hsbc amanah takaful (malaysia) file2 pelan ini adalah pelan takaful am yang diuruskan oleh hsbc...

65
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 731530-M) SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD Sila baca Sijil ini dengan teliti

Upload: doantuong

Post on 15-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 731530-M)

SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD

Sila baca Sijil ini dengan teliti

Page 2: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

2

Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat keikhwanan dan setia kawan di mana peserta seperti Anda bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan mengikut keperluan yang ditentukan. Dengan matlamat ini, sebahagian daripada Sumbangan Anda akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Am atas dasar Tabarru’ (derma). Pelan Takaful Am ini diuruskan berlandaskan prinsip Syariah berasaskan garis panduan Jawatankuasa Syariah Kami. Sebagai pertimbangan kerana penyertaan dan Sumbangan Anda, Kami dengan ini mengikat kontrak dengan Anda berasaskan terma, syarat dan manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil ini. Tiada perubahan atau pertukaran kepada syarat Sijil ini akan berkuatkuasa melainkan dilaksanakan menerusi Pengendorsan yang Kami keluarkan. Hubungan antara semua peserta dan HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. ditadbir di bawah Sijil ini atas dasar Wakalah. Sijil yang dilampirkan menerangkan syarat pelan ini secara sepenuhnya. Sila baca dengan teliti untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.

Untuk dan bagi pihak HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif

Page 3: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

3

A. Penyata Maklumat Sijil 1. Anda boleh membayar Sumbangan anda kepada Kami menerusi cek atas nama “HSBC Amanah Takaful

(Malaysia) Sdn. Bhd.” 2. Anda perlu memaklumkan Kami dan memberi kami dokumen yang berkaitan dengan serta-merta untuk

memastikan perkhidmatan Kami kepada Anda tidak terganggu jika terdapat sebarang pertukaran alamat atau nombor hubungan Anda.

3. Anda boleh, jika Anda mahu, mempertikaikan sebarang keputusan Kami yang timbul daripada Sijil ini

dan merujuk sesuatu perkara kepada:

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Unit Aduan Pet Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 1-800-88-9659, Faks: 03-20310833

Biro Timbang Tara Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752

Jabatan Pengguna & Amalan Pasaran

Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 03 – 2698 8044 Faks: 03 – 2691 4086

Kami menasihatkan Anda untuk menghubungi mereka sebelum membuat aduan bertulis tentang perkara tersebut.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Takaful

dan perkara lain di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. Maklumat hubungan BNMLINK dan BNMTELELINK adalah:-

BNMLINK Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03-26988044 sambungan 8950/8958 Faks: 03-21741515

BNMTELELINK Tel: 1-300-88-5465 (LINK) E-mel: [email protected]

Waktu operasi BNMLINK dan BNMTELELINK adalah dari: Isnin – Jumaat, 9.00 pg hingga 5.00 ptg

5. Kami boleh dihubungi di 1-800-88-9659. Anda juga boleh faks kepada Kami di 03-2031 0833 atau

menulis surat kepada Kami di Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur. Kami komited untuk memberikan tahap kualiti perkhidmatan tertinggi dan Kami mengalu-alukan sebarang komen Anda mengenai perkhidmatan Kami.

Page 4: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

4

B. Dana Risiko Am dan Lebihan Pengagihan 1. Sumbangan yang dibayar (ditolak Yuran Wakalah) untuk Sijil ini akan diperuntukkan kepada Dana

Risiko Am. 2. Dana Risiko Am adalah untuk manfaat bersama semua peserta dan menyediakan perlindungan

kewangan berlandaskan prinsip Takaful. 3. Kami akan menguruskan Dana Risiko Am mengikut prinsip Syariah dan akan mengelakkan daripada

melaburkan aset Dana Risiko Am dalam sekuriti dan aset yang dilarang di bawah Syariah. 4. Semua kos, belanja, caj dan levi bagi menyenggarakan dan melaburkan aset Dana Risiko Am dan

sebarang belanja lain yang berkaitan hendaklah ditanggung dan dibayar daripada Dan Risiko Am. 5. Kami diberi kuasa dan boleh mendapatkan takaful semula / insurans semula yang Kami anggap wajar

berhubung dengan perlindungan Takaful / Dana Risiko Am yang diberikan di bawah Sijil ini. Semua hasil (jika ada) daripada perjanjian takaful semula / insurans semula akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Am.

6. Menurut peraturan Syariah, Kami bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian Aset Risiko Am jika

kerugian tersebut disebabkan kegagalan Kami untuk mematuhi peruntukan Sijil ini. 7. Aset dan liabiliti Dana Risiko Am akan dinilai pada akhir setiap tahun kewangan dan prinsip aktuari

akan diguna pakai untuk menilai lebihan yang timbul. Bayaran tuntutan dan peruntukan, kos takaful semula / insurans semula, rizab teknikal, rizab penstabil dan sebarang defisit yang dibawa ke hadapan akan diambil kira apabila mengira sebarang lebihan yang timbul.

8. Kami akan berusaha menguruskan Dana Risiko Am untuk meminimumkan risiko asas sambil

memaksimumkan lebihan dengan mengguna pakai amalan taja jamin yang teliti. 9. Sebagai ganjaran bagi menguruskan dan mentadbir Dana Takaful Am, Kami layak menerima yuran

insentif yang merangkumi 80% daripada lebihan yang timbul. Baki 20% atas lebihan yang timbul akan diagihkan kepada peserta yang layak.

10. Sekiranya Dana Risiko Am berada dalam defisit, Kami akan memberikan pembiayaan tanpa faedah

(Qard al-Hassan) daripada dana pemegang saham Kami untuk menampung defisit. Lebihan masa depan yang timbul daripada Dana Risiko Am akan digunakan untuk membayar balik Kami bagi pembiayaan tersebut sebelum pengagihan sebarang lebihan dibuat kepada peserta dan Kami.

11. Jika lebihan yang perlu dibayar kepada Peserta yang Dilindungi adalah kurang atau bersamaan

RM10, ia akan didermakan kepada pertubuhan kebajikan terpilih yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Kami.

Di bawah pelan ini, Yuran Wakalah ditetapkan pada peratus yang digariskan di bawah untuk setiap sumbangan. Seksyen 1: Kebakaran dan Bahaya Terkumpul & Seksyen 2: Kerugian Turutan Kebakaran - 40% daripada sumbangan Semua seksyen lain - 50% daripada sumbangan

Page 5: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

5

C. Definisi Am

Dalam Sijil ini, melainkan terdapat sesuatu yang tidak konsisten dengan subjek atau konteks, perkataan yang dipaparkan di bawah hendaklah mempunyai maksud yang sama dan hendaklah membawa maksud tersebut dalam keseluruhan Sijil ini: Perniagaan Kerja dan aktiviti biasa yang Anda jalankan seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Premis Perniagaan Tempat kerja biasa Anda dan lokasi di mana aktiviti perniagaan Anda dijalankan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Sumbangan Jumlah yang dinyatakan sebagai “Sumbangan” dalam Jadual. Kakitangan Sesiapa yang berada di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan Anda. Pengendorsan Sebarang pindaan kepada Sijil atau susunan kata Sijil seperti yang dinyatakan dalam dokumen yang dilampirkan kepada Sijil atau dinyatakan dalam Jadual. Lebihan / Potongan Jumlah pertama yang perlu Anda bayar untuk setiap tuntutan seperti yang dinyatakan pada Seksyen berkenaan dalam Jadual. Dana Risiko Am Dana Risiko yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk manfaat semua peserta yang layak. Pengecualian Am Pengecualian yang diberikan dalam bahagian E Sijil ini. Syarat Am Syarat yang dinyatakan dalam bahagian F Sijil ini. Insiden Sebarang kejadian yang mungkin menyebabkan tuntutan Tempoh Takaful Tempoh masa di mana perlindungan Takaful akan berkuatkuasa seperti yang dinyatakan dalam Jadual atau sebarang tempoh seterusnya di mana Anda akan membayar dan kami akan menerima Sumbangan yang diperlukan bagi Sijil Pembaharuan ini. Harta Benda Dilindungi Merujuk kepada “Item Dilindungi”: khusus untuk Seksyen khusus seperti yang dinyatakan dalam Seksyen berkenaan dalam Jadual. Borang Cadangan Cadangan yang telah Anda tandatangani atau penyata fakta yang mengandungi maklumat yang Anda berikan kepada Kami dan sebarang maklumat lain yang telah anda berikan kepada Kami. Ini termasuk maklumat yang diberikan di pihak Anda. Jadual Jadual ini adalah sebahagian daripada perjanjian Takaful dan antara lain mengandungi maklumat Anda dan sebarang perkara lain yang termasuk dalam Jadual, Tempoh Perlindungan Takaful dan pengendorsan, fasal dan waranti susunan kata Sijil ini, yang mana berkenaan. Jika Sijil ini telah diperbaharui, ia juga bermaksud Jadual Pembaharuan yang dikeluarkan seterusnya. Seksyen Merujuk kepada definisi, syarat, pengecualian, fasal, peruntukan khas dan pengendorsan yang berkuat kuasa dan disediakan dalam kelas Takaful berkenaan yang Anda ambil, yang membentuk sebahagian daripada Sijil dan termasuk Seksyen berkenaan dalam Jadual.

Page 6: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

6

Jumlah Dilindungi / Had Indemniti Jumlah maksimum khusus yang perlu dibayar di bawah setiap Seksyen Sijil ini untuk manfaat yang berkaitan seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Tabarru Perkataan Arab yang bermaksud “derma, hadiah atau sumbangan”. Dalam Sijil ini, ia bermakna sumbangan untuk tujuan menyertai Dana Risiko Am. Takaful / Perjanjian Takaful Skim berasaskan keikhwanan, setia kawan dan bantuan bersama yang memberikan pertolongan dan bantuan kewangan bersama kepada Anda sekiranya diperlukan, di mana anda bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut. Terma dan Syarat Semua definisi, terma, syarat, pengecualian, fasal, peruntukan khas dan pengendorsan yang terkandung dalam Sijil ini, termasuk Pengecualian, Syarat Am dan terma dan syarat khusus setiap Seksyen yang berkaitan, di mana berkenaan. Had Wilayah Hendaklah bermakna Malaysia melainkan dinyatakan secara khusus dalam Seksyen yang berkenaan dalam Jadual atau Pengendorsan. Kami, Pengendali Takaful HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Anda Orang yang dinamakan dalam Jadual sebagai “Peserta” dan “Peserta Tambahan” di mana berkenaan. Wakalah Pelantikan satu pihak oleh pihak yang satu lagi untuk bertindak bagi pihaknya. Dalam konteks Sijil ini, Anda dianggap telah melantik kami untuk menguruskan Dana Risiko Am bagi pihak Anda. Sebarang perkataan yang menandakan seseorang termasuk orang sebenar, syarikat, perbadanan, pakatan, persatuan, atau mana-mana dua atau lebih orang yang mempunyai kepentingan bersama atau umum atau mana-mana entiti atau perjanjian komersil yang sah Perkataan yang termasuk bentuk (Kata mufrad, di mana berkenaan hendaklah termasuk kata jamak dan begitu juga sebaliknya, dan perkataan yang merujuk kepada satu jantina hendaklah termasuk setiap jantina. Rujukan kepada peruntukan undang-undang dalam Sijil ini hendaklah bermakna undang-undang Malaysia dan hendaklah termasuk semua pengubahsuaian berkanun, pindaan dan penggubalan semula undang-undang tersebut.

Page 7: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

7

D. Sijil Takaful

Menerusi Sijil ini, Anda, sebagai Peserta dan Kami, sebagai Pengendali Takaful, bersetuju bahawa:- 1. Borang Cadangan, yang telah Anda tandatangani atau penyata fakta yang mengandungi maklumat

yang boleh Anda beri kepada Kami dan sebarang Maklumat yang Anda beri kepada Kami hendaklah menjadi Asas Sijil ini.

2. Kebenaran Cadangan / Maklumat hendaklah menjadi syarat kepada liabiliti Anda. 3. Anda akan membayar Sumbangan kepada kami. Adalah menjadi syarat asas dan mutlak Sijil ini

bahawa Sumbangan yang perlu dibayar mesti dibayar dan diterima oleh kami dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil/Pengendorsan/Pembaharuan Sijil ini. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka Sijil ini dibatalkan secara automatik dan Kami berhak menyimpan Sumbangan secara pro rata bagi tempoh mereka menanggung risiko. Di mana Sumbangan perlu dibayar menurut Sijil ini diterima oleh ejen Kami yang sah, bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai diterima oleh pihak Kami untuk tujuan syarat ini dan tanggungjawab membuktikan bahawa Sumbangan perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen Takaful, yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan tersebut, terletak pada Kami.

4. Tertakluk kepada Terma dan Syarat Sijil ini, Kami akan menyediakan perlindungan Takaful untuk

pelbagai kelas perlindungan Takaful seperti yang dinyatakan dalam Seksyen yang dipilih oleh Anda, dan dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan bersama Sijil ini.

5. Kelas Perlindungan Takaful yang disediakan di bawah Sijil ini ialah:-

Seksyen 1 – Kebakaran dan Bahaya Berkaitan Seksyen 2 – Kerugian Turutan Kebakaran Seksyen 3 – Pecah Masuk Seksyen 4 – “Semua Risiko” Komersil Seksyen 5 – “Semua Risiko” Peralatan Mudah Alih Seksyen 6 – Wang Seksyen 7 – Liabiliti Awam Seksyen 8 – Liabiliti Majikan Seksyen 9 – Jaminan Kesetiaan Seksyen 10 – Kaca Keping Seksyen 11 – Kemalangan Peribadi Kumpulan

\

Page 8: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

8

E. Pengecualian Am E1. Pengecualian Am yang disediakan di bawah ini hendaklah diguna pakai bagi semua Seksyen Sijil ini,

melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Seksyen yang berkenaan. Sekiranya berlaku percanggahan antara Pengecualian Am ini dan pengecualian khusus yang diberikan dalam Seksyen yang berkenaan, pengecualian khusus dalam Seksyen tersebut akan diguna pakai.

E2. Kami tidak bertanggungjawab terhadap:- 1. Sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti, kematian atau kecederaan badan, kos atau sebarang bentuk

perbelanjaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada, diakibatkan oleh atau berhubung dengan mana-mana yang berikut tidak kira apa jua sebab atau kejadian yang menyumbang kepadanya secara serentak atau sebagai turutan kepada kerugian tersebut:-

(i) radiasi pengionan atau pencemaran menerusi keradioaktifan oleh apa-apa bahan api nuklear atau

daripada apa-apa bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear (ii) ciri-ciri radioaktif, toksik, letupan atau sebarang ciri lain yang membahayakan atau mencemarkan

mana-mana loji nuklear, reaktor atau sebarang alat atau komponen nuklear di dalamnya; atau (iii) bahan senjata nuklear atau sebarang senjata peperangan yang menggunakan pembelahan

dan/atau pelakuran nuklear atau atom atau sebarang tindak balas atau tenaga radioaktif sepertinya.

2. Sebarang kerugian, kerosakan, belanja, liabiliti, kematian atau kecederaan badan yang disebabkan oleh

atau menerusi atau akibatnya secara langsung dan tidak langsung timbul daripada:-

(i) peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;

(ii) dahagi, rusuhan, kebangkitan tentera atau awam, pemberontakan, penentangan, revolusi, kuasa

tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau pengepungan atau apa-apa kejadian atau sebab yang menentukan perisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau pengepungan.

(iii) sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan Pengecualian ini, sebarang tindakan keganasan bermakna tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan and/atau ancamannya, terhadap mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak secara sendiri atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Sijil ini juga tidak termasuk kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam apa jua bentuk sama ada secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil untuk mengawal, mencegah, mengekang atau berkaitan dalam apa jua cara dengan tindakan keganasan.

3. Sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan, liabiliti atau kecederaan badan yang disebabkan oleh

atau kerana atau diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh penyitaan, rampasan, tuntutan atau pemusnahan atau kerosakan harta benda yang dilindungi menerusi arahan Kerajaan de jure atau de facto atau mana-mana pihak berkuasa awam, perbandaran atau tempatan di negara atau kawasan di mana Premis Perniagaan ditempatkan;

4. Sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau

berlaku kerana atau timbul daripada gelombang tekanan yang disebabkan oleh pesawat dan peralatan udara lain;

5. Sebarang bentuk Kerugian Berturutan; 6. Semua tuntutan dan kerugian yang berasaskan, timbul daripada, secara langsung atau tidak langsung

daripada atau dalam apa jua cara berhubung dengan:-

(i) asbestos; atau (ii) sebarang kecederaan sebenar atau didakwa berkaitan asbestos membabitkan penggunaan,

Page 9: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

9

kehadiran, kewujudan, pengesanan, pembuangan atau penyingkiran atau pengelakan asbestos atau pendedahan atau potensi pendedahan kepada asbestos.

7. Sebarang tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung atau dikaitkan kepada HIV (Virus

Kurang Daya Tahan Manusia) dan/atau sebarang penyakit berkaitan HIV termasuk AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) dan/atau sebarang derivatif mutan atau perbezaan daripadanya tidak kira apakah puncanya.

8. Sebarang Lebihan / Potongan. E3. Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding lain di mana Kami mendakwa bahawa menerusi

peruntukan Pengecualian Am ini atau peruntukan Seksyen dalam Sijil ini, sebarang kemalangan, kerugian, kerosakan, belanja, liabiliti atau kecederaan badan tidak dilindungi oleh Sijil ini, beban membuktikan kemalangan, kerugian, kerosakan, belanja, liabiliti atau kecederaan badan tersebut dilindungi pada Anda.

E4. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembayaran bagi penyiasatan atau pembelaan

sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan atau sebarang kos, denda atau penalti atau bagi sebarang perbelanjaan atau saman berkaitan dengan mana-mana yang berikut.

E5. Sekiranya mana-mana bahagian pengecualian Sijil ini didapati tidak sah atau tidak boleh

dikuatkuasakan sepenuhnya.

Page 10: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

10

F. Syarat Am

1. Syarat am yang disediakan di bawah ini hendaklah diguna pakai bagi semua Seksyen Sijil ini melainkan

dinyatakan sebaliknya dalam Seksyen yang berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Syarat Am ini dan syarat khusus yang dinyatakan dalam Seksyen yang berkenaan, syarat khusus Seksyen tersebut hendaklah diguna pakai.

2. Setiap notis atau komunikasi kepada Kami yang diperlukan di bawah syarat ini hendaklah ditulis atau

dicetak. 3. Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan dan penyakit

yang disebabkan oleh kecederaan, kehilangan atau kerosakan kepada harta benda dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang yang berkaitan atau dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa.

4. Sijil ini adalah boleh dibatalkan oleh Kami sekiranya berlaku salah nyata, salah keterangan atau

ketiadaan pendedahan mana-mana bahan yang khusus kepada Anda. 5. Perubahan risiko Perlindungan yang disediakan oleh Takaful ini akan tamat jika:-

(i) perniagaan dibubarkan atau dijalankan oleh pembubar atau penerima atau ditamatkan secara kekal;

(ii) kepentingan anda tamat selain menerusi kematian atau penguatkuasaan undang-undang; atau (iii) sebarang pindaan yang dibuat sama ada kepada Perniagaan atau Premis atau Harta Benda yang

dilindungi di dalam ini di mana risiko kerosakan ditambah pada bila-bila masa selepas bermulanya Takaful melainkan lanjutannya diperakui oleh Kami menerusi Pengendorsan yang ditandatangani untuk dan bagi pihak kami.

6. Anda hendaklah memenuhi dan mematuhi Terma dan Syarat dan Pengendorsan Sijil ini dan Seksyen di

dalamnya setakat ia berkaitan dengan sesuatu yang perlu dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh Anda sebagai syarat sebelum Kami menerima sebarang liabiliti untuk membuat Bayaran di bawah Sijil ini.

7. Jika sesuatu kejadian berlaku yang menimbulkan atau mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Sijil ini,

anda:- (i) hendaklah mengambil langkah untuk mengurangkan kerugian atau kerosakan dan memperoleh

semula mana-mana harta benda yang hilang; (ii) hendaklah memberikan notis secepat mungkin secara bertulis kepada Kami dan atas

perbelanjaan Aanda sendiri memberikan Kami butiran lengkap secara bertulis tentang kehilangan atau kerosakan tersebut dan butiran semua perlindungan Takaful atau insurans lain (jika ada);

(iii) hendaklah mengemukakan semua dokumen tuntutan yang Kami perlukan dalam masa tiga pulih (30) hari dari tarikh kejadian;

(iv) jika terdapat sebarang kecurian atau sebarang percubaan mencuri, anda hendaklah melaporkannya kepada Polis secepat mungkin;

(v) hendaklah menghantar kepada Kami sebarang writ, saman atau prosiding undang-undang yang dikeluarkan atau dimulakan terhadap Anda, serta-merta apabila diketahui atau diterima oleh Anda dan memberikan semua maklumat dan bantuan yang diperlukan untuk membolehkan Kami untuk menjelaskan atau menentang tuntutan atau memulakan prosiding;

(vi) hendaklah tidak menanggung sebarang perbelanjaan atau membayar ganti rugi bagi sebarang kerosakan atau kerugian tanpa kebenaran bertulis daripada Kami dan hendaklah tidak merunding, membayar, menjelaskan, mengakui atau menolak sebarang tuntutan tanpa kebenaran tersebut; dan

(vii) hendaklah atas perbelanjaan sendiri memberi Kami semua rekod, buku akaun atau dokumen atau maklumat lain yang mungkin Kami perlukan untuk menyiasat dan mengesahkan tuntutan; dan

(viii) hendaklah tidak dalam apa juga keadaan meninggalkan mana-mana Hartanah kepada Kami, sama ada sudah menjadi pegangan Kami atau tidak.

8. Kami atau wakil yang Kami lantik hendaklah layak:-

(i) Memasuki mana-mana bangunan di mana kerugian atau kerosakan telah berlaku dan mengambil dan mengekalkan pegangan terhadap Harta Benda yang dilindungi dan menguruskan salvaj dengan cara yang wajar jika terdapat kerugian atau kerosakan di mana indemniti diberikan. Sijil ini atau mana-mana salinannya yang disahkan oleh Kami hendaklah menjadi bukti pelepasan

Page 11: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

11

dan lesen untuk tujuan tersebut tetapi harta benda tersebut tidak boleh ditinggalkan kepada Kami;

(ii) untuk mengendalikan atas nama anda dan bagi pihak Anda pelaksanaan, kawalan dan penjelasan mutlak sebarang prosiding yang dimulakan oleh pihak ketiga terhadap Anda atau wakil peribadi Anda berkenaan dengan sebarang liabiliti yang dilindungi oleh Sijil ini;

(iii) untuk melaksanakan prosiding atas perbelanjaan Kami sendiri dan untuk manfaat Kami sendiri, tetapi atas nama Anda, untuk mendapatkan pampasan atau mendapatkan indemniti daripada mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan apa jua yang dilindungi di bawah Sijil ini

9. Sekiranya berlaku kejadian yang menimbulkan sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau liabiliti

di mana indemniti diberikan di bawah Sijil ini, dan terdapat sebarang insurans atau Takaful yang melindungi kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau liabiliti sedemikian atau mana-mana bahagian daripadanya, Kami tidak bertanggungjawab terhadap lebih daripada bahagian sekadarnya.

10. Jika sebarang tuntutan di bawah Sijil ini didapati melibatkan penipuan dalam segala hal atau jika

sebarang kaedah dan alat penipuan digunakan oleh anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda untuk mendapatkan manfaat di bawah Sijil ini, semua manfaat di bawah ini akan ditarik balik.

11. Melainkan dinyatakan secara tersurat, tiada apa yang terkandung di dalam ini akan memberikan hak

kepada mana-mana orang selain daripada Anda terhadap Kami. Tambahan lagi, Kami tidak terikat kepada sebarang pemindahan kepentingan anda melainkan menerusi kematian atau tindakan undang-undang melainkan dan kecuali jika Kami, menerusi pengendorsan, memperakui Sijil diteruskan. Lanjutan liabiliti Kami berhubung dengan harta benda mana-mana pihak selain daripada Anda tidak memberikan hak tuntutan di bawah ini kepada orang tersebut, dengan tujuan bahawa dalam apa jua keadaan anda bertindak untuk dan bagi pihak orang tersebut, dan penerimaan oleh Anda dalam apa jua keadaan melepaskan sepenuhnya liabiliti Kami di bawah ini.

12. Sijil atau Seksyen ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa atas permintaan Anda, dengan demikian

Kami akan mengekalkan kadar tempoh pendek lazim bagi Tempoh Sijil Anda telah berkuatkuasa. Jumlah yang perlu dibayar balik selepas Sijil ditamatkan hendaklah tertakluk kepada Sumbangan minimum RM75 yang dikekalkan oleh Kami.

Perlindungan Takaful juga boleh ditamatkan atas pilihan Kami dengan menghantar notis empat belas (14) hari menerusi surat berdaftar ke alamat terakhir Anda yang diketahui, dan dengan demikian, kami bertanggungjawab membayar, apabila diminta, bahagian sekadar Sumbangan bagi tempoh belum luput dari tarikh pembatalan.

13. Jika mana-mana bahagian Sumbangan atau Sumbangan pembaharuan adalah berasaskan anggaran

yang Anda berikan, Anda hendaklah menyimpan rekod tepat butiran sedemikian, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada nama kakitangan serta gaji/upah atau pendapatan lain yang dibayar oleh Anda sebagai majikan dan membolehkan Kami menyemak rekod tersebut. Anda hendaklah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh luput setiap Tempoh Takaful memberikan maklumat tersebut yang mungkin Kami perlukan dan Sumbangan atau Sumbangan pembaharuan akan dilaraskan dan perbezaannya dibayar oleh atau dibenarkan untuk Anda.

14. Jika timbul sebarang percanggahan mengenai jumlah sebarang kerugian atau kerosakan, percanggahan

tersebut hendaklah, secara berasingan daripada persoalan lain, dirujuk untuk diputuskan oleh seorang penimbangtara yang dilantik secara bertulis oleh pihak yang bercanggah, atau, jika mereka tidak dapat bersetuju mengenai penimbangtara tunggal, keputusan tersebut hendaklah dirujuk kepada dua pihak yang berkecuali sebagai penimbangtara, di mana seorang hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas dikehendaki untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak. Sekiranya mana-mana pihak enggan atau gagal melantik seorang penimbangtara dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas menerima notis secara bertulis yang membuat pelantikan, pihak lain berhak untuk melantik penimbangtara tunggal dan sekiranya kedua-dua penimbangtara tidak bersetuju, percanggahan tersebut hendaklah dirujuk untuk diputuskan oleh seorang pengadil yang dilantik oleh mereka secara bertulis sebelum membuat rujukan tersebut dan yang akan duduk bersama penimbangtara dan mempengerusikan mesyuarat antara mereka. Kematian mana-mana pihak tidak akan membatalkan atau mempengaruhi kewibawaan atau kuasa penimbangtara atau pengadil masing-masing. Dan sekiranya berlaku kematian penimbangtara atau pengadil, dengan demikian seorang pengganti hendaklah dilantik oleh pihak yang melantik penimbangtara atau pengadil (yang mana berkenaan) yang meninggal dunia tersebut. Kos rujukan dan keputusan tersebut hendaklah ditentukan atas budi bicara penimbangtara, atau pengadil yang membuat keputusan. Dan dengan ini dinyatakan dan diakui secara khusus bahawa adalah menjadi syarat sebelum sebarang tindakan diambil atau saman dikemukakan berkenaan Sijil ini bahawa keputusan oleh penimbangtara atau pengadil tersebut

Page 12: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

12

mengenai jumlah kerugian atau kerosakan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. 15. Jika kami mendapati atau mengesyaki dengan sewajarnya bahawa Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan

pengubahan wang haram dan/atau untuk membiayai keganasan, kami berhak untuk menamatkan Sijil ini dengan serta-merta. Kami akan mengendalikan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat/jumlah yang perlu dibayar berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara yang kami anggap wajar, termasuk tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

16. Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan

selepas tamat tempoh dua belas (12) bulan setelah berlakunya kerugian atau kerosakan melainkan tuntutan tertakluk kepada tindakan yang akan diambil atau penimbangtaraan.

17. Sijil, Jadual dan Pengendorsan (yang membentuk sebahagian penting daripada Sijil) hendaklah dibaca

bersama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan dan pernyataan di mana maksud khusus telah diberikan di mana-mana Bahagian Sijil atau Jadual hendaklah mempunyai maksud khusus tersebut di mana jua ia muncul.

Page 13: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

13

Seksyen 1. Kebakaran dan Bahaya Berkaitan

Kami bersetuju tertakluk kepada Terma dan Syarat yang terkandung di dalam ini atau yang diendors atau dinyatakan di dalamnya bahawa jika Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagian harta benda tersebut musnah atau rosak akibat kebakaran atau petir dalam Tempoh Takaful, Kami akan membayar atau menggantikan untuk Anda nilai sebenar Harta Benda Dilindungi pada masa berlaku kemusnahannya atau jumlah sebenar kerosakan sedemikian. Dengan syarat bahawa liabiliti Kami bagi setiap item dalam apa jua hal hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual atau secara keseluruhannya Jumlah Besar Dilindungi atau jumlah lain yang boleh digantikan dengan Pengendorsan padanya atau dilampirkan di dalam ini yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Kami. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Nilai Pasaran hendaklah membawa makna yang berikut:-

(a) Nilai harta benda yang dilindungi pada masa kerosakan atau kerugian ditolak peruntukan yang sewajarnya bagi kelusuhan dan kehausan dan / atau susut nilai.

(b) Nilai yang ditentukan menerusi penilaian yang Kami perolehi daripada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor pembinaan bagi kos penggantian atau pemasangan semula, tertakluk kepada penggunaan kadar susut nilai sewajarnya ke atas harta benda yang dinilai pada masa berlakunya kerosakan atau kerugian tersebut.

(c) Sekiranya pada masa kerosakan atau kerugian, tiada pengeluar, ejen tunggal sah atau ejen, broker sah, pengedar sah atau kontraktor pembinaan bagi harta benda yang dinilai, penilaian akan diperolehi daripada Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 yang dilantik bersama oleh kedua-dua pihak dan penilaian tersebut hendaklah diterima sebagai bukti muktamad bagi nilai pasaran harta yang dilindungi dalam sebarang prosiding undang-undang terhadap Kami.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 1 1. Keterangan Salah Jika terdapat sebarang keterangan salah yang ketara berkenaan mana-mana harta benda yang dilindungi di dalam ini, atau mana-mana bangunan atau tempat yang menempatkan harta benda, atau sebarang keterangan salah berkenaan apa-apa fakta penting yang perlu diketahui untuk menganggarkan risiko, atau sebarang kegagalan untuk menyatakan fakta tersebut, Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah Seksyen ini setakat yang berkaitan dengan harta benda yang dikaitkan dengan mana-mana keterangan salah, pernyataan salah atau kegagalan menyatakan fakta. 2. Identiti / Anjakan Semua perlindungan Takaful di bawah Seksyen ni:- (a) bagi mana-mana bangunan atau sebahagian daripada mana-mana bangunan; (b) bagi mana-mana harta benda yang terkandung dalam mana-mana bangunan; (c) bagi sewa atau perkara lain dalam Takaful yang berkenaan atau berkaitan dengan mana-mana

bangunan atau mana-mana harta benda yang terkandung dalam bangunan; akan ditamatkan dengan serta-merta apabila berlaku sebarang keruntuhan atau anjakan: (i) bangunan atau mana-mana bahagiannya, atau (ii) seluruh atau mana-mana bahagian rangkaian bangunan atau sebarang struktur yang menjadi

sebahagian daripada bangunan.

Dengan syarat keruntuhan atau anjakan tersebut membabitkan seluruh atau sebahagian besar atau sebahagian penting daripada bangunan tersebut atau menjejaskan penggunaan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau menyebabkan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana harta benda di dalamnya tertakluk kepada risiko kebakaran lebih tinggi atau risiko penting lain. Dan dengan syarat bahawa keruntuhan atau anjakan tersebut tidak disebabkan oleh kebakaran, kerugian

Page 14: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

14

atau kerosakan yang dilindungi oleh Seksyen ini atau akan dilindungi jika bangunan, rangkaian bangunan atau struktur tersebut diliputi di bawah Seksyen ini. Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding, beban untuk membuktikan bahawa mana-mana keruntuhan atau anjakan adalah disebabkan oleh kebakaran seperti yang dinyatakan adalah terletak pada Anda. 3. Takaful / Insurans Lain Anda hendaklah memberikan notis kepada Kami tentang sebarang Insurans atau Takaful yang sudah berkuat kuasa, atau yang mungkin berkuat kuasa kemudiannya, yang melindungi mana-mana Harta Benda Dilindungi, dan melainkan notis sedemikian diberikan dan butir-butir Takaful atau insurans atau Takaful tersebut dinyatakan atau diendors pada Jadual ini oleh atau bagi pihak Kami sebelum berlaku sebarang kerugian atau kerosakan, semua manfaat di bawah Seksyen ini akan dibatalkan. 4. Pengecualian Perlindungan (i) Melainkan dinyatakan secara khusus dalam Jadual, Takaful ini tidak melindungi: (a) Kerugian disebabkan kecurian sewaktu atau selepas berlaku kebakaran; (b) Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang berlaku disebabkan penapaian sendiri,

pemanasan semula jadi atau pembakaran spontan (kecuali seperti yang ditetapkan menurut Syarat 6 (f) Seksyen 1 atau disebabkan ia melalui proses pemanasan atau pengeringan); atau

(c) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada: (i) Pembakaran harta benda atas arahan mana-mana pihak berkuasa; atau (ii) Kebakaran bawah tanah.

5. Pengecualian Perlindungan (ii) Melainkan dinyatakan secara khusus dalam Jadual, Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, daripada mana-mana kejadian berikut, iaitu:--

(a) Gempa bumi, letupan gunung berapi atau gegaran alam yang lain; (b) Taufan, hurikan, puting beliung, siklon atau gangguan atmosfera yang lain.

Sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa wujudnya keadaan luar biasa (sama ada fizikal atau sebaliknya) yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian yang tersebut hendaklah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan yang tidak dilindungi oleh Takaful ini, melainkan setakat mana yang Anda dapat membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut telah berlaku secara berasingan daripada keadaan luar biasa tersebut. Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda. 6. Pencemaran / Kontaminasi Takaful ini tidak melindungi sebarang liabiliti bagi: Kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan disebabkan pencemaran atau kontaminasi kecuali (melainkan dikecualikan) kemusnahan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi adalah disebabkan oleh:

(a) pencemaran atau kontaminasi yang dengan sendirinya adalah akibat kejadian luar jangka yang

dilindungi; atau (b) sebarang kejadian luar jangka yang dilindungi yang dengan sendirinya adalah akibat daripada

pencemaran atau kontaminasi.

Page 15: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

15

7. Harta Benda Dikecualikan

Melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam Seksyen ini, Takaful ini tidak melindungi:

a) Barangan yang dipegang atas amanah atau berasaskan komisen; b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat; c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500; d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan; e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan atau dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku

akaun atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer; f) Batu arang, daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pembakaran

spontannya; g) Bahan letupan; h) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada

letupan; tetapi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan gas yang digunakan untuk pencahayaan atau tujuan domestik dalam bangunan yang tidak mempunyai bekalan gas dan tidak membentuk sebahagian daripada mana-mana kerja gas, akan dianggap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti kata Seksyen ini; atau

i) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba, sama ada tidak disengajakan atau sebaliknya, dan pemugaran tanah secara pembakaran.

8. Perubahan Risiko

Di bawah mana-mana keadaan berikut, Takaful ini tidak lagi melindungi harta benda terbabit melainkan Anda, sebelum berlaku sebarang kerugian atau kerosakan, mendapatkan persetujuan daripada Kami, menerusi pengendorsan Sijil, oleh atau bagi pihak Kami:

(a) Jika perdagangan atau pengilangan yang dijalankan ditukar, atau jika jenis penghunian atau

keadaan lain membabitkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi ditukar dengan cara yang boleh meningkatkan risiko kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran;

(b) Jika bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi tidak

diduduki dan kekal dalam keadaan demikian untuk tempoh melebihi tiga puluh (30) hari; (c) Jika Harta Benda yang dilindungi dipindahkan ke mana-mana bangunan atau tempat selain

daripada yang dinyatakan sebagai dilindungi di dalam ini; (d) Jika kepentingan dalam harta benda yang dilindungi berpindah daripada Anda selain

daripada disebabkan kematian atau penguatkuasaan undang-undang; atau (e) Jika notis pindah atas perintah Pihak Berkuasa tempatan untuk pengambilan atau

pemerolehan tanah yang menempatkan harta benda yang dilindungi telah dikeluarkan.

9. Fasal Marin

Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang, pada masa berlaku kerugian atau kerosakan, adalah dilindungi oleh atau akan dilindungi, melainkan disebabkan kewujudan Seksyen ini, oleh mana-mana Sijil Marin kecuali berhubung dengan mana-mana Lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah sijil Marin sekiranya Takaful ini tidak berkuat kuasa.

10. Prosedur Tuntutan

Apabila berlaku sebarang kejadian kerugian atau kerosakan, Anda hendaklah memberikan notis serta-merta mengenainya kepada Kami dan dalam masa (15) hari selepas berlaku kerugian atau kerosakan, atau tempoh lanjutan yang kami benarkan secara bertulis untuk tujuan tersebut, hendaklah menghantar kepada Kami:

a) tuntutan secara bertulis bagi kerugian atau kerosakan, mengandungi butiran teliti yang dibuat dengan wajar dan munasabah kesemua barangan atau item harta benda yang rosak atau musnah, dan jumlah kerugian atau kerosakan masing-masing, berasaskan nilainya pada masa kerugian atau kerosakan, tidak termasuk sebarang jenis keuntungan; dan

Page 16: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

16

b) butiran semua Takaful / Insurans lain, jika ada.

Anda hendaklah juga pada setiap masa atas perbelanjaan Anda sendiri, menunjukkan, mendapatkan dan memberikan kepada Kami kesemua butiran lanjut, pelan, spesifikasi, buku, baucar, invois, pendua atau salinannya, dokumen, bukti dan maklumat berkaitan tuntutan serta punca dan sebab kebakaran dan keadaan yang mencetuskan kerugian atau kerosakan, dan sebarang perkara yang menyentuh liabiliti atau jumlah liabiliti Kami yang secara munasabah diperlukan oleh atau bagi pihak Kami, bersama dengan akuan bersumpah atau dalam bentuk lain yang sah di sisi undang-undang tentang kebenaran tuntutan dan tentang sebarang perkara berkaitan dengannya. Tiada tuntutan di bawah Seksyen ini akan dibayar melainkan Syarat in telah dipatuhi.

11. Perbelanjaan Memadamkan Kebakaran

Perlindungan Takaful di bawah Seksyen ini dilanjutkan untuk meliputi: (a) gaji kakitangan Anda selain anggota Pasukan Bomba sepenuh masa; (b) kos menggantikan peralatan memadam api dan kemusnahan atau kerosakan kepada bahan

(termasuk pakaian dan barangan peribadi kakitangan) melainkan jika tidak dilindungi secara khusus; dan

(c) Caj yang dikenakan oleh Pasukan Bomba.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti kepada Kami berhubung dengan gaji, kos dan caj tersebut, hendaklah terhad kepada perbelanjaan yang perlu dan munasabah ditanggung untuk memadam api di lokasi atau bersebelahan Premis Perniagaan harta benda yang dilindungi atau yang serta-merta mengancam harta benda tersebut.

12. Hak Pengendali Takaful

Apabila berlaku kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang dilindungi oleh Seksyen ini, Kami boleh:-

(a) memasuki dan mengambil dan memegang hak milik bangunan atau premis di mana kerugian atau kerosakan telah berlaku;

(b) mengambil atau meminta penghantaran mana-mana harta benda Anda di dalam bangunan atau di dalam premis pada masa berlaku kerugian atau kerosakan;

(c) menyimpan sebarang harta benda sedemikian dan memeriksa, menyusun, mengatur, mengeluarkan atau mengendalikannya, atau

(d) menjual mana-mana harta benda tersebut atau melupuskannya bagi pihak yang berkenaan. Kuasa yang diberikan oleh Syarat ini boleh digunakan oleh Kami pada bila-bila masa hingga notis bertulis diberikan oleh Anda bahawa Anda tidak membuat sebarang tuntutan di bawah Seksyen ini atau, jika sebarang tuntutan dibuat, sehingga tuntutan tersebut akhirnya ditentukan atau ditarik balik, dan Kami tidak akan, menerusi sebarang tindakan yang dilakukan untuk menggunakan atau dianggap menggunakan kuasa kami di bawah ini, menanggung sebarang liabiliti kepada Anda atau mengurangkan hak Kami untuk bergantung kepada mana-mana syarat Seksyen ini bagi menangani sebarang tuntutan. Jika Anda atau sesiapa bagi pihak Anda tidak mematuhi keperluan Kami atau menyekat atau menghalang Kami daripada melaksanakan kuasa Kami di bawah ini, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.

13. Penipuan

Jika tuntutan yang dibuat didapati melibatkan penipuan dalam apa jua hal, atau jika sebarang perakuan palsu dibuat atau digunakan untuk menyokongnya, atau jika sebarang cara atau kaedah melibatkan penipuan digunakan oleh Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda untuk mendapatkan sebarang manfaat di bawah Seksyen ini; atau, jika kerugian atau kerosakan adalah disebabkan oleh tindakan disengajakan, atau dengan kerjasama Anda; atau, jika tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan atau saman tidak dimulakan dalam masa tiga (3) bulan selepas penolakan, atau (dalam kes membabitkan Penimbangtaraan menurut Syarat Am 14 dalam Sijil ini) dalam masa tiga (3) bulan selepas Penimbang Tara atau para Penimbang Tara membuat keputusan, semua manfaat di bawah Seksyen ini akan dibatalkan.

Page 17: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

17

14. Pilihan Penyelesaian

Kami boleh atas pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta benda yang rosak atau musnah, atau mana-mana bahagiannya, dan bukan membayar jumlah kerugian atau kerosakan, atau menyertai mana-mana Syarikat atau Pengendali Takaful lain dalam berbuat demikian; tetapi Kami tidak terikat untuk memulihkan betul-betul seperti yang asal atau sepenuhnya, tetapi hanya seperti yang dibenarkan oleh keadaan dan dengan cara yang secukup dan sewajarnya, dan dalam apa jua keadaan Kami tidak terikat untuk membelanjakan lebih daripada kos yang sepatutnya untuk memulihkan harta benda kepada keadaan pada masa kerugian atau kerosakan berlaku, mahupun lebih daripada jumlah yang dilindungi oleh Kami. Jika Kami membuat keputusan untuk memulihkan atau menggantikan mana-mana harta benda, Anda hendaklah atas perbelanjaan Anda sendiri, menyediakan untuk Kami pelan, spesifikasi, ukuran, kuantiti, dan butiran lain yang mungkin Kami perlukan dan tiada tindakan yang Kami lakukan atau berlaku kerana Kami dengan matlamat untuk memulihkan atau menggantikan harta benda boleh dianggap sebagai pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta benda tersebut. Jika dalam apa jua keadaan, Kami tidak dapat memulihkan atau membaiki harta benda yang dilindungi, disebabkan oleh sebarang peraturan perbandaran atau peraturan lain yang berkuat kuasa membabitkan penjajaran jalan, atau pembinaan bangunan, atau yang lain, Kami akan, dalam apa jua keadaan, hanya bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang diperlukan untuk memulihkan atau membaiki harta benda tersebut jika ia boleh dipulihkan kepada keadaan asalnya secara sah di sisi undang-undang.

15. Nilai Pasaran

Sekiranya berlaku kerugian kepada harta yang dilindungi (selain stok dan barang bangunan), Kami akan membayar nilai Jumlah Dilindungi atau Nilai Pasaran Harta Benda Dilindungi, yang mana lebih rendah, tertakluk kepada pemotongan sebarang Lebihan dan jumlah yang Anda perlu tanggung di bawah Seksyen ini seperti yang dinyatakan di dalam Jadual.

16. Subrogasi

Anda hendaklah, atas perbelanjaan Kami, melakukan, dan bersetuju untuk melakukan dan membenarkan segala tindakan dan perkara yang perlu atau diperlukan dengan sewajarnya oleh Kami untuk tujuan menguatkuasakan hak atau remedi, atau untuk mendapatkan pampasan atau indemniti daripada pihak lain yang layak Kami terima atau akan layak Kami terima secara subrogasi selepas membayar atau menjelaskan sebarang kerugian atau kerosakan di bawah Seksyen ini sama ada tindakan atau perkara tersebut telah menjadi perlu atau akan menjadi perlu atau diperlukan sebelum atau selepas indemniti dibayar oleh Kami.

17. Fasal Purata

Jika Harta Benda Dilindungi, semasa berlaku sebarang kebakaran atau kerugian, secara kolektif mempunyai nilai lebih tinggi daripada Jumlah Dilindungi di dalam ini, maka Anda hendaklah dianggap sebagai penanggung insurans atau pengendali Takaful sendiri bagi perbezaan tersebut dan hendaklah menanggung bahagian sekadar dengan sewajarnya. Setiap item dalam Seksyen Sijil ini, jika lebih daripada satu, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat ini.

18. Menetapkan Semula Jumlah Dilindungi.

Sekiranya berlaku kerugian, Takaful ini akan terus berkuat kuasa bagi jumlah penuh yang dilindungi dan Anda bertanggungjawab untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar yang dinyatakan dalam sijil dikira berasaskan jumlah kerugian secara pro rata dari tarikh kerugian tersebut hingga luput Tempoh Takaful semasa.

Page 18: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

18

Fasal, Waranti, Pengendorsan yang bagi Seksyen 1 Fasal Penilaian Jika tuntutan agregat bagi mana-mana satu kerugian tidak melebihi RM5,000 atau 5% daripada Jumlah Dilindungi, yang mana lebih kecil berasaskan item yang terbabit, pengambilan inventori atau taksiran khas terhadap harta benda yang tidak rosak tidak diperlukan. Fasal Pengubahsuaian dan Pembaikan Walau apa pun yang terkandung dalam Syarat 8(a) dalam Seksyen ini, pekerja dibenarkan berada di dalam atau di sekitar harta benda dilindungi untuk menjalankan kerja pengubahsuaian atau pembaikan dengan syarat dagangan, pengilangan, jenis, penghunian dan/atau pembinaan bangunan tetap tidak berubah. Fasal Rekod Sistem Komputer Rekod sistem komputer hanya dilindungi bagi nilai bahan bersama kos buruh perkeranian dan masa komputer yang digunakan untuk menghasilkan semula rekod sedemikian (tidak termasuk sebarang belanja berhubung dengan penghasilan maklumat yang perlu disimpan di dalamnya) dan bukan untuk nilai maklumat yang terkandung di dalamnya. Fasal Penetapan Harta Benda Untuk tujuan menentukan, jika perlu, item (tajuk ruangan) di mana harta benda dilindungi, Kami bersetuju untuk menerima penetapan harta benda tersebut yang terkandung dalam buku Anda. Fasal Pemindahan Dalaman Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa sekiranya berlaku pemindahan harta benda daripada satu bangunan kepada bangunan lain bagi mana-mana keadaan yang dinyatakan dalam Jadual yang secara tidak sengaja tidak dimaklumkan kepada Kami, perlindungan asas harta benda tersebut akan mengikut pemindahan tersebut, dan pelarasan Jumlah Dilindungi dan Sumbangan perlu dibuat dari tarikh pemindahan sejurus selepas kesilapan tersebut disedari. Fasal Nilai Penetapan Semula Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya yang terkandung dalam Syarat 12 Seksyen ini, dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa sekiranya Harta Benda Dilindungi di bawah “Item Dilindungi”” seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual (selain daripada Stok Dagangan dan Barangan) yang musnah atau rosak, jumlah perlu dibayar di bawah (setiap satu daripada barangan tersebut) Seksyen ini hendaklah dikira sebagai kos menggantikan atau memulihkan pada tapak harta benda yang sama dengan jenis sama tetapi tidak lebih baik atau lebih menyeluruh daripada harta benda yang dilindungi apabila baru, tertakluk kepada Peruntukan Khas berikut dan tertakluk juga kepada terma dan syarat Seksyen ini melainkan syarat tersebut diubah. PERUNTUKAN KHAS

1. Kerja penggantian atau pemulihan (yang boleh dilakukan di tapak lain dan dengan sebarang cara yang sesuai dengan kehendak Anda dengan syarat liabiliti Kami tidak ditambah) mesti dimulakan dan dijalankan dengan secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan mesti disiapkan dalam tempoh 12 bulan selepas kemusnahan atau kerosakan, atau dalam sebarang tempoh lanjutan yang mungkin dibenarkan secara bertulis oleh Kami (dalam 12 bulan tersebut), jika tidak, sebarang bayaran melebihi jumlah yang perlu dibayar di bawah Seksyen ini jika fasal ini tidak dimasukkan ke dalamnya, tidak akan dibuat.

2. Sehingga Anda telah menanggung perbelanjaan untuk menggantikan atau memulihkan harta benda yang musnah atau rosak, Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran melebihi jumlah yang perlu dibayar di bawah Seksyen ini jika memorandum ini tidak dimasukkan ke dalamnya.

3. Jika pada masa penggantian atau pemulihan, jumlah kos yang mungkin ditanggung untuk

penggantian atau pemulihan sekiranya seluruh Harta Benda Dilindungi yang musnah adalah melebihi jumlah yang dilindungi pada masa berlaku kebakaran atau pada permulaan sebarang kemusnahan atau kerosakan harta benda tersebut yang disebabkan oleh sebarang bahaya lain yang dilindungi di bawah Seksyen ini, maka Anda hendaklah menanggung sendiri jumlah lebihan dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian yang sewajarnya. Setiap item dalam Seksyen 1 Jadual (jika lebih daripada satu) yang mana Fasal ini berkuatkuasa, hendaklah tertakluk

Page 19: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

19

secara berasingan kepada peruntukan di atas.

4. Fasal ini tidak akan berkuat kuasa atau berkesan jika:- a. gagal memaklumkan kepada Kami dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kemusnahan

atau kerosakan, atau sebarang tempoh lanjutan yang mungkin dibenarkan secara bertulis oleh Kami, mengenai hasrat untuk menggantikan atau memulihkan Harta Benda Dilindungi yang musnah atau rosak.

b. Anda tidak dapat atau tidak sanggup menggantikan atau memulihkan harta benda yang musnah atau rosak di tapak asal atau tapak lain.

5. Tiada bayaran melebihi jumlah yang perlu di bayar di bawah Sijil ini jika fasal ini tidak digabungkan

di dalamnya akan dibuat jika pada masa kemusnahan atau kerosakan kepada sebarang Harta Benda Dilindungi di bawah ini, Harta Benda tersebut dilindungi oleh sebarang perlindungan Insurans/Takaful lain yang diambil oleh atau Bagi Pihak Anda yang bukan berasaskan pemulihan serupa seperti yang ditetapkan di dalamnya.

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:- A) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang

merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Sijil Tidak Dinilai Sijil ini ialah sijil tidak dinilai. Tanggungjawab terletak pada Anda untuk membuktikan nilai sebenar Harta Benda Dilindungi pada masa berlaku kerugian atau jumlah sebenar kerugian tersebut. Fasal Penentuan Tarikh Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut: A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat

kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses

dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat

daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk

Page 20: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

20

merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan

akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 21: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

21

Seksyen 2. Kerugian Turutan Kebakaran Kami bersetuju, tertakluk kepada Terma dan Syarat yang terkandung di dalam ini atau yang diendors atau dinyatakan selainnya di dalamnya bahawa jika Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagian Harta Benda tersebut digunakan oleh Anda di Premis Perniagaan untuk tujuan Perniagaan musnah atau rosak akibat:- (a) kebakaran; (b) kilat; dan (c) Letupan, dalam bangunan di mana gas tidak dihasilkan dan tidak membentuk sebahagian daripada

kerja gas, bagi gas yang digunakan di dalamnya untuk pencahayaan atau untuk tujuan domestik;

(kemusnahan atau kerosakan yang disebabkan itu akan seterusnya dirujuk sebagai “Kerosakan”), pada bila-bila masa dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual dan Perniagaan yang Anda kendalikan di Premis Perniagaan tergendala atau terganggu akibatnya, maka Kami akan membayar kepada Anda bagi setiap item Harta Benda yang dilindungi dalam Jadual jumlah kerugian yang timbul daripada gangguan atau kerja yang tergendala menurut peruntukan yang terkandung di dalam ini. Dengan syarat bahawa pada masa berlaku Kerosakan, terdapat perlindungan Takaful yang melindungi Kepentingan anda dalam harta benda ini di Premis Perniagaan terhadap Kerosakan tersebut dan bayaran telah dibuat atau liabiliti diterima di bawah Perlindungan Takaful tersebut. Dan bahawa liabiliti Kami bagi setiap item dalam apa jua hal hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual atau secara keseluruhannya Jumlah Besar Dilindungi atau jumlah lain yang boleh digantikan dengan Pengendorsan padanya atau dilampirkan di dalam ini yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Kami. Definisi Untuk tujuan Seksyen 2 :- Tempoh Indemniti hendaklah ditakrifkan dalam Spesifikasi yang dilampirkan dalam Seksyen 2 dan seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 2 Jadual. Spesifikasi hendaklah bermakna dokumen yang diberikan oleh Kami untuk dilampirkan dalam Seksyen 2 Jadual yang menerangkan tentang Harta Benda Dilindungi, yang seharusnya dianggap dan dibaca sebagai sebahagian daripada Sijil ini. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 2 1. Keterangan Salah

Jika terdapat sebarang keterangan salah yang penting tentang Perniagaan atau Premis Perniagaan yang dirujuk oleh perlindungan Takaful ini atau sebarang salah nyata tentang fakta penting yang diketahui untuk menganggarkan risiko, atau sebarang kegagalan untuk menyatakan fakta tersebut. Kami tidak bertanggungjawab di bawah Seksyen ini.

2. Anjakan

Sejurus selepas keruntuhan atau anjakan: (a) mana-mana bangunan yang Kerosakan mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Seksyen ini; (b) mana-mana bahagian bangunan sedemikian; atau (c) seluruh atau mana-mana bahagian rangkaian bangunan atau sebarang struktur di mana bangunan

tersebut merupakan sebahagian daripadanya; perlindungan di bawah Takaful ini akan tamat berhubung dengan kerugian yang timbul daripada Kerosakan kepada bangunan atau harta benda di dalamnya. Dengan syarat bahawa (i) Runtuhan atau anjakan seluruh atau sebahagian besar atau sebahagian penting bangunan tersebut menjejaskan penggunaan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau penggunaan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau menyebabkan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana harta benda di dalamnya tertakluk kepada risiko Kerosakan lebih tinggi atau risiko penting lain;

Page 22: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

22

(ii) Runtuhan atau anjakan tersebut tidak disebabkan oleh Kerosakan atau kerugian yang dilindungi oleh Seksyen ini atau akan dilindungi jika bangunan, rangkaian bangunan atau struktur tersebut termasuk dalam Premis yang dirujuk oleh Sijil ini.

Jika sebarang tuntutan dibuat di bawah Seksyen ini disebabkan oleh Kerosakan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas runtuhan atau anjakan tersebut, Anda hendaklah memberikan bukti yang sewajarnya diperlukan bahawa kerugian tidak, sama ada secara asalnya atau setakat yang berlaku, secara langsung atau tidak langsung, secara terus atau tidak, disebabkan atau diakibatkan oleh sebarang runtuhan atau anjakan dan tidak secara asalnya atau setakat yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, secara terus atau tidak, timbul daripada atau berhubung dengan runtuhan atau anjakan tersebut.

3. Pengecualian Kerugian Akibat Gangguan

Kami tidak bertanggungjawab jika kerugian akibat gangguan meningkat kerana:- (a) kejadian luar biasa yang berlaku semasa gangguan; (b) oleh sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap pembinaan semula atau operasi

Perniagaan; (c) disebabkan anda tidak mempunyai modal yang secukupnya untuk membaiki atau menggantikan

harta benda yang musnah, rosak atau hilang tepat pada masanya. 4. Perlindungan Dikecualikan (i)

Kami tidak melindungi Anda bagi kerugian yang disebabkan oleh atau berlaku kerana atau akibat daripada:- (a) pembakaran harta benda atas arahan Pihak Berkuasa Awam; (b) Kebakaran bawah tanah; (c) Letupan, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen ini; (d) Pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba sama ada secara tidak sengaja atau sebaliknya, dan pemugaran tanah menerusi pembakaran; (e) Kerosakan kepada harta benda yang disebabkan oleh penapaian sendiri, pemanasan semula jadi atau pembakaran spontan menerusi sebarang proses pemanasan atau pengeringan.

5. Perlindungan Dikecualikan (ii)

Takaful ini tidak melindungi kerugian yang timbul daripada Kerosakan, sama ada secara asalnya atau setakat yang berlaku, secara langsung atau tidak langsung, secara terus atau tidak, disebabkan oleh, diakibatkan atau berlaku kerana mana-mana kejadian berikut atau timbul daripada atau berhubung dengan kejadian tersebut iaitu gempa bumi, ledakan gunung berapi, taufan, hurikan, putting beliung, siklon atau gegaran alam atau gangguan atmosfera lain. Sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa wujudnya keadaan luar biasa (sama ada fizikal atau selainnya) yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian yang dinyatakan, dianggap sebagai kerugian yang tidak dilindungi oleh Takaful ini, melainkan setakat mana yang dapat Anda buktikan bahawa Kerosakan tersebut telah berlaku secara berasingan daripada keadaan luar biasa tersebut. Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Seksyen ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.

6. Peningkatan Risiko - Sumbangan Tambahan

Notis hendaklah diberikan kepada Kami dan jika perlu, Sumbangan Tambahan dibayar, jika kadar Sumbangan yang perlu dibayar bagi perlindungan Takaful yang melindungi kepentingan Anda dalam Harta Benda di Premis Perniagaan terhadap Kerosakan telah meningkat.

7. Prosedur Tuntutan

Sekiranya berlaku sebarang Kerosakan yang mana tuntutan dibuat atau mungkin dibuat di bawah Seksyen ini, Anda hendaklah memberikan notis serta-merta mengenainya kepada Kami dan hendaklah dengan penyiasatan wajar melakukan atau bersetuju untuk melakukan atau membenarkan pelaksanaan semua perkara yang munasabah untuk mengurangkan atau mengehadkan operasi tergendala atau gangguan terhadap Perniagaan atau untuk mengelakkan atau mengurangkan kerugian dan sekiranya tuntutan dibuat di bawah Seksyen ini, anda hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas

Page 23: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

23

tamatnya Tempoh Indeminiti atau masa selanjutnya yang mungkin Kami benarkan secara bertulis, atas perbelanjaan Anda sendiri, memberikan Kami kenyataan bertulis yang menetapkan butiran tuntutan Anda bersama butiran semua Takaful atau insurans lain (jika ada) yang melindungi Kerosakan atau mana-mana bahagiannya atau sebarang bentuk kerugian turutan yang berlaku akibatnya. Anda hendaklah, atas perbelanjaan anda sendiri menunjukkan, mendapatkan dan memberikan Kami buku akaun atau buku perniagaan lain, baucar, invois, lembaran imbangan dan dokumen lain, bukti, maklumat, penjelasan lain dan bukti lain yang mungkin diperlukan oleh Kami atau bagi pihak Kami untuk tujuan menyiasat atau mengesahkan tuntutan bersama dengan perakuan sumpah atau sebarang bentuk perakuan yang sisi undang-undang dan sebarang hal berkaitan yang berhubung dengannya. Tiada tuntutan di bawah Seksyen ini hendaklah dibayar melainkan syarat bagi Terma dan Syarat ini telah dipatuhi dan sekiranya terdapat ketidakpatuhan dalam apa jua cara, sebarang bayaran bagi tuntutan yang sudah dibuat hendaklah dibayar balik kepada kami dengan serta-merta.

8. Subrogasi

Anda hendaklah, atas perbelanjaan Kami, melakukan, dan bersetuju untuk melakukan dan membenarkan segala tindakan dan perkara yang perlu atau diperlukan dengan sewajarnya oleh Kami untuk tujuan menguatkuasakan hak atau remedi, atau untuk mendapatkan pampasan atau indemniti daripada pihak lain yang layak Kami terima atau akan layak Kami terima secara subrogasi selepas membayar atau menjelaskan sebarang kerugian atau kerosakan di bawah Seksyen ini sama ada tindakan atau perkara tersebut telah menjadi perlu atau akan menjadi perlu atau diperlukan sebelum atau selepas indemniti dibayar oleh Kami.

9. Menetapkan Semula Jumlah Dilindungi

Sebagai pertimbangan kepada persetujuan Anda untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar dipersetujui bagi jumlah kerugian yang dikira atas dasar pro rata dari tarikh kerugian sehingga tamat Tempoh Takaful semasa, adalah dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian, perlindungan Takaful di bawah ini akan terus berkuatkuasa bagi Keseluruhan Jumlah Dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual.

10. Had Masa

Dalam apa jua keadaan, Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan di bawah Seksyen ini selepas tamat tempoh:- (a) satu (1) tahun dari akhir Tempoh Indemniti seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual, atau (b) tiga (3) bulan dari tarikh di mana bayaran perlu dibuat atau liabiliti ditanggung oleh Kami yang

melindungi Kerosakan yang menimbulkan tuntutan tersebut. melainkan tuntutan tertakluk kepada tindakan atau penimbangtaraan yang akan dilaksanakan.

Fasal, Waranti, Pengendorsan bagi Seksyen 2.

Fasal Akauntan Sebarang butiran atau maklumat yang terkandung dalam buku atau dokumen Anda yang mungkin kami perlukan di bawah Syarat Am 7 untuk tujuan menyiasat atau menentusahkan sebarang tuntutan di bawah ini boleh disediakan oleh akauntan profesional jika pada waktu itu mereka berkhidmat untuk Anda dan laporan mereka hendaklah menjadi bukti prima facie tentang butiran dan maklumat berkaitan dengan laporan. Fasal Pengumpulan Stok Apabila menaksir apa-apa kerugian, pengiraan harus dibuat dan peruntukan saksama perlu disediakan jika sebarang pengurangan perolehan yang disebabkan kerosakan dapat dilengahkan kerana tahap perolehan dikekalkan buat sementara waktu daripada stok terkumpul barangan siap yang terdapat di gudang dan/atau depot. Fasal Asas Alternatif Dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa sekiranya berlaku tuntutan, pelarasan boleh dibuat berasaskan “Perolehan atau Output” yang mana memberikan keputusan paling saksama, dan kecuali dalam definisi perolehan, perkataan ‘Perolehan” di mana jua digunakan dalam Seksyen ini hendaklah dibaca sebagai ‘Perolehan atau Output’’. Output hendaklah bermakna nilai jualan barangan yang dikilangkan oleh atau dijual oleh Anda dalam urusan Perniagaan dan Premis Perniagaan, dengan syarat:-

Page 24: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

24

(a) Hanya satu makna tersebut akan digunakan berhubung dengan mana-mana satu kejadian membabitkan kerosakan yang ditakrifkan di dalam ini;

(b) Jika makna yang ditetapkan dalam Fasal ini digunakan, Fasal Dagangan Alternatif akan diubah untuk dibaca seperti berikut:

Fasal Dagangan Alternatif Jika dalam Tempoh Indemniti, barangan akan dikilang di tempat lain selain Premis Perniagaan yang terjejas oleh kerosakan, demi manfaat Perniagaan, sama ada oleh Anda atau oleh pihak lain bagi pihak Anda, nilai jualan barangan yang dikilangkan hendaklah dikira untuk menentukan output dalam Tempoh Indemniti. Fasal Jabatan Jika Perniagaan dijalankan di jabatan di mana keputusan perdagangan bebas boleh ditentukan, peruntukan Fasal (a) dan (b) untuk item 1 dalam Spesifikasi yang dilampirkan akan digunakan secara berasingan bagi setiap jabatan yang terjejas akibat kerosakan kecuali jika Jumlah Dilindungi oleh item tersebut adalah kurang daripada agregat jumlah yang diperolehi dengan mengguna pakai kadar Untung Kasar bagi setiap jabatan Perniagaan (sama ada terjejas akibat kerosakan atau tidak) kepada output tahunan perbandingan, maka jumlah yang perlu dibayar akan dikurangkan secara bersekadar. Fasal Saling Bergantungan Dengan ini diperakui dan dipersetujui secara khusus bahawa jika kerosakan kepada premis / harta benda peserta bersama menyebabkan peserta lain mengalami kemerosotan perolehan atau peningkatan kos kerja, maka kerugian tersebut dianggap dilindungi di bawah Seksyen ini walaupun tiada kerosakan bahan berlaku kepada premis / harta benda pihak tersebut. Nota: Fasal saling bergantungan ini hanya boleh digunakan oleh peserta bersama yang mempunyai hubungan sebagai syarikat induk dan anak syarikat. Fasal Penepian Kerosakan Ketara Adalah bukan menjadi syarat sebelum liabiliti diterima berhubung dengan operasi tergendala atau gangguan akibat kemusnahan atau kerosakan bahawa bayaran dibuat atau liabiliti diterima di bawah Takaful yang melindungi kepentingan Anda dalam Harta Benda di Premis Perniagaan terhadap kemusnahan atau kerosakan, jika tiada bayaran sedemikian telah dibuat atau liabiliti diterima kerana terdapat peruntukan dalam perlindungan Takaful tersebut yang mengecualikan liabiliti bagi kerugian lebih rendah daripada jumlah tertentu. Fasal Bayaran atas Akaun Bayaran atas akaun akan dibuat kepada Anda, jika dikehendaki dengan syarat bahawa ganti rugi sudah ditetapkan sebagai perlu dibayar di bawah Seksyen ini. Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-

A) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat

penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Page 25: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

25

Fasal Jualan Salvaj Jika berikutan kerosakan yang menimbulkan tuntutan di bawah Seksyen ini, Anda hendaklah mengadakan jualan salvaj dalam Tempoh Indemniti. Fasal (a) Item 1 Spesifikasi yang dilampirkan, hendaklah untuk tujuan tuntutan tersebut, dibaca seperti berikut: BERKENAAN DENGAN PEROLEHAN BERKURANGAN, jumlah yang dihasilkan dengan mengguna pakai Kadar Untung Kasar bagi jumlah di mana Perolehan dalam Tempoh Indemniti (ditolak Perolehan bagi tempoh jualan salvaj) lebih rendah daripada Perolehan Piawai disebabkan oleh kerosakan yang berlaku, di mana jumlah tersebut akan ditolak daripada Untung Kasar yang diperolehi dalam tempoh jualan salvaj. Fasal Sijil Tidak Dinilai Sijil ini ialah sijil tidak dinilai. Tanggungjawab terletak pada Anda untuk membuktikan nilai sebenar Harta Benda yang Dilindungi pada masa berlakunya kerosakan atau jumlah sebenar kerosakan tersebut. Fasal Penentuan Tarikh Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses

dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian

turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 26: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

26

Seksyen 3. Pecah Masuk

Kami bersetuju bahawa jika Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagianya, semasa berada dalam Premis Perniagaan yang dihuraikan dalam Jadual, hilang atau rosak akibat Pecah Masuk atau Pecah Rumah atau sebarang percubaan melakukannya dalam Tempoh Takaful, maka kami akan menanggung kerugian anda dengan membuat pembayaran atau atas pilihan Kami, memulihkan, menggantikan atau membaiki sebarang harta benda sehingga Jumlah Diinsuranskan yang dinyatakan dalam Jadual pada mana-mana satu Tempoh Takaful. Di samping itu, Kami bersetuju bahawa jika timbul sebarang kerosakan kepada Premis Perniagaan yang berlaku secara langsung akibat Pecah Masuk atau Pecah Rumah atau percubaan melakukannya dalam Tempoh Takaful dan DENGAN SYARAT kerosakan tersebut tidak dilindungi selainnya, maka sebagai tambahan kami akan menanggung kerugian Anda terhadap kerosakan yang perlu Anda perbetulkan, dengan membuat pembayaran atau atas pilihan kami, memulihkan atau membaikinya sehingga jumlah tidak melebihi sepuluh (10%) daripada Keseluruhan Jumlah Dilindungi atau RM10,000, yang mana lebih rendah. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Pecah Masuk atau Pecah Rumah hendaklah bermakna kecurian atau sebarang usaha melakukannya apabila orang atau orang-orang yang melakukan kecurian tersebut masuk dan keluar dari Premis Perniagaan secara paksa dan menggunakan kekerasan atau keganasan. Masuk atau keluar daripada Premis Perniagaan berikutan serangan atau keganasan kepada mana-mana orang atau ancaman melakukannya hendaklah dianggap Pecah Masuk atau Pecah Rumah. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 3: 1. Syarat Purata

Jika Harta Benda Dilindungi, semasa berlaku kerugian atau kerosakan, secara kolektif mempunyai nilai lebih tinggi daripada Jumlah Dilindungi di dalam ini, maka Anda hendaklah dianggap sebagai penanggung insurans atau pengendali Takaful sendiri bagi perbezaannya dan hendaklah menanggung bahagian sekadar kerugian atau kerosakan dengan sewajarnya. Setiap satu item yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual tertakluk secara berasingan tetapi dengan cara yang sama di bawah Syarat ini.

2. Pilihan Penyelesaian

Kami boleh memulihkan, menggantikan atau membaiki Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagiannya dan tidak membayar jumlah kerugian, kemusnahan atau kerosakan dan boleh melakukannya bersama pengendali Takaful dan penanggung insurans lain. Atas pilihan kami, selepas pembayaran sebarang tuntutan bagi kerugian di bawah Seksyen ini, kami mempunyai hak ke atas Harta Benda Dilindungi yang mana bayarannya telah dibuat

3. Menetapkan Semula Jumlah Dilindungi

Sejurus selepas berlakunya sebarang kerugian, kemusnahan atau kerosakan, Keseluruhan Jumlah Dilindungi dan Jumlah Dilindungi bagi pelbagai jenis Harta Benda Dilindungi yang telah hilang, musnah atau rosak akan dikurangkan mengikut jumlah kerugian atau kerosakan dan Jumlah Dilindungi lebih rendah itu adalah had liabiliti Kami bagi sebarang kerugian, kerosakan atau kemusnahan selanjutnya yang berlaku dalam Tempoh Takaful semasa, melainkan Kami bersetuju dengan bayaran Sumbangan Tambahan untuk menetapkan kembali Jumlah Dilindungi.

Pengecualian kepada Seksyen 3 Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar bagi:- 1. Kerugian, kemusnahan atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi

(a) oleh Anda secara bersubahat dengan mana-mana ahli keluarga Anda atau Kakitangan Anda (b) atau mana-mana orang yang diambil bekerja secara sah di Premis Perniagaan.

2. Kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi akibat ketidaksetiaan dan ketidakjujuran

kakitangan.

Page 27: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

27

3. Kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan oleh atau berlaku kerana

kebakaran atau letupan, banjir atau ribut. 4. Kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang timbul daripada pembukaan peti

simpanan selamat atau bilik kebal yang dibuka menggunakan kunci yang ditinggalkan di Premis Perniagaan di luar waktu Perniagaan.

5. Kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan oleh sebarang kekurangan.

(a) yang timbul daripada kesilapan atau ketinggalan di pihak Anda/atau Kakitangan Anda, atau (b) pencurian barangan kedai

6. Kehilangan atau kerosakan kepada mesin perjudian dan/atau hiburan menggunakan syiling atau yang

dikendalikan sepertinya. 7. Kerugian, kemusnahan atau kerosakan kepada surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji, wang atau

sekuriti untuk wang, setem, syiling atau koleksi setem, pelan, corak, model, acuan, rekaan, dokumen hak milik hartanah, kontrak atau dokumen lain atau buku atau manuskrip perniagaan melainkan dinyatakan secara khusus dalam Jadual.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 3 Fasal Penilaian Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika tuntutan agregat bagi mana-mana satu kerugian tidak melebihi RM5,000 atau 5% daripada Jumlah Dilindungi, yang mana jumlah lebih kecil berasaskan item yang terbabit, pengambilan inventori atau taksiran khas terhadap harta benda yang tidak rosak tidak diperlukan. Fasal Penetapan Semula Automatik Jumlah Dilindungi Sebagai pertimbangan kepada persetujuan Anda untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar yang dipersetujui bagi jumlah kerugian yang dikira secara pro rata dari tarikh kerugian sehingga luput Tempoh Takaful semasa, dengan ini dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian, perlindungan Takaful di bawah ini akan terus berkuat kuasa bagi Jumlah Penuh Dilindungi seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen ini dalam Jadual. Fasal Catatan Buku Dengan ini menjadi Syarat sebelum hak untuk anda mendapat pampasan di bawah Seksyen ini, bahawa Anda hendaklah menunjukkan kepada kami rekod berikut:-

a) rekod semua stok yang dipegang pada tarikh pengambilan stok terakhir sebelum tarikh pecah masuk yang melibatkan tuntutan;

b) rekod semua barangan yang dimasukkan dalam stok sejak tarikh pengiraan stok terakhir (rekod ini mesti disokong oleh invois); dan

c) Rekod jualan harian terperinci sama ada untuk tunai atau selainnya dan sebarang pemindahan stok lain sejak tarikh pengiraan stok terakhir.

Peruntukan di atas hendaklah tidak menghalang Kami daripada meminta sebarang maklumat tambahan yang Kami anggap perlu sekiranya tuntutan dibuat di bawah Seksyen ini. Fasal Jenayah Pecah Amanah Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan jenayah pecah amanah oleh mana-mana pihak mengikut definisi kesalahan jenayah pecah amanah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan. Fasal Harga Kontrak Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa hanya berkenaan dengan barangan yang dijual tetapi belum diserahkan di bawah tanggungjawab Anda dan yang berasaskan syarat jualan, kontrak jualan dibatalkan disebabkan oleh risiko yang dilindungi di dalam ini, sama ada secara sepenuhnya atau setakat kerugian atau kerosakan yang berlaku, liabiliti Kami adalah berasaskan harga kontrak, dan untuk tujuan mengira nilai semua barangan yang membabitkan fasal ini sekiranya berlaku kemusnahan atau kerosakan, asas pengiraan yang sama hendaklah diguna pakai.

Page 28: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

28

Fasal Pasangan dan Set Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa apabila mana-mana item yang dilindungi terdiri daripada barangan yang berpasangan atau set, Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar lebih daripada nilai bersekadar mana-mana bahagian yang hilang, tanpa merujuk kepada sebarang nilai khas yang dipunyai oleh bahan tersebut secara pasangan atau set. Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan) Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan.

Page 29: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

29

Seksyen 4. “Semua Risiko” Komersil

Kami bersetuju bahawa jika Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagian harta benda tersebut musnah atau rosak akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan atau bencana lain semasa Harta Benda tersebut berada dalam Had Wilayah dan dalam Tempoh Takaful, maka Kami akan membayar atau menggantikan untuk anda nilai sebenar Harta Benda Dilindungi pada masa berlakunya kemusnahan atau jumlah sebenar kerosakan tersebut, tertakluk kepada Asas Penjelasan yang dinyatakan dalam Syarat 2 Seksyen ini. Jumlah maksimum yang dibayar oleh Kami dalam mana-mana satu Tempoh Takaful hendaklah tidak melebihi jumlah yang dinyatakan bagi setiap Item Dilindungi dalam Jadual tersebut bagi Seksyen ini. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Operasi Internet hendaklah membawa makna yang berikut:

(a) penggunaan sistem mel elektronik Perniagaan Anda oleh Anda dan Kakitangan Anda termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(b) akses menerusi rangkaian Perniagaan Anda kepada laman web sedunia atau laman internet awam oleh Anda dan Kakitangan Anda, termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(c) akses kepada Intranet Perniagaan Anda (bermakna maklumat dalaman syarikat dan sumber komputer Perniagaan) yang disediakan menerusi laman web sedunia untuk Pelanggan anda dan pihak lain di luar organisasi Anda; dan

(d) Operasi dan penyenggaraan laman web Perniagaan anda. Nilai Pasaran hendaklah membawa makna yang berikut:-

(d) Nilai pada masa kerosakan atau kerugian ditolak peruntukan yang sewajarnya bagi kelusuhan dan kehausan dan / atau susut nilai.

(e) Nilai yang ditentukan menerusi penilaian yang Kami perolehi daripada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor pembinaan bagi kos penggantian atau pemasangan semula, tertakluk kepada penggunaan kadar susut nilai sewajarnya ke atas harta benda yang dinilai pada masa berlakunya kerosakan atau kerugian tersebut.

(f) Sekiranya pada masa kerosakan atau kerugian, tiada pengeluar, ejen tunggal sah atau ejen, broker sah, pengedar sah atau kontraktor pembinaan bagi harta benda yang dinilai, penilaian akan diperolehi daripada Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 yang dilantik bersama oleh kedua-dua pihak dan penilaian tersebut hendaklah diterima sebagai bukti muktamad bagi nilai pasaran harta yang dilindungi dalam sebarang prosiding undang-undang terhadap Kami.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 4 1. Syarat Purata Sekiranya Harta Benda Dilindungi, pada masa kerugian atau kerosakan, secara kolektif mempunyai nilai lebih tinggi daripada Jumlah Dilindungi di dalam ini, maka Anda hendaklah dianggap sebagai Penanggung Insurans atau Pengendali Takaful sendiri bagi perbezaannya dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian atau kerosakan dengan sewajarnya. Setiap satu item yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual tertakluk secara berasingan tetapi dengan cara yang sama di bawah Syarat ini. 2. Asas Penjelasan

(a) Apabila kerosakan kepada item dilindungi boleh diperbaiki, Kami akan membayar semua perbelanjaan yang diperlukan untuk memulihkan item yang rosak kepada keadaannya sebelum berlaku kerosakan serta kos menanggalkan atau memasang semula untuk tujuan menjalankan kerja pembaikan dan juga pengangkutan biasa pergi dan balik dari bengkel pembaikan. Jika mana-mana alat ganti didapati tidak boleh dibeli, liabiliti Kami hendaklah terhad kepada harga terakhir pengeluar atau pembekal dan sebarang nilai sisa yang akan diambil kira. Kami tidak akan membayar bagi caj tambahan yang ditanggung untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja pada cuti awam, pengangkutan ekspres dan sebagainya.

Page 30: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

30

Indemniti yang dibayar adalah bersamaan jumlah yang ditentukan ditolak nilai sebarang nilai sisa dan tertakluk kepada penggunaan Syarat Purata yang dinyatakan dalam Syarat 1 Seksyen ini dan pemotongan Lebihan.

(b) Apabila item yang dilindungi musnah sepenuhnya, Kami akan membayar nilai sebenar item sejurus sebelum berlaku kerugian termasuk pengangkutan biasa melalui laut atau darat, kos pemasangan dan duti kastam (jika ada), dan nilai sebenar tersebut akan dikira dengan menolak susut nilai yang sebenar daripada nilai gantian item. Kami juga akan membayar perbelanjaan sewajarnya bagi penyingkiran harta benda yang musnah.

Indeminiti yang dibayar adalah bersamaan jumlah yang ditentukan tolak sebarang nilai sisa dan tertakluk kepada penggunaan Syarat Purata yang dinyatakan dalam Syarat 1 Seksyen ini dan pemotongan Lebihan.

Pengecualian bagi Seksyen 4 Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar bagi:- 1. Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan

(a) menerusi tindakan sengaja atau tidak jujur Kakitangan Anda atau dengan bersubahat dengan Anda. (b) sebarang Harta Benda Dilindungi yang disebabkan oleh atau berlaku menerusi

(i) Kehausan dan kelusuhan, susut nilai, kemerosotan disebabkan keadaan atmosfera atau selainnya, kulapuk, gegat, haiwan perosak atau sebarang proses membersih, mengering, membaiki atau mengubahsuai.

(ii) Letupan atau keruntuhan sendiri akibat daripada tekanan stim dalaman atau tekanan cecair lain, kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau pecah atau gangguan. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kerosakan kepada mana-mana item yang diakibatkan secara langsung oleh hentakan atau perlanggaran dengan sesuatu di luar item yang mungkin timbul disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau kepecahan akan dilindungi;

(iii) Goresan, kemik pada mana-mana barang atau kepecahan lensa atau kaca atau tembikar, barangan tanah liat, marmar, barangan lain yang mudah pecah melainkan disebabkan oleh pecah masuk, kecurian atau kebakaran; dan

(c) kepada surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji, tunai, mata wang, cek, wang pos dan kiriman wang, draf bank, setem dagangan, setem pos atau sebarang bentuk setem, sebarang bentuk sekuriti, sebarang bentuk dokumen, buku akaun, manuskrip, pingat, syiling, barangan kemas, batu permata, logam berharga, bulion, buku, barangan aneh, buku nadir, hasil seni.

2. Sebarang kekurangan yang ditemui menerusi atau semasa proses inventori melainkan kekurangan

tersebut dapat ditunjukkan dengan sewajarnya telah berlaku menerusi kecurian atau percubaan melakukannya.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 4 Fasal Jenayah Pecah Amanah Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan jenayah pecah amanah oleh mana-mana pihak mengikut definisi kesalahan jenayah pecah amanah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan. Fasal Siber (Pengecualian Liabiliti Internet) Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian (kecederaan badan, kerosakan harta benda atau sebarang kehilangan) yang timbul, secara langsung atau tidak langsung, atau dalam apa jua cara membabitkan Operasi Internet Anda. Pengecualian ini tidak berkenaan bagi kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada apa-apa bahan yang sudah dicetak oleh pengeluar untuk menyokong produknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada amaran dan arahan penggunaan dan keselamatan produk, yang juga dihasilkan semula di kemudahannya. Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa liputan di bawah Seksyen in tidak termasuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada sebarang nasihat atau maklumat yang terkandung di laman yang digunakan untuk tujuan menarik pelanggan.

Page 31: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

31

Fasal Nilai Pasaran Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi di dalam ini, had indemniti Kami adalah nilai Jumlah Dilindungi atau Nilai Pasaran Harta Benda Dilindungi, yang mana lebih rendah, tertakluk kepada pengurangan sebarang lebihan dan jumlah yang perlu anda tanggung di bawah Seksyen ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:- C) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang

merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

D) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Page 32: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

32

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan) Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan. Jaminan Penyenggaraan Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-

(a) Anda hendaklah menyenggarakan Harta Benda Dilindungi dalam keadaan yang baik menurut jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal.

(b) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.

Penentuan Tarikh II Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau

memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat

daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian

turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 33: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

33

Seksyen 5. “Semua Risiko” Peralatan Mudah Alih

Kami akan menanggung kerugian Anda kerana kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi dan aksesori dan alat gantinya yang terkandung dalam Jadual, yang disebabkan oleh:-

(a) perlanggaran atau terbalik akibat kemalangan (b) perlanggaran atau terbalik akibat kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau

disebabkan oleh kehausan dan kelusuhan (c) kebakaran, letupan luar, pencucuhan sendiri atau kilat, atau (d) Pecah masuk, pecah rumah atau kecurian

selagi Harta Benda Dilindungi berada di dalam Had Wilayah dan berlaku dalam Tempoh Takaful, maka atas Pilihan Kami, Kami akan membayar Anda dalam bentuk tunai bagi kerugian atau kerosakan tersebut atau membaiki, memulihkan atau menggantikan Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagiannya atau aksesori atau alat gantinya tetapi liabiliti Kami tidak harus melebihi nilai alat ganti yang hilang atau rosak dan kos munasabah untuk memulihkan atau membaiki alat ganti tersebut. Jika peralatan tidak berfungsi disebabkan oleh kerugian atau kerosakan yang dilindungi di bawah Seksyen ini, Kami akan menanggung kos yang ditanggung dengan sewajarnya (tidak melebihi RM500) untuk perlindungan and pemindahan ke bengkel pembaikan terdekat dan untuk penghantarannya di dalam negara di mana kerugian atau kerosakan dialami. Dengan syarat dalam segala hal bahawa: 1. Jumlah maksimum yang Kami bayar pada mana-mana satu tempoh Takaful tidak melebihi Jumlah

Dilindungi yang ditetapkan bagi setiap item Harta Benda Dilindungi yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual.

2. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul semasa Harta Benda Dilindungi sedang: (a) dipandu oleh orang selain daripada Pemandu / Pengendali sah, atau (b) digunakan selain daripada mengikut Had Kegunaan

Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Pemandu /Pengendali Sah ditakrifkan sebagai (a) Anda; atau (b) mana-mana orang yang memandu atas arahan Anda dengan atau dengan kebenaran Anda. Dengan syarat bahawa orang yang memandu dibenarkan di bawah lesen atau undang-undang atau peraturan untuk memantau atau mengendalikan Harta Benda Dilindungi atau telah dibenarkan atau tidak dibatalkan kelayakan menerusi arahan undang-undang atau menerusi sebarang enakmen atau peraturan, daripada memandu atau mengendalikan Harta Benda Dilindungi. Had Penggunaan ditakrifkan sebagai: Digunakan berhubung dengan Perniagaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual tetapi mengecualikan penggunaan:

(a) untuk perlumbaan, mengawalo perlumbaan, ujian kebolehpercayaan, demonstrasi atau ujian kelajuan,

(b) untuk membawa penumpang; atau (c) semasa menarik treler atau menunda sebarang kenderaan untuk ganjaran.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 5 1. Anda hendaklah mengambil segala langkah sewajarnya untuk melindungi Harta Benda Dilindungi

daripada sebarang kerugian atau kerosakan dan untuk mengekalkan Harta Benda yang dilindungi dalam keadaan yang cekap dan Kami hendaklah pada setiap masa diberi kebebasan penuh untuk memeriksa Harta Benda atau mana-mana bahagianya atau mana-mana pemandu atau Kakitangan Anda. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Seksyen ini, Harta Benda Dilindungi hendaklah tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa langkah berjaga-jaga diambil

Page 34: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

34

untuk mencegah kerugian atau kerosakan lanjut dan jika Harta Benda dipandu sebelum pembaikan yang perlu dibuat dilaksanakan, sebarang lanjutan kepada kerosakan atau sebarang kerosakan lebih teruk terhadap Harta Benda Dilindungi hendaklah dikecualikan daripada skop indemniti yang diberikan di bawah Seksyen ini.

2. Jika Harta Benda yang dilindungi oleh Sijil ini pada-bila masa dalam tempoh kerugian, mempunyai nilai

lebih tinggi daripada jumlah dilindungi, maka Anda hendaklah dianggap sebagai Pengendali Takaful sendiri bagi perbezaan tersebut dan hendaklah menanggung bahagian sekadar dengan sewajarnya. Setiap item, jika lebih daripada satu dalam Seksyen Sijil ini, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat ini.

3. Sejurus selepas berlaku kerugian atau kerosakan, Jumlah Dilindungi hendaklah dikurangkan setakat

jumlah kerugian atau kerosakan dan Jumlah Dilindungi yang dikurangkan tersebut hendaklah merupakan had liabiliti Kami berkenaan dengan kerugian atau kerosakan lanjut yang berlaku dalam Tempoh Takaful semasa melainkan kami membenarkan bayaran Sumbangan tambahan untuk menetapkan semula Jumlah Penuh Diinsuranskan

4. Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi atau aksesorinya atau alat

ganti yang memerlukan bekalan sesuatu alat yang tidak boleh diperolehi daripada stok yang ada di negara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan atau sekiranya Kami melaksanakan pilihan Kami untuk membayar tunai bagi jumlah kerugian atau kerosakan, liabiliti Kami berkenaan alat ganti tersebut hendaklah terhad kepada:

(a) Harga yang disebutkan dalam katalog terbaru atau senarai harga yang dikeluarkan oleh Pengilang

atau Ejennya bagi negara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan dan kos sewajarnya untuk membaiki alat tersebut; atau

(b) Jika tiada katalog wujud, harga yang dikeluarkan oleh Kilang Pengeluar serta kos munasabah bagi pengangkutan selain daripada pengangkutan udara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan dan jumlah duti import relatif serta kos sewajarnya untuk memasang alat tersebut.

Pengecualian bagi Seksyen 5 Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar bagi:-

1. Kerosakan, kemusnahan atau kerosakan; (a) di luar Had Wilayah; (b) semasa Harta Benda Dilindungi digunakan di jalan raya yang ditakrifkan dalam Akta

Pengangkutan Jalan 1987 (Persekutuan Malaysia); (c) semasa Harta Benda Dilindungi sedang dalam transit (termasuk proses memuat dan

memunggah berkaitan dengan transit tersebut) melalui jalan raya, jalan kereta api, jalan air pedalaman, lif atau tangga bergerak.

2. Susut nilai, kehausan dan kelusuhan, kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau kerosakan

termasuk kelewatan atau kehilangan pasaran. 3. Kerugian atau kerosakan muatan berlebihan atau ketegangan 4. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tindakan sengaja atau tidak jujur Kakitangan atau

tindakan yang dilakukan secara bersubahat dengan anda. 5. Kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa Harta Benda Dilindungi dipandu oleh Pemandu /

Pengendali sah di bawah pengaruh arak memabukkan atau dadah. 6. Kerugian menerusi kecurian, aksesori, alat dan alat ganti melainkan Harta Benda Dilindungi dicuri

pada masa yang sama 7. Kerugian atau kerosakan kepada:

a. tayar melainkan Harta Benda dilindungi juga rosak pada masa yang sama; dan b. Kanopi melainkan disebabkan oleh, atau berlaku kerana Harta Benda dilindungi terbalik.

8. Kemalangan, kerugian atau kerosakan yang secara langsung atau tidak langsung, jauh atau dekat diakibatkan oleh, berlaku kerana, berpunca atau timbul daripada, atau berhubung dengan banjir, taufan, hurikan, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau gelinciran tanah, ambelasan atau muka bumi / tanah jerlus tidak kira bagaimana ia berlaku dan gegaran alam lain.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 5 Fasal Jenayah Pecah Amanah Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan jenayah pecah amanah oleh mana-mana pihak mengikut definisi kesalahan jenayah pecah amanah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Page 35: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

35

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-

A. Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan

atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan) Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan. Jaminan Penyenggaraan Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-

(a) Anda hendaklah menyenggarakan Harta Benda Dilindungi dalam keadaan yang baik menurut

Page 36: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

36

jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal. (b) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif

penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.

Penentuan Tarikh II Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar; 2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau

memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian

turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 37: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

37

Seksyen 6. Wang

Kami bersetuju bahawa jika Harta Benda Dilindungi dalam Seksyen ini, seperti Wang, hilang, musnah atau rosak:

(a) atas apa jua sebab semasa dalam transit dan dipegang oleh perutusan dan/atau kakitangan Anda (dengan syarat wang dalam transit mesti dihantar ke Premis Perniagaan atau bank Anda pada hari sama wang tersebut diterima dan bagi upah, gaji dan wang lain yang tidak dibayar pada hari yang sama apabila diterima, Wang tersebut mesti disimpan dalam Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang berkunci, atau

(b) daripada Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang berkunci di dalam Had Wilayah dan berlaku dalam Tempoh Takaful, maka Kami akan menanggung kerugian Anda berkaitan dengan kerugian, kemusnahan atau kerosakan tersebut Dengan Syarat liabiliti Kami bagi mana-mana satu kejadian tidak harus melebihi Jumlah Dilindungi yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual. Di samping itu, Kami bersetuju bahawa jika mana-mana Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang dimiliki oleh anda hilang, musnah atau rosak akibat Pecah Masuk atau Pecah Rumah atau sebarang usaha melakukannya, DAN DENGAN SYARAT, kerosakan tersebut tidak dilindungi selain ini, kami akan membayar ganti rugi kepada Anda sehingga had yang tidak melebihi sepuluh (10%) daripada Jumlah Dilindungi atau RM10,000, yang mana lebih rendah. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Pecah Masuk atau Pecah Rumah hendaklah bermakna kecurian atau sebarang usaha melakukannya apabila berlaku pecah masuk dan keluar menggunakan kekerasan atau keganasan ke dalam atau keluar dari Premis Perniagaan oleh orang atau orang-orang yang melakukan kecurian tersebut. Masuk atau keluar daripada Premis Perniagaan berikutan serangan atau keganasan kepada mana-mana orang atau ancaman melakukannya hendaklah dianggap Pecah Masuk atau Pecah Rumah. Wang hendaklah bermakna tunai, nota bank, mata wang kertas, cek, cek kembara, wang pos dan kiriman wang, Bil Pertukaran dan setem pos dan hasil semasa milik Anda atau yang menjadi tanggungjawab Anda di bawah undang-undang. Waktu Perniagaan hendaklah bermakna waktu biasa di mana Anda menjalankan urus niaga atau dibuka untuk Perniagaan di Premis Perniagaan. Rompakan dan Penahanan hendaklah bermakna kecurian yang berserta dengan keganasan atau ancaman keganasan oleh seseorang selain daripada Kakitangan Anda yang dilakukan semasa berada di Premis Perniagaan Anda. Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal hendaklah bermakna bekas atau struktur yang telah direka bentuk secara khusus untuk menyimpan Wang atau barang berharga dan direka bentuk untuk melindungi kandungan daripada kebakaran dan mencegah pembukaan tidak sah menggunakan alat pegangan tangan atau alat kendalian kuasa. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 6. 1. Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mencegah kerugian,

kemusnahan atau kerosakan. 2. Anda hendaklah memastikan bahawa:-

(a) semua kunci, selak, sistem penggera penceroboh dan alat pelindung lain hendaklah beroperasi sepenuhnya pada masa Premis Perniagaan tidak dihuni atau ditutup untuk perniagaan.

(b) semua kunci kepada Peti Simpanan Selamat dan Bilik Kebal di mana Wang disimpan hendaklah dikeluarkan daripada Premis Perniagaan anda oleh Anda atau orang yang Anda beri kuasa dan disimpan dalam penjagaan Anda atau di bawah jagaan orang yang diberi kuasa sehinggalah Premis Perniagaan Anda dibuka semula untuk Perniagaan.

Page 38: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

38

Pengecualian bagi Seksyen 6 Kami tidak bertanggungjawab untuk menanggung rugi bagi:- 1. Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan.

(a) yang berlaku di luar Had Wilayah; (b) yang berlaku di Premis Perniagaan yang ditutup pada waktu itu melainkan Wang disimpan dalam

Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal; (c) disebabkan oleh atau berlaku menerusi kecurian oleh kakitangan kecuali semasa berkhidmat

sebagai perutusan dan hanya jika kecurian tersebut disedari dalam masa tiga (3) hari kerja selepas berlaku kejadian.

2. Kekurangan disebabkan kesilapan atau ketinggalan 3. Kekurangan disebabkan kesilapan atau ketinggalan perkeranian atau perakaunan dan tidak dikaitkan

dengan kejadian khusus yang dilindungi di bawah Seksyen ini. 4. Sebarang kerugian yang disebabkan oleh susut nilai, turun naik mata wang, cek tendang atau

penggunaan Wang palsu. 5. Sebarang kehilangan Wang yang diamanahkan kepada orang selain daripada Anda atau kakitangan

Anda atau kepada penghantar profesional daripada syarikat keselamatan yang mana perjanjian telah dibuat antara syarikat keselamatan tersebut dan Anda.

6. Kehilangan daripada peti simpanan selamat atau bilik kebal berikutan penggunaan kunci peti simpanan

selamat atau bilik kebal atau sebarang kunci pendua yang dimiliki oleh Anda melainkan ia diperolehi menerusi ancaman atau keganasan kepada seseorang.

7. Sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi atau berlaku kerana subahat atau penggelapan wang

yang melibatkan penipuan atau melesapkan wang yang melibatkan penipuan oleh Anda atau Kakitangan anda atau mana-mana orang dalam Perkhidmatan anda.

8. Sebarang kehilangan daripada kenderaan yang tidak berkunci atau tidak dijaga. 9. Sebarang kehilangan Wang yang terkandung dalam mesin perjudian dan/atau hiburan yang

menggunakan syiling atau dikendalikan sepertinya. 10. Kehilangan Wang semasa dalam transit melalui pos. Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 6 Fasal Rompakan Bersenjata dan Penahanan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa perlindungan yang diberikan oleh Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk meliputi sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada Rompakan atau Kecurian. Fasal Penetapan Semula Automatik Jumlah Dilindungi Sebagai pertimbangan kepada persetujuan Anda untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar dipersetujui bagi jumlah kerugian yang dikira atas dasar pro rata dari tarikh kerugian sehinggalah tamat Tempoh Takaful semasa, adalah dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian, perlindungan Takaful di bawah ini hendaklah dikekalkan pada Jumlah Dilindungi penuh seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual. Fasal Penambahan Automatik Lokasi Baru Perlindungan yang diberikan di bawah ini dilanjutkan secara automatik untuk merangkumi semua lokasi yang mengandungi Harta Benda Anda yang Dilindungi dari tarikh pemerolehan semasa Seksyen ini berkuat kuasa dengan syarat notis mesti diberikan kepada Kami dalam masa tiga (30) puluh hari dari tarikh Anda memperolehi setiap premis. Pengendorsan Tunai dalam Laci / Kabinet / Mesin Daftar Tunai Berkunci Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda kerana kehilangan Wang dalam laci / kabinet / mesin tunai berkunci.

Page 39: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

39

Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa rekod lengkap jumlah Wang dalam mana-mana laci / kabinet / mesin daftar tunai berkunci hendaklah disimpan secara selamat di tempat lain selain daripada laci tersebut dan liabiliti Kami terhad kepada jumlah Wang yang ditunjukkan dalam rekod sebagai terkandung dalam laci pada masa kehilangan tetapi dalam mana-mana satu Tempoh Takaful, hendaklah dalam segala hal tidak melebihi jumlah RM2,000. Untuk tujuan Fasal ini, definisi Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal dianggap termasuk laci / kabinet /mesin daftar tunai berkunci. Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan) Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan. Fasal Barangan Kakitangan Indemniti yang diberikan di bawah Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi pakaian dan/atau barangan peribadi Kakitangan yang timbul daripada insiden yang dilindungi di bawah Seksyen ini. Jumlah indemniti di bawah Fasal ini hendaklah terhad kepada RM2,000 bagi mana-mana satu kejadian. Fasal Manfaat Kemalangan Peribadi Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan membayar pampasan mengikut skala yang disediakan di bawah bagi kecederaan badan yang dialami di bawah oleh kakitangan Anda semasa dalam perjalanan bersama dan memegang Wang dalam transit yang disebabkan oleh kejadian luaran, tidak disengajakan, malang, dan ketara, yang bukan diakibatkan oleh sebab lain (kecuali rawatan perubatan dan pembedahan yang disebabkan oleh kecederaan tersebut), dalam tiga (3) bulan selepas mengalami kecederaan tersebut menyebabkan:- Skala Pampasan (setiap

orang) 1) Kematian RM10,000 2) Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal Penglihatan pada kedua-dua belah

mata RM10,000

3) Kehilangan penuh akibat putus anggota fizikal pada pergelangan tangan atau di atas buku lali satu atau kedua-dua tangan dan kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki

RM10,000

4) Kehilangan penuh akibat putus anggota fizikal di atas pergelangan tangan atau buku lali sebelah tangan atau sebelah kaki bersama kehilangan penglihatan penuh dan kekal sebelah mata

RM10,000

5) Kehilangan penuh dan kekal sebelah mata RM10,000 6) Kehilangan penuh akibat putus anggota pada/atau di atas pergelangan

tangan atau kaki pada sebelah tangan atau sebelah kaki RM10,000

Dengan syarat dalam segala hal bahawa:

(a) Pampasan hendaklah dibayar hanya bagi salah satu item (1) hingga (6) di atas bagi mana-mana Kakitangan, yang berlaku kerana mana-mana satu kejadian dan jumlah liabiliti Kami hendaklah tidak secara keseluruhan melebihi RM10,000 dalam mana-mana satu tempoh Takaful bagi mana-mana satu Kakitangan.

(b) Kakitangan tersebut hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun atau lebih daripada 65 tahun pada masa mengalami kecederaan.

(c) Pampasan tersebut hendaklah dibayar hanya dengan kelulusan Anda dan terus kepada Kakitangan yang tercedera atau wakil peribadinya yang sah di sisi undang-undang dan penerimaan olehnya menandakan penjelasan penuh terhadap kecederaan kepada Kakitangan tersebut.

(d) Selepas pembayaran sebarang tuntutan di bawah item (1) hingga (6), perlindungan Takaful menerusi Pengendorsan ini hendaklah tamat serta-merta bagi Kakitangan yang dilindungi di mana tuntutan telah dibayar, tetapi Pengendorsan ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi Kakitangan lain yang dilindungi (jika ada).

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada

Page 40: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

40

data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:- E) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang

merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

F) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan) Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan. Penentuan Tarikh II Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas

Page 41: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

41

tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau

memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat

daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian

turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 42: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

42

Seskyen 7. Liabiliti Awam

Kami akan menanggung kerugian anda:-

1. terhadap liabiliti bagi kematian atau kecederaan akibat kemalangan yang disebabkan oleh mana-mana orang selain daripada Kakitangan anda, dan

2. Bagi kerugian atau kerosakan akibat Kemalangan kepada Harta Benda yang tidak dimiliki atau dipegang di bawah amanah oleh Anda atau mana-mana Kakitangan Anda atau dalam jagaan, pegangan atau kawalan anda.

yang disebabkan oleh kecuaian Anda atau kakitangan Anda yang berlaku dalam Had Wilayah berhubung dengan Perniagaan dan berlaku dalam Tempoh Takaful Dengan Syarat liabiliti kami bagi semua pampasan yang perlu dibayar yang timbul daripada mana-mana satu kejadian atau berhubung dengan atau timbul daripada semua kejadian atau siri kejadian atau satu sumber dikaitkan dengan satu sumber atau punca asal hendaklah tidak melebihi Had Indemniti seperti yang dinyatakan pada Seksyen ini dalam Jadual. Di samping itu, bagi insiden di mana indemniti yang dikhususkan di bawah Seksyen ini berkuat kuasa, Kami akan membayar:-

(a) semua kos dan perbelanjaan munasabah yang diperolehi oleh mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada Anda, dan

(b) semua kos dan perbelanjaan munasabah yang Anda tanggung dengan kebenaran bertulis daripada Kami.

di mana kos dan perbelanjaan tersebut perlu dibayar selain daripada Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- Kecederaan hendaklah bermakna kecederaan badan dan hendaklah termasuk kecederaan minda, kesedihan, kejutan dan merangkumi kecederaan yang disebabkan oleh penangkapan salah, pencabulan hak peribadi, penahanan, dipenjarakan secara salah dan diusir keluar secara salah. Pemastautin hendaklah bermakna rakyat Malaysia dan ekspatriat dengan permit kerja berterusan selama enam (6) bulan di Malaysia. Tempat Letak Kereta hendaklah bermakna garaj atau ruang letak kereta yang Anda sediakan. Operasi Internet hendaklah membawa makna yang berikut:

(e) penggunaan sistem mel elektronik Perniagaan Anda oleh Anda dan Kakitangan Anda termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(f) akses menerusi rangkaian Perniagaan Anda kepada laman web sedunia atau laman internet awam oleh Anda dan Kakitangan Anda, termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(g) akses kepada Intranet Perniagaan Anda (bermakna maklumat dalaman syarikat dan sumber komputer Perniagaan) yang disediakan menerusi laman web sedunia untuk Pelanggan anda dan pihak lain di luar organisasi Anda; dan

(h) Operasi dan penyenggaraan laman web Perniagaan Anda. Lesen hendaklah bermakna lesen atau permit lain yang diperlukan di bawah undang-undang pelesenan atau undang-undang atau peraturan lain apabila kenderaan tersebut dipandu di atas jalan raya mengikut maksud Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Pencemar hendaklah bermakna gas cecair pejal atau perengsa haba atau bahan cemar, termasuk tetapi tidak terhad kepada asap, wap, jelaga, wasap, asid, alkali, bahan kimia dan bahan buangan (termasuk bahan untuk dikitar semula, diperbaiki atau dipulih guna). Harta Benda hendaklah bermakna harta benda fizikal Kenderaan hendaklah bermaksud sebarang bentuk mesin beroda atau menggunakan roda runut Caterpillar.

Page 43: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

43

Kapal atau Pesawat hendaklah termasuk sebarang kapal atau pesawat atau sesuatu yang dibuat atau bertujuan untuk terapung di atas atau berjalan di atas atau melalui air atau udara atau di atas landasan. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 7 1. Kami atau wakil Kami yang dilantik berhak pada bila-bila masa untuk membayar kepada Anda Had

Indemniti seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual atau sebarang jumlah lebih kecil di mana sebarang tuntutan boleh dijelaskan dan selepas pembayaran tersebut dibuat, Kami hendaklah melepaskan pengendalian dan kawalan dan tidak lagi menanggung liabiliti lanjutan berhubung dengan tuntutan sedemikian kecuali bagi kos dan belanja yang boleh diperolehi semula daripada Anda atau yang ditanggung dengan kebenaran bertulis Kami berkaitan dengan pengendalian tuntutan sedemikian sebelum tarikh pembayaran tersebut.

Pengecualian bagi Seksyen 7 Kami tidak bertanggungjawab untuk menanggung rugi Anda terhadap:- 1. Liabiliti berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana orang di bawah kontrak perkhidmatan atau

perantisan dengan Anda apabila kecederaan timbul daripada dan berhubung dengan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan anda atau untuk pampasan atau tuntutan terhadap Anda oleh orang yang cedera atau tanggungannya di bawah Akta Pampasan Pekerja atau pindaan padanya.

2. Liabiliti yang Anda tanggung menerusi perjanjian melainkan liabiliti tersebut akan menjadi liabiliti Anda

tanpa sebarang perjanjian sedemikian. 3. Liabiliti berkenaan dengan atau timbul daripada kerosakan kepada sebarang tanah atau Harta Banda

atau bangunan yang disebabkan oleh getaran atau penyingkiran atau ambelasan dan sokongan yang semakin lemah.

4. Sebarang liabiliti bagi:

(a) kecederaan peribadi atau kecederaan atau kerugian kewangan atau kehilangan, kerosakan atau kehilangan penggunaan Harta Benda yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada pengeluaran, penyebaran, pelepasan atau pembebasan Pencemar.

(b) kos membuang, menghilangkan kesan atau membersihkan Pencemar (c) denda, penalti, ganti rugi punitif atau teladan yang timbul secara langsung atau tidak langsung

daripada pengeluaran, penyebaran, pelepasan atau pembebasan Pencemar Walau apa pun yang dinyatakan di atas, Seksyen ini akan melindungi liabiliti yang selainnya dikecualikan di bawah perenggan 4 di atas yang:

(i) disebabkan oleh kejadian yang tidak disengajakan atau tidak dijangka yang berlaku secara sepenuhnya pada masa dan tempat yang khusus; dan

(ii) ditanggung rugi dalam tidak lebih daripada satu Tempoh Takaful. 5. Denda, penalti atau ganti rugi punitif atau teladan. 6. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada mutu kerja yang tidak betul atau

kurang baik. 7. Liabiliti berkenaan dengan kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda

(a) yang Anda miliki atau di bawah kuasa Anda atau kawalan Anda atau di bawah kawalan pekerja atau Ejen anda; atau

(b) yang merupakan sebahagian daripada mana-mana Harta Benda atau tanah atau bangunan atau struktur di mana anda atau mana-mana pekerja atau ejen anda sedang atau telah bekerja melainkan diperuntukkan dalam Fasal Subkontraktor dalam Seksyen ini di bawah.

8. Liabiliti berkenaan dengan kecederaan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi

atau berhubung dengan: (a) pemilikan atau pegangan atau penggunaan untuk dan bagi pihak Anda bagi:

(i) sebarang kenderaan atau mesin yang mempunyai kuasa dorongan sendiri atau disambung

kepada kenderaan pacuan sendiri dan digunakan dalam keadaan di mana Akta Pengangkutan Jalan berkuatkuasa;

Page 44: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

44

(ii) sebarang kapal marin dan/atau kenderaan bermotor, lokomotif, kenderaan, lancang, kren pengangkat atau mesin pengangkat lain yang tidak dinyatakan dalam Jadual;

(iii) sebarang kapal marin dan/atau kenderaan bermotor, lokomotif, kenderaan, lancang, kren pengangkat atau mesin pengangkat lain yang tidak dinyatakan dalam Jadual; atau

(iv) sebarang dandang stim atau penjimat atau sebarang Bekas atau peralatan yang bertujuan dikendalikan di bawah tekanan stim.

(b) nasihat pembaikan atau profesional atau nasihat lain (selain daripada rawatan bantuan kecemasan)

yang diberikan atau diserahkan atau ditinggalkan oleh Anda; atau (c) tuntutan yang timbul berhubung dengan mana-mana produk yang dibekalkan selain daripada

makanan dan minimum yang dibekalkan kepada mana-mana pelanggan atau pengunjung dan / atau kantin kelab sukan dan sosial yang Anda sediakan untuk digunakan oleh Kakitangan Anda.

9. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada libel dan/atau fitnah di pihak Anda

dan mana-mana Kakitangan . 10. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada kesalahan melanggar kewajipan

profesional yang timbul daripada penyediaan atau gagal menyediakan perkhidmatan atau nasihat profesional oleh Anda atau bagi pihak Anda.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 7 Fasal Papan Tanda Pengiklanan atau Neon Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda berkenaan dengan kecederaan akibat kemalangan kepada pihak ketiga dan/atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda pihak ketiga yang timbul daripada penanggalan, pembaikan, kepecahan, kejatuhan, kerja pendirian, dan pemilikan papan tanda pengiklanan dan/atau neon. Bagaimanapun, Anda menjamin bahawa Anda hendaklah mematuhi semua enakmen berkanun, undang-undang kecil dan peraturan dan hendaklah pada setiap masa menyenggarakan papan tanda pengiklanan dan neon agar dalam keadaan yang baik. Anda hendaklah membetulkan sebarang kecacatan yang ditemui dan anda hendaklah mengambil segala langkah untuk mengelakkan kemalangan. Dengan syarat dalam segala hal bahawa Liabiliti Kami di bawah Fasal ini tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual. Fasal Penyertaan Automatik Premis dan / atau Lokasi Baru Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan secara automatik untuk merangkumi semua lokasi/premis yang Anda miliki dan / atau kendalikan berhubung dengan Perniagaan Anda dari tarikh pemerolehan, semasa Seksyen ini berkuat kuasa, dengan syarat notis mesti diberikan kepada kami dalam masa tiga (30) puluh hari dari tarikh Anda memperolehi setiap premis/lokasi Perniagaan. Fasal Risiko Luar Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk memasukkan liabiliti yang berkaitan dengan kemalangan yang timbul daripada pelaksanaan kerja sebenar yang dilakukan oleh Anda atau orang yang berkhidmat untuk Anda dalam urusan Perniagaan dalam Had Wilayah tetapi di luar Premis Perniagaan. Fasal Liabiliti Tempat Letak Kereta Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap semua jumlah yang perlu Anda tanggung di bawah undang-udang sebagai pampasan bagi:-

(a) kematian akibat kemalangan, kecederaan atau kerosakan Harta Benda seperti yang ditakrifkan di dalam ini yang disebabkan oleh atau timbul daripada atau penggunaan Tempat Letak Kereta yang Anda miliki dan/ atau kendalikan;

(b) kerosakan akibat kemalangan kepada kenderaan di dalam, yang memasuki atau keluar dari tempat letak kereta atau yang digerakkan atau dipandu di dalam Tempat Letak Kereta oleh Kakitangan Anda dengan syarat pergerakan atau pemanduan kenderaan tersebut adalah tanggungjawab Kakitangan tersebut.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa:-

Page 45: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

45

1) Tempat Letak Kereta dan ruang letak kereta yang Anda sediakan di Premis Perniagaan yang ditetapkan dalam Jadual adalah untuk kesenangan dan penggunaan pengunjung dan/atau tetamu.

2) Tempat letak kereta tersebut tidak Anda gunakan untuk sebarang tujuan penjualan kenderaan. 3) Jika sebarang caj dikenakan bagi meletakkan sebarang kenderaan, Anda mengeluarkan tiket

kepada setiap orang yang membayar caj tersebut. 4) Anda tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang disebabkan oleh atau berlaku

kerana kereta yang dipandu di dalam Tempat Letak Kereta oleh Kakitangan Anda melainkan Kakitangan tersebut memegang Lesen untuk memandu kenderaan tersebut atau memiliki dan tidak dibatalkan kelayakannya untuk memiliki atau mendapatkan Lesen tersebut.

5) Notis Penafian dengan syarat berikut hendaklah dipaparkan secara kekal di tempat yang mudah dilihat di Tempat Letak Kereta atau notis sama hendaklah dipaparkan pada setiap tiket letak kereta yang Anda keluarkan.

“Kenderaan dibenarkan masuk dengan syarat Anda tidak bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan kepada:-

a) mana-mana kenderaan; dan b) apa-apa di dalam atau di sekitar mana-mana kenderaan, walau bagaimana kerugian atau

kerosakan tersebut berlaku”.

6) Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan yang Anda miliki dan/atau sewa, pajak atau yang Anda gunakan berhubung dengan Perniagaan Anda.

7) Indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini hendaklah tidak dilanjutkan untuk merangkumi kecederaan yang timbul daripada atau disebabkan Anda semasa menggerakkan atau memandu kenderaan yang dimiliki oleh pengunjung dan / atau tetamu di dalam atau di luar Premis Perniagaan Anda.

Fasal Liabiliti Silang Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa kepada pihak yang dilindungi yang dinamakan dalam Jadual seolah-olah ia merupakan sijil perlindungan Takaful berbeza yang dikeluarkan kepada setiap pihak, dengan syarat bahawa Kami tidak menanggung kerugian Anda di bawah Pengendorsan ini berkenaan dengan liabiliti bagi kecederaan atau penyakit yang dialami oleh Kakitangan. Jumlah liabiliti kami berkenaan dengan pihak yang dilindungi bagaimanapun tidak harus melebihi Had Indemniti yang dinyatakan dalam Jadual bagi jumlah keseluruhan mana-mana satu kemalangan atau siri kemalangan yang timbul daripada mana-mana satu kejadian. Fasal Siber (Pengecualian Liabiliti Internet) Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian (kecederaan badan, kerosakan harta benda atau sebarang kehilangan) yang timbul, secara langsung atau tidak langsung, atau dalam apa jua cara membabitkan Operasi Internet Anda. Pengecualian ini tidak berkenaan bagi kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada apa-apa bahan yang sudah dicetak oleh pengeluar untuk menyokong produknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada amaran dan arahan penggunaan dan keselamatan produk, yang juga dihasilkan semula di kemudahannya. Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa liputan di bawah Seksyen in tidak termasuk kecederaan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada sebarang nasihat atau maklumat yang terkandung di laman yang digunakan untuk tujuan menarik pelanggan. Fasal Kerosakan Kemudahan Kebersihan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap semua jumlah yang perlu Anda bayar di bawah undang-undang disebabkan kematian akibat kemalangan, kecederaan badan, penyakit atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda yang ditakrifkan di dalam ini yang disebabkan oleh longkang, pembetungan atau kemudahan kebersihan yang rosak. Liabiliti kami di bawah Seksyen ini bagi semua ganti rugi berkaitan dengan kematian, kecederaan atau penyakit yang dialami dalam mana-mana satu Tempoh Takaful hendaklah tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Page 46: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

46

Fasal Penangkapan Salah, Penahanan, Pendakwaan Berniat Jahat atau Pengusiran Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung liabiliti Anda di bawah undang-undang bagi kecederaan kepada mana-mana orang selain daripada Kakitangan atau Kerosakan kepada Harta Benda yang timbul daripada atau berhubung dengan penangkapan, penahanan atau pemenjaraan secara salah, pendakwaan berniat jahat atau pengusiran oleh pengawal keselamatan atau oleh Kakitangan Anda. Fasal Pengendorsan Kebakaran dan Letupan (Tidak Termasuk Letupan Dandang Stim) Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda bagi kemalangan yang menyebabkan kerosakan kepada Harta Benda pihak ketiga yang berlaku kerana kebakaran atau letupan (selain daripada letupan dandang stim atau bekas atau peralatan lain di bawah tekanan stim). Fasal Kemudahan Bantuan Kecemasan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa kami akan melanjutkan perlindungan untuk meliputi liabiliti undang-undang yang timbul daripada penyediaan kemudahan bantuan kecemasan oleh Anda tetapi tidak termasuk sebarang kecuaian, kegagalan bertindak atau pengabaian oleh anggota profesion perubatan berdaftar atau mana-mana kakitangan atau pekerja sukarelawan hospital atau organisasi ambulans. Fasal Keracunan Makanan dan Minuman Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda bagi kematian akibat kemalangan, kecederaan atau penyakit atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda disebabkan oleh makanan dan minuman yang Anda jual atau bekalkan di Premis Perniagaan Anda atau kerana sesuatu yang terkandung dalam makanan dan minuman tersebut. Namun begitu, Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan dengan kematian, kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh atau timbul daripada sebarang kecacatan reka bentuk atau kesilapan formula atau spesifikasi bagi apa-apa makanan dan minuman yang Anda proses atau keluarkan atau sebarang kesilapan dan kecacatan di mana Anda, pekerja atau ejen Anda mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyakinya pada masa makanan dan minuman tersebut lepas daripada kawalan dan pegangan fizikal sebenar Anda dan Kakitangan Anda. Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti kami di bawah fasal ini bagi mana-mana satu kejadian atau siri kejadian tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual dan secara agregat bagi mana-mana satu Tempoh Takaful. Fasal Barangan Tetamu Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan melindungi liabiliti Anda di bawah undang-undang bagi kerugian atau kerosakan kepada barangan peribadi Tetamu yang berlaku di Premis Perniagaan Anda. Had Indemniti di bawah Fasal ini hendaklah terhad kepada RM1,000 bagi setiap satu tuntutan. Fasal Indemniti kepada Pengarah dan Eksekutif Peserta Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika sebarang tuntutan dibuat terhadap mana-mana Pengarah dan/atau Eksekutif Anda di mana tuntutan seperti itu, sekiranya dibuat terhadap Anda, melayakkan Anda ditanggung rugi di bawah Sijil ini, berasaskan syarat dan tertakluk kepada had Seksyen ini, Kami akan menanggung kerugian Pengarah dan/atau Eksekutif Anda bagi tuntutan tersebut. Dengan syarat bahawa:- (a) Pengarah dan/atau Eksekutif tersebut tidak layak menanggung kerugian di bawah sebarang polisi

insurans atau sijil Takaful lain. (b) Pengendorsan ini tidak berkuat kuasa ke atas atau termasuk liabiliti bagi kecederaan kepada mana-

mana pihak di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan Pengarah dan/atau Eksekutif di mana kecederaan timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan Pengarah dan/atau Eksekutif;

(c) Pengarah dan/atau Eksekutif hendaklah, seolah-olah mereka Peserta, mematuhi dan terikat kepada terma, pengecualian, had dan syarat Seksyen ini setakat yang berkuat kuasa; dan

(d) Pengendorsan ini tidak digunakan untuk meningkatkan liabiliti Kami melebihi jumlah yang menjadi liabiliti Kami jika Seksyen ini tidak dilanjutkan.

Page 47: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

47

Fasal Bidang Kuasa Indemniti yang diberikan di dalam ini tidak berkuat kuasa bagi:-

(a) Pampasan bagi ganti rugi berkenaan dengan keputusan yang tidak dibuat oleh atau diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa sewajarnya di Malaysia; dan

(b) kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi semula daripada mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada anda, yang tidak ditanggung di dan diperolehi semula di Malaysia

Fasal Memuat dan Memunggah Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap liabiliti undang-undang berkenaan dengan kecederaan akibat kemalangan dan / atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda:-

(a) yang timbul daripada dan disebabkan oleh tindakan memuat ke dalam dan memunggah dari sebuah kenderaan jalan raya pacuan mekanikal atau semasa membawa bebanan kepada atau mengambil bebanan daripada kenderaan tersebut.

(b) kesilapan semasa memuat barang oleh Anda atau mana-mana pihak lain yang berkhidmat untuk Anda ke dalam kenderaan jalan raya pacuan mekanikal yang Anda miliki atau sewa.

Fasal Pengubahsuaian dan Pembaikan Kecil Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa pekerja dibenarkan berada di dalam atau di sekitar Premis Perniagaan anda untuk melakukan kerja pengubahsuaian dan pembaikan kecil tanpa menjejaskan syarat Seksyen ini. Fasal Liabiliti Luar Jangka Kenderaan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk meliputi liabiliti anda di bawah undang-undang yang timbul daripada penggunaan semua kenderaan pacuan mekanikal yang tidak dilesenkan untuk kegunaan jalan raya tetapi digunakan sebagai perkakas keperluan dalam urusan biasa Perniagaan Anda Dengan syarat bahawa Kami tidak menanggung kerugian Anda berkenaan dengan:- a) sebarang liabiliti yang dilindungi oleh polisi insurans kenderaan atau sijil Takaful kenderaan yang lebih

khusus. b) sebarang liabiliti di mana insurans atau Takaful perlu dibayar di bawah sebarang undang-undang yang

mentadbir penggunaan kenderaan bermotor. Fasal Kenderaan Tidak Dimiliki Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung rugi Kakitangan sah Anda terhadap liabiliti undang-undang:- 1) yang timbul daripada penggunaan mana-mana kenderaan yang bukan milik Anda tetapi digunakan

untuk Perniagaan Anda. 2) yang timbul daripada mana-mana kenderaan disewa atau dipajak oleh mana-mana Kakitangan Anda

untuk Perniagaan Anda. Dengan syarat dalam segala hal bahawa Kami tidak bertanggungjawab terhadap:-

a) sebarang kerugian atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan; b) kecederaan atau kerosakan Harta Benda yang pada masa berlaku kerugian atau kerosakan

tersebut, terdapat insurans lain atau sijil Takaful yang lebih khusus berkuat kuasa yang melindungi liabiliti tersebut, dan

c) bagi sebarang liabiliti berkaitan, di mana Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan syarat bahawa sijil insurans kenderaan /Takaful kenderaan perlu diambil.

Fasal Kegiatan Lain Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian kegiatan lain Anda dan Perniagaan Anda. Untuk tujuan Fasal ini dalam Seksyen ini:-

Page 48: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

48

1) ‘Perniagaan Anda’ hendaklah termasuk penyediaan dan pengurusan kantin, pertubuhan sosial, sukan dan kebajikan, alat bantuan kecemasan, kebakaran dan perkhidmatan ambulans demi manfaat Kakitangan Anda.

2) “Anda” hendaklah termasuk mana-mana pegawai atau ahli pertubuhan sosial, sukan atau kebajikan, perkhidmatan bantuan kecemasan, bomba dan ambulans sebagai peserta yang melakukan tugasnya dengan syarat pegawai atau ahli tersebut mematuhi, memenuhi atau tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian Seksyen ini setakat ia berkuat kuasa.

Fasal Loji dan Mesin Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi semua Loji dan Mesin yang Anda miliki, sewakan, pajak dan/atau kendalikan, semua perkakas keperluan, lif, kren, tangga bergerak, mesin pengangkat berkuasa dan lif penumpang, tetapi tidak termasuk kenderaan yang perlu dilindungi di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dengan syarat dalam segala hal bahawa Seksyen ini menetapkan syarat bahawa semua lif, tangga atau mesin pengangkat hendaklah diperiksa dari masa ke masa dan disenggarakan pada selang masa tidak kurang daripada tiga (3) bulan oleh jurutera yang berwibawa dan berkelayakan daripada firma yang bereputasi. Fasal Kerja Persendirian bagi Pengarah atau Eksekutif Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda dan mana-mana Pengarah atau Eksekutif Anda yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas persendirian mana-mana Kakitangan Anda oleh Pengarah atau Eksekutif tersebut. Dengan syarat bahawa:- (a) Pengarah dan/atau Eksekutif tersebut tidak layak ditanggung rugi di bawah sebarang polisi insurans

atau sijil Takaful lain. (b) Pengendorsan ini tidak berkuat kuasa ke atas atau termasuk liabiliti bagi kecederaan kepada mana-

mana pihak di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan Pengarah dan/atau Eksekutif di mana kecederaan timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan Pengarah dan/atau Eksekutif;

(c) Pengarah dan/atau Eksekutif hendaklah seolah-olah mereka Peserta mematuhi dan terikat kepada terma, pengecualian, had dan syarat Seksyen ini setakat yang berkuat kuasa; dan

(d) Pengendorsan ini tidak digunakan untuk meningkatkan liabiliti Kami di luar melebihi jumlah yang menjadi liabiliti Kami jika Seksyen ini tidak dilanjutkan.

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-

A. Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Kelab Sukan dan Sosial Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap semua jumlah yang anda tanggung di bawah undang-undang kerana kematian akibat kemalangan, kecederaan atau penyakit atau kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda yang ditakrifkan di dalam ini yang timbul

Page 49: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

49

daripada atau berhubung dengan kegiatan rekreasi, sosial atau kebajikan yang dianjurkan, dikawal selia dan diuruskan oleh Kelab Sukan dan Sosial untuk Kakitangan Anda dan keluarga. Untuk tujuan Fasal ini, perkataan “Anda”, “Peserta”, apabila muncul, termasuk mana-mana anggota Jawatankuasa Penganjur atau Pengurusan bagi aktiviti Rekreasi atau Kebajikan tetapi hanya apabila bertindak mengikut skop tugas mereka. Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Fasal Subkontraktor Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa indemniti yang diberikan oleh Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk merangkumi liabiliti yang disebabkan oleh atau berhubung dengan pengambilan subkontraktor atau pekerja atau ejen subkontraktor tersebut oleh Anda untuk pengubahsuaian atau pembaikan kecil Premis Perniagaan Anda. Dengan syarat dalam segala hal bahawa:-

1) Subkontraktor hendaklah, seolah-olah mereka Peserta, mematuhi dan terikat kepada terma dan syarat dan pengecualian Seksyen ini selagi ia berkuat kuasa.

2) subkontraktor ini tidak berhak menerima indemniti di bawah polisi insurans atau Sijil Takaful lain. Fasal Kunjungan Luar Negara Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda bagi jumlah yang Anda tanggung di bawah undang-undang sebagai pampasan bagi kematian akibat kemalangan, kecederaan kepada mana-mana orang atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda yang disebabkan oleh kecuaian Kakitangan dalam urusan perniagaan di mana-mana tempat di dunia. Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti Kami di bawah fasal ini tidak melebihi had Indemniti yang diberikan di bawah Seksyen ini dan sebarang tuntutan hendaklah tertakluk kepada Fasal Bidang Kuasa yang terkandung dalam Seksyen ini. Dengan Syarat kakitangan tersebut adalah pemastautin di Malaysia.

Page 50: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

50

Fasal Liabiliti Penyewa Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa indemniti yang dinyatakan di dala Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk merangkumi liabiliti Anda di bawah undang-undang sebagai penyewa bagi kerosakan yang disebabkan oleh atau timbul daripada Kebakaran dan Letupan:-

a) kepada mana-mana bangunan atau sebahagian daripadanya yang tidak dimiliki tetapi yang sedang Anda duduki:-

b) kepada kandungan bangunan yang dinyatakan di atas atau sebahagian daripadanya yang tidak dimiliki tetapi di bawah penyeliaan atau kawalan Anda.

Dengan syarat bahawa:

i) lanjutan hendaklah tidak berkuat kuasa bagi kerugian atau kerosakan yang Anda tanggung di bawah perjanjian sewa atau perjanjian lain yang tidak akan ditanggung tanpa perjanjian sedemikian.

ii) Liabiliti kami di bawah undang-undang sebagai baili tidak dimasukkan dalam sebarang keadaan. Jaminan Penyenggaraan Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-

(c) Anda hendaklah menyenggarakan Harta Benda Dilindungi dalam keadaan yang baik menurut jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal.

(d) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.

Penentuan Tarikh II Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

E) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar; 2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau

memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

F) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

G) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang

kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

Page 51: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

51

H) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 52: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

52

Seksyen 8. Liabiliti Majikan

Kami bersetuju bahawa jika seorang Kakitangan mengalami kecederaan badan menerusi kemalangan atau penyakit yang berlaku dalam Tempoh Takaful dan yang timbul dalam urusan pekerjaannya dengan Anda dalam Perniagaan, maka Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap liabiliti di bawah undang-undang, untuk membayar pampasan dan kos kepada orang yang membuat tuntutan dan membayar semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan kebenaran bertulis Kami, sehingga Had Indemniti. Sekiranya berlaku Kematian, Kami juga akan menanggung kerugian wakil peribadi Anda yang sah di sisi undung-undang, bagi liabiliti yang Anda tanggung dengan syarat wakil peribadi tersebut, seolah-olah beliau adalah Peserta, mematuhi, memenuhi dan terikat kepada terma dan syarat Seksyen ini selagi ia berkuat kuasa. Dengan Syarat dalam segala hal bahawa jumlah yang perlu dibayar oleh Kami bagi Pampasan dan semua kos dan perbelanjaan berkenaan mana-mana dan semua tuntutan yang timbul daripada satu kejadian atau siri kejadian yang berpunca daripada atau disebabkan oleh satu sumber atau sebab asal hendaklah tidak melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Seksyen sama dalam Jadual tidak kira bilangan Kakitangan yang mungkin mengalami kecederaan peribadi yang disebabkan oleh atau berlaku kerana sumber atau sebab asal yang sama. Untuk tujuan menentukan jumlah yang perlu Kami bayar bagi satu Tempoh Takaful, dengan ini difahamkan bahawa bagi mana-mana tuntutan di mana kecederaan peribadi berlaku dalam tempoh yang menjangkaui Tempoh Takaful, jumlah pampasan, kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung yang timbul daripada tuntutan tersebut hendaklah tidak terhad kepada lebih daripada bahagian bersekadar jumlah keseluruhan pampasan, kos, perbelanjaan bagi tuntutan dalam Tempoh Takaful (atau sebahagian daripadanya jika berkenaan) berbanding tempoh keseluruhan di mana kecederaan tersebut berlaku. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 8 1. Pelarasan Anggaran Gaji dan Upah

Sumbangan pertama dan semua sumbangan pembaharuan yang mungkin diterima adalah berasaskan jumlah upah dan gaji dan pendapatan lain yang Anda bayar kepada Kakitangan dalam setiap Tempoh Takaful. Nama setiap Kakitangan bersama dengan jumlah upah, gaji dan pendapatan lain hendaklah dicatatkan dengan betul dan Anda hendaklah, jika perlu, membenarkan Kami menyemak rekod tersebut dan memberi Kami rekod akaun tepat upah, gaji atau pendapatan lain yang dibayar pada mana-mana Tempoh Takaful. Jika jumlah yang dibayar berbeza daripada jumlah di mana pembayaran Sumbangan telah dibuat, perbezaan Sumbangan hendaklah dipenuhi dengan bayaran bersekadar selanjutnya kepada Kami atau menerusi pembayaran balik oleh Kami, mengikut keadaan.

2. Kami atau wakil yang Kami lantik hendaklah berhak membayar Anda pada bila-bila masa Had Indemniti seperti yang dinyatakan dalam Jadual atau sebarang jumlah lebih kecil di mana tuntutan boleh dijelaskan dengan bayaran tersebut. Kami akan melepaskan kendalian dan kawalan dan tidak lagi menanggung liabiliti selanjutnya berhubung dengan tuntutan sedemikian kecuali bagi kos dan perbelanjaan yang boleh diperolehi kembali daripada Anda dan yang ditanggung dengan kelulusan bertulis Kami berkenaan dengan pelaksanaan tuntutan sebelum tarikh pembayaran tersebut.

Pengecualian bagi Seksyen 8 Kami tidak bertanggungjawab menanggung kerugian Anda bagi:-

(a) liabiliti Anda kepada kakitangan kontraktor anda (b) sebarang liabiliti yang ditanggung kerana sesuatu perjanjian, yang tidak akan ditanggung tanpa

perjanjian sedemikian; (c) sebarang jumlah yang berhak Anda perolehi daripada mana-mana pihak melainkan terdapat

perjanjian antara Anda dan pihak tersebut; (d) sebarang kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang dialami di luar Had Wilayah seperti

yang dinyatakan dalam Jadual. (e) sebarang liabiliti di mana Anda perlu membayar pampasan kepada Kakitangan atau wakilnya yang

sah di sisi undang-undang atau orang di bawah tanggungan Kakitangan di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja, atau

(f) sebarang bayaran lewat, surcaj, denda, penalti atau pampasan punitif, tambahan atau teladan yang menjadi tanggungjawab anda di bawah undang-undang

Page 53: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

53

Fasal Kakitangan kepada Kakitangan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika mana-mana Kakitangan Anda mengalami kecederaan badan menerusi kemalangan atau penyakit yang disebabkan oleh dan timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan dengan Anda dalam Perniagaan di dalam Tempoh Takaful, maka Kami akan, atas permintaan Anda, membayar ganti rugi kepada mana-mana kakitangan Anda yang lain terhadap sebarang liabiliti yang mereka tanggung di bawah undang-undang untuk membayar pampasan dan kos dan belanja pihak yang membuat tuntutan berkaitan kecederaan tersebut dan seterusnya membayar semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan kebenaran bertulis Kami. Dengan syarat bahawa semua Kakitangan yang membuat tuntutan ganti rugi, hendaklah seolah-olah mereka Peserta, mematuhi, memenuhi dan tertakluk kepada terma dan syarat sama Seksyen ini, setakat yang berkuat kuasa. Fasal Bidang Kuasa Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar:

(a) Pampasan bagi ganti rugi berkenaan dengan keputusan yang tidak dibuat oleh atau diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa sewajarnya di Malaysia; dan

(b) kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi semula daripada mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada anda, yang tidak ditanggung di dan diperolehi semula di Malaysia

Jaminan Penyenggaraan Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-

(a) Anda hendaklah menyenggarakan Harta Benda Dilindungi dalam keadaan yang baik menurut jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal.

(b) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.

Page 54: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

54

Seksyen 9. Jaminan Kesetiaan

Kami akan menanggung kerugian Anda (Majikan) bagi sebarang kerugian kewangan langsung tidak melebihi Jumlah Jaminan / Jumlah Keseluruhan yang Anda alami disebabkan sebarang perbuatan menipu atau tidak jujur yang dilakukan oleh mana-mana Kakitangan Anda: (a) dalam Tempoh Takaful; (b) semasa Kakitangan tersebut berkhidmat secara terus-menerus tanpa berhenti; dan (c) berhubung dengan pekerjaannya dan disedari dalam Tempoh Takaful atau dalam tempoh dua belas

bulan (12) selepas itu atau dalam tempoh (12) bulan selepas tamat tempoh pekerjaan, yang mana berlaku terlebih dahulu.

Definisi “Jumlah Jaminan / Jumlah Agregat” hendaklah bermakna jumlah yang disediakan dalam Seksyen 9 Jadual. “Kakitangan” untuk tujuan indemniti yang disediakan di bawah Seksyen ini sahaja, seorang kakitangan ditakrifkan selanjutnya sebagai mana-mana orang yang biasanya pemastautin di dalam Had Wilayah Seksyen ini, yang mana Anda berhak pada setiap masa untuk mentadbir dan mengawal dan mengarahkan pelaksanaan kerjanya dalam Perniagaan Anda dan yang dihuraikan dalam Seksyen ini dalam Jadual berasaskan nama, kategori atau jawatan kakitangan tetapi dengan ini difahamkan dan dipersetujui secara khusus bahawa orang tersebut diberi imbuhan menerusi komisen yang dikecualikan secara khusus daripada perlindungan yang disediakan oleh Seksyen ini. “Perbuatan Menipu atau Tidak Jujur” hendaklah bermakna sebarang perbuatan menipu atau tidak jujur yang dilakukan oleh Kakitangan dengan niat secara jelas untuk mendapatkan keuntungan kewangan dengan cara yang salah untuk dirinya atau untuk orang atau organisasi lain yang dikehendaki oleh Kakitangan untuk menerima keuntungan tersebut. “Satu Tuntutan” hendaklah bermakna semua tuntutan atau siri tuntutan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan satu sumber atau sebab asal. Syarat yang dikenakan ke atas Sekysen 9 1. Jika Seksyen ini terus berkuat kuasa untuk lebih daripada satu Tempoh Takaful atau jika mana-mana

liabiliti wujud di pihak Kami di bawah Seksyen ini atau di bawah mana-mana Seksyen lain berkaitan dengan penipuan atau ketidakjujuran Kakitangan, liabiliti Kami di dalam ini hendaklah tidak dikumpulkan atau ditambah dengannya. Jumlah liabiliti Kami bagi mana-mana satu Tempoh Takaful dan untuk sebarang penipuan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh Kakitangan hendaklah tidak melebihi Jumlah Jaminan / Jumlah Keseluruhan di bawah mana-mana Seksyen tersebut di atas, yang mana lebih besar.

2. Anda hendaklah:-

(a) pada setiap masa mematuhi sistem pemeriksaan yang diperakui dalam borang cadangan dan sebarang perubahan kepada Sistem Pemeriksaan yang telah dinasihatkan kepada dan diterima oleh Kami;

(b) memaklumkan Kami serta-merta tentang sebarang perubahan ketara dalam jenis Perniagaan anda;

(c) tidak terus mengamanahkan sebarang wang atau barangan kepada Kakitangan selepas mengetahui fakta penting yang menimbulkan keraguan tentang kejujuran Kakitangan;

(d) menjalankan penyiasatan dalaman penuh terhadap Kakitangan yang melakukan penipuan atau

tidak jujur dan memberi Kami salinan semua transkrip, dokumen dan rakaman penyiasatan dalaman tersebut;

(e) mengambil tindakan tatatertib jenayah yang berkenaan terhadap Kakitangan yang melakukan Perbuatan Menipu dan Tidak Jujur tersebut; dan

(f) sama ada liabiliti Kami di dalam ini telah ditentukan atau tidak, memberikan segala bantuan yang

sewajarnya untuk membolehkan Kami mendapatkan menerusi tindakan undang-undang atau selainnya bayaran ganti bagi sebarang kerugian oleh Kakitangan atau menerusi harta pusaka Kakitangan atau mendapatkan ganti rugi daripada sebarang sumber lain;

Page 55: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

55

Nilai berikut hendaklah ditolak daripada jumlah yang perlu dibayar sebagai Indemniti di bawah Seksyen ini:-

(i) sebarang wang daripada Kakitangan dalam pegangan Anda; (ii) sebarang wang, yang jika bukan disebabkan ketidakjujuran Kakitangan, akan perlu Anda

bayar kepada Kakitangan tersebut. Kami dan Anda hendaklah berkongsi sebarang wang lain yang diperolehi kembali bagi sebarang kerugian yang ditanggung mengikut kadar yang ditanggung oleh setiap pihak berbanding jumlah keseluruhan kerugian. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 9. Kami tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang bayaran di bawah ini:-

a) jika jenis perniagaan Anda telah berubah dengan ketara b) jika langkah berjaga-jaga dan pemeriksaan bagi menjamin ketepatan akaun yang disebutkan dalam

Borang Cadangan atau sebarang maklumat atau surat-menyurat yang berkaitan dengannya tidak dipatuhi sebahagian besarnya.

c) bagi kehilangan kepentingan atau sebarang bentuk kerugian turutan d) bagi kesilapan dalam catatan buku atau kerugian yang ditemui semasa pengiraan stok melainkan

Anda mengenal pasti pelakunya; e) untuk pengintipan, peras ugut, ugutan, libel dan risiko seumpamanya.

Fasal Yuran Akauntan / Juruaudit Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa sebarang butiran atau maklumat yang terkandung di alam buku akaun atau buku perniagaan atau dokumen lain yang mungkin Kami perlukan untuk tujuan menyiasat atau mengesahkan sebarang tuntutan di dalam ini boleh dihasilkan dan disahkan oleh juruaudit (luar) atau akauntan Kami dan pengesahan mereka hendaklah merupakan bukti prima facie tentang butiran dan maklumat yang berkaitan dengan pengesahan tersebut. Jumlah yang boleh Anda perolehi semula di bawah Seksyen ini terhad kepada caj yang sewajarnya yang perlu dibayar bagi mereka untuk menghasilkan dan mengesahkan butiran atau maklumat tersebut. Fasal Penambahan / Pengurangan Automatik Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa:-

a) sesiapa yang Anda ambil selepas tarikh bermulanya perlindungan Takaful hendaklah dilindungi secara automatik dari hari pertama pekerjaan, dan

b) Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami dalam masa seminggu dari bulan berikutnya tentang sebarang penambahan atau pengurangan Kakitangan dan berjanji untuk membayar Kami Sumbangan Tambahan atau menerima pemulangan wang daripada Kami, yang mana berkenaan.

Penentuan Tarikh II Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau

memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

Page 56: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

56

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau

pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan

penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian

turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Page 57: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

57

Seksyen 10. Kaca Keping

Kami bersetuju bahawa jika dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual, mana-mana Kaca Keping di Premis anda pecah disebabkan retakan yang meliputi seluruh ketebalan kaca disebabkan oleh kemalangan atau kecelakaan yang tidak dikecualikan di bawah ini, Kami akan:- (a) menggantikan Kaca Keping yang pecah dengan kaca berkualiti yang sama atau atas pilihan Kami

membayar Anda nilai sebenar Kaca Keping yang pecah pada harga semasa pada tarikh pecah ditolak sebarang nilai salvaj; dan

(b) membayar kos yang sewajarnya bagi sebarang pemasangan papan sementara, sambil menunggu

penggantian kaca yang pecah. Dengan syarat liabiliti Kami secara keseluruhannya hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang ditunjukkan dalam Jadual Seksyen bagi mana-mana Tempoh Takaful. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- “Kaca Keping” hendaklah dianggap kaca dengan kualiti pemasangan lazim dan biasa termasuk percetakan timbul, penyaduran perak dan penulisan huruf tetapi tidak termasuk kerja melentur atau menghias melainkan dinyatakan secara khusus. Pengecualian bagi Seksyen 10 Kami tidak bertanggungjawab terhadap:- 1. Pecah yang disebabkan atau boleh dikesan kepada:

(a) perhiasan semula, pembaikan atau pembinaan atau perubahan struktur sebarang Premis Perniagaan;

(b) pengubahsuaian dan pembuangan mana-mana Kaca Keping; (c) pemendapan atau pengembangan atau penguncupan Kaca Keping atau bingkai atau lekapan

kerana keadaan cuaca. 2. Tuntutan berkaitan dengan:

(a) kerosakan kepada bingkai tingkap atau lekapan lain (b) kos membuang atau memasang semula lekapan tingkap atau sebarang halangan untuk

menggantikannya; (c) Kaca Keping yang pada permulaan perlindungan, pecah dan rosak dan tidak digantikan selepas itu. (d) kerosakan kepada kaca yang tidak dipasang atau membentuk sebahagian daripada Stok Dagangan

atau barangan; (e) perhiasan antik atau objek kaca mudah alih (f) kerosakan atau kecederaan disebabkan oleh Kaca Keping yang pecah (g) kerugian kerana gangguan perniagaan yang didakwa disebabkan kelewatan menggantikan Kaca

Keping. 3. Sebarang kesan kebakaran atau letupan Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 10 Fasal Penetapan Semula Automatik Jumlah Dilindungi Sebagai pertimbangan kepada Anda yang berjanji untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar yang dipersetujui, dengan ini dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian, liputan di bawah ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi Jumlah Dilindungi penuh seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Fasal Pembuangan Serpihan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa indemniti di bawah Seksyen ini termasuk kos dan perbelanjaan yang perlu Anda tanggung dengan persetujuan Kami untuk membuang serpihan bagi bahagian Harta Benda yang dilindungi oleh Seksyen ini, yang musnah atau rosak akibat sebarang bahaya yang dilindungi.

Page 58: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

58

Jumlah perlu dibayar bagi kos dan belanja sedemikian hendaklah tidak melebihi 10% daripada Jumlah Dilindungi bagi setiap item. Kami tidak akan membayar kos atau belanja:-

(i) yang ditanggung untuk membuang serpihan kecuali dari tapak harta benda yang musnah atau rosak dan kawasan betul-betul bersebelahan dengan tapak tersebut; dan

(ii) yang timbul daripada pencemaran atau kontaminasi harta benda yang tidak dilindungi oleh Seksyen ini.

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal. Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-

A. Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan,

julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Page 59: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

59

Seksyen 11. Kemalangan Peribadi Kumpulan

Kami bersetuju bahawa jika mana-mana Orang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami kecederaan badan yang disebabkan oleh Kemalangan, dan kematian atau kecederaan badan tersebut berlaku dalam Tempoh Takaful, Kami akan membayar kepada Anda Jumlah Dilindungi atau peratus Jumlah Dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat, menurut skala manfaat yang diperuntukkan kepada Orang Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual dan penerimaan daripada Anda dalam segala hal hendaklah mewakili pelepasan efektif untuk kami. Definisi Untuk tujuan Seksyen ini:- “Kemalangan, Akibat Kemalangan” bermakna sesuatu kejadian tidak diduga dan tidak dijangka yang berlaku secara luaran, malang, dan ketara, yang secara berasingan daripada sebarang sebab lain, menjadi satu-satunya punca langsung kematian atau kecederaan badan (di mana kecederaan badan adalah tidak termasuk penyakit atau kesakitan atau sebarang keadaan yang berlaku secara semula jadi atau proses degeneratif atau berpunca daripada sebarang kejadian beransur). “Perbelanjaan perubatan” hendaklah bermakna kos pembedahan perubatan atau sebarang rawatan atau peralatan pemulihan yang disediakan atau diberi menerusi preskripsi oleh anggota profesion perubatan berdaftar dan semua yuran hospital, rumah penjagaan termasuk caj ambulans, yang ditanggung oleh Orang Dilindungi disebabkan kecederaan badan yang dialami. “Pengamal Perubatan Berdaftar” hendaklah bermakna orang yang layak untuk mengamalkan perubatan barat dan yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia untuk mengamalkan perubatan mengikut skop yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tersebut dan berasaskan latihannya, tetapi tidak termasuk anda, pasangan anda dan saudara mara terdekat anda. “Pekerjaan / Profesion” hendaklah bermakna pekerjaan sepenuh masa atau sambilan Orang Dilindungi dan apa-apa kerja untuk imbuhan atau keuntungan yang mampu dilakukan Orang Dilindungi berasaskan ilmu pengetahuan dan/atau latihannya. “Orang Dilindungi” bermakna Kakitangan Anda dengan had usia ditetapkan yang dinyatakan dalam Syarat 4 Seksyen ini yang telah diperakui untuk perlindungan di bawah Seksyen ini dan seperti yang dinyatakan dalam Jadual. A Kematian yang berlaku dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh Kemalangan B Kehilangan Upaya Penuh Kekal yang berlaku dalam masa dua belas bulan (12) kalendar dari tarikh

Kemalangan. Peratus manfaat ditunjukkan dalam Skala Peratus Jumlah Dilindungi di bawah Jadual Manfaat.

C1 Kehilangan Upaya Penuh Sementara yang menghalang seseorang buat sementara waktu daripada terlibat dalam atau memberi perhatian kepada Profesion atau Pekerjaan Orang Dilindungi. Pampasan bagi kehilangan upaya sedemikian adalah pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual.

C2 Kehilangan Upaya Sebahagian Sementara yang menghalang seseorang buat sementara waktu daripada terlibat dalam atau memberi perhatian kepada Profesion atau Pekerjaan Orang Dilindungi. Pampasan bagi kehilangan upaya tersebut adalah pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual.

D Rawatan Perubatan dan Pembedahan bagi kecederaan badan bagi mana-mana satu Kejadian. Jadual Manfaat

Peratus Jumlah Dilindungi

1. Kematian akibat Kemalangan 100% 2. Kehilangan Upaya Penuh Kekal (Manfaat B)

a) Kehilangan dua atau lebih anggota badan b) Kehilangan satu anggota badan c) Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga d) Kehilangan pendengaran sebelah telinga e) Kehilangan upaya bertutur f) Kehilangan satu jari selain daripada ibu jari, jari telunjuk atau jari

hantu g) Kehilangan jari hantu h) Kehilangan jari telunjuk i) Kehilangan ibu jari j) Kehilangan dua jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu jari

100% 50% 75% 25% 50% 7% 10% 10% 15%

Page 60: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

60

k) Kehilangan dua jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari l) Kehilangan tiga jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu jari m) Kehilangan tiga jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari n) Kehilangan empat jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu

jari o) Kehilangan empat jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari p) Kehilangan lima jari dari sebelah tangan q) Kehilangan satu jari kaki, selain ibu jari r) Kehilangan ibu jari kaki s) Kehilangan dua jari pada sebelah kaki, tidak termasuk ibu jari t) Kehilangan dua jari pada sebelah kaki, termasuk ibu jari u) Kehilangan tiga jari kaki, tidak termasuk ibu jari v) Kehilangan tiga jari kaki, termasuk ibu jari w) Kehilangan empat jari kaki, tidak termasuk ibu jari x) Kehilangan empat jari kaki, termasuk ibu jari y) Kehilangan lima jari pada sebelah kaki

20% 25% 27% 32% 35% 40% 50% 3% 10% 5% 13% 8% 15% 10% 20% 25%

PERUNTUKAN bagi Jadual Manfaat 1. Pampasan berkenaan dengan di atas hendaklah dibayar hanya apabila seluruh kecederaan yang

dialami dibuktikan kepada Kami secara memuaskan. 2. Jika jenis kecederaan tidak dinyatakan dalam Jadual Manfaat, kami berhak untuk mengguna pakai

sebahagian daripada kehilangan upaya, yang pada pendapat kami adalah selaras dengan skala di atas. 3. Kematian & Kehilangan Upaya

(a) Kehilangan Penuh Kekal penggunaan anggota badan hendaklah dianggap sebagai kehilangan anggota badan

(b) Kehilangan upaya bertutur hendaklah bermakna hilang upaya penuh dan kekal untuk berkomunikasi secara lisan.

(c) Kehilangan satu anggota badan bermakna: (i) kehilangan penuh dan tidak boleh dipulihkan seluruh penglihatan pada sebelah mata; atau (ii) kehilangan penggunaan penuh dan tidak boleh dipulihkan menerusi pemotongan satu anggota

badan pada atau di atas paras pergelangan tangan atau buku lali. (d) Kehilangan dua anggota badan bermakna:

(i) kehilangan penuh dan tidak boleh pulih seluruh penglihatan pada kedua-dua belah mata; atau (ii) kehilangan penuh dan kekal penggunaan atau menerusi pemotongan dua atau lebih anggota

badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau (iii) kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh dipulihkan pada sebelah mata dan kehilangan

penggunaan menerusi pemotongan satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

(e) Kehilangan jari/ibu jari bermakna kehilangan penuh dan tidak boleh dipulihkan penggunaan atau putus mana-mana jari / ibu jari pada mana-mana tangan pada atau di atas sendi metakarpofalanks; dan

(f) Kehilangan ibu jari bermakna kehilangan penggunaan penuh dan tidak boleh dipulihkan mana-mana ibu jari pada salah satu kaki pada atau di atas sendi metakarpofalanks

4. Kehilangan Upaya Penuh dan Sementara

(a) Pampasan di bawah manfaat (C1) dan (C2) hanya boleh dibayar jika Kecederaan Badan tersebut adalah dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh kemalangan, secara keseluruhan dan berterusan menghalang dan mencegah Orang Dilindungi daripada menjalankan Pekerjaannya.

(b) Kehilangan Upaya Penuh Sementara hendaklah bermakna Orang Dilindungi hilang upaya sepenuhnya untuk melakukan mana-mana Profesion atau Pekerjaan biasanya.

Page 61: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

61

(c) Kehilangan Upaya Sebahagian Sementara hendaklah bermakna Orang Dilindungi mampu

melakukan sebahagian daripada Profesion atau Pekerjaannya

(d) Pampasan di bawah manfaat (C1) dan (C2) sama ada secara berasingan atau bersama tidak akan dibayar kepada mana-mana Orang Dilindungi untuk tempoh lebih lama daripada seratus empat (104) Minggu bagi mana-mana satu kecederaan yang dikira dari Tarikh Orang Dilindungi mula-mula diperiksa oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.

5. Rawatan Perubatan & Pembedahan

Pampasan di bawah manfaat (D) hendaklah dibayar hanya jika rawatan perubatan atau pembedahan tersebut diberikan kepada Orang Dilindungi oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dalam masa dua tahun selepas tarikh kemalangan dan dengan syarat perbelanjaan pertama ditanggung dalam masa dua puluh enam (26) Minggu selepas tarikh kemalangan.

6. Jumlah semua peratus yang perlu dibayar bagi mana-mana satu kemalangan kepada mana-mana

Orang Dilindungi hendaklah tidak melebih 100%. Sekiranya jumlah 100% manfaat telah dibayar, semua liputan Takaful di dalam ini hendaklah serta-merta tidak lagi berkuat kuasa bagi Orang Dilindungi tersebut.

Semua kehilangan lain kurang daripada 100%, yang telah dibayar hendaklah mengurangkan perlindungan di bawah Manfaat (A) dan (B) dengan jumlah yang sama dari tarikh Kemalangan sehinggalah tamat perlindungan ini.

7. Jumlah Had Indemniti

Melainkan dinyatakan sebaliknya dan diendors padanya, pampasan yang perlu dibayar bagi Kematian atau Kehilangan Upaya yang berlaku semasa beberapa Orang Dilindungi yang Anda ketahui menaiki kenderaan yang sama, hendaklah terhad kepada jumlah maksimum RM5,000,000. Sekiranya tuntutan keseluruhan melebihi jumlah tersebut, Kami akan menjelaskan tuntutan Orang Dilindungi tersebut secara bersekadar.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 11 1. Semua maklumat dan bukti yang Kami perlukan hendaklah diberikan atas perbelanjaan Anda dan

hendaklah dalam bentuk dan jenis yang akan Kami tetapkan. Orang Dilindungi hendaklah menjalani Pemeriksaan Perubatan sekerap yang diperlukan, seperti yang Kami kehendaki, atas perbelanjaan Anda sendiri bagi sebarang kecederaan badan yang didakwa. Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, Kami berhak untuk menjalankan pemeriksaan post mortem atas perbelanjaan Kami sendiri. Orang Dilindungi hendaklah sejurus selepas mengalami apa-apa kecederaan, mendapatkan dan mengikut nasihat Pengamal Perubatan Berdaftar dan Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan yang timbul disebabkan kegagalan Orang Dilindungi untuk mendapatkan atau mematuhi nasihat dan menggunakan peralatan atau rawatan yang diberikan.

2. Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang sebarang perubahan alamat atau

Perniagaan atau Pekerjaan atau Profesion Anda atau Pekerjaan Orang Dilindungi atau jika Anda mengambil sebarang perlindungan Insurans / Takaful Kemalangan bagi Orang Dilindungi yang diliputi oleh Seksyen ini dan dengan memberikan Sumbangan bagi pembaharuan Sijil ini, hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang sebarang penyakit, kesakitan, kecacatan fizikal atau kelemahan penting yang dialami oleh Orang Dilindungi yang Anda sedari atau disedari Orang Dilindungi sejak pembayaran Sumbangan yang sebelumnya.

3. Sepanjang tempoh perkhidmatan Orang Dilindungi bekerja untuk Anda, Anda hendaklah mengambil

langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mencegah kemalangan dan mematuhi semua kewajipan berkanun berkaitan dengan pekerjaan tersebut.

4. Dengan ini dipersetujui bahawa Orang Dilindungi adalah berusia antara 16 dan 65 tahun (melainkan

dinyatakan khusus secara bertulis oleh Kami) pada tarikh penyertaan dalam perlindungan Takaful ini dan mereka bebas daripada kecacatan fizikal. Ini juga berkuatkuasa pada tarikh setiap pembaharuan Takaful.

5. Dalam kes kecederaan badan yang berkaitan Seksyen ini, Orang Dilindungi hendaklah mendapatkan

dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan dengan secepat mungkin. 6. Sekiranya Manfaat ditetapkan berasaskan sebahagian daripada gaji atau upah tahunan:-

Page 62: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

62

(a) dengan ini dipersetujui bahawa bilangan Kakitangan (dinyatakan sebagai Orang Dilindungi dalam Jadual) dan Keterangan Perniagaan atau Pekerjaan dalam Jadual, termasuk perniagaan dan pekerjaan semua kakitangan yang bekerja untuk Anda (kecuali seperti yang dinyatakan selainnya atau dipersetujui oleh Kami) dan bilangan Kakitangan yang diambil dalam setiap perniagaan atau pekerjaan khusus pada tarikh permulaan Seksyen ini dan Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang apa-apa perubahan maklumat ini tanpa sebarang kelewatan yang tidak sepatutnya.

(b) Pelarasan Upah dan Gaji Anggaran

Sumbangan pertama dan semua Sumbangan pembaharuan yang mungkin diterima akan dikawal oleh jumlah upah dan gaji dan pendapatan lain yang Anda bayar kepada Kakitangan dalam setiap Tempoh Takaful. Nama setiap Kakitangan bersama dengan jumlah upah, gaji dan pendapatan lain hendaklah dicatatkan dengan sewajarnya dan Anda hendaklah, jika perlu, membenarkan Kami untuk menyemak rekod tersebut dan memberi Kami jumlah sebenar upah, gaji atau pendapatan sedemikian yang dibayar dalam mana-mana Tempoh Takaful. Jika jumlah yang dibayar berbeza daripada jumlah Sumbangan yang dibayar, perbezaan Sumbangan hendaklah dijelaskan dengan bayaran tambahan yang bersekadar kepada Kami atau menerusi bayaran balik daripada Kami, yang mana berkenaan.

Pengecualian bagi Seksyen 11 Kami tidak bertanggungjawab terhadap:- 1. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain yang disebabkan secara langsung atau

tidak langsung oleh:-

(a) Tidak siuman, bunuh diri atau sebarang percubaan melakukannya, kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya;

(b) Kecacatan atau ketidakupayaan fizikal dan mental yang sedia wujud; (c) Penyakit kelamin, jangkitan atau parasit. (d) Mabuk disebabkan alkohol atau ubat melainkan diberikan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar; (e) Melahirkan anak, keguguran, kehamilan atau sebarang kerumitan daripadanya; (f) Pembunuhan atau serangan yang dibangkitkan

2. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain yang dialami oleh Orang Dilindungi:

(a) semasa menaiki pesawat sebagai anak kapal, kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat yang dilesenkan untuk perkhidmatan penumpang;

(b) semasa berusaha atau cuba melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang; atau sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam kegiatan haram;

(c) semasa berkhidmat untuk tentera laut, darat, udara, pasukan polis, jabatan perkhidmatan bomba atau sebarang operasi angkatan tentera atau apa-apa pekerjaan tentera.

3. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian turutan lain yang disebabkan oleh Orang

Dilindungi terlibat dalam kegiatan payung terjun, luncur udara, terjun base, lompat bungee, meneroka gua, memburu, mendaki gunung, hoki ais, bermain polo, lumba berhalangan, sukan air, luncur air, kegiatan bawah air membabitkan penggunaan alat pernafasan atau perlumbaan dalam apa jua bentuk (selain daripada menggunakan kaki), seni mempertahankan diri, tinju, gusti dan menyertai sebarang acara sukan secara profesional.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 11 Fasal Penambahan dan Pengurangan Automatik (Perakuan Bulanan) Dengan ini dipersetujui dan difahamkan bahawa: 1. Mana-mana Orang yang Anda ambil selepas tarikh permulaan Seksyen ini hendaklah dilindungi secara

automatik dari hari pertama pekerjaan, bagi Manfaat yang diliputi untuk Kematian, Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain atau sebarang manfaat lain yang ditakrifkan menurut Skala yang Anda ikuti dan Kami persetujui pada tarikh permulaan Seksyen ini;

2. Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami dalam masa Minggu pertama bulan berikutnya

tentang sebarang penambahan atau pengurangan Orang Dilindungi dalam Jadual dalam sesuatu bulan dan membayar Sumbangan tambahan yang mungkin diperlukan oleh Kami atau menerima pemulangan wang daripada Kami, yang mana berkenaan.

Page 63: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

63

Fasal Manfaat Koma Sekiranya kecederaan akibat Kemalangan yang dialami oleh Orang Dilindungi menyebabkan Orang Dilindungi tidak sedar diri secara berterusan, Kami akan membayar sehingga RM400 bagi setiap minggu penuh beliau tidak sedar diri secara berterusan. Manfaat di bawah Fasal ini hendaklah dibayar: a) apabila Orang Dilindungi adalah di bawah jagaan dan perhatian tetap Doktor; b) dari hari kelapan (8) Orang Dilindungi mengalami keadaan tidak sedar diri berterusan, sehingga

tempoh tidak melebihi lima puluh dua (52) minggu, yang disebabkan oleh kecederaan badan yang berlaku akibat mana-mana satu Kemalangan.

Fasal Kehilangan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika jasad Orang Dilindungi tidak ditemui dalam masa 365 hari selepas tarikh kehilangan, pendaratan paksa, terkandas, tenggelam atau kemusnahan pengangkutan umum yang membawa Orang Dilindungi sebagai penumpang yang membayar tambang, Orang Dilindungi hendaklah dianggap meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat Kemalangan pada tarikh kejadian yang disebut di atas. Dengan syarat bahawa jika Orang Dilindungi seterusnya didapati masih hidup, jumlah manfaat yang dibayar hendaklah dipulangkan serta-merta kepada Kami. Fasal Pertikaian Jumlah Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa bagi sebarang perbezaan pendapat yang timbul tentang jumlah pampasan bagi Manfaat Kehilangan Upaya Kekal atau Manfaat Mingguan (jika dilindungi), keputusan yang dibuat oleh panel doktor Kami hendaklah diguna pakai dan dianggap muktamad. Fasal Lemas, Sedutan Gas dan Keracunan Makanan Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk meliputi kematian atau kecederaan badan yang dialami akibat lemas, tersedut gas dan keracunan makanan. Fasal Pendedahan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika disebabkan Kemalangan, Orang Dilindungi terdedah kepada keadaan cuaca yang teruk dan malang atau berpanjangan dan disebabkan oleh pendedahan tersebut, meninggal dunia atau mengalami kecederaan badan, kematian atau kecederaan tersebut hendaklah dilindungi di dalam ini. Fasal Banjir, Ribut Angin dan Gempa Bumi Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk meliputi Kematian atau kecederaan badan yang ditakrifkan di dalam ini akibat banjir, hurikan, siklon, ribut angin, gempa bumi, ledakan gunung berapi dan gegaran alam lain. Fasal Belanja Pengebumian Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa kami akan membayar sehingga RM2,000 bagi belanja pengebumian sekiranya Orang Dilindungi Meninggal Dunia Akibat Kemalangan. Fasal Gigitan Serangga atau Ular dan Serangan Binatang Berbahaya Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi perbelanjaan munasabah yang ditanggung untuk merawat luka kerana gigitan serangga atau ular atau gigitan / serangan binatang yang berbahaya (tidak termasuk penyakit yang timbul daripadanya). Fasal Rampasan Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa istilah “kecederaan badan” hendaklah dianggap termasuk kecederaan yang disebabkan oleh rampasan atau sebarang percubaan melakukannya dan pendedahan yang berlaku kerananya. Perlindungan yang dirujuk di atas hendaklah diteruskan selagi Orang Dilindungi berada di bawah kawalan orang yang melakukan rampasan dan semasa perjalanan ke destinasi mastautin dan/atau asalnya untuk tempoh tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh rampasan.

Page 64: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

64

Untuk tujuan Fasal ini, Rampasan hendaklah bermakna rampasan yang menyalahi undang-undang atau pengambilalihan / kawalan yang menyalahi undang-undang ke atas pesawat atau pengangkutan anak kapal. Fasal Penghantaran Pulang Jenazah Apabila kematian akibat kemalangan berlaku di luar Malaysia, Kami akan membayar sehingga RM5,000 bagi mana-mana satu kemalangan untuk kos sewajarnya untuk mengangkut jenazah atau abu Orang Dilindungi kembali ke Malaysia Fasal Perbelanjaan Latihan Semula Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa, Kami akan membayar untuk perbelanjaan sewajarnya yang ditanggung untuk melatih semua Orang Dilindungi untuk pekerjaan alternatif sekiranya tuntutan dibayar bagi Kehilangan Upaya Penuh Kekal sehingga maksimum RM4,000 dalam Tempoh Takaful. Manfaat akan dibayar tertakluk kepada syarat berikut:

i) Manfaat Kehilangan Upaya Penuh Kekal mesti dibayar sebelum Orang Dilindungi layak menerima manfaat ini;

ii) Manfaat ini hanya berkenaan bagi Orang Dilindungi yang berusia di bawah 60 tahun pada tarikh kemalangan yang menimbulkan Kecederaan Badan.

Fasal Kos Kaunseling Profesional Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika Orang Dilindungi selepas menderita akibat kemalangan, mengalami tekanan emosi yang memerlukan kaunseling profesional selepas menderita akibat kemalangan yang layak menerima bayaran di bawah Kejadian Dilindungi, Kami akan membayar kos bagi kaunseling tersebut sehingga RM500 secara keseluruhan bagi mana-mana satu tuntutan. Manfaat perlu dibayar hanya jika kaunseling profesional disyorkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan atas persetujuan Kami. Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:- 1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan

ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut;

2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:- (a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama

ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; (b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan

tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau (c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Page 65: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) file2 Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat

65