ibn khaldun
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayuibn khaldunMUHAMMAD BIN HASHIMTRANSCRIPT
Falsafah dan logikaFalsafah dan logika melayu jxea 1104melayu jxea 1104
Tajuk : pemikiran ekonomi ibnTajuk : pemikiran ekonomi ibn khaldun.khaldun.
PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD.PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD.
TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN.TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN.
NAMA : MUHAMMAD BIN HASHIM.NAMA : MUHAMMAD BIN HASHIM.
NO.MATRIK : JEA 080168.NO.MATRIK : JEA 080168.
SEMESTER 1, SESI 2008/2009SEMESTER 1, SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYUAKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.
Abdul Al-Rahman
Ibn Muhammad Ibn Khaldun
PENGENALAN
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac
1406 di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik
kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali
sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut
mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya
Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang
terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan
pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the
Cruel of Castile.
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah
dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,
pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa
ketiadaan Sultan Faraj.
Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan
Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan
ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh
dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun
membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya
dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan,
mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana
dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga
buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari
kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi,
menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi
membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi,
numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula
bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran
efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun
tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak
melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic
man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas
muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat.
Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan
mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala
ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau
pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau
menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-
faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu
untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat
melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang
mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian
tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori
pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh
Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang
sama.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan
nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu
barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan
keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan
melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau
upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat.
Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,
pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh
yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada
penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme
permintaan dan penawaran dalam pasaran.
Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara
harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu
KUPASAN FALSAFAH PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN
Dari penulisan-penulisan Ibn Khaldun saya mampu merumuskan bahawa beliau
mengiktiraf peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan kestabilan dan
keharmonian ekonomi tercapai. Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada
kemampuan negara menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan
tersebut dapat kita rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam
menggubal dasar pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu
gambaran bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam
memajukan ekonomi negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada
sector swasta. Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada
menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti
berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit,
mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya
mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu
mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah
kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai
akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran
terhadap orang perseorangan) akan meningkat.” Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat
penganalisaan berikut: “Setiap kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi
mendapat kutipan hasil cukai (jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap
barang-barang dagangan dan dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai
dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan
budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan
sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu
menyukarkan mereka. Pengenaan cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab
peningkatan jumlah itu dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara
khususnya tahu siapakah yang meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya.
Mereka mengenakan kepada hamba rakyat sebagai suatu tanggungjaab dan tradisinya.
Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak
melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan
perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan yang mereka membandingkan perbelanjaan dan
cukai dengan pendapatan dan keuntungan dan mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi
adalah begitu kecil, mereka menjadi putus asa. Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong
untuk turut terlibat dengan budaya mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai
keseluruhan akan menurun, sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan.
Selalunya apabila pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu
dipertingkatkan. Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya,
kewajipan terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk
meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini sudah
menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang
dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk
melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, se
bab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu
memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti
keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke
atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan. Dalam
hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri untuk
melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya. Dan Allah
s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”. (Surah
36:83) Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian
negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan
kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi
dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari
adalah berikut:
i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat
keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.
ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras
yang rendah.
iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada
perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah yang
mewah, kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan
meningkat.
Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari
pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana
mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas
untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara.
Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah teras
utama kepada pembangunan ekonomi negara.
Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya
Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan buku ekonomi. Oleh itu sebagai pengkaji kepada
pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran
beliau tentang pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal
dasar percukaian negara jelas member gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau
mengiktiraf kepentingan sektor awam dan pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan
harmoni. Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi
masyarakat (negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sector
swasta perlu diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang
tinggi. Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam,
merupakan satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara
dalam rangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.
Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapak
sosiologi tetapi juga Bapak ilmu Ekonomi, karena banyak teori ekonominya yang jauh
mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir
Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul
Abul Iqtishad : Ibnu Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut
Ibnu Khaldun dibuktikannya secara ilmiah sebagai penggagas pertama ilmu ekonomi secara
empiris. Tulisan ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu
Khaldun di Mesir 1978. Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih
bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan adapula dari perspektif
filsafat. Karya-karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan
zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut
memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sedangkan Ibnu Khaldun
mengkaji problem ekonomi masyarakat dan negara secara empiris. Ia menjelaskan fenomena
ekonomi secara aktual. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan poin-poin penting dari
materi kajian Ibnu Khaldun tentang ekonomi. Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on
economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and
demand, consumption and production, money, capital formation, population growth,
macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and
trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass
in economics progress. We also get the basic idea embodied in the backward-sloping supply
curve of labour . (Ibn Khaldun membahas aneka ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk
ajaran tentang tata nilai, pembagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan,
konsumsi dan produksi, uang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi dari
pajak dan pengeluaran publik, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik
dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membahas berbagai tahapan yang dilewati masyarakat
dalam perkembangan ekonominya. Kita juga menemukan paham dasar yang menjelma dalam
kurva penawaran tenaga kerja yang kemiringannya berjenjang mundur.
Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan
tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka,
menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut
menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi
membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Wacana atau pemikiran Ibnu
Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi
pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju.
Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi
berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis
moral yang dihadapi masyarakat hari ini.
KESIMPULAN
Beberapa ahli bahkan menyebut Ibn Khaldun sebagai „ Bapak Ekonomi (father of
economics)“ yang sebenarnya atau dengan sebutan „Bapak Ilmu Sosial Modern (father of
modern social science)“ serta mengklaim bahwa ide-ide yang digagas oleh Ibn Khaldun paling
tidak mengilhami atau dicetuskan kembali, empat abad kemudian, oleh pemikir-pemikir seperti
Adam Smith atau David Ricardo, dan kemudian oleh Karl Marx atau John Maynard Keynes.
Terlepas dari berbagai perbandingan yang cukup membingungkan, kedalaman dan analisa yang
kuat dari berbagai karya yang dihasilkannya sangat mengagumkan. Terutama pada karyanya
„Muqaddimah“, yang berati sebuah pendahuluan atau pengantar dari berbagai karyanya yang
kemudian mengenai sejarah. Dalam karyanya ini Ibn Khaldun membangun teori perburuhan,
termasuk ide menarik mengenai teori tentang nilai, teori pembagian kerja, teori mengenai
perpajakan dan berbagai kerangka teori yang menyangkut beberapa area lainnya dan dapat
dikatakan sebagai area “modern” untuk ukuran saat itu. Dalam berbagai tulisan mengenai
ekonomi Ibn Khaldun menyokong adanya pasar terbuka yang didasari oleh permintaan dan
penawaran. Ia juga menolak diberlakukannya cukai atau bea/pajak yang terlalu tinggi,
perdagangan dengan orang asing dan percaya kepada kebebasan memilih bagi rakyat serta
membiarkan mekera bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Karya-karya Ibn Khaldun bermula
pada penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan suku-suku nomaden yang masih ada di
wilayah Arab pada saat itu, yang dianalisa melalui pendekatan sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn
Khaldun dalam berbagai karyanya mempercayai bahwa berbagai hal yang telah ditetapka Allah
didalam Al Qur’an boleh dibuktikan secara empirik.
Ibn Khaldun juga turut memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ia
membangunkan idea bahawa tugas pemerintah adalah memberikan perlindungan kepada
rakyatnya dari berbagai ancaman, melindungi harta mereka, menghindari adanya penipuan dalam
perdagangan, mengurusi pencetakan uang, dan melaksanakan tata pemerintahan yang baik
dengan memadukan persoalan sosial dengan kepentingan politik tanpa pemaksaan.
Rujukan
1. Rahimah Ibrahim. 2006. “Warga tua dan pembangunan : pembentukan jurang perbezaan dari perspektif Ibn Khaldun”. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Paper 4 (5p.). Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari
2. Mohd Fauzi Hamat. 2005. “Budaya berfikir kritis menurut Ibn Khaldun sebagai asas pembinaan budaya berfikir Melayu masa kini. SOURCE: Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Antara China dan Malaysia, sidang editor Wan Abd. Hamid Wan Teh Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, 521-544.
3. Ibrahim Haji Daud. 1978. “Ibn Khaldun wa-falsafatuhu”. Academic exercise (B.A.) – Kelantan : Kulliyah al-Shari`ah wa-al-Qanun bi-Markaz al-Dirasat al-Islamiyah `Aliyah.
4. Gill, Sarjit s. SOURCE. 2006. “Konsep Asabiyah Ibn Khaldun”. Inspirasi untuk memikir semula perpaduan masyarakat Malaysia. Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari Paper 13(13.).
5. Mohd. Hazim Shah. 2006. “Pemikiran ekonomi oleh Ibn Khaldun”. Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Paper 11. Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari
6. Jaffary Awang. 2006. “Pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang ekonomi”. Satu pemerhatian sosio-budaya. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun : Kuala Lumpur : Paper 10 (11p.). Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari.