hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan …psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/1/fpp 2019 1...

53
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN KESELARASAN INDIVIDU-PERSEKITARAN DENGAN PENYESUAIAN, KEPUASAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KURANG UPAYA PENDENGARAN DI POLITEKNIK CHE’ ROZANIZA BINTI AZIZAN FPP 2019 1

Upload: others

Post on 16-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    HUBUNGAN KESELARASAN INDIVIDU-PERSEKITARAN DENGAN PENYESUAIAN, KEPUASAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

    KURANG UPAYA PENDENGARAN DI POLITEKNIK

    CHE’ ROZANIZA BINTI AZIZAN

    FPP 2019 1

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    HUBUNGAN KESELARASAN INDIVIDU-PERSEKITARAN DENGAN

    PENYESUAIAN, KEPUASAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

    KURANG UPAYA PENDENGARAN DI POLITEKNIK

    Oleh

    CHE’ ROZANIZA BINTI AZIZAN

    Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra

    Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah

    Oktober 2018

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

    gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia

    kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam

    tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta.

    Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu

    yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.

    Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    i

    Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai

    memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

    HUBUNGAN KESELARASAN INDIVIDU-PERSEKITARAN DENGAN

    PENYESUAIAN, KEPUASAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

    KURANG UPAYA PENDENGARAN DI POLITEKNIK

    Oleh

    CHE’ ROZANIZA AZIZAN

    Oktober 2018

    Pengerusi: Profesor Samsilah Roslan, PhD

    Fakulti: Pengajian Pendidikan

    Peranan keselarasan individu-persekitaran (P-E Fit) dalam meramal pencapaian

    akademik pelajar kurang upaya pendengaran (KUP) di pengajian peringkat tertiari,

    khususnya di Malaysia agak kurang diberi perhatian berbanding kajian yang sama ke

    atas pelajar bukan KUP. Penyesuaian turut memainkan peranan penting dalam

    membantu pelajar KUP menyesuaikan diri dengan pembelajaran di peringkat tertiari.

    Kegagalan mengatasi masalah penyesuaian bukan sahaja menjejaskan kepuasan

    pelajar KUP, malah turut menjejaskan prestasi pengajian mereka. Justeru, kajian ini

    bermatlamat untuk menyelidik sejauh mana tiga faktor P-E Fit iaitu keselarasan

    personaliti-pengkhususan (KPP), keselarasan kebolehan-permintaan (KKbP) dan

    keselarasan keperluan-perolehan (KKpP) meramal pencapaian akademik pelajar KUP

    di politeknik melalui pengantaraan penyesuaian dan kepuasan. Di samping itu, kajian

    ini turut mengenal pasti tahap pencapaian akademik, penyesuaian, kepuasan, KPP,

    KKbP, dan KKpP pelajar KUP di politeknik.

    Menggunakan reka bentuk deskriptif korelasi, kajian ini melibatkan 145 orang pelajar

    KUP di lima buah politeknik yang menawarkan program Sijil Kemahiran Khas.

    Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Berbantukan Grafik (untuk mengenal

    pasti jenis personaliti pelajar KUP), Educational Opportunities FinderTM (untuk

    mengenal pasti jenis pengkhususan pengajian pelajar KUP), Inventori Keselarasan

    Kebolehan-Permintaan (untuk mengukur keselarasan antara kebolehan pelajar KUP

    dengan permintaan pengajian), Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan (untuk

    mengukur keselarasan antara keperluan pelajar KUP dengan perolehan pengajian),

    Inventori Penyesuaian Pelajar KUP (untuk mengukur penyesuaian di politeknik), dan

    Inventori Kepuasan Pelajar KUP (untuk mengukur kepuasan pengajian) telah

    digunakan untuk mengukur kesemua pemboleh ubah kajian. Statistik deskriptif dan

    inferensi digunakan untuk penganalisisan data kajian.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    ii

    Dapatan menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar KUP berada pada

    kedudukan baik (M = 3.38, SP = .38). Pelajar KUP turut menunjukkan tahap

    penyesuaian (M = 70.92, SP = 10.73), kepuasan (M = 58.60; SP = 8.29), KKbP (M =

    56.08, SP = 8.77), dan KKpP (M = 31.39, SP = 4.21) yang sederhana. Padanan lemah

    antara pengkhususan pengajian yang sedang diikuti oleh pelajar KUP dengan jenis

    personaliti mereka turut diperoleh. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

    pencapaian akademik pelajar KUP berdasarkan kelulusan Bahasa Melayu peringkat

    Sijil Pelajaran Malaysia dan tahap darjah pendengaran mereka. Keputusan analisis

    laluan menunjukkan penyesuaian pelajar dan kepuasan merupakan pengantara yang

    signifikan dalam menerangkan hubungan antara KKbP, dan KKpP dengan pencapaian

    akademik pelajar KUP. Pencapaian akademik pelajar KUP didapati hanya menerima

    kesan langsung daripada KPP tanpa melibatkan pengaruh penyesuaian pelajar atau

    kepuasan (β = .239; p

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    iii

    Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment

    of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

    THE RELATIONSHIP BETWEEN PERSON-ENVIRONMENT FIT,

    ADJUSTMENT, SATISFACTION AND ACADEMIC ACHIEVEMENT OF

    HEARING-IMPAIRED STUDENTS IN POLYTECHNICS

    By

    CHE’ ROZANIZA AZIZAN

    October 2018

    Chair: Professor Samsilah Roslan, PhD

    Faculty: Educational Studies

    The role of person-environment fit (P-E Fit) in predicting hearing-impaired (HI)

    students’ academic achievement at tertiary education level, particularly in Malaysia

    has been given less attention compared to their able-hearing peers. Adjustment plays

    a vital role in helping the HI students to adapt to their learning environment at tertiary

    level. Failure to address adjustment problems may not only affect HI students’

    satisfaction but may also affect their academic achievement. Therefore, this study

    aimed to investigate the extent to which the three factors of P-E Fit namely personality-

    major fit (P-M Fit), abilities-demands fit (A-D Fit) and needs-supplies fit (N-S Fit)

    predict the HI students’ academic achievement in polytechnics through the mediation

    of adjustment and satisfaction. Besides that, this study also identified the level of

    academic achievement, adjustment, satisfaction, P-M Fit, A-D Fit and N-S Fit of the

    HI students in polytechnics.

    Using correlational descriptive design, this study engaged 145 HI students in five

    polytechnics that offer Special Skills Certificate programme. Personality-Major Fit

    Aided Graphic Inventory (to identify the HI students’ personality types), Educational

    Opportunities FinderTM (to identify the HI students’ academic major), Abilities-

    Demands Fit Inventory (to measure the congruence between the HI students’ abilities

    and demands of the studies), Needs-Supplies Fit Inventory (to measure the congruence

    between the HI students’ needs and rewards of the studies), HI Students Adjustment

    Inventory (to measure adjustment in polytechnics), and HI Students Satisfaction

    Inventory (to measure the HI students’ satisfaction in their study) were employed to

    measure all the research variables. Descriptive and inferential statistics were used for

    the research data analysis.

    Findings indicated that the HI students’ academic achievement were in good position

    (M = 3.38, SD = .38). The HI students also showed moderate level of adjustment (M

    = 70.92, SD = 10.73), satisfaction (M = 58.60; SD = 8.29), A-D Fit (M = 56.08, SD =

    8.77), and N-S Fit (M = 31.39, SD = 4.21). A poor match was found between the HI

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    iv

    students’ academic majors and their personality types. There were no significant

    differences in HI students’ academic achievement based on Bahasa Melayu grade at

    Sijil Pelajaran Malaysia level and their degree of hearing loss. The path analysis results

    showed that students’ adjustment and satisfaction were significant mediators in

    explaining the relationship between A-D Fit, and N-S Fit with HI students’ academic

    achievement. The HI students’ academic achievement only received a direct effect

    from P-M Fit without the influence of students’ adjustment nor satisfaction (β = .239;

    p

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    v

    PENGHARGAAN

    Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-

    Nya akhirnya saya dapat menyempurnakan penulisan tesis ini dengan jayanya.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia saya,

    Prof. Dr. Samsilah Roslan, Dr. Maria Chong Abdullah, dan Dr. Soaib Asimiran atas

    segala komitmen, bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang

    proses pengajian saya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tidak dinafikan ketiga-tiga

    individu ini telah tanpa gagal memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan saya

    ke arah menuju ke garisan penamat. Walau pun telah berpencen daripada tugas

    akademik di UPM, Dr. Maria Chong Abdullah masih tetap memberi bantuan

    penyeliaan kepada saya sehingga kini.

    Ucapan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan buat semua pelajar dan

    pensyarah Sijil Kemahiran Khas di politeknik khususnya Puan Suaiza Khairi, Puan

    Nor Haslynda Amat Kamisan, En Mohd. Redzuan, Puan Srihafiza Kamaruddin dan

    En Tshin Lip Vui atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang

    proses penghasilan instrumen dan pengumpulan data kajian. Sesungguhnya jasa dan

    sumbangan pakar rujuk ini adalah amat signifikan dalam membantu saya mendapatkan

    gambaran menyeluruh berkenaan isu dan permasalahan pelajar KUP di politeknik.

    Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan buat Prof. Madya

    Dr. Mohd. Hanafi Bin Mohd. Yasin (UKM), Dr. Nor Aniza Ahmad (UPM) dan

    Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang turut bertindak sebagai pakar rujuk

    dalam pembinaan instrumen kajian ini. Begitu juga setinggi penghargaan turut

    ditujukan buat pengetua, kaunselor, kakitangan pejabat dan para pelajar SMK

    Kompleks KLIA, Nilai Negeri Sembilan yang telah memberi kerjasama baik

    sepanjang sesi penghasilan Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan (KPP)

    Berbantukan Grafik. Penghargaan turut dirakamkan buat Persatuan Orang Pekak

    Negeri Sembilan yang telah memberi asas komunikasi dalam Bahasa Isyarat Malaysia

    kepada saya agar dapat berkomunikasi dengan responden sewaktu kajian lapangan

    dijalankan.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan

    Politeknik, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya di Kementerian Pembangunan

    Wanita, Keluarga dan Masyarakat khususnya En. Pathmanathan a/l R.Nalasamy dan

    Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia atas segala bentuk

    bantuan, sokongan dan kerjasama yang dihulurkan sepanjang tempoh kajian ini

    dijalankan.

    Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru saya sama ada di dalam mahu pun di

    luar UPM khususnya Prof. Dr. Zainuddin Awang (UNISZA), Prof. Ramayah

    Thurasamy (USM), Dr. Mohd. Sobhi Ishak (UUM), Dr. Jamil Ahmad (UKM), Dr. Nor

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    vi

    Azwadi Che Sidik (UTM), Dr. Awang Idris (UM) dan Dr. Ani Munirah (UUM) yang

    telah berkongsi pelbagai aspek penulisan tesis sehinggalah kepada teknik penulisan

    artikel jurnal yang berimpak tinggi. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada

    pemeriksa proposal kajian saya iaitu Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman atas segala

    tunjuk ajar dan penambahbaikan ke arah penghasilan tesis yang mantap seperti ini.

    Seterusnya, ucapan terima kasih dan penghargaan turut dirakamkan khusus kepada

    pihak UPM atas segala kerjasama dan sokongan akademik dan bukan akademik yang

    telah diberikan sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir sekali, sekalung

    penghargaan untuk ibu, ayah, suami, anak-anak, saudara-mara dan rakan taulan yang

    turut menyumbang sebagai pemangkin kejayaan saya di UPM.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    viii

    Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

    sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa

    Penyeliaan adalah seperti berikut:

    Samsilah binti Roslan, PhD

    Profesor

    Fakulti Pengajian Pendidikan

    Universiti Putra Malaysia

    (Pengerusi)

    Maria Chong binti Abdullah, PhD

    Pensyarah Kanan

    Fakulti Pengajian Pendidikan

    Universiti Putra Malaysia

    (Ahli)

    Soaib bin Asimiran, PhD

    Pensyarah Kanan

    Fakulti Pengajian Pendidikan

    Universiti Putra Malaysia

    (Ahli)

    __________________________

    ROBIAH BINTI YUNUS, PhD

    Profesor dan Dekan

    Sekolah Pengajian Siswazah

    Universiti Putra Malaysia

    Tarikh:

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    ix

    Perakuan Pelajar Siswazah

    Saya memperakui bahawa:

    • tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;

    • setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas; tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak

    dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di

    institusi lain;

    • hak milik intelek dan hakcipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan)

    2012;

    • kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan

    (dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul,

    prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota

    kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam

    Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengkajian) 2012;

    • tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integrity ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian

    Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra

    Malaysia (Pengkajian) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan perisian pengesanan

    plagiat.

    Tandatangan: ________________________ Tarikh: ____________

    Nama dan No. Matrik: Che’ Rozaniza Binti Azizan (GS 32800)

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    x

    Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:

    Dengan ini, diperakukan bahawa:

    • penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;

    • tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013)

    telah dipatuhi.

    Tandatangan:

    Nama Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Samsilah binti Roslan

    Tandatangan:

    Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Maria Chong binti Abdullah

    Tandatangan:

    Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Soaib bin Asimiran

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xi

    SENARAI KANDUNGAN

    Muka Surat

    ABSTRAK i

    ABSTRACT iii PENGHARGAAN v

    PENGESAHAN vii PERAKUAN ix

    SENARAI JADUAL xv SENARAI RAJAH xvii

    SENARAI SINGKATAN xviii

    BAB

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3

    1.2.1 Faktor Keselarasan Personaliti-Pengkhususan 5 1.2.2 Faktor Keselarasan Kebolehan-Permintaan 5

    1.2.3 Faktor Keselarasan Keperluan-Perolehan 6 1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Soalan Kajian 8

    1.6 Hipotesis Kajian 8 1.7 Kepentingan Kajian 8

    1.8 Skop Kajian 9 1.9 Limitasi Kajian 10

    1.10 Definisi Operasional 11 1.10.1 Keselarasan Individu-Persekitaran 11

    1.10.2 Keselarasan Personaliti-Pengkhususan 11 1.10.3 Keselarasan Kebolehan-Permintaan 12

    1.10.4 Keselarasan Keperluan-Perolehan 12 1.10.5 Penyesuaian 13

    1.10.6 Kepuasan 13 1.10.7 Pelajar Kurang Upaya Pendengaran 14

    1.10.8 Pencapaian Akademik 14 1.11 Rumusan 14

    2 SOROTAN LITERATUR 15 2.1 Pengenalan 15

    2.2 Konsep Kurang Upaya Pendengaran 15 2.3 Sijil Kemahiran Khas Politeknik 17

    2.4 Teori Keselarasan Individu-Persekitaran 20 2.5 Teori Tipologi Kerjaya Holland (1997) 21

    2.5.1 Jenis Personaliti dan Persekitaran 23 2.6 Teori Penyesuaian Kerja 27

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xii

    2.7 Teori Penyesuaian Arkoff 29

    2.7.1 Model Penyesuaian Baker dan Siryk (1984) 30 2.8 Teori Kepuasan Pelajar 31

    2.9 Penguasaan Bahasa Pelajar KUP dan Pencapaian Akademik 32 2.10 Masalah Penyesuaian Pelajar KUP 35

    2.10.1 Kesan Pengantaraan Penyesuaian 36 2.11 Keselarasan Individu-Persekitaran 39

    2.11.1 Hubungan antara KPP, Kepuasan dan Pencapaian Akademik 39

    2.11.2 Hubungan antara P-E Fit dengan Penyesuaian 41 2.11.3 Hubungan antara KKbP dengan Kepuasan dan

    Pencapaian Akademik 42

    2.11.4 Hubungan antara KKpP dengan Kepuasan dan

    Pencapaian Akademik 43 2.12.5 Kesan Pengantaraan Kepuasan 44

    2.13 Kerangka Teori Kajian 45 2.14 Kerangka Konseptual Kajian 50

    2.15 Rumusan 53

    3 METODOLOGI KAJIAN 54

    3.1 Pendahuluan 54 3.2 Reka Bentuk Kajian 54

    3.3 Populasi Kajian 55 3.4 Persampelan Kajian 56

    3.4.1 Penetapan Saiz Sampel Kajian 56 3.4.2 Kaedah Persampelan 58

    3.5 Instrumentasi 59 3.5.1 Demografi pelajar KUP 60

    3.5.2 Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    Berbantukan Grafik 60

    3.5.3 Inventori Keselarasan Kebolehan Permintaan 63 3.5.4 Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan 65

    3.5.5 Inventori Penyesuaian Pelajar KUP 67 3.5.6 Inventori Kepuasan Pelajar KUP 70

    3.6 Kesahan Instrumen Kajian 73 3.7 Kajian Rintis 75

    3.8 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 76 3.8.1 Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    Berbantukan Grafik 76 3.8.2 Inventori Keselarasan Kebolehan-Permintaan 76

    3.8.3 Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan 77 3.8.4 Inventori Penyesuaian Pelajar KUP 77

    3.8.5 Inventori Kepuasan pelajar KUP 77 3.9 Prosedur Pengumpulan Data 79

    3.10 Penganalisisan Data 80 3.10.1 Analisis Penerokaan Data 81

    3.10.2 Analisis Deskriptif 83 3.10.3 Analisis Inferensi 83

    3.11 Rumusan 86

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xiii

    4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 87

    4.1 Pendahuluan 87 4.2 Ciri Demografi Responden 87

    4.3 Soalan Kajian 1: Tahap Pencapaian Akademik pelajar KUP 88 4.4 Soalan Kajian 2: Tahap Penyesuaian Pelajar KUP 89

    4.5 Soalan Kajian 3: Tahap Kepuasan Pelajar KUP 90 4.6 Soalan Kajian 4: Tahap P-E Fit Pelajar KUP 91

    4.6.1 Tahap Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Pelajar KUP 92 4.6.2 Tahap KKbP Pelajar KUP 93

    4.6.3 Tahap KKpP Pelajar KUP 94 4.7 Hipotesis Kajian 1: Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar

    KUP Berdasarkan Kelulusan Bahasa Melayu Peringkat SPM 95 4.8 Hipotesis Kajian 2: Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar

    KUP Berdasarkan Tahap Darjah Pendengaran 96 4.9 Hubungan antara P-E Fit Dengan Kepuasan, Penyesuaian

    Dan Pencapaian Akademik 97 4.9.1 Interpretasi Pekali Korelasi 98

    4.9.5 Rumusan Hipotesis 3 hingga 5 Kajian 99 4.10 Hipotesis Kajian 6: Sumbangan P-E Fit terhadap Pencapaian

    Akademik Pelajar KUP melalui Pengantaraan Penyesuaian

    dan Kepuasan 99

    4.10.1 Model Pengukuran Kajian 100 4.10.2 Model Cadangan Kajian: Model Output 1 102

    4.10.3. Model Cadangan: Model Output 2 105 4.10.4 Pengujian Hipotesis Berkaitan Kesan Pengantaraan 108

    4.11 Perbincangan 113 4.11.1 Tahap Pemboleh Ubah Kajian 113

    4.11.2 Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar KUP

    Berdasarkan Kelulusan Bahasa Melayu Peringkat SPM 118

    4.11.3 Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar KUP Berdasarkan

    Tahap Darjah Pendengaran 119

    4.11.4 Hubungan antara P-E Fit dengan Pencapaian Akademik 120 4.11.5 Hubungan antara P-E Fit Dengan Penyesuaian 122

    4.11.6 Hubungan antara P-E Fit Dengan Kepuasan 123 4.11.7 Peranan Pengantara dalam Model PAPKUPP 124

    4.12 Rumusan 127

    5 RUMUSAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 129

    5.1 Pengenalan 129 5.2 Rumusan Kajian 129

    5.3 Kesimpulan Kajian 131 5.3.1 Pencapaian Akademik Pelajar KUP di Politeknik 131

    5.3.2 Penyesuaian Pelajar KUP 132 5.3.3 Kepuasan Pelajar KUP 133

    5.3.4 Keselarasan Individu-Persekitaran 134 5.4 Implikasi dan Cadangan Kajian 135

    5.4.1 Implikasi dan Cadangan daripada Aspek Teori 135 5.4.2 Implikasi dan Cadangan Daripada Aspek Praktik 136

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xiv

    5.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 138

    5.5.1 Reka Bentuk Kajian 138 5.5.2 Pemboleh Ubah Kajian 138

    5.5.3 Populasi Kajian 139 5.5.4 Instrumen Kajian 139

    BIBLIOGRAFI 141 LAMPIRAN 157

    BIODATA PELAJAR 204 SENARAI PENERBITAN 205

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xv

    SENARAI JADUAL

    Jadual

    Halaman

    1 Bilangan OKU Berdaftar Sehingga Disember 2016 Mengikut

    Kategori

    1

    2 Bilangan Enrolmen Bagi Program Sijil Kemahiran Khas di

    Politeknik

    2

    3 Tahap Darjah Pendengaran 17

    4 Program Sijil Kemahiran Khas di Politeknik 20

    5 Penerangan Persekitaran Akademik Holland 26

    6 Penetapan Saiz Sampel Kajian Berdasarkan Jenis Analisis

    Statistik

    57

    7 Instrumen Kajian Berdasarkan Set Soal Selidik 59

    8 Pecahan Item Inventori Keselarasan Personaliti-

    Pengkhususan Berbantukan Grafik

    61

    9 Contoh Pengiraan Darjah Keselarasan Personaliti-

    Pengkhususan

    62

    10 Pengkelasan Tahap Darjah Keselarasan Personaliti-

    Pengkhususan

    62

    11 Perincian Inventori Keselarasan Kebolehan-Permintaan 64

    12 Perincian Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan 66

    13 Perincian Inventori Penyesuaian pelajar KUP 69

    14 Penjelasan dan Item bagi Soal Selidik Kepuasan Pelajar KUP 72

    15 Taburan Koefisien Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 78

    16 Ujian Kenormalan 81

    17 Ujian Levene Bagi Pemboleh Ubah Pencapaian Akademik

    Pelajar KUP Berdasarkan Kelulusan Bahasa Melayu

    Peringkat SPM dan Tahap Darjah Pendengaran

    82

    18 Ujian Kekolinearan 82

    19 Teknik Penganalisisan Data Berdasarkan Persoalan Kajian 83

    20 Teknik Penganalisisan Data Berdasarkan Hipotesis Kajian 85

    21 Perincian Taburan Ciri Demografi Responden 88

    22 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar KUP 89

    23 Kategori Keputusan Penilaian Berdasarkan Arahan-Arahan

    Peperiksaan Politeknik

    89

    24 Tahap Penyesuaian Pelajar KUP 90

    25 Tahap Penyesuaian Pelajar KUP Mengikut Dimensi 90

    26 Tahap Kepuasan Pelajar KUP 91

    27 Tahap Kepuasan Pelajar KUP Mengikut Dimensi 91

    28 Kod Personaliti-Pengkhususan Pelajar KUP Berdasarkan

    Analisis Min

    92

    29 Analisis Tahap Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    Mengikut Pengkhususan Pengajian

    93

    30 Tahap Keselarasan Kebolehan-Permintaan Pelajar KUP 94

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xvi

    31 Tahap Keselarasan Kebolehan-Permintaan Pelajar KUP

    Mengikut Aspek

    94

    32 Tahap Keselarasan Keperluan-Perolehan Pelajar KUP 95

    33 Tahap Keselarasan Keperluan-Perolehan Pelajar KUP

    Mengikut Aspek

    95

    34 Ujian-t bagi Pencapaian Akademik Pelajar KUP Berdasarkan

    Kelulusan Bahasa Melayu Peringkat SPM

    96

    35 Perbezaan antara Tahap Darjah Pendengaran dengan

    Pencapaian Akademik Pelajar KUP di Politeknik

    96

    36 Korelasi Antara Pemboleh Ubah Kajian 98

    37 Interpretasi Pekali Korelasi 98

    38 Jenis Pemboleh Ubah dalam Model Cadangan Kajian 99

    39 Model Pengukuran 102

    40 Indeks Kesepadanan Model Output 1 104

    41 Koefisien Laluan Pemboleh Ubah Kajian dalam Model

    Output 1

    104

    42 Indeks Kesepadanan Model Pencapaian Akademik Pelajar

    KUP di Politeknik (Model Output 2)

    107

    43 Koefisien Laluan Pemboleh Ubah Kajian dalam Model

    Pencapaian Akademik Pelajar KUP di Politeknik (Model

    PAPKUPP)

    107

    44 Interpretasi Perbandingan Jenis Kesan Pengantaraan 109

    45 Kesan Pengantaraan Penyesuaian dan Kepuasan ke atas P-E

    Fit

    112

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xvii

    SENARAI RAJAH

    Rajah Halaman

    1 Kerangka Teori Kajian 49

    2 Kerangka Konseptual Kajian 52

    3 Model Cadangan Kajian: Model Input 1 55

    4 Prosedur Persampelan 58

    5 Model Pengukuran Kajian 101

    6 Model Cadangan: Model Output 1 103

    7 Model Cadangan 2: Model Input 2 105

    8 Model Cadangan: Model Output 2 106

    9 Model Langsung 108

    10 Model Pengantaraan 108

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    xviii

    SENARAI SINGKATAN

    P-E Fit Keselarasan-Individu Persekitaran

    KPP Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    KKbP Keselarasan Kebolehan-Permintaan

    KKpP Keselarasan Keperluan-Perolehan

    PNM Purata Nilaian Markah

    HNPM Himpunan Nilaian Purata Markah

    R Realistik

    I Investigatif

    A Artistik

    S Sosial

    E Enterprising

    K Konvensional

    KUP Kurang Upaya Pendengaran

    Model PAPKUPP Model Pencapaian Akademik Pelajar Kurang

    Upaya Pendengaran Politeknik

    OKU Orang Kurang Upaya

    SKK Sijil Kemahiran Khas

    IPT Institut Pengajian Tinggi

    KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

    KPT Kementerian Pengajian Tinggi

    JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

    INPUMA Institut Penyelidikan Universiti Malaya

    PIS Politeknik Premier Johor Bahru

    PKK Politeknik Kota Kinabalu

    PSA Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    PTSS Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

    PUO Politeknik Premier Ungku Omar

    PSPTN Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara

    SDS Form E Self-Directed Search-Form E

    SPSS Statistical Package for Social Sciences

    SPM Sijil Pelajaran Malaysia

    TVET Pendidikan dan Latihan Teknikal dan

    Vokasional

    dB Decibel

    IK Indeks Keselarasan

    SP Sisihan Piawai

    M Min

    VIF Variance Inflation Factor

    EDA Analisis Penerokaan Data

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Dewasa ini, kewujudan orang kurang upaya (OKU) telah mula mendapat perhatian

    dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Menurut Akta OKU 2008, OKU

    didefinisikan sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,

    mental, intelektual, atau deria yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan,

    mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara berkesan dalam

    masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization)

    menganggarkan bahawa lima hingga sepuluh peratus penduduk dunia terdiri daripada

    OKU (WHO, 2012). Di Malaysia, berdasarkan statistik pendaftaran OKU daripada

    Jabatan Pembangunan OKU sehingga Disember 2016, terdapat lebih kurang 43 699

    orang telah didaftarkan sebagai OKU (Jadual 1).

    Jadual 1: Bilangan OKU Berdaftar Sehingga Disember 2016 Mengikut Kategori

    Bil. Kategori Bilangan (Orang) %

    1. Fizikal 17 100 39.13

    2. Penglihatan 3909 8.94

    3. Pendengaran 2359 5.40

    4. Masalah Pembelajaran 13 975 31.98

    5. Mental 4058 9.28

    6. Pertuturan 276 0.63

    7. Pelbagai 2028 4.64

    JUMLAH 43 705 100.00 (Sumber: Jabatan Pembangunan OKU, 2016)

    Berdasarkan perangkaan dalam Jadual 1, kategori kurang upaya pendengaran (KUP)

    mencatatkan bilangan kelima tertinggi iaitu sejumlah 2359 orang (5.40%) berbanding

    17 100 (39.13%) bagi kategori fizikal, diikuti oleh 13 975 (31.98%) masalah

    pembelajaran, 4058 (9.28%) mental, dan 3909 (8.94%) orang bagi kategori

    penglihatan. Perangkaan ini memberi suatu implikasi yang penting terhadap peluang

    pendidikan golongan KUP seperti yang telah dinyatakan dalam Akta OKU 2008.

    Golongan KUP perlu diberikan peluang pendidikan yang sama dengan individu

    mampu mendengar yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran

    nasional. Lazimnya pelajar KUP mempunyai kecerdasan kognitif yang normal, malah

    ada di antara mereka yang menunjukkan pencapaian akademik yang lebih tinggi

    berbanding pelajar bukan KUP (Knoors & Marschark, 2014; Marschark, Shaver,

    Nagle & Newman, 2015; Tayrose, 2011).

    Di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun

    2000 telah membuka laluan khusus bagi pelajar KUP lulusan Tingkatan Lima untuk

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    2

    mengikuti kursus-kursus kemahiran di politeknik melalui program Sijil Kemahiran

    Khas (SKK). Langkah ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan

    bagi golongan ini seperti yang termaktub dalam Akta OKU 2008. Peningkatan akses

    ini dilihat sebagai suatu langkah yang baik ke arah memelihara hak OKU dan

    menggalakkan penyertaan penuh pelajar KUP di dalam bidang pendidikan khususnya

    peringkat tertiari.

    Sehingga kini, terdapat 5 buah politeknik yang menawarkan program SKK kepada

    pelajar KUP iaitu Politeknik Premier Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan

    Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Kota

    Kinabalu (PKK) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Kesemua Politeknik

    ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam kursus-kursus kemahiran seperti

    kemahiran awam (pembinaan), penyenggaraan mekanikal, hotel dan katering, rekaan

    fesyen dan pakaian dan rekabentuk grafik (Jabatan Pendidikan Politeknik, 2015). Data

    sehingga tahun 2015 dalam Jadual 2 menunjukkan seramai 181 orang pelajar KUP

    sedang mengikuti pengajian SKK di PUO, PSA, PSA, PIS dan PKK (Jabatan

    Pendidikan Politeknik, 2015).

    Jadual 2: Bilangan Enrolmen Bagi Program Sijil Kemahiran Khas di Politeknik

    Bil. Politeknik Kursus yang ditawarkan Enrolmen

    1. PIS, PKK PTSS Hotel dan Katering 100

    2. PIS Rekaan Fesyen dan Pakaian 14

    3. PIS Reka Bentuk Grafik 29

    4. PUO Pembinaan Awam 25

    5 PSA Penyenggaraan Mekanikal 13

    JUMLAH

    181

    Catatan: PIS= Politeknik Ibrahim Sultan; PKK = Politeknik Kota Kinabalu; PSA = Politeknik Sultan

    Salahuddin Abdul Aziz Shah; PTSS = Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin; PUO = Politeknik Premier Ungku Omar (Sumber: Jabatan Pendidikan Politeknik, 2015)

    Program SKK di politeknik dilaksanakan sebagai suatu komitmen terhadap Perakuan

    169 Laporan Jawatankuasa Kabinet di samping menyahut seruan kerajaan dalam usaha

    mengupayakan golongan kurang upaya (Jabatan Pendidikan Politeknik, 2012).

    Tambahan pula, golongan pelajar kurang upaya mempunyai potensi besar di dalam

    pembinaan modal insan yang berkemahiran tinggi sejajar dengan kerangka Model

    Baru Ekonomi yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan

    tinggi menjelang tahun 2020.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    3

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari merupakan suatu permulaan yang baik ke

    arah kemenjadian pelajar khususnya pelajar KUP. Namun, impian untuk hidup

    berdikari dan bergraduat akan bertukar sebaliknya sekiranya pelajar tidak memperoleh

    keputusan akademik yang baik disebabkan oleh kegagalan menyesuaikan diri dengan

    persekitaran di institut pengajian tinggi (IPT).

    Secara keseluruhannya, pencapaian akademik pelajar KUP berada pada tahap yang

    rendah berbanding pelajar bukan KUP (Garberoglio, Cawthon & Bond, 2014; Nagle,

    Newman, Shaver & Marschark, 2016; Qi & Mitchell, 2012). Pencapaian akademik

    pelajar KUP di IPT berkait rapat dengan ciri spesifik pelajar KUP khususnya aspek

    penguasaan bahasa dan aspek audiologi (Cawthon, Schoffstall, & Garberoglio, 2014;

    Crowe, Marschark, Dammeyer, & Lehane, 2017; Marschark et al., 2015).

    Penguasaan bahasa pelajar KUP berada pada tahap yang lemah disebabkan oleh

    penggunaan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi (Albertini, Kelly, & Matchett,

    2012; Crowe et al., 2017; Sarchet et al., 2014). Bahasa isyarat tidak memerlukan

    pelajar KUP untuk menguasai perbendaharaan kata dan menyusun ayat untuk

    menyampaikan mesej (Sarchet et al., 2014; Swanwick; 2016). Sekiranya pelajar KUP

    gagal menguasai bahasa dengan baik, dikhuatiri masalah tersebut akan menjejaskan

    pencapaian akademik mereka di IPT (Braswell-Burris, 2010; Crowe et al., 2017).

    Penguasaan bahasa yang baik dapat membantu pelajar KUP untuk menguasai

    kandungan mata pelajaran yang jauh lebih kompleks di IPT berbanding di sekolah

    (Archbold, 2015; Domínguez, Carrillo, González & Alegria, 2016).

    Merujuk kepada aspek audiologi, pencapaian akademik pelajar KUP didapati terjejas

    secara signifikan dengan kehilangan pendengaran yang minimum tanpa mengira

    peringkat usia (Luckner, Slike & Johnson, 2012; Marschark et al., 2015; Sanes, 2016).

    Marschark et al. (2015) menyatakan bahawa kehilangan pendengaran walaupun amat

    minimum tetap mempengaruhi tumpuan pelajar KUP di dalam kelas. Akibatnya,

    pencapaian akademik pelajar KUP turut terjejas disebabkan oleh kesukaran untuk

    menyesuaikan diri dengan kehidupan di IPT (Convertino, Marschark, Sapere, Sarchet

    & Zupan, 2009; Liu 2013; Cawthon et al., 2014).

    Dalam konteks pendidikan, penyesuaian merupakan suatu proses berterusan yang

    perlu dilalui oleh setiap pelajar dalam memenuhi tuntutan-tuntutan pembelajaran di

    IPT (Shankland, Genolini, França, Guelfi, & Ionescu, 2010). Penyesuaian bukanlah

    suatu proses yang mudah dilakukan terutamanya apabila melibatkan golongan pelajar

    KUP. Kekurangan pendengaran dilihat memberi suatu implikasi penting terhadap

    penyesuaian akademik, sosial dan emosi pelajar KUP (Powell, Hyde & Punch, 2014;

    Liu, 2013; Zand & Pierce, 2011). Masalah penyesuaian yang serius boleh

    menyebabkan pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka atau memohon untuk

    bertukar kursus pengajian (Goodboy, Martin & Goldman, 2016; Maria Chong

    Abdullah, Habibah Elias, Rahil Mahyuddin & Jegak Uli, 2010). Sekiranya masalah

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    4

    penyesuaian ini tidak diatasi, impian untuk bergraduat dengan jayanya akan hanya

    tinggal kenangan.

    Salah satu masalah penyesuaian yang dihadapi oleh pelajar KUP di IPT ialah

    kegagalan untuk mengenal pasti pengkhususan pengajian yang selaras dengan

    personaliti mereka (Dunn, 2017; Lang, 2002). Keselarasan antara pengkhususan

    pengajian dengan personaliti dalam konteks ini merujuk kepada salah satu aspek di

    bawah definisi keselarasan individu-persekitarannya (P-E Fit). P-E Fit bukan sahaja

    mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik pelajar di IPT, malah

    turut menyumbang kepada kepuasan keseluruhan pelajar (Etzel & Nagy, 2016; Li,

    Yao, Chen, & Wang, 2013; Pritchard, Fudge, Crawford & Jackson, 2018). Sekiranya

    gagal ditangani, masalah ketidakpuasan pelajar akan turut menjejaskan pencapaian

    akademik pelajar KUP di IPT (Braswell-Burris, 2010; Lang 2002; Zand & Pierce,

    2011).

    Dengan menggunakan model RIASEK Holland, kebanyakan kajian di dalam mahu

    pun di luar negara lebih menumpukan aspek keselarasan antara personaliti pelajar

    dengan pengkhususan pengajian yang diikuti. Antaranya ialah kajian Ishak, Rahmat,

    Shahrani, Zainal, & Rahman (2014), kajian Normala A.Manaf (2013) dan kajian

    Kemboi, Kindiki & Misigo (2016) dan kajian Pritchard et al. (2018).

    Hanya sebilangan kecil kajian yang menumpukan aspek keselarasan lain di bawah

    definisi P-E Fit seperti keselarasan antara kebolehan pelajar dengan permintaan

    persekitaran dan keselarasan antara keperluan pelajar dengan perolehan persekitaran

    (Etzel & Nagy; 2016; Li et al., 2013; Schmitt, Oswald, Friede, Imus, & Merritt, 2008).

    Justeru, kajian ini dilihat perlu dalam mengenal pasti sejauh mana gabungan ketiga-

    tiga faktor P-E Fit ini dapat meramal penyesuaian dan kepuasan pelajar KUP di

    pengajian peringkat tertiari.

    Berdasarkan sorotan kajian lepas yang telah dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa

    pencapaian akademik pelajar KUP di pengajian tertiari dipengaruhi oleh faktor

    penyesuaian, kepuasan dan juga P-E Fit. Kajian ini turut bersandarkan kepada saranan

    oleh Le, Robbins & Westrick (2014) dan Li et al. (2013) yang menyatakan bahawa

    kesan pelbagai dimensi keselarasan dalam satu model adalah lebih baik berbanding

    kajian secara bersaingan. Dengan mengadaptasi kajian Le et al. (2014) dan kajian Li

    et al. (2013) yang terdiri daripada keselarasan personaliti-pengkhususan (KPP),

    keselarasan kebolehan-permintaan (KKbP) dan keselarasan keperluan-perolehan

    (KKpP), kajian ini dijangkakan dapat meramal pencapaian akademik pelajar KUP di

    politeknik dengan lebih berkesan berbanding dengan kajian terdahulu. Malah peranan

    penyesuaian dan kepuasan sebagai pemboleh ubah pengantara turut dikaji bagi

    menambahbaik kajian Le et al. (2014) dan Li et al. (2013). Penerangan mengenai

    faktor KPP, KKbP dan KKpP adalah seperti yang dinyatakan pada sub-bahagian 1.2.1

    hingga 1.2.3.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    5

    1.2.1 Faktor Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    Pemilihan pengkhususan pengajian yang selaras dengan personaliti dan kebolehan

    pelajar merupakan salah satu kualiti penting yang dapat membantu meningkatkan

    kejayaan pelajar KUP di pengajian peringkat tertiari (Lang, 2002). Pernyataan ini

    disokong oleh Teori Tipologi Kerjaya Holland (1997) yang menyatakan bahawa

    pemilihan pengkhususan yang tidak selaras dengan personaliti pelajar boleh

    menyebabkan pelajar tersebut gagal mencapai kepuasan belajar secara menyeluruh,

    bermotivasi rendah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran

    pengkhususan yang dipilih dan seterusnya mempengaruhi pencapaian akademik

    mereka.

    Dalam konteks pemilihan pengkhususan pengajian, Holland (1997) turut mengaitkan

    personaliti dengan sejauh mana seseorang individu itu mampu menyesuaikan diri

    dengan persekitaran pembelajaran mereka. Menurut Holland (1997), setiap individu

    akan mencari persekitaran yang selaras dengan personalitinya sama ada jenis

    personaliti realistik (R), investigatif (I), artistik (A), sosial (S), keusahawanan (E)

    mahupun konvensional (K) atau ringkasnya RIASEK.

    Padanan antara personaliti dengan pengkhususan pengajian didapati mempengaruhi

    pencapaian akademik (Milsom & Coughlin, 2017; Nye, Su, Rounds, & Drasgow,

    2012; Olitsky, 2014; Patton, Renn, Guido, Quaye, & Forney, 2016; Tracey, Allen &

    Robbins, 2012), kepuasan (Bowman & Denson, 2014; Gilbreath, Kim & Nichols,

    2011; Jiang & Jiang, 2015; Sovet, Park & Jung, 2014) dan penyesuaian pelajar (Amiot,

    Vallerand & Blanchard, 2006; Wessel, Ryan, & Oswald, 2008). Umumnya, jenis

    personaliti dan persekitaran pembelajaran pelajar akan dapat membantu mereka untuk

    meramal beberapa perkara yang mungkin berkaitan dengan padanan tersebut seperti

    pemilihan dan pertukaran pengkhususan pengajian, kepuasan pembelajaran dan

    pencapaian akademik.

    1.2.2 Faktor Keselarasan Kebolehan-Permintaan

    Kajian lepas telah membuktikan bahawa setiap persekitaran mempunyai permintaan

    tertentu yang saling berhubungkait dengan kebolehan individu, kepuasan dan

    pencapaian akademik pelajar (Etzel & Nagy, 2016; Le et al., 2014; Li et al., 2013).

    Malah, pencapaian akademik juga merupakan manifestasi terhadap keselarasan antara

    permintaan atau tuntutan persekitaran dengan kebolehan seseorang pelajar (Etzel &

    Nagy, 2016; Li et al., 2013). Malah, sistem pemilihan dan kemasukan pelajar KUP ke

    pengajian peringkat tertiari perlu turut menekankan aspek KKbP bagi menjamin

    keterusan mereka di institusi pengajian tinggi tersebut (Stinson & Walter, 1997).

    Kesemua pernyataan ini dibuat bersandarkan Teori Penyesuaian Kerja oleh Lofquist

    dan Dawis (1984) yang turut menyatakan bahawa seseorang individu itu akan

    memperoleh kepuasan sekiranya kebolehannya adalah selaras dengan permintaan

    persekitarannya.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    6

    1.2.3 Faktor Keselarasan Keperluan-Perolehan

    KKpP merujuk kepada kesesuaian antara keperluan pelajar dengan perolehan seperti

    penghargaan dan anugerah yang mereka perolehi sepanjang proses pembelajaran (Li

    et al., 2013). KKpP bukan sahaja merupakan peramal yang signifikan bagi kepuasan

    dalam pekerjaan (Cable & Derue, 2002) tetapi juga mempunyai hubungan dengan

    kepuasan pelajar (Etzel & Nagy, 2016; Li et al., 2013; Wessel et al., 2008). Hal ini

    kerana penghargaan yang diperoleh daripada persekitaran individu turut menyumbang

    kepada keperluan dan kehendak individu tersebut (Dawis, 1994).

    1.3 Pernyataan Masalah

    Kajian lepas membuktikan bahawa pelajar KUP mempunyai pencapaian akademik

    yang jauh lebih rendah berbanding rakan seusia mereka yang bukan KUP (Convertino,

    Borgna, Marschark & Durkin, 2014; Knoors & Marschark; 2014; Qi & Mitchell, 2012;

    Zadeh & Ezzatollah, 2015). Dalam konteks pengajian di peringkat tertiari, Sanford et

    al. (2011) mendapati bahawa hanya 38.9% daripada pelajar KUP berjaya menamatkan

    pengajian peringkat tertiari di Amerika Syarikat. Pelbagai faktor telah dikenal pasti

    sebagai penyebab kegagalan dan kelemahan pencapaian akademik tersebut.

    Antaranya, masalah penyesuaian (Powell et al., 2014; Liu, 2013; Zand & Pierce, 2011)

    dan kegagalan pelajar untuk mengenal pasti pengkhususan pengajian yang selaras

    dengan personaliti mereka (Dunn, 2017; Lang, 2002).

    Masalah penyesuaian pelajar KUP adalah jauh lebih kritikal berbanding pelajar bukan

    KUP (Brice & Strauss, 2016). Hal ini kerana kesukaran komunikasi telah membentuk

    pelajar KUP dengan ciri-ciri egosentrik, kurang kawalan dalaman, tegar dan impulsif

    (Fellinger, Holzinger & Pollard, 2012). Ciri egosentrik ini akhirnya membawa kepada

    masalah penyesuaian yang serius khususnya daripada dimensi penyesuaian sosial, dan

    emosi serta akademik (Powell et al., 2014; Liu, 2013, Szymanski, Lutz, Shahan &

    Gala, 2013). Justeru, masalah penyesuaian pelajar KUP perlu diselidiki secara

    empirikal bagi mengenal pasti tindakan sewajarnya dalam membantu pelajar

    bergraduat.

    Kelemahan pencapaian akademik pelajar KUP di IPT turut dikaitkan dengan

    kelemahan menguasai mata pelajaran berkaitan bahasa bermula seawal usia

    prasekolah (Crowe et al., 2017; Sarchet et al., 2014). Di Malaysia, kemahiran Bahasa

    Melayu dalam kalangan pelajar prasekolah adalah terhad kepada mengenal pasti kod

    bergambar dan membaca ayat mudah dalam tema yang telah ditetapkan sahaja

    (Jamilah Mohamed Kutty, Mohd. Hanafi Mohd Yasin & Rosadah Abdul Majid, 2012).

    Kaedah pengajaran seperti ini menyebabkan pelajar KUP gagal menguasai

    perbendaharaan kata yang baik (Jamilah et al., 2012) dan tidak berupaya memahami

    konsep abstrak dalam mata pelajaran selain Bahasa Melayu (Nik Hassan et al., 2016).

    Kelemahan penguasaan bahasa turut dikenal pasti sebagai antara halangan utama

    terhadap kecemerlangan pelajar KUP di IPT (Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd

    Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, & Norasuzaini Sujak, 2009).

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    7

    Justeru, tidak hairanlah mengapa pelajar KUP di politeknik didapati sukar untuk

    mengikuti pembelajaran secara efektif disebabkan oleh kebolehan pelajar yang kurang

    selaras dengan tuntutan pengajian mereka (Jabatan Pendidikan Politeknik, 2012).

    Malah, tinjauan awal Jabatan Pengajian Politeknik (2012) turut mendapati bahawa

    ketiadaan suatu sistem pemilihan pelajar yang mantap menyebabkan penawaran

    pengkhususan pengajian yang kurang selaras dengan personaliti pelajar KUP. Menurut

    Holland (1997), penawaran pengkhususan pengajian yang kurang selaras dengan

    personaliti pelajar akan turut menjejaskan pencapaian akademik mereka. Justeru,

    penekanan terhadap aspek P-E Fit sewajarnya diberi perhatian bagi meningkatkan

    pencapaian akademik pelajar.

    Sorotan literatur sehingga kini mendapati bahawa kajian berkaitan P-E Fit melibatkan

    pelajar KUP di pengajian peringkat tertiari adalah amat terhad berbanding aspek yang

    sama ke atas pelajar bukan KUP. Tambahan pula, kajian di Malaysia didapati kurang

    menekankan dimensi keselarasan lain dalam komponen P-E Fit. Justeru, gabungan

    pelbagai dimensi P-E Fit yang terdiri daripada KPP, KKbP dan KKpP di dalam satu

    model dijangka dapat meramal hasil ke atas pelajar dengan lebih menyeluruh dan

    signifikan (Etzel & Nagy, 2016; Le et al., 2014; Li et al., 2013).

    Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengisi kelompangan dalam teori P-E Fit

    dengan penambahan pemboleh ubah penyesuaian ke dalam kerangka teori P-E Fit.

    Justeru, bagi menampung kelompangan teori yang wujud, satu kerangka konseptual

    yang menggabungkan aspek P-E Fit, penyesuaian dan kepuasan pelajar dibentuk

    dalam kajian ini bagi menyelidiki peranannya ke atas pencapaian akademik pelajar

    KUP di politeknik. Sorotan literatur sehingga kini turut mendapati bahawa, masih

    ketiadaan alat ujian yang khusus dalam membantu pelajar KUP di Malaysia untuk

    memilih pengkhususan pengajian yang selaras dengan personaliti, kebolehan dan

    keperluan mereka.

    Berdasarkan senario yang dinyatakan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengkaji

    sama ada 3 faktor P-E Fit iaitu KPP, KKbP dan KKpP merupakan peramal yang

    signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik melalui

    penyesuaian dan kepuasan sebagai pemboleh ubah pengantara. Memandangkan

    pencapaian akademik pelajar KUP mencakupi skop yang luas, adalah perlu untuk

    pengkaji meneliti sejauh mana aspek penguasaan bahasa memainkan peranan penting

    terhadap pencapaian akademik pelajar KUP khususnya di politeknik. Justeru, kajian

    ini dilihat dapat mengisi kesemua kelompangan yang telah dikenal pasti di atas.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini secara umumnya mengkaji sama ada P-E Fit yang terdiri daripada KPP,

    KKbP dan KKpP memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar KUP di

    politeknik melalui penyesuaian dan kepuasan sebagai pemboleh ubah pengantara.

    Empat objektif khusus telah ditetapkan seperti berikut:

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    8

    1. Mengenal pasti tahap pencapaian akademik, penyesuaian, kepuasan, dan P-E Fit pelajar KUP.

    2. Membandingkan tahap pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik berdasarkan keputusan Bahasa Melayu SPM.

    3. Membandingkan pencapaian akademik antara pelajar KUP yang mempunyai tahap darjah pendengaran berbeza.

    4. Menentukan sama ada KPP, KKbP dan KKpP menyumbang secara signifikan kepada pencapaian akademik pelajar KUP melalui penyesuaian dan kepuasan

    sebagai pemboleh ubah pengantara.

    1.5 Soalan Kajian

    Beberapa soalan kajian dibentuk berdasarkan objektif kajian seperti di atas. Bagi

    mencapai objektif pertama kajian, empat soalan kajian telah dibentuk untuk

    mendapatkan maklumat berikut:

    1. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar KUP? 2. Apakah tahap penyesuaian pelajar KUP? 3. Apakah tahap kepuasan pelajar KUP? 4. Apakah tahap P-E Fit pelajar KUP?

    1.6 Hipotesis Kajian

    Bagi menjawab objektif kedua, ketiga dan keempat, hipotesis berikut telah digubal:

    Ha1: Terdapat perbezaan pencapaian akademik yang signifikan dalam kalangan

    pelajar KUP berdasarkan keputusan Bahasa Melayu SPM.

    Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik antara pelajar

    KUP yang berbeza tahap darjah pendengaran.

    Ha3: KPP, KKbP dan KKpP mempunyai hubungan yang signifikan dengan

    pencapaian akademik pelajar KUP.

    Ha4: KPP, KKbP dan KKpP mempunyai hubungan yang signifikan dengan

    penyesuaian pelajar KUP.

    Ha5: KPP, KKbP dan KKpP mempunyai hubungan yang signifikan dengan

    kepuasan pelajar KUP.

    Ha6: KPP, KKbP dan KKpP menyumbang secara signifikan kepada pencapaian

    akademik pelajar KUP melalui penyesuaian dan kepuasan sebagai pengantara.

    1.7 Kepentingan Kajian

    Kajian ini dapat memantapkan teori P-E Fit dengan menghasilkan satu model yang

    komprehensif dan lengkap bagi menerangkan sumbangan tiga faktor P-E Fit, iaitu

    KPP, KKbP dan KKpP terhadap kepuasan, penyesuaian dan pencapaian akademik

    pelajar KUP di politeknik. Justeru, kajian ini dapat menentukan kesahan dan

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    9

    kesesuaian teori P-E Fit secara empirikal berdasarkan konteks dan budaya tempatan.

    Secara tidak langsung, kajian ini dapat menyumbang kepada badan pengetahuan dalam

    bidang Psikologi Pendidikan berdasarkan perspektif dan konteks Malaysia.

    Secara praktiknya pula, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan

    rujukan oleh pihak KPT amnya dan politeknik khususnya untuk merancang dan

    melaksanakan program intervensi atau aktiviti pembangunan pelajar KUP yang

    bertujuan meningkatkan tahap kepuasan, penyesuaian dan pencapaian akademik

    golongan ini. Maklumat tentang tahap dan jenis masalah penyesuaian yang dihadapi

    oleh pelajar serta P-E Fit mereka seperti KPP, KKbP dan KKpP boleh digunakan

    sebagai panduan untuk menentukan jenis program intervensi dan aktiviti pemulihan

    yang bersesuaian dengan keperluan unik mereka.

    Dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan dalam usaha meningkatkan akses

    golongan pelajar KUP lulusan Tingkatan Lima KPM ke pengkhususan-pengkhususan

    pengajian peringkat tertiari dengan mempertimbangkan sumbangan pemboleh ubah

    bersandar terhadap pencapaian akademik golongan pelajar ini. Tambahan pula,

    sorotan literatur sehingga kini masih belum menemui sebarang instrumen khusus

    untuk menerangkan kesemua faktor berkaitan pencapaian akademik pelajar KUP di

    Malaysia.

    Justeru, kajian ini dapat menghasilkan suatu instrumen yang dapat mengukur aspek P-

    E Fit, penyesuaian dan kepuasan pelajar KUP di politeknik. Malah instrumen yang

    dihasilkan mengikut aras penguasaan bahasa pelajar KUP di politeknik ini dilihat

    dapat membuka ruang bagi penyelidikan berkaitan aspek P-E Fit bagi golongan pelajar

    ini. Kajian ini turut dilihat mempunyai implikasi secara tidak langsung terhadap usaha

    meningkatkan akses dalam pendidikan tertiari bagi golongan pelajar KUP seperti yang

    telah dinyatakan oleh Akta OKU 2008.

    1.8 Skop Kajian

    Walaupun terdapat tujuh kategori kurang upaya yang dinyatakan oleh Akta OKU

    2008, namun kajian ini hanya memilih untuk mengkaji pelajar KUP yang sedang

    mengikuti pengajian peringkat tertiari khususnya SKK di politeknik. Hal ini kerana

    politeknik merupakan satu-satunya institusi pengajian pilihan khusus untuk golongan

    pelajar KUP yang menawarkan program SKK.

    Bagi ciri pelajar KUP, pengkaji memilih kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu

    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai salah satu pemboleh ubah kajian.

    Hal ini disebabkan tahap penguasaan bahasa yang lemah di peringkat persekolahan

    menengah didapati turut menjejaskan pencapaian akademik pelajar KUP di peringkat

    pengajian tertiari (Braswell-Burris, 2010; Easterbrooks et al., 2015).

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    10

    Bagi faktor audiologi, pengkaji memilih untuk melihat sejauh mana hubungan antara

    tahap darjah pendengaran dengan pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik. Hal

    ini disebabkan oleh pencapaian akademik pelajar KUP didapati terjejas secara

    signifikan dengan hanya kehilangan pendengaran yang minimum (Lederberg, Schick

    & Spencer, 2013; Sanes 2016).

    Skop utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana hubungan antara tiga

    faktor P-E Fit (KPP, KKbP dan KKpP) dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian

    akademik pelajar KUP di politeknik. Hal ini disebabkan gabungan pelbagai dimensi

    P-E Fit di dalam satu model berupaya meramal hasil ke atas pelajar dengan lebih

    menyeluruh dan signifikan (Etzel & Nagy, 2016; Le et al., 2014; Li et al., 2013).

    1.9 Limitasi Kajian

    Limitasi dalam kajian ini merangkumi aspek reka bentuk kajian, generalisasi

    maklumat kajian dan sampel kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif

    untuk menyelidik tahap pencapaian akademik pelajar KUP serta sumbangan faktor P-

    E Fit melalui penyesuaian dan kepuasan sebagai pemboleh ubah pengantara. Maka,

    maklumat yang diperolehi daripada soal selidik adalah maklumat berstruktur yang

    telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu. Justeru, maklumat yang diberikan oleh

    subjek adalah terhad kepada item-item yang dibina di dalam soal selidik sahaja.

    Data yang diperoleh daripada instrumen kajian ini adalah berdasarkan laporan kendiri.

    Oleh yang demikian, kebolehpercayaan data kajian adalah bergantung kepada

    kejujuran, kefahaman dan kesungguhan responden ketika menjawab kesemua item

    soal selidik tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji dapat mengawal keadaan ini

    dengan memberi penerangan yang jelas kepada responden berkaitan tujuan kajian

    dijalankan dan jaminan terhadap kerahsiaan maklumat yang mereka berikan.

    Selain itu, masalah penguasaan bahasa pelajar KUP mungkin menjejaskan ketepatan

    maklumat yang diberikan di dalam item soal selidik. Walau bagaimanapun, limitasi

    ini dapat diatasi dengan bantuan dua orang pensyarah politeknik sebagai juru bahasa

    isyarat. Teknik tinjauan interaksi menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu dan

    Bahasa Isyarat Malaysia dijalankan semasa proses kutipan data bagi membantu

    pemahaman pelajar KUP terhadap item soal selidik.

    Asas perbincangan dan pembinaan model kajian ini juga adalah terhad kepada

    maklumat yang diperolehi daripada sorotan literatur dan metodologi yang telah

    ditetapkan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji mengandaikan bahawa dapatan kajian dan

    perbincangan adalah berdasarkan sorotan literatur dan metodologi kajian ini sahaja.

    Dalam erti kata lain, sekiranya sorotan literatur dan metodologi yang dipilih oleh

    pengkaji adalah berbeza, dapatan kajian dan perbincangan yang diperolehi mungkin

    berbeza berbanding sedia ada.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    11

    Kajian ini hanya melibatkan lima buah politeknik yang menawarkan program SKK

    khusus untuk pelajar KUP. Sehubungan itu, dapatan kajian ini tidak dapat

    digeneralisasikan kepada semua institusi pengajian awam dan swasta yang turut

    menawarkan program pengajian khusus untuk pelajar KUP. Walau bagaimanapun,

    maklumat yang diperoleh dalam kajian ini sedikit sebanyak menyumbang kepada

    pembangunan pelajar KUP di institusi pengajian tertiari khususnya dalam konteks

    pemboleh ubah yang dikaji.

    Sampel kajian adalah terdiri daripada semua pelajar semester satu, dua dan empat yang

    mendaftar pada semester Disember 2014/2015. Pelajar semester tiga tidak dilibatkan

    sebagai sampel kajian memandangkan kumpulan pelajar ini menjalani Latihan Industri

    di luar politeknik selama satu semester pengajian.

    1.10 Definisi Operasional

    Dalam konteks kajian ini, istilah yang digunakan bagi mewakili pemboleh ubah utama

    adalah didefinisikan sebagai berikut:

    1.10.1 Keselarasan Individu-Persekitaran

    P-E Fit merujuk kepada darjah kesamaan padanan antara ciri-ciri individu dengan

    persekitarannya (Kristof, Brown & Guay, 2010). Ciri-ciri individu dalam konteks

    kajian ini pula dilihat daripada aspek personaliti, kebolehan dan keperluan seseorang

    pelajar dalam memenuhi tuntutan-tuntuan persekitaran pembelajarannya. Persekitaran

    pula merujuk kepada keadaan atau suasana sekelililing yang bersifat fizikal dan

    memberi kesan terhadap kehidupan seseorang pelajar (Nye et al., 2012). Justeru,

    keselarasan dalam konteks kajian ini bermaksud kesamaan, kepadanan, keserupaan

    atau kesesuaian di antara trait personaliti pelajar KUP dengan ciri-ciri persekitaran

    pembelajaran di politeknik.

    Justeru, terma P-E Fit dalam konteks kajian ini merujuk kepada gabungan 3 faktor

    keselarasan iaitu KPP, KKbP dan KKpP di dalam satu model. P-E Fit diukur

    menggunakan 3 jenis instrumen yang dibangunkan oleh pengkaji khusus untuk pelajar

    KUP iaitu: (1) Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Berbantukan Grafik;

    (2) Inventori Keselarasan Kebolehan-Permintaan dan (3) Inventori Keselarasan

    Keperluan-Perolehan.

    1.10.2 Keselarasan Personaliti-Pengkhususan

    Menurut Holland (1997), personaliti individu terdiri daripada enam kategori iaitu

    Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan

    Konvensional (K). Persekitaran individu turut dikategorikan kepada enam jenis

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    12

    persekitaran iaitu R, I, A, S, E dan K. Dalam kajian ini, persekitaran individu merujuk

    kepada pengkhususan pengajian yang sedang diikuti oleh pelajar KUP di politeknik.

    Justeru, istilah KPP digunakan bagi menggambarkan padanan antara personaliti

    pelajar KUP dengan pengkhususan pengajian yang sedang diikuti di politeknik.

    Kod 3 mata personaliti pelajar KUP diukur dengan menggunakan Inventori

    Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Berbantukan Grafik yang dimodifikasi

    daripada instrumen asal Self Directed Search-Form E (Holland, 1996, 2007). Kod

    personaliti pelajar KUP dikenal pasti melalui jumlah 3 skor tertinggi pada sub-skala

    R, I, A, S, E dan K. Kod 3 mata pengkhususan pengajian pelajar KUP pula dikenal

    pasti berdasarkan Educational Opportunities FinderTM (Messer, Holland & PAR Staff,

    2013). Tahap KPP pelajar KUP kemudiannya diukur dengan menggunakan Indeks

    Keselarasan Iachan (1984, 1990) berdasarkan kaedah Environment Assessment

    Technique (Astin & Holland, 1961).

    1.10.3 Keselarasan Kebolehan-Permintaan

    KKbP merujuk kepada kebolehan individu dalam memenuhi permintaan

    persekitarannya (Dawis & Lofquist, 1984). Kebolehan pelajar merujuk kepada

    pengetahuan, kemahiran, kemampuan dan masa yang diperlukan oleh pelajar dalam

    memenuhi permintaan pengajian mereka (Li et al., 2013). Permintaan persekitaran

    pula merujuk kepada tuntutan institusi pengajian berupa jangkaan peranan yang

    ditetapkan ke atas pelajar (Li et al., 2013).

    Dalam konteks kajian ini, kebolehan pelajar KUP merujuk kepada kemampuan mereka

    untuk mengaplikasi teori dalam penyelesaian tugasan, kemampuan menyelesaikan

    tugasan berdasarkan pengetahuan sedia ada, kemampuan menyelesaikan tugasan

    berdasarkan ketidakupayaan, kemampuan menyelesaikan tugasan mengikut

    peruntukan masa dan kemampuan bergraduat. Permintaan persekitaran pula merujuk

    kepada tuntutan pengkhususan pengajian yang terdiri daripada dua aspek iaitu: (1)

    jangkaan peranan dan (2) kebolehan pelajar KUP dalam menjalani latihan amali.

    KKbP dalam kajian ini diukur dengan menggunakan Inventori Keselarasan

    Kebolehan-Permintaan yang dibangunkan oleh pengkaji khusus untuk pelajar KUP di

    politeknik.

    1.10.4 Keselarasan Keperluan-Perolehan

    KKpP merujuk kepada keperluan individu yang dipenuhi oleh persekitarannya (Dawis

    & Lofquist, 1984). Keperluan individu merujuk kepada keperluan yang bersifat umum,

    misalnya keperluan biologi dan psikologi (Edwards, Caplan & Harrison, (1998).

    Perolehan pula merujuk kepada sumber ekstrinsik, sumber instrinsik dan penghargaan

    yang diterima oleh individu daripada persekitarannya (Edward et al., 1998).

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    13

    Dalam menjamin kejayaan pelajar KUP di IPT, penekanan terhadap memenuhi

    keperluan sosial dan keperluan akademik pelajar hendaklah diberi keutamaan (Powell,

    2011; Powell et al., 2014). Justeru, keperluan dalam kajian ini merujuk kepada

    keperluan sosial dan keperluan akademik pelajar KUP yang perlu dipenuhi oleh

    politeknik sepanjang tempoh pengajian pelajar. Perolehan pula merujuk kepada

    sumber ekstrinsik, sumber sumber intrinsik dan penghargaan yang diterima oleh

    pelajar KUP daripada persekitaran pembelajarannya di politeknik. KKpP dalam kajian

    ini diukur dengan menggunakan Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan yang

    dibangunkan oleh pengkaji khusus untuk pelajar KUP di politeknik.

    1.10.5 Penyesuaian

    Penyesuaian merujuk kepada proses menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran

    oleh individu dengan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang

    terdapat dalam persekitaran tersebut (Arkoff, 1968). Terdapat empat dimensi

    penyesuaian yang dilalui oleh pelajar IPT seperti yang dinyatakan oleh Baker & Siryk

    (1984) iaitu penyesuaian akademik, sosial, peribadi-emosi dan komitmen matlamat/

    perapatan institusi.

    Dalam memenuhi tuntutan pengajian di peringkat tertiari, pelajar KUP turut

    berhadapan dengan masalah penyesuaian sosial, emosi dan akademik (Powell et al.,

    2014; Liu, 2013; Zand & Pierce, 2011). Justeru, penyesuaian dalam konteks kajian ini

    merujuk kepada proses penyesuaian secara sosial, emosi dan akademik oleh pelajar

    KUP dalam memenuhi tuntutan pengajian di politeknik. Penyesuaian pelajar KUP

    dalam kajian ini diukur dengan menggunakan Inventori Penyesuaian Pelajar KUP

    yang dibangunkan oleh pengkaji khusus untuk pelajar KUP di politeknik. Instrumen

    ini memberi fokus kepada tiga aspek penyesuaian iaitu penyesuaian sosial,

    penyesuaian emosi dan penyesuaian akademik.

    1.10.6 Kepuasan

    Holland (1997) menyatakan bahawa kepuasan belajar secara menyeluruh akan

    membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pengajian mereka,

    seterusnya memperoleh pencapaian akademik yang baik. Kepuasan pelajar berjaya

    dicapai apabila wujud keselarasan antara ciri individu dengan persekitarannya

    (Bowman & Denson, 2014; Etzel & Nagy, 2016 ; Li et. al., 2013; Jiang & Jiang, 2015).

    Dalam kajian ini, kepuasan pelajar KUP dapat dirasai apabila aspek P-E Fit yang

    terdiri KPP, KKbP dan KKpP berjaya dipenuhi. Kepuasan pelajar KUP dalam kajian

    ini diukur dengan menggunakan Inventori Kepuasan Pelajar KUP yang dibangunkan

    oleh pengkaji khusus untuk pelajar KUP di politeknik. Instrumen ini memberi fokus

    kepada empat aspek kepuasan iaitu kepuasan terhadap pengkhususan pengajian,

    kepuasan terhadap pensyarah, kepuasan terhadap sokongan sosial dan kepuasan

    terhadap institusi.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    14

    1.10.7 Pelajar Kurang Upaya Pendengaran

    Pelajar kurang upaya pendengaran (KUP) dalam kajian ini merujuk kepada pelajar

    daripada kategori kurang upaya pendengaran yang sedang mengikuti program SKK

    secara pengajian sepenuh masa di kesemua lima buah politeknik yang terlibat dengan

    program tersebut. Pelajar KUP ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang

    pembinaan awam, penyenggaraan mekanikal, hotel dan katering, rekaan fesyen dan

    pakaian dan rekabentuk grafik (Jabatan Pendidikan Politeknik, 2015).

    1.10.8 Pencapaian Akademik

    Pencapaian akademik dalam kajian ini merujuk kepada Purata Nilaian Markah (PNM)

    yang dicapai oleh pelajar pada hujung semester. PNM pelajar dalam kajian ini

    dikumpulkan selepas semua pengukuran terhadap pemboleh ubah yang dikaji

    dilaksanakan.

    1.11 Rumusan

    Perbincangan dalam bab ini dimulakan dengan penghuraian terhadap senario latar

    belakang kajian yang memberi tumpuan terhadap faktor penyumbang terhadap

    masalah pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik. Perbincangan juga

    merangkumi penerangan tentang faktor P-E Fit iaitu KPP, KKbP dan KKpP yang

    didapati turut menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar KUP. Berdasarkan

    kelompangan yang telah dikenal pasti, maka, kajian ini dijalankan untuk menilai

    sejauh mana faktor P-E Fit menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar KUP

    melalui penyesuaian dan kepuasan sebagai pengantara.

    Adalah diharapkan agar kajian ini menghasilkan dapatan yang dapat dimanfaatkan

    oleh pihak politeknik khususnya dan Jabatan Pendidikan Politeknik amnya dalam

    meningkatkan pencapaian akademik pelajar KUP dengan memberi perhatian khusus

    terhadap aspek P-E Fit. Langkah tersebut seterusnya dapat membantu meningkatkan

    bilangan pelajar yang bergraduat dengan jayanya. Bagi melaksanakan kajian ini,

    sebanyak empat objektif, empat soalan kajian dan enam hipotesis kajian telah dibentuk

    khusus untuk menyelesaikan permasalahan yang telah dinyatakan.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    141

    BIBLIOGRAFI

    Abdullah Almotiri. (2017). Saudi deaf students post-secondary transitioning

    experience: a grounded theory study. Deafness & Education International, 19(3-

    4): 162-170.

    Abdullah Yusoff. (2014). Masalah pembelajaran: Tanda dan simpton kecacatan

    komunikasi lisan murid pendidikan khas. Jurnal Bahasa: 14(2): 301-324.

    Ahmad Rozelan Yunus. (2011). Keselarasan Personaliti-Persekitaran, Keakuran Ibu

    Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Jurusan Teknikal di Universiti

    Teknikal Malaysia Melaka. (Tesis Ijazah Kedoktoran yang Tidak Diterbitkan).

    Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Akta Orang Kurang Upaya. (2008). Undang-Undang Malaysia Akta 685. 2008.

    Albertini J, Mayer C. (2011). Using miscue analysis to assess comprehension in deaf

    college readers. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 16: 35-46.

    Albertini, J. A., Kelly, R. R., & Matchett, M. K. (2012). Personal factors that influence

    deaf college students' academic success. Journal of Deaf Studies and Deaf

    Education, 17(1): 85-101.

    Amiot, C. E., Vallerand, R. J., & Blanchard, C. M. (2006). Personality and social

    psychology bulletin passion and psychological adjustment: A test of the person-

    environment fit hypothesis. Personality and Social Psychology Bulletin, 32(2):

    220–229.

    Amla Mohd Salleh (1984). An Investigation of The Reliability, Validity and

    Translation of Holland’s Self-Direted Search for Utilization by Malaysian

    Population. (Unpublished doctoral dissertation). Western Michigan University,

    U.S.A.

    Amla Mohd Salleh (1992). An investigation of the validity of Holland’s Self-Directed

    Search for utilization by Malaysian population. Jurnal PERKAMA, 3 & 4: 165-

    173.

    Amla Mohd Salleh, Salleh Amat & Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1998). Data

    tambahan bagi kesahan SDS Versi Malaysia. Jurnal PERKAMA, 7: 29-44.

    Amla Mohd Salleh, Syed Mohamad Syed Abdullah, Zuria Mahmud, Ghavifekr &

    Noriah Ishak. (2013). A structured career intervention program for academically

    challenged students. Asia Pacific Education Review, 14(2): 209–219.

    Archbold, S. (2015). Being A Deaf Student: Changes in Characteristics and Needs. In

    H. Knoors, & M. Marschark (Eds.), Educating Deaf Learners: Creating A

    Global Evidence Base (pp. 23–46). New York, NY: Oxford University Press.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    142

    Arcidiacono, P., Aucejo, E., Coate, P., & Hotz, V. J. (2014). Affirmative action and

    university fit: Evidence from Proposition 209. IZA Journal of Labor

    Economics, 3(1): 7.

    Arkoff, A. (1968). Adjustment and Mental Health. New York: McGraw-Hill.

    Atcherson, S.R., Johnson, M.L. & Davis, C.D. (2007). Audiological considerations for

    the management of college students with hearing loss. In Watson, D., Schroedel,

    J.G., Kolvitz, M., Decaro, J. & Kavin, D. (ed.). Hard of hearing students in post

    secondary settings: A guide for service providers. 158-188.

    Bahagian Pengurusan Politeknik. (1999, Disember). Mesyuarat Pengurusan

    Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan Pelaksanaan Program Pendidikan

    Khas di Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia., Kuala

    Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Baker, R. W., & Siryk B. (1984). Measuring adjustment to college. Journal of

    Counseling Psychology, 31(2): 179-189.

    Baker, S. R. (2003). A prospective longitudinal investigation of social problem-

    solving appraisals on adjustment to university, stress, health, and academic

    motivation and performance. Personality and Individual Differences, 35(3):

    569-591.

    Baron, Reuben M., & Kenny, David A. (1986). The moderator–mediator variable

    distinction in social psychologica l research: Conceptual, strategic and statistical

    considerations. Journal of Personality and Social Psychology, 51: 1173–1182.

    Beasley, C. R., Jason, L. A., & Miller, S. A. (2012). The general environment fit scale:

    a factor analysis and test of convergent construct validity. American Journal of

    Community Psychology, 50(1-2): 64–76.

    Betz N. (2000). Test Construction. In Leong, F., Austin, J., (ed.). The Psychology

    Research Handbook: A Guide for Graduate Students and Research Assistants

    (pp 239-250). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

    Bowman, N. A., & Denson, N. (2014). A missing piece of the departure puzzle:

    Student–institution fit and intent to persist. Research in Higher

    Education, 55(2): 123-142.

    Bowman, N. A., Hill, P. L., Denson, N., & Bronkema, R. (2015). Keep on truckin’or

    stay the course? Exploring grit dimensions as differential predictors of

    educational achievement, satisfaction, and intentions. Social Psychological and

    Personality Science, 6(6): 639-645.

    Braswell-Burris, P. A. (2010). Factors Affecting the Educational and Personal

    Success of Deaf or Hard of Hearing Individuals. (Unpublished Doctoral

    Dissertataion). San Diego State University, U.S.A.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    143

    Brice, P. J., & Strauss, G. (2016). Deaf adolescents in a hearing world: A review of

    factors affecting psychosocial adaptation. Adolescent Health, Medicine and

    Therapeutics, 7: 67–76.

    Brouzos, A., Misailidi, P., & Hadjimattheou, A. (2014). Associations between

    emotional intelligence, socio-emotional adjustment, and academic achievement

    in childhood: The influence of age. Canadian Journal of School Psychology,

    29(2): 83–99.

    Brown, D. (2007). Career Information, Career Counseling, & Career Development

    (9th ed.) U.S.A: Pearson Education, Inc.

    Brown, S. P., & Gore, P. A. (1994). An evaluation of interest congruence indices:

    Distribution characteristics and measurement properties. Journal of Vocational

    Behavior, 45: 310–327.

    Byrne, M. B. (2010). Structural Equation Modeling with AMOS: Basic Concepts,

    Applications, and Programming. New York: Routledge.

    Cable, D. M., & Derue, D. S. (2002). The convergent and discriminant validity of

    subjective fit perceptions. Journal of Applied Psychology, 87(5): 875–884.

    Cawthon, S. W., Schoffstall, S. J., & Garberoglio, C. L. (2014). How ready are

    postsecondary institutions for students who are d/Deaf or hard-of-hearing?

    Education Policy Analysis Archives, 22(13): 1–25.

    Černelič Bizjak, M. (2009). Understanding emotional health and psychological

    adjustment in students with or without a specific hearing deficiency. Journal of

    Developmental and Physical Disabilities, 21(3): 213–224.

    Chen, P. D., & Simpson, P. A. (2015). Does personality matter? Applying Holland's

    Typology to analyze students' self-selection into science, technology,

    engineering, and mathematics majors. The Journal of Higher Education, 86(5):

    725-750.

    Chen, Y. W., & Hung, C. H. (2014). Predictors of Taiwanese baccalaureate nursing

    students’ physio-psycho-social responses during clinical practicum. Nurse

    Education Today, 34(1): 73–77.

    Christen, S., Lori, L., Cheryl, S., & Nicholas, G. (2013). Critical Needs of Students

    Who are Deaf or Hard of Hearing: A Public Input Summary. Washington, D.C.

    Codina, C.J., Pascalis, O., Baseler, H.A., Levive, A.T. & Buckley, D. (2017).

    Peripheral visual reaction time is faster in deaf adults and british sign language

    interpreters than in hearing adults. Front. Psychology, 8(50): 1-10.

    Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for The Behavioral Sciences. Hillsdale,

    NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

    Cohen, J. (1992). Quantitative methods in psychology: A power primer. Psychological

    Bulletin, 112(1): 155-159.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    144

    Cohen, L., Manion, L & Morrison, K. (2000). Research Methods in Education.

    London: Routledge.

    Convertino, C. M., Borgna, G., Marschark, M., & Durkin, A. (2014). Word and world

    knowledge among deaf students with and without cochlear implants. Journal of

    Deaf Studies and Deaf Education, 19: 471–483.

    Convertino, C., Marschark, M., Sapere, P., Sarchet, T., Zupan, M. (2009). Predicting

    academic success among deaf college students. Journal of Deaf Studies and Deaf

    Education, 14 (3): 324- 343.

    Credé, M., & Niehorster, S. (2012). Adjustment to college as measured by the student

    adaptation to college questionnaire: A quantitative review of its structure and

    relationships with correlates and consequences. Educational Psychology

    Review, 24(1): 133-165.

    Creswell, J. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

    Approaches. California: SAGE Publications.

    Creswell, J. (2012). Educational Research Design: Panning, Conducting and

    Evaluating Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 4th

    edition. Boston: Pearson.

    Cronbach, L. J. (1984). Essentials of Psychological Testing (4th ed.). New York, NY:

    Harper & Row.

    Crowe, K., Marc Marschark, M., Dammeyer, J. & Lehane, C. (2017). Achievement,

    language, and technology use among college-bound deaf learners, Journal of

    Deaf Studies and Deaf Education, 22(4): 393-401.

    Dammeyer, C.J., & Marschark, M. (2016). Level of educational attainment among

    deaf adults who attended bilingual-bicultural programs. Journal of Deaf Studies

    and Deaf Education, 21: 394–402.

    Dawis, R. V. (2005). The Minnesota Theory of Work Adjustment. In S. D. Brown &

    R. W. Lent (Eds.), Career Development and Counseling: Putting Theory and

    Research to Work (pp. 3-23). Hoboken, NJ, US: John Wiley & Sons Inc.

    Dawis, R.V. & Lofquist, L.H. (1984). A Psychological Theory of Work Adjustment.

    Minneapolis: University of Minnesota Press.

    Dawis, R.V. (1994). The Theory of Work Adjustment as Convergent Theory. In

    Savikas, M.L. & Lent, R.W. (eds) Convergence in Career Development

    Theories: Implications for Science and Practice. Palo Alto: CPP Books, pp. 33–

    43.

    Domínguez, A. B., Carrillo, M. S., González, V., & Alegria, J. (2016). How do deaf

    children with and without cochlear implants manage to read sentences: The key

    word strategy? Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 21: 280–292.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    145

    Dunn, A. (2017). Exploring deaf and hard of hearing college students career

    development experience: A look at social cognitive career theory and relational

    career theory. Counselor Education Capstone, 33: 1-33.

    Duthey, B. (2013). Background Paper 6.21 Hearing Loss: Priority Medicines for

    Europe and The World. Geneva: WHO Int.

    Easterbrooks, S. R., & Beal-Alvarez, J. (2013). Literacy Instruction for Students Who

    Are Deaf and Hard of Hearing. New York, NY: Oxford University Press.

    Easterbrooks, S. R., Lederberg, A. R., Antia, S., Schick, B., Kushalnagar, P., Webb,

    M. Y., ... & Connor, C. M. (2015). Reading among diverse DHH learners: What,

    how, and for whom? American Annals of The Deaf, 159(5): 419-432.

    Edwards, J. R., Caplan, R. D., & Harrison, R. V. (1998). Person-Environment Fit

    Theory: Conceptual Foundations, Empirical Evidence, and Directions for Future

    Research. In C. L. Cooper (Ed.), Theories of Organizational Stress (pp. 28–67).

    Oxford, UK: Oxford University Press.

    Entwistle, N., & Ramsden, P. (2015). Understanding Student Learning (Routledge

    revivals). Routledge.

    Etzel, J. M., and Nagy, G. (2016). Students’ perceptions of person–environment fit:

    Do fit perceptions predict academic success beyond personality traits? Journal

    of Career Assessment, 24(2): 1-19.

    Eun, H., Sohn, Y. W., & Lee, S. (2013). The effect of self-regulated decision making

    on career path and major-related career choice satisfaction. Journal of

    Employment Counseling, 50: 98–109.

    Faul, F., Erdfelder, E., Buchner, A., & Lang, A.-G. (2009). Statistical power analyses

    using G*Power 3.1: Tests for correlation and regression analyses. Behavior

    Research Methods, 41: 1149-1160.

    Faul, F., Erdfelder, E., Lang, A.-G., & Buchner, A. (2007). G*Power 3: A flexible

    statistical power analysis program for the social, behavioral, and biomedical

    sciences. Behavior Research Methods, 39: 175-191.

    Fellinger, J., Holzinger, D., & Pollard, R. (2012). Mental health of deaf people. The

    Lancet, 379(9820): 1037-1044.

    Furnham, A. (2001). Vocational preference and P–O fit: Reflections on Holland’s

    theory of vocational choice. Applied Psychology: An International Review

    (Special Issue: Person–Organisation Fit), 50: 5–29.

    Garberoglio, C. L., Cawthon, S. W., & Bond, M. (2014). Assessing English literacy as

    a predictor of postschool outcomes in the lives of deaf individuals. Journal of

    Deaf Studies and Deaf Education, 19: 50–67.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    146

    Gay, L. R., Mills, G., & Airasian, P. W. (2009). Educational Research: Competencies

    for Analysis and Interpretation. New Jersey: Pearson.

    Gilbreath, B., Kim, T.-Y., & Nichols, B. (2011). Person-environment fit and its effects

    on university students: A response surface methodology study. Research in

    Higher Education, 52(1): 47–62.

    Goodboy, A. K., Martin, M. M., & Goldman, Z. W. (2016). Students’ experiences of

    bullying in high school and their adjustment and motivation during the first

    semester of college. Western Journal of Communication, 80(1): 60–78.

    Guan, Shiye, Kiu, & Yum (2006). Relationship between satisfaction with major,

    academic performance, and congruence. Retrieved August 30, 2013, from

    www.iaea2006.seab.gov.sg/conference/download/papers/Relationship%20betw

    een%20satisfaction%20with%20major,%20academic%20performance%20and

    %20congruence.pdf

    Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data

    Analysis (7th ed.). Englewood Cliffs: Prentice Hall.

    Hamdi Ishak, Ab Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Saiful Bari. (2012). Amalan

    pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di

    sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pendengaran). JIAE: Journal of

    Islamic and Arabic Education, 2(4): 11-24.

    Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd. Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Norasuzaini

    Sujak. (2009). Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang

    upaya di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Asean Journal of

    Teaching and Learning in Higher Education, 1(2): 18–29.

    Hayes, A. F. (2013). Introduction to Mediation, Moderation, and Conditional Process

    Analysis: A Regression Based Approach. New York: The Guilford Press.

    Ho, R. (2006). Handbook of Univariate and Multivariate Data Analysis and

    Interpretation with SPSS. Florida: CRC Press.

    Hoaglin, D. C., & Iglewicz, B. (1987). Fine-tuning some resistant rules for outlier

    labeling. Journal of the American Statistical Association, 82(400): 1147-1149.

    Holland, J. L. (1997). Making Vocational Choices. Odessa, FL: Psychological

    Assessment Resources.

    Holland, J. L. (2007). SDS self-directed search versi Bahasa Melayu: Ujian minat

    kerjaya. (Amla Mohd. Salleh, Trans.). Florida: Pyschological Assessment

    Resource, Inc. (Penerbitan asal 1996).

    Holland, J. L., & Messer, M. (2013). John Holland’s SDS self-directed search

    profesional manual. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

    http://www.iaea2006.seab.gov.sg/conference/download/papers/Relationship%20between%20satisfaction%20with%20major,%20academic%20performance%20and%20congruence.pdfhttp://www.iaea2006.seab.gov.sg/conference/download/papers/Relationship%20between%20satisfaction%20with%20major,%20academic%20performance%20and%20congruence.pdfhttp://www.iaea2006.seab.gov.sg/conference/download/papers/Relationship%20between%20satisfaction%20with%20major,%20academic%20performance%20and%20congruence.pdf

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    147

    Holland, J.L. (1996). SDS self-directed search form E (4th edition). Florida:

    Pyschological Assessment Resource, Inc.

    Holland, J.L., Fritzsche, B.A. & Powell, A.B. (1994). SDS self directed search

    technical manual. Florida: Pyschological Assessment Resource, Inc.

    Holmbeck, Grayson N. (1997). Toward terminological, conceptual, and statistical

    clarity in the study of mediators and moderators: Examples child-clinical and

    pediatric psychology literatures. Journal of Consulting and Clinical Psychology,

    65: 599–610.

    Hrastinski, I., & Wilbur, R. B. (2016). Academic achievement of deaf and hard-of-

    hearing students in an ASL/English bilingual program. Journal of Deaf Studies

    and Deaf Education, 21(2): 156–170.

    Human, J.L., Biesanz, J. C., & Finseth, S. M. (2014). To thine own self be true:

    psychological adjustment promotes judgeability via personality-behavior

    congruence. Journal of Personality and Social Psychology, 106(2): 286–303.

    Hunt, J., & Eisenberg, D. (2010). Mental health problems and help-seeking behavior

    among college students. Journal of Adolescent Health, 46(1): 3-10.

    Iachan, R. (1984). A measure of agreement for use with the Holland classification

    system. Journal of Vocational Behavior, 24(2): 133-141.

    Iachan, R. (1990). Some extensions of the Iachan congruence index. Journal of

    Vocational Behavior, 36(2): 176-180.

    INPUMA-KPT. (2009). Pelajar Kurang Upaya: Bantuan, Persediaan dan Cabaran

    Masa Depan. (Laporan Akhir yang Tidak Diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala

    Lumpur.

    Ishak, A., Rahmat, M., Shahrani, S., Zainal, N. F. A., & Rahman, R. A. (2014).

    Keselarasan personaliti dengan pemilihan program sains komputer dan teknologi

    maklumat. Jurnal Teknologi, 68(1).

    Ishitani, T. T. (2010). Exploring the effects of congruence and Holland’s personality

    codes on job satisfaction: An application of hierarchical linear modeling

    techniques. Journal of Vocational Behavior, 76(1): 16–24.

    Jabatan Pembangunan OKU. (2015). [Tahap Pendengaran Pelajar Politeknik

    berdasarkan Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya]. Data mentah tidak

    diterbitkan.

    Jabatan Pembangunan OKU. (2016). [Statistik Orang Kurang Upaya Mengikut

    Kategori di Malaysia]. Data mentah tidak diterbitkan.

    Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya. (2009). Garis Panduan Orang Kurang

    Upaya. Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat.

  • © CO

    PYRI

    GHT U

    PM

    148

    Jabatan Pendidikan Politeknik. (2009). Hala Tuju Tranformasi Politeknik. Seri

    Kembangan: Kementerian Pengajian Tinggi.

    Jabatan Pendidikan Politeknik. (2012). Pemantapan Dasar Pengajian Pelajar Kurang

    Upaya di Politeknik dan Kolej Komuniti Bagi Peluasan Akses dan Peningkatan

    Ekuiti. (Laporan Dasar yang Tidak diterbitkan). Bahagian Pembangunan Dasar,

    Jabatan Pendidikan Politeknik, Putrajaya.

    Jabatan Pendidikan Politeknik. (2013a). Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah

    Penilaian, Edisi ke 4. Putrajaya: Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan

    Pendidikan Politeknik.

    Jabatan Pendidikan Politeknik. (2013b). [Statistik Pencapaian Akademik Pelajar

    Kurang Upaya Pendengaran 2002-2013]. Data mentah tidak diterbitkan.

    Jabatan Pendidikan Politeknik. (2016). Informasi: Edisi Oktober 2016. Putrajaya:

    Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

    Jamilah K.A. Mohamed Kutty, Mohd. Hanafi Mohd Yasin & Rosadah Abdul Majid.

    (2012). Pelaksanaan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu

    bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran. Malay Language Education

    Journal, 2(2), pp 111-127.

    Jiang, Z., & Jiang, X. (2015). Core self-evaluation and life satisfaction: The person-

    environment fit perspective. Personality and Individual Differences, 75: 68-73.

    Kemboi, R. J. K., Kindiki, N., & Misigo, B. (2016). Relationship between personality

    types and career choices of undergraduate students: A case of Moi University,

    Kenya. Journal of Education and Practice, 7(3): 102–112.

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2016). Pelan

    Tindakan Orang Kur