ibu mentua pilih kasih.docx

5
Ibu mentua pilih kasih Menantu dilayan seperti orang gaji OLEH MERAN ABU BAKAR 13 Mei 2015 3:21 PM PERANGAI ibu mentua ini bermacam-macam. Bertuah mereka yang mendapat ibu mentua yang baik dan melayan menantu seperti anak sendiri. Tidak kira menantu lelaki atau perempuan. Namun, meranalah menantu yang dibenci oleh ibu mentua. Serba- serbi tidak kena. Apa yang dilakukan semua tidak elok pada mata mentua. Lebih-lebih lagi jika tinggal serumah. Lebih nyata, kebencian ibu mentua kepada menantunya.

Upload: azlanamirazhim

Post on 09-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Ibu mentua pilih kasihMenantu dilayan seperti orang gajiOLEH MERAN ABU BAKAR13 Mei 2015 3:21 PM

PERANGAI ibu mentua ini bermacam-macam. Bertuah mereka yang mendapat ibu mentua yang baik dan melayan menantu seperti anak sendiri. Tidak kira menantu lelaki atau perempuan. Namun, meranalah menantu yang dibenci oleh ibu mentua. Serba-serbi tidak kena. Apa yang dilakukan semua tidak elok pada mata mentua.Lebih-lebih lagi jika tinggal serumah. Lebih nyata, kebencian ibu mentua kepada menantunya. Walaupun mengadu kepada suami, namun apa yang boleh dipujuk oleh suami ialah bersabarlah.Ini kisah yang diceritakan oleh Halijah (bukan nama sebenar) mengenai ibu mentuanya. Walaupun ibu mentuanya ini jika pada penglihatan orang lain tidak nampak seperti tidak menyukai Halijah, namun empunya badan sahaja yang merasai tekanan fizikal dan mental yang dihadapi.Halijah berasal dari Kedah dan datang daripada keluarga yang miskin. Ibu ayahnya mengerjakan sawah dan pendapatan yang diperoleh cukup-cukup untuk mereka sekeluarga.Dia berkenalan dengan seorang pemuda, Rahim (bukan nama sebenar) yang berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air. Ketika itu, Rahim yang bekerja sebagai tentera bertugas di sebuah kem di Kedah.Mereka kemudiannya berkahwin setelah dipersetujui oleh kedua-dua keluarga. Majlis perkahwinan mereka pun ringkas sahaja di Kedah mahupun di kampung Rahim.Setelah berkahwin, mereka tinggal di rumah ibu bapa Rahim. Oleh kerana Halijah orang kampung, dia pandai membawa diri dan membuat kerja-kerja rumah. Pukul empat pagi dia sudah bangun untuk memasak air, membasuh pakaian, mengemas rumah dan menyediakan sarapan.Beberapa bulan selepas berkahwin, ibu mentuanya mendapat tender berniaga di kantin sekolah. Ibu mentuanya tidak menggaji pekerja atau pembantu untuk menyediakan makanan yang hendak dijual di kantin sekolah tersebut. Segala kerja diserahkan kepada Halijah dan ini bermakna bertambahlah lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Halijah.Oleh kerana tidak mahu terlambat, setiap pagi saya bangun pukul tiga. Saya terus ke dapur memasak nasi lemak, sambal, merebus telur dan sebagainya. Sambil itu, saya membuat karipap dan tiga jenis kuih lain seperti cekodok, keria, cucur badak dan kuih talam.Saya seorang yang membuat semua itu. Adik-adik ipar perempuan saya yang sudah dewasa masih lagi tidur dan tidak dikejutkan oleh ibu mentua untuk menolong. Ibu mentua pun bangun setelah semuanya selesai.Penatnya tidak terkira. Setelah semuanya dimasukkan ke dalam bekas, saya mengikut pula ibu mentua ke sekolah. Di sana, saya sibuk pula menjual dan membuat kerja-kerja lain seperti membasuh pinggan-mangkuk, membersihkan kantin dan macam-macam lagi.Ibu mentua hanya memberi saya RM5 sehari. Memang tidak berbaloi tetapi saya diam sahaja. Tak apalah, lagi pun saya tinggal di rumahnya, makan minum ditanggungnya dan tidak perlu membayar apa-apa.Kadang-kadang sedih juga kerana saya dilayan seperti orang gaji. Saya diberi bilik kecil dan di situlah saya, suami dan anak-anak tidur. Jika keluarga ibu mentua makan, mereka tidak pernah mengajak saya dan anak-anak makan bersama. Biasanya kami akan makan setelah mereka selesai makan.Anak-anak saya pula sering menjadi mangsa dimarah dan ditengking oleh bapa mentua dan adik-adik ipar. Jika ada saudara-mara atau tetamu yang datang ke rumah, kami tidak boleh duduk bersama di depan. Tempat kami hanya di dapur.Walaupun demikian, saya reda kerana saya tidak mahu bising-bising dengan suami. Saya orang miskin dan jika berlaku perceraian, di mana saya hendak tinggal. Jadi semua perasaan saya pendamkan sahaja.Kini kedua-dua anak perempuan saya telah pun dewasa dan Alhamdulillah mereka berjaya. Seorang bekerja sebagai kakitangan awam dan seorang lagi sebagai pramugari, kata Halijah yang ditemui di sebuah hospital baru-baru ini.Akibat terlalu memendam rasa, penderitaan Halijah akhirnya memakan diri. Halijah disahkan menghip kanser.Memang sedih melihat keadaan Halijah. Sudah hampir empat bulan dia dirawat di hospital. Tubuhnya kurus kering dan dia nampak sangat tua daripada usia sebenarnya yang kini menjangkau 50 tahun.Menurut Halijah, dia kini menderita menghidap penyakit barah payu dara. Semua rawatan telah dilakukan seperti pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.Walaubagaimanapun tahap penyakitnya telah sampai ke peringkat akhir dan dia perlu menjalani rawatan di hospital. Walaupun dia tahu penyakitnya sukar disembuhkan namun dia tetap berusaha untuk menjalani rawatan selagi tubuhnya terdaya.Semasa di hospital, kedua-dua anaknyalah yang kerap melawatnya. Setiap hari anak sulungnya yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan akan singgah melawat selepas pulang dari pejabat. Dia akan membawakan makanan kegemaran ibunya itu. Manakala anaknya yang menjadi peramugari akan datang apabila dia bercuti.