hukum belajar dan amal ilmu pengasih

2
Hukum belajar dan amal ilmu pengasih http://bm.harakahdail y.net/index.php/t anya/24227-hu kum-belajar-dan-amal-ilmu-p engasih[12/14/2 013 2:45:51 PM]  Hukum belajar dan amal ilmu pengasih DEC 13, 2013 |  ABU HUSAYN Soalan: Bolehkah kita belajar ilmu pengasih atau ilmu pembenci. Atau bolehkah membeli minyak/ubat pengasih yang  dijual oleh orang-orang tertentu dan digunakan kepada pasangan kita suami atau isteri? Bagaimana pula jika  digunakan untuk memikat lelaki atau wanita yang kita sukai? Bagaimanakah syariat Islam berkaitan dengan  ilmu pengasih dan pembenci ini? Jawapan: Ilmu pengasih atau ilmu penunduk merupakan salah satu cabang ilmu dan pengetahuan. Walaupun manusia  diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang  boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Boleh dikategorikan ilmu tersebut dalam  kelompok ilmu sihir yang mana bertentangan dengan ajaran Islam. Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah Taala, melakukan sesuatu yang baik seperti untuk  memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadat kepada-Nya, membaiki penampilan diri, menjaga tutur kata  dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Cara ini memang dibenarkan di sisi syarak  kerana kena pada konsep yang dikehendaki Islam, iaitu usaha atas jati diri (ikhtiar) atau usaha gentleman  untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi. Tetapi mengikhtiarkan sesuatu ilmu yang diketahui sebagai ilmu pengasih yang menggunakan kaedah yang  salah adalah haram, sepertimana yang telah disebut dalam hadith: Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan terlarang  dan tangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.”  (Hadith riwayat Ahmad dan Daud) Ibnu Mas’ud ketika menghuraikan maksud perkataan at tiwalah mengatakan:  “Ada sesetengah golongan sama ada perempuan a tau lelaki, menggunakan sejenis tangkal, dipakai pada  dirinya dengan tujuan menambat hati atau menyebabkan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka  perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya: Ibnu Mas’ud ra menganggap ilmu p engasih dengan ikhtiar yang sedemikian (kaedah yang  bertentangan dengan Islam) iaitu melalui cara at-tiwalah adalah sebagai perbuatan syirik. Kita sudah  maklum syirik merupakan dosa yang paling besar. Tambah Ibnu Mas’ud menyebut yang bermaksud hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti  benang-benang dan simpulan padanya yang d i bawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki  dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam at-tiwalah. Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang  untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan yang mengandungi bahan sihir yang kotor amat ditegah di  dalam Islam untuk mengamalkannya. Demikian juga orang yang menggunakan kaedah yang sama untuk  memisahkan seseorang dengan seseorang yang lain, apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih  kerana Allah Taala, iaitu pasangan suami isteri yang rumahtangga mereka rukun damai, baik dengan cara  nyata, mahupun cara halus dianggap berdosa besar dan hukumnya adalah HARAM. Dalam Tafsir al-Qurthubi, penulisnya Imam Qurthubi telah menyatakan tafsiran petikan ayat ini menyebut:  “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir (ilmu syirik) memberi kesan pada hati-hati manusia de ngan memaksakan  kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian melampau sehingga mereka suami isteri, kebencian itu  boleh menyebabkan perceraian” MENU    Search Menu

Upload: reachmya

Post on 04-Jun-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 Hukum Belajar Dan Amal Ilmu Pengasih

http://slidepdf.com/reader/full/hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih 1/2

m belajar dan amal ilmu pengasih

/bm.harakahdaily.net/index.php/tanya/24227-hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih[12/14/2013 2:45:51 PM]

 Hukum belajar dan amal ilmu pengasihDEC 13, 2013 |  ABU HUSAYN

Soalan:

Bolehkah kita belajar ilmu pengasih atau ilmu pembenci. Atau bolehkah membeli minyak/ubat pengasih yang

 dijual oleh orang-orang tertentu dan digunakan kepada pasangan kita suami atau isteri? Bagaimana pula jika

 digunakan untuk memikat lelaki atau wanita yang kita sukai? Bagaimanakah syariat Islam berkaitan dengan

 ilmu pengasih dan pembenci ini?

Jawapan:Ilmu pengasih atau ilmu penunduk merupakan salah satu cabang ilmu dan pengetahuan. Walaupun manusia

 diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang

 boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Boleh dikategorikan ilmu tersebut dalam

 kelompok ilmu sihir yang mana bertentangan dengan ajaran Islam.

Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah Taala, melakukan sesuatu yang baik seperti untuk

 memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadat kepada-Nya, membaiki penampilan diri, menjaga tutur kata

 dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Cara ini memang dibenarkan di sisi syarak

 kerana kena pada konsep yang dikehendaki Islam, iaitu usaha atas jati diri (ikhtiar) atau usaha gentleman

 untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi.

Tetapi mengikhtiarkan sesuatu ilmu yang diketahui sebagai ilmu pengasih yang menggunakan kaedah yang

 salah adalah haram, sepertimana yang telah disebut dalam hadith:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.”  (Hadith riwayat Ahmad dan Daud)

Ibnu Mas’ud ketika menghuraikan maksud perkataan at tiwalah mengatakan:

 “Ada sesetengah golongan sama ada perempuan atau lelaki, menggunakan sejenis tangkal, dipakai pada

 dirinya dengan tujuan menambat hati atau menyebabkan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka

 perbuatan itu adalah sejenis sihir.” 

Ertinya: Ibnu Mas’ud ra menganggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian (kaedah yang

 bertentangan dengan Islam) iaitu melalui cara at-tiwalah adalah sebagai perbuatan syirik. Kita sudah

 maklum syirik merupakan dosa yang paling besar.

Tambah Ibnu Mas’ud menyebut yang bermaksud hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti

 benang-benang dan simpulan padanya yang di bawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki

 dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam at-tiwalah.

Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang

 untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan yang mengandungi bahan sihir yang kotor amat ditegah di

 dalam Islam untuk mengamalkannya. Demikian juga orang yang menggunakan kaedah yang sama untuk

 memisahkan seseorang dengan seseorang yang lain, apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih

 kerana Allah Taala, iaitu pasangan suami isteri yang rumahtangga mereka rukun damai, baik dengan cara

 nyata, mahupun cara halus dianggap berdosa besar dan hukumnya adalah HARAM.

Dalam Tafsir al-Qurthubi, penulisnya Imam Qurthubi telah menyatakan tafsiran petikan ayat ini menyebut:

 “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir (ilmu syirik) memberi kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan

 kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian melampau sehingga mereka suami isteri, kebencian itu

 boleh menyebabkan perceraian” 

MENU  

 Search

Menu

8/13/2019 Hukum Belajar Dan Amal Ilmu Pengasih

http://slidepdf.com/reader/full/hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih 2/2

m belajar dan amal ilmu pengasih

/bm.harakahdaily.net/index.php/tanya/24227-hukum-belajar-dan-amal-ilmu-pengasih[12/14/2013 2:45:51 PM]

Demikian juga perbuatan meminta bantuan makhluk halus (sihir) ini boleh membolak-balikkan hati manusia,

 risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan dan

 sebagainya adalah haram.

Namun di sana wujud garis panduan yang telah diajar oleh Islam bagaimana kaedah yang betul untuk

 mewujudkan suasana yang baik dan kasih sayang kerana di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang

 mana boleh menyebabkan seseorang jatuh cinta dengan cara terhormat lagi bersih terutama untuk

 mentautkan kembali kasih sayang antara suami isteri, anak-anak dan sebagainya.

Mengapa kita mencari salah yang kelak membinasakan diri, sedang jalan sunnah lagi baik telah dipratikkan

 oleh golongan salafussoleh yang telah dijamin halal di sisi Islam.

Copyright © 2013 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Chrome|sitemap.