huraikan faktor

3
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA KITA SEBAIK SAHAJA MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 1957 Pendahuluan - Tujuan utama dasar luar adalah untuk menjalin hubungan baik dengan Negara-negara luar bagi mempertahankan kemerdekaan, membentuk keamanan dan kemakmuran dalam Negara. - Dalam tempoh 1957-1970, banyak dipengaruhi oleh corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat, pro-Komanwel dan Anti-Komunis. - Umumnya dibahagikan kepada dua iaitu pro-Barat (1957-1963) dan peralihan dasar (1964-1970) Isi 1.0 Persekitaran geografi/geostrategik - Kedudukan Tanah Melayu di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara. - Keutamaan diberi kepada dasar yang menentukan Asia Tenggara sebagai satu kawasan aman, bebas dab berkecuali. 2.0 Sistem Ekonomi - Semasa kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi satu sistem ekonomi yang menjadikan getah minyak, kelapa sawit dan bijih timah sebagai sumber eksport yang utama. - Kebergantungan kepada Barat menyebabkan Tanah Melayu memerlukan bantuan terutama Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah. 3.0 Faktor Sejarah - Sejak dulu Tanah Melayu telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam. - Tambahan pula majoriti rakyat adalah orang Melayu yang beragama Islam. - Malaysia telah menjalinkan hubungan rapat dengan Negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. - Malaysia turut menjalin hubungan dengan Negara-negara Islam (OIC)

Upload: aliff-mansor

Post on 26-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

faktor

TRANSCRIPT

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA KITA SEBAIK SAHAJA MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 1957

Pendahuluan- Tujuan utama dasar luar adalah untuk menjalin hubungan baik dengan Negara-negara luar bagi mempertahankan kemerdekaan, membentuk keamanan dan kemakmuran dalam Negara.- Dalam tempoh 1957-1970, banyak dipengaruhi oleh corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat, pro-Komanwel dan Anti-Komunis.- Umumnya dibahagikan kepada dua iaitu pro-Barat (1957-1963) dan peralihan dasar (1964-1970)

Isi1.0 Persekitaran geografi/geostrategik- Kedudukan Tanah Melayu di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara.- Keutamaan diberi kepada dasar yang menentukan Asia Tenggara sebagai satu kawasan aman, bebas dab berkecuali.

2.0 Sistem Ekonomi- Semasa kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi satu sistem ekonomi yang menjadikan getah minyak, kelapa sawit dan bijih timah sebagai sumber eksport yang utama.- Kebergantungan kepada Barat menyebabkan Tanah Melayu memerlukan bantuan terutama Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah.

3.0 Faktor Sejarah- Sejak dulu Tanah Melayu telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam.- Tambahan pula majoriti rakyat adalah orang Melayu yang beragama Islam.- Malaysia telah menjalinkan hubungan rapat dengan Negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.- Malaysia turut menjalin hubungan dengan Negara-negara Islam (OIC) kerana dipengaruhi oleh sejarah perkembangan Islam.

4.0 Sistem Politik- Sebagai Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia amat mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat.- Prinsip-prinsip kekebasan manusia dan keamanan serta menentang sebarang bentuk penjajahan dan penindasan.

5.0 Kepimpinan- Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat yang mengamalkan dasar anti-komunis untuk mendapat bantuan menentang komunis.- Hubungan dengan Britain tetap diteruskan meskipun selepas kemerdekaan dan perjanjian pertahanan dengan Britain ditandatangani pada Oktober 1957.- Tunku bersikap pro-barat dan hanya mengadakan hubungan dengan Negara-negara bukan komunis seperti Britain, Amerika Syarikat, Indonesia, Australia, Thailand, India dan Filipina.

6.0 Keselamatan- Dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua Negara diperlukan.- Malaysia perlu mengelakkan sebarang ancaman dari Negara-negara luar sebagai contoh ancaman dadah dan kekacauan politik serantau.

7.0 Demografik/Penduduk- Dasar luar yang mementingkan dua prinsip utama iaitu perpaduan di antara manusia serta penghormatan hak asasi manusia diperlukan kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum.- Sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi yang jauh menyimpang dari hak asasi ditentang sebagai contoh Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.

8.0 Institusi Antarabangsa- Malaysia mementingkan kerjasama dan perpaduan antarabangsa sentiasa menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menegakkan keamanan dan kemakmuran seluruh dunia.- Malaysia telah menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, UNCTAD, WHO, ASEAN, Komanwel dan OIC.

Kesimpulan- Dasar luar yang diamalkan adalah mengikut senario dan perkembangan politik Negara yang baru merdeka daripada jajahan British sehingga pernah menjadi tuan rumah persidangan serantau dan antarabangsa..- Secara keseluruhannya dasar luar Malaysia telah menempuh pelbagai peringkat perkembangan yang didorong oleh perubahan daripada segi persekitaran, social, ekonomi, politik dan keselamatan semasa