ict sejarah jurnal.pdf

12
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 214 MENILAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH PENDIDIKAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG MOHAMAD FADZIL CHE AMAT (Ph.D) ABDUL JALEEL ABDUL HAKEEM (M.A) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ABSTRACT This study aims to evaluate the effectiveness of a Post Graduate Diploma in Primary Teaching (DPLI-SR) program for history education in the Penang Teacher Education Campus (IPG KPP). The evaluation was based on the CIPP model by Stufflebeam (1967). The sample consists of 23 teacher trainees DPLI Nov 2011 intake. The evaluation proforma evaluate such as DPLI-SR history, support programs such as PLBD, expertise of lecturers and students interested teachers. While the assessment process focuses on aspects of implementation-SR DPLI course, the implementation of School Based Experience (PBS) and practicum. View product evaluation to student performance in teacher practicum evaluation, the final student and teacher reflection on DPLI-SR program. The study found that 87 percent of teachers agreed that proforma for prospective teachers of history was appropriate. 65.2 percent agreed DPLI programs increase self-confidence to teach history. While 61 percent of students believe teachers can input their courses in applied in classroom. The findings also indicate the course Introduction to the History achieved 100 percent grade A while for Traditional Malaysian History courses achieved grade A 95.6 percent compared with 4.4 percent achieved grade B. Applications for the course of Pedagogy in Teaching History by 61.8 per cent obtained grade A compared with 38.2 percent got a grade B. by 30.4 percent in grade A and grade B 69.6 percent get to the course History of Modern Malaysia. The study also showed that 100 percent of students obtained a grade of A in the practicum. Score results show overall that the teacher trainee mastered all the courses offered and can be applied in teaching and learning history in the class room. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI- SR) dalam menyediakan guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP). Penilaian berpandukan kepada model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar guru DPLI-SR Ambilan Nov 2011. Penilaian input melihat dari aspek proforma DPLI-SR sejarah, program sokongan seperti PLBD, kepakaran pensyarah dan minat pelajar guru. Penilaian proses berfokus kepada aspek pelaksanaan kursus DPLI-SR, pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum. Penilaian produk melihat kepada prestasi pelajar guru dalam penilaian praktikum, markah peperiksaan akhir dan refleksi pelajar guru terhadap program DPLI-SR. Kajian mendapati 87 peratus pelajar guru bersetuju bahawa input daripada proforma sesuai untuk bakal guru sejarah. Sebanyak 65.2 peratus pelajar guru mengakui program DPLI meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar sejarah. Manakala 61 peratus pelajar guru yakin input semasa berkursus dapat diaplikasikan dalam P&P. Dapatan

Upload: alamelu-rathanam

Post on 14-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

214  

MENILAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH PENDIDIKAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

MOHAMAD FADZIL CHE AMAT (Ph.D) ABDUL JALEEL ABDUL HAKEEM (M.A)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ABSTRACT

This study aims to evaluate the effectiveness of a Post Graduate Diploma in Primary Teaching (DPLI-SR) program for history education in the Penang Teacher Education Campus (IPG KPP). The evaluation was based on the CIPP model by Stufflebeam (1967). The sample consists of 23 teacher trainees DPLI Nov 2011 intake. The evaluation proforma evaluate such as DPLI-SR history, support programs such as PLBD, expertise of lecturers and students interested teachers. While the assessment process focuses on aspects of implementation-SR DPLI course, the implementation of School Based Experience (PBS) and practicum. View product evaluation to student performance in teacher practicum evaluation, the final student and teacher reflection on DPLI-SR program. The study found that 87 percent of teachers agreed that proforma for prospective teachers of history was appropriate. 65.2 percent agreed DPLI programs increase self-confidence to teach history. While 61 percent of students believe teachers can input their courses in applied in classroom. The findings also indicate the course Introduction to the History achieved 100 percent grade A while for Traditional Malaysian History courses achieved grade A 95.6 percent compared with 4.4 percent achieved grade B. Applications for the course of Pedagogy in Teaching History by 61.8 per cent obtained grade A compared with 38.2 percent got a grade B. by 30.4 percent in grade A and grade B 69.6 percent get to the course History of Modern Malaysia. The study also showed that 100 percent of students obtained a grade of A in the practicum. Score results show overall that the teacher trainee mastered all the courses offered and can be applied in teaching and learning history in the class room.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI- SR) dalam menyediakan guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP). Penilaian berpandukan kepada model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar guru DPLI-SR Ambilan Nov 2011. Penilaian input melihat dari aspek proforma DPLI-SR sejarah, program sokongan seperti PLBD, kepakaran pensyarah dan minat pelajar guru. Penilaian proses berfokus kepada aspek pelaksanaan kursus DPLI-SR, pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum. Penilaian produk melihat kepada prestasi pelajar guru dalam penilaian praktikum, markah peperiksaan akhir dan refleksi pelajar guru terhadap program DPLI-SR. Kajian mendapati 87 peratus pelajar guru bersetuju bahawa input daripada proforma sesuai untuk bakal guru sejarah. Sebanyak 65.2 peratus pelajar guru mengakui program DPLI meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar sejarah. Manakala 61 peratus pelajar guru yakin input semasa berkursus dapat diaplikasikan dalam P&P. Dapatan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

215  

kajian juga menunjukkan 100 peratus pelajar yang mengambil kursus Pengantar Sejarah memperolehi gred A manakala untuk kursus Sejarah Malaysia Tradisional, 95.6 peratus pelajar memperolehi gred A dan 4.4 peratus memperolehi gred B. Bagi kursus Aplikasi Pedagogi Dalam Pengajaran Sejarah sebanyak 61.8 peratus pelajar memperolehi gred A berbanding 38.2 peratus mendapat gred B. Sebanyak 30.4 peratus pelajar mendapat gred A manakala 69.6 peratus mendapat gred B untuk kursus Sejarah Malaysia Moden. Dapatan kajian juga menunujukkan 100 peratus pelajar memperolehi gred A dalam praktikum. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan semua pelajar guru dapat menguasai semua kursus yang ditawarkan serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah semasa penilaian praktikum dijalankan.

PENGENALAN

Transformasi pendidikan rendah dan menengah melalui PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) membuktikan kerajaan peka dan prihatin dengan perkembangan sistem pendidikan yang disediakan untuk rakyat. Sistem pendidikan yang berkesan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara yang merancang untuk mencapai Negara maju. Menurut pandangan Plato, pendidikan merupakan suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) berhasrat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik dan kokurikulum, malah untuk membentuk warga negara yang patriotik, berdaya kental dan mampu menghadapi cabaran bersaing pada peringkat global. Bagi memastikan rakyat Negara ini mampu berhadapan dengan cabaran persaingan global maka kerajaan merangka dasar kurikulum sejarah sebagai satu subjek wajib kepada semua peringkat pendidikan. Sejarah sebagai suatu subjek amat penting kerana kesedaran, pemahaman dan penghayatan sejarah negara mampu memupuk semangat patriotisme dan jati diri serta membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Subjek sejarah mampu membentuk pemikiran pelajar menjadi kritis melalui kemahiran analisis rentetan sebab dan akibat sesuatu peristiwa, menyemai pemikiran sejarah melalui kajian berasaskan data, penelitian, pemilihan, kritikan dan pentafsiran semula peristiwa sejarah serta membolehkan pelajar membuat kesimpulan untuk kebenaran. Kajian semula kurikulum sejarah telah mengambil kira faktor-faktor yang boleh membentuk keperibadian pelajar yang seimbang. Justeru, kerajaan akan mewajibkan pelajar mengambil dan lulus subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek lulus mulai tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memartabatkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam sistem pendidikan negara ini. Mata pelajaran Sejarah juga bermatlamat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Dasar ini juga berhasrat untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa mata pelajaran Sejarah tidak mempunyai nilai komersial atau sekadar mata pelajaran tambahan.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

216  

PERNYATAAN MASALAH

Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun mengumumkan dasar terbaharu pendidikan negara, iaitu kelulusan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Keputusan kerajaan mewajibkan semua pelajar lulus subjek Sejarah pada peperiksaan SPM mulai 2013 menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak (Berita Harian, 8 Jan 2011). Hasrat kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus adalah untuk memastikan subjek itu sebagai elemen asas pembinaan negara bangsa di samping memupuk kecintaan dan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar dan rakyat negara ini (Ibrahim, 2006; Khoo Kay Kim, 2010; Siti Zainun, 1990). Tempoh dua tahun mendatang ini merupakan era transisi kepada pelbagai pihak termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana bertanggungjawab untuk menyediakan guru-guru sejarah sekolah rendah selaras dengan sistem penilaian baharu itu. Namun mampukah subjek sejarah ini mencapai aspirasi negara dan bolehkah matlamat kerajaan tercapai melalui subjek tersebut sedangkan terdapat banyak isu yang berlingkaran pada subjek sejarah ini. Laporan Nazir Sekolah mendapati subjek sejarah kurang diminati oleh pelajar kerana beranggapan subjek ini sangat membosankan dan terlalu sukar untuk difahami. Laporan mutu jawapan pelajar yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam SPM antara tahun 2008 dan 2009 merumuskan punca kelemahan dalam menjawab soalan sejarah kerana kelemahan pelajar dalam penguasaan fakta dan kefahaman konsep, pengolahan isi dan jawapan ringkas dengan isi yang ringkas di samping kurang kemahiran berbincang dan berfikir (Bahari Md Shah, 2011). Menurut Brown (1980), menguasai kurikulum sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya. Keberkesanan penyampaian subjek ini bergantung kepada kreativiti guru yang menyampaikannya khususnya dengan melibatkan pelajar dalam kemahiran menilai, merumus, mentaksir dan menghurai dalam aktiviti P&P (Bahari Md Shah, 2011). Strategi P&P melibatkan pelajar melalui “experiential learning”/pengalaman/PLBD serta aplikasi ICT perlu diperluaskan oleh guru. Justeru kejayaan P&P sejarah bergantung kepada keupayaaan, sikap, minat, kebolehan, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru. Guru harus memantapkan diri dengan ilmu dan disiplin sejarah yang diperolehi sama ada di Insitusi pengajian tinggi atau IPG bagi memastikan subjek sejarah dapat disampaikan secara berkesan. Justeru, adalah penting untuk IPG melakukan transformasi pada proses dan sistem P&P, input dan konteks agar dapat menghasilkan produk (pelajar guru) yang berkualiti seperti yang diharapkan supaya meningkatkan perasaaan tidak puas hati dan keyakinan mana-mana pihak apabila subjek Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

KAJIAN LITERATUR

Pendidik atau guru mestilah seorang yang berilmu dan kompeten, mendalam pengetahuan pedagogi dan psikologi serta berkeyakinan untuk mengamalkannya. Guru yang ingin dilahirkan mesti bercirikan multidisciplinary with specialism. Rozinah et.al (2006) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih seronok, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar jika guru berwibawa dan berketrampilan. Charles (2009) menjelaskan kewibawaan yang efektif jika guru berpengetahuan dan berkeahlian dalam bidangnya dan dilaksanakan dalam suasana kasih sayang dan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

217  

saling hormat-menghormati. Di IPG, Praktikum merupakan komponen utama dalam struktur latihan perguruan yang memfokus kepada amalan ilmu yang diterima oleh pelajar semasa kuliah menggunakan struktur kursus yang telah ditetapkan. Kajian oleh Noor Azlan dan Lim Wee Mei (2011), mendapati bimbingan pensyarah pembimbing semasa praktikum berjaya meningkatkan strategi dan kemahiran mengajar dalam kalangan pelajar PISMP. Komponen sikap dan sahsiah pelajar semasa praktikum dipengaruhi oleh persekitaran sekolah semasa praktikum selain dipengaruhi oleh pensyarah pembimbing. Kajian Norizah (2007) menyimpulkan bahawa praktikum ialah platform pelajar mengaplikasikan teori dan amali ketika mengurus P&P. Tempoh praktikum juga mempengaruhi kemahiran pengurusan P&P, kemahiran membuat refleksi serta membentuk sikap dan sahsiah pelajar.

Peranan subjek Sejarah penting untuk mengukuhkan unsur-unsur

kenegaraan dan pembinaan negara bangsa. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya menjadi lebih realistik dan mampu menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Semakan Kurikulum Sejarah pada tahun 2000 dibuat bertujuan untuk memberi penambahbaikan serta memantapkan tuntutan Akta Pendidikan 1996 bagi mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan warga negara yang mampu berdaya saing pada peringkat glokal dan global. Namun keberkesanan pengajaran mata pelajaran ini bergantung kepada perancangan dan kualiti guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, pengajaran dan pembelajaran sejarah harus mempunyai daya tarikan yang baik untuk menarik minat mata pelajaran Sejarah (Berita Harian, 5 Dis 2010). Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Corak pengajaran mata pelajaran Sejarah serta latar belakang guru yang tidak mempunyai kemahiran asas sejarah merupakan antara faktor hilang minat pelajar terhadap subjek ini serta kemerosotan pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan keberkesanan Program Diploma Lepas Ijazah (DPLI) Pendidikan Sekolah Rendah terhadap guru pelatih pengkhususan Sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP). Kajian ini juga dapat menguji tahap pengekalan pengetahuan dan konsep-konsep sejarah yang telah mereka kuasai sepanjang mereka menjalani kursus DPLI serta dapat diimplimentasi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian yang dijalankan berdasarkan model CIPP oleh Stufflebeam (1967) untuk melihat bagaimana program yang dirancang untuk DPLI dapat menepati keperluan dalam menyediakan Standard Pembelajaran yang telah ditentukan mengikut proforma Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) .

Komponen kajian penilaian ternyata banyak memberikan manafaat dan input

terutama untuk mendapatkan informasi serta data berkaitan kejayaan pelaksanaan sesuatu program seperti menguji kekuatan atau kekurangan program tersebut sebelum keputusan untuk ditamatkan, diteruskan atau dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik dilaksanakan. Pada masa kini proses penilaian merupakan salah satu disiplin ilmu dan sering digunakan sebagai indikator untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan dalam sesebuah institusi. Menilai keberkesanan program pembelajaran dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana program

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

218  

tersebut mencapai matlamat keberhasilan utama. Kajian penilaian program ini dijalankan berdasarkan model teori penilaian CIPP (Context,  Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam. Model Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) mula diperkenalkan di Ohio University untuk menilai ESEA (the Elementary and Secondry Education Act). CIPP ditakrifkan sebagai singkatan context evaluation bermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang bermaksud penilaian terhadap input, process  evaluation yang bermaksud penilaian terhadap proses, product  evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan. Tujuan utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan dalam sesuatu program. Menurut Stufflebeam (1967), “the  CIPP approach  is based on  the view  that  the most  important purpose of evaluation  in not  to prove but improve.” Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk memperbaiki. Model ini terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu program iaitu terdiri daripada konteks, input, proses dan produk. Menurut beliau, penilaian boleh dilakukan terhadap sesuatu program dengan menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah satu daripadanya. Penggunaan keempat-empat aspek atau salah satu daripada aspek tersebut bergantung kepada matlamat program tersebut. Empat komponen atau dimensi dalam model CIPP yang dibincangkan ialah termasuk context, input, process dan product.

1. Context Evaluation (Penilaian Konteks) Penilaian konteks sering dirujuk sebagai penilaian keperluan dan sering menjadi persoalan, “apa yang perlu dilakukan?” dan membantu menilai masalah, aset dan peluang-peluang dalam masyarakat yang ditetapkan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Menurut Stufflebeam (2007) matlamat penilaian konteks adalah untuk menentukan konteks yang releven, mengenal pasti populasi sasaran dan menilai keperluannya, mengenal pasti peluang-peluang untuk menangani keperluan, mendiagnosis masalah yang mendasari keperluan. Hamid Hasan (2009) menyatakan tujuan utama penilaian konteks adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh penilai. Dapatan daripada kekuatan dan kelemahan tersebut, penilai boleh membuat pertimbangan untuk penambahbaikkan dilakukan. Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin (2009) menjelaskan penilaian konteks adalah keupayaan untuk menggambarkan secara terperinci pengaruh keperluan dalam sesuatu program. Menurut Warr, Bird dan Rackham (1970) penilaian konteks (context) iaitu meninjau keadaan dan situasi organisasi, keperluan latihan dan objektif latihan yang dirancang dan dijalankan

2. Input Evaluation (Penilaian Input)

Proses kedua dalam model CIPP ialah penilaian input. Menurut Stufflebeam (2007) Penilaian input membantu menetapkan satu projek untuk dikenal pasti dan menangani keperluannya. Persoalannya ialah “bagaimana ia perlu dilakukan?” mengenal pasti reka bentuk prosedur dan strategi pendidikan yang paling sesuai serta mencapai hasil yang diharapkan. Oleh yang demikian pendekatan utama ialah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

219  

mengenal pasti dan menilai keupayaan semasa sistem yang berjalan serta mencadangkan strategi alternatif yang sesuai. Menurut pandangan Eko Putro Widoyoko (2009), penilaian input membantu mengatur keputusan, menentukan sumber-sumber yang ada, alternatif apa yang diambil, strategi untuk mencapai tujuan dan prosedur kerja untuk mencapai tujuannya. Manakala Warr, Bird dan Rackham (1970) pula menjelaskan penilaian input iaitu meninjau penggunaan sumber yang digunakan untuk program pelaksanaan sesuatu program latihan. 3. Process Evaluation (Penilaian Proses)

Penilaian proses merupakan pemantauan proses pelaksanaan program dan menyediakan senarai rujuk utama untuk pemantauan berterusan. Matlamat utama penilaian proses mendokumentasi maklumat proses dan menyediakan maklum balas mengenai a) sejauh mana aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan, b) sama ada pelarasan atau semakan dibuat terhadap pelan tindakan(Stufflebeam & Shinkfield, 2007).Worthen & Sanders (1981 : 137) dalam Eko Putro Widyoko menjelaskan penilaian proses menekankan kepada tiga tujuan : “1)  do  detect  or predict  in procedural desighn or  its  implementation during  implementation  stage, 2)  to provide  information  for  programmed  decision,  and  3)  to  maintain  a  record  of  the procedure  as  it  occurs”. Penilaian proses meliputi pengumpulan data yang telah ditentukan dan diterapkan dalam pelaksanaan program. Pada asasnya penilaian proses dilihat untuk mengetahui sejauh mana perubahan telah berlaku dan komponen mana perlu diberi penekanan. 4. Product Evaluation (Penilaian Produk)

Penilaian produk menegenal pasti dan menilai hasil program untuk menentukan sama ada ia Berjaya atau tidak. Tujuan penilaian produk untuk mengukur, mentafsir dan menilai hasil dapatan dengan jujur. Penilaian produk juga untuk melihat keperluan pengisian telah dipenuhi atau perlu penambahbaikan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Sax (1980) menjelaskan penilaian produk “to  allow  to  project director (or  teacher)  to make decision of program”. Penilaian produk dapat memberi maklumat kepada para pendidik atau pentadbiran untuk membuat keputusan keberkesanan program yang dilaksanakan. Farida Yusuf (2000) pula menerangkan penilaian produk untuk membantu membuat keputusan terhadap hasil yang telah dicapai maupun perancangan jangka panjang. Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan penilaian produk dapat melihat keberhasilan sesuatu program samada mencapai matlamat utamanya atau sebaliknya. Pada peringkat ini, penilai dapat memberi cadangan ataupun saranan untuk membuat penambahbaikan.

Stufflebeam (2007) menggariskan konteks, Input, Proses dan Produk (CIPP)

penilaian model adalah disyorkan sebagai rangka kerja secara sistematik membimbing konsep, reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian projek-projek perkhidmatan-pembelajaran dan memberi maklum balas serta maklum balas keberkesanan sesuatu program atau projek untuk penambahbaikan yang berterusan. Model yang dibangunkan sejak tahun 1960-an adalah bertujuan untuk menyediakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sekolah-sekolah di kawasan bandar di Amerika Syarikat. Model penilaian CIPP dikonfigurasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

220  

terutamanya untuk membimbing secara komprehensif, dan penilaian secara sistematik terhadap projek-projek sosial dan pendidikan yang berlaku dalam dalam dunia sebenar (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Sejak beberapa tahun, model itu telah membuat penambahbaikan (Alkin, 2004) dan digunakan dalam pelbagai disiplin (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Dalam proses menyediakan pembangunan pendidikan yang lebih baik, maka model penilaian CIPP telah digunakan untuk menilai pelbagai program pendidikan (Zhang, Griffith et.al. (2009); Zhang, Zeller, et.al. (2008). Felix (1979) menggunakan model CIPP untuk menilai dan memperbaiki sistem arahan di sekolah bagi wilayah Cincinnati. Manakala Ohio & Nicholson (1989) mencadangkan model penilaian CIPP untuk menilai proses membaca arahan di sekolah. Matthews dan Hudson (2001) menyediakan garis panduan bagi penilaian projek-projek latihan ibu bapa dalam rangka Model penilaian CIPP. Model CIPP juga telah digunakan oleh fakulti pembangunan untuk menyokong pengajaran dan penilaian profesionalisme pelajar-pelajar perubatan di Amerika Syarikat (Steinert, Cruess, Cruess, & Snell, 2005). Model CIPP juga digunakan untuk membina sistem petunjuk pendidikan kebangsaan Taiwan (Chien, Lee, & Cheng, 2007). Beberapa penyelidik tempatan juga telah menggunakan model CIPP untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Noorshafina Ibrahim (2009) dalam kajiannya bertajuk keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model CIPP. Seramai 127 pelajar daripada Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dipilih sebagai responden secara persampelan rawak mudah. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Dapatan kajian yang menggunakan SPSS versi 16 menunjukkan terdapat hubungan yang baik antara pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap dengan pencapaian latihan mengajar. Beliau juga telah mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha untuk memperbaiki terhadap keberkesanan latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model CIPP.

Sidek Said dan Ahmad Rahim (2010) telah menjalankan kajian untuk menilai

pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah dengan menggunakan model penilaian CIPP. Sampel kajian merangkumi 147 orang guru dan 1441 orang pelajar menengah rendah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi menilai dimensi input, proses dan produk. Dapatan kajian menunjukkan pandangan guru terhadap konstruk pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana manakala skor min pemantauan kurikulum pula berada di tahap rendah.

TUJUAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) yang mengikuti program latihan perguruan lepasan ijazah sebagai persediaan untuk melahirkan guru-guru pendidikan sejarah peringkat sekolah rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) mulai 2012. Pelajar-pelajar guru

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

221  

yang terlibat terdiri daripada guru-guru sandaran tidak terlatih yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah-sekolah sejak tahun 2008 dan diambil mengikuti program ini melalui program ambilan khas KPM. Fokus kajian adalah untuk menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

i. Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi input iaitu pengetahuan dan kemahiran pelajar guru DPLI-SR berdasarkan model CIPP.

ii. Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi proses iaitu pengalaman, kemahiran generik dan keyakinan pelajar guru DPLI-Sejarah berdasarkan model CIPP.

iii. Mengenal pasti sejauhmanakah sumbangan input dari aspek proforma kursus, program sokongan seperti PLBD, kepakaran pensyarah dan minat pelajar guru terhadap proses dari aspek pelaksanaan kursus, pemantauan dan pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan program DPLI-SR berdasarkan model CIPP.

iv. Mengenal pasti sejauhmanakah sumbangan proses dari aspek pelaksanaan kursus DPLI-SR, pengajaran dan pembelajaran, program sokongan, kepakaran pensyarah dan pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan model CIPP.

v. Mengenal pasti sejauhmanakah penilaian produk kepada prestasi pelajar guru berdasarkan kepada penilaian praktikum, markah peperiksaan akhir dan refleksi pelajar guru terhadap program DPLI-SR berdasarkan model CIPP.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) dalam menyediakan guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP). Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar merupakan penilaian yang sangat penting dalam proses membina program pendidikan perguruan. Praktikum/Latihan mengajar dilihat sebagai kemuncak kepada latihan perguruan dalam proses menyediakan pelajar guru untuk mempraktikkan ilmu yang telah diterima semasa di bilik-bilik kuliah dan mengintegrasikan ilmu atau melakukan rawatan yang tepat dalam dunia realiti bersama murid-murid (sampel) sebagai persediaan menjadikan dirinya pendidik yang bertauliah dan berkesan.

Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai penilaian untuk

menguji keberkesanan pelaksanaan program DPLI-Sejarah yang mula diperkenalkan secara 3 semester di Institiut Pendidikan Guru mulai ambilan 2012. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menilai kebolehan pelajar guru yang bukan pengkhususan sejarah dapat menguasai kemahiran dan pedagogi sejarah sebelum menjadi guru terlatih.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

222  

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada 23 pelajar guru DPLI-Sejarah yang dijalankan di IPG Kampus Pulau Pinang. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak boleh menggambarkan pengetahuan sejarah pada keseluruhan pelajar guru DPLI-SR Sejarah yang terdapat di 27 kampus IPG di seluruh Malaysia. Namun demikian, hasil kajian ini boleh memberi gambaran sejauh mana program DPLI 3 semester yang julung kali diperkenalkan untuk penambahbaikan dalam sistem latihan guru di IPG telah dilaksanakan seperti yang dirancang.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI- SR) untuk guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) selama 3 semester. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada model (CIPP) Stufflebeam (1967) untuk melihat bagaimana program yang dirancang untuk DPLI-SR menepati Standard Pembelajaran yang telah ditentukan mengikut proforma IPGM. Tujuan utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam membuat penilaian terhadap keberhasilan dalam sesuatu program. Pengkaji hanya memfokuskan kepada tiga komponen sahaja daripada empat mengikut model penilaian CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Komponen input dalam kajian ini terdiri daripada proforma kursus DPLI- Sejarah, kemudahan prasarana IPG dan kepakaran pensyarah dalam bidang berkaitan. Komponen proses pula terdiri daripada bahan kuliah dan tutorial, program Pengalaman Berasaskan Sekolah, program sokongan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) dan Praktikum selama 12 minggu. Manakala komponen produk merangkumi analisis keputusan peperiksaan akhir semester, penilaian praktikum dan refleksi pelajar guru.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

223  

Analisis Data

                      

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1: Analisis Peperiksaan Dan Praktikum Program DPLI Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Ambilan Dis. 2011 Bil Kursus Kod A+ A A- B+ B B- Jumlah1 Pengantar Sejarah SJN

2103 2

(8.7%) 18

(78.3%) 3

(13.0%) 0 0 0 23

(100%) 2 Sejarah Malaysia

Tradisional SJC 2103

2 (8.7%)

14 (60.8%)

6 (26.0%)

1 (4.4%)

0 0 23 (100%)

3 Aplikasi Pedagogi Dalam Pengjaran Sejarah

SJM 2203

0 3 (13.0%)

11 (47.8%)

5 (21.8%)

4 (17.4%)

0 23 (100%)

4 Sejarah Malaysia Moden SJC 2203

0 2 (8.7%)

5 (21.7%)

11 (47.8%)

4 (17.4%)

1 (4.4%)

23 (100%)

5 PRAKTIKUM (12 minggu)

EDA 2306

10 (43.5%)

11 (47.8%)

2 (8.7%)

0 0 0 23 (100%)

Sumber: Unit Peperiksaan IPG KPP (2013)

  Analisis pencapaian pelajar dalam kursus yang diikuti mendapati pelajar yang mengikuti kursus Pengantar Sejarah memperolehi 100 peratus gred A manakala kursus Sejarah Malaysia Tradisional, seramai 95.6 peratus pelajar memperolehi

INPUT 

I. Proforma Kursus 

a. Objektif Kursus 

b. Kandungan kursus 

c. Kaedah penyampaian 

 II. Kemudahan 

prasarana IPG 

III. Kepakaran Pensyarah 

 

         PRODUK 

I. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 

II. Penilaian Praktikum 

III. Refleksi Pelajar Guru 

 

 

PROSES 

I. Kuliah dan tutorial 

II. Program  PBS 

III. Program sokongan PLBD 

IV. Praktikum 12 minggu 

 

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

224  

gred A dan 4.4 peratus sahaja memperolehi gred B. Bagi kursus Aplikasi Pedagogi Dalam Pengajaran Sejarah sebanyak 61.8 peratus pelajar memperolehi gred A dan 38.2 peratus mendapat gred B. Sebanyak 30.4 peratus pelajar mendapat gred A manakala 69.6 peratus mendapat gred B untuk kursus Sejarah Malaysia Moden. Dapatan kajian juga menunujukkan 100 peratus pelajar memperolehi gred A dalam Praktikum (Latihan Mengajar).

Carta 1: Refleksi Pelajar Guru DPLI- SR IPG KPP Terhadap Program Sejarah Bil

Perkara skor Peratus

1 Menambah ilmu Pengetahuan Sejarah 8 34.8 2 Dapat diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran 14 61.0 3 Kursus yang ditawarkan sangat membantu sebagai pendidik sejarah 20 87.0 4 Kursus yang ditawarkan sangat membantu dalam praktikum 9 39.0 5 Menambah keyakinan diri sebagai bakal guru sejarah 15 65.2 6 Mendapat bimbingan yang baik daripada pensyarah 10

43.4

  Analisis melalui temu bual dan refleksi melibatkan semua pelajar mendapati 87 peratus pelajar guru bersetuju bahawa input daripada proforma sangat membantu untuk bakal guru sejarah. Sebanyak 65.2 peratus pelajar guru mengakui program DPLI-SR dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar sejarah. Manakala 61 peratus pelajar guru yakin input semasa berkursus dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebanyak 43.4 peratus pelajar DPLI-SR bersetuju bahawa mereka telah mendapat bimbingan yang baik semasa menjalani praktikum dan 34.8 peratus pula menyatakan kursus ini telah meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam disiplin sejarah.

KESIMPULAN

Kajian mendapati semua pelajar menguasai kursus-kursus (input) yang disediakan berdasarkan prestasi pada subjek mereka (produk). Ini bermakna input yang diberikan oleh pensyarah berdasarkan kursus-kursus yang ditetapkan telah memastikan pelajar menguasai kandungan kursus dengan berkesan. Pelajar juga yakin bahawa Praktikum/latihan mengajar mereka turut dipengaruhi oleh input pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa kuliah. Kajian juga mendapati pelajar berjaya menguasai kemahiran praktikum (prestasi produk) kerana terdapat penguasaan ilmu dan keyakinan diri untuk mengajar sejarah ekoran bimbingan yang baik yang diterima (input) oleh mereka semasa Praktikum dan berdasarkan keputusan (produk) Praktikum pelajar. Kajian ini sejajar dengan dapatan oleh Abdul Raof Dalip (1991), Noor Azlan dan Lim Wee Mei (2011) dan Norizah (2007). Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati kesemua konstruk yang diukur menunjukkan pelajar guru dapat menguasai semua kursus yang ditawarkan serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah semasa di bilik darjah dan ketika menjalani sesi praktikum selama 12 minggu. Kajian ini menggunakan model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk sahaja berdasarkan sumber kewangan, kekangan masa dan tenaga yang dihadapi oleh penyelidik. Oleh yang demikian adalah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

225  

diharapkan agar satu kajian yang lebih menyeluruh dengan menggunakan ke empat-empat konstruk iaitu konteks, input, proses dan produk serta mengambil kira semua IPGK yang menawarkan kursus DPLI-SR sejarah untuk melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan program ini.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah, falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributions sdn. Bhd

Eko Putro Widoyoko (2009). Evoluasi Program Pembelajaran : Panduan Praktis Bagi Pendidik dan calon Pendidik.Yogyakarta: Pustaka Pelajar Hamid Hasan (2009). Evaluasi Kurikulum, cetakan kedua. Bandung: Remaja Rosdakrya. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Sukatan Pelajaran Sejarah Menengah

Atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

____________________________ (1990). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Godwin, D. & Perkins, M. (1998). Teaching Language & Literacy in The Early Years.

London: David Fulton Publishers.

Knight, P. (1995). Teaching as exposure: the case of history in key stage 2. British Education Research Journal, 17: 2, 129-140.

Stufflebeam, D. L, (1967). The Use and Abuse of Evaluation in Title III. Theory Into Practice 6. 126 - 133

Stufflebeam, D. L, (1971). The Relevance of CIPP Evaluation Model for Educational Accountablity. Journal of Research and Development in Education 5(1): 19:25 Stufflebeam, D. L, & Shinkfield. A.J(1985). TSystematic Evaluation: a self- instructional guide to theory and practice. Boston: Nijhoff Publishing. Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin. (2009). Evaluasi Program Pendidikan: Pedoman Teoritis Praktis Bagi Mahasiswa dan Praktisi Pendidikan.Jakarta: Bumi Aksara Zaenal Arifin, (2009). Evaluasi Pembelajaran: Prinsip, Teknik dan Prosedur.

Bandung: Remaja Rosdakarya