiviti pengayaan dan pngukuhan.

Sebagaimana yang terdapat dalam jadual di atas, secara amnya ada tiga peringkat untuk melaksanakan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain.

RUMUSAN

Berdasarkan penerangan yang diberikan, diharap guru dapat mengamalkan teknik simulasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknik ini, murid-murid berpeluang meningkatkan lagi kemahiran berbahasa mereka terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Murid-murid juga digalakkan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan apabila mereka menghadapi masalah.

Melalui situasi yang diwujudkan, murid-murid juga berpeluang untuk mengumpulkan makluma, berbincang, bertukar-tikar fikiran, memberikan pendapat dan melaporkan keputusan sama ada secara lisan ataupun bertulis. Peluang seperti ini sudah tentulah dapat memperkaya dan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid. Melalui cara ini, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan bermakna.