hsbc amanah takaful (malaysia) sdn · (d) menyediakan perkhidmatan kejururawatan sepenuh masa dan...

23
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 731530-M) SIJIL HSBC TravelSafe Sila baca Sijil ini dengan teliti

Upload: dominh

Post on 30-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 731530-M)

SIJIL

HSBC TravelSafe

Sila baca Sijil ini dengan teliti

2

Pelan Takaful Am berkelompok ini diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat persaudaraan dan setia kawan di mana peserta

seperti anda bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan mengikut keperluan yang

ditentukan. Dengan matlamat ini, sebahagian daripada sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Dana

Risiko Am atas dasar Tabarru’ (derma).

Pelan Takaful Am berkelompok ini diuruskan berlandaskan prinsip Syariah berasaskan panduan

Jawatankuasa Syariah kami.

Sebagai pertimbangan kerana penyertaan dan sumbangan anda, kami akan menguruskan pelan Takaful Am

berkelompok ini berasaskan terma, syarat dan manfaat seperti yang tertera dalam Sijil ini. Tiada perubahan

atau pertukaran kepada syarat Sijil ini akan berkuatkuasa melainkan dilaksanakan menerusi pengendorsan

yang kami keluarkan. Hubungan kami ditadbir menurut Sijil ini dan Wakalah (perwakilan).

Sijil yang dilampirkan menyatakan syarat pelan ini secara sepenuhnya. Sila baca dengan teliti untuk

memastikan ia memenuhi keperluan anda.

Untuk dan bagi pihak

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif

3

Jadual Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

Penyata Maklumat Sijil 4

Dana 5

Peruntukan Am

- Had Geografi

- Had Usia

6

Bahagian 1: Definisi 6

Bahagian 2: Perlindungan 9

Bahagian 3: Pengecualian Am 18

Bahagian 4: Syarat Am Sijil 19

Bahagian 5: Penambahan 21

Bahagian 6: Penamatan 22

Bahagian 7: Lanjutan Automatik 22

4

1. Sijil ini dikeluarkan oleh Pengendali Takaful kepada HSBC Bank Malaysia Berhad (“Pemegang Sijil

Induk”). Perlindungan diberikan kepada anda sebagai Peserta di bawah pelan Takaful Am berkelompok dan rujukan kepada hak anda sebagai Peserta dalam Sijil ini hendaklah terhad kepada hak khusus anda untuk perlindungan yang diberikan kepada anda.

2. Anda boleh menamakan seseorang untuk menerima manfaat yang perlu dibayar kepada anda di bawah Sijil

ini dengan mewujudkan amanah atas nama orang tersebut. Kami telah menyediakan borang piawai untuk tujuan ini tetapi kami meminta anda memastikan kandungan borang piawai ini menepati keperluan anda. Jika anda beragama Islam sila ambil perhatian bahawa pengagihan manfaat tertakluk kepada undang-undang Islam.

3. Tempoh bertenang diguna pakai bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan di mana anda boleh menolak

perlindungan di bawah Sijil ini dengan mengembalikan dokumen Perlindungan Perjalanan Tahunan (“Dokumen”) kepada kami dalam masa 15 hari selepas dokumen dihantar kepada anda. Jika anda berbuat demikian, kami akan membatalkan perlindungan di bawah Sijil ini dan memulangkan sumbangan anda, jika ada.

4. Anda perlu memaklumkan kami dan memberi kami dokumen yang berkaitan dengan serta-merta untuk

memastikan perkhidmatan kami kepada anda tidak terganggu:

4.1 jika terdapat perubahan alamat atau nombor hubungan anda; atau 4.2 jika anda mahu menukar orang yang anda namakan untuk menerima manfaat yang perlu dibayar

kepada anda di bawah Sijil ini. 5. Anda boleh, jika anda mahu mempertikaikan sebarang keputusan kami yang timbul daripada Sijil ini, Anda

boleh merujuk sesuatu perkara kepada:

Perhatian bahawa badan yang disebutkan di atas mempunyai bidang kuasa masing-masing dari segi skop dan jumlah yang boleh dirujuk kepada mereka. Kami komited untuk memberikan tahap perkhidmatan yang tertinggi. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan tentang perkhidmatan kami, sila hubungi kami di 1-800-88-9659, hantarkan faks kepada kami di 03-20318976 atau tulis surat dan hantar ke Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur dan maklum balas anda pasti akan kami tangani dengan segera.

6. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Takaful,

anda boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. Butiran hubungan bagi BNMLINK dan BNMTELELINK adalah: -

Waktu operasi BNMLINK dan BNMTELELINK adalah dari: Isnin - Jumaat, 9.00 pg - 5.00 ptg

Penyata Maklumat Sijil

5.1 Unit Aduan HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur Tel: 1-800-88-9659 Faks: 03-2031 0833

5.2 Biro Timbang Tara Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur; Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752

5.3 Jabatan Pengguna & Amalan Pasaran Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur, Tel: 03-2698 8044 Faks: 03-2691 4086

6.1 BNMLINK Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03-2698 8044 Sambungan 8950/ 8958 Faks: 03-2174 1515

6.2 BNMTELELINK

Tel: 1-300-88-5465 (LINK) E-mel: [email protected]

5

Dana

1. Sumbangan yang dibayar (ditolak yuran Wakalah) untuk Sijil ini akan diperuntukkan ke dalam Dana

Risiko Am. 2. Dana Risiko Am adalah untuk manfaat bersama semua peserta dan menyediakan perlindungan

berlandaskan prinsip Takaful. 3. Kami akan menguruskan Dana Risiko Am mengikut prinsip Syariah dan akan mengelakkan daripada

melaburkan aset Dana Risiko Am dalam sekuriti dan aset yang dilarang di bawah Syariah. 4. Semua kos, belanja, caj dan levi bagi menyenggarakan dan melabur aset Dana Risiko Am dan

sebarang belanja lain yang berkaitan hendaklah ditanggung dan dibayar daripada Dana Risiko Am. 5. Kami diberi kuasa dan boleh mendapatkan takaful semula /insurans semula seperti yang kami

anggap wajar berhubung dengan Dana Risiko Am / perlindungan Takaful yang diberikan di bawah Sijil ini. Semua hasil (jika ada) daripada perjanjian takaful semula/insurans semula (jika ada) akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Am.

6. Menurut peraturan Syariah, kami bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian terbukti aset Dana

Risiko Am jika kerugian tersebut disebabkan kegagalan kami untuk mematuhi peruntukan Sijil ini. 7. Aset dan liabiliti Dana Risiko Am akan dinilai pada akhir setiap tahun kewangan dan prinsip aktuari

mesti diguna pakai untuk menilai lebihan yang timbul. Bayaran tuntutan dan peruntukan, kos takaful semula/insurans semula, rizab teknikal, rizab penstabilan dan sebarang defisit yang dibawa ke hadapan akan diambil kira apabila mengira sebarang lebihan yang timbul.

8. Kami akan berusaha menguruskan Dana Risiko Am untuk meminimumkan risiko asas sambil

memaksimumkan lebihan dengan mengguna pakai amalan taja jamin yang teliti. 9. Jika ada lebihan yang timbul daripada Dana Risiko Am, kami akan mengagihkan 20% daripada

bahagian tersebut kepada anda. Jika lebihan yang perlu dibayar kepada anda adalah kurang atau bersamaan dengan RM10.00, ia akan didermakan kepada pertubuhan kebajikan terpilih yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

10. Sekiranya Dana Risiko Am berada dalam defisit, kami akan memberikan pembiayaan tanpa faedah

(Qard al-Hasan) daripada dana pemegang saham kami untuk menampung defisit. Lebihan masa depan dalam Dana Risiko Am akan digunakan bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan tersebut sebelum pengagihan sebarang lebihan dibuat.

6

Had Geografi Perjalanan Luar Negara · Kawasan 1:

Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Nepal, Kemboja, Laos, China, India, Jepun, Korea, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam, Hong Kong, Macau

· Kawasan 2:

Seluruh dunia tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada · Kawasan 3:

Seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Kanada Perjalanan Dalam Negara · Malaysia Had Usia Perlindungan tertakluk kepada had usia dan sekatan terhadap perjalanan berseorangan: Dewasa: (a) Untuk Perlindungan Perjalanan Tunggal: Orang berusia antara 18 dan sehingga 75

tahun pada permulaan Tempoh Takaful. (b) Untuk Perlindungan Perjalanan Tahunan: Orang berusia antara 18 sehingga 74 tahun

pada permulaan Tempoh Takaful. Kanak-Kanak: Orang berusia antara 1 bulan dan sehingga 17 tahun (termasuk):

(a) Kanak-Kanak berusia 12 tahun dan ke bawah mesti diiringi oleh Orang Dilindungi dewasa atau Peserta dewasa

(b) Kanak-Kanak yang mengembara berseorangan hanya akan dilindungi di bawah polisi tahunan:

(i) Pelan Individu dan Keluarga, dan (ii) Pelan Individu dan Kanak-Kanak.

BAHAGIAN 1: DEFINISI 1. “Kemalangan” atau “Akibat Kemalangan” bermakna kejadian tidak diduga dan tidak dijangka yang

bersifat luaran, malang dan ketara. 2. “Kecederaan Badan Akibat Kemalangan” bermakna kecederaan badan yang disebabkan semata-

mata dan secara langsung oleh Kemalangan. 3. “Lampiran” bermakna dokumen yang mengandungi butiran mengenai Travel Worldwide Assistance

Service (Perkhidmatan Bantuan Kembara Sedunia) yang dilampirkan kepada dan membentuk sebahagian daripada Sijil ini.

4. “Anak” bermakna mana-mana anak Peserta yang belum berkahwin dan berada di bawah

tanggungannya, termasuk mana-mana anak tiri atau anak angkat yang diambil secara sah, yang tidak bekerja untuk mendapat gaji atau yang masih merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, yang berusia antara 1 bulan dan sehingga 17 tahun (termasuk usia tersebut) pada permulaan Tempoh Takaful.

5. “Pengangkutan Umum” bermaksud:

(a) mana-mana bas, gerabak, teksi, kereta hotel, feri, hoverkraf, hidrofoil, kapal, kereta api, kereta api bawah tanah atau sebarang pengangkutan awam yang disediakan dan dikendalikan oleh syarikat pengangkutan yang dilesenkan untuk mengangkut penumpang yang membayar tambang secara berkala;

(b) mana-mana pesawat bersayap tetap atau helikopter yang disediakan dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan atau syarikat sewa penerbangan yang mempunyai lesen berkenaan untuk pengangkutan penumpang yang membayar tambang secara berkala dan beroperasi hanya antara lapangan terbang komersil berlesen atau pelantar pendaratan helikopter komersil berlesen yang

Peruntukan Am

7

sedia ada; (c) mana-mana limousin lapangan terbang dikendalikan mengikut laluan dan jadual tetap; (d) motosikal adalah dikecualikan.

6. “Orang Dilindungi” bermakna Peserta dan orang layak yang dinamakan dalam Jadual (yang termasuk

Anak yang tidak akan dinamakan di dalam Jadual) yang:

(a) merupakan warga negara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia atau pemegang permit kerja yang diambil bekerja secara sah di Malaysia;

(b) dalam lingkungan usia Dewasa dan Kanak-Kanak yang dinyatakan di atas; (c) membuat Perjalanan yang bermula dan berakhir di Malaysia dan tertakluk kepada Tempoh

Maksimum Perjalanan; (d) tidak mengembara selepas dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian oleh Pengamal Perubatan

Berdaftar; (e) tidak mengembara untuk mendapatkan rawatan perubatan; dan (f) tidak sedar atau mengetahui tentang sebarang keadaan, sebab atau perkara yang memerlukan

pembatalan atau pemendekan Perjalanan terjadual. 7. “Pemendekan Perjalanan” bermakna menamatkan lawatan dengan pulang ke Tempat Kediaman atau

Tempat Perniagaan selepas tiba di destinasi terjadual Perjalanan yang dirancang seperti yang ditunjukkan dalam invois tempahan.

8. “Perjalanan dalam Negara” bermakna perjalanan di dalam Semenanjung Malaysia, perjalanan di

Malaysia Timur atau perjalanan antara Semenanjung dan Malaysia Timur dan begitu juga sebaliknya. 9. “Ahli Keluarga Layak” bermakna suami/isteri Peserta yang sah di sisi undang-undang, dan Anak 10. “Hospital” bermakna institusi yang ditubuhkan secara sah dan dikendalikan mengikut undang-undang

negara di tempat ia beroperasi dan memenuhi semua keperluan berikut di mana ia:

(a) beroperasi terutamanya untuk menerima dan memberikan penjagaan dan rawatan perubatan kepada orang yang sakit, kurang sihat atau tercedera sebagai pesakit dalam yang menginap di dalamnya;

(b) menerima pesakit dalam yang menginap di dalamnya di bawah penyeliaan Doktor, di mana khidmat salah seorang daripada Doktor boleh digunakan pada setiap masa;

(c) menyenggarakan kemudahan teratur bagi diagnosis dan rawatan perubatan orang tersebut dan menyediakan (di mana sesuai) kemudahan bagi pembedahan besar di dalam kawasan institusi tersebut; atau kemudahan yang dikawal oleh atau boleh digunakan oleh institusi tersebut;

(d) menyediakan perkhidmatan kejururawatan sepenuh masa dan di bawah penyeliaan jururawat kakitangan; dan

(e) menggunakan khidmat doktor berlesen sepenuh masa, tetapi maksud “Hospital” hendaklah tidak termasuk yang berikut:

(i) institusi sakit mental; institusi yang mengkhusus terutamanya dalam penyakit psikiatri termasuk

keadaan subnormal; jabatan psikiatri hospital; (ii) rumah bagi warga tua, rumah rehat, tempat bagi penagih dadah atau penagih alkohol; atau (iii) klinik hidro kesihatan atau klinik perubatan semula jadi; rumah penjagaan atau pemulihan; unit

khas hospital yang digunakan terutamanya sebagai tempat untuk penagih dadah dan arak; atau sebagai rumah penjagaan, penyembuhan, pemulihan, kemudahan jagaan lanjut atau rumah rehat.

11. “Kehilangan Penglihatan” bermakna kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih pada sebelah

atau kedua-dua belah mata menyebabkan Orang Dilindungi buta sepenuhnya dan tidak dapat dirawat menerusi pembedahan atau rawatan lain.

12. “Hilang Anggota Badan” bermakna kehilangan akibat terputus secara fizikal pada atau di atas

pergelangan tangan atau sendi kaki atau Kehilangan Penggunaan Penuh. 13. “Kehilangan Penggunaan” bermakna kehilangan upaya fungsian penuh 14. “Tempoh Maksimum Perjalanan” bermakna tempoh bagi:

(a) Perlindungan Perjalanan Tunggal – 185 hari dari permulaan Perjalanan di luar Malaysia dan 31 hari dari permulaan Perjalanan di dalam Malaysia; atau

(b) Perlindungan Perjalanan Tahunan – 90 hari dari permulaan setiap Perjalanan di luar Malaysia, mengikut keadaan.

8

15. “Perbelanjaan Rawatan Perubatan” bermakna perbelanjaan sebenar yang dibayar oleh Orang Dilindungi kepada Pengamal Perubatan Berdaftar, Pakar Perubatan, Doktor atau Hospital untuk rawatan perubatan, pembedahan atau penjagaan termasuk kos bekalan perubatan, sewa ambulans atau yuran jagaan jururawat profesional di rumah, tetapi tidak termasuk kos rawatan dan penjagaan pergigian melainkan rawatan sedemikian adalah untuk kecemasan dan diperlukan berikutan kecederaan akibat kemalangan kepada gigi yang sihat dan semula jadi.

16. “Peserta” atau “anda” hendaklah bermakna pencadang yang mana perlindungan diberi di atas

namanya di bawah Sijil ini. 17. “Tempoh Takaful” hendaklah membawa makna seperti yang dinyatakan dalam Jadual, tertakluk

kepada tempoh Maksimum Perjalanan. Kecuali untuk Bahagian 2, Seksyen 9 (Pembatalan Perjalanan Berjadual) liputan ini hendaklah bermula apabila Orang Dilindungi meninggalkan Tempat Kediamannya atau Tempat Perniagaannya, yang mana lebih lewat, semata-mata untuk memulakan Perjalanan, DENGAN SYARAT DALAM SEGALA HAL bahawa Perjalanan tersebut hendaklah tidak bermula lebih daripada 24 jam sebelum waktu berlepas mengikut jadual dan hendaklah berakhir:

(a) pada masa Orang Dilindungi pulang terus ke Tempat Kediaman; (b) pada masa Orang Dilindungi pulang terus ke Tempat Perniagaan; (c) apabila tamat Tempoh Maksimum Perjalanan (untuk Perlindungan Perjalanan Tahunan); atau (d) 24 jam selepas kepulangan mengikut jadual ke Malaysia (untuk Perjalanan Luar Negara), yang

mana lebih awal.

UNTUK MENGELAKKAN KERAGUAN, untuk tuntutan yang timbul di bawah Bahagian 2, Seksyen 9, perlindungan hendaklah berkuat kuasa dan bermula selepas kami meluluskan cadangan anda untuk Perlindungan Perjalanan Tunggal bagi perjalanan Luar Negara Terjadual atau dari permulaan Tempoh Takaful seperti yang dinyatakan dalam Jadual (untuk Perlindungan Perjalanan Tahunan), yang mana lebih awal.

18. “Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal” bermakna bahawa Orang Dilindungi menjadi tidak berupaya

secara penuh dan kekal untuk melakukan sebarang kerja, tugas atau profesion untuk sebarang pampasan, imbuhan, keuntungan atau laba bagi baki hayatnya berikutan Kecederaan Badan akibat Kemalangan.

19. “Wang Peribadi” bermakna tunai, cek, cek kembara dan kiriman wang yang dimiliki oleh Orang

Dilindungi, tidak termasuk kad kredit dan kad nilai tersimpan. 20. “Tempat Perniagaan” ialah tempat di mana Orang Dilindungi biasa bekerja di dalam Malaysia. 21. “Tempat Kediaman” ialah tempat di mana Orang Dilindungi biasanya tinggal di dalam Malaysia. 22. “Penyakit Sedia Ada” bermakna kecederaan, penyakit, kesakitan atau keadaan perubatan yang

bermula sebelum: (a) Tempoh Takaful (untuk Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau (b) permulaan setiap Perjalanan (Perlindungan Perjalanan Tahunan). yang dialami Orang Dilindungi dan yang menunjukkan tanda dan gejala yang disedari atau sepatutnya disedari Orang Dilindungi.

23.“Kereta Persendirian” bermakna sebarang kenderaan bermotor beroda empat jenis riadah, tidak

termasuk sebarang kenderaan yang dilesenkan untuk mengangkut penumpang yang membayar tambang atau barangan pengangkutan berlesen untuk jualan atau penghantaran.

24. “Pengamal Perubatan Berdaftar”, “Pakar Perubatan”, “Doktor” bermakna pengamal perubatan barat

yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya dan didaftarkan secara sah di bawah undang-undang di negara di mana tuntutan timbul dan rawatan diberikan tetapi mengecualikan Orang Dilindungi itu sendiri atau saudara-mara Orang Dilindungi.

25. “Jadual” ialah dokumen yang dikeluarkan untuk setiap Peserta yang membentuk sebahagian daripada

Sijil. 26.“Penyakit” bermakna penyakit atau kesakitan yang dialami atau bermula dalam Perjalanan dan

mengecualikan sebarang Penyakit Sedia Ada. 27.“Tabarru” ialah perkataan Arab yang bermaksud “derma, hadiah atau sumbangan”. Dalam Sijil ini, ia

9

bermakna sumbangan untuk tujuan menyertai Dana Risiko Am. 28. “Takaful / Perjanjian Takaful” merujuk kepada skim berasaskan persaudaraan, setia kawan dan

bantuan bersama yang memberikan pertolongan dan bantuan kewangan bersama kepada anda sekiranya diperlukan, di mana anda bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut

29. “Pengendali Takaful”, “kami”, merujuk kepada HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. 30. “Dokumen Perjalanan” bermakna dokumen berikut yang dimiliki oleh Orang Dilindungi:

(a) Dokumen pengenalan: Pasport, visa dan sebagainya yang diperlukan dan semata-mata untuk pelepasan imigresen bagi Perjalanan;

(b) Tiket perjalanan: Pas kereta api atau pengangkutan awam bersepadu dengan nilai muka melebihi RM1,000 atau bersamaanya, tiket kapal persiaran (untuk tempoh sehingga 24 jam atau lebih lama) atau tiket penerbangan bagi Perjalanan.

31. “Travel Worldwide Assistance Services” (Perkhidmatan Bantuan Kembara Sedunia) merujuk kepada

perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

32. “Perjalanan” bermakna percutian atau kunjungan untuk tujuan riadah atau perniagaan di mana Orang

Dilindungi meninggalkan Tempat Kediaman atau Tempat Perniagaan untuk mengembara di dalam Malaysia (Dalam Negara) atau di luar Malaysia (Luar Negara) dan akhirnya Orang Dilindungi kembali ke Tempat Kediaman atau Tempat Perniagaannya.

33. “Wakalah” bermakna pelantikan satu pihak oleh pihak yang satu lagi untuk bertindak bagi pihaknya.

Dalam konteks Sijil ini, Anda dianggap telah melantik kami untuk menguruskan Dana Risiko Am bagi pihak anda.

34. Pentafsiran

Dalam Sijil ini, melainkan dinyatakan sebaliknya:

(a) rujukan kepada orang, di mana berkenaan, turut termasuk kumpulan orang, persatuan/pertubuhan, perkongsian dan juga badan korporat dan bukan korporat;

(b) perkataan yang merujuk kepada bentuk mufrad hendaklah, di mana berkenaan, termasuk bentuk jamak dan begitu juga sebaliknya; dan

(c) perkataan yang membabitkan satu jantina hendaklah membabitkan semua jantina.

Setiap peruntukan Sijil ini boleh diasingkan dan dibezakan daripada yang lain dan jika satu atau lebih peruntukan tersebut adalah atau menjadi tidak sah, batal atau menyalahi undang-undang, kebolehan untuk menguatkuasakan peruntukan selainnya yang ada dalam Sijil ini tidak akan terjejas atau terpengaruh dalam apa jua cara akibat daripadanya.

BAHAGIAN 2: PERLINDUNGAN Manfaat yang berkaitan dengan Perjalanan Luar Negara dan Perjalanan Dalam Negara disenaraikan dalam Jadual Manfaat dan tertakluk kepada terma dan syarat berkenaan yang dinyatakan di dalam ini. Seksyen 1 – Kemalangan Peribadi Sekiranya berlaku Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang dialami oleh Orang Dilindungi semasa Perjalanan yang menyebabkan kematian atau kehilangan upaya, manfaat berikut akan dibayar:

Jumlah Dilindungi Manfaat

Perlindungan Perjalanan Luar Negara

Perlindungan Perjalanan Dalam Negara

1. Kematian RM300,000 RM150,000 2. Kehilangan Upaya Penuh Kekal RM300,000 RM150,000 3. Kehilangan penglihatan dua belah Mata, dua Anggota Badan dan sebelah Mata dan satu Anggota Badan

RM300,000 RM150,000

4. Kehilangan penglihatan sebelah Mata atau satu Anggota Badan

RM150,000 RM75,000

10

Dengan Syarat Bahawa: 1. Jika Orang Dilindungi seorang Kanak-Kanak pada masa Kemalangan, jumlah maksimum yang perlu

dibayar akan terhad kepada 10% daripada Jumlah Dilindungi di bawah manfaat ini. 2. Jika Orang Dilindungi berusia 71 tahun atau lebih pada masa Kemalangan, jumlah maksimum yang perlu

dibayar terhad kepada 50% daripada Jumlah Dilindungi di bawah manfaat ini. 3. Tiada manfaat akan dibayar melainkan kematian atau kehilangan upaya berlaku dalam masa 12 bulan

dari Tarikh Kecederaan Badan akibat Kemalangan. 4. Tiada manfaat perlu dibayar melainkan Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal bermula dalam masa 30 hari

selepas tarikh Kecederaan Badan Akibat Kemalangan dan sehingga Orang yang Dilindungi mengalaminya untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.

5. Manfaat 1 - 4 adalah bukan terkumpul dan hanya satu manfaat perlu dibayar bagi mana-mana satu

kejadian. 6. Jika pada masa Kemalangan, Orang Dilindungi sudah menjalani amputasi atau Hilang Penggunaan

sebelah tangan, lengan, kaki atau telah kehilangan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata, kerugian tersebut hendaklah tidak diambil kira untuk menilai sebarang manfaat yang perlu dibayar di bawah Sijil ini.

Seksyen 2: a) Perbelanjaan Perubatan dan Perbelanjaan Lain termasuk Penghantaran Pulang Perubatan

Kecemasan

Perlindungan Perjalanan Luar Negara Kami akan membayar balik sehingga RM300,000 (untuk Perlindungan Perjalanan Luar Negara) bagi setiap Orang Dilindungi termasuk Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan jika Orang Dilindungi mengalami Kecederaan Badan Akibat Kemalangan atau Penyakit dalam Perjalanan yang memerlukan rawatan segera. Dalam keadaan sedemikian, kami akan membayar balik kepada Orang Dilindungi bagi:

a1. Perbelanjaan Rawatan Perubatan, penginapan tambahan dan belanja perjalanan yang perlu

ditanggung di luar Malaysia dalam tempoh 12 bulan dari tarikh insiden yang menimbulkan tuntutan yang disebabkan secara langsung oleh Kecederaan Badan Akibat Kemalangan atau Penyakit Orang Dilindungi yang berlaku dalam Perjalanan.

a2. Perbelanjaan Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan (untuk Perlindungan Perjalanan

Luar Negara sahaja) Jika disebabkan oleh Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang dialami atau Penyakit yang bermula dalam Perjalanan, keputusan dibuat bahawa adalah wajar untuk memindahkan Orang Dilindungi ke satu lagi lokasi untuk rawatan perubatan atau membawa pulang Orang Dilindungi ke Malaysia, Travel Worldwide Assistance Services akan mengatur penghantaran pulang menerusi kaedah paling sesuai, berasaskan betapa tenatnya Orang Dilindungi. Kami akan membayar balik perbelanjaan yang dilindungi untuk penghantaran pulang tersebut.

Ini bermakna penghantaran pulang yang diatur oleh Travel Worldwide Assistance Services termasuk ambulans udara, ambulans darat, pengangkutan udara biasa, jalan kereta api atau apa-apa cara lain yang wajar. Semua keputusan tentang kaedah pengangkutan dan destinasi akhir akan dibuat oleh Travel Worldwide Assistance Services dan akan dibuat semata-mata berasaskan keperluan perubatan.

Perbelanjaan dilindungi ialah perbelanjaan untuk perkhidmatan yang disediakan dan/atau diatur oleh Travel Worldwide Assistance Services bagi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan belanja perubatan yang ditanggung ekoran penghantaran pulang perubatan kecemasan Orang Dilindungi.

Pengecualian Kami tidak akan membayar balik sebarang Perbelanjaan Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan untuk:

11

1. Sebarang perbelanjaan yang ditanggung bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pihak lain

yang perlu ditanggung oleh Orang Dilindungi, atau sebarang perbelanjaan yang sudah diliputi dalam kos Perjalanan terjadual.

2. Sebarang perbelanjaan bagi perkhidmatan yang tidak diluluskan dan diatur oleh Travel

Worldwide Assistance Service. Pengecualian ini, atas budi bicara kami, akan diketepikan jika Orang Dilindungi atau rakan perjalanannya tidak dapat memaklumkan Travel Worldwide Assistance Services dalam situasi perubatan kecemasan atas sebab di luar kawalan mereka. Dalam apa jua keadaan, kami berhak untuk membayar balik Orang Dilindungi hanya bagi perbelanjaan yang ditanggung bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Travel Worldwide Assistance Services dalam keadaan yang sama dan sehingga had perbelanjaan bagi penghantaran pulang perubatan kecemasan.

3. Perbelanjaan penghantaran pulang berkaitan Penyakit Sedia Ada.

Perlindungan Perjalanan Dalam Negara Kami akan membayar balik sehingga RM15,000 (untuk Perlindungan Perjalanan Dalam Negara) bagi Perbelanjaan Rawatan Perubatan yang disebabkan oleh Kemalangan sahaja, jika Orang Dilindungi mengalami Kecederaan Badan Akibat Kemalangan dalam Perjalanan yang memerlukan rawatan segera. Manfaat Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan tidak disediakan untuk Perjalanan Dalam Negara. b) Perbelanjaan Perubatan

Kami akan membayar balik Orang Dilindungi bagi:

Perbelanjaan Perubatan Susulan Sehingga RM30,000 untuk Perbelanjaan Rawatan Perubatan perlu yang ditanggung secara munasabah di Malaysia oleh Orang Dilindungi dalam masa 3 bulan selepas Orang Dilindungi pulang daripada Perjalanan, yang mana perbelanjaan tersebut disebabkan oleh Kemalangan atau Penyakit di luar negara, yang berlaku dalam Perjalanan. Lawatan Ihsan Luar Negara Sehingga RM5,000 bagi penginapan tambahan dan belanja perjalanan yang munasabah yang terhad kepada tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi untuk ahli keluarga atau rakan perjalanan apabila perlu atas nasihat perubatan untuk tinggal atau mengiringi Orang Dilindungi yang telah dimasukkan ke hospital kerana masalah perubatan serius.

Dengan Syarat: Tiada manfaat perlu dibayar untuk RM50 pertama bagi setiap satu tuntutan untuk setiap Orang Dilindungi.

Peruntukan Bayaran balik bagi Seksyen 2 a) dan b) di atas adalah tertakluk kepada yang berikut: 1. Anak layak menerima agregat manfaat maksimum keseluruhan RM300,000 (untuk Perlindungan

Perjalanan Luar Negara). 2. Jika Orang Dilindungi berusia 71 tahun dan ke atas pada masa Kemalangan atau Penyakit, jumlah

maksimum yang perlu dibayar terhad kepada 50% Jumlah Dilindungi di bawah manfaat ini. 3. Tiada manfaat akan dibayar untuk:

(i) rawatan yang diperolehi di Malaysia, kecuali yang disediakan di bawah manfaat Perbelanjaan Perubatan Susulan Seksyen ini;

(ii) rawatan pembedahan dan perubatan yang pada pendapat Pengamal Perubatan Berdaftar yang merawat Orang Dilindungi, boleh dilengahkan dengan sewajarnya sehingga Orang Dilindungi pulang ke Malaysia atau tiba di negara destinasi akhir sekiranya pengembara tidak pulang ke Malaysia;

(iii) kos tambahan bilik tunggal atau persendirian di Hospital atau caj bagi penjagaan khas atau peribadi; kerusi roda, tongkat atau sebarang peralatan serupa yang lain;

(iv) sebarang pembedahan kosmetik, kaca mata dan pembiasan atau bantuan pendengaran, atau preskripsinya, kecuali yang diperlukan disebabkan kecederaan akibat kemalangan yang berlaku dalam Perjalanan; atau

(v) Rawatan berkaitan Penyakit Sedia Ada. c) Penghantaran Pulang Jenazah

12

Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, kami akan membayar balik sehingga RM2,000,000 bagi semua caj atau kos pengangkutan yang munasabah untuk membawa jenazah atau abu ke tempat berlepas asal.

d) Penghantaran Pulang Anak

Sekiranya Anak di bawah tanggungan Orang Dilindungi yang berusia 12 tahun atau ke bawah:

1. yang mengembara dengan Orang Dilindungi dan 2. tinggal tanpa penjaga di luar negara disebabkan Kecederaan Badan Akibat Kemalangan atau

Penyakit Orang Dilindungi yang mengakibatkan kemasukan hospital atau kematian,

kami akan membayar balik sehingga RM5,000 bagi penginapan tambahan dan belanja perjalanan yang munasabah yang terhad kepada tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik yang ditanggung untuk menghantar Anak pulang ke Malaysia. Dengan Syarat: Tiada manfaat akan dibayar bagi RM50 pertama bagi setiap satu tuntutan untuk setiap Orang Dilindungi.

e) Pengebumian dan Pembakaran Mayat

Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, kami akan membayar balik RM5,000 bagi caj munasabah berkaitan dengan pengebumian atau pembakaran mayat Orang Dilindungi di luar Malaysia di tempat di mana kematian berlaku.

Pengecualian Tiada manfaat akan dibayar bagi tuntutan yang timbul daripada Penyakit Sedia Ada.

Seksyen 3 – Manfaat Tunai Hospital Bagi Perjalanan Luar Negara, sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke Hospital di luar negara sebagai pesakit dalam kerana Kecederaan Badan Akibat Kemalangan atau Penyakit yang dialami di luar negara dalam Perjalanan, kami akan membayar manfaat RM250 bagi setiap hari penuh Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital tertakluk kepada had RM5,000 bagi mana-mana satu kejadian. Bagi Perjalanan Dalam Negara, sekiranya Orang Dilindungi dimasukkan ke Hospital dalam negara sebagai pesakit dalam kerana Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang dialami dalam Perjalanan, kami akan membayar manfaat RM1,000 untuk setiap hari penuh Orang Dilindungi dimasukkan ke hospital tertakluk kepada had RM2,500 bagi mana-mana satu kejadian. Pengecualian Tiada manfaat akan dibayar bagi kemasukan hospital berkaitan dengan Penyakit Sedia Ada. Seksyen 4 – Bagasi dan Barangan Peribadi Kami akan menanggung rugi setiap Orang Dilindungi sehingga jumlah maksimum RM5,000 bagi kehilangan atau kerosakan kepada bagasi yang dimiliki oleh Orang Dilindungi, yang dibawa, dihantar terlebih dahulu atau dibeli dalam Perjalanan (termasuk pakaian dan barangan peribadi yang dipakai atau dibawa oleh orang tersebut, dalam peti, beg pakaian dan bekas) yang berlaku dalam Perjalanan. Dengan Syarat: 1. Manfaat tidak akan dibayar melainkan:

(a) Orang Dilindungi mengambil langkah sewajarnya dan munasabah untuk menjaga keselamatan bagasi dan barangan peribadi, termasuk pemeriksaan bagasi apabila diterima.

(b) Orang Dilindungi apabila sedar akan sebarang kemusnahan, kerugian atau kerosakan kepada bagasi dan barangan peribadi, memberikan notis serta-merta: (i) kepada polis; dalam kes kecurian, kehilangan atau kerosakan yang disengajakan oleh

pihak ketiga; dan (ii) kepada syarikat pengangkutan, dalam kes kehilangan atau kerosakan dalam transit.

2. Kami akan membayar jumlah maksimum RM500 untuk setiap item, pasangan atau set bagi setiap

Orang Dilindungi dan sehingga RM1,000 bagi komputer riba/komputer bimbit. 3. Tiada manfaat akan dibayar bagi RM50 pertama bagi setiap satu tuntutan untuk setiap Orang

Dilindungi. 4. Kami boleh, atas budi bicara kami, membuat keputusan untuk menggantikan atau membaiki mana-

13

mana barangan dan bukannya membayar manfaat tunai. 5. Tiada manfaat akan dibayar:

(a) bagi kelusuhan dan kehausan biasa, kemerosotan beransur-ansur, kerosakan mekanikal atau elektrik atau kekalutan;

(b) bagi kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kelewatan, rampasan, penahanan, pengambilalihan atau kemusnahan oleh kastam atau pegawai atau pihak berkuasa lain;

(c) bagi kehilangan atau kerosakan kepada wang, wang plastik termasuk kad kedit dan instrumen bayaran lain, bon, kupon, setem, instrumen boleh niaga, surat ikatan hak milik, manuskrip, sekuriti, dokumen perjalanan atau sebarang bentuk dokumen.

(d) bagi kepecahan atau kerosakan kepada barangan rapuh, kaca, pemain rekod, peranti televisyen, alat muzik, mesin jahit, ukiran, barangan atau peralatan rumah melainkan disebabkan oleh kemalangan kepada pengangkutan yang membawa bagasi.

(e) bagi kerugian atau kerosakan kepada mana-mana barangan atau sampel perniagaan; (f) bagi kerosakan kepada atau penggantian data atau perisian elektronik (g) berhubung dengan kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa dalam pegangan syarikat

penerbangan atau syarikat pengangkutan lain, melainkan dilaporkan serta-merta selepas disedari hilang, dan dalam kes syarikat penerbangan, laporan kepincangan bagasi diperolehi;

(h) berhubung dengan kehilangan yang tidak dilaporkan kepada polis dalam masa 24 jam selepas disedari melainkan laporan polis diperolehi: atau

(i) di bawah Seksyen ini jika bayaran telah dibuat untuk kerugian sama di bawah Seksyen 5 – Bagasi Terlewat.

Seksyen 5 – Bagasi Terlewat Kami akan membayar ganti sehingga RM800 bagi setiap Orang Dilindungi untuk pembelian kecemasan barangan atau pakaian keperluan disebabkan kelewatan atau salah letak bagasi dalam Perjalanan untuk sekurang-kurangnya 8 jam dari masa ketibaan di destinasi di luar negara disebabkan oleh kelewatan atau kesilapan penghantaran. Seksyen 6 – Wang Peribadi dan Dokumen Kembara Kami akan membayar balik Kehilangan Wang Peribadi atau Dokumen Perjalanan yang dibawa dalam Perjalanan akibat Kemalangan sehingga had yang dinyatakan di bawah bagi setiap Orang Dilindungi. Wang Peribadi – sehingga RM800 Dokumen Perjalanan – sehingga RM5,000 Kehilangan tersebut hendaklah dilaporkan kepada pihak polis yang mempunyai bidang kuasa di tempat kehilangan, secepat yang mungkin, dalam masa 24 jam selepas kehilangan atau kehilangan disedari. Sebarang tuntutan mesti disertakan dengan dokumentasi bertulis daripada pihak polis tersebut. Dengan Syarat Bahawa: Tiada manfaat perlu dibayar bagi: 1. (a) Kekurangan kerana kesilapan, ketinggalan, pertukaran atau penyusutan nilai.

(b) Kehilangan cek kembara yang tidak dilaporkan dengan serta-merta kepada cawangan atau ejen tempatan pihak pengeluar.

(c) Wang Peribadi yang dimiliki Anak dilindungi, kecuali Anak berusia 12 hingga 17 tahun yang mengembara berseorangan selepas membayar sumbangan dewasa di mana liabiliti kami hendaklah terhad kepada RM400.

(d) RM50 pertama setiap satu tuntutan bagi setiap Orang Dilindungi berhubung dengan Dokumen Perjalanan.

2. Bagi tiket dan pas, liabiliti maksimum kami hendaklah terhad kepada bayaran balik kos penggantian

sebenar yang ditanggung oleh Orang Dilindungi atau bahagian bersekadar jumlah tidak digunakan bagi tiket / pas, yang mana lebih rendah.

Seksyen 7 – Liabiliti Peribadi Kami akan menanggung kerugian Orang Dilindungi terhadap liabiliti undang-undang kepada pihak ketiga yang timbul dalam Perjalanan sehingga had RM1,000,000 yang disebabkan oleh: 1. Kecederaan Badan Akibat Kemalangan kepada mana-mana pihak ketiga; atau 2. Kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda milik pihak ketiga. Tanggungan kerugian tersebut hendaklah termasuk bayaran yang dibuat berkaitan dengan:

14

(a) Kos guaman pihak ketiga dan perbelanjaan yang boleh diperolehi semula daripada Orang

Dilindungi: dan (b) Kos guaman dan perbelanjaan Orang Dilindungi yang ditanggung dengan persetujuan bertulis kami

terlebih dahulu.

Dengan Syarat Bahawa: 1. Orang Dilindungi tidak harus mengakui liabiliti atau mencapai sebarang penyelesaian sebelum

mendapatkan persetujuan bertulis daripada kami terlebih dahulu. 2. Tiada bayaran akan dibuat di bawah Seksyen ini melainkan keputusan dibuat kali pertama atau

diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa kompeten di dalam Malaysia. 3. Tiada manfaat akan dibayar bagi kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak

langsung daripada, berkenaan dengan atau akibat daripada: (a) liabiliti majikan, liabiliti kontrak atau liabiliti anggota keluarga Orang Dilindungi; (b) liabiliti yang ditanggung akibat tingkah laku binatang yang dimiliki atau di bawah jagaan, pegangan

atau kawalan Orang Dilindungi; (c) sebarang tindakan sengaja, berniat jahat atau salah di sisi undang-undang; (d) usaha perdagangan, perniagaan atau profesion (e) harta benda dimiliki atau dipegang di bawah amanah, atau dalam jagaan, pegangan atau kawalan

Orang Dilindungi; (f) pemilikan atau pendudukan tanah atau bangunan (selain daripada pendudukan untuk penginapan

sementara sahaja); (g) liabiliti yang timbul daripada pemilikan, pegangan atau penggunaan kenderaan, pesawat atau

pengangkutan air; (h) sebarang prosiding jenayah, denda, penalti atau ganti rugi punitif; (i) pengaruh arak yang memabukkan, perlumbaan atau rali atau penggunaan senjata api; (j) pencemaran melainkan disebabkan kejadian tiba-tiba, tidak disengajakan atau tidak diduga; atau (k) asbestos atau sebarang kecederaan sebenar atau didakwa berkaitan asbestos atau kerosakan

melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pembuangan, penyingkiran atau mengelakkan asbestos atau potensi pendedahan kepada asbestos.

Seksyen 8 – Kelewatan Perjalanan Jika semasa Perjalanan, waktu berlepas Pengangkutan Umum yang telah diatur oleh Orang Dilindungi lewat sekurang-kurangnya 8 jam daripada waktu yang dinyatakan dalam jadual perjalanan yang diberikan kepada Orang Dilindungi disebabkan mogok atau tindakan perindustrian, rampasan, keadaan cuaca buruk, kerosakan mekanikal, kecacatan struktur atau kegagalan Pengangkutan Umum tersebut, kami akan membayar RM250 untuk setiap kelewatan 8 jam penuh (kelewatan dikira dari waktu berlepas Pengangkutan Umum yang dinyatakan dalam jadual perjalanan) kepada had maksimum RM2,500 untuk setiap Orang Dilindungi. Dengan Syarat Bahawa: 1. Tiada manfaat akan dibayar untuk kelewatan yang:

(a) timbul daripada kegagalan Orang Dilindungi untuk mendaftar masuk dengan Pengangkutan Umum (atau ejen pengendalian mereka) mengikut jadual yang diberikan kepadanya;

(b) timbul daripada mogok, tindakan perindustrian atau apa-apa keadaan yang menyebabkan kelewatan yang sedia wujud dan diketahui oleh orang awam pada: (i) tarikh cadangan perlindungan (untuk Perlindungan Perjalanan Tunggal) (ii) tarikh tempahan Perjalanan terjadual (bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan);

(c) timbul daripada kelewatan Orang Dilindungi tiba di lapangan terbang, pelabuhan atau stesen selepas waktu daftar masuk (kecuali kelewatan tersebut disebabkan mogok atau tindakan perindustrian).

2. Tiada manfaat akan dibayar melainkan Orang Dilindungi mendapatkan pengesahan bertulis daripada

syarikat Pengangkutan Umum (atau ejen pengendalian mereka) tentang jumlah masa kelewatan dan sebab bagi kelewatan tersebut.

Seksyen 9 – Pembatalan Perjalanan Terjadual Untuk tujuan Seksyen ini, perlindungan hendaklah berkuat kuasa dan bermula apabila cadangan diluluskan (bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau dari permulaan Tempoh Takaful seperti yang dinyatakan dalam Jadual (untuk Perlindungan Perjalanan Tahunan), yang mana lebih awal. Apabila Perjalanan terjadual dibatalkan, kami menanggung kerugian anda sehingga RM18,000 bagi setiap Orang Dilindungi berhubung dengan kerugian deposit atau bayaran pelancongan atau lawatan atau

15

penginapan yang dibuat untuk Perjalanan Orang Dilindungi, yang tidak dipulangkan oleh pengendali pelancongan, Pengangkutan Umum atau penyedia penginapan. Dengan Syarat Bahawa: 1. Manfaat akan dibayar di bawah Seksyen ini hanya untuk kerugian pembatalan yang timbul daripada:

(a) kematian, kecederaan badan serius atau penyakit serius Orang Dilindungi, rakan kembara, suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, datuk nenek, anak, kakak, abang, adik, tunang atau rakan niaga rapat yang tinggal di Malaysia;

(b) panggilan menjadi saksi, perkhidmatan juri atau kuarantin wajib Orang Dilindungi; (c) tercetus rusuhan atau kekacauan awam tidak diduga (walau apa pun yang dinyatakan alam

Pengecualian Am 1(a)) atau mogok di destinasi dirancang yang timbul dalam keadaan di luar kawalan Orang Dilindungi; atau

(d) kerosakan teruk kepada kediaman utama Orang Dilindungi akibat kebakaran, banjir atau bencana alam serupa (taufan, gempa bumi dll) dalam masa satu minggu dari tarikh berlepas yang memerlukan kehadiran Orang Dilindungi di premis tersebut pada tarikh berlepas.

2. Tiada manfaat akan dibayar untuk:

(a) Kerugian yang timbul daripada masalah atau keadaan perubatan yang wujud sebelum tarikh cadangan perlindungan (bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau tarikh tempahan Perjalanan terjadual (bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan);

(b) RM50 pertama bagi setiap satu tuntutan bagi setiap Orang Dilindungi; (c) kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada peraturan atau ordinan

Kerajaan, kelewatan atau perubahan kepada jadual perjalanan yang ditempah (termasuk kesilapan, ketinggalan atau kegagalan membayar) oleh penyedia mana-mana perkhidmatan yang membentuk sebahagian daripada percutian yang ditempah dan juga ejen atau pengendali pelancongan yang menerima tempahan percutian tersebut;

(d) kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada keengganan untuk mengembara atau keadaan kewangan mana-mana Orang Dilindungi;

(e) kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau prosedur jenayah mana-mana orang yang terlibat dalam rancangan perjalanan;

(f) kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan untuk memaklumkan ejen pelancongan / pengendali pelancongan atau penyedia pengangkutan atau penginapan sejurus selepas mengetahui perjalanan tersebut perlu dibatalkan; atau

(g) Kerugian yang dilindungi oleh mana-mana skim perlindungan sedia ada, program kerajaan atau kerugian yang akan dibayar atau dipulangkan oleh hotel, Pengangkutan Umum, ejen pelancongan atau mana-mana penyedia pengangkutan dan/atau penginapan.

Seksyen 10 – Kepulangan Awal Kami akan membayar balik sehingga RM18,000 bagi setiap Orang Dilindungi untuk kos pengangkutan atau caj penginapan yang sudah dibayar dan tidak digunakan dan tidak dipulangkan yang termasuk dalam perjanjian kontrak percutian atau perjalanan dan kos tambahan bagi hotel dan penghantaran pulang ke Malaysia yang ditanggung kerana Kepulangan Awal yang perlu dan tidak boleh dielakkan yang disebabkan secara langsung oleh:

(A) kematian, kecederaan badan serius atau penyakit serius Orang Dilindungi, rakan kembara, suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, datuk nenek, anak, kakak, abang, adik, tunang atau rakan niaga rapat yang tinggal di Malaysia; atau

(B) rusuhan atau kekacauan awam (walau apa pun yang dinyatakan dalam Pengecualian Am 1(a)) atau rampasan yang berlaku di luar Malaysia yang berlaku buat kali pertama dalam Perjalanan.

Dengan Syarat Bahawa:

1. Manfaat akan hanya dibayar di bawah Seksyen ini apabila mana-mana kejadian yang menimbulkan tuntutan tidak wujud pada tarikh cadangan perlindungan (bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau tarikh tempahan Perjalanan terjadual (bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan); atau

2. Tiada manfaat akan dibayar: (a) bagi tuntutan yang timbul daripada masalah atau keadaan perubatan yang wujud sebelum

tarikh cadangan perlindungan (bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau tarikh tempahan Perjalanan Terjadual (bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan); atau

(b) jika orang yang keadaannya menimbulkan tuntutan menerima rawatan sebagai pesakit dalam yang menginap di hospital atau telah menerima prognosis penyakit yang membawa maut pada

16

tarikh cadangan perlindungan (bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal) atau tarikh tempahan Perjalanan terjadual (bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan).

3. Tiada manfaat akan dibayar bagi RM50 pertama setiap satu tuntutan bagi setiap Orang Dilindungi. Seksyen 11 – Kehilangan Deposit Kami akan membayar balik sehingga RM15,000 untuk setiap Orang Dilindungi bagi kerugian caj yang tidak dipulangkan yang sudah dibayar hanya jika perjalanan dibatalkan dalam Tempoh Takaful disebabkan oleh: (A) Ejen pelancongan / pengendali pelancongan berlesen melarikan wang anda; atau (B) Penutupan ejen pelancongan / pengendali pelancongan berdaftar disebabkan kegagalan kewangan

atau kegagalan membayar. Untuk tujuan seksyen ini, Tempoh Takaful hendaklah berkuat kuasa dan bermula:

1. apabila cadangan diluluskan, bagi Perlindungan Perjalanan Tunggal dan ditamatkan pada permulaan perjalanan yang dirancang dari Malaysia; dan

2. dari permulaan Tempoh Takaful bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan dan berakhir pada permulaan perjalanan yang dirancang dari Malaysia.

Dengan Syarat Bahawa: Tiada manfaat akan dibayar untuk:

(a) sebarang kerugian yang dilindungi oleh mana-mana perlindungan atau skim takaful sedia ada, program kerajaan atau kerugian yang akan dibayar atau dipulangkan oleh hotel, syarikat pengangkutan, ejen pelancongan atau sebarang penyedia pengangkutan dan / atau penginapan; dan

(b) RM250 pertama setiap satu tuntutan bagi setiap Orang Dilindungi. Seksyen 12 – Tertinggal Pengangkutan Sambungan Kami akan membayar manfaat tunai sebanyak RM250 bagi setiap 8 jam sekiranya Orang Dilindungi tertinggal penerbangan, kapal atau kereta api sambungan yang timbul daripada kelewatan pengangkutan yang dinaiki oleh Orang Dilindungi sebagai penumpang ke tempat penerbangan, kapal atau kereta api sambungan Orang Dilindungi. Dengan Syarat Bahawa: 1. Orang Dilindungi mesti telah menerima tempahan sah penerbangan, kapal atau kereta api yang

tertinggal tersebut. 2. Penerbangan, pelayaran atau kereta api yang tertinggal itu perlu disahkan secara bertulis oleh

pengendali perkhidmatan penerbangan / pelayaran / feri / kereta api atau ejen pengendali mereka. 3. Tiada pengangkutan sambungan alternatif disediakan kepada Orang Dilindungi untuk tempoh lebih 8

jam dari waktu ketibaan sebenar. Seksyen 13 – Tempahan Berlebihan Penerbangan Kami akan membayar manfaat tunai sebanyak RM250 bagi setiap 8 jam sehingga maksimum RM1,000 sekiranya Orang Dilindungi dihalang daripada menaiki kapal terbang disebabkan tempahan berlebihan penerbangan Orang Dilindungi, di mana beliau telah menerima tempahan yang disahkan daripada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Dengan Syarat Bahawa: Kegagalan menaiki pesawat dan tempahan berlebihan penerbangan mesti disahkan secara bertulis oleh pengendali syarikat penerbangan atau ejen pengendalian mereka. Seksyen 14 – Tertinggal Pengangkutan Kami akan membayar sehingga RM1,000 setiap satu kepada Orang Dilindungi, untuk belanja penginapan dan perjalanan tambahan yang perlu dan wajar ditanggung selepas berlepas buat kali pertama dari Tempat Kediaman atau Tempat Perniagaan anda atau destinasi persinggahan di Malaysia atau dari tempat penginapan atau perniagaan di luar negara (yang mana lebih lewat), disebabkan kegagalan perkhidmatan pengangkutan awam untuk membawa Orang Dilindungi ke pelabuhan, lapangan terbang atau stesen kereta api berlepas yang dinyatakan dalam tiket terjadual Orang Dilindungi.

17

Dengan Syarat Bahawa: 1. Tiada manfaat akan dibayar untuk RM50 pertama setiap satu insiden yang menimbulkan tuntutan. 2. Kami tidak akan membayar anda bagi sebarang kejadian yang disebabkan oleh:

(a) kegagalan Orang Dilindungi, selain daripada kegagalan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mendaftar masuk di lapangan terbang, stesen atau pelabuhan mengikut jadual perjalanan yang diberikan kepada Orang Dilindungi;

(b) kelewatan tiba di lapangan terbang, stesen atau pelabuhan, selepas waktu mendaftar masuk atau membuat tempahan (kecuali kelewatan tersebut disebabkan kegagalan perkhidmatan pengangkutan awam);

(c) kegagalan perkhidmatan pengangkutan awam yang timbul daripada mogok atau tindakan perindustrian yang bermula atau diumumkan sebelum tarikh berlepas dari Tempat Kediaman atau Tempat Perniagaan anda; atau

(d) kelewatan Orang Dilindungi tiba di lapangan terbang, pelabuhan atau stesen selepas waktu mendaftar masuk (kecuali kelewatan tersebut disebabkan mogok atau tindakan perindustrian).

Seksyen 15 – Kos Tambahan Kereta Sewa Kami akan membayar balik sehingga RM1,000 bagi kos tambahan kereta sewa jika anda tidak dapat memulangkan kereta sewa daripada agensi sewa berlesen ke depot sewa terdekat kerana kecederaan atau penyakit serius Orang Dilindungi yang memerlukan kemasukan hospital. Dengan Syarat Bahawa: Perlindungan di bawah Seksyen ini hanya berkuat kuasa jika anda bertanggungjawab bagi kos di bawah perjanjian sewa kereta. 1. Tiada manfaat perlu dibayar bagi RM50 pertama setiap satu insiden yang menimbulkan tuntutan. 2. Kami tidak membayar bagi sebarang kejadian yang disebabkan oleh:

(a) kegagalan Orang Dilindungi mematuhi semua keperluan perjanjian sewa; (b) Orang Dilindungi mengambil bahagian dalam atau berlatih untuk sebarang bentuk ujian kelajuan

atau masa; (c) Orang Dilindungi tidak mempunyai lesen penuh untuk memandu kenderaan; atau (d) kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kelusuhan dan kehausan, penyusutan beransur-

ansur, kerosakan akibat serangga atau haiwan perosak, kepincangan dalaman, kecacatan atau kerosakan pendam.

Seksyen 16 – Rampasan dan Keganasan Kami akan membayar sehingga RM250 untuk setiap 8 jam sehingga had maksimum RM1,000 setiap Orang Dilindungi sebagai pampasan akibat penderitaan yang disebabkan oleh rampasan atau keganasan. Seksyen 17 – Perlindungan Rumah Bagi Perlindungan Perjalanan Luar Negara, kami akan membayar sehingga RM1,000 dan bagi Perlindungan Perjalanan Dalam Negara kami akan membayar sehingga RM500 sama ada dengan membuat bayaran, atau atas pilihan kami, dengan memulihkan dan membaiki rumah, sebagai ganti rugi kepada anda terhadap kehilangan atau kerosakan fizikal kepada kandungan, barangan berharga dan / atau koleksi setem, syiling, pingat, karya seni di Tempat Kediaman Anda di Malaysia yang ditinggalkan tanpa penghuni kerana Perjalanan anda, disebabkan oleh kebakaran dalam Tempoh Takaful, tetapi hanya selepas Perjalanan anda Bermula. Dengan Syarat Bahawa: 1. Tiada manfaat akan dibayar bagi RM50 pertama bagi sebarang dan semua insiden yang menimbulkan

tuntutan. 2. Kami tidak akan membayar untuk tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada,

berhubung dengan atau akibat:

(a) sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan tindakan yang disengajakan Orang Dilindungi atau yang dilakukan secara bersubahat dengan Orang Dilindungi; atau

(b) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pemberhentian kerja atau menerusi rampasan, penyitaan, pengambilalihan atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta benda atas arahan Kerajaan de jure atau de fakto atau mana-mana pihak berkuasa perbandaran atau tempatan negara atau kawasan di mana harta benda ditempatkan; atau yang berlaku kepada harta benda menerusi penapaian sendiri, pemanasan semula jadi atau pembakaran spontan atau kerana ia

18

menjalani sebarang proses pemanasan atau pengeringan. BAHAGIAN 3 Pengecualian Am – bagi semua Seksyen Sijil ini tidak melindungi: 1. Tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat:

(a) rusuhan, kekacauan awam, peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan, kuasa tentera atau rampasan kuasa atau penyitaan atau pemiliknegaraan atau tindakan atau arahan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa awam atau tempatan;

(b) radiasi pengionan atau pencemaran menerusi sinaran radioaktif daripada sebarang bahan api nuklear atau bahan buangan nuklear daripada sebarang proses pembelahan nuklear atau daripada sebarang bahan senjata nuklear;

(c) bunuh diri atau percubaan bunuh diri, kecederaan yang disengajakan, melahirkan anak, kehamilan, keguguran, tidak siuman, alkoholisme atau penggunaan dadah (selain daripada ubat yang diambil mengikut rawatan yang diberikan dan diarahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, tetapi bukan untuk rawatan ketagihan dadah), sengaja mendedahkan diri kepada bahaya yang tidak perlu (kecuali usaha menyelamatkan nyawa manusia), penyakit kelamin, AIDS atau kerumitan berkaitan AIDS;

(d) Terlibat dalam: (i) perlumbaan melainkan menggunakan kaki; (ii) rali dan pertandingan lumba motor; (iii) sukan atau kegiatan profesional untuk meraih pendapatan atau imbuhan; (iv) penerbangan selain daripada sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat

berlesen yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan yang diiktiraf atau syarikat penerbangan sewa khas yang mempunyai lesen daripada pihak berkuasa yang berkenaan bagi pengangkutan terjadual penumpang yang membayar tambang.

2. Tuntutan yang timbul daripada insiden yang tidak dimaklumkan secara bertulis kepada kami dalam masa

60 hari selepas tamat Perjalanan tersebut. 3. Tuntutan yang timbul daripada tindakan Orang Dilindungi atau wasi atau pentadbir peribadi Orang

Dilindungi yang menyalahi undang-undang. 4. Tuntutan berkaitan dengan sebarang harta benda yang dilindungi dengan cara lain. 5. Sebarang tindakan keganasan nuklear, kimia atau biologi (“keganasan NCB”) tidak kira apa sebab atau

kejadian lain yang menimbulkan kerugian secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Untuk tujuan fasal ini:

Tindakan “keganasan NCB” hendaklah bermakna sesuatu tindakan, tetapi tidak terhad kepada penggunaan atau ancaman sebarang senjata atau peralatan nuklear atau emisi, pengeluaran, penyebaran, pelepasan atau pembebasan sebarang agen Kimia dan /atau agen Biologi pepejal, cecair atau bergas dalam tempoh perlindungan ini oleh mana-mana orang atau kumpulan orang. Ini diguna pakai sama ada orang itu bertindak sendiri atau bagi pihak atau berhubung dengan sebarang organisasi atau kerajaan, dilakukan untuk tujuan politik, keagamaan, ideologi atau tujuan sama termasuk hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau untuk menakutkan orang ramai atau mana-mana kumpulan orang awam.

Agen “Kimia” hendaklah bermakna sebarang sebatian, yang apabila disebarkan dengan sewajarnya, menghasilkan kesan yang menghilangkan upaya, membinasakan atau membawa maut terhadap orang, binatang, tumbuh-tumbuhan atau harta benda penting.

Agen “Biologi” hendaklah bermakna sebarang mikroorganisma patogen (menyebabkan penyakit) dan/atau toksin yang dihasilkan secara biologi (termasuk organisma diubah secara genetik dan toksin yang disintesiskan secara kimia) yang menyebabkan penyakit dan/atau kematian manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.

Fasal ini juga mengecualikan apa jua kerugian, kerosakan, kos atau belanja yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, berikutan atau berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil untuk

19

mengawal, mencegah, mengekang atau yang berkaitan dalam apa pun cara dengan sebarang tindakan keganasan NCB.

Jika kami mendakwa bahawa disebabkan fasal ini, sebarang kerugian kerosakan, kos atau belanja tidak dilindungi oleh Sijil ini, beban untuk membuktikan yang sebaliknya adalah terletak pada Orang Dilindungi.

BAHAGIAN 4 Syarat Sijil Am – Dikenakan ke atas semua Seksyen 1. Pertimbangan

Perlindungan di bawah Sijil ini diberikan sebagai pertimbangan kepada butiran yang diberikan dan perakuan yang dibuat oleh Peserta yang terkandung dalam borang cadangan, dan pembayaran sumbangan yang perlu dijelaskan.

2. Perlindungan Takaful atau Insurans lain

Jika Orang Dilindungi berhak menerima bayaran di bawah mana-mana perlindungan Takaful atau Insurans lain dalam keadaan di mana dia layak membuat tuntutan di bawah Sijil ini (kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 1 – Kemalangan Peribadi, Seksyen 3 – Manfaat Tunai Hospital, Seksyen 8 – Kelewatan Perjalanan), kami hanya bertanggungjawab terhadap jumlah yang tidak boleh diperolehi semula daripada perlindungan Takaful atau Insurans lain sedemikian.

3. Cadangan Pendua

Orang Dilindungi tidak akan dilindungi di bawah lebih daripada satu pelan perlindungan TravelSafe yang kami taja jamin untuk Perjalanan yang sama. Sekiranya Orang Dilindungi mempunyai lebih daripada satu perlindungan TravelSafe yang kami taja jamin, manfaat yang dibayar kepada Peserta adalah berasaskan pelan perlindungan TravelSafe, yang memberikan jumlah manfaat lebih besar.

4. Seluruh Kontrak: Perubahan

Sijil ini, borang cadangan, Jadual dan sebarang pengendorsan dan pindaan (jika ada) hendaklah meliputi seluruh kontrak antara pihak yang berkenaan. Tiada perubahan dalam Sijil ini sah melainkan mendapat kelulusan kami dan menerusi bukti pengendorsan atau pindaan.

5. Langkah Berjaga-jaga Sewajarnya

Orang Dilindungi mesti mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk mencegah Kemalangan, kecederaan, penyakit, kesakitan, kerugian atau kerosakan.

6. Salah Nyata atau Penipuan

Jika Peserta membuat kenyataan palsu dalam borang cadangan atau berkaitan dengan sebarang tuntutan, kami berhak untuk menolak liabiliti perlindungan di bawah Sijil ini.

7. Salah Nyata Usia

Jika usia Orang Dilindungi disalah nyata, semua jumlah yang perlu dibayar di bawah Sijil ini, seperti sumbangan yang dibayar adalah seolah-olah dibeli pada usia sebenar. Jika usia Orang Dilindungi disalah nyata, dan jika berasaskan usia sebenar Orang Dilindungi, perlindungan yang disediakan oleh Sijil tidak sepatutnya berkuat kuasa, atau akan tamat sebelum penerimaan sumbangan tersebut, maka kami tidak menanggung liabiliti bagi tempoh Orang Dilindungi tidak layak menerima perlindungan. Sekiranya berlaku tuntutan, bukti usia perlu diberikan.

8. Rampasan

Walau apa pun yang terkandung dalam Pengecualian Am 1(a) berhubung dengan perlindungan rampasan, jika berkenaan, perlindungan di bawah Sijil ini hendaklah termasuk Kemalangan yang timbul daripada rampasan mana-mana kapal, kenderaan atau pesawat yang dinaiki Orang Dilindungi sebagai penumpang sah.

9. Notis Tuntutan

Notis bertulis tentang tuntutan mesti diberikan kepada kami serta-merta dan dalam apa jua keadaan, dalam tempoh 60 hari selepas tamat Perjalanan yang berkaitan. Kegagalan untuk memberikan notis dalam masa yang ditetapkan tidak akan membatalkan sesuatu tuntutan jika kami berpuas hati dengan bukti yang ditunjukkan bahawa notis telah diberikan secepat mungkin. Notis dianggap diberikan oleh atau bagi pihak orang yang membuat tuntutan dengan maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti Orang Dilindungi.

10. Borang Tuntutan

20

Selepas menerima notis tuntutan, kami akan memberikan borang yang diperlukan oleh orang yang membuat tuntutan untuk memfailkan bukti tuntutan. Laporan perubatan dan semua bukti kerugian yang kami perlukan hendaklah disediakan atas perbelanjaan orang yang membuat tuntutan dan dalam bentuk dan keadaan yang akan kami tetapkan.

11. Bukti Tuntutan

Bukti bertulis untuk menyokong tuntutan mesti dikemukakan kepada kami dalam masa 30 hari selepas menerima borang tuntutan yang kami berikan seperti di atas. Kegagalan untuk memberikan bukti tersebut dalam masa yang ditetapkan tidak akan membatalkan sebarang tuntutan jika bukti tersebut tidak dapat diberikan dengan sewajarnya dalam tempoh tersebut, dengan syarat bukti itu diberikan secepat mungkin, dan dalam apa jua keadaan tidak melebihi 180 hari dari masa bukti tersebut diperlukan.

Semua tuntutan mesti dikemukakan dengan maklumat sokongan komprehensif dan bukti berdokumen yang mungkin kami perlukan, tetapi tidak terhad kepada:

(a) Bagi manfaat Kemalangan Peribadi:

Laporan Hospital dan Pakar Perubatan memberikan butir-butir tentang ciri kehilangan dan setakat mana dan tempoh kehilangan upaya, laporan polis jika berkenaan, dan sekiranya berlaku kematian, satu salinan sijil kematian dan laporan koroner yang berkenaan;

(b) Bagi Perbelanjaan Perubatan dan Perbelanjaan Lain, Manfaat Tunai Hospital, Kehilangan Deposit

atau Pembatalan Perjalanan dan Kepulangan Awal: Semua resit, tiket, kupon, kontrak atau perjanjian yang berkaitan dengan tuntutan dan jika tuntutan adalah untuk rawatan perubatan, laporan Pakar Perubatan lengkap yang menyatakan (a) diagnosis penyakit yang dirawat (b) tarikh kehilangan upaya berlaku pada pendapat Pakar Perubatan dan (c) ringkasan rawatan oleh Pakar Perubatan, termasuk ubat dan perkhidmatan yang diberikan.

(c) Bagi Bagasi dan Barangan Peribadi, Bagasi Terlewat, Wang Peribadi dan Dokumen Perjalanan: Semua maklumat termasuk resit bagi tarikh pembelian, harga, model dan jenis barangan yang hilang atau rosak, resit atau sebarang pembelian kecemasan barangan penting dalam Perjalanan, satu salinan pemberitahuan serta-merta kepada syarikat pengangkutan dan perakuannya jika kerugian atau kerosakan berlaku dalam transit dan salinan sah laporan polis yang dibuat serta-merta jika kehilangan atau kerosakan telah berlaku dalam keadaan lain. Laporan kepada pihak berkuasa ini perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas kejadian.

(d) Bagi Kelewatan Perjalanan: Dokumentasi yang memuaskan kepada kami yang menyatakan bahawa punca kelewatan telah diiktiraf secara rasmi, bersama dengan kenyataan jelas tentang cirinya.

(e) Bagi Liabiliti Peribadi: Semua surat-menyurat, saman atau writ mesti dikemukakan kepada kami sejurus selepas diterima, tanpa dijawab.

12. Pemeriksaan Fizikal

Kami hendaklah berhak dan diberi peluang untuk memeriksa Orang Dilindungi apabila perlu dan sekerap yang diperlukan, atas perbelanjaan kami sendiri, sementara menunggu keputusan tuntutan di bawah Sijil ini.

Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, kami berhak untuk melakukan pembedahan post-mortem yang dijalankan atas perbelanjaan kami sendiri, melainkan pemeriksaan tersebut dilarang di bawah undang-undang.

13. Pembayaran Manfaat

Manfaat yang dibayar di bawah Sijil ini akan dibayar kepada Peserta atau mengikut arahan bertulis Peserta. Sekiranya tiada arahan bertulis sedemikian, maka sebarang manfaat yang tidak dibayar pada masa kematian Peserta akan dibayar kepada harta pusaka Peserta. Sebarang resit yang diberikan oleh Peserta atau mana-mana pihak ketiga yang menerima bayaran atas arahan Peserta, bagi pembayaran sebarang manfaat di bawah Sijil ini hendaklah dianggap pelepasan penuh dan muktamad semua liabiliti kami.

14. Subrogasi

Kami berhak untuk mengambil tindakan, atas perbelanjaan kami sendiri, atas nama Peserta, terhadap pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang menimbulkan tuntutan di bawah Sijil ini.

15. Tindakan Undang-Undang

21

Tiada tindakan boleh diambil untuk mendapatkan pampasan di bawah Sijil ini sebelum tamat tempoh 60 hari selepas bukti bertulis tuntutan difailkan mengikut keperluan Sijil ini, dan tindakan tersebut tidak boleh diambil melainkan dimulakan dalam masa 180 hari selepas tamat tempoh 30 hari di mana bukti tuntutan perlu dikemukakan.

16. Bidang Kuasa dan Undang-Undang Berkuat Kuasa

Sijil ini tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Malaysia dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia (tidak termasuk Seksyen 7 Liabiliti Peribadi di bawah Bahagian 2).

17. Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

Jika kami mendapati atau mempunyai sebab untuk mengesyaki Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan pengubahan wang haram dan/atau untuk membiayai keganasan, kami berhak untuk menamatkan Sijil ini dengan serta-merta. Kami akan mengendalikan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat/jumlah yang perlu dibayar berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara yang kami anggap wajar, termasuk tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan

18. Penimbangtaraan

Semua percanggahan yang timbul daripada Sijil ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang penimbangtara yang perlu dilantik secara bertulis oleh kedua-dua pihak. Jika mereka tidak dapat bersetuju dengan seorang penimbangtara, percanggahan hendaklah dirujuk kepada dua penimbangtara, di mana seorang hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas diminta berbuat demikian secara bertulis oleh pihak yang lain. Sekiranya para penimbangtara tidak mencapai kata sepakat, percanggahan tersebut hendaklah dirujuk kepada keputusan pengadil yang akan dilantik secara bertulis oleh para penimbangtara sebelum membuat rujukan. Keputusan oleh penimbangtara hendaklah menjadi syarat kepada sebarang hak tindakan atau saman atas Sijil ini bagi sebarang percanggahan tentang jumlah liabiliti kami di bawah Sijil ini.

19. Mata Wang

Sumbangan dan manfaat yang perlu dibayar di bawah Sijil ini hendaklah dibayar dalam mata wang Malaysia.

20. Faedah

Tiada bayaran tertunggak di bawah Sijil ini akan dikenakan faedah. 21. Sekatan Penyerahan Hak

Sijil ini dan manfaat di bawahnya tidak boleh diserah hak dan notis tentang sebarang penyerahan hak yang didakwa dibuat tidak akan mempunyai sebarang kesan.

22. Tempat Berlepas

Perlindungan ini sah hanya bagi Perjalanan yang berlepas dari dan di dalam Malaysia 23. Bayaran Sumbangan

Sijil ini dikeluarkan dan manfaat di bawah Sijil ini disediakan untuk anda sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan yang ditetapkan. Perlindungan dan tuntutan adalah sah hanya apabila kami telah mengutip sumbangan yang berkenaan dan anda patuh kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam ini. Kami berhak untuk menolak sebarang perlindungan atau menolak sebarang tuntutan akibat kegagalan membayar sumbangan.

24. Tunai sebelum Perlindungan

Dengan ini menjadi syarat asas dan mutlak Sijil ini bahawa sumbangan yang perlu dibayar hendaklah dibayar dan diterima oleh kami sebelum perlindungan bermula.

25. Lien dan Pengimbangan

Kami hendaklah mempunyai lien pertama terhadap semua jumlah yang perlu dibayar di bawah Sijil ini untuk mendapatkan sebarang sumbangan belum dibayar dan kami pada bila-bila masa boleh menggunakan jumlah tersebut untuk menjelaskan sumbangan yang tidak dibayar.

26. Yuran Wakalah

Setiap sumbangan tertakluk kepada Yuran Wakalah yang perlu dibayar kepada kami. Di bawah perlindungan ini, yuran Wakalah ditetapkan pada 45% daripada jumlah sumbangan.

BAHAGIAN 5 Penambahan (untuk Perlindungan Perjalanan Tunggal sahaja) 1. Jika Jadual dikeluarkan atas nama Peserta sahaja, dia boleh memasukkan Ahli Keluarga Layak dengan

22

menghantar permohonan bertulis kepada kami dengan menyatakan nama, jantina dan usia orang yang akan Dilindungi.

Tertakluk kepada kelulusan kami, perlindungan bagi Ahli Keluarga Layak akan bermula pada hari pertama bulan berikut selepas permintaan diterima.

Sumbangan berkaitan bagi Ahli Keluarga Layak akan dicaj kepada akaun kad kredit yang ditetapkan oleh Peserta.

2. Jika Peserta dan Anaknya dilindungi di bawah ini, Anak yang seterusnya menjadi Ahli Keluarga Layak

Peserta hendaklah secara automatik menjadi Orang Dilindungi tanpa sebarang caj sumbangan pada tarikh dia menjadi Ahli Keluarga Layak seperti yang ditakrifkan dalam perkara 6 Bahagian 1.

BAHAGIAN 6 Penamatan 1. Perlindungan Perjalanan Tunggal Bayaran balik sumbangan tidak dibenarkan selepas cadangan telah diterima. Jika sumbangan tidak dibayar, perlindungan di bawah Sijil ini dianggap batal dari permulaan Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual. 2. Perlindungan Perjalanan Tahunan – Seksyen 1 hingga 17 Bahagian 2

(a) Jika Peserta memberi notis bertulis kepada kami untuk menamatkan perlindungan di bawah Sijil, atau untuk menamatkan perlindungan berkaitan Ahli Keluarga Layak, penamatan tersebut hendaklah berkuat kuasa selepas penerimaan sebenar notis oleh kami. Dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat atau timbul dalam Tempoh Takaful

(b) Jika kami memberi notis tujuh (7) hari tentang penamatan menerusi surat berdaftar kepada Peserta di alamat terakhir yang diketahui, penamatan tersebut hendaklah berkuat kuasa pada hari ketujuh selepas notis tersebut dikeluarkan. Pemulangan sumbangan, jika ada, akan dikira atas dasar pro rata.

(c) Perlindungan di bawah Sijil ini hendaklah tamat selepas kematian Peserta. (d) Perlindungan di bawah Sijil ini hendaklah tamat pada tarikh pembaharuan seterusnya selepas Hari

Jadi Ke-75 Peserta. (e) Mana-mana Ahli Keluarga yang Layak tidak lagi menjadi Orang Dilindungi selepas kematiannya

dan apabila dia tidak lagi menjadi Ahli Keluarga yang Layak. (f) Perlindungan bagi Anak hendaklah tamat selepas tarikh pembaharuan seterusnya selepas hari jadi

ke-18 atau perkahwinannya atau apabila tidak lagi menjadi tanggungan Peserta, yang mana lebih awal.

(g) Perlindungan bagi suami/isteri yang dilindungi hendaklah tamat pada tarikh pembaharuan seterusnya selepas hari jadi yang ke-75 suami/isteri.

(h) Jika sumbangan bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan tidak dibayar, perlindungan di bawah Sijil ini hendaklah dianggap batal dari permulaan Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual.

(i) Selepas bayaran sumbangan bagi Perlindungan Perjalanan Tahunan, dan sekiranya sumbangan pembaharuan tidak dibayar, perlindungan hendaklah tamat pada tarikh pembaharuan.

(j) Sekiranya sumbangan yang dibayar bagi mana-mana tempoh di luar tarikh tamat perlindungan di bawah Sijil ini, atau di luar tarikh tamat perlindungan bagi Anggota Keluarga yang Layak, jumlah yang terlebih bayar hendaklah dipulangkan kepada Peserta.

(k) Jumlah yang dipulangkan hendaklah dikira atas dasar pro rata dari tarikh kuat kuasa penamatan dan tertakluk kepada sumbangan minimum RM75.00 yang akan kami simpan.

3. Penamatan Sijil Pemegang Sijil Induk atau Pengendali Takaful boleh menamatkan Sijil ini dengan memberikan notis Tiga Puluh (30) hari secara bertulis kepada pihak yang satu lagi. Walaupun Sijil ini ditamatkan, perlindungan Takaful Orang Dilindungi akan diteruskan sehingga ia luput atau ditamatkan menurut peruntukan di atas. Penamatan Sijil ini tidak akan menjejaskan apa-apa tuntutan yang dibuat sebelum penamatan tersebut. BAHAGIAN 7 Lanjutan Automatik Perlindungan di bawah Sijil ini akan dilanjutkan secara automatik sehingga tempoh maksimum 30 hari tanpa sebarang kos tambahan jika:

(a) Mana-mana Orang Dilindungi mengalami penyakit serius atau Kecederaan Badan Akibat

23

Kemalangan atau (b) Pengangkutan awam terjadual yang dinaiki Orang Dilindungi terlewat atas sebab yang tidak boleh

dielakkan menyebabkan anda tidak dapat menyempurnakan Perjalanan anda atau perjalanan pulang dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual.