hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran

3

Click here to load reader

Upload: mandalina-landy

Post on 18-Jul-2015

2.807 views

Category:

Travel


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran

1) Jelaskan hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran.

Pasaran merupakan satu institusi ekonomi yang besar yang menentukan dan mengawal

kitaran ekonomi. Di pasaran, setiap barang atau perkhidmatan dijual pada harga yang terbaik.

Penjual akan menerima nilai tertinggi dari sesiapa jua yang rela membayar harga tersebut.

Pembeli pula akan membayar harga yang terendah kepada sesiapa sahaja yang mahu menjual

barangan tersebut.

Pengguna memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan

pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau

peniaga memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat

pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang

dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran

terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk

menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan

sebelum dijual kepada pengguna akhir.

Pengguna merupakan komponen terpenting dan merupakan pihak yang paling

berkepentingan dalam organisasi perniagaan. Pengguna akan membeli dan membayar

barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga sekiranya produk yang disediakan

pleh peniaga dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Oleh itu, kejayaan sesuatu

perniagaan bergantung pada pengguna sekiranya pengguna terus membeli produk peniaga dan

peniaga dapat membekalkan barangan yang dapat memuaskan keperluan mereka.

Selain itu, peniaga perlulah sentiasa menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan

perubahan semasa dan juga keperluan pengguna. Peniaga juga haruslah menyumbang idea

dan pendapat di dalam proses menggubal undang-undang dan peraturan serta memberikan

sumbangan yang positif terhadap penggunaan sumber manusia dan bahan mentah negara

Page 2: hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran

dengan sebaik-baiknya. Peniaga juga mesti menyumbang idea dan pendapat berkait dengan

pengurusan ekonomi dan menyumbang di dalam bentuk cukai, zakat dan derma serta lain-lain

sumbangan bagi membangunkan negara demi kepentingan semua pihak.

Pengguna juga boleh menyumbangkan idea dan pendapat serta peka terhadap langkah-

langkah dan tindakan yang diambil oleh peniaga adalah mengikut undang-undang yang

ditetapkan oleh kerajaan. Pengguna hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan bagi

barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga dan juga kerajaan adalah

mencukupi serta perlindungan yang sepatutnya disediakan oleh pihak yang berkenaan.

Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan

perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan.

Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja.

Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk

difahami oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung

dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna.

Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam

berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian

seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan.

Kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan harta dan nyawa, serta

memastikan tiada kekecohan berlaku di dalam linkungan sempadan negaranya. Tindakan

kerajaan boleh mengubah haluan bebas ekonomi hanya dengan menyekat sesuatu yang

efisyen, dan dengan memberi mandat kepada sesuatu yang tidak efisyen. Justeru itu, pelbagai

undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Antara undang-undang yang dibuat oleh

kerajaan adalah berkaitan dengan jenis barangan yang boleh dijual, waktu operasi perniagaan,

lessen perniagaan, tanda harga bagi barangan terkawal, sukatan dan timbangan barangan,

Page 3: hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran

label produk dan sebagainya. Akta-akta perniagaan adalah satu daripada beberapa halangan

yang dikenakan terhadap perniagaan untuk menyekat sesetengah aktiviti perniagaan yang

dianggap tidak adil kepada pengguna atau tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Kebanyakan sekatan yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan awam

khususnya pengguna seperti mengharamkan iklan rokok di televisyen.

Undang-undang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan

pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para

pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung

inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu

pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau

perkhidmatan.