ibu saya

1
Ibu Saya Ibu saya bernama __________________. Umurnya 40 tahun. Ibu saya adalah wanita yang cantik. Badannya tinggi lampai. Ibu saya berambut pendek dan bercermin mata. Ibu saya ialah seorang guru. Dia mengajar di sebuah sekolah menengah. Setiap hari, selepas bersarapan, ibu akan membawa saya dan adik ke sekolah. Lepas itu, ibu akan ke sekolahnya. Di sekolah, ibu saya ialah seorang guru kaunseling. Kegemaran ibu saya ialah menanam pokok bunga. Setiap petang, ibu akan meluangkan masa untuk menyiram pokok-pokok bunganya. Kadang-kadang, ibu mencabut rumput atau membubuh baja. Ibu saya sangat mengambil berat tentang pelajaran kami adik-beradik. Setiap malam, dia akan mengajar kami mengulang kaji pelajaran. Ibu saya suka menolong orang lain. Bila jiran-jiran saya menghadapi masalah, dia pasti akan menolong mereka. Saya berbangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya sayang akan ibu saya.

Upload: mike-lee

Post on 13-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu Saya

Ibu Saya

Ibu saya bernama __________________. Umurnya 40 tahun. Ibu

saya adalah wanita yang cantik. Badannya tinggi lampai. Ibu saya

berambut pendek dan bercermin mata.

Ibu saya ialah seorang guru. Dia mengajar di sebuah sekolah

menengah. Setiap hari, selepas bersarapan, ibu akan membawa

saya dan adik ke sekolah. Lepas itu, ibu akan ke sekolahnya. Di

sekolah, ibu saya ialah seorang guru kaunseling.

Kegemaran ibu saya ialah menanam pokok bunga. Setiap

petang, ibu akan meluangkan masa untuk menyiram pokok-pokok

bunganya. Kadang-kadang, ibu mencabut rumput atau

membubuh baja.

Ibu saya sangat mengambil berat tentang pelajaran kami

adik-beradik. Setiap malam, dia akan mengajar kami mengulang

kaji pelajaran.

Ibu saya suka menolong orang lain. Bila jiran-jiran saya

menghadapi masalah, dia pasti akan menolong mereka.

Saya berbangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik.

Saya sayang akan ibu saya.