Download - Ibu Saya

Transcript
Page 1: Ibu Saya

Ibu Saya

Ibu saya bernama __________________. Umurnya 40 tahun. Ibu

saya adalah wanita yang cantik. Badannya tinggi lampai. Ibu saya

berambut pendek dan bercermin mata.

Ibu saya ialah seorang guru. Dia mengajar di sebuah sekolah

menengah. Setiap hari, selepas bersarapan, ibu akan membawa

saya dan adik ke sekolah. Lepas itu, ibu akan ke sekolahnya. Di

sekolah, ibu saya ialah seorang guru kaunseling.

Kegemaran ibu saya ialah menanam pokok bunga. Setiap

petang, ibu akan meluangkan masa untuk menyiram pokok-pokok

bunganya. Kadang-kadang, ibu mencabut rumput atau

membubuh baja.

Ibu saya sangat mengambil berat tentang pelajaran kami

adik-beradik. Setiap malam, dia akan mengajar kami mengulang

kaji pelajaran.

Ibu saya suka menolong orang lain. Bila jiran-jiran saya

menghadapi masalah, dia pasti akan menolong mereka.

Saya berbangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik.

Saya sayang akan ibu saya.

Top Related