hukum ptks

7
HUKUM PTKS Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat satu peraturan mengeja perkataan yang dinamakan sebagi Hukum p-t-k-s. Menurut Hukum p-t-k-s., apabila perkataan yang bermula dengan huruf p, t, k dan s dicantumkan dengan imbuhan meN-…, (me..., men..., mem..., meng...), maka huruf p, t, k dan s akan digugurkan, Contohnya: pakai > mem+pakai = memakai pukul > mem+pukul = memukul tipu > men+tipu = menipu tolak > men+tolak = menolak kira > meng+kira = mengira kukus > meng+kukus = mengukus sikat > men+sikat = menyikat siku > men+siku = menyiku Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k,s ini dikekalkan ejaannya dan dikecualikan daripada peraturan Hukum p-t-k-s-ini terutamanya kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris, sebagai contoh: terjemah >menterjemah (bukan menerjemah) takrif >mentakrif (bukan menakrif) Berdasarkan peraturan ini, dapatlah kita menentukan ejaan yang betul sama ada mengetengahkan atau mengketengahkan,menget epikan atau mengketepikan, mengebumikan ataume ngkebumikan. BENTUK AWALAN beR-… Bentuk awalan ber-… yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya –er-, misalnya

Upload: azreen15

Post on 30-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

done

TRANSCRIPT

HUKUM PTKSDalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat satu peraturan mengeja perkataan yang dinamakan sebagi Hukum p-t-k-s. Menurut Hukum p-t-k-s., apabila perkataan yang bermula dengan huruf p, t, k dan s dicantumkan dengan imbuhan meN-, (me..., men..., mem..., meng...), maka huruf p, t, k dan s akan digugurkan, Contohnya:

pakai > mem+pakai = memakaipukul > mem+pukul = memukultipu > men+tipu = meniputolak > men+tolak = menolakkira > meng+kira = mengirakukus > meng+kukus = mengukussikat > men+sikat = menyikatsiku > men+siku = menyiku

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k,s ini dikekalkan ejaannya dan dikecualikan daripada peraturan Hukum p-t-k-s-ini terutamanya kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris, sebagai contoh:terjemah >menterjemah (bukan menerjemah)takrif >mentakrif (bukan menakrif)Berdasarkan peraturan ini, dapatlah kita menentukan ejaan yang betul sama adamengetengahkanataumengketengahkan,mengetepikanataumengketepikan,mengebumikanataumengkebumikan.BENTUK AWALAN beR-Bentuk awalan ber- yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya er-, misalnya serta, maka r dalam awalan ber- tersebut tidak gugur dan akan membentukberserta. berderma berserban bercermin berceramahNamun begitu, hukum ini bertentangan dengan perkataan terbitan bekerja, iaitu r pada imbuhan ber- telah digugurkan melalui proses disimilasi. Walaupunbekerjadianggap sebagai suatu kekecualian, namun keadaan ini boleh mengelirukan pengguna bahasa.

PERKATAAN PEMBELAJARAN DAN PEMELAJARANPerkataan pembelajaran ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Bentuk yang betul ialah pemelajaran kerana bentuk tersebut terbit daripada kata kerja transitif mempelajari, bukannya daripada kata kerja tak transitif belajar yang disangka oleh kebanyakan pihak. pembelajaran sebagai bentuk kekecualian pemelajaran sebagai bentuk yang tetap diterima.Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pemelajaran kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.PERKATAAN PENGELIBATAN DAN PELIBATAN Perkataanpengelibatanternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Perkataanpelibatanbetul kerana bentuk tersebut terbit daripada kata libat, bukannya daripada kata gelibat yang tidak membawa sebarang makna.Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataanpelibatankerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.KATA SENDI NAMA DI DAN DALAM UNTUK DI KALANGAN DAN DALAM KALANGANKata sendi namadidigunakan khusus di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, misalnya: di pekan di kantin di sini di utaraKata Sendi Nama di untuk kalangan, misalnya dalam ayat ini; Masalah disiplin di kalangan pelajar amat membimbangkan. Adakah betul frasa di kalangan atau frasa dalam kalangan lebih tepat? Berdasarkan hukum penggunaan sendi nama di, jelaslah bahawa kalangan tidak menunjukkan tempat atau arah tetapi bermaksud lingkungan atau golongan. Oleh itu, penggunaan frasa dalam kalangan sepatutnya digunakan kerana menepati hukum bahasa.

KATA KERJA TRANSITIF MESTI DIIKUTI OBJEK ATAU FRASA NAMA MENGIKUT HUKUM D-MKata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti objek atau frasa nama. Ayat contoh: SALAH:.menyerikanlagimajlis ini. (menyerikan apa? Menyerikan majlis) BETUL: ..menyerikan majlisini lagi. SALAH: ..membangunkansemulakawasan yang terjejas. (membangunkan apa? Membangunkan kawasan yang terjejas) BETUL: ..membangunkan kawasanyang terjejas semula. SALAH: ..memaklumkankepadaibu bapa jumlah yuran PIBG. BETUL: ..memaklumkan jumlah yurankepada ibu bapa. SALAH: ..menyiarkankepadaumum surat-surat mantan Perdana Menteri. BETUL: ..menyiarkan surat-surat mantan Perdana Menterikepada umum. SALAH: .menyiarkandiakhbar-akhbar utama berita panas itu. BETUL: ..menyiarkan berita panas itudi akhbar-akhbar utama. SALAH: .menyerlahkanjugakeanggunan penampilannya. BETUL: ..menyerlahkan keanggunan penampilannyajuga. SALAH: ..menawarkankepadapara pembeli kereta seratus peratus pinjaman BETUL: ..menawarkan pinjaman seratus peratuskepada para pembeli kereta.Kesimpulannya, KKT tidak boleh diikuti Kata Sendi Nama atau perkataan yang lain selain frasa nama. Namun demikian, oleh sebab sudah diterima umum dan kononnya sudah mantap ayat yang berikut dikatakan betul: .. menembakmatipenjahat (Menembak siapa? Menembak penjahat; sepatutnya menembak penjahat hingga mati) .. menembakjatuhjet pejuang (menembak apa? Menembak jet pejuang) .. menghukummatipesalah (menghukum siapa? Menghukum pesalah, bukannya menghukum mati. bagaimana hendak menghukum mati?

KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)

a. KKTTialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

b. Contoh :i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas berjalan)ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas berlari)

c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?-perkataan yang berimbuhanber..: berjalan, bercerita, bekerja-perkataan yang berimbuhanter.: terangkat, terbawa, tercapai-perkataan yang berimbuhandi: diangkat, ditembak, diambil-perkataan yang berimbuhandi .kan/i: dijalankan, dihadiahi, dihadiahi-perkataan yang berimbuhandiperkan/i: diperdayakan, dipersalahi-imbuhanmeN. yang diikuti tempat: menyanyi di pentas (tempat)

d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT)i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak kata sendi atau kata hubung jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)

Salah:-Diabertemu rakannyadi bandar.-Diabercerita pengalamannyadi luar negara.-Perompak ituberlari tepi jalanraya.-Saya tidakterangkat kotakitu.-Buku itudibaca kakaknya.Betul:-Diabertemu dengan rakannyadi bandar.-Diabercerita tentang pengalamannyadi luar negara.-Perompak ituberlari di tepi jalanraya.-Saya tidakterangkat akan kotakitu.-Buku itudibaca oleh kakaknya.