ictbm.pdf

Upload: ksgan

Post on 28-Feb-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    1/37

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    2/37

    Pengintegrasian KandunganBahan-bahan Berasaskan ICT

    Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    BAHASA MELAYU

    2006 MDeC

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    3/37

    2

    SENARAI KANDUNGAN

    Pengenalan 3

    Aktiviti 1

    Suai Kenal 6

    Aktiviti 2Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenaipengintegrasian kursus Bahasa Melayu 7

    Aktiviti 3Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursusBahasa Melayu 11

    Aktiviti 4

    Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursuske dalam pengajaran Bahasa Melayu 15

    Aktiviti 5

    Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayudi dalam bilik darjah 22

    Aktiviti 6

    Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasianperisian kursus di dalam kelas/makmal 23

    Aktiviti 7

    Perbincangan dan penyiapan rancangan 24

    LampiranLampiran 1:Rancangan Mengajar 1:Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah 26

    Lampiran 2:Rancangan Mengajar 2:Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik makmal 31

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    4/37

    3

    Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi

    Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka

    dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya

    membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin

    direktori yang esyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi

    Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka

    dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah-

    sekolah Malaysia, terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan peringkat universiti.

    Hakikat ini disokong oleh Kanendra, Savarimuthu dan Durga Kumar dari Sunway College

    (2004) yang mengatakan, In todays world, a new level of commitment is required in

    order to educate the young generation and e-Learning perhaps emerges as an important

    tool of imparting knowledge and information.

    Secara umumnya, denisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran

    dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet)

    untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media

    elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).

    Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara synchronously

    (pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan

    pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks,

    grak, animalsi, simulasi, audio dan video. Selain itu, ia juga harus menyediakan

    kemudahan untuk kumpulan pembelajaran dan bantuan professional isi pelajaran secara

    dalam talian (Learnframe, 2001).

    Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran elektronik ini atau lebih dikenali sebagaie-Pembelajaran boleh dikatakan merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan

    dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif. Ini adalah kerana e-Pembelajaran boleh

    diaplikasikan dalam perlaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga

    boleh digunakan untuk tujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran

    bersemuka di sekolah-sekolah menengah.

    Konsep e-Pembelajaran yang berfaktorkan pembelajaran jarak jauh adalah dimanifestasi-

    kan melalui saluran teknologi elektronik bermaklumat, yang merentasi sempadan serta

    rutinnya melewati ruangan dewan-dewan kuliah, bilik tutorial, perpustakaan dan

    bangunan fakulti yang menghiasi halaman universiti dan kolej. Cara pembelajaran ini

    PENGENALAN

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    5/37

    4

    telah membolehkan golongan pelajar tidak perlu bersemuka secara langsung dengan

    pensyarah mereka dan hanya berhubung dengan menggunakan teknologi perkom-

    puteran. Ini kerana semua maklumat seperti nota mahupun tugasan yang diperlukan oleh

    pelajar akan dihantar oleh pensyarah melalui e-mel manakala CD-ROM dan Internet

    pula menjadi kunci kepada semua pintu-pintu ilmu yang bermanfaat.

    Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini

    adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas,

    iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan

    ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya

    adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus

    utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan

    bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana e-Pembelajaran ini akan memaksa

    pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana

    pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha

    serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita

    kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, Teachers

    act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has

    propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what

    easily at our nger tips.(www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)

    Objektif Bengkel

    Setelah menghadiri bengkel ini, guru-guru akan dapat:

    1. menerangkan konsep pengintegrasian perisian kursus di dalam situasi pengajaran

    dan pembelajaran hands-on;

    2. membuat keputusan bersuara tentang bila dan bagaimana hendak menggunakan

    perisian kursus secara efektif di dalam pengajaran Bahasa Melayu;

    3. menilai kesesuaian kandungan perisian kursus untuk pengajaran kelas secara

    spesik;

    4. membuat rancangan mengajar yang akan mengeksploitasi perisian kursus Bahasa

    Melayu sepenuhnya secara efektif; dan

    5. menghargai dan memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk membangunkan

    pengintegrasian ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    6/37

    5

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    1. Peserta boleh menggunakan model-model pengajaran perisian kursus dalam

    menghasilkan rancangan pengajaran.

    2. Peserta mendapat kemahiran membina akitiviti pengajaran menggunakan perisian-

    perisian kursus yang pelbagai untuk kelas pengajaran masing-masing.

    3. Peserta boleh menghasilkan rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus untuk

    pengajaran kelas masing-masing.

    4. Peserta membuat demonstrasi rancangan pelajaran berdasarkan perisian kursus.

    Strategi Pembelajaran

    1. Bengkel ini menggunakan kaedah penerangan untuk menerangkan sesuatu

    konsep berkaitan dengan teori, model, perisian kursus, rancangan pelajaran dan

    sebagainya.

    2. Peserta dikehendaki menyiapkan lembaran kerja yang disediakan untuk tujuan

    pemahaman yang lebih kukuh.

    3. Menggunakan pengajaran praktikal untuk menghasilkan rancangan pelajaran

    berdasarkan kepada perisian kursus.

    4. Menggunakan pelbagai komunikasi khususnya semasa membuat penerangan kepada

    peserta, umpamanya soal-jawab serta merta, soal-jawab di akhir pembentangan.

    Selain itu, memberi peluang peserta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan

    oleh rakan mereka.

    5. Peserta membentangkan hasil kerja pengajaran praktikal iaitu rancangan pengajaran.

    6. Di akhir bengkel, peserta dikehendaki membuat reeksi tentang bengkel untuk

    mengingat kembali isi-isi penting bengkel ini.

    Rujukan

    1. Jaya Kumar C. Koran. (2002).Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September

    2005.

    2. Kanendran T.A., Johnny Sararimuthu & B.V. Durga Kumar. (2004). Technical Report:

    Issues & Strategies of E-Learning. Sunway College Journal 1, 99-107.

    3. Learnframe. (2001). (Atas Talian). http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq.

    7 September 2005.

    4. Sonnenreich, Wes. (1998). Web Developer.com. Guide to Search Engines. New York.

    John Wiley & Sons. Inc.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    7/37

    6

    Pengenalan

    Aktiviti pertama ini merupakan aktiviti yang sangat penting, terutamanya apabila

    mengadakan sesuatu bengkel. Ini adalah kerana untuk sesuatu bengkel itu berjalandengan lancar, kesemua peserta perlulah mengenali antara satu sama lain supaya mereka

    dapat berinteraksi dengan baik semasa mengadakan kerja berkumpulan mahupun secara

    individu.

    Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara pembentang dengan para

    peserta. Ini penting kerana peserta tidak akan berasa malu untuk bertanyakan soalan

    sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana mereka sudahpun biasa dengan

    pembentang.

    Hasil Pembelajaran Yang DijangkakanPada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan

    berdasarkan kepada tugasan pada setiap aktiviti yang disediakan.

    2. mengenalpasti tentang kepakaran yang dimiliki oleh setiap ahli dalam kumpulan yang

    mana ia boleh digunakan semasa aktiviti kumpulan yang disediakan kemudian.

    Arahan Kepada Peserta

    1. Peserta dikehendaki membina 11 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 8 orang

    peserta. [5 minit]

    2. Peserta dikehendaki mendengar pembentang memperkenalkan dirinya. [1 minit]

    3. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dalam kumpulan masing-masing.

    [24 minit]

    AKTIVITI 1

    Suai Kenal

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    8/37

    7

    Pengenalan

    Untuk aktiviti kedua ini, para peserta akan membincangkan tentang pemahaman dan

    perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai pengintegrasian perisian kursus BahasaMelayu. Secara terperinci, mereka akan didedahkan dengan masalah yang dihadapi oleh

    guru-guru, khususnya guru-guru Bahasa Melayu dalam menggunakan perisian kursus

    yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi sekolah Bestari. Sebagai seorang

    guru di sekolah Bestari, mereka tidak seharusnya menghadapi masalah yang sama. Atas

    sebab ini mereka perlu didedahkan dengan realiti sebenar, iaitu terdapat banyak guru

    yang masih tidak kompeten dengan penggunaan ICT, khususnya dalam penggunaan

    perisian kursus.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. mengenalpasti apakah yang diperlukan untuk melaksana pengajaran secara interaktif

    menggunakan perisian kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

    2. menyenaraikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi yang diperlukan untuk

    menghasilkan pengajaran Bahasa Melayu secara interaktif menggunakan perisisan

    kursus.

    Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas pada hari ini memerlukan institusi

    sekolah membuat persediaan dari segi pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan

    pelaksanaan e-Pembelajaran dalam sekolah masing-masing. Tambahan pula, literasi

    mengenai tele pendidikan yang menggunakan Internet sangat penting untuk diketahuioleh para guru. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru yang terlibat perlu diberi latihan

    melalui beberapa kursus tentang pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan

    berteknologi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, guru-guru juga

    perlu diberi pendedahan meluas tentang kaedah penggunaan aplikasi Internet seperti

    e-mel, newsproup, protokol perpindahan fail dan telnet dalam konteks pengajaran

    dan pembelajaran. Pendedahan ini boleh diperluaskan melalui kursus-kursus Internet

    sama ada kursus jangka panjang atau jangka pendek dan dikendalikan oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia melalui Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan Pendidikan

    Teknikal. Ini adalah kerana melalui kursus-kursus sebegini lebih ramai guru berpeluang

    untuk menimba pengetahuan dan kepakaran tentang aplikasi Internet dan seterusnyaboleh mengendalikannya.

    AKTIVITI 2

    Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenaipengintegrasian perisian kursus Bahasa Melayu

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    9/37

    8

    Maka dengan adanya kepakaran ini, guru boleh merekabentuk bahan pengajaran secara

    elektronik menggunakan perisian tertentu serta jenis komunikasi yang sesuai untuk

    digunakan sebagai program pengajaran interaktif. Mengikut Phillips (1997), pengajaran

    interaktif adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran yang menggunakan bahan

    pengajaran berasaskan e-Pembelajaran supaya dapat mewujudkan persekitaran yang

    menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan

    guru. Pendekatan yang sering digunakan termasuklah berkongsi idea secara dua hala

    secara serentak antara pengajar dengan pelajar menggunakan bilik sembang maya dan

    komunikasi sehala dengan pelajar yang menghantar pertanyaan tentang sesuatu perkara

    yang sukar difahami melalui papan bulletin, ruangan forum dan mel elektronik.

    Kesan negatif akibat penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

    di sekolah ialah peluang pelajar untuk bersosialisasi adalah terbatas disebabkan oleh

    peluang untuk berkontak secara langsung di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar

    dengan guru adalah sangat minimum (Wildavsky, 2001). Ini adalah kerana pelajar-pelajar

    ini hanya berkomunikasi di antara satu sama lain hanya menggunakan e-mel ataupun

    kaedah forum dalam talian sahaja. Akibat itu, penggunaan e-Pembelajaran ini tidak dapat

    membantu atau mengembangkan rasa bermasyarakat di dalam sanubari pelajar.

    Selain itu, penggunaan e-Pembelajaran di dalam pengajaran di sekolah pada hari inimungkin akan melahirkan sekumpulan pelajar yang tidak mempunyai perasaan hormat

    terhadap guru-gurunya. Menurut Jowati Juhary (2001), keadaan ini berlaku akibat dari

    segi pedagogi, e-Pembelajaran ini tidak mempunyai interaksi secara berhadapan antara

    guru dan pelajarnya. Menurut beliau lagi, kehilangan nilai-nilai tersebut akan merosakkan

    hubungan antara seorang guru dan pelajarnya. Ini merupakan salah satu kesan negatif

    penggunaan e-Pembelajaran di sekolah.

    Oleh yang demikian, kepakaran guru untuk mengajar dan menggunakan e-Pembelajaran

    ini adalah sangat penting untuk menarik perhatian serta kefahaman pelajar tentang

    sesuatu topik pengajarannya.

    Keberkesanan aplikasi e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-

    sekolah menengah pada hari ini adalah merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan

    aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar

    sendiri untuk mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan. Ini kerana jika

    infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak esyen, maka guru dan pelajar tidak dapat

    menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan e-Pembelajaran

    dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Sehubungan itu, masih banyak ruang

    kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan

    pembelajaran dengan menggunakan e-Pembelajaran, terutamanya dalam era globablisasi

    di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja yang memungkinkan informasi

    bergerak tanpa had dan sempadan.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    10/37

    9

    Oleh yang demikian, didapati kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

    e-Pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang

    dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    Selain itu, peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru

    yang penuh dengan semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi adalah amat penting

    untuk membawa kejayaan pelaksanaan e-Pembelajaran di sekolah-sekolah.

    Justeru itu juga, satu lagi perkara yang harus ditekankan ialah e-Pembelajaran ini tidak

    dapat sepenuhnya menggantikan kegiatan pembelajaran konvensional di dalam kelas

    (Lewis, 2002). Dengan erti kata lain, e-Pembelajaran ini hanya dapat menjadi rakan atau

    saling melengkapi dengan pembelajaran konvensional di kelas, bahkan ia akan menjadi

    komplemen besar terhadap model pembelajaran di kelas atau sebagai satu alat yang

    amat berguna untuk program pengayaan.

    Walau bagaimanapun, memang kita tidak dapat dinakan bahawa penggunaan e-

    Pembelajaran di sekolah akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi

    lebih menarik dan bermakna. Di samping itu, ia juga dapat menarik minat pelajar untuk

    mencari maklumat sambil belajar melalui Internet. Cara pembelajaran ini bukan sahaja

    akan melahirkan pelajar yang berkiran kritis dan kreatif tetapi mempunyai pengetahuan

    yang luas. Akhir kata, gabungan pengajaran guru yang berasaskan teknologi maklumatdan komunikasi melalui e-Pembelajaran, terutamanya semasa penerokaan ledakan

    sumber maklumat melalui Internet dalam era globalisasi ini akan menjayakan matlamat

    pelaksanaan sekolah Bestari serta dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan

    dan berinovatif.

    Arahan Kepada Peserta

    1. Bersedia untuk berkongsi pengalaman anda dalam mengintegrasikan perisian kursus

    Bahasa Melayu untuk pengajaran. Sila ambil perhatian bahawa dalam bengkel ini,

    fokus perbincangan adalah mengenai pengintegrasian perisian kursus. Anda diberikan

    masa 10 minit untuk menyatakan:

    (i) tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus; sekolah rendah, menengah

    rendah atau menengah atas.

    (ii) keupayaan anda mengintegrasikan perisian, berdasarkan kategori rendah,

    sederhana atau tinggi.

    (iii) kaedah pengintegrasian anda.

    Tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus: Sekolah:

    Keupayaan anda mengintegrasikan perisian (nyatakan sama

    ada anda dalam kategori rendah, sederhana atau tinggi):

    Kategori:

    Kaedah pengintegrasian yang anda praktikkan:

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    11/37

    10

    2. Lima minit akan diberikan untuk sesi soal-jawab. Bersedia untuk menjawab sebarang

    soalan berkaitan dengan perbincangan tadi. [15 minit]

    3. Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang amalan mengintegrasikan perisian

    kursus yang telah dibincangkan oleh peserta. [5 minit]

    Rujukan

    1. Jowati Juhary. (2001). E-Learning Di Malaysia: Kajian Rintis Semasa Persidangan

    Pendidikan Antarabangsa. (Atas Talian). http://www.elearning.unimas.my/articles/archives/000011.html. 29 Ogos 2005.

    2. Lewis, Diane E. (2002). A Departure from Training by the Book, more companies

    seeing benets of E-Learning.(Atas Talian). http://bostonworks.boston.com/globe/

    articles/052602/elearn.html. 5 September 2005.

    3. Philips. R. (1997). The Developers Handbook to Interactive Multimedia. London.

    Kagan.

    4. Wildavsky. Ben. (2001). Want More From High School?. Special Report: E-Learning.

    (Atas Talian). http://www.usnews/edu/learning/articles. 22 Ogos 2005.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    12/37

    11

    Pengenalan

    Aktiviti ini akan memberi pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu.

    Dengan menggunakan kaedah pengajaran praktikal, peserta adalah digalakkan untuksentiasa bertanya kepada pembentang sekiranya terdapat kemusykilan. Dalam aktiviti

    ini, peserta akan didedahkan dengan cara penggunaan perisisan kursus secara bijak, di

    mana mereka perlu mengetahui bagaimana untuk menggunakan perisian kursus tersebut

    dengan sebaik-baiknya. Selain itu, mereka juga akan diberitahu tentang keprihatinan

    guru-guru Bahasa Melayu terhadap pengajaran berdasarkan kepada perisian kursus yang

    sedia ada, yang mana kebanyakan daripada guru-guru tidak dapat mengenalpasti cara dan

    kaedah yang bersesuaian dalam menggunakan perisian kursus yang telah disediakan.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. mengelaskan perisian kursus Bahasa Melayu melalui aktiviti pengajaran praktikal;

    dan

    2. mengenalpasti beberapa cara dan kaedah yang bersesuaian dengan pelbagai jenis

    perisian kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Bahan Yang Dihasilkan Sebagai Perisian Kursus

    Bahan e-Pembelajaran yang berkualiti tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa

    Inggeris, Matematik dan Sains telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan untuk

    memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut dapat dilaksanakandengan lancar selepas pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

    Inggeris. Tujuan bahan-bahan ini disediakan adalah supaya pengajaran guru dalam

    Matematik dan Sains dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta para pelajar dapat

    memahami pengajaran guru dalam bahasa Inggeris dengan berkesan.

    CD-ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan

    Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

    AKTIVITI 3

    Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursusBahasa Melayu

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    13/37

    12

    Tanpa talian Internet, CD-ROM merupakan alternatif terdekat untuk menjayakan

    e-Pembelajaran. Ini dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah yang tidak mempunyai

    talian Internet tetapi mempunyai komputer. Cara ini dilaksanakan dengan bahan-bahan

    e-Pembelajaran perlu dicari dan dimuat turunkan (download) di tempat lain terlebih

    dahulu, misalnya di PKG.

    Seterusnya bagi sekolah-sekolah yang tiada kemudahan komputer, maka bahan

    e-Pembelajaran perlu diperkenalkan dengan cara lain kepada pelajar. Sumber-sumber

    lain seperti TV boleh digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada e-Pembelajaran.

    Bahan-bahan yang dicetak dari Internet di PKG atau di tempat lain seperti siber caf

    boleh digunakan sebagai bahan rujukan pelajar atau latihan di dalam bilik darjah (Koran,

    2002).

    Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan

    Integrasi bermaksud menyatukan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk

    perkara baru. Literasi pengintegrasian ialah kemampuan untuk menggunakan komputer

    dan pelbagai teknologi lain digabungkan dengan beberapa strategi pengajaran untuk

    meningkatkan pembelajaran murid. Selain itu, ia boleh membantu guru-guru untuk

    mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum kelas mereka dan akhirnya objektif

    pengajran boleh dicapai dengan jayanya.

    Kurikulum pula boleh didenisi sebagai bidang subjek yang ditawarkan atau diajar di

    dalam persekitaran sekolah. Dalam konteks ini, ia bermaksud sebagai pengalaman yang

    dialami oleh seseorang murid di bawah pengawasan dan didikan guru-guru. Ia termasuk

    rancangan atau dokumen bertulis yang mempunyai satu siri matlamat dan objektif

    pengajaran yang dirangka melalu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

    Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Ia dihasilkan untuk memantau polisi

    kerajaan dan menyediakan sekolah dengan bantuan kurikulum.

    Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pengintegrasian Teknologi

    1. Merupakan kombinasi kesemua bahagian teknologi, seperti perisian dan perkakasan,

    bersama-sama dengan setiap subjek yang berkaitan untuk meningkatkan tahap

    pembelajaran.

    2. Menguasai Pengintegrasian Teknologi bukannya mudah. Teknologi tidak semestinya

    boleh meningkatkan tahap pembelajaran kerana ia hanyalah satu jenis alat. Perkara

    yang paling penting adalah faktor manusia.

    3. Guru-guru akan mampu menggunakan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi

    melalui pengalaman harian dalam kelas.

    4. Dalam pengintegrasian teknologi, guru-guru seharusnya menggunakan teknologi

    yang tertentu pada masa yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    14/37

    13

    Halangan kepada Pengintegrasian Teknologi di Sekolah disebabkan terdapat kalangan

    guru yang menolak perubahan, masalah kewangan, masa terhad untuk guru merancang

    pengajaran, kurang sokongan pihak pentadbiran, guru kurang kemahiran dan kekurangan

    pekakasan dan perisian. Walau bagaimanapun pihak sekolah boleh mengatasi masalah

    ini dengan memberi latihan yang bersesuaian kepada guru, merancang dan komited

    untuk meningkatkan proses pengajaran dengan menggunakan komputer.

    Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran menggunakan perisian kursus

    ialah pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif membenarkan konsep-konsep dihidupkan

    dengan pelbagai gambar, warna, pergerakan dan bunyi yang mana ia selaras dengan

    pengintegrasian teknologi. Menerusinya, pelajar dibenarkan untuk membina slaid

    persembahan untuk persembahan umpamanya menggunakan perisian PowerPoint dan

    merentasi bilik darjah iaitu e-mail. Akhir sekali, pembelajaran ini membawa pelajar

    ke dunia di luar pengetahuan mereka dan mendapat informasi secara tanpa batasan

    umpamanya perisisian kursus dan tapak web.

    Menilai Keberkesanan Pengintegrasian Perisian Kursus

    Soalan-soalan berikut perlu dijawab:

    1. Adakah pelajar mempelajari apa yang hendak mereka pelajari?

    2. Bolehkah pelajar mendemonstrasi pemahaman mereka tentang kandungan

    pelajaran?

    3. Adakah teknologi atau perisian yang dipilih berkesan?

    4. Adakah penggunaan teknologi atau perisian menepati objektif pembelajaran?

    5. Objektif pembelajaran ini lebih baik diajar dengan menggunakan teknologi atau

    sebaliknya?

    6. Apakah yang saya akan ubah?

    7. Apa yang saya tidak akan ubah?

    Sebagai kesimpulan, mengintegrasikan perisian kursus memerlukan guru memahami

    bidang-bidang di bawah yang berkaitan dengan teknologi maklumat iaitu:

    1. Mengenalpasti apa yang hendak dicapai dalam kurikulum.

    2. Merancang pembelajaran yang menggunakan teknologi.

    3. Perkakasan dan perisian yang bersesuaian.

    4. Mendapat latihan yang bersesuaian dalam kemahiran teknologi maklumat.

    5. Tindakan dan Implementasi.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    15/37

    14

    Arahan Kepada Peserta

    1. Dengar dan beri perhatian kepada pembentangan tentang pengenalan dan

    pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu. Jangan teragak-agak untuk bertanya

    soalan dan berbincang tentang isu yang diketengahkan. [20 minit]

    2. Buat reeksi terhadap kaedah pengajaran anda dalam mengintegrasikan perisian

    kursus. Bincang dalam kumpulan anda berdasarkan tahap-tahap di sekolah: (i) rendah,

    (ii) menengah rendah, dan (iii) menengah atas. Isikan lembaran kerja di bawah.

    Penentu kejayaan boleh dinyatakan dalam bentuk motivasi murid, pencapaian,

    peningkatan sikap, keyakinan dan sebagainya. Bersedia untuk membentangkan hasilperbincangan kumpulan anda. [40 minit]

    Aplikasi yang telah digunakan Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

    Perisian kursus yang telah digunakan Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

    Rujukan

    1. Jaya Kumar C. Koran. (2002).Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Di Sekolah-Sekolah Malaysia.(Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September

    2005.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    16/37

    15

    Pengenalan

    Aktiviti 4 akan membincangkan tentang teori-teori pembelajaran yang berkaitan dalam

    pengintegrasian perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. menggunakan teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian perisian kursus

    dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk memilih model yang sesuai bagi sesuatu

    topik;

    2. membandingkan beberapa jenis model yang berlainan untuk jenis bilik darjah

    berlainan; dan

    3. mengaplikasikan model yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursustertentu sebagai pilihan sebagai aktiviti pembentangan kumpulan.

    Prinsip, Teori Dan Metodologi

    Kebanyakan guru ingin mempelajari bagaimana untuk menggunakan teknologi pendidikan

    dengan berkesan, tetapi mereka kekurangan kerangka konsep, masa, akses komputer dan

    sokongan yang diperlukan untuk berbuat begitu (Guhlin, 1996). Apa yang diperlukan

    oleh mereka ialah program pengembangan profesional berterusan dan terancang, yang

    diasaskan oleh model teori, berkaitan dengan objektif kurikulum, menggabungkan aktiviti

    penilaian formatif dan dipelihara dengan kewangan mencukupi serta sokongan staf.

    Semua aspek ini perlu diambil kira jika mereka ingin menggunakan teknologi dengan

    berkesan bagi memperbaiki pembelajaran pelajar (Guhlin, 1996).

    Apabila kita merekabentuk atau mengimplementasi sebarang program pengembangan

    profesional guru untuk teknologi, adalah amat penting program itu selari dengan konteks

    kerangka teori bagi pembelajaran orang dewasa. Satu kerangka teori yang direka oleh

    Reeves dan Reeves (1997), boleh digunakan berdasarkan 10 dimensi pembelajaran

    interaktif. Setiap dimensi ini diwakili oleh satu garis masa, berlawanan dengan nilai-nilai

    tertentu di hujungnya. Pengembangan profesional guru dalam penggunaan teknologi

    mesti di rekabentuk dan diimplementasi untuk membawa guru dan secara tidak langsung

    pelajar ke arah hujung sebelah kanan garis masa ini (rujuk Jadual 1).

    AKTIVITI 4

    Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursus ke dalampengajaran Bahasa Melayu

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    17/37

    16

    Kerangka ini memberi penekanan kepada potensi pengajaran berasaskan web untuk

    menyumbang kepada reformasi pedagogikal, bukan sekadar ciri-ciri teknologi multimedia

    yang pelbagai ataupun kemampuannya untuk mengakses kepada sumber maklumat

    seluruh dunia. Secara ringkas, teknologi boleh mempromosi pengajaran berkesan yang

    lebih berpusatkan pelajar, penggabungan disiplin, lebih berkait rapat dengan peristiwa

    dan proses sebenar dan boleh diadaptasi kepada stail pembelajaran individual. Pengajaran

    seperti ini menggalakkan perkembangan pemikiran tinggi dan kemahiran penakulan

    maklumat (bukan hafalan) di kalangan pelajar, dan pembelajaran berkonstrukkan sosial

    (kolaboratif), di mana semua perkara ini semakin diperlukan dalam ekonomi global

    berasaskan pengetahuan ataupun k-ekonomi. Potensi teknologi bagi memperbaikipengajaran perlu diintegrasikan (dicontohi) ke dalam rekabentuk dan penyampaian

    program pengembangan guru dalam penggunaan teknologi. Paling penting sekali ialah

    teknologi memberi implikasi dalam perubahan peranan guru, daripada menjadi sumber

    utama pengetahuan dan penyampaian kepada menjadi fasilitator pembelajaran pelajar,

    yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber.

    Kegagalan untuk menggabungkan 10 dimensi pembelajaran interaktif ini ke dalam

    program pengembangan profesional guru akan mencacatkan potensi teknologi sebagai

    alat untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud pengembangan

    profesional guru dalam menggunakan teknologi patut mengambil kira atau mencontohi

    OBJEKTIF

    Dimensi PembelajaranInteraktif

    Mula GarisMasa

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10Tamat Garis

    Masa

    Falsafah Pedagogi Instrukivist Konstruktivist

    Teori Pembelajaran Behavior Kognitif

    Orientasi Matlamat Berfokus UmumOrientasi Kerja Akademik Keaslian

    Sumber Motivasi Ekstrinsik Intrinsik

    Peranan Guru Deduksi Fasilitatif

    SokonganMeta-Kognitif

    Tiada sokongan Integrasi

    Strategi PembelajaranKolaboratif

    Tiada sokongan Mencukupi

    Sensitiviti Budaya Tidak sensitif Dihormati

    Fleksibiliti Struktur Ditetapkan Terbuka

    Jadual 1: Kerangka Teori untuk Pembelajaran Dewasa

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    18/37

    17

    bentuk pedagogi yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Sebagai contoh,

    program latihan ini perlu mencapai aspek-aspek berikut:

    1. Membolehkan guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara

    aktif melalui pengalaman, dalam kepelbagaian persekitaran pembelajaran, secara

    individual ataupun kolaboratif.

    2. Mencakupi pelbagai strategi pembelajaran, menunjukkan pengajaran secara

    langsung, deduksi, perbincangan, latih tubi dan latihan, induksi, dan perkongsian.

    3. Bermatlamat ke arah kemahiran berkir peringkat tinggi.

    4. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang autentik supaya guru-guru terlibat

    dalam tugasan yang konkrit dalam senario yang realistik.

    5. Menekankan cara bagaiamana teknologi dapat memudahcara dan meningkatkan

    kehidupan professional guru.

    6. Menggalakkan guru-guru untuk menjadi mentor, pengajar, dan panduan kepada

    proses pembelajaran pelajar (bukan penyampai pengetahuan dan maklumat

    ringkas).

    7. Mengembangkan kemahiran guru dalam mempelajari bagaimana untuk menentukan

    objektif pembelajaan, merancang dan menilai strategi pembelajaran, memantaukemajuan, dan mengubahsuai apabila diperlukan.

    8. Menggalakkan kerjasama dan pembelajaran kolaboratif.

    9. Sensitif terhadap budaya dan kepelbagaian guru sebagai pelajar, menggunakan

    pendekatan yang pelbagai untuk memberi reaksi kepada stail pembelajaran yang

    berbeza, peluang, persekitaran, dan permulaan.

    10. Membolehkan pembelajaran sebarang waktu dan tidak mengira tempat dan lokasi.

    Secara konkritnya, ini bermaksud pengembangan profesional guru dalam menggunakan

    teknologi perlu menggabungkan kuliah atau persembahan kumpulan kecil denganperbincangan, aktiviti individual dengan kolaboratif, dan memberi peluang untuk guru

    menilai kembali amalan pengajaran sebenar mereka dan bagaimana mereka boleh

    melakukannya dengan lebih baik dibantu oleh teknologi.

    Pendekatan seperti ini juga memberi makna bahawa bahan pengajaran perlu dalam

    bentuk pelbagai format; bercetak, CD-ROM, sisipan email, dalam talian (HTML dan Java),

    sehinggalah DVD. Ia juga memberi kesan bahawa perlunya untuk mengembangkan modal

    serentak dan tidak supaya guru boleh mendapat peluang latihan mengikut kesesuaian

    masa mereka dan tidak semestinya dengan kehadiran pelatih sahaja.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    19/37

    18

    Kunci kepada program pengembangan profesionalisme guru yang berjaya ialah struktur

    modularnya yang sesuai dengan tahap pengalaman guru dan kepakaran menggunakan

    teknologi yang berbeza. Mengadaptasi bahan dengan tahap keselesaan guru dan titik

    permulaannya amatlah diperlukan. Dengan cara ini, guru-guru yang masih baru dengan

    teknologi boleh didedahkan kepada modul pengembangan profesional yang lengkap,

    manakala mereka yang lebih maju boleh memulakan dari tahap di mana mereka berhenti

    dan dalam pada masa yang sama membantu rakan-rakan mereka yang kurang mahir.

    Prinsip asas kepada pembelajaran dewasa mesti diterapkan dalam program latihan. Ini

    bermakna program tersebut mestilah tinggi nilai sosial dan kerjasama, dengan peluang

    untuk berkongsi kemahiran dan menggabungkan pengajaran dengan perbincangan,

    reeksi, aplikasi, dan penilaian. Sebagai tambahan kepada prinsip ini, teknologi mem-

    bolehkan pendekatan yang lebih kolaboratif digunakan dan memaksimakan perkongsian

    sesama rakan mengenai cabaran, kekecewaan, kebaikan, dan kejayaan menggunakan

    teknologi dalam pengajaran atau pembelajaran mereka sendiri. Pendekatan seperti ini

    membolehkan mereka meneladani kegagalan sebenar dan mencontohi amalan terbaik

    dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah.

    Akhir kata, prinsip-prinsip ini memberi implikasi akan keperluan untuk membina komuniti

    yang berterusan dan sistem sokongan daripada rakan, mentor dan pakar. Program latihanyang berdiri sendiri dan berbentuk one-shotyang membiarkan guru tanpa impak patut

    dielakkan pada masa hadapan.

    Empat Model Untuk Melaksanakan E-Learning

    Menurut Koran (2002), terdapat empat model yang boleh dicadangkan untuk digunakan

    dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perisian bagi sekolah-sekolah

    Malaysia iaitu:

    1. Model Selective

    2. Model Sequential3. Model Static Station

    4. Model Makmal

    Model Selective

    Model ini adalah sesuai digunakan jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat

    terhad. Di dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling berkesan

    untuk menyampaikan pelajaran beliau. Jika guru terjumpa bahan e-Pembelajaran yang

    berkualiti, maka ianya hanya dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demonstrasi

    sahaja. Jika ada lebih daripada satu komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk

    mendapat sedikit pengalaman pengajaran praktikal.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    20/37

    19

    Model SelectiveDidapati dalam model ini,

    pelajar kurang berpeluang

    belajar menggunakan komputer

    secara hands-on akibat

    penggunaan komputer yang

    terhad. Kaedah ini banyak

    digunakan oleh sekolah-sekolah

    menengah di luar bandar yang

    kurang mendapat bantuan

    kewangan untuk mendapatkan

    bilangan komputer yang

    mencukupi untuk para

    pelajarnya.

    Model Sequential

    Model ini adalah sesuai

    digunakan jika bilangan

    komputer di sekolah adalah

    sedikit. Dalam model ini,pelajar yang berada di dalam

    kumpulan kecil, bergerak dari

    satu set sumber maklumat

    ke sumber yang lain. Pelajar

    akan menggunakan bahan

    e-Pembelajaran sebagai bahan

    rujukan atau untuk mendapat-

    kan maklumat yang baru. Jika

    ada beberapa komputer, maka

    pelajar harus diberi peluang

    untuk mendapatkan penga-

    laman pengajaran praktikal.

    Kaedah ini dapat juga

    membantu dalam pengajaran

    dan pembelajaran guru di

    dalam kelas kerana pelajar

    diberi peluang untuk mencari

    dan mendapatkan maklumat

    yang baru tentang sesuatu topik

    dan tidak hanya bergantung

    kepada ilmu yang diberikanoleh guru sahaja.

    Model Sequential

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    21/37

    20

    Model Static Station

    Model ini juga lebih kurang sama dengan

    model sequential kerana model ini adalah

    sesuai digunakan jika bilangan komputer

    adalah sedikit. Tetapi di dalam model ini,

    guru mempunyai beberapa sumber yang

    berbeza untuk mencapai objektif pengajaran

    yang sama, iaitu bahan e-Pembelajaran

    adalah digunakan oleh satu atau duakumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu

    objektif pelajaran, manakala kumpulan

    pelajar yang lain akan menggunakan sumber

    lain untuk mencapai objektif pelajaran yang

    sama. Sumber yang lain yang dimaksudkan

    adalah seperti alat pandang dengar iaitu

    radio dan televisyen. Maka dengan kaedah

    ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai

    sumber pengajaran termasuklah penggunaan

    e-Pembelajaran agar suasana pengajaran

    dan pembelajaran di kelas adalah hidup,menarik dan berkesan.

    Model Makmal

    Pelaksanaan model ini dilakukan jika

    bilangan komputer mencukupi untuk

    semua pelajar. Ini adalah kerana bahan e-

    Pembelajaran dapat digunakan oleh pelajar

    sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model

    ini adalah digunakan sekarang terutamanya

    di sekolah-sekolah Bestari di Malaysia

    yang mempunyai makmal komputer yang

    dilengkapi dengan talian Internet. Dengan

    penggunaan sebuah komputer untuk setiap

    seorang pelajar, maka pelajar ini akan

    memperoleh pengetahuan dengan lebih

    cepat kerana pelajar ini telah diberi peluang

    pengalaman pengajaran praktikal untuk

    mendapatkan maklumat tanpa mengenal

    sempadan dan batasan daripada Internet.

    Model Static Station

    Model Makmal

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    22/37

    21

    Arahan Kepada Peserta

    1. Peserta dikehendaki memberi perhatian semasa pembentang sedang membentangkan

    dan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian

    perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. [1 jam]

    2. Peserta dikehendaki melengkapkan lembaran kerja di bawah untuk merancang

    strategi memilih model yang akan digunakan dalam membina rancangan pelajaran

    harian. [1 jam]

    Topik/Kurikulum Peralatan yang ada Rasional

    Pilihan:Model

    Rujukan

    1. Guhlin, M. (1996). Stage a well-designed Saturday session and they will come!

    Technology Connection, 3(3), 13-14.

    2. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pem-

    belajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix.

    5 September 2005.

    3. Reeves, T.C., & Reeves, P.M. (1997). The Effective Dimensions of Interactive Learning

    on the World Wide Web. In Khan, B.H. (ed.). Web-Based Instruction. Englewood

    Cliffs, NJ: Educational Technology, pp. 59-66.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    23/37

    22

    Pengenalan

    Untuk Aktiviti 5, peserta dikehendaki turut serta dalam aktiviti Hands-On yang akan

    membincangkan tentang praktis dan aplikasi Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu1 dan 2, berkaitan dengan pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa

    Melayu di dalam bilik darjah. Setiap rancangan mengajar adalah dalam 35 hingga 40

    minit. Kemudian, mereka dikehendaki mengkritik dan melakukan perbincangan tentang

    Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1 dan 2.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. memahami praktis dan aplikasi yang bersesuaian dengan pendekatan untuk

    mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah melalui aktiviti

    pengajaran praktikal;2. praktis dan mengaplikasikan rancangan mengajar yang bersesuaian dengan

    penggunaan perisian kursus tertentu, berdasarkan sampel rancangan pengajaran

    yang telah dibincangkan;

    3. mengkritik rancangan pengajaran; dan

    4. memahami bagaimana sesuatu perisan kursus itu boleh digunakan sebagai sejenis alat

    bantu mengajar berdasarkan kepada Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1

    dan 2.

    Arahan Kepada Peserta

    1. Peserta dikehendaki berbincang tentang Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu

    2, dari segi pendekatan yang sesuai untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa

    Melayu di dalam bilik darjah.

    2. Kemudian, mereka dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan, iaitu

    mengkritik Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 2. Ini dilakukan secara

    berkumpulan; setiap kumpulan akan mengkaji sama ada perisian kursus sekolah

    menengah atau sekolah rendah.

    3. Selepas itu, perbincangan secara berkumpulan tentang pendekatan untuk

    pengintegrasian Rancangan Mengajar 1 dan 2 akan dijalankan, yang mana peserta

    dikehendaki turut serta dalam perbincangan. Beberapa kumpulan akan dipilih untuk

    membentangkan dan mendemonstrasi bagaimana pengajaran dapat dilakukan

    menggunakan sampel rancangan mengajar di dalam kelas.

    AKTIVITI 5

    Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayudi dalam bilik darjah

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    24/37

    23

    Pengenalan

    Dalam aktiviti ini, kaedah pengajaran praktikal akan digunakan untuk membincangkan

    tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisiankursus di dalam kelas/konteks makmal. Peserta akan kemudiannya disuruh untuk bekerja

    secara berkumpulan untuk merancang dan menyiapkan satu rancangan mengajar Bahasa

    Melayu untuk bilik darjah atau dalam konteks makmal. Setiap rancangan mengajar yang

    akan dihasilkan hendaklah lebih kurang 35 hingga 40 minit. Hasil perbincangan secara

    berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan dibentangkan pada 20 Disember

    2006.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. mengenalpasti cara-cara membina rancangan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa

    Melayu untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas melalui aktiviti

    pengajaran praktikal; dan

    2. menghasilkan satu rancangan mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks

    makmal secara berkumpulan dengan mengaplikasikan perisian kursus yang disediakan

    untuk sekolah Bestari.

    Arahan Kepada Peserta

    1. Peserta hendaklah turut serta dalam perbincangan secara pengajaran praktikal, iaitu

    tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisiankursus di dalam kelas/konteks makmal (kerja berkumpulan).

    2. Kemudian, mereka akan diberikan latihan berkumpulan, iaitu Perancangan dan

    Persiapan satu Rancangan Mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks

    makmal. [1 jam]

    3. Peserta hendaklah menyiapkan rancangan mengajar tersebut dalam tempoh masa

    yang diberikan.

    4. Hasil perbincangan secara berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan

    dibentangkan pada 20 Disember 2006.

    AKTIVITI 6

    Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasianperisian kursus di dalam kelas/makmal

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    25/37

    24

    Pengenalan

    Bagi aktiviti terakhir ini, peserta dikehendaki menyiapkan dan membentangkan rancangan

    mengajar yang telah mereka lakukan semasa dalam Aktiviti 6. Pembentangan ini akandijalankan dalam dua sesi, iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Untuk rekod, pembentangan ini akan

    dinilai, dengan menggunakan kaedah Penilaian Rakan Sebaya mengikut kumpulan.

    Akhir sekali, aktiviti reeksi dan perbincangan akan menyusul untuk mendapatkan

    respon daripada peserta tentang hasil bengkel yang telah dijalankan.

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

    1. demonstrasi rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus berdasarkan hasil

    kerja kumpulan-kumpulan; dan

    2. menghasilkan reeksi terhadap bengkel yang telah dijalankan dari kekuatan dan

    kelemahan jika ada.

    Arahan Kepada Peserta

    1. Persiapan Rancangan Mengajar dan persediaan pembentangan. [1 jam]

    2. Peserta dikehendaki melakukan pembentangan Rancangan Mengajar dengan rasional

    Sesi 1 dan Sesi 2 (Penilaian Rakan Sebaya mengikut kumpulan). [2 jam 15 minit]

    3. Peserta dikehendaki memberi reeksi dan perbincangan terhadap bengkel. Mereka

    juga digalakkan memberi respon tehadap bengkel ini secara keseluruhan. [30 minit]

    AKTIVITI 7

    Perbincangan dan penyiapan rancangan

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    26/37

    25

    Perkara Refeksi

    Prinsip, teori danmodel pengajaran

    Kaedah membinarancangan pelajaran

    Pengetahuan baruyang diperoleh

    Pembinaan sintesis(pengalaman lamadisatukan denganpengetahuan baru)

    Pengajaran fasilitator

    Hal-hal lain

    Borang Refeksi

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    27/37

    26

    Lampiran 1

    RANCANGAN MENGAJAR 1

    Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah

    Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

    Tahun : 2

    Bilangan Pelajar : 35

    Tarikh : 19 Disember 2006

    Masa : 8.30 pagi 9.30 pagi

    Tajuk Pelajaran : Pekerjaan

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:

    1. menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup;

    2. membina perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup;

    3. mengeja dan membunyikan suku kata dengan intonasi dan sebutan yang betul;

    4. membina ayat tunggal dan majmuk; dan

    5. menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

    Kandungan

    1. Suku kata terbuka dan tertutup.

    2. Ayat tunggal dan ayat majmuk.

    Pengetahuan Lepas Pelajar

    1. Murid-murid mengetahui cara-cara untuk memainkan cakera padat perisian kursus di dalamkomputer.

    2. Murid-murid boleh menggunakan mousedan menaip dengan baik.

    Nilai Murni

    1. Menghargai keluarga.

    Bahan/Sumber

    1. Cakera padat perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. Projektor.3. Komputer.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    28/37

    27

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Set Induksi( 5 minit)

    1. Beritahu semua muridbahawa mereka akanbelajar satu tajuk baru,iaitu Pekerjaan denganmenggunakan perisiankomputer.

    2. Sebelum memulakan

    pengajaran, gurumenanyakan kepadamurid-murid tentangmaksud pekerjaan.

    3. Kemudian, guru menanyabeberapa murid tentangpekerjaan ahli keluargamereka.

    1. Memberiperhatianterhadap apayang dicakapkanoleh guru.

    2. Menjawab apayang ditanya

    oleh guru.

    1. Meningkatkanmotivasipelajar, keranamereka pastiteruja untukmenggunakankomputer.

    2. Menaikkanminat murid-murid untukmengambilbahagian dalamaktiviti yangakan dijalankan.

    Peringkat 1( 15 minit)

    1. Arahkan semua pelajarmengalihkan kerusi merekamendekati skrin projektordan memberi perhatian

    kepada pembentanganoleh guru.

    2. Terangkan caramenggunakan perisiankursus bertajuk Pekerjaandengan betul, dari segibahagian mana yangsepatutnya dilihat dahulu,cara-cara mengenalpastiikon yang boleh hiperlinkke slaid yang sepatutnya,dan apakah yangsepatutnya murid baca

    terlebih dahulu.

    1. Beri perhatiankepada skrinprojektordan dengar

    penjelasan yangdiberikan olehguru.

    2. Membaca teksseperti yangdisuruh olehguru.

    1. Komputer

    2. Cakera PadatPerisiandaripadaKementerianPendidikanbertajukPekerjaan

    3. Projektor

    1. Menerangkantentang carapenggunaanperisian tersebut

    dengan betul.

    Nelayan

    Doktor

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    29/37

    28

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    3. Buka slaid yangmengandungi teks tentangbeberapa jenis pekerjaan,seperti penoreh getah,nelayan, dan doktor.

    4. Biarkan teks itu dibacakankepada pelajar.

    5. Kemudian, suruh beberapaorang pelajar membacateks yang tertera di atasskrin projektor secara lisankepada kelas.

    Peringkat 2( 20 minit)

    1. Seterusnya, guru menyuruhpelajar balik ke tempatmereka.

    2. Arahkan murid supayamembaca teks tentangpekerjaan doktor yangditayangkan (guru akanmenayangkan teks tentangpekerjaan doktor di atasskrin projektor).

    3. Kemudian, arahkanmereka supaya menjawabbeberapa soalan yang telahdisediakan (Lampiran A),berkenaan dengan tajukyang telah diajarkan.

    4. Pada ketika ini, guruberfungsi sebagai fasilitator.Sebaik-baiknya, janganmemberi jawapan teruskepada murid, sebaliknya,bantu mereka memperolehijawapan.

    5. Beritahu murid bahawasesiapa yang pantasmenyelesaikan semuasoalan dengan betul akandiberikan ganjaran.

    1. Balik ke tempatsendiri.

    2. Baca teks sepertiyang diarahkanoleh guru.

    3. Jawab soalanseperti yangdiarahkan olehguru.

    4. Tanya kepadaguru sekiranya

    menghadapimasalah semasamenjawabsoalan.

    1. Komputer

    2. Cakera PadatPerisiandaripadaKementerianPendidikanbertajukPekerjaan

    1. Membiarkanpelajar belajarsecara berdikari.

    2. Memastikanmereka fahamtentang beberapajenis pekerjaanyang diterangkandi dalamperisian.

    3. Membantumurid sekiranyamerekamengalamikesukaran.

    4. Memotivasikanpelajar supayamerekamelakukankerja denganbersungguh-sungguh.

    Penoreh Getah

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    30/37

    29

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Penutup( 5 minit)

    1. Guru menyimpulkanpelajaran hari itu denganmemberitahu murid-murid bahawa pekerjaanadalah penting untukkehidupan, dimanaseseorang akan dapat

    menampung kehidupannyadan keluarganya denganbekerja. Oleh itu, muridhendaklah sentiasamenghargai ibubapamereka yang bekerjakerana keduanyalah yangmenampung kehidupandan kebajikan mereka.

    1. Mendengardengan telitinasihat yangdiberikan olehguru.

    1. Menerapkannilai murni kedalam pelajar,iaitu sentiasamenghargaiibubapamereka yang

    telah menjagamereka.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    31/37

    30

    LAMPIRAN A

    Bulatkan jawapan yang betul.

    1. Siapakah ayah Zulkii?

    A. Doktor Kamal

    B. Doktor Zulkii

    C. Doktor Jamal

    D. Doktor Kamil

    2. Di manakah Doktor Kamal bertugas?

    A. Hospital Besar Johor Bahru

    B. Hospital Besar Pulau Pinang

    C. Hospital Besar Kuala Lumpur

    D. Hospital Besar Seremban

    3. Pada pendapat kamu, mengapakah Doktor

    Kamal sentiasa tersenyum apabila merawat

    pesakit?

    A. Suka hati

    B. Menyenangkan hati pesakit

    C. Memang suka tersenyum

    D. Terpaksa senyum

    4. Berapa lamakah Doktor Kamal sudah bertugas

    di Hospital Besar Kuala Lumpur?

    A. 8 tahun

    B. 18 tahun

    C. 28 tahun

    D. 38 tahun

    5. Ke manakah Doktor Kamal akan ditukarkan?

    A. Hospital Besar Kuala Lumpur

    B. Hospital Besar Johor bahru

    C. Hospital Besar Seremban

    D. Hospital Besar Pulau Pinang

    6. Bilakah masa Doktor Kamal bertugas?

    A. Malam

    B. Siang

    C. Pagi

    D. Petang

    7. Bilakah Doktor Kamal akan berpindah

    ke Pulau Pinang?

    A. Awal tahun

    B. Akhir tahun

    C. Pertengahan tahun

    D. Bila-bila masa

    8. Di bahagian manakah Doktor Kamal

    bertugas?

    A. Bahagian Pesakit Luar

    B. Bahagian Kecemasan

    C. Bahagian Kanak-Kanak

    D. Bahagian Sakit Puan

    9. Doktor Kamal seorang yang

    A. Baik

    B. Pemarah

    C. Sombong

    D. Kedekut

    10. Bercadang ertinya ialahA. Bersetuju

    B. Gembira

    C. Enggan

    D. Berhajat

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    32/37

    31

    Lampiran 2

    RANCANGAN MENGAJAR 2

    Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal

    Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

    Tahun : 3

    Bilangan Pelajar : 30Tarikh : 19 Disember 2006

    Masa : 11.00 pagi 12 tengahari

    Tajuk Pelajaran : Unit 13: Budaya Berbilang Warisan Bersama

    Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan

    Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:

    1. mempelajari cara untuk merangka penulisan;

    2. meningkatkan keupayaan murid untuk menulis menggunakan teknologi maklumat;

    3. menentukan kualiti penulisan dengan menitikberatkan tujuan menulis dan jenis pembaca;

    4. merangka, mengedit dan merangka semula penulisan menggunakan program Microsoft Word; dan

    5. meningkatkan penulisan dengan penambahan grak dan imej.

    Kandungan

    1. Format untuk penulisan berbentuk fakta.

    2. Teknik penulisan menggunakan Microsoft Word.

    Pengetahuan Lepas Pelajar

    1. Murid telah mempunyai pengalaman merangka dan merangka semula penulisan mereka meng-

    gunakan format kertas dan pensil.

    Nilai Murni

    1. Bersyukur dan menghargai kemudahan yang terdapat di sekolah dan menggunakannya denganberhati-hati.

    Bahan/Sumber

    1. Perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Buku Teks), Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Program komputer Microsoft Word.

    3. Komputer.

    4. Projektor.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    33/37

    32

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Set Induksi( 5 minit)

    1. Guru memulakanpembelajaran denganmelibatkan muriddalam perbincangankelas. Topikperbincangan adalahtentang budaya-budaya

    yang dapat dilihat dikalangan masyarakatMalaysia pada masakini.

    1. Murid hendaklahmelibatkan diri merekadi dalam perbincanganyang diketengahkanoleh guru, iaitu tentangbudaya masyarakatMalaysia kini.

    1. Untuk menarikminat muridke dalamperbincangan.

    Peringkat 1( 20 minit)

    1. Berdasarkanperbincangan yangdijalankan, gurumenyuruh murid-muridmembincangkan carauntuk menstruktur ideadan pandangan mereka.

    2. Guru menulis setiap

    idea atau pandanganyang bernas daripadamurid di atas papanputih, dalam bentukcarta pemetaan grak.

    3. Kemudian, gurumembuka cakerapadat perisian kursuspengajaran BahasaMelayu Tingkatan 3(Buku Teks), DewanBahasa dan Pustakadan terus ke Unit 13,

    iaitu Budaya BerbilangWarisan Bersama.

    4. Dengan menggunakanprojektor, gurumemainkan CD perisianBahasa Melayu tersebut(E-Praktis 1 dan 2) danmemastikan semuamurid memberikanperhatian terhadappembentanganbeberapa budayamasyarakat Malaysia.

    1. Murid-muridmembincangkan carauntuk menstrukturpandangan dan ideamereka.

    2. Murid disarankansupaya memberikanpendapat mereka

    tentang isu budayamasyarakat Malaysiayang mereka ketahui.

    3. Pelajar memberiperhatian kepada guru.

    1. Papan putih

    2. Marker pen

    3. Cakera padatPerisiankursuspengajaranBahasaMelayuTingkatan 3(Unit 13:BudayaBerbilangWarisanBersama),DewanBahasa danPustaka

    4. Komputer

    5. Projektor

    1. Mengajarmuridcara untukmenyusunisi dan ideasebelummemulakanpenulisan.

    2. Memberi ideakepada muridmelalui CDsoftware bukuteks supayamereka dapatmemikirkanbeberapa lagibudaya yangterdapat diMalaysia.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    34/37

    33

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Peringkat 2( 15 minit)

    1. Guru memberikantugasan kepada murid-murid, iaitu menyuruhmereka memulakanrangka kepadapenulisan merekayang seharusnyaberkisar kepada budaya

    masyarakat Malaysia.2. Sebagai permulaan,

    guru menayangkancara-cara menyusunisi dan menuliskarangan dengan baikmenggunakan E-Praktis3 dari perisian di atasskrin projektor.

    1. Murid memulakanpenulisan rangkamereka tentangbudaya-budayayang terdapat dimasyarakat Malaysiadengan menggunakankomputer yang

    telah disediakansecara individu, danmereka diberi pilihansama ada hendakmenggunakan ideayang telah ditulis olehguru di atas papanputih atau tidak.Mereka juga bolehmenambahkan ideamereka sendiri.

    1. Komputer2. Papan putih3. Program

    komputerMicrosoftWord

    1. Mendidikmurid supayasentiasamerangkadahulupenulisanmerekasebelum

    menghasilkanproduk akhir.

    E-Praktis 1

    E-Praktis 1

    E-Praktis 2

    E-Praktis 3

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    35/37

    34

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Peringkat 2( 15 minit)

    3. Guru memberi pilihankepada merekasama ada hendakmenggunakan ideayang telah dicatatkanoleh guru di atas papanputih atau tidak.

    4. Mereka juga diberipilihan sama adahendak terus menaip didalam Microsoft Wordatau merangka di ataskertas terlebih dahulu.

    5. Guru hendaklahmembantu pelajardengan bertindaksebagai fasilitator,dan bergerak kesekeliling kelas untukmengenalpasti muridyang menghadapikesukaran dalammelaksanakan tugasanyang diberikan.

    2. Murid memilihsama ada hendakterus menaip rangkapenulisan merekadi dalam komputer(Microsoft Word) ataumerangka di atas

    kertas terlebih dahulu.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    36/37

    35

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Peringkat 3( 10 minit)

    1. Pada peringkat ini,guru menyuruh muridmengedit rangka ataukerja penulisan merekayang pertama, denganmembetulkan ejaan,tatabahasa, penanda

    wacana, penggunaanperkataan yang sesuai,dan sebagainya. Merekadibenarkan untukmerujuk kepada kamus,sama ada daripadadalam kelas ataupunonline.

    2. Selepas itu, gurumenugaskan muridsupaya merangka kerjapenulisan merekadengan memformatsemula jenis, stail dan

    saiz perkataan yangmereka gunakan,memilih bentukmukasurat yang sesuai(landskap atau potret)dan memasukkan clipart dan imej-imej untukhasil penulisan mereka.

    1. Murid kemudiannyamengedit rangka ataukerja penulisan merekayang pertama, denganmembetulkan ejaan,tatabahasa, penandawacana, penggunaan

    perkataan yang sesuai,dan sebagainya. Muriddibenarkan untukmenggunakan kamusdan tesaurus yangboleh didapati dalambentuk buku yangdisediakan di dalamkelas ataupun secaraonline dengan merujukkepada kamus dariInternet.

    2. Murid merangka kerjapenulisan mereka

    dengan memformatsemula jenis, stail dansaiz perkataan yangmereka gunakan,memilih bentukmukasurat yang sesuai(landskap atau potret)dan memasukkan clipart dan imej-imejuntuk hasil penulisanmereka.

    1. Komputer 1. Mendidikmurid supayamenghasilkankerja yangbermutu tinggidan berkualiti,tanpa

    kesalahanejaan.

  • 7/25/2019 ICTBM.pdf

    37/37

    36

    PeringkatPembelajaran

    Aktiviti Guru Aktiviti PelajarAlat Bantuan

    MengajarRasional

    Penutup( 10 minit)

    1. Sebelum mengakhirikelas, guru menyatakankepada murid bahawamereka boleh membuatbeberapa perkaraterhadap penulisanmereka, seperti

    menambahkan gambar-gambar yang diperolehidaripada Internetke dalam penulisanmereka; menukarsusunan ayat dalampenulisan mereka(menggunakan opsyencut and paste) danmemberikan cerita ataupenulisan yang telahditukar susunannyakepada rakan merekauntuk disusun semula;

    dan mencetak hasilpenulisan mereka danmenjilidnya (binding)sebagai buku untukdibaca oleh rakansekelas.

    2. Guru menyimpulkanbahawa terdapatperkara yang bolehdilakukan dengankomputer. Oleh itu,murid hendaklahbersyukur dan

    menghargai kemudahanyang terdapat di sekolahdan menggunakannyadengan berhati-hati.

    1. Murid mendengar danmemberi perhatianterhadap cadanganyang diberikan olehguru.

    1. Untukmemberisemangat danmencetuskanminda murid-murid.

    2. Untuk

    memupuknilai murni didalam murid-murid, iaitubersyukur danmenghargaikemudahanyang terdapatdi sekolah

    JAWAPAN UNTUK SOALAN (LAMPIRAN A)