ibn khaldun
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayuibn khaldun: SURIATI BINTI IBRAHIMTRANSCRIPT
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TOKOH FALSAFAH ISLAM
NAMA : SURIATI BINTI IBRAHIM
NO.MATRIK : JEA 080144
NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN BIN
MUHAMAD
SEMESTER : 1
SESI : 2008/2009
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA
TOKOH FALSAFAH ISLAM
PENGENALAN KEPADA FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba.Dari sudut
etimologi atau asal usul perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Philos’ yang
bererti ‘Cinta’ dan ‘Sophia’ yang bermaksud ‘Kebijaksanaan’.Gabungan kata kedua-dua
falsafah ini dalam bahasa beerti ‘Cinta akan kebijaksanaan’ atau ‘Cinta akan hikmah
atau falasifah’.Namun,takrif ilmu falsafah seharusnya lebih mendalam serta terperinci
daripada pengertian yang begitu luas dan longgar ini.Secara umum falsafah boleh di
takrifkan sebagai mendalami sesuatu perkara sehingga ke akar umbi dengan melihat
sudut makna, hakikat di sebalik sesuatu yang dikaji dan bukan sekadar yang di luaran
sesuatu semata-mata.
Istilah ‘Philosophia’ digunakan pertama kali oleh Pythagoras dalam abad ke-7
S.M.Selain itu,Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani yang mula-mula memberikan
takrif falsafah dengan lebih terkhusus.Plato menegaskan ‘falsafah meneliti hakikat yang
mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik luarannya’.Falsafah juga boleh di
takrifkan sebagai suatu penyelidikan atau pengajiaan dan ilmu yang berasaskan renungan
dan penta’akulan untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandungan alam wujud atau alam
semesta yang dilihat secara keseluruhan sebagai kesatuan berdasarkan penelitian dan
pengkajiaan terhadap data dan fakta yang di ambil daripada semua aspek alam semesta.
(B.A.G FULLER A History of Philosophy 1995:1).Ilmu falsafah juga mengambil data
dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta dalam pelbagai bidang ilmu sains.
Manakala takrifan falsafah menurut Hasbullah Bakry (1964:5 6) menyatakan erti
falsafah daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa yang bererti mencari
kebenaran di sebalik sesuatu kejadian.Seterusnya daripada sudut pengertian praktis yang
bererti satu ilmu atau penyelidikan kajian secara mendalam dan daripada sudut
perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Falsafah melihat semua ilmu termasuk ilmu
bahasa, matematik, fizik, dan sebagainya adalah secara keseluruhannta syumul.Melihat
hakikat kewujudan sesuatu ilmu atau hakikat ilmu itu untuk semua. Tokoh Ibnu khaldun
juga turut membicarakan tentang falsafah.
IBN KHALDUN
PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad
bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan.Tokoh ini dilahirkan di Tunis pada tarikh 1
Ramadan pada tahun 732Hijrah. Keluarganya berasal daripada keturunan Arab
Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya beliau
berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,
pemerintah Tunis pada waktu itu.Beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam
seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan
mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani,
Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
SUMBANGAN
Sumbangan beliau dalam bentuk pemikiran dalam hal-hal yang berkaitan dengan
ilmu ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya,iaitu karya al-
Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karya beliau masih lagi relevan
dengan masalah ekonomi semasa.
Sumbangan pemikiran beliau yang seterusnya adalah tentang keadilan.Bagi Ibn
khaldun keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.
ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa
sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan
tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain juga
merupakan ketidakadilan yang sangat serius sehingga dapat di samakan dengan meminta
seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.
Ketidakadilan hanya akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan
keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab
tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.Ibn khaldun mengkelaskan
bahawa perampas harta orang lain yang secara tidak sah sehingga memberi kesan kepada
kehidupan isteri atau suami dan keluarga adalah sebagai perbuatan yang paling tidak adil.
Menurut Ibn khaldun lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga
yang paling murah pula adalah termasuk dalam kategori memiliki harta dengan cara yang
tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah
negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas
sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.
FALSAFAH DAN TEORI
Ibn khaldun adalah seorang tokoh ilmuan yang terkenal serta terkemuka di
zamannya dan di seluruh dunia.Beliau mempunyai pandangan, pendapat, teori dan
falsafah yang tersendiri dalam ekonomi islam.Beliau mengemukakan falsafah ekonomi
islam yang mengandungi konsep antara manusia dan ekonomi.
Berdasarkan analisis dan kajian yang mendalam falsafah Ibn Khaldun tentang
teori ekonomi dan manusia adalah menjurus kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam.
Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya
seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia
itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan
ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka allah bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan bahawa perlunya serta pentingnya
manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia diwajibkan mengikuti ajaran
Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan
kepada kehidupan akhirat.
Seterusnya Ibn khaldun mengemukakan falsafah mengenai teori pengeluaran.
Falsafahnya beliau mengemukakan bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala
ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut ibn
khaldun lagi pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama antara
masyarakat. Beliau turut menganggap buruh merupakan factor yang terpenting dalam
proses pengeluaran walaupun faktor-faktor yang lain seperti tanah yang sedia ada, namun
tenaga buruh adalah perlu untuk menghasilkan matlamat yang terakhir.
Selain itu, beliau berpendirian bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga
adalah amat perlu untuk mengekalkan tahap pengeluaran dan penghasilan sesuatu
produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan
yang teratur terlebih dahulu supaya setiap bidang pekerjaan yang dilakukan adalah oleh
orang yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian
tenaga buruh saling bergantung dan berkait rapat dengan pasaran. Falsafah ini dapatlah
dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan
pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam
Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
Falsafah Ibn khaldun yang seterusnya pula adalah tentang nilai, wang, dan harga.
Ibn Khaldun telah mengelaskan dan membezakan antara teori nilai diguna (use value)
dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas serta tetap
berpendirian berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang
terlibat dalam proses pengeluaran.
Ibn khaldun berpendapat bahawa, semua usaha manusia dan semua tenaga buruh
perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan sebarang
cara atau kaedah lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui
penggunaan buruh.
Antara falsafah Ibn khaldun yang seterusnya adalah mengenai teori pengagihan.
Berdasarkan pandangan ibn khaldun, harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama
iaitu gaji atau upah, keuntungan. cukai. Ketiga-tiga perkara atau elemen ini merupakan
pulangan kepada masyarakat.Ibn khaldun turut membahagikan ekonomi kepada tiga
sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatna awan.
Ibn khaldun menegaskan bahawa nilai atau harga sesuatu barangan seharusnya
sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu barangan berkenaan.
Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh
itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.
Manakala keuntungan pula terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga
antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga
itu haruslah stabil untuk mengelakkan keuntungan yang melampau serta berlipat
ganda.Hal ini bagi mengelakkan penipuan dan ketidakjujuran dalam perniagaan.
KESIMPULAN
Ibn khaldun adalah seorang tokoh cendikiawan yang tidak asing lagi dalam
kalangan orang-orang islam.Beliau juga telah banyak memberi sumbangan dari segi
pemikiran.Beliau telah mengemukakan falsafah mengenai teori ekonomi islam.
Ibnu khaldun begitu dipandang agung dan disanjung tinggi oleh barat kerana buah
fikirannya yang mantap, berguna, serta berkesan.Secara holistiknya falsafah beliau terus
digunakan dan dijadikan panduan dalam membina ekonomi yang stabil.
Falsafah serta pemikiran Ibn khaldun menjurus kepada pembentukan aksiologi
iaitu etika, disiplin, nilai-nilai murni seperti melarang aktiviti penipuan, ketidakjujuran
para peniaga dalam mengaut keuntungan..Juga falsafah beliau turut menjaga kebajikan
para pekerja atau buruh dan pengguns-pengguna.Falsafah beliau jelas menjurus kepada
keislaman serta mencari keredhaan allah dalam melakukan sebarang aktiviviti dan
pekerjaan di dunia.
SUMBER RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI
Hashim Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori,Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn. Bhd.
INTERNET
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.html