ihsan noorzali

Download Ihsan noorzali

If you can't read please download the document

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 19-Jun-2015

480 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 1. BIODATA PENGARANG-IHSAN NOORZALIIhsan Noorzali iaitu nama pena dalam penulisan kreatif atau nama sebenarnya Ghazali binDin. Dilahirkan di Kampung Tengah, Kuala Kedah, Kedah, Darul Aman pada 23 Disember1963. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Nyonya(1970-1975) dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah KeatHwa (1976-1975), Kolej Bakti (1981) dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, AlorMerah (1982-1983) sehingga tamat Sijil Tinggi PersekolahanMalaysia (STPM). Pada tahun1985 beliau mengikuti kursus Percetakan Offset di Institut Latihan Perindustrian, KualaLumpur dan menamatkan pengajiannya dalam Bachelor Komunikasi di Universiti PutraMalaysia pada April 2003.Karya beliau hampir 200 sajak yang tersiar di pelbagai media amat mengagumkan.Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia, DPB, Berita Harian, Pustaka dansebagainya. Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumahkegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang disampaikan oleh Tun Mahathir diLangkawi pada 4 Julai 2004. Puisi ini adalah luahan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkanPPSMI.Dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadaku ini terdapat sebanayak 50 karya sajakyang telah dinukilkan oleh Ihsan Noorzali. Antaranya adalah seperti Balada Sekuntum Puspa,Kuketuk Pintu Malam-Mu, Sungai, Terima Kasih Tuhanku, Di Kaki Malam, Embun TerlebihMengerti, Makna Dalam Duka, Larikan Angkuhmu Ke Laut Dan Padang, Dalam NafasDuka,Gelisah, Darah Dan Air Mata Itu Kekasihmu, Memimpin Bicara, Ketemu,TanganmuYang Memberi, Di Luar Rumah Fikir, Engkau Hulur Tanda Tangan dan sebagainya.Sajak yang saya pilih untuk dianalisis dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadakuoleh Ihsan Noorzali ini adalah sajak yang bertajuk Kuketuk Pintu Malam-Mu.

2. SAJAKKUKETUK PINTU MALAMMUKuketuk pintu malam-Mudi anak tangga lumpur kotorlidah dan hatikumeraung-raung pada-Mu.Kuketuk pintu malam-Muingin bersimpuh di kamarsimpati dan Maha Pengasih.Bukakan pintu penyayang-Muuntukku masuk merintihberikan sinar dari lentara agunghidayah-Mu. 3. ANALISIS BERKENAAN SAJAKAntara criteria yang digunakan untuk menganalisis sesuatu sajak adalah seperti maknadaripada setiap rangkap dalam sajak, tema dan persoalan yang timbul dalam penceritaansajak, nada atau diksi, bentuk sajak, nilai yang terdapat dalam sajak sama ada nilai murniataupun nilai kemanusiaan, gaya bahasa dan ciri-ciri lain.Makna Rangkap :Rangkap 1:Kuketuk pintu malam-Mudi anak tangga lumpur kotorlidah dan hatikumeraung-raung pada-Mu.Penyajak mengetuk pintu malam di hadapan anak tangga yang dipenuhi dengan lumpur yangkotor. Lidah dan hati penyajak meraung untuk meminta pertolongan daripada yang MahaEsa. Keadaan ini bermaksud penyajak bangun pada malam hari dengan lidah dan hatipenyajak memohon kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh.Rangkap 2:Kuketuk pintu malam-Muingin bersimpuh di kamarsimpati dan Maha Pengasih.Penyajak mengetuk pintu malam iaitu bangun pada malam hari dan duduk bersimpuh didalam biliknya memohon simpati doa daripada Tuhan yang Maha pengasih.Rangkap 3:Bukakan pintu penyayang-Muuntukku masuk merintihberikan sinar dari lentara agunghidayah-Mu. 4. Penyajak memohon agar dibukakan pintu kasih sayang Tuhannya agar penyajak dapatmemohon untuk diberikan sinar harapan daripada junjungan agung hidayah Maha Esa.Tema SajakTema sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini adalah ketabahan dan tidakputus asa dalam memohon petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Esa untuk menghadapisegala dugaan dan cabaran hidup.Persoalan1. Persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.-Penyajak sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran hidup dengan sentiasa berdoakepada Tuhan.2. Berserah kepada Tuhan.- Penyajak menyerahkan semua yang dialaminya ini kepada Tuhan.3. Ketabahan dan tidak putus asa.-Penyajak sentiasa bangun malam untuk berdoa agar dibukakan pintu kasih sayanguntuknya.Nada atau DiksiMelankolik ialah gaya bahasa yang dipenuhi dengan perasaan emosi yang sedih dan pilu.Unsur melankolik akan menimbulkan perasaan kesedihan dan kepiluan. Tujuan penyajakmenggunakan unsur melankolik dalam sajak ini ialah untuk menarik simpati pembaca.Penyajak berharap agar pembaca akan turut merasa pilu seperti mereka juga.Bentuk1. Sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini terdiri daripada tiga rangkap.2. Bilangan baris dalam setiap rangkap antara 3 baris dalam setiap rangkap.3. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah perkataan. 5. 4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 4 hingga 12 suku kata.Contohnya:Rangkap 2 baris 1Be/ri/kan/ si/nar/ da/ri/ len/te/ra/ a/gung (12 suku kata)Rangkap 3 baris 4hi/da/yah/- mu. (4 suku kata)5. Rima akhir adalah bebas.Rangkap 1 ialah a-b-a-aaRangkap 2 ialah -e-b-cRangkap 3 ialah a-d-e-a 6. NILAI MURNI DAN GAYA BAHASAGaya Bahasa1. SinkofSinkof bermaksud pemendekkan sesuatu perkataan. Contohnya seperti Kuketuk pintumalam-Mu. Kuketuk pintu dalam perkataan tersebut sama makna dengan aku ketuk pintudan maksud perkataan malam-Mu bererti malam kamu.2. PersonifikasiPersonifikasi bermaksud gaya bahasa perbandingan dengan memberikan ciri-ciri peribadimanusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan dan peristiwa tidakbernyawa. Contohnya seperti yang terdapat dalam rangkap 1 baris 2 iaitu di anak tanggalumpur kotor, dan dalam rangkap 3 baris 3 iaitu berikan sinar dari lentara agung.3. MetaforaMetafora bermaksud perbandingan yang terdiri daripada abstrak dan konkrit yang jelas.Contohnya dalam rangkap 1 dan rangkap 2 pada baris pertama setiap rangkap tersebut iaitupintu malam-Mu.4. AliterasiAliterasi ialah pengulangan huruf konsonan iaitu yang terdapat dalam rangkap3 baris 3 iaitupengulangan huruf konsonan r. Contohnya berikan sinar dari lentara agung.5. AsonansiAsonansi merupakan pengulangan huruf vocal. Contohnya yang terdapat dalam rangkap 1baris 1 iaitu pengulangan huruf vokal u seperti dalam kuketuk pintu malam-Mu.6. HiperbolaHiperbola bermaksud mengunakan perbandingan yang melampau atau kiasan yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu perkara. 7. Nilai dan Pengajaran1. Ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.-Penyajak merupakan seorang yang sangat tabah dalam menjalani ujian hidup sukadukanya. Hidup perlu diteruskan walau apapun cabaran yang mendatang dalam hidupkita.2. Keredhaan dengan ketentuan dari yang Maha Kuasa.-Penyajak menyelitkan perasaan untuk mencapai keinginan yang didambakan iaitukebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupannya.3. Kita janganlah cepat berputus asa dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya.-Kita sebagai hambanya janganlah cepat berputus asa dengan sesuatu perkara yangberlaku. Kita perlulah mempunyai semangat untuk meneruskan hidup dan tabahmenghadapi ujian tersebut.HURAIAN DAN PENELITIAN TENTANG KELEBIHANSetiap karya mempunyai kelebihannya tersendiri. Sajak ini terdiri daripada pemilihanperkataan yang menarik kerana genre ini mempunyai perkataan yang sedikit tetapi berupayamewakili maksud yang mendalam. Puisi ini dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar didalam penguasaan aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Puisi ini mengutamakanhasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, puisiini diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:i. Menerapkan kesabaran dan keyakinan diri dalam menghadapi ujian hidup;ii. Membangkitkan kesedaran tentang perlunya mempunyai cita-cita dan usaha gigihdalam melakukan sesuatu;iii. Memupuk semangat kasih sayang dan keberanian menghadapi dugaan hidup.Penulis pada umumnya mengharapkan karyanya dapat mendorong pembaca mencontohiperbuatan baik tentang apa yang diceritakannya. Dalam sajak yang bernafas keagamaankesan moral dan psikologi yang ingin dicapai ialah supaya pembaca berkeinginan melakukanperubahan spiritual untuk mendekati Tuhan seperti yang terdapat dalam sajak Kuketuk PintuMalam-Mu oleh Ihsan Noorzali.