hsl 333

Upload: penglipur-lara

Post on 06-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 hsl 333

    1/17

  • 8/2/2019 hsl 333

    2/17

    2

    mengetengahkan beberapa perkara penting berkaitan pemodenan Meiji agar memperlihatkan

    kesannya sehingga tahun 1920an. Tetapi, esei secara asasnya berpendirian bahawa restorasi

    Meiji telah mewujudkan kesannya secara positif dan negatif terhadap masyarakat jepun

    sehingga tahun 1920an .

    Pemodenan Meiji

    Tarikh sebenar kepada pemodenan Meiji secara dasarnya telah dipersetujui oleh para sarjana

    bahawa permulaan kepada pemodenan Meiji adalah pada tahun 1868. Dengan pemansuhan

    kekuasaan keshogunan Tokugawa serta perlantikan Maharaja Meiji (1868-1912) sebagai

    maharaja Jepun yang baru telah membawa kepada pemodenan Jepun melalui tindak tanduk

    Meiji terhadap politik jepun secara keseluruhannya.4

    Tetapi , tanpa disedari bahawa

    terdapatnya satu arus atau penggerak kepada perkembangan yang berlaku dalam isu

    pemodenan itu sendiri iaitu kemasukan pengaruh barat secara langsung yang mendedahkan

    kelemahan Jepun dalam menghadapi asakan barat khususnya daripada Amerika Syarikat

    yang mengambil peluang daripada kelemahan pemerintahan feudalisme keshogunan

    Tokugawa pada kurun ke 19 .5

    Amerika Syarikat melalui Komodor Mathew C Perry telah

    berjaya mendapatkan beberapa keistimewaan daripada kerajaan Jepun melalui Perjanjian

    Kanagawa yang ditandatangani antara Keshogunan Tokugawa dengan Komodor Perry6

    Antara Perincian utama Perjanjian ini adalah seperti menubuhkan sebuah konsul Amerika

    Syarikat di Jepun, perlindungan kepada kapal

    kapal Amerika khususnya kapal pemburu

    paus Amerika serta membenarkan dua pelabuhan Jepun iaitu Shimonoseki dan Hakodate .7

    Implikasi perjanjian ini telah memberi kesan besar kepada pihak jepun iaitu pihak Jepun

    melalui kuasa Keshogunan Tokugawa yang menjalankan dasar tutup pintu sejak 1614 ekoran

    4W.G. Beasly(1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd, hlm 55

    5Ibid

    6

    W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishakditerjemahkan oleh Azhar Mad Aros, dan Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 1517Ibid

  • 8/2/2019 hsl 333

    3/17

    3

    krisis antara agama Buddha dan Kristian telah dipaksa melalui perjanjian itu untuk membuka

    pintunya kepada pihak luar.8

    Secara tidak langsung, orang Jepun mula menerima pengaruh

    asing dan terpaksa bertolak ansur terhadap kegiatan bangsa barat di Jepun. Selanjutnya, ia

    juga secara tersirat telah mendedahkan kelemahan keshogunan Tokugawa lantas membawa

    zaman Tokugawa ke arah kemerosotan dan akhirnya kekuasaan kembali kepada Maharaja

    pada 1868 melalui pemulihan Meiji itu sendiri.9

    Perubahan ini yang berlaku secara pantas ini

    telah mengubah sama sekali struktur Jepun khasnya dari aspek politik. Pemansuhan sistem

    feudal yang bertapak sejak tahun 1185 yang diasaskan oleh Kamakura Yoritomo itu

    digantikan dengan suatu bentuk baru pentadbiran serta pengenalan polisi baru yang

    berasaskan nilai-nilai barat sungguhpun masih mengekalkan sifat kejepunan itu yang

    akhirnya membentuk apa yang dinamakan sebagai pemodenan dengan acuan Jepun itu

    sendiri.10

    Dalam membincangkan soal pemodenan ini, terdapat dua fasa penting di dalam

    pemodenan Jepun itu sendiri . pertama Jepun antara tahun 1868-1888 terdapat penerimaan

    membuta tuli jepun terhadap pemodenan dan fasa selepas tahun 1888an pula terdapat sikap

    selektif di dalam pemodenan Meiji terhadap pengaruh barat ekoran daripada kegagalan

    mengubah perjanjian berat sebelah antara Jepun dengan kuasa barat.11

    Dalam hal ini, isu utama yang berbangkit dalam soal pemodenan Jepun adalah penggerak

    kepada proses pemodenan itu sendiri. Tambahan pula pemodenan yang ditakrifkan sebagai

    usaha mengubah corak hidup kepada suatu bentuk baru yang lebih elok telah mendorong

    tindak tanduk ke arah pemodenan tersebut.12

    Dalam hal ini, para sarjana misalnya Morton

    menganggap bahawa pemodenan telah digerakkan oleh suatu kesedaran dalam kalangan

    golongan muda Jepun pada masa itu tentang perlunya suatu pembaharuan dijalankan oleh

    8W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 1539ibid

    10

    Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company, hlm 7911Abu talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 178

    12ibid

  • 8/2/2019 hsl 333

    4/17

    4

    Jepun demi memastikan bahawa Jepun terselamat daripada kesan-kesan buruk masalah yang

    berlaku di sekitar Jepun khususnya imperialisme barat. Hal ini tidak menghairankan kerana

    peristiwa-peristiwa di China seperti kekalahan China dalam perang Candu 1(1839-1842) dan

    perang Candu 2(1863) sudah pastinya diketahui oleh rakyat Jepun khususnya golongan

    modernise tersebut lantas menyedarkan mereka bahawa suatu angin perubahan perlu

    dilakukan terhadap Jepun agar dapat mengawal diri daripada ancaman imperialisme Eropah

    ke atas Asia Timur yang sedang rancak pada kurun ke 19. Tambahan pula, kegagalan

    pemerintahan Shogun yang gagal meneruskan dasar hubungan terhad dengan kuasa-kuasa

    barat pada tahun 1854 telah menambahkan lagi keyakinan mereka bahawa suatu perubahan

    perlu dilakukan dalam mengatasi kemelut itu dengan cara mengadakan pemodenan Jepun

    sendiri. Para pegawai baru Jepun yang rata-ratanya berusia di bawah 35 tahun merupakan

    pegawai yang bukan sahaja terdedah kepada pemikiran barat tetapi juga menerima pengaruh

    aliran pemikiran zaman akhir Tokugawa seperti Mito, Neo Kungfutzeisme dan sebagainya.

    Malah mereka juga turut menguasai sebahagian besar sistem politik di awal pemerintahan

    Meiji.13

    Tambahan pula, usaha pemodenan yang digerakkan oleh golongan muda itu pastinya

    turut mendapat restu daripada Maharaja Jepun sendiri yang merasakan bahawa para pegawai

    muda yang berjumlah seratus orang ini mampu membantu baginda dalam mengukuhkan

    kuasa.14

    Sebagai maklumat tambahan , kebanyakan pegawai-pegawai muda yang

    menggerakkan ini adalah terdiri daripada puak-puak yang menyokong Maharaja semasa

    usaha pihak imperial mengalahkan Shogun pada tahun 1867 iaitu Satsuma, Tosu, Chosu dan

    Hizen . Sikap dan sokongan mereka terhadap Maharaja telah memudahkan lagi proses

    pemodenan Jepun kerana mereka dididik semasa di peringkat Han(wilayah) sebagai pegawai-

    pegawai tinggi dalam sistem bakufu di Han masing-masing seperti penterjemah, penasihat

    13Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company, hlm 82

    14W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 165

  • 8/2/2019 hsl 333

    5/17

    5

    Daimyo dan sebagainya.15

    Kebolehan mereka (pegawai) yang sebahagian telah menerima

    asas pentadbiran dan pendidikan zaman Tokugawa pastinya telah dimanfaatkan sepenuhnya

    oleh pemerintahan imperial Meiji di Jepun di dalam menggerakkan pemodenan Meiji itu

    sendiri.

    Selanjutnya, dalam membicarakan isu pemodenan politik jepun dalam tempoh

    pemodenan Meiji, kita wajar melihat kepada perubahan struktur undang-undang dan

    perlembagaan jepun. Undang-undang dari segi istilah adalah suatu set peraturan yang diguna

    pakai dalam mentadbir negara.16

    Pihak Meiji telah merevolusikan institusi politik dan

    pentadbiran bagi negara Jepun. Faktor pendorong kepada fenomena Meiji ini kerana Jepun

    melihat pengaruh Eropah atau barat pada sebagai suatu aspek penting kepada negara Jepun

    secara keseluruhannya. Sikap pemerintah jepun terhadap perkembangan politik baru serta

    pengenalan undang-undang baru adalah positif kerana kesedaran jepun khususnya para

    pentadbir Meiji bahawa jika sesuatu tindakan tidak diambil di dalam soal pembaharuan

    politik dan pentadbiran, Jepun bukan sahaja tidak mampu menghadapi kuasa barat, malah

    Jepun dilihat sebagai sebuah negara yang lemah yang boleh mendedahkan Jepun kepada

    ancaman imperialisme barat17

    . Keseluruhannya, objektif pemulihan Meiji oleh negara Jepun

    sebenarnya di dalam tempoh ini berjuang adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara

    Jepun dan pemulihan Meiji merupakan suatu cara untuk mempertahankan kedaulatan jepun

    daripada asakan imperialisme barat.18

    Perkembangan politik Meiji secara asasnya boleh dikaitkan dengan zaman Tokugawa,

    kebanyakan ahli politik Jepun seperti Tokugawa Ieyayasu(1600-1613) sendiri sangat

    15Ibid

    16Teuku Iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm

    17

    Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath And Company.Ltd, hlm 7218

    Ibid

  • 8/2/2019 hsl 333

    6/17

    6

    mengagumi budaya barat khususnya budaya Rangaku dari Belanda.19

    Perhubungan terhad

    dengan kuasa Eropah ini telah memudahkan Jepun memahami sikap kuasa barat . Tambahan

    pula, semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa, sudah wujud suatu hubungan baik

    dengan kuasa barat khususnya Belanda yang menjadi asas utama di dalam membentuk sikap

    masyarakat Jepun terhadap pemulihan. Kekaguman terhadap barat seperti peristiwa

    pengeboman Shikoko pada tahun 1862 yang menonjolkan kehebatan teknologi ketenteraan

    barat ini telah membentuk nilai masyarakat jepun yang melihat barat sebagai lebih hebat

    berbanding china. Secara tidak langsung, masyarakat Jepun mudah untuk mengadaptasi

    pengaruh Meiji yang bercorak kebaratan itu sendiri.20

    Antara tindakan terawal pihak Meiji adalah dengan menyatukan seluruh negara jepun di

    bawah suatu kekuasaan pusat yang berteraskan Maharaja di Tokyo. Penyatuan ini menjadi

    asas kepada pemodenan kerana melalui penyatuan, wilayah dapat dikawal secara langsung

    lantas menyebarkan idea-idea Meijisme kepada seluruh rakyat Jepun.21

    Meiji turut

    memperkuatkan politiknya dengan menubuhkan beberapa dewan perundangan yang

    berfungsi terus kepada maharaja Jepun seperti Dewan Negara( Dajo Kan) pada tahun 1871

    yang berkuasa terhadap perundangan serta pembentukan enam kementerian penting seperti

    kementerian pelajaran , pertahanan dan sebagainya .22

    Di samping itu, Kerajaan Meiji juga

    turut membahagiakan lagi sistem Dewan kepada tiga cabang penting iaitu dewan kiri yang

    berkaitan dengan perundangan jepun, dewan kanan yang berkuasa dalam hal ehwal

    kementerian-kementerian jepun serta dewan pusat yang berfungsi di dalam hal ehwal

    peperangan Shinto serta menjaga dua dewan rendah yang lain. Kesan daripada tindakan

    tersebut sudah pastinya akan membentuk suatu hierarki baru pentadbiran dan secara tidak

    19Ibid

    20W. Scott. Morton(Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad ishak

    dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 15821Ibid

    22Ibid, hlm 165

  • 8/2/2019 hsl 333

    7/17

    7

    langsung akan dapat memulihkan pentadbiran serta mewujudkan kecekapan dalam

    pemerintahan Jepun kerana setiap kementerian dan dewan dalam pentadbiran Meiji telah

    dikhususkan kepada pengkhususan tertentu dan sudah pastinya dapat mengelakkan

    pertindihan tugas yang boleh mengganggu gugat sistem pentadbiran jepun.23

    Perkembangan utama dalam sistem politik Jepun adalah dengan pengenalan sistem

    kabinet yang seakan-akan seperti sistem kerajaan di Eropah. Sistem kabinet Jepun telah

    diwujudkan pada tahun 1885.24

    Sistem kabinet di negara Eropah telah memainkan peranan

    penting dalam menggerakkan sistem kerajaan dan Meiji di Jepun melihat sistem kabinet ini

    berjaya mengekalkan kestabilan jepun bagi tempoh jangka panjang.25

    Dalam mengkaji soal

    ini, kita boleh merujuk kepada sikap orang jepun terhadap maharaja jepun. Orang jepun

    menganggap bahawa Maharaja Jepun adalah daripada keturunan Dewa Amaterasu iaitu Dewa

    Matahari mengikut kepercayaan klasik jepun.26

    Mereka menganggap bahawa Maharaja Jepun

    adalah suci (Kami) serta berada dalam kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat

    Jepun.27 Persoalan utama para pegawai jepun adalah tentang kedudukan maharaja dalam

    sistem kabinet Jepun. Dalam isu ini, masalah utama adalah dengan mewujudkan kabinet,

    mereka bimbang bahawa maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran kerana

    kebanyakan sistem beraja Eropah yang cuba diadaptasi oleh Jepun, Raja hanyalah bersifat

    ceremonial dan kabinet lebih banyak membuat keputusan berbanding dengan raja itu

    sendiri.28

    Raja adalah lambang semata-mata. Mengikut sistem Eropah khususnya sistem

    British adalah suatu yang tidak relevan serta tidak sesuai dengan pandangan masyarakat

    jepun terhadap keagungan Maharaja jepun dan akan menimbulkan isu di kemudian hari.

    23Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company , hlm 88

    24Ibid

    25Ibid.hlm 151

    26Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 7

    27

    ibid28W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad ishak dan

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 178

  • 8/2/2019 hsl 333

    8/17

    8

    Penyelesaian isu ini hanya dapat diatasi oleh Ito Hirobumi iaitu seorang ahli politik Jepun

    telah mencadangkan agar sistem Jerman digunakan dalam pentadbiran jepun29

    Kemuncaknya

    adalah pada tahun 1885 iaitu dengan penubuhan sistem kabinet sebenar dan pada tahun 1889

    iaitu perlembagaan Meiji yang menjadi asas pemerintahan moden jepun yang digunakan

    sehingga tamatnya perang dunia kedua pada Ogos 1945.

    Pemodenan Meiji dan Ekonomi

    Kajian selanjutnya akan difokuskan kepada kepentingan ekonomi dalam pemodenan

    Meiji. Antara perkara yang boleh diambil kira dalam menganalisis tentang pemodenan Jepun

    di bawah kekuasaan Meiji adalah tentang peranan yang dimainkan oleh sektor ekonomi

    dalam perkembangan pemodenan Meiji itu sendiri. Sememangnya kepentingan ekonomi amat

    penting dalam pengukuhan Meiji kerana ekonomi adalah asas penting dalam sesebuah negara

    serta menjadi paksi kepada keutuhan negara. Ekonomi juga sebagai alat bagi mencapai

    kemakmuran negara. Tambahan pula, maksud ekonomi merujuk kepada suatu kajian tentang

    usaha manusia dalam soal pengagihan sumber yang terhad.30

    Dalam hal ini, pihak Meiji

    telah menjadikan ekonomi sebagai suatu alat untuk mempertahankan negara serta

    mengaktifkan peranan mereka (kerajaan) dalam industri keseluruhannya31

    Malah turut

    menjadi faktor penentu dalam kejayaan pemodenan Meiji yang dilaksanakan mulai tahun

    1868 sehingga tahun 1912.

    Antara langkah utama kerajaan Meiji dalam pembentukan ekonomi baru bagi jepun ialah

    dengan mengadakan arahan kepada para Daimyo agar bertindak dengan memulangkan

    29Ito semasa di Eropah, beliau telah berjumpa dengan Otto Von Bismarck serta mempelajari sistem

    pemerintahan Eropah melalui Albert Von Stein. Beliau berada di sana selama enam minggu pada tahun 1882.30

    Teuku iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm

    31W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 166

  • 8/2/2019 hsl 333

    9/17

    9

    kembali tanah mereka kepada maharaja. Serta memusatkan kuasa serta menyatukan wilayah

    di bawah kekuasaan Maharaja. yang di pusatkan di Edo ( Tokyo) .

    Usaha memusatkan kuasa penting bagi mengawal ekonomi Jepun serta mengekalkan

    kestabilannya pada masa panjang. Kerajaan Meiji juga dapat memastikan sumber-sumber

    penting khususnya hasil pertanian berada dalam genggaman mereka yang boleh dimanfaatkan

    bagi membiayai pemulihan Meiji.32

    Tindakan ini dijalankan oleh Kid Koin di chosu dan

    Okubu Toshimachi di Satsuma yang berjaya memujuk daimyo mereka agar menyerahkan

    tanah kepada Maharaja pada tahun 1869. Selanjutnya, dari sudut ekonomi, pihak kerajaan

    Meiji telah cuba menetapkan dan menyusun semula cukai cukai mengikut kesesuaian

    semasa negara jepun pada waktu itu. Meiji telah bertindak menghapuskan beberapa cukai

    yang dijalankan semasa zaman feudal serta menghapuskan pengharaman aktiviti jual beli

    tanah yang dianggap oleh kerajaan Meiji sebagai tidak sesuai lagi dijalankan serta merugikan

    Kerajaan dari banyak segi.33

    Perubahan penting yang dilakukan adalah pada tahun 1873,

    cukai tanah dibayar dengan berdasarkan wang , bukan lagi menggunakan hasil tanaman. 34

    Perubahan impak ini telah memberikan impak penting terhadap penguasaan ekonomi dalam

    kalangan masyarakat jepun kerana apabila cukai ditentukan oleh wang, secara tidak langsung

    perkembangan ekonomi dapat bergerak dengan lebih rancak lagi kerana wang merupakan alat

    yang mudah digunakan bagi menjalankan aktiviti ekonomi. Pastinya melalui kaedah ini,

    memberikan keuntungan kepada kerajaan. Secara tidak langsung , kerajaan Meiji mendapat

    hasil dengan segera melalui cukai lantas mendapat faedah ekonomi seperti yang diharapkan.35

    Selanjutnya, dalam membicarakan soal pemulihan Meiji dan ekonomi, tidak dapat tidak

    usaha untuk memperoleh sumber ekonomi adalah menjadi nadi utama dalam pembaharuan

    32Ibid

    33W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd, hlm 62

    34

    Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 184

    35ibid

  • 8/2/2019 hsl 333

    10/17

    10

    Meiji. Antara tindakan yang berkaitan dengan pemodenan Meiji adalah dengan melalui usaha

    menghubungkan bandar-bandar jepun dengan kemudahan asas seperti jalan raya , kereta api

    dan sebagainya.36

    Dalam hal ini , usaha yang dijalankan sebenarnya mempunyai dua konotasi

    penting. Misalnya, dari sudut lain ia mampu membuka peluang ekonomi kepada Jepun dalam

    jangka masa panjang kerana dengan kemudahan asas yang sempurna pastinya kegiatan

    ekonomi dapat dijalankan secara cekap dan efisien serta memberikan keuntungan dalam

    tempoh jangka panjang. Di samping itu, ia juga turut berkaitan dengan usaha pertahanan

    khususnya bagi menggerakkan tentera bagi mengawal sebarang penentangan dalam negeri.

    37Oleh sebab itulah pada tahun 1872, sebagai contoh telah menjadi tahun asas pembinaan

    infrastruktur utama iaitu Jalan kereta api menghubungkan Tokyo dengan Yokohama serta

    pembinaan telekomunikasi telegraf di seluruh bandar di Jepun pada tahun 188038

    .

    Perindustrian dan industri secara keseluruhannya telah membawa kesan kepada

    pemodenan jepun. Kesedaran jepun tentang perlunya usaha untuk mencapai tahap

    perindustrian tertinggi dalam kerangka ekonomi Jepun era Meiji harus dicapai demi

    kemakmuran negara secara keseluruhannya. Dalam isu ini, Jepun semasa Meiji telah cuba

    untuk membina asas perindustrian Jepun. Dalam hal ini, secara tidak langsung Kerajaan Meiji

    cuba untuk membawa Jepun ke arah revolusi Industri.39

    Kerajaan telah memutuskan untuk

    campur tangan serta membabitkan diri dalam industri secara keseluruhannya. Misalnya, pada

    tahun 1874, Kerajaan Meiji telah mengambil alih Lombong Arang Batu British di Hizen

    serta mengambil alih lapan buah lombong yang lain. Selain itu, Ito Hirobumi semasa menjadi

    Menteri Industri dari tahun 1870-1878 telah mengadakan Industri kain bulu biri-biri bagi

    36Ibid.hlm 185

    37W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 17438

    Menjelang tahun 1900, terdapat hampir 5000 batu jalan kereta api. Menurut Morton, pada mulanya

    pembinaan kereta api adalah di bawah tanggungan Kerajaan dan usaha persendirian pihak swasta. Tetapi,

    atas dasar nasionalisasi pihak kerajaan Jepun telah memonopoli sistem pengangkutan kereta api pada tahun1906.39

  • 8/2/2019 hsl 333

    11/17

    11

    tujuan pakaian pegawai kerajaan dan anggota tentera. Tambahan pula, pihak kerajaan Meiji

    turut memberikan pinjaman kepada industri tertentu seperti industri mesin, perkapalan dan

    sebagainya. Kesan langsung daripada bantuan kerajaan ini telah membentuk suatu kebaikan

    kepada jepun buat masa panjang iaitu berlakunya perkembangan sektor industri hasil usaha

    kerajaan Meiji dalam bidang ekonomi itu sendiri. Malah usaha ini telah membebaskan Jepun

    daripada sistem ekonomi feudal kepada suatu gaya ekonomi baru berdasarkan perindustrian

    yang setaraf dengan negara-negara barat menjelang kurun ke 20.40

    Kesan Pemodenan Meiji Sehingga Dekat 1920an.

    Esei sebelum ini telah memperincikan Pemodenan Meiji dengan memberi tumpuan

    kepada aspek pemodenan politik dan ekonomi. Pada bahagian ini, tumpuan adalah kepada

    kesannya kepada rakyat Jepun keseluruhannya sehingga dekat 1920an. Dalam aspek cara

    hidup, masyarakat Jepun telah mula mengamalkan suatu cara hidup berasaskan kebaratan.41

    Dalam mengkaji isu ini, kita harus merujuk kepada cara pengaruh luar itu masuk ke dalam

    sesebuah negara. Pengaruh luar secara dasarnya masuk ke dalam sesebuah negara dan

    berakar umbi ke dalam masyarakat melalui peranan agama, intelektual, perdagangan dan

    penggunaan bahasa.42

    Meiji turut membawa sama sekali pengaruh barat ke dalam

    ketamadunan Jepun dan masyarakat jepun kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Antara bukti

    jelas yang boleh diperhatikan ialah penggunaan rambut gaya barat yang menggantikan gaya

    rambut gaya samurai yang dianggap ketinggalan zaman . Di samping itu, terdapat juga

    masyarakat Jepun yang memakai Haikara iaitu kolar tinggi yang sememangnya menjadi

    40W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 177

    41Ibid

    42Ibid. Hlm17

  • 8/2/2019 hsl 333

    12/17

    12

    budaya di barat khususnya dalam kalangan bangsawan.43

    Keadaan ini memperlihatkan

    tentang kewujudan suatu budaya baru dalam masyarakat Jepun kesan daripada pemodenan

    Meiji. Masyarakat Jepun telah keluar daripada kepompong cara berfesyen lama ala jepun dan

    digantikan oleh suatu bentuk gaya berasaskan kebaratan. Tindakan mengenakan pakaian ala

    barat ini berlaku kerana kesediaan masyarakat jepun untuk menerima perubahan yang berlaku

    dalam masyarakat mereka kesan daripada pemodenan Meiji. Tanpa kawalan kerajaan Meiji

    sekalipun, Perubahan tetap akan berlaku khususnya berkaitan dengan cara pengadaptasian

    fesyen pengaruh barat itu sendiri.44

    Selain itu, dalam kalangan golongan bangsawan Jepun

    semasa era Meiji, terdapat kecenderungan terhadap majlis-majlis keramaian berasaskan barat.

    Majlis seperti ini yang diwarnai dengan persembahan muzik barat dan adalah suatu perkara

    yang diberikan perhatian khususnya dalam kalangan bangsawan, fenomena ini bukan sahaja

    berlaku pada zaman Meiji semata-mata , malah berterusan sehingga kini.45

    Keadaan ini

    memperlihatkan bahawa masyarakat jepun pada era Meiji dan Taisho sudah menjadi suatu

    masyarakat yang berubah serta terbuka di dalam mengadaptasikan pengaruh barat yang

    diterapkan Meiji sebelum ini lantas mengubah gaya hidup rakyat jepun khususnya dari sudut

    fesyen itu sendiri.

    Kesan langsung pemulihan Meiji juga boleh dilihat daripada sikap masyarakat Jepun

    terhadap imperialisme oleh jepun terhadap negara-negara sekitarnya. Pemodenan Meiji yang

    berteraskan kepada pembangunan politik dan ekonomi serta berteraskan kepada falsafah

    memakmurkan negara melalui kekuatan tentera telah mula mengubah sikap masyarakat

    Jepun terhadap imperialisme. Masyarakat jepun khususnya dalam kalangan ahli politik jepun

    berpendapat bahawa kedudukan negara jepun akan lebih tinggi bersama-sama kuasa barat

    43W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan

    diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 17144Ibid

    45Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company. Hlm 240

  • 8/2/2019 hsl 333

    13/17

    13

    sekiranya jepun menjadi suatu kuasa imperialisme penting bagi Asia timur.46

    Hal ini juga

    turut dikaitkan dengan perlembagaan Meiji yang menonjolkan kesetiaan kepada maharaja

    serta sifat niponism yang mendorong masyarakat jepun menjadi keras di medan peperangan

    serta sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan negara dan maharaja . Hal ini juga turut

    dikaitkan dengan corak pendidikan jepun yang berteraskan patriotisme dan berteraskan

    kepada sistem nilai jepun.

    Oleh itu, Kesan daripada proses pendidikan jepun pada zaman meiji , telah menjadikan

    rakyat jepun lebih bersifat imperialis khususnya dalam kalangan ahli politik dan pegawai

    tentera jepun .47

    hasil daripada perubahan dan pemodenan Meiji telah menyebabkan Jepun

    mula menjalankan imperialisme di Asia Timur antara tahun 1895-1920 dengan melihat

    kepentingan strategik negara jepun sebagai pemangkin kepada kejayaan imperialisme Jepun

    lalu menjadi kebanggaan rakyat Jepun itu sendiri .48

    Kesannya rakyat Jepun melihat bangsa

    lain sebagai bangsa yang amat rendah nilainya berbanding orang Jepun. Misalnya, Rakyat

    Jepun seperti Kolonel Suzuki pernah menganggap bahawa bangsa Korea adalah hina dan

    tidak wajar diberikan kebebasan. Pegawai jepun serta golongan kapitalis Jepun juga turut

    melayan bangsa Korea yang dipaksa bekerja di jepun sebagai bangsa kelas kedua dan tidak

    dapat menikmati hak-hak kemanusiaan seperti bangsa jepun.49

    Tindakan ini banyak berpunca

    daripada sikap pendidikan Meiji yang berteraskan kesetiaan kepada Maharaja serta

    menonjolkan sikap Nipponese yang tinggi telah menyebabkan rakyat Jepun mempunyai

    nilai-nilai kebangsaan yang fanatik terhadap Jepun. Sikap ini juga turut ditonjolkan terhadap

    China dan jepun melihat bahawa China bukan lagi sebagai role model tetapi merupakan

    46ibid

    47Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company. Hlm 241

    48Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath And Company Ltd,

    hlm 13549Abu Talib Ahmad (2007) Pendudukan Jepun Dan Asia Tenggara( 1941-1945), dalam Siri Syarahan Umum

    Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia , hlm 12

  • 8/2/2019 hsl 333

    14/17

    14

    musuh utama yang mesti ditamadunkan oleh Jepun.50

    Malah, istilah Shiina oleh masyarakat

    Jepun yang merujuk kepada yang menghina juga menonjolkan sikap masyarakat Jepun

    terhadap China yang dianggap sudah ketinggalan zaman berbanding dengan Jepun yang

    dianggap sudah moden bagi kawasan Asia Timur.

    Pemodenan Meiji sungguhpun telah menyebabkan masyarakat Jepun memandang hina

    terhadap bangsa lain serta berfikiran imperialis , tetapi dari sudut yang lain khususnya

    daripada aspek kesenian , masyarakat jepun era Meiji dan era Taisho (1912-1945) telah

    banyak berubah dari sudut kesenian. Kesenian masyarakat Jepun pada era ini adalah sangat

    berpaksikan kepada kebaratan dan pemodenan Meiji yang bersifat tolak ansur terhadap

    perubahan modenisme itu telah membuatkan rakyat Jepun meniru corak kesenian daripada

    barat.51

    Antaranya dari sudut kesenian, Para pelukis jepun telah mengubah cara mereka

    melukis daripada menggunakan berus China kepada penggunaan pensel yang diasaskan oleh

    Kawakami Togai pada tahun 1868. Beliau sebagai seorang lulusan luar negara yang dihantar

    oleh kerajaan bagi mendalami sistem lukisan barat khususnya Belanda telah diarah untuk

    memperkenalkan sistem pelajaran kesenian di sekolah kerajaan.52

    Kejayaan usaha awal

    beliau telah menyebabkan beliau berjaya memberikan impak kepada kesenian jepun,.

    Misalnya pada tahun 1889, telah tertubuh sekolah pertukangan Tokyo yang menumpukan

    kepada bidang seni dan pertukangan. Penubuhan sekolah seni juga merupakan asas penting

    dalam membawa kesan ke atas orang Jepun kerana orang Jepun mula berminat kepada seni

    baru berasaskan barat dan bidang kesenian baru ini dilihat sebagai suatu role model penting

    di dalam pemikiran masyarakat Jepun kerana ini menonjolkan bahawa mereka adalah

    Tamadun moden yang berbeza berbanding dengan golongan lain di Asia.53

    Pada tahun 1920

    pula, sudah wujud sistem filem dan drama Jepun yang berpandukan corak filem yang diambil

    50Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 268

    51

    ibid52Ibid.hlm 269

    53W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd.hlm 125

  • 8/2/2019 hsl 333

    15/17

    15

    dari barat. Ketika rakyat china masih lagi menghadapi konflik dalaman, rakyat Jepun sudah

    merasai kehebatan seni baru yang boleh memperkembangkan seninya sehingga tahun

    1920an.54

    Perkembangan penting bagi masyarakat jepun sehingga tahun 1920 adalah terbentuknya

    masyarakat kelas bandar yang bekerja didalami sektor perindustrian baru serta mewujudkan

    budaya korporat orang Jepun melalui Zaibatsu . Kewujudan masyarakat industri di jepun

    adalah berpunca daripada galakan kerajaan Meiji terhadap perkembangan industri melalui

    dasar-dasar membantu industri di jepun serta campur tangan di dalam sektor-sektor tertentu.

    Misalnya pada tahun 1920, dianggarkan seramai 1-6 juta rakyat jepun bekerja di bandar-

    bandar perindustrian seperti di Tokyo, Yokohama dan Osaka.55

    Perkembangan ini adalah

    kesan terhadap masyarakat Jepun hasil daripada pemodenan Meiji kerana sebelum

    berlakunya proses pemulihan, masyarakat Jepun khususnya masyarakat zaman Tokugawa

    sebahagian besar adalah masyarakat pertanian yang dikawal oleh sistem feudalisme Jepun.

    Polisi ekonomi dan matlamat Meiji yang ingin menjadi negara yang hebat setanding dengan

    kuasa-kuasa Eropah turut menyumbang kepada berlakunya perkembangan perindustrian.

    Dengan galakkan dari kerajaan terhadap ekonomi melalui bantuan kepada bidang ekonomi

    dan infrastruktur awam telah mengubah struktur masyarakat jepun. Kesan terhadap

    masyarakat jepun ialah, sebahagian besar penduduk jepun lebih banyak terlibat di dalam

    industri moden serta tinggal di bandar-bandar besar lalu mengakibatkan masyarakat jepun

    mengalami perubahan struktur sosial yang berbeza berbanding dengan zaman sebelumnya.56

    54

    Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm 27155W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd.hlm 125

    56Ibid

  • 8/2/2019 hsl 333

    16/17

  • 8/2/2019 hsl 333

    17/17

    17

    Bibliografi.

    Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abu Talib Ahmad (2007) Pendudukan Jepun dan Asia Tenggara ( 1941-1945), dalam Siri

    Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

    Hugh Barton (1970)Japans Modern Century, New York: The Roland Press Company.

    Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath

    And Company.

    Robert F. Hackett (1965), The Meiji Leaders And Modernization: The Case Of Yamagata

    Aritomo, dalam Changing Japanese Toward Modernization, Diselenggarakan oleh Maris. B

    Jansen, Princeton: Princeton University Press.

    Teuku Iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa DanPustaka.

    W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin

    Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

    Malaya.

    W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson

    Ltd.