ibn khaldun

3
IBN KHALDUN Nama Ibn Khaldun seperti yang ditulisnya sendiri ialah Abd. Al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hassan ibn Muhammad. Dalam bukunya Mukaddimah, Ibn Khaldun berusaha mencari peraturan bagaimana sesebuah masyarakat berperadaban mengalami perkembangan dan kemudiannya merosot. Menurutnya lagi terdapat lima tahap perkembangan sesebuah dinasti atau peradaban. Pada tahap pertama, sesebuah kerajaan atau dinasti dimulakan dengan kejayaan menumpaskan dinasti yang sebelumnya dan rajanya berjaya mengekalkan rasa kekitaan dan mempunyai perhubungan yang rapat antara semua pengikutnya. Tahap yang kedua, berlaku apabila raja mengenepikan rakyatnya dan menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam urusan pemerintahan. Pada tahap ini juga raja berusaha mengumpul dan memperbanyakka n pengikutnya. Kaum kerabatnya diutamakan. Bagaimanapun, di kalangan yang menentang baginda, mereka akan diketepikan. Tahap yang ketiga, adalah tahap bersenang lenang yang

Upload: mshah5737

Post on 21-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ibn Khaldun

TRANSCRIPT

Page 1: Ibn Khaldun

IBN KHALDUN

Nama Ibn Khaldun seperti yang ditulisnya sendiri ialah Abd. Al-Rahman ibn

Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hassan ibn

Muhammad. Dalam bukunya Mukaddimah, Ibn Khaldun berusaha mencari

peraturan bagaimana sesebuah masyarakat berperadaban mengalami

perkembangan dan kemudiannya merosot. Menurutnya lagi terdapat lima

tahap perkembangan sesebuah dinasti atau peradaban.

Pada tahap pertama, sesebuah kerajaan atau dinasti dimulakan dengan

kejayaan menumpaskan dinasti yang sebelumnya dan rajanya berjaya

mengekalkan rasa kekitaan dan mempunyai perhubungan yang rapat

antara semua pengikutnya. Tahap yang kedua, berlaku apabila raja

mengenepikan rakyatnya dan menghalang mereka daripada mengambil

bahagian dalam urusan pemerintahan. Pada tahap ini juga raja berusaha

mengumpul dan memperbanyakkan pengikutnya. Kaum kerabatnya

diutamakan. Bagaimanapun, di kalangan yang menentang baginda,

mereka akan diketepikan.

Tahap yang ketiga, adalah tahap bersenang lenang yang ditandai dengan

golongan raja dan bangsawan melalui perlonggokan harta, kuasa, pangkat,

pembinaan monumen, dan pemberian hadiah kepada rakyatnya. Tahap

keempat ialah tahap kepuasan dan kedamaian. Raja bersyukur dan

berpuas hati dengan apa yang diusahakan oleh pemerintah terdahulu dan

menteladani apa yang mereka lakukan. Pada pendapat mereka, melanggar

adat bererti suatu malapetaka yang akan menimpa ke atas kerajaan

mereka.

Page 2: Ibn Khaldun

Tahap kelima ialah tahap pembaziran dan pemborosan, penyalahgunaan

kuasa dan pemerintah gemarkan keseronokan dan berfoya-foya. Pada

peringkat ini raja dan bangsawan membelanjakan khazanah negara

dengan sesuka hati. Mengambil pembantu yang berwatak jahat untuk

melakukan tugas-tugas penting dan berusaha merosakkan hubungan

orang-orang yang berpengaruh dan disenangi oleh rakyat dan pemimpin

yang terdahulu. Justeru timbul kebencian, penentangan dan konflik

dalaman yang membawa kepada pemberontakan di kalangan rakyat jelata

serta kemusnahan sesebuah kerajaan itu. Dinasti yang baru akan

mengambil alih kuasa yang akan membentuk satu kitaran dinasti atau

tamadun yang baru.

Asas kepada pembinaan tamadun manusia ialah asabiyah atau semangat

kesukuan. Apabila manusia tinggal menetap, mereka pula mengekalkan

keperluan asas serta pengeluaran mewah mengatasi keperluan asas.

Manakala ekonomi menjadi lemah dan porak poranda. Masyarakat akan

jatuh miskin dan rasuah berleluasa. Ekoran perkembangan dalam pelbagai

bidang seperti dalam bidang kesenian, kraf, sains dan teknologi, maka

lahirlah peradaban. Keadaan ini tidak berterusan. Akan sampai masanya

golongan elit pemimpin berpuas hati dan lalai dengan kemewahan.

Semangat asabiyah akan luntur, terhakis sedikit demi sedikit sehingga

membawa kepada keruntuhan sesebuah peradaban.