hubungan luar negara - bank negara · pdf file235-239 kerjasama kewangan antarabangsa 239-240...

14
234-235 Tinjauan 235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar Negara dengan IMF 240-241 Liberalisasi Sektor Kewangan 241-244 Kerjasama Serantau 244-245 Kerjasama Dua Hala Hubungan Luar Negara

Upload: vandiep

Post on 13-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

234-235 Tinjauan235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa239-240 Hubungan Luar Negara dengan IMF240-241 Liberalisasi Sektor Kewangan241-244 Kerjasama Serantau244-245 Kerjasama Dua Hala

Hubungan LuarNegara

Page 2: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

234

Hubungan Luar Negara

TINJAUAN

Berlatarbelakangkan persekitaran ekonomi globaldan kewangan yang tidak menentu pada tahun2002, perbincangan di peringkat antarabangsatertumpu kepada usaha untuk meningkatkanpemantauan, mengukuhkan sistem kewangantempatan serta meningkatkan usaha menyusunsemula struktur kewangan antarabangsa (IFA) kearah pencegahan dan penyelesaian krisis. Kerjasamadalam langkah-langkah untuk menghalang aktivitipengubahan wang haram telah mencapai kemajuanpada tahun 2002, termasuk usaha untukmembanteras pembiayaan aktiviti pengganas.Di peringkat serantau, kemajuan yang pesat telahdicapai dalam pelaksanaan Inisiatif Chiang Mai (CMI)

memainkan peranan untuk menerajui perkembanganperbankan Islam sebagai salah satu komponenutama dalam sistem kewangan antarabangsa.

Usaha-usaha untuk membanteras aktivitipengubahan wang haram dalam sistem kewangansedunia bertambah pesat pada tahun 2002. Malaysiaberkongsi pengalamannya dalam menubuhkan rangkakerja institusi dan perundangan yang menyeluruhuntuk memerangi pengubahan wang haram. Asia-Pacific Group on Money Laundering (APG) telahmenjalankan penilaian ke atas program pencegahanpengubahan wang haram Malaysia dan, dalamlaporannya, memuji Malaysia atas pencapaian yangketara dalam pembentukan program pencegahanpengubahan wang haram yang sesuai. Laporan APG

dengan termeterainya beberapa Perjanjian PeraturanSwap Dua Hala (BSA) tambahan di sampingmemperkukuh modul bagi proses pemantauanserantau. Di samping itu, kemajuan yang berterusantelah dicapai dalam usaha mempertingkatkankerjasama di bidang teknikal dan pembangunankapasiti di kalangan ekonomi serantau.

Pada tahun 2002, hubungan luar negara BankNegara Malaysia adalah berpandukan kepada duapertimbangan utama. Penyertaan di mesyuaratantarabangsa, serantau dan dua hala bertujuanuntuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa danserantau serta mengenengahkan isu dankebimbangan yang dianggap penting dari perspektifnasional dan serantau. Ini adalah untuk memastikanbahawa kepentingan pasaran ekonomi baru munculseperti Malaysia diberikan pertimbangan yangsewajarnya.

Satu pencapaian penting dalam kerjasama ke arahpembangunan kewangan Islam ialah penubuhanLembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (LPKI) diKuala Lumpur pada bulan November 2002 sebagaibadan yang menetapkan piawaian pengawalan danpenyeliaan bagi institusi kewangan Islam. LPKI akan

menunjukkan pengiktirafan terhadap usaha-usahaMalaysia dan kemajuan yang telah dicapai. Pada tahun2002, Malaysia juga telah mengambil bahagian dalamperbincangan di peringkat antarabangsa mengenailangkah-langkah untuk memerangi pembiayaan aktivitikeganasan.

Dalam bidang penyusunan semula IFA, terdapatsedikit sebanyak kemajuan dalam membangunkanmekanisme untuk membantu penstrukturan semulahutang kerajaan dengan lebih teratur bagimenyelesaikan krisis. Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF) telah menggunakan pendekatan dua peringkatdalam menangani isu pelaksanaan yang tertangguhmelalui pengenalan kepada klausa tindakan bersamaserta mekanisme penyusunan semula hutang kerajaan.Langkah pembaharuan turut diperkenalkan di IMFdengan pelaksanaan garis panduan baru untukmengukuhkan hak milik negara dan memudahkansyarat-syarat IMF terhadap program pengubahsuaian.Walau bagaimanapun, penyusunan semula ke atasaspek yang lebih penting masih terbatas. Desakan yangdibuat oleh kelompok ekonomi baru muncul danmembangun untuk mempunyai perwakilan yang lebihbesar dalam proses membuat keputusan di IMF telahterhalang ekoran Mesyuarat ke-12 Kumpulan Penilaian

Perbincangan di peringkat antarabangsa ditumpukan kepadapembentukan mekanisme penstrukturan semula hutang kerajaan.Di peringkat serantau, pemantauan dan kerjasama dalam bidangkewangan bertambah baik. Satu pencapaian penting dalamkerjasama tersebut ialah penubuhan Lembaga PerkhidmatanKewangan Islam (LPKI) di Kuala Lumpur.

Page 3: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

235

Hubungan Luar Negara

Mengenai Kuota tidak mencapai kata persetujuan yangmencukupi. Usaha penyusunan semula untukmeningkatkan kestabilan dan kecekapan dalampasaran kewangan global juga terbatas.

Kerjasama kewangan serantau telah mencapaikemajuan pesat pada tahun 2002, terutamanya dalamkonteks Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN)1 dan ASEAN+32 . Proses pemantauanserantau, yang dilaksanakan di bawah CMI, telahmembantu dalam memahami isu-isu kebimbangansemasa, termasuk risiko kelembapan global, deflasiharga, pengurusan aliran modal, liberalisasi akaunmodal dan kestabilan kadar pertukaran. Langkah-langkah untuk menggalakkan pemantauan serantaudalam ASEAN+3 terus mencapai kemajuan, termasukmengadakan kajian ke atas modul untukmempertingkatkan keberkesanan proses pemantauan.

Satu lagi perkembangan penting dalam prosespemantauan ASEAN adalah dengan berlangsungnyaMesyuarat Gabenor Bank-bank Pusat ASEAN buatjulung kalinya di Yogyakarta pada bulan Julai 2002.Usaha-usaha ini melengkapkan kerja pemantauanyang dijalankan di peringkat antarabangsa danserantau yang lain, termasuk oleh IMF, Bank forInternational Settlements (BIS), Bank-bank Pusat AsiaTenggara (SEACEN)3 , Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik(APEC)4 dan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)5 .

Inisiatif dalam pembangunan kapasiti dan latihanterus kekal sebagai bidang yang penting dalamkerjasama serantau. Sehubungan dengan ini, PusatPenyelidikan dan Latihan SEACEN terus menjadiinstitusi utama dalam menjalankan penyelidikan danprogram latihan berkaitan dengan polisi kewangandan monetari, operasi perbankan pusat danpenyeliaan perbankan. Usaha untuk pembangunankapasiti juga terus diperkukuhkan dalampersidangan-persidangan lain, termasuk ASEM,Kumpulan Asia Tenggara, New Zealand dan Australia(SEANZA)6 dan Mesyuarat Eksekutif Bank-bank PusatAsia Timur dan Pasifik (EMEAP)7 . Inisiatif-inisiatiftersebut bertujuan untuk mempertingkatkanpembentukan kemahiran bank pusat supaya dapatmenjalankan tugas dengan lebih berkesan danmenghadapi cabaran-cabaran baru yang dibawa olehperubahan dalam persekitaran ekonomi dankewangan.

1 Merujuk kepada Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), yang terdiridaripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik RakyatLaos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Negeri Thai dan Vietnam.

2 Terdiri daripada ASEAN, Republik Rakyat China, Jepun dan Korea.3 Merujuk kepada Bank-bank Pusat Asia Tenggara, yang terdiri daripada bank-

bank pusat dari Indonesia, Korea, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal,Filipina, Singapura, Sri Lanka, China Taipei dan Negeri Thai.

4 Merujuk kepada kumpulan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, yang terdiridaripada Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Republik Rakyat China,Hong Kong China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand,Papua New Guinea, Peru, Filipina, Persekutuan Rusia, Singapura, China Taipei,Negeri Thai, Amerika Syarikat dan Vietnam.

5 Merujuk kepada negara-negara anggota Mesyuarat Asia-Eropah, yang terdiridaripada Austria, Belgium, Brunei Darussalam, Denmark, Finland, Perancis,Jerman, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Malaysia,Belanda, Republik Rakyat China, Filipina, Portugal, Singapura, Sepanyol,Sweden, Negeri Thai, United Kingdom, Vietnam dan Suruhanjaya Eropah.

6 Singkatan kepada Negara-negara Asia Tenggara, New Zealand dan Australia,yang terdiri daripada bank-bank pusat dari Australia, Bangladesh, RepublikRakyat China, Hong Kong China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Korea, MacauChina, Malaysia, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua NewGuinea, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Negeri Thai.

7 Merujuk kepada Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik,yang terdiri daripada bank-bank pusat dari Australia, Republik Rakyat China,Hong Kong China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina,Singapura dan Negeri Thai.

Kerjasama kewangan serantau bertambah kukuh pada tahun2002, dengan berlangsungnya Mesyuarat Gabenor Bank-bankPusat ASEAN. Kemajuan yang pesat turut dicapai dalampelaksanaan Inisiatif Chiang Mai (CMI).

Sepanjang tahun 2002, Bank Negara Malaysia jugamemainkan peranan sebagai salah sebuah agensiutama dalam kumpulan perunding Malaysia diPertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Malaysiaterus komited untuk meliberalisasikan lagi sektorperkhidmatan kewangan seperti yang telah digariskandalam Pelan Induk Sektor Kewangan. Dalam bidangkerjasama dua hala, Bank Negara Malaysia terusmenggalakkan perjanjian Peraturan Pembayaran DuaHala sebagai mekanisme untuk mempertingkatkanperdagangan dengan pasaran bukan tradisional sertamemajukan Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

KERJASAMA KEWANGAN ANTARABANGSA

Lembaga Perkhidmatan Kewangan IslamSatu peristiwa penting dalam kerjasama kewangan diperingkat antarabangsa adalah dengan tertubuhnya

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (LPKI) diKuala Lumpur pada bulan November 2002. PenubuhanBank Pembangunan Islam pada tahun 1975 danOrganisasi Perakaunan dan Pengauditan InstitusiKewangan Islam pada tahun 1990 serta LPKI padatahun 2002, menyediakan asas bagi menggalakkanperkembangan sistem kewangan Islam yang teguh danstabil dan kesepaduannya merupakan satu komponenyang berdaya maju dalam sistem kewanganantarabangsa. LPKI akan berperanan sebagai satupersatuan yang merangkumi bank-bank pusat, pihak-pihak berkuasa kewangan dan institusi-institusi lainyang bertanggungjawab dalam penyeliaan danpengawalan perkhidmatan kewangan Islam.

Page 4: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

236

LPKI berfungsi untuk membangun dan menyebarkanpiawaian dan peraturan-peraturan yang diterima pakaioleh masyarakat sedunia, menentu dan menyebarkanpiawaian dan prinsip-prinsip utama pengawalseliaan,di samping pemakaian piawaian antarabangsa yangsedia ada bagi penyeliaan dan pengawalan industrikewangan Islam selaras dengan prinsip-prinsipSyariah. Pemakaian piawaian dan peraturan-peraturantersebut oleh negara-negara anggota adalah secarasukarela. LPKI juga akan bekerjasama dengan badanpenetapan piawaian lain dalam meningkatkankestabilan monetari dan kewangan. LPKI berhasratuntuk menggalakkan amalan-amalan terbaik dalamperkhidmatan kewangan Islam dengan menyediakanbantuan teknikal, penyelidikan dan latihan. Sembilanahli yang mengasaskan LPKI adalah terdiri daripadaBahrain Monetary Agency, Bank Indonesia, BankMarkazi Jomhouri Islami Iran, Central Bank of Kuwait,Bank Negara Malaysia, State Bank of Pakistan, SaudiArabian Monetary Agency, Bank of Sudan dan BankPembangunan Islam. Malaysia telah diberipenghormatan untuk menjadi negara tuan rumahLPKI di Kuala Lumpur. LPKI telah memulakan operasipada awal tahun 2003 melalui pejabatnya di BankNegara Malaysia. Bangunan pejabat tetap LPKI yangbaru masih di peringkat perancangan dan dijangkasiap pada tahun 2005.

Setiausaha Agung LPKI telah dilantik dan akanmemulakan tugas pada awal tahun 2003 bagi jangkamasa tiga tahun. LPKI akan diurus oleh Majlis LPKIyang melapor kepada ahli-ahli LPKI pada PerhimpunanAgung. Majlis tersebut dibantu oleh Sekretariat yangdiketuai oleh Setiausaha Agung dan sebuahJawatankuasa Teknikal.

Pemantauan Serantau dan Pelbagai HalaDalam keadaan ketidaktentuan yang meningkatdalam ekonomi global, pemantauan serantaumenjadi semakin penting pada tahun 2002.Pemantauan serantau merupakan pelengkap yangpenting kepada pemantauan oleh IMF melaluimekanisme perundingan Artikel IV. Memandangkanwujudnya ketidaktentuan global, pemantauandiperlukan di peringkat serantau dan jugaantarabangsa. Di peringkat serantau, terdapatpersetujuan di kalangan ASEAN dan ASEAN+3 supayapemantauan serantau dipertingkatkan daripadaamalan sekarang yang hanya mengenengahkan isu-isu yang membimbangkan. Pemantauan serantaudilaksanakan di kedua-dua ASEAN dan ASEAN+3serta di mesyuarat serantau EMEAP dan SEACEN.Mesyuarat-mesyuarat ini memberi tumpuan kepadadasar makroekonomi dan struktur yang dilaksanakan

oleh negara anggota. Forum tersebut turut memberipeluang untuk bertukar pendapat berkenaan isu-isuyang membimbangkan di peringkat kebangsaan sertaserantau. Di samping itu, bagi membantu mengesanrisiko-risiko dan cabaran-cabaran yang baru muncul diperingkat awal, pertukaran pendapat tentang inisiatifdasar berfungsi sebagai satu cara pemantauan antaraanggota di kalangan ekonomi serantau. Tujuannyaialah untuk mengkaji semula dasar-dasar secaraberterusan bagi meningkatkan ketahanan terhadapkejutan dari luar negara. Tumpuan juga diberi dalammeningkatkan kerjasama serta penyelarasan dikalangan ekonomi serantau untuk menggalakkanpertumbuhan daripada sumber-sumber dalam negeri.Memandangkan pertumbuhan perdagangan serantaumenyumbang kepada pengukuhan ekonomi padatahun 2002, usaha untuk meneguhkan lagipenyusunan semula struktur dan inisiatif-inisiatif baruuntuk meningkatkan sumber-sumber pertumbuhanserantau akan meningkatkan ketahanan untukmenghadapi ketidaktentuan global.

Satu perkara penting dalam perbincangan berkenaanpemantauan pelbagai hala pada tahun 2002adalah penyelarasan dasar di kalangan negara-negaraperindustrian utama. Jawatankuasa Monetari danKewangan Antarabangsa IMF menggesa negara-negara perindustrian utama untuk menerima pakaidasar-dasar yang menggalakkan pertumbuhan dankestabilan global. Negara-negara anggota digesauntuk mengelak daripada mengamalkan dasar-dasaryang mungkin membawa kesan buruk kepadaekonomi-ekonomi lain. Adalah diperakui bahawa asaskewangan dan makroekonomi di Asia, termasukMalaysia, bertambah kukuh dan telah meningkatkankeupayaan untuk menangani cabaran-cabaran yangberpunca daripada persekitaran luar negara yangkurang baik.

Isu-isu Pemantauan TerpilihMemandangkan tekanan deflasi telah mula munculdalam persekitaran global, ekonomi serantaumengambil sikap berjaga-jaga dalam melaksanakandasar pemulihan awalan untuk menangani sebarangkecenderungan deflasi terhadap ekonomi dalam negeri.Pembentukan petunjuk-petunjuk keadaan mudahterjejas dan keutuhan diberi keutamaan dalammengukuhkan pemantauan. Terdapat jugapengawasan lebih rapi dan pertukaran maklumatmengenai aliran modal yang dianggap penting bagipemantauan berhemat makro yang berkesan diperingkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.Pembentukan petunjuk-petunjuk yang bercirikanpandangan ke hadapan mengenai arah aliran

Page 5: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

237

Hubungan Luar Negara

modal juga digunakan sebagai amaran awalkepada risiko-risiko dan keadaan mudah terjejasyang akan dihadapi.

Mengenai isu pengurusan kadar pertukaran,telah wujud kesepakatan antarabangsa bahawatidak ada satu rejim kadar pertukaran yang sesuaiuntuk semua negara dalam semua keadaan. Padaumumnya, adalah dipersetujui bahawakebolehtahanan sebarang kadar pertukaran adalahbergantung kepada asas yang kukuh serta dasarmakroekonomi dan struktur yang teguh,berbanding dengan “penyelesaian dua penjuru”rejim kadar pertukaran tetap atau kadar pertukaranboleh ubah. Turut ditegaskan pada tahun tersebutadalah mengenai pentingnya kestabilan mata wangutama serta mata wang utama serantau dalammengekalkan kestabilan di pasaran kewangan serantau.

Perbincangan di peringkat antarabangsa berkenaaninstitusi berleveraj tinggi mengambil maklumbahawa walaupun aktiviti dana lindung nilai telahberkembang beberapa tahun kebelakangan ini, saizdan leveraj purata dana lindung nilai telahmenurun, sementara ketelusan serta pengawasanmenyeluruh telah meningkat. Namun begitu,pemantauan berterusan terhadap aktiviti-aktivitidana lindung nilai adalah penting untukmengekalkan kestabilan kewangan.

Isu berkaitan dengan liberalisasi akaun modal secaraberperingkat yang sesuai begitu mendapat tumpuandi forum antarabangsa dan serantau pada tahun 2002.Bank Negara Malaysia telah mengambil bahagiandalam satu seminar yang dianjurkan bersama oleh BISdan Pentadbiran Negeri bagi Pertukaran Asing RepublikRakyat China, di Beijing pada bulan September 2002.Malaysia telah membentangkan kertas kerja mengenaipengalamannya dalam pengurusan aliran ekuitisemenjak krisis Asia di seminar tersebut, denganmenekankan bahawa walaupun kawalan modal telahmembantu dalam penyusunan semula, namun iabukanlah merupakan pengganti kepada dasar yangutuh. Kawalan tersebut dilaksanakan untuk mencapaibeberapa objektif yang tertentu. Pelaksanaan kawalanyang fleksibel dan pragmatik adalah penting untukmenentukan kejayaannya. Pengalaman Malaysia turutdibentangkan di Seminar Peringkat Tinggi ASEAN+3dalam Pengurusan Aliran Modal Jangka Pendek danLiberalisasi Akaun Modal di Beijing pada bulan

Pemantauan pelbagai hala memerlukan penyelarasan yang lebihmeluas di kalangan negara-negara utama untuk menggalakkanpertumbuhan dan kestabilan.

Oktober 2002, yang menerangkan mengenaiperubahan dalam corak aliran modal ke Malaysia,prinsip-prinsip kawalan pertukaran asing di Malaysiadan strategi pencegahan krisis.

Kerja-kerja pengawasan aliran modal di kalangannegara-negara SEACEN juga mencapai kemajuanpada tahun 2002 dengan pertukaran maklumatsecara tetap melalui templat data yang seragam.Proses ini dipertingkatkan lagi pada tahun 2002dengan memperkenalkan sistem penilaian tetap bagimaklumat tersebut. Pada bulan November,perkongsian data diperluaskan kepada perbincanganmelalui sidang mengenai perkembangan aliran modaldi rantau ini dan risiko-risiko yang akan muncul.Sepanjang tahun 2002, fokus forum antarabangsaturut tertumpu kepada usaha untuk mengukuhkankestabilan dan keutuhan sistem kewangan

tempatan. Ini adalah kerana kesedaran terhadapkepentingan peranan sistem kewangan yang kukuhdan teguh dalam pencegahan krisis dan untukmenyokong pertumbuhan yang mapan. Usaha-usahapenyusunan semula di Asia yang dilaksanakanselepas krisis 1997 telah menghasilkan perubahanpositif dan meletakkan sistem kewangan Asia ditahap yang lebih kukuh untuk menghadapi suasanaketidaktentuan global pada tahun 2003.

Penyusunan dan penstrukturan semula sektorkewangan terus menjadi agenda utama dalam prosespemantauan antarabangsa dan serantau.Isu ini diberi keutamaan dalam Mesyuarat Gabenor-gabenor EMEAP yang dianjurkan oleh Bank NegaraMalaysia di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2002.Antara isu yang dibincangkan di beberapa forumserantau adalah berkenaan dengan pematuhanterhadap 12 Piawaian Utama dan Kod untukMenguatkan Sistem Kewangan Tempatan yangdisarankan oleh Forum Kestabilan Kewangan, dankebimbangan berkaitan dengan pelaksanaan PerjanjianModal Basel II bagi ekonomi-ekonomi di rantau ini. Isu-isu ini dibincangkan dalam dialog di antara KumpulanKerja EMEAP mengenai Penyeliaan Perbankan danpegawai-pegawai kanan dari Jawatankuasa Baselmengenai Penyeliaan Perbankan (BCBS) di KualaLumpur pada bulan Ogos 2002. Satu keputusanpenting hasil perbincangan tersebut adalahpersetujuan am oleh BCBS untuk memastikanfleksibiliti dalam pelaksanaan Basel II dan untuk

Page 6: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

238

Penyusunan semula struktur kewangan antarabangsa tertumpupada usaha pencegahan dan penyelesaian krisis. Pencapaianmasih terhad pada isu urus tadbir.

INISIATIF PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA (PSI)

April 2002:• Perbendaharaan A.S. mencadangkan satu pendekatan yang bukan bersepadu dan berorientasikan

pasaran, melalui penggunaan klausa tindakan kolektif (CAC), dalam penstrukturan semula hutang negara.• IMF memperbaharui rangka kerja asalnya yang dibentangkan pada bulan November 2001, dengan

mengenal pasti syarat penstrukturan majoriti sebagai ciri utama. Peraturan yang berasingan untukmengesahkan tuntutan si piutang, resolusi bercanggah dan undian penyeliaan adalah perlu untukmembolehkan ciri-ciri ini digunakan. Dengan yang demikian, pendekatan berkanun yang dicapai melaluikeperluan perjanjian universal yang boleh dibentuk melalui pindaan dalam Artikel Perjanjian IMF adalahwajar.

• Kumpulan Tujuh menerima pakai Pelan Bertindak yang bersepadu untuk mempertingkatkan keupayaanmeramalkan tindakan dasar rasmi bagi pasaran baru muncul. Pelan Bertindak ini menyokong penggunaanCAC serta pendekatan berkanun IMF terhadap penstrukturan semula hutang negara memandangkankedua-duanya dianggap saling melengkapi dan saling mengukuhkan.

• Dalam pelan bertindak untuk mengukuhkan pembiayaan pasaran baru muncul, Institut KewanganAntarabangsa mencadangkan penubuhan Kumpulan Perunding Sektor Swasta bagi menyediakan satumekanisme merangka dialog mengenai kes-kes krisis individu dalam usaha mengekalkan keyakinan parapelabur dan sekiranya perlu, membantu pelaksanaan penstrukturan semula secara teratur.

Jun 2002: • IMF memperkenalkan pendekatan dua cara, dengan menggabungkan penggunaan CAC dan pendekatan

berkanun melalui satu keperluan perjanjian, yang boleh dicapai dengan membuat pindaan di dalamArtikel Perjanjian IMF, bagi membentuk satu mekanisme penstrukturan semula hutang negara. Tambahanlagi, penubuhan sebuah forum penyelesaian percanggahan yang eksklusif, yang tidak mempunyaiperkaitan dengan IMF, akan dibentuk untuk menyelesaikan percanggahan di antara si piutang dengansi peminjam secara adil.

• Ketua enam buah kumpulan institusi kewangan swasta telah mengeluarkan satu set prinsip-prinsip umumbagi pengurusan krisis di pasaran baru muncul, yang melibatkan penggunaan lebih banyak CAC di dalamkontrak hutang negara.

September 2002:• Kumpulan Kerja Kumpulan Sepuluh mengenai Klausa Berkontrak telah bersidang untuk

mendokumentasikan kontrak hutang negara.

mengkaji semula isu-isu tertentu berkaitan denganpengiktirafan cagaran, cara-cara mengendali pinjamanindustri kecil dan sederhana dan risiko operasi.

Di samping perbincangan berkenaan pemantauanpelbagai hala dan pengukuhan sistem kewangantempatan, penyusunan semula StrukturKewangan Antarabangsa (IFA) merupakan satu lagiisu penting dalam agenda mesyuarat antarabangsapada tahun 2002. Terdapat beberapa kemajuan yang

diperoleh dalam usaha menggalakkan pencegahankrisis dan penglibatan sektor swasta dalampenyelesaian krisis. Namun begitu, pencapaian masihterhad kepada penyusunan semula dalam perkara-perkara yang merupakan teras IFA, terutamanya dalamisu urus tadbir global dan akauntabiliti.

Isu struktur kewangan antarabangsa pada tahun2002 kebanyakannya tertumpu kepada usaha-usaha pencegahan krisis dan memperkukuhkanpemantauan pelbagai hala. Khususnya, langkah-langkah yang berkaitan dengan Program PenilaianSektor Kewangan (FSAP) dan Laporan PematuhanPiawaian dan Kod, dan peningkatan integrasinya kedalam proses pemantauan secara keseluruhan olehIMF. Sebanyak 44 buah negara telah

menyempurnakan proses pemantauan FSAP pada

akhir tahun 2002. Sementara itu, 51 buah negaralagi telah menyatakan komitmen untuk mengambilbahagian dalam proses FSAP sebagai sebahagiandaripada proses pemantauan IMF, yang mana 21daripadanya sedang dijalankan.

Page 7: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

239

Hubungan Luar Negara

Pada tahun 2002, banyak kemajuan yang dicapaidalam penyusunan semula IFA untuk menggalakkanpenglibatan sektor swasta (PSI) dalampenyelesaian krisis. Cadangan awal Amerika Syarikatpada bulan April untuk menggunakan pendekatan“berorientasikan pasaran” dalam menstruktur semulahutang negara melalui penggunaan klausa tindakankolektif (CAC) telah dilengkapi oleh satu pelan IMFmelalui pendekatan berkanun mengenai mekanismepenstrukturan semula hutang negara (SDRM).Usaha-usaha mengenai PSI dianggap penting bagimembentuk satu rangka kerja yang lebih tersusun danboleh dijangkakan dalam menstruktur semula hutangnegara. Walaupun terdapat banyak isu, termasuk isuperundangan dan politik, yang perlu diselesaikan,masyarakat antarabangsa telah bersetuju untukmengambil pendekatan “dua cara” dengan

IMF mengakui keberkesanan dasar makroekonomi Malaysia yangtelah membantu negara menangani kesan kemelesetan globaldan membentuk asas bagi perkembangan ekonomi yang positif.IMF telah memasukkan Malaysia ke dalam Pelan TransaksiKewangan IMF.

tumpuan diberikan bagi menyelesaikan isu-isupelaksanaan CAC dan SDRM.

Garis panduan baru mengenai syarat-syarat IMFtelah diperkenalkan pada bulan September 2002sebagai sebahagian daripada penyusunan semulaIMF. Ini bertujuan untuk menyelaraskan syarat-syaratIMF bagi menggalakkan pemilikan negara yang lebihbaik, serta mempertingkatkan keberkesanan dankejayaan program IMF. Garis panduan baru inimenekankan keperluan untuk mempertingkatkanpenyusunan semula pemilikan negara;menumpukan syarat kepada hal-hal yang kritikalbagi mencapai objektif makroekonomi sesebuahprogram; mengambil kira suasana tertentu baginegara; dan membuat pengagihan liputan yang lebihjelas di antara institusi kewangan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, tidak banyak kemajuandiperoleh dalam menangani isu urus tadbir IMF.Tiada kata sepakat dicapai untuk meminda kuotaIMF semasa Kajian Semula Am ke 12 mengenaiKuota yang berakhir pada bulan Januari 2003.Lembaga Eksekutif IMF dijangka meneruskanperbincangan mengenai perkara ini dalam KajianSemula Am ke 13 mengenai Kuota. Kajian semulayang lebih mendalam mengenai keperluanmeminda kuota IMF perlu dibuat untuk memastikanIMF mempunyai sumber yang mencukupi. Kuota

perbankan dan korporat, serta pencegahanpengubahan wang haram dan langkah-langkahmemerangi pembiayaan kewangan untukpengganas. Mengenai isu kadar pertukaran, IMFmengakui bahawa kadar pertukaran tetap ringgitberada di tahap yang sesuai dengan disokong olehasas yang kukuh dan menjadi tunjang kestabilan.Ramai Ahli Lembaga Pengarah menyokong langkahmengekalkan dasar semasa dengan kadarpertukaran tetap sebagai tunggak kestabilan.Malaysia mengambil perhatian akan beberapapandangan yang berbeza oleh IMF yangberpendapat bahawa kadar pertukaran perlu lebihfleksibel. Walaupun demikian, Malaysiamenekankan bahawa kadar pertukaran tetap telahmembantu kejayaan negara serta disokong olehasas yang kukuh.

Bagi Malaysia, pemantauan oleh IMF dilaksanakanmelalui proses perundingan Artikel IV. Sepasukananggota IMF juga telah melawat Pusat KewanganAntarabangsa Luar Pesisir Labuan untuk menilaisejauh mana peraturan mengenai pengawalan danpenyeliaan di sektor kewangan luar pesisir Labuanmematuhi piawaian yang diterima pakai diperingkat antarabangsa.

Pengiktirafan bahawa Malaysia mempunyai asasekonomi serta kedudukan imbangan pembayaran

IMF juga perlu diselaraskan untuk mencerminkanperkembangan terkini dalam ekonomi global, disamping menyokong struktur undian yang lebihseimbang di IMF.

HUBUNGAN LUAR NEGARA DENGAN IMF

Semasa perbincangan tahunan pemantauan duahala dengan Malaysia pada tahun 2002, IMFmengakui bahawa strategi dasar makroekonomiMalaysia telah membantu negara menangani kesankemelesetan global dan membentuk asas bagiperkembangan ekonomi yang positif. IMF mengalu-alukan pelan pengukuhan fiskal Malaysia,pembentukan rangka kerja monetari yang lebihberorientasikan pasaran, pelaksanaan penuh PelanInduk Sektor Kewangan, penyusunan semula sektor

Page 8: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

240

Jangka Masa Rundingan WTO Mengenai Perdagangan Perkhidmatan

25 Februari 2000 28 Mac 2001 9-14 November 2001 30 Jun 2002 31 Mac 2003 1 Januari 2005

Ahli WTO telah merundingkanperaturan dan disiplin baru berkenaanbeberapa peruntukan yang spesifikdalam Perjanjian Am mengenaiPerdagangan Perkhidmatan semasaperingkat "merangka peraturan"rundingan sektor perkhidmatan

Malaysia telahmenerima banyakpermohonandaripada rakandagangan bagipembukaanpasaran,termasukbagi sektorperkhidmatankewangan

PERINGKAT “PERMOHONAN DAN TAWARAN”PERINGKAT “MERANGKA PERATURAN”

Rundingan pusinganbaru bagi sektorperkhidmatan telahdilancarkan secararasmi

Pusingan barurundinganperdagangan pelbagaihala dilancarkan, yangdikenali sebagaiAgenda PembangunanDoha

Ahli WTOmengemukakanpermohonanawalan untukpembukaanpasaran kepadarakan dagangan

Ahli WTOmembuat tawaranawalan untukpembukaanpasaran kepadarakan dagangan

Rundingansektorperkhidmatandijadualkantamat

Tarikh akhir sepertimanayang telah dipersetujui dibawah AgendaPembangunan Doha

Rundingan peringkat"permohanan dantawaran" bermulaapabila ahli WTOmenerima pakai garispanduan rundingan

▼ ▼ ▼ ▼ ▼ ▼

Ahli WTO telah mengemukakan cadanganrundingan, dengan mengenalpasti secarameluas bidang dalam pelbagai sektorperkhidmatan, termasuk sektorperkhidmatan kewangan, semasarundingan

Penyertaan asing dalam sektor perkhidmatan kewangan telahdiperluaskan untuk merangkumi penyertaan melalui perikatanstrategik dengan entiti tempatan.

yang kukuh terbukti apabila Malaysiadimasukkan ke dalam Pelan TransaksiKewangan (FTP) bagi tempoh September -November 2002 dan Disember 2002 - Februari2003. Di bawah FTP, negara-negara anggota IMFterpilih yang mempunyai imbangan pembayarandan kedudukan rizab yang kukuh akan dimintauntuk menyediakan sumber pertukaran asing bagimenyokong urusan kewangan IMF. KemasukanMalaysia ke dalam FTP adalah berdasarkan kepadapenilaian IMF mengenai ramalan ekonomi

Malaysia yang positif, serta keyakinan bahawakedudukan kewangan Malaysia adalah kukuhuntuk diminta menyokong urusan kewangan IMF.

Sebagai memenuhi permintaan IMF, pegawai-pegawaiBank Negara Malaysia telah menyertai misi IMF ke Mesirdan Zambia untuk membantu FSAP, khususnya dalambidang penyeliaan perbankan dan juga perbankan Islam.

LIBERALISASI SEKTOR KEWANGAN

Pertubuhan Perdagangan SeduniaRundingan untuk meliberalisasikan lagi sektorperkhidmatan, termasuk sektor perkhidmatankewangan, terus dijalankan di WTO. Rundingan

tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 25Februari 2000 dan terus menjadi sebahagiandaripada Agenda Pembangunan Doha8 denganpelancaran pusingan baru rundingan perdaganganpelbagai hala di Persidangan Menteri WTO yangKeempat di Doha, Qatar, pada 9-14 November2001. Menjelang akhir bulan Mac 2003, rundingansektor perkhidmatan akan menamatkan dua tahunperingkat “permohonan dan tawaran” semenjakdimulakan pada 28 Mac 2001. Rundingan iniadalah berdasarkan permohonan yang dibuat oleh

negara anggota kepada rakan dagangannya, dantawaran yang diberikan oleh rakan dagangan tersebut.

Bank Negara Malaysia terus terlibat sebagai agensiutama dalam pasukan rundingan WTO Malaysiapada tahun 2002. Tahun tersebut menyaksikanMalaysia menerima jumlah permohonan yangbanyak daripada rakan-rakan dagangannya bagipembukaan pasaran dalam sektor perkhidmatan,terutamanya dalam sektor perkhidmatankewangan. Buat pertama kalinya, Malaysia telahmengemukakan permohonan kepada beberaparakan perdagangan untuk meliberalisasikan lagi

8 Sila rujuk Laporan Tahunan 2001 Bank Negara Malaysia untuk maklumatlanjut berkenaan Agenda Pembangunan Doha.

Page 9: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

241

Hubungan Luar Negara

sektor perkhidmatan mereka, termasuk dalambidang perkhidmatan kewangan.

Penyertaan asing pada lazimnya adalah tinggi dalamsektor kewangan dalam negeri Malaysia. KomitmenMalaysia terhadap liberalisasi di bawah Perjanjian Ammengenai Perdagangan Perkhidmatan (GATS) terusmencerminkan dasar semasa mengenai penyertaanasing. Di sektor perbankan, komitmen untukpenyertaan asing dikekalkan pada had agregatmaksimum sebanyak 30% daripada jumlah ekuitidalam institusi perbankan tempatan. Di sektorinsurans, pemegang saham asing yang sedia adadibenarkan untuk meningkatkan pegangan mereka,tertakluk kepada had maksimum 51% ekuiti syarikatinsurans berkenaan. Kemasukan baru syarikatinsurans asing juga dibenarkan melalui penyertaansehingga 30% daripada jumlah ekuiti dalam syarikatinsurans yang diperbadankan di Malaysia.

Dasar meliberalisasikan sektor perkhidmatankewangan telah menyumbang kepada kehadiranpembekal perkhidmatan asing yang tinggi dalamsektor kewangan Malaysia. Selaras dengankomitmen di WTO, 13 buah bank milik penuhrakyat asing terus beroperasi di Malaysia. Disamping itu, secara purata, rakyat asing memilikisebanyak 23% daripada jumlah ekuiti empat buahbank milik tempatan pada akhir tahun 2002. Secarakeseluruhannya, rakyat asing menguasai kira-kira33% daripada jumlah aset bank perdagangan. Disektor insurans, daripada sejumlah 54 syarikatinsurans, 23 syarikat insurans dimiliki secara majoritioleh rakyat asing. Penguasaan pasaran oleh rakyatasing dalam industri insurans kekal tinggi denganmencakup sebanyak 77% daripada premiuminsurans hayat dan 40% daripada premium insuransam. Selain daripada penyertaan ekuiti, penyertaanasing juga terdapat dalam bentuk yang lain, sepertimelalui perikatan strategik bersama entiti tempatan.Di sektor insurans, terdapat 10 peraturanbankasurans yang melibatkan bank milik asing yangdiperbadankan di Malaysia, dengan sembilandaripadanya ditubuhkan bersama syarikat insuransmilik tempatan. Perbincangan mengenai perikatanstrategik di sektor perbankan sedang berjalan.

Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenaiPerkhidmatan“Protokol untuk Melaksanakan Pakej KeduaKomitmen Perkhidmatan Kewangan” telahditandatangani oleh Menteri Kewangan ASEAN dimesyuarat mereka pada 5-6 April 2002, setelahtamatnya rundingan perkhidmatan kewangan

pusingan kedua di bawah Perjanjian Rangka KerjaASEAN mengenai Perkhidmatan (AFAS).Ini menandakan kejayaan pelaksanaan komitmenGATS-plus ahli ASEAN terhadap perkhidmatankewangan (iaitu, langkah liberalisasi melebihikomitmen yang dibuat di bawah GATS). Sepertipusingan pertama rundingan di bawah AFAS, yangtamat pada tahun 1998, Malaysia telah menyatakankomitmennya dalam bidang penggajian ekspatriat.

Pusingan ketiga rundingan sektor perkhidmatankewangan di bawah AFAS juga telah dilancarkan diMesyuarat Menteri Kewangan ASEAN. Ia bermula padatahun 2002 dan dijangka tamat pada tahun 2004.Rundingan untuk meliberalisasikan lagi sektorperkhidmatan kewangan di kalangan negara ASEANakan dilaksanakan oleh “Jawatankuasa Kerja mengenaiLiberalisasi Kewangan ASEAN di bawah AFAS”.

KERJASAMA SERANTAU

Pada tahun 2002, APEC, ASEM, Kumpulan Lapan(D-8)9, SEANZA dan EMEAP meneruskanperbincangan mereka mengenai dasar. Usaha-usahakerjasama ini telah memberi peluang kepadapenggubal dasar serantau untuk bertukar-tukarpengalaman dan pengetahuan teknikal dalambidang yang berkaitan dengan pembangunan dankestabilan sektor kewangan. Bidang-bidangtersebut merangkumi pembangunan sistempembayaran, memerangi pengubahan wang haramdan pembiayaan aktiviti pengganas, disiplin pasarankewangan serta insurans konvensional dan Islam.

Dalam perbincangan di peringkat ASEAN danASEAN+3, tumpuan telah ditujukan ke arahmempertingkatkan pemantauan ekonomi dankewangan serantau berikutan meningkatnyarisiko dan ketidaktentuan dalam persekitaranglobal. Isu-isu pemantauan termasuklah pengurusanmakroekonomi bagi ekonomi serantau, liberalisasi,penurunan harga sedunia dan kestabilankewangan. Proses pemantauan serantau adalahpenting untuk mengenal pasti isu-isu berbangkitdan masalah yang bakal muncul bagi membolehkanekonomi serantau mengambil tindakan pembetulansegera di peringkat negara dan secara bersama diperingkat serantau. Perbincangan tersebut telahmeningkatkan kesedaran di kalangan ekonomiserantau mengenai keperluan untuk mengamalkansikap berhati-hati dalam mengukuhkan kerjasamakewangan serantau.

9 Merujuk kepada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistandan Turki.

Page 10: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

242

Sehubungan dengan itu, Timbalan Kewangan danBank Pusat ASEAN+3 telah bersetuju untukmemberi lebih perhatian terhadap isu-isu pemantauanserantau. Bagi tujuan ini, mesyuarat tambahan akandiadakan pada separuh tahun kedua setiap tahununtuk menumpukan perbincangan mengenai penilaianantara anggota dan isu-isu berhubung dasar. Ini adalahselaras dengan cadangan “Kumpulan Kerja ASEAN+3untuk Mengkaji Langkah-langkah bagiMempertingkatkan Keberkesanan Ulasan Ekonomi danPerbincangan Dasar” yang dipengerusikan bersamaoleh Kementerian Kewangan, Jepun dan Bank NegaraMalaysia. Di samping itu, Timbalan Kewangan danBank Pusat juga mengadakan perbincangan mengenaimodul yang dijangka dapat diterimapakai untukmempertingkatkan lagi pemantauan serantau danproses penilaian antara anggota.

Rangkaian Peraturan Swap Dua Hala (BSA) di bawah CMI telahdiperluaskan lagi dengan termeterainya 12 BSA bernilai AS$31.5bilion pada akhir bulan Februari 2003 dan boleh digunakan olehnegara-negara anggota ASEAN+3 sekiranya diperlukan.Pada tahun 2002, Gabenor-gabenor Bank PusatASEAN mengadakan mesyuarat buat julungkalinya di Yogyakarta pada 29 Julai 2002.Mesyuarat Gabenor-gabenor Bank Pusat ASEANini akan melengkapkan proses pemantauan yangdijalankan di bawah proses Menteri-menteriKewangan ASEAN. Pada mesyuarat tersebut,Gabenor-gabenor telah membuat kesimpulanbahawa penekanan yang lebih harus diberikan keatas kajian semula proses penyeliaan sistemkewangan serta penyelarasan dan kerjasamamerentasi sempadan yang lebih rapi di kalanganpara penyelia.

Pada Persidangan ke-10 Bank Pusat ASEAN (ACBF)yang telah diadakan di Yangon, Myanmar pada 21Oktober 2002, Bank Negara Malaysia, sebagaiPengerusi kepada Pasukan Petugas Mata Wang danMekanisme Pertukaran Asing ASEAN, telahmemberi taklimat kepada Timbalan ACBF mengenairumusan dan cadangan Pasukan Petugas berkenaandengan kesesuaian, prasyarat dan peraturaninstitusi yang diperlukan dalam menerimapakaiperaturan mata wang tunggal. Laporan tersebutmenyediakan penilaian yang menyeluruh terhadapkos dan faedah serta kesesuaian ASEAN untukmempunyai mata wang tunggal, serta prasyarat dantahap integrasi serantau yang diperlukan ke arahmencapai matlamat mata wang tunggal. Laporanini telah diterima dengan baik oleh ACBF, dan akandibentangkan pada Mesyuarat Menteri-menteri

Kewangan ASEAN yang diadakan di Manila padabulan April 2003.

Sejajar dengan proses pemantauan, negara-negaraanggota ASEAN+3 telah mencapai kemajuan dalammemperluaskan rangkaian CMI pada tahun 2002.Selaras dengan objektif CMI untuk menyediakanbantuan kewangan jangka pendek yang bertepatanpada masanya kepada negara-negara anggota yangmengalami masalah mudah tunai sementara, BankNegara Malaysia telah menandatangani PerjanjianPeraturan Swap Dua Hala (BSA) bernilai AS$1 biliondengan Bank of Korea pada 26 Julai 2002 dan AS$1.5bilion dengan People’s Bank of China pada 9 Oktober2002. Pada akhir bulan Februari 2003, negara-negaraASEAN+3 sebagai satu kumpulan, telah menubuhkanrangkaian 12 BSA dengan nilai keseluruhan berjumlah

AS$31.5 bilion, yang boleh digunakan olehnegara-negara anggota sekiranya diperlukan.

Kerjasama dalam pembangunan kapasiti danlatihan terus menjadi isu yang dibincangkan dipersidangan serantau pada tahun 2002. PusatPenyelidikan dan Latihan SEACEN, sebuah institusilatihan ulung di rantau ini, terus menyediakanlatihan khusus mengenai aspek-aspek dasar danoperasi bank-bank pusat, khususnya mengenaipenyeliaan perbankan. Pada tahun 2002, sasaranbidang latihan SEACEN adalah dalam bidang yangberkaitan dengan cabaran-cabaran semasa yangdihadapi oleh bank-bank pusat, seperti pengurusanrisiko kredit dan keperluan modal Basel II. Program-program yang dikendalikan oleh SEACEN telahmembolehkan lebih ramai kakitangan bank-bankpusat melengkapkan diri dengan kemahiran danpengetahuan yang diperlukan untuk menanganicabaran-cabaran yang dibawa oleh arus inovasi danliberalisasi sektor kewangan dengan lebih baik.SEACEN juga turut bekerjasama dengan BankPembangunan Asia (ADB) untuk melaksanakaninisiatif APEC dengan menyediakan program latihanmengenai penyeliaan perbankan untuk negara-negara anggota APEC. Dalam hal ini, Malaysia telahmenganjurkan Seminar Ketiga “SEACEN/Fed/WorldBank/APEC” untuk Penyelia-penyelia Kanan Bankdari kumpulan ekonomi Asia Pasifik, danPersidangan Keempat “SEACEN/World Bank/APEC”untuk Pengarah-pengarah Penyeliaan.

Page 11: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

243

Hubungan Luar Negara

Korea

Jepun

RepublikRakyatChina

Malaysia Indonesia Filipina Negeri Thai Republik RakyatChina

Korea Jepun

5 Oktober 20011

(AS$1 bilion)

26 Julai 20022

(AS$1 bilion)

9 Oktober 20021

(AS$1.5 bilion)

17 Februari 20031

(AS$3 bilion)27 Ogos 20011

(AS$3 bilion)

9 Ogos 20022

(AS$1 bilion)

30 Julai 20011

(AS$3 bilion)

25 Jun 20022

(AS$1 bilion)

6 Disember 20011

(AS$2 bilion)

28 Mac 20022

(AS$3 bilion)

24 Jun 20022

(AS$2 bilion)

4 Julai 20011

(AS$2 bilion)

24 Jun 20022

(AS$2 bilion)

4 Julai 20011

(AS$2 bilion)

28 Mac 20022

(AS$3 bilion)

Tarikh adalah merujuk kepada tarikh setiap perjanjian ditandatangani, manakala jumlah maksimum penggunaan bagi setiap perjanjianadalah di dalam kurungan. Saiz keseluruhan 12 perjanjian peraturan swap dua hala (BSA) berjumlah AS$31.5 bilion (berdasarkanperuntukan keseluruhan di bawah BSA tersebut, di mana jumlah maksimum penggunaan di bawah peraturan swap dua arah digandadua untuk menggambarkan jumlah swap yang tersedia kepada kedua-dua pihak di bawah perjanjian yang berkenaan).

1 Peraturan swap satu arah adalah di mana negara peminta dalam perjanjian tersebut boleh meminta negara pembekal swap supayaberurusan dengannya dalam transaksi swap

2 Peraturan swap dua arah adalah di mana kedua-dua pihak boleh meminta pihak satu yang lain untuk saling berurusan dalam transaksiswap di bawah perjanjian tersebut

Perjanjian yang telah ditandatangani di antara negara-negara "Plus Three" (Republik Rakyat China, Jepun dan Korea) dan negara ASEAN

Perjanjian yang telah ditandatangani di kalangan negara-negara "Plus Three"

Nota: Penanda warna yang sepadan menunjukkan perjanjian yang telah ditandatangani di antara dua negara "Plus Three" yang sama

Perjanjian Peraturan Swap Dua Hala di bawah Inisiatif Chiang Mai

Bank Negara Malaysia terus mentadbir SkimBiasiswa Tabung Amanah SEACEN yang memberipeluang kepada pegawai-pegawai bank-bank pusat

Para Gabenor EMEAP bersetuju untuk meningkatkan lagikerjasama kewangan, manakala negara anggota ASEAN+3memperluaskan rangkaian CMI pada tahun 2002. Kerjasamaserantau dalam pembangunan kapasiti dan latihan turutdiperluaskan. Isu mengenai langkah-langkah pencegahanpengubahan wang haram menjadi tajuk perbincangan utama dikebanyakan persidangan serantau.

rantau ini yang layak untuk menyertai program-program latihan yang dikelolakan oleh PusatSEACEN. Pada tahun 2002, Tabung Amanah SEACENtelah menganugerahkan 16 biasiswa kepadaanggota SEACEN dan satu biasiswa kepada bankpusat pemerhati SEACEN.

Bank Negara Malaysia menjadi tuan rumahMesyuarat Gabenor-gabenor EMEAP yang ketujuh diKuala Lumpur pada 27 Julai 2002. Mesyuarattersebut memberi peluang kepada Gabenor-gabenorEMEAP untuk mengkaji semula perkembanganekonomi dan kewangan serantau serta global yangterkini. Para Gabenor mengambil maklum bahawapertumbuhan di rantau EMEAP terus bertambah baikpada tahun 2002 serta terdapat potensi yang besar

untuk mempertingkatkan lagi aliran dagangan danpelaburan antara Asia. Para Gabenor juga bertukarpandangan dan pengalaman mengenai pelbagai

modul yang diterima pakai oleh rantau EMEAP dalampenstrukturan dan penyusunan semula kewangan.Setelah menilai peranan EMEAP dalam persekitaranglobal yang berubah-ubah, para anggota mencapaikata sepakat bahawa EMEAP mempunyai perananpenting untuk membentuk kerjasama rapat dalamkegiatan perbankan pusat dan pengukuhan sistemkewangan serantau. Para Gabenor juga bertemudengan Perdana Menteri Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu kepentingan bersamaekonomi serantau.

Pada mesyuarat tersebut, para Gabenor EMEAPbersetuju mengenai perlunya kerjasama kewangandipertingkatkan, terutamanya di dalam modulpusingan tabungan Asia untuk pembangunan Asia.

Page 12: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

244

Penilaian oleh APG mengenai Program Pencegahan Pengubahan Wang Haram Malaysia

Secara keseluruhannya, laporan tersebut adalah positif dan mengambil maklum mengenai kemajuanyang dicapai oleh Malaysia dalam mewujudkan program pencegahan pengubahan wang haram yangbersesuaian dalam tempoh masa yang agak singkat. Perkembangan penting yang telah menarikperhatian adalah:

• penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan WangHaram; dan

• penggubalan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Bantuan Bersamadalam Perkara Jenayah 2002.

Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan dalam memenuhi kebanyakan cadangantersebut bagi memastikan keberkesanan usaha-usaha pencegahan pengubahan wang haram diperingkat kebangsaan.

Pasukan penilaian APG telah menilai program pencegahan pengubahan wang haram Malaysia pada9-12 Julai 2001. Laporan penilaian yang dipersetujui bersama ini telah dibentangkan dan diterimapada Mesyuarat Tahunan ke-5 APG pada bulan Jun 2002. Proses penilaian ini dirangka dengantujuan untuk menentukan bidang-bidang yang mematuhi piawai penanda aras, mengenalpastikelemahan dan membuat cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan tujuan untuk memperbetuldan memperbaiki, sekiranya perlu.

Tujuan utama APG adalah untuk memastikan bahawa piawaian antarabangsa mengenaipengubahan wang haram yang diterimapakai dilaksanakan dalam aspek perundangan, kewangan,dan penguatkuasaan undang-undang serta menjalankan penilaian bersama untuk menggalakkanahli-ahli mematuhi piawaian berkenaan.

Para anggota EMEAP juga berbincang mengenai isudan potensi risiko keperluan modal Basel II bagiekonomi Asia, terutamanya ekonomi baru muncul.Kumpulan tersebut akan menyuarakan isu dankebimbangan bersama sebagai tindak balas dariperspektif ekonomi baru muncul kepadaJawatankuasa Basel mengenai Penyeliaan Perbankanke atas Perjanjian Modal Baru. Satu mesyuaratKumpulan Kerja EMEAP mengenai PenyeliaanPerbankan telah diadakan di Kuala Lumpur padabulan Ogos 2002 di antara para pengawalselia danperwakilan daripada kelompok perbankan di rantauAsia Pasifik dengan Jawatankuasa Basel. Mesyuarattersebut bersetuju supaya Bank Negara Malaysiamembuat kajian mengenai tempoh masa yangdiperlukan oleh negara-negara anggota EMEAPuntuk melaksanakan keperluan modal baru Basel II.

Pada tahun 2002, isu berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan pengubahan wangharam mendominasi agenda kebanyakanpersidangan serantau, termasuklah Rangka KerjaKumpulan Manila. Penumpuan dan skop liputantelah menyumbang kepada pemahaman yanglebih jelas akan perlunya langkah-langkahtersebut. Pada Forum Serantau ASEAN, Bank

Negara Malaysia bagi pihak Malaysia, telahmenjadi tuan rumah bersama dengan AmerikaSyarikat dalam mengendalikan “Workshop onFinancial Measures against Terrorism” di Honolulu,Hawaii, pada 24-26 Mac 2002. Bengkel tersebuttelah membantu meningkatkan kesedaranterhadap langkah-langkah kewangan negara-negara anggota dan kesediaan untukmembendung aktiviti pengubahan wang haram.Malaysia juga berkongsi pengalamannya dalammelaksanakan langkah-langkah pencegahanpengubahan wang haram di Mesyuarat ASEM.Langkah-langkah tersebut termasuklah penggubalansatu undang-undang yang menyeluruh mengenaipencegahan pengubahan wang haram, penubuhanUnit Perisikan Kewangan, dan peningkatankerjasama di kalangan agensi-agensipenguatkuasaan undang-undang.

KERJASAMA DUA HALA

Peraturan Pembayaran Dua Hala dan PeraturanPembayaran dan Kredit Minyak SawitSebagai sebahagian daripada usaha berterusanMalaysia untuk mempelbagaikan perdagangannya kepasaran bukan tradisional, Bank Negara Malaysia

Page 13: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

245

Hubungan Luar Negara

meneruskan usaha untuk menggalakkan PeraturanPembayaran Dua Hala (BPA) di kalangan negara-negara membangun. Hasil daripada usaha tersebut,dua perjanjian BPA yang baru telah dimeterai padatahun 2002, menjadikan sejumlah 23 perjanjian BPAtelah ditandatangani semenjak diperkenalkan padatahun 1988.

Urus niaga dagangan melalui BPA telah membantumeningkatkan tahap pemahaman mengenai amalandan suasana perniagaan rakan-rakan dagangan.Pemahaman ini telah meningkatkan keyakinanuntuk berniaga antara pengeksport dan pengimportserta bank-bank perdagangan di kedua-dua buahnegara. Dengan itu, ia juga membantupengendalian dagangan melalui kaedah biasa, iaitudi luar skop BPA.

Selain daripada perjanjian BPA, Bank NegaraMalaysia telah menandatangani dua perjanjian barudi bawah Peraturan Pembayaran dan Kredit MinyakSawit (POCPA) pada tahun 2002, menjadikansejumlah 12 perjanjian telah dimeterai semenjaktahun 1992. POCPA merupakan sebahagian

sebahagian daripada usahanya untuk mengeratkankerjasama di kalangan bank pusat dan pihakberkuasa kewangan.

Bagi mencapai hasrat ini, melalui Program KerjasamaTeknikal Malaysia (MTCP) yang diperkenalkansemenjak tahun 1980, Bank Negara Malaysia telahmemperuntukkan tempat kepada 14 pegawai dari12 bank pusat untuk menyertai programpembelajaran tahunannya, iaitu Kursus PerbankanPusat (CBC). CBC yang dilangsungkan untuk kali ke-21 pada tahun 2002 bertujuan untuk melengkapkanpara peserta dengan pengetahuan dan pemahamanmengenai pendekatan yang perlu diambil sertahalangan yang dihadapi dalam usaha mencapaiobjektif-objektif utama bank pusat untukmengekalkan kestabilan monetari, memeliharakestabilan kewangan dalam menghadapi liberalisasidan pendalaman kewangan, dan menggalakkanpertumbuhan ekonomi yang mapan. Di sepanjangtahun 2002, Bank Negara Malaysia telah menerima68 delegasi dari luar negara yang mewakili bankpusat, agensi kerajaan dan organisasi swasta. Padaumumnya, perbincangan meliputi isu-isu tertentu

Bank Negara Malaysia telah menandatangani 2 perjanjian BPA dan2 perjanjian POCPA yang baru pada tahun 2002. Pemeteraianperjanjian-perjanjian berkenaan akan memudah dan mengukuhdagangan dan hubungan perbankan dua hala.daripada usaha Kerajaan Malaysia, melaluiKementerian Perusahaan Utama, untukmenggalakkan eksport minyak sawit dan hasilkeluarannya kepada negara-negara membangun.Di bawah skim POCPA, negara-negara membangunberupaya mengimport minyak sawit Malaysiamelalui bayaran tertangguh selama dua tahun.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif baru untukmempelbagaikan kaedah penyelesaian perdaganganantarabangsa, Malaysia telah menjalankan satukajian mengenai kemungkinan menggunakan emassebagai perantara dalam menyelesaikan baki bersihkewangan yang timbul daripada urusan dagangandua hala di antara Malaysia dan rakan dagangannya.Sistem penyelesaian menggunakan emas ini dijangkadapat membantu rakan dagangan untukmengurangkan penggunaan rizab pertukaranasingnya.

Bantuan Teknikal dan Pertukaran MaklumatBank Negara MalaysiaPada tahun 2002, Bank Negara Malaysiameneruskan program bantuan teknikal sebagai

yang menjurus kepada penstrukturan semula sektorperbankan dan korporat, pembangunan danpenyeliaan sistem biro kredit, serta perundanganbagi mencegah pengubahan wang haram. BankNegara Malaysia juga memenuhi permintaanbeberapa buah negara yang memerlukan bantuanteknikal dalam bidang perbankan, pembaharuansektor korporat dan kewangan, dan strategipengurusan hutang.

Selaras dengan usaha-usaha Malaysia untukmengeratkan lagi kerjasama dan hubungan duahala dengan rakan dagangannya, Bank NegaraMalaysia turut mengambil bahagian dalamMesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Kerajaandengan beberapa buah negara pada tahun 2002.Di sepanjang tahun 2002, Bank Negara Malaysiatelah menyertai JCM dengan Cuba, India,Indonesia, Iran, Republik Kyrgyz, Sudan, Tunisia danVietnam. Isu-isu yang dibincangkan termasuklahkerjasama teknikal dalam bidang perbankan dankewangan, hubungan ekonomi dan perdagangan,sains dan teknologi, pengangkutan dantelekomunikasi serta pelancongan.

Page 14: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF file235-239 Kerjasama Kewangan Antarabangsa 239-240 Hubungan Luar ... membantu dalam memahami isu-isu ... Bank Negara Malaysia juga memainkan

246