http
TRANSCRIPT
http://mashi71.blogspot.com/http://mashi71.blogspot.com/
MATEMATIK TAHUN 2 (TIMBANGAN BERAT)
Video pengajaran Mikro Cikgu Suriah Bt. Arbi
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)Tarikh : 27 September 2011Masa : 0700 – 0800Kelas : 2DBilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran : MatematikBidang : Sukatan dan GeometriTajuk : Timbangan BeratHasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk: 11.1 Mengenal unit gram dan unit kilogramObjektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan memerhatikan senggatan pada alat penimbang. b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogramPengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat, lebih ringan)Nilai : Bekerjasama, yakin diri.Bahan Bantu Mengajar : Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: i. Set induksi
ii. Aktiviti :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan
iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
Pelaksanaan P&P:
Langkah / Isi
Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah 1:
(Penyampaian Isi
Pelajaran)
(10 minit)
1. Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang
bagi unit gram dan unit kilogram.
2. Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti
objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan
alat penimbangntersebut dan menyatakan
sebabnya.
3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan
aktiviti yang dijalankan.
Nilai:
-Yakin diri.
Masa Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4 Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.
Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.
Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang
tersebut.
Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh
ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.
Minit 5-10 Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan
menggunakan alat penimbang.
Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel
guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki.
Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.
Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan
aktiviti yang telah dijalankan.
REFLEKSI:KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah
pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik
minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu
mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan
biasa digunakan oleh murid. Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa.
Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka
melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu mereka. Kedua, ketegasan dan
kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya
membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.
Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu.
Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan
murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan
lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan
membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan
kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan
meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya. Soalan-soalan yang
diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat
berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan
keberkesanan pengajaran.
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi
yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri
melakukan aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang. Adalah lebih baik sekiranya
saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan
apa yang telah dilakukan oleh murid.
Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal
murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil
nama murid untuk menjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia
menjawab soalan guru. Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang
digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid
tahun dua. Contohnya ketika saya menyebut berat sebiji betik. “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4
kg. Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat tanpa melibatkan nombor
perpuluhan. Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa yang digunakan.
LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan
mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan
dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada
strategi pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi
menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai
dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru
mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung
dengan jayanya.
Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid
hendaklah adil dan saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka
belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah
yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat
tentang istilah yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan
istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p.
Contoh alat penimbang digital