hubungan antara pengetahuan dan motivasi · pdf fileabdullah (2006), membuktikan bahawa...

Download HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN MOTIVASI · PDF fileAbdullah (2006), membuktikan bahawa pelajar berbangsa Dusun mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai

If you can't read please download the document

Upload: truongduong

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Sustainable Education 8

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN MOTIVASI DENGAN

    AMALAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DALAM

    KALANGAN GURU PELATIH (KPLI)

    Hanunah Bte Ahmad Shah

    Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi

    Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun

    Diterima untuk diterbitkan pada: 27 OGOS 2012

    ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan

    berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dan motivasi terhadap

    amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih

    KPLI Institut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil

    matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Kajian ini menggunakan

    kaedah tinjauan yang menggunakan tiga jenis instrumen kajian

    iaitu ujian pengetahuan dan juga soal selidik terhadap motivasi dan

    amalan memelihara alam sekitar. Kajian ini hanya difokuskan

    kepada guru-guru pelatih KPLI di salah sebuah IPGM di Zon Utara

    yang terdiri daripada 148 orang guru pelatih. Persampelan

    dilakukan dalam dua peringkat:. (i) Mengelompokkan sembilan

    kumpulan pengkhususan tersebut kepada tiga kategori kumpulan

    dan setiap kategori kumpulan mengandungi jumlah populasi yang

    lebih kurang sama. (ii) Persampelan rawak terhadap setiap kategori

    kumpulan pengkhususan. Data daripada ujian dan soal selidik

    dianalisis menggunakan tatacara analisis berstatistik deskriptif dan

    inferensi menggunakan SPSS for Windows version 11.5. Hasil

    keputusan kajian ini menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap

    pengetahuan yang sederhana tinggi berkenaan isu-isu Pendidikan

    Alam Sekitar secara keseluruhan, mempunyai motivasi yang tinggi

    dan giat melaksanakan amalan memelihara alam sekitar. Kajian

    juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

    tahap pengetahuan dengan amalan memelihara alam sekitar tetapi

    terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan amalan

    memelihara alam sekitar.

    PENGENALAN

    Pendidikan Alam Sekitar telah wujud dalam sistem persekolahan sejak dari tahun 1960an lagi

    dengan menggunakan nama-nama seperti Pendidikan Alam Semula Jadi, Pendidikan Luar

    Bilik Darjah, Pendidikan Pemeliharaan, Pendidikan Pengurusan Alam Sekitar dan Pendidikan

    Komuniti. Istilah tersebut digunakan secara sinonim untuk setiap satu atau kombinasi

    antaranya (Disinger, 1986; Hungerford, Peyton & Wilke, 1983). Namun definisi Pendidikan

    Alam Sekitar yang digunakan secara meluas sehingga kini, mula diperkenalkan di Nevada,

    Amerika Syarikat seawal tahun 1970 (Palmer, 1992), sewaktu IUCN (International Union

  • Sustainable Education 9

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    For Conservation Of Nature And Natural Resources) bersama-sama UNESCO mengadakan

    mesyuarat mengenai Pendidikan Alam Sekitar Di Dalam Kurikulum Sekolah, yang

    memperkenalkan definisi Pendidikan Alam Sekitar sebagai :

    Proses mengenal pasti nilai dan penjelasan konsep yang bertujuan untuk

    membina kemahiran dan tingkah laku yang sejajar bagi tujuan untuk

    memahami dan menghargai hubungkait antara manusia, alam sekitar dan

    budaya. Pendidikan Alam Sekitar juga bertujuan untuk membuat penentuan

    dan rumusan diri tentang keperihatinan kualiti alam sekitar.

    (IUCN, dipetik dalam Palmer, 1992: 7)

    Latar Belakang Masalah

    Bagi memastikan program Pendidikan Alam Sekitar berjaya dalam mendidik masyarakat

    khususnya para pelajar tentang pentingnya mengurus alam sekitar secara bijaksana, dan

    memastikan fakta berkenaannya adalah tepat maka pendidikan perguruan haruslah diberi

    perhatian. Pendidikan perguruan ialah komponen penting dalam mana-mana program

    Pendidikan Alam Sekitar dan perkara ini telah menjadi satu daripada agenda yang

    dibincangkan dalam bengkel antarabangsa tentang Pendidikan Alam Sekitar di Belgrade pada

    tahun 1975 (Oulton, 1995). Menerusi perbincangan dalam bengkel tersebut, satu cadangan

    telah diusulkan iaitu Pendidikan Alam Sekitar seharusnya membentuk satu bahagian yang

    wajib dalam pendidikan perguruan sama ada sebelum mahupun semasa perkhidmatan. Wilke

    (1985 dipetik dalam Lee, 1996: 155), menegaskan bahawa kunci kejayaan Pendidikan Alam

    Sekitar di dalam bilik darjah ialah guru. Jika guru tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran

    dan komitmen dalam menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulumnya maka sudah

    pasti hasilnya ialah para pelajar yang environmentally illiterate atau tidak celik

    persekitaran. Kajian Kelly (1977), menyatakan bahawa guru ialah agen penting dalam

    penyebaran dan inovasi pendidikan dan pendedahan aspek-aspek Pendidikan Alam Sekitar

    kepada para pelajar. Para pelajar inilah yang menjadi asas penting kepada pembentukan

    masyarakat yang prihatin kepada alam sekitar.

    Pendidikan Alam Sekitar yang ditawarkan di bawah komponen asas dinamika guru, wajib

    diikuti guru-guru pelatih di dalam KPLI mendedahkan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar

    kepada semua guru pelatih. Walaubagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah sahaja. Sehubungan dengan itu,

    fokus kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak motivasi dalam

    kalangan guru pelatih KPLI I nstitut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil

    matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar dalam amalan memelihara alam sekitar. Pengenal

    pastian sama ada unsur Pendidikan Alam Sekitar itu dihayati guru-guru pelatih ataupun

    sebaliknya adalah melalui perlakuan atau amalan.

    Persoalan Dan Batasan Kajian

    Persoalan yang menjadi fokus kajian ini ialah:

    i. Apakah tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

  • Sustainable Education 10

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    ii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

    iii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

    iv. Apakah tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

    v. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

    vi. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

    vii. Apakah tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI? viii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam

    kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

    ix. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

    x. Adakah terdapat hubungan pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dengan amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

    xi. Adakah terdapat hubungan motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dengan amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

    Berdasarkan persoalan kajian yang disenaraikan, tiga hipotesis alternatif (Ha) dan empat

    hipotesis nol (H0) dibentuk. Pernyataan terhadap hipotesis yang diuji dalam kajian ini ialah:

    Hipotesis Kajian

    Berdasarkan persoalan kajian yang disenaraikan, lapan hipotesis nol (H0) dibentuk dalam

    kajian ini iaitu:

    H0(1): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

    isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

    H0(2): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

    isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut

    kumpulan pengkhususan.

    H0(3): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

    pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

    H0(4): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

    pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan

    pengkhususan.

    H0(5): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam

    sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

    H0(6): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam

    sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan.

    H0(7): Tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

    isu Pendidikan Alam Sekitar dengan amalan memelihara alam sekitar dalam

    kalangan guru pelatih KPLI.

  • Sustainable Education 11

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    H0(8): Tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

    pemeliharaan al