hubungan di antara faktor faktor ergonomik terhadap...

10
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 341 Hubungan di antara Faktor-Faktor Ergonomik Terhadap Prestasi Kerja dalam Kalangan Kakitangan Kilang Proton Shah Alam Mazlina Che Malek, Muhammad Amirul Firdaus Bin Ujang Nadwatul Husna Mustapha & Azharuddin Hashim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected], [email protected] [email protected], [email protected] ABSTRAK Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja. Antara industri yang sering terlibat dengan masalah ergonomik ini adalah industri automotif. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bystrom et al. (1995) secara jelas menyatakan bahawa kecederaan yang biasa berlaku di industri pengilangan kereta adalah kecederaan sakit otot tulang pekerjaan. Anggota badan yang kerap mengalami kesakitan adalah pada bahagian bahu iaitu sebanyak (50%), dan diikuti dengan leher (20%), siku (20%) dan lain-lain anggota sebanyak (10%). Kecederaan ini akan menjejaskan prestasi pekerja. Pekerja yang mengalami kecederaan atau tidak sihat akan diberi cuti samada cuti yang singkat atau pun cuti yang panjang. Ianya bergantung pada tahap kecederaan pekerja. Hal ini boleh menyebabkan organisasi mengalami kadar pusing ganti dan ketidakhadiran pekerja yang tinggi serta kepuasan pekerja adalah berada di tahap yang rendah (Macleod, 2000). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara faktor-faktor ergonomik terhadap prestasi pekerja dalam kalangan kakitangan Kilang PROTON, Shah Alam. Kajian ini mengandungi tiga faktor ergonomik iaitu reka bentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan budaya kerja. Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan dan dikembalikan semula untuk di analisis. Data analisis bagi kajian ini adalah menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian ini menunjukkan faktor reka bentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan budaya kerja mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi pekerja. Manakala budaya kerja merupakan faktor ergonomik yang paling tinggi yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan kakitangan Kilang PROTON Shah Alam. Kata kunci: Reka bentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja, budaya kerja dan prestasi pekerja.

Upload: lamkhuong

Post on 23-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

341

Hubungan di antara Faktor-Faktor Ergonomik Terhadap Prestasi Kerja

dalam Kalangan Kakitangan Kilang Proton Shah Alam

Mazlina Che Malek, Muhammad Amirul Firdaus Bin Ujang

Nadwatul Husna Mustapha & Azharuddin Hashim

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected], [email protected]

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat

kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja.

Antara industri yang sering terlibat dengan masalah ergonomik ini adalah industri automotif.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bystrom et al. (1995) secara jelas menyatakan bahawa

kecederaan yang biasa berlaku di industri pengilangan kereta adalah kecederaan sakit otot tulang

pekerjaan. Anggota badan yang kerap mengalami kesakitan adalah pada bahagian bahu iaitu

sebanyak (50%), dan diikuti dengan leher (20%), siku (20%) dan lain-lain anggota sebanyak

(10%). Kecederaan ini akan menjejaskan prestasi pekerja. Pekerja yang mengalami kecederaan

atau tidak sihat akan diberi cuti samada cuti yang singkat atau pun cuti yang panjang. Ianya

bergantung pada tahap kecederaan pekerja. Hal ini boleh menyebabkan organisasi mengalami

kadar pusing ganti dan ketidakhadiran pekerja yang tinggi serta kepuasan pekerja adalah berada

di tahap yang rendah (Macleod, 2000). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

hubungan di antara faktor-faktor ergonomik terhadap prestasi pekerja dalam kalangan kakitangan

Kilang PROTON, Shah Alam. Kajian ini mengandungi tiga faktor ergonomik iaitu reka bentuk

stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan budaya kerja. Sebanyak 150 borang soal selidik telah

diedarkan dan dikembalikan semula untuk di analisis. Data analisis bagi kajian ini adalah

menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Hasil

kajian ini menunjukkan faktor reka bentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan budaya

kerja mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi pekerja. Manakala budaya kerja

merupakan faktor ergonomik yang paling tinggi yang mempengaruhi prestasi kerja dalam

kalangan kakitangan Kilang PROTON Shah Alam.

Kata kunci: Reka bentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja, budaya kerja dan prestasi

pekerja.

Page 2: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

342

PENDAHULUAN

Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat

kerja dengan manusia bagi mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja. Ianya

meliputi aspek interaksi manusia dengan penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan

kerja dan juga faktor persekitaran di tempat kerja (IEA, 2008). Ergonomik diaplikasikan di

tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan pekerja berada di tahap yang memuaskan. Tidak

semua para pekerja menyedari bahawa mereka terdedah kepada pelbagai jenis risiko bahaya

terhadap kesihatan di tempat kerja seperti risiko kesihatan mental dan fizikal, bahaya

penggunaan bahan kimia, persekitaran kerja yang tidak selamat dan banyak lagi.

Manakala menurut Pascale Carayon dan Micheal J Smith (2000), menyatakan bahawa

ergonomik adalah disiplin saintifik yang berkaitan dengan pemahaman tentang interaksi di antara

pekerja dan kaedah untuk merekabentuk sistem persekitaran tempat kerja, stesen kerja dan

budaya kerja agar dapat memaksimumkan produktiviti pekerja. Bidang ergonomik ini menilai

bagaimana elemen-elemen utama di tempat kerja seperti stesen kerja, komputer, kerusi,

pencahayaan, tahap bunyi bising, suhu di stesen kerja dan sebagainya boleh disesuaikan untuk

memenuhi dan meningkatkan kesihatan, keselamatan dan prestasi pekerja.

Sekiranya tugas dan peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mempunyai prinsip ergonomik

dalam reka bentuk, pekerja akan terdedah kepada masalah fizikal yang tidak sepatutnya terjadi.

Antara masalah fizikal yang akan berlaku ialah tekanan, ketegangan, getaran, kedudukan posisi

anggota badan yang tidak sesuai, penggunaan tenaga yang banyak dan gerakan anggota badan

yang berulang-ulang (U.S. Department of Labor, Occupational Safety and Health Administration

,2000). Pihak majikan perlu memandang serius faktor risiko ergonomik di tempat kerja bagi

mengelakkan bahaya dan kecederaan pekerja.

Industri automotif merupakan salah satu industri yang penting dan menyumbang kepada

kepesatan ekonomi negara. Selain daripada menggunakan peralatan automatik, industri ini juga

bergantung kepada tenaga manusia untuk menjalankan pekerjaan. Kejadian kemalangan yang

berlaku di industri pengilangan boleh menyebabkan masalah yang serius di dalam sesebuah

organisasi. Antara kecederaan yang sering dihadapi oleh pekerja dalam sektor ini adalah

kecederaan sakit otot tulang pekerjaan. Merujuk Troup (1988), kecederaan sakit otot tulang

pekerjaan didefinisikan sebagai gangguan kepada saraf otot, tendon, ligamen, sendi, tulang

rawan dan tulang belakang. Gangguan yang biasa dialami oleh pekerja adalah kesakitan, kebas

dan sengal pada bahagian leher, lengan anggota kaki dan tangan. (Armstrong, 1989, Oxenburgh,

1985 dan Siddharthan et al., 2006). Senario ini berlaku disebabkan oleh jenis pekerjaan yang

dilakukan oleh pekerja setiap hari dan cara mereka melakukan kerja tersebut.

Page 3: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

343

Rajah 1.1: Statistik Kemalangan Mengikut Sektor Sehingga Julai 2017

(Sumber : www.dosh.gov.my)

Jadual 1.1, menunjukkan statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor sehingga Julai 2017.

Berdasarkan statistik di atas, kemalangan sektor pengilangan mencatatkan jumlah yang paling

tinggi iaitu sebanyak 1238 kes. Kemalangan yang telah berlaku ini mengakibatkan beberapa

jenis kecacatan anggota badan dan maut. Antara jenis-jenis kecacatan tersebut ialah kecacatan

kekal pada anggota badan iaitu Hilang Upaya Kekal (HUK) sebanyak 67 kes, kecacatan

sementara atau Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) berjumlah 1141 kes dan kemalangan yang

mengakibatkan maut sebanyak 30 kes. Implikasi dari kemalangan ini boleh menyebabkan

organisasi mengalami kadar pusing ganti yang tinggi, ketidakhadiran pekerja yang semakin

meningkat serta pekerja kurang atau tidak bermotivasi untuk bekerja. (Zafir, 2008).

Tanpa motivasi yang tinggi dari para pekerja, kualiti dan prestasi kerja akan terjejas. Selain itu,

kemalangan yang berlaku terhadap pekerja juga akan menyebabkan organisasi menanggung kos

kecederaan yang tinggi seperti kos kehilangan pengeluaran, kos kemusnahan kepada alatan, kos

penyiasatan dan laporan kos atas kerja lebih masa yang terpaksa dijalankan serta bayaran

pampasan (Boley, 1977).

Berdasarkan masalah-masalah yang dinyatakan, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan

diantara faktor-faktor ergonomik iaitu rekabentuk stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan

budaya kerja terhadap prestasi pekerja dalam kalangan kakitangan kilang PROTON, Shah Alam.

Kajian ini akan dijalankan di Engine Transmission Unit (ETM) di bawah jabatan operasi

Page 4: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

344

pengeluaran. Jabatan ini dipilih kerana jabatan ini berisiko tinggi bagi pekerja untuk mengalami

kecederaan sakit otot tulang pekerjaan semasa menjalankan tugas mereka.

KAJIAN LITERATUR

Prestasi Pekerja

Menurut Armstrong (2006) prestasi bukan sahaja merupakan perkara yang dicapai oleh pekerja

tetapi juga bagaimana mereka mencapai prestasi tersebut. Ia bermaksud proses bagi mencapai

sesuatu objektif juga merupakan elemen penting bagi prestasi kerja. Manakala prestasi yang

ditakrifkan oleh Sultana et al. (2012), prestasi ialah pencapaian tugasan yang ditentukan oleh

majikan. Matlamat sesebuah organisasi akan mudah dicapai sekiranya para pekerja mempunyai

kadar prestasi kerja yang tinggi.

Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Al-Anzi (2009) menyatakan terdapat dua faktor

utama yang mempengaruhi produktiviti dan prestasi pekerja. Faktor yang pertama ialah faktor

yang dipengaruhi oleh pengurusan seperti penjelasan tentang deskripsi tugas, budaya kerja, masa

bekerja, masa rehat, kelayakan cuti tahunan yang diberikan serta polisi kesihatan dan

keselamatan yang disediakan. Manakala faktor yang kedua ialah rekabentuk perabot, reka bentuk

ruang kerja, pencahayaan, cuaca atau suhu bilik, pengudaraan atau kelembapan, kebisingan atau

getaran dan kemudahan kebersihan atau kebajikan premis. Sekiranya kedua-dua faktor ini dapat

dipenuhi, maka prestasi pekerja akan dapat ditingkatkan.

Dalam kajian Paul Roelofsen (2002) yang bertajuk The impact of Office Environment on

Employee Performance menjelaskan bahawa peningkatan prestasi akan menyebabkan pekerja

rajin bekerja, kurang kadar ketidakhadiran, kurang pekerja yang balik awal dan mengambil masa

yang lama semasa keluar makan tengahari. Ini menunjukkan para pekerja yang mempunyai

prestasi kerja yng tinggi lebih fokus dan mempunyai minat untuk menyiapkan tugasan. Pekerja

juga dapat menghasilkan kerja yang berkualiti dalam masa yang diperlukan. Ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Persekitaran Tempat Kerja.

Gyekye (2006) menekankan bahawa keadaan persekitaran tempat kerja mempengaruhi persepsi

keselamatan pekerja dan memberi kesan kepada komitmen pekerja. Begitu juga, penyelidikan

saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa memperbaiki persekitaran kerja menghasilkan

pengurangan beberapa aduan dan ketidakhadiran serta peningkatan produktiviti (Roelofsen, 2002).

Hal ini disokong oleh Visher (2008) yang menyatakan bahawa persekitaran kerja bukan sahaja

memberi kesan terhadap motivasi pekerja tetapi juga mempengaruhi prestasi kerja dan komitmen

pekerja terhadap majikan. Faktor persekitaran tempat kerja fizikal termasuk tahap keselesaan,

pengudaraan, pencahayaan (buatan dan semula jadi), bunyi bising, perabot dan susun atur ruang di

tempat kerja. Sebagai contoh, apabila suhu di tempat kerja terlalu rendah atau terlalu tinggi akan

membuatkan pekerja tidak selesa dan boleh menjejaskan kesihatan pekerja (Niemala et al., (2002).

Selain itu sistem aliran udara yang lemah akan memberi impak negatif terhadap psikologi dan

fisiologi pekerja (Griffitt, 1970). Sistem pencahayaan sesebuah stesen kerja juga dapat membantu

melancarkan lagi pelaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan (Blonna, 2005). Pencahayaan

Page 5: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

345

dalam konteks kajian ini merujuk kepada sistem lampu yang digunakan dalam sesebuah organisasi.

Ia meliputi persepsi responden terhadap aspek pencahayaan dalam membantu melancarkan lagi

pelaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan.

Reka Bentuk Stesen Kerja.

Menurut Hameed (2009) dalam Journal of Public Affair, Administrative and Management (2009),

berdasarkan laporan penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2006 berkaitan dengan reka bentuk

tempat kerja, kepuasan kerja, dan produktiviti merekodkan 90 peratus daripada pegawai-pegawai

kanan bersetuju bahawa reka bentuk tempat kerja yang berkesan adalah penting bagi peningkatan

produktiviti pekerja. Hasil akhir kajian ini mencadangkan bahawa syarikat boleh meningkatkan

produktiviti mereka dengan meningkatkan reka bentuk tempat kerja mereka. Beliau bersama Amjad

(2009) telah membuat satu kaji selidik terhadap 31 buah cawangan bank menunjukkan bahawa reka

bentuk pejabat yang selesa dan ergonomik mendorong para pekerja untuk meningkatkan prestasi

mereka dengan ketara.

Salah satu elemen yang terdapat dalam rekabentuk stesen kerja ialah perabot ofis. Perabot ofis ini

termasuklah rekabentuk kerusi, meja, sistem filing, laci, almari, rak bagi perkakasan yang diperlukan

untuk melakukan kerja dan lain-lain lagi. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Sonali Sahar

(2016), perabot ofis perlulah mempunyai ciri-ciri yang ergonomik kerana para pekerja akan menggunakan

perabot ini dalam tempoh masa yang lama. Sekiranya perabot ofis tidak selesa, para pekerja tidak dapat

menjalankan kerja dengan efisyen dan seterusnya akan memberikan kesan yang kurang baik terhadap

produktiviti organisasi. Perabot ofis yang tidak mempunyai ciri-ciri ergonomik juga boleh menyebabkan

pekerja terdedah kepada masalah kesihatan. Apabila pekerja tidak sihat, pastinya prestasi kerja mereka

akan terjejas. Perabot yang mempunyai ciri-ciri ergonomik dapat memberi keselesaan, meningkatkan

motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih gigih malah dapat mengelakkan terjadinya kemalangan di

tempat kerja.

Budaya Kerja. Melihat kepada kajian yang dijalankan oleh Mutia Osni (2012), menjelaskan terdapat dua jenis

pekerjaan yang di tempat kerja iaitu pekerjaan statik dan pekerjaan dinamik. Pekerjaan statik adalah

pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan diam. Dimana tidak terjadinya perubahan posisi tubuh

dalan melakukan pekerjaannya. Posisi diam atau tetap dalam jangka waktu panjang dan lama ketika

melakukan pekerjaan dapat menyebabkan pekerja menjadi tidak efisyen dan mengalami kesakitan

pada bahagian-bahagian tertentu. Manakala pekerjaan dinamik pula ialah pkerjaan yang dilakukan

dalam keadaan bergerak dan selalu terjadinya perubahan pada posisi tubuh. Walaupun pergerakan

tubuh sangat penting dalam mencegah terjadinya masalah kerja statik dan mengurangkan risiko

stress, namun pekerjaan seperti mengangkat, membawa, menolak dan menarik beban merupakan

bentuk pekerjaan dinamik yang ternyata juga mempunyai risiko ergonomik yang serius.

Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mr. Baig Mansur Ibrahim dan Dr. K.Tamizhjyothi

(2013) terhadap pekerja di sektor pengeluaran. Para pekerja diberikan persekitaran kerja yang baik

tetapi mereka menghadapi masalah kerja yang melibatkan daya getaran yang tinggi. Selain itu,

pekerjaan mereka memerlukan kedudukan statik untuk tempoh yang lebih lama. Ini menimbulkan

rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja dengan ergonomik di tempat mereka. Risiko

penyakit yang akan dihadapi oleh pekerja di industri automotif ini berpunca daripada pergerakan

pengulangan, posisi dan kedudukan anggota badan sewaktu bekerja, jangka masa kerja dan tekanan

daya kerja yang dihadapi oleh pekerja (Bystrom et al., 1995)

Page 6: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

346

Seterusnya, dalam jurnal daripada Bruce P. Bernard (1997), menyatakan kajian secara umum

meletakkan pengulangan sebagai aktiviti kitaran kerja yang melibatkan sama ada pengulangan

pergerakan leher contohnya kekerapan perbezaan kedudukan kepala semasa kitaran atau pergerakan

berulang dikawasan lengan atau bahu yang menghasilkan beban ke bahagian leher atau bahu.

Kebanyakan kajian yang menyatakan pengulangan atau kerja yang berulang sebagai faktor risiko

yang berpotensi utuk memberi kesan kesakitan atau kecederaan pada leher atau bahu.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Data dikumpulkan dengan mengedarkan borang kaji

selidik kepada para pekerja di Engine Transmissions Unit (ETM) Kilang Proton, Shah Alam.

Borang soal selidik merupakan teknik pengumpulan data yang dipilih dalam kajian ini. Populasi

kajian ini ialah seramai 150 orang pekerja dan seramai 108 orang telah dipilih menjadi

responden. Penentuan saiz sampel ini adalah berdasarkan Krejcie & Morgan (1970).

HASIL KAJIAN

Analisis Korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk melihat kemungkinan

terdapatnya hubungan yang signifikan diantara pembolehubah tidak bersandar dengan

pembolehubah bersandar.

Jadual 4.15: Analisis Korelasi Pearson.

Maklumat di atas adalah keputusan yang diperolehi daripada analisis korelasi Pearson. Melalui

analisis ini, menunjukkan pembolehubah budaya kerja mempunyai hubungan positif yang paling

tinggi terhadap prestasi pekerja bagi kakitangan Kilang PROTON, Shah Alam. Nilai korelasinya

ialah sebanyak 0.695**. Majoriti pekerja di kilang ini bersetuju bahawa budaya kerja

mempunyai hubungan yang kuat terhadap prestasi kerja mereka. Pekerja di bahagian Engine

Transmissions Unit (ETM) ini melakukan pekerjaan yang sama dalam jangka masa yang panjang

serta kedudukan postur badan mereka sewaktu melakukan kerja tidak sesuai. Implikasinya, ialah

pekerja merasa tidak selesa dan berisiko untuk mengalami penyakit pekerjaan iaitu penyakit

yang berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja. Dapatan kajian ini

Pembolehubah Tidak Bersandar Korelasi Signifikan

Reka Bentuk Tempat Kerja 0.335** 0.000

Persekitaran tempat kerja 0.202* 0.036

Budaya Kerja 0.695** 0.000

Page 7: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

347

disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mr. Baig Mansur Ibrahim dan Dr. K.Tamizhjyothi

(2013) terhadap pekerja di sektor pengeluaran. Pekerja di sektor ini diberikan persekitaran kerja yang

baik tetapi mereka menghadapi masalah kerja yang melibatkan daya getaran yang tinggi. Selain itu,

pekerjaan mereka memerlukan kedudukan statik untuk tempoh yang lebih lama. Ini menimbulkan

rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja dengan ciri-ciri ergonomik di tempat mereka. Selain

itu, hasil kajian ini juga turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Nurul Ain (2012)

terhadap para pekerja di unit pemasangan tayar di Perodua, Rawang. Pekerja di unit ini perlu

menggunakan alat ‘pneumatic torque wrench’ untuk memasang dan mengetatkan nat tayar.

Pekerjaan ini akan menyebabkan pekerja mengalami gegaran di tangan dalam tempoh masa yang

agak lama. Selain itu, untuk memasang tayar kereta, pekerja perlu mencangkung kerana bahagian

kereta tersebut berada pada paras lutut mereka. Masa bekerja di unit ini ialah selama 10 jam dan

pekerja diberikan rehat selama dua jam setiap hari. Ini bermaksud pekerja perlu berdiri selama lebih

kurang lapan jam untuk menjalankan tugas mereka. Maka, ketidakselesaan terhadap kaki dan tangan

ini akan menyebabkan pekerja mengalami lenguh tangan, kebas, sakit leher dan kaki kerana keadaan

kerja mereka. Oleh itu, pekerja tersebut akan berasa letih dan ini sekaligus akan menyebabkan

keletihan pada otot dan menyebabkan kecederaan kepada mereka prestasi pekerja menurun dan

berlaku.

Pembolehubah kedua tertinggi yang mempunyai hubungan terhadap prestasi kerja ialah reka

bentuk stesen kerja iaitu sebanyak 0.335**. Ini menunjukkan reka bentuk stesen kerja juga

mempengaruhi prestasi kerja kakitangan Kilang PROTON, Shah Alam. Dapatan kajian ini di

sokong oleh Proper (1998) yang menyatakan rekabentuk stesen kerja yang memenuhi keperluan

fizikal dan emosi pekerja dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi pekerjaan. Amble (2005)

juga menekankan bahawa rekabentuk stesen kerja yang baik memberi impak yang besar terhadap

tahap kepuasan, motivasi dan daya tarikan pekerja untuk melakukan kerja dengan lebih gigih.

Manakala rekabentuk stesen kerja yang kurang baik akan menjejaskan prestasi organisasi dan

meningkatkan tahap stress dalam kalangan pekerja. Oleh itu, pengkaji dapat menyimpulkan

bahawa pihak pengurusan Kilang PROTON, Shah Alam sentiasa menaik taraf dan amat menjaga

stesen kerja, susun atur dan peralatan yang digunakan dengan baik demi menjamin kesihatan

pekerja mereka dan seterusnya meningkat prestasi pekerja mereka.

Seterusnya pembolehubah persekitaran tempat kerja berada pada tahap yang sangat lemah tetapi

masih mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi pekerja dalam kalangan kakitangan

Kilang PROTON, Shah Alam iaitu sebanyak 0.202*. Keputusan ini disokong oleh Khan et al

(2011) yang menyatakan peningkatan prestasi kerja sesetengah pekerja ditentukan melalui gaji

dan insentif yang diberikan oleh majikan, bukannya persekitaran tempat kerja. Melalui

pemerhatian pengkaji di Kilang PROTON, Shah Alam, suasana dan persekitaran kerja di kilang

tersebut amat kondusif. Pekerja merasa amat selesa dengan suhu, pencahayaan dan keadaan

yang tenang tanpa gangguan bunyi bising. Ia membuktikan bahawa pihak pengurusan kilang

tersebut sentiasa memantau keadaan persekitaran dan menyelenggara peralatan seperti penghawa

dingin dan lampu dia kilang itu dengan baik. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Leblebici

(2012) yang menyatakan keselesaan pekerja di tempat kerja, ditentukan oleh keadaan tempat kerja dan

persekitaran. Faktor ini adalah penting untuk mengukur produktiviti pekerja.

Page 8: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

348

KESIMPULAN Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan diantara faktor-faktor ergonomik iaitu rekabentuk

stesen kerja, persekitaran tempat kerja dan budaya kerja terhadap prestasi pekerja dalam kalangan

Kakitangan Kilang Proton, Shah Alam. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga pembolehubah tidak

bersandar mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja. Budaya kerja mempunyai

hubungan yang paling tinggi mempengaruhi prestasi pekerja di Kilang PROTON, Shah Alam

berbanding dengan pembolehubah-pembolehubah yang lain. Nilai korelasi Pearson bagi budaya kerja

ialah r = 0.695 dan p = 0.000. Hal ini menunjukkan prestasi pekerja di Engine Transmission Unit

(ETM) sangat dipengaruhi oleh budaya kerja. Prestasi pekerja akan menurun sekiranya pekerja

mengalami ketidakselesaan, kesakitan atau kecederaan akibat daripada budaya kerja yang

memerlukan pergerakan yang sama berulang kali, mengangkat bebanan yang berat secara manual,

pekerjaan yang melibatkan daya getaran yang tinggi dan memerlukan pergerakan yang statik dalam

tempoh masa yang lama. Manakala prestasi pekerja akan meningkat sekiranya majikan dapat

mengaplikasikan program ergonomik dalam organisasi. Program ergonomik yang berkesan dapat

menambahbaik tahap keselamtan dan kesihatan pekerja (Yeow& Nath Sen, 2006).

Justeru itu terdapat beberapa cadangan kepada pihak pengurusan Kilang Proton bagi

mengurangkan masalah ergonomik. Antaranya ialah mewujudkan satu pasukan bagi menyiasat,

mengumpul data dan menganalisa risiko bahaya terhadap kerja-kerja yang dilakukan

terutamanya mengenai ergonomik. Selain itu, pemantauan atau pemeriksaan terhadap keadaan

kilang dan pekerja di kilang tersebut perlu dilaksanakan secara berkala bagi mengelakkan

kemlangan. Kempen kesedaran dan latihan tentang ergonomik juga perlu dianjurkan agar dapat

menyalurkan maklumat kepada pekerja mengenai ergonomik dan dalam masa yang sama dapat

meningkatkan kesedaran pekerja terhadap aspek ergonomik. Melalui program seperti ini, pekerja

mempunyai pengetahuan bagaimana hendak mengurangkan risiko ergonomik sewaktu bekerja

dan memberi tunjuk ajar kepada pekerja tentang kaedah untuk melakukan regangan anggota

badan setelah lama melakukan kerja.

Rujukan:

Al-Anzi, N. M. (2009), Workplace environment and its impact on employee performance. A

Thesis Degree of Master of Business Administration. Bahrain: OpenUniversity of Malaysia.

Armstrong, M. (2006). Strategic Human Resource Management: A Handbook of

HumanResource Management Practice, 10thed. London: Kogan Page.

Blonna, R. (2005), Coping with stress in a changing world (3rd ed.). New York: The McGraw -

Hill Companies.

Bruce P. Bernard, M.D., M.P.H. (1997), Musculoskeletal Disorders and Workplace Factors: A

Critical Review of Epidemiologic Evidence for Work-Related Musculoskeletal Disorders of the

Neck, Upper Extremity, and Low Back.

S.Bystrom, C.HallT.WelenderA.Kilbom (1995), Clinical disorder and pressure-pain threshold of

the forarm and hand among automobile assembly line workers, The Journal of Hand Surgery:

British & European 20(6), 782-790

Page 9: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

349

Demet Leblebici (2012), Impact of Workplace Quality on Employee’s Productivity: A Case

Study of a Bank in Turkey. Journal of Business Economic and Finance, Volume s1, Issue 1.

Gyekye, S. A. (2006). Safety Management: Perceptions of Workplace Safety. The International

Journal of Aging and Human Development Issue: Volume 68, Number 2. pp. 23-27

Hameed, M., Amjad, S. (2009), Impact of Office Design on Employees‘ Productivity: A Case

Study of Banking Organizations of Abbottabad‖, Pakistan. Journal of Public Affairs,

Administration and Management. 3(1), 1-13.

IEA (International Ergonomics Association) (2008). What is ergonomics? Retrieve from

http://www.iea.cc/browse.php?contID=what_is_ergonomics

Khan, S. H., Azhar, Z., Parveen, S., Naeem, F., & Sohail, M. M. (2011). Exploring the impact of

infrastructure, pay incentives, and workplace environment on employees’ performance: A case

study of Sargodha University). Asian Journal of Empirical Research, 2(4), 118-140

Mr. Baig Mansur Ibrahim, Dr.K.Tamizhjyothi (2013), Evaluating Workplace Ergonomic of

Manufacturing Sector at Union Territory of Puducherry, Volume:2 / Issues: 5

Mutia Osni (2012), Gambaran Faktor Risiko Ergonomi Dan Keluhan Subjektif Terhadap

Gangguan Musculoskeletal Disorders (MSDs) Pada Penjahit Sektor Informal, Sarjana Kesehatan

Masyarakat, Departmen Keselamatan Dan Kesehatan Kerja, Fakultas Kesehatan Masyarakat,

Universitas Indonesia.

Nag, A. & Nag, P. K. (2004). Do the work stress factors of women telephone operators change

with the shift schedules? International Journal of Industrial Ergonomics 33:449-461.

Niemela, R., Hannula, M., Routio, S., Reijula, K., & Railio, J. (2002). The Effect of IndoorAir

Temperature on Labour Productivity in Call Centers: A Case Study. Energy and Building,

Journal. 34, 759-764

Nurul Ain Binti Abdul Rahim (2012), Pengurusan Keselamatan dan Hubungannya dengan Sakit

Otot Tulang Pekerja di Perodua Rawang. Disertasi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Sumber

Insan), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Pascale Carayon, Michael J.Smith (2000), Work organization and ergonomics, Applied

Ergonomics, 31(6), 649-662

Roelofsen, P. (2002): "The impact of office environments on employee performance: The design

of the workplace as a strategy for productivity enhancement", Journal of Facilities Management,

Vol. 1 Iss: 3, pp.78-86

Sonnentag. S, (2002): Psychological Management of Individual Performance. Wales. John Wiley

& Sons.

Sonali Saha (2016), A Study on Impact of Workplace Design on Employee’s Productivity in

Selected IT Companies in Pure Region, International Journal of Business and General

Management (IJBGM) Vol. 5, Issue 1

Page 10: Hubungan di antara Faktor Faktor Ergonomik Terhadap ...conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 030.pdf · Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja supaya kesihatan dan keselamatan

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

350

Stup, R. (2003). Control the factors that influence employee success. Managing the Hispanic

Workforce Conference. Cornell University and Penneylvania State University.

Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Negeri Sehingga Julai 2017 dari www.dosh.gov.my

Sutton, R. I. & Rafaeli, A. 1987. Characteristics of work stations as potential occupational

stressors. Academy of Management Journal 30(2):260-276.

Temessek, (2009) Expanding the Psychosocial Work Environment: Workplace Norms and

Work–Family Conflict as Correlates of Stress and Health 3(1) 71 -88

Tripathi, A. (2014). Workplace Environment: Consequences on Employees. Retrieved from

http://www.linkedin.com/pulse

Vischer, J. C. (2008), Towards an environmental psychology of workspace: How people are

affected by environments for work‖. Architectural Science Review. 51(2), 97-108.

Vischer, J. C. (2007). The effects of the physical environment on job performance: Towards a

theoretical model of workspace stress. Stress and Health. 23, 175- 184.

Vieira, E. R. & Kumar, S. 2004. Working postures: A literature review. Journal of Occupational

Rehabilitation 14(2): 143-159.

U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration (2000), Ergonomics:

The Study of Work.

Yeow, P.H.P. & Nath Sen, R. 2003. Quality, Productivity, Occupational Health and Safety and

Cost Effectiveness ofErgonomic Improvements in the Test Workstations of an Electronic

Factory. International Journal of Industrial Ergonomics 32(3):147-163.

Zafir Mohamed Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun: Ergonomik dan Stress di Malaysia:

Implikasi Terhadap Teori, Metodologi dan Pengurusan. Jurnal Pengurusan. 26(2007) 99-130.