hsbc amanah takaful dana berkaitan pelaburan

33
Dikeluarkan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 731530-M) HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan Laporan prestasi dana bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Upload: ngodat

Post on 29-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

Dikeluarkan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 731530-M)

HSBC Amanah TakafulDana Berkaitan PelaburanLaporan prestasi dana bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Page 2: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

HSBC Amanah Takaful telah dianugerahkan dengan anugerah seperti berikut oleh Malaysian Takaful Association (MTA). Pengeluar Bankatakaful Terbaik 2011, 2012, 2013 & 2014 Pengendali Takaful Terbaik 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Page 3: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

III

Sepanjang sejarah operasi kami dalam industri Takaful, kami sedar tentang tanggungjawab kami sebagai pengendali perniagaan yang menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai cara berbeza.

Tetapi matlamat kami jelas – iaitu membina kepercayaan dalam perlindungan kewangan dan penyelesaian pelaburan yang memenuhi semua keperluan anda yang sentiasa berubah. Komitmen ini bermula di peringkat atas dan dilanjutkan kepada semua kakitangan lain di HSBC Amanah Takaful. Inilah yang menggambarkan kerja yang kami lakukan hari ini, dan memandu proses membuat keputusan untuk masa depan, dalam usaha untuk melindungi objektif pelaburan anda dengan berkesan demi mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan.

Page 4: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

Perutusan daripada HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad

Peserta yang Dihargai,

Berkat sokongan yang tidak berbelah bagi anda selama ini, kami dapat mengimbas kembali tahun 2015 dengan pelbagai kenangan manis dan kejayaan yang membanggakan. Buat tahun kelima berturut-turut, HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad (“HSBC Amanah Takaful”) telah dinobatkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik bagi Perniagaan BankaTakaful dan Pengeluar BankaTakaful Utama – anugerah rasmi paling berharga yang disampaikan oleh Persatuan Takaful Malaysia. Tambahan lagi, HSBC Amanah Takaful juga telah memenangi anugerah Agensi Takaful Terbaik dan Rakan Takaful Terbaik – Institusi Kewangan.

Berbekalkan kejayaan tersebut, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Tahunan 2015. Keputusan pada tahun lepas memaparkan pertumbuhan aset sebanyak 5% kepada RM1.35 bilion berbanding RM1.29 bilion pada 2014. Peningkatan prestasi HSBC Amanah Takaful dicapai menerusi pasukan kami yang berwibawa dan keupayaan kami menawarkan rangkaian produk yang menyeluruh.

Sorotan penting lain bagi 2015;

Mencatatkan sumbangan kasar berjumlah RM260 juta bagi kedua-dua Perniagaan Am dan Takaful Keluarga.

Melonjak ke Tangga No. 1 (berada di Tangga Ke-2 pada Tahun 2014) dengan bahagian pasaran 53% bagi segmen Sumbangan Tunggal Berkaitan Pelaburan.

Meningkat ke tangga ke-8 (berada di Tangga Ke-9 pada Tahun 2014) untuk perniagaan Takaful Keluarga dengan bahagian pasaran 3%.

Menerima dua anugerah di Majlis Takaful Starnite 2016 anjuran Persatuan Takaful Malaysia. Pengendali Takaful Terbaik - Perniagaan Bankatakaful dan Rakan Bankatakaful Terbaik – Institusi Kewangan bagi tahun 2015.

Pengendali insurans dan takaful Malaysia menghadapi tahun yang mencabar pada 2015, memandangkan mereka juga tidak terlepas daripada tempias pertumbuhan ekonomi semakin perlahan dan sentimen pengguna yang lemah. Premium kasar dalam segmen insurans am hanya meningkat 1.7% (2014: 6.5%) secara tahunan kepada RM15.0 bilion manakala premium insurans hayat mencatatkan prestasi lebih baik sedikit, dengan kenaikan 5.4% (2014: 7.7%) kepada RM37.4 bilion. Walaupun Takaful Keluarga terus berkembang pada kadar 8.0% (2014: 4.4%), pertumbuhan dalam segmen takaful am menyusut kepada 6.0% (2014: 13.3%), mengakhiri tahun dilaporkan dengan sumbangan kasar RM7.0 bilion dan RM2.3 bilion. Walaupun dengan potensi kelemahan momentum dalam tempoh terdekat, tinjauan jangka pertengahan hingga panjang masih menarik memandangkan kadar penembusan insurans yang rendah, kesedaran pengguna yang semakin meningkat dan usaha lebih gigih dalam inovasi dan pengedaran produk. Paras modal dan rizab penanggung insurans dan pengendali takaful masih kukuh dan industri ini disokong oleh rangka kerja peraturan yang mantap dan teliti.1

Sambil kita memasuki tahun 2016, kami berhasrat untuk terus membina kejayaan kami pada tahun yang dilaporkan dan menjana pertumbuhan lebih mantap pada tahun yang mendatang. Kami sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan dan kepercayaan anda terhadap kami dan berharap anda berpuas hati kerana memilih HSBC Amanah Takaful sebagai penyedia Takaful pilihan anda.

Yang benar,

Yahya Adnan Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif

1 Penarafan RAM: Sektor insurans dan takaful Malaysia mengalami pertumbuhan lebih perlahan dan suasana yang mencabar (Mac 2016).

Page 5: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

Kandungan

3 Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect

6 Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect

10 Dana Dividen HSBC Amanah Takaful

13 Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful

Penyata kewangan

17 Laporan Pengurus

18 Penyata Aset dan Liabiliti

19 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan

20 Penyata Perubahan Nilai Aset Bersih

21 Penyata Aliran Tunai

23 Nota Kepada Penyata Kewangan

28 Penyata oleh Pengurus

29 Laporan Juruaudit Bebas

Page 6: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

3

Objektif Pelaburan

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam Pacific Dana Murni (“Dana Sasaran”), dana unit amanah berlandaskan Syariah yang diuruskan oleh Pacific Mutual Fund Berhad, yang melabur terutamanya dalam portfolio sekuriti hutang persendirian Islam terpelbagai dan aset cair lain yang dibenarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SACSC”).

Yuran dan CajYuran Pengurusan Dana – 1.00% setahun daripada nilai Dana (Yuran ini dikenakan untuk menguruskan portfolio secara berterusan.)

Yuran dikira berasaskan nilai Dana. Pengiraan terakru secara harian apabila menentukan harga unit Dana.

Tiada yuran atau bayaran terselindung dikenakan terhadap pengurusan Dana ini.

Penilaian Tahunan Pasaran Pendapatan Tetap (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015)

Pasaran pendapatan tetap menunjukkan prestasi bercampur-campur pada tahun kewangan yang dilaporkan dengan harga diperdagangkan lebih kukuh pada suku pertama sebelum mengakhiri tempoh dengan kedudukan yang lebih lemah. Suku pertama 2015 menyaksikan pelaksanaan program pelonggaran kuantitatif oleh Bank Pusat Eropah. Daya tarikan nota Perbendaharaan AS 10 tahun secara perbandingan mendorong peningkatan aliran masuk dana asing ke Amerika Syarikat (AS) dan menyebabkan keluk pulangan Perbendaharaan untuk mendatar dengan pulangan 10 tahun jatuh sebanyak 28 mata asas menjelang akhir suku tahun. Suku kedua 2015 menyaksikan pulangan bon meningkat dengan ketara dalam pasaran bon berasaskan jangkaan bahawa kadar faedah mungkin dinaikkan di AS pada tahun ini. Tanda aktiviti perumahan AS semakin kukuh serta perkembangan ekonomi positif di Eropah mendorong kenaikan kadar faedah bagi sebahagian besar pada suku kedua.

Bon Perbendaharaan AS mengurangkan kerugian dan meningkat pada suku ketiga apabila kelemahan harga komoditi dan kebimbangan tentang kadar pertumbuhan ekonomi global menyebabkan pelabur beralih kepada pelaburan lebih selamat. Keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menangguhkan “kenaikan kadar faedah” pada mesyuarat September adalah saat penting pada suku tahun tersebut dan menimbulkan ketidakpastian di pasaran. Seterusnya, spekulasi tentang bila Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah mempengaruhi sentimen perdagangan pada sebahagian besar daripada suku keempat sebelum Rizab Persekutuan akhirnya membuat pengumuman kenaikan kadar faedah pertama sejak akhir tahun 2008. Pada 16 Disember, Rizab Persekutuan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas, daripada julat 0-0.25% kepada 0.25-0.50%. Keluk pulangan bagi Perbendaharaan 2 tahun mencecah paras tertinggi 1.09% pada akhir Disember, iaitu paras tertinggi dalam tempoh lima setengah tahun manakala hasil pulangan Perbendaharaan AS 10 tahun tetap teguh pada bahagian bawah julat perdagangan 2.0-2.50% bagi sebahagian besar daripada 2015, didorong oleh jangkaan inflasi rendah dan kenaikan kadar lebih perlahan pada masa depan.

Bon Kerajaan Malaysia mengakhiri tahun kewangan yang dilaporkan dengan lebih lemah walaupun selepas mencatatkan suku pertama yang sederhana. Jualan pasaran berterusan pada suku kedua dan semakin kukuh pada suku ketiga, sepanjang tempoh kelemahan Ringgit seiring harga minyak mentah yang lebih rendah. Aktiviti jualan lebih ketara disebabkan gabungan pelbagai faktor, iaitu penurunan mendadak Ringgit disebabkan harga minyak lebih rendah, sentimen negatif dalam dunia politik tempatan dan juga penurunan nilai Yuan China yang meningkatkan ketidaktentuan pasaran sedang membangun. Ringgit telah menyusut ke paras RM4.40 berbanding Dolar manakala rizab asing meneruskan penurunan sehingga jatuh di bawah USD100 bilion. Momentum jualan bon Ringgit meningkatkan pulangan di sepanjang keluk.

Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect

Page 7: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

4 Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect (sambungan)

Penilaian Tahunan Pasaran Pendapatan Tetap (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015) (sambungan)

Pulangan MGS 10 tahun melonjak ke paras tertinggi 4.40% sebelum turun kembali ke paras lebih rendah sebanyak 4.17% pada Disember. Bon kerajaan jangka pendek meningkat menjelang akhir tahun kewangan sebagai tindak balas kepada peningkatan Ringgit dengan hasil pulangan diperdagangkan lebih rendah bagi penanda aras 3 tahun. Pemulihan kecil dalam sektor kredit domestik, peningkatan sementara harga minyak mentah dan kelemahan USD adalah antara faktor yang mendorong kekuatan Ringgit. Pelancaran kalendar lelongan 2016 juga sedikit sebanyak menyokong kadar jangka pendek kerana tumpuan adalah terhadap penerbitan untuk tempoh masa 7 tahun dan lebih panjang.

Sementara itu, kadar dasar semalaman kekal pada 3.25% sepanjang tempoh penilaian memandangkan kelemahan Ringgit dan peningkatan inflasi berikutan tekanan harga lebih tinggi daripada pelaksanaan GST mengehadkan kemungkinan potongan kadar faedah walaupun wujud kebimbangan risiko kejatuhan berterusan pasaran akibat pertumbuhan global yang semakin perlahan.

Penilaian Strategi Pelaburan Pacific Dana Murni, Dana Sasaran bagi Dana HSBC Amanah LifeSelect Fixed Income Fund (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015)

Pada tahun yang dilaporkan, Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect mencatatkan pulangan 2.94%, manakala penanda aras meningkat 3.30%. Walaupun pasaran pendapatan tetap mencatatkan pulangan positif, keuntungan diraih dengan tahap ketidaktentuan yang lebih tinggi.

Dana Sasaran berhati-hati apabila memasuki 2015 kerana ketidakpastian yang timbul akibat daripada trend penurunan harga minyak. Memandangkan ketidakstabilan pasaran akibat kelemahan Ringgit dan peningkatan pulangan Bon Perbendaharaan AS disebabkan spekulasi tentang bila Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah, tempoh keseluruhan Dana Sasaran diuruskan secara konservatif pada sebahagian besar daripada tahun kewangan.

Pada separuh kedua 2015, prestasi pasaran kredit terjejas oleh segmen bon kerajaan yang lemah, disebabkan aliran keluar dana asing ekoran penurunan harga minyak dan penyusutan nilai Ringgit. Walaupun pendekatan yang diambil mencerminkan profil risiko konservatif, Dana Sasaran mengambil kesempatan daripada peluasan sebaran dan menambah peruntukan kepada bon bertempoh lebih panjang iaitu antara 7-10 tahun berikutan penjualan besar-besaran di pasaran bon global yang semakin ketara pada S3201. Pada S42015, Dana Sasaran mengimbangi semula pegangan sukuk selepas peningkatan kadar faedah Fed yang memang dijangkakan dengan bertukar kepada sukuk bertempoh pertengahan dan berusaha memaksimumkan pulangan dengan melabur dalam kredit pulangan tinggi dengan asas yang kukuh.

Sepanjang tempoh kewangan yang dilaporkan, Dana Sasaran mematuhi strateginya untuk melabur dalam portfolio terpelbagai sambil mengekalkan tahap kecairan yang secukupnya. Secara purata, pegangan instrumen pendapatan tetap dikekalkan pada paras lebih 88%.

Peruntukan Aset(% NAB)Kategori Aset

Instrumen Pasaran Wang Islam 6.58%

Sukuk Tidak Disebut Harga 93.42%

Peruntukan Aset Dana Sasaran – Pacific Dana Murni (pada 31 Disember 2015)

Page 8: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

5

Graf Prestasi

Maklumat Tambahan1. Tiada perubahan dari segi objektif pelaburan, strategi, sekatan dan had Dana pada tahun yang

dilaporkan.2. Tiada pengagihan pendapatan yang dibuat dan dicadangkan pada tahun yang dilaporkan.

Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect (sambungan)

Jadual Prestasi

18.020.022.024.026.028.030.0

16.014.012.010.08.06.04.02.00.0-2.0

Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelectPeratus Pertumbuhan Jumlah Pulangan

Maybak GIA Tingkat II 12 Bulan Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect

Ogo

s 20

08O

kt 2

008

Dis

200

8Fe

b 20

09A

pr 2

009

Jun

2009

Ogo

s 20

09O

kt 2

009

Dis

200

9Fe

b 20

10A

pr 2

010

Jun

2010

Ogo

s 20

10O

kt 2

010

Dis

201

0Fe

b 20

11A

pr 2

011

Jun

2011

Ogo

s 20

11O

kt 2

011

Dis

201

1Fe

b 20

12A

pr 2

012

Jun

2012

Ogo

s 20

12O

kt 2

012

Dis

201

2Fe

b 20

13A

pr 2

013

Jun

2013

Ogo

s 20

13O

kt 2

013

Dis

201

3Fe

b 20

14A

pr 2

014

Jun

2014

Ogo

s 20

14O

kt 2

014

Dis

201

4Fe

b 20

15A

pr 2

015

Jun

2015

Ogo

s 20

15O

kt 2

015

Dis

201

5

Jun

2008

Dana Pendapatan Tetap 2015 2014 2013 2012 2011HSBC Amanah LifeSelect

Jumlah NAB (MYR) 114,785,101 118,861,814 107,902,871 94,776,175 65,634,905Unit dalam Edaran 94,338,708 100,567,343 94,540,175 84,648,495 60,507,124NAB seunit (MYR) 1.217 1.182 1.141 1.120 1.085NAB seunit tertinggi (MYR) 1.217 1.182 1.149 1.126 1.607NAB seunit terendah (MYR) 1.182 1.150 1.126 1.089 1.029

Pulangan Tahunan 2.94% 2.90% 2.03% 4.63% 4.21%

Sejak Jumlah Pulangan Kumulatif 6 bulan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Permulaan

Dana Pendapatan Tetap 0.99% 2.94% 8.08% 14.74% 21.67%HSBC Amanah Lifeselect

Penanda Aras (Maybank GIA 1.65% 3.30% 10.06% 17.41% 27.39%Tingkat II 12 Bulan)

Page 9: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

6

Objektif Pelaburan

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam Pacific Dana Aman (“Dana Sasaran”), dana unit amanah berlandaskan Syariah yang diuruskan oleh Pacific Mutual Fund Berhad. Dana Sasaran melabur dalam portfolio sekuriti pelaburan yang dibenarkan dan mematuhi prinsip Syariah.

Yuran dan Caj

Yuran Pengurusan Dana – 1.50% setahun daripada nilai Dana (Yuran ini dikenakan untuk menguruskan portfolio secara berterusan.)

Yuran dikira berasaskan nilai Dana. Pengiraan terakru secara harian apabila menentukan harga unit Dana.

Tiada yuran atau bayaran terselindung dikenakan terhadap pengurusan dana ini.

Penilaian Tahunan Pasaran Ekuiti Tempatan (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015)

Harga minyak yang merudum, pengimbangan semula pelaburan global akibat jangkaan kenaikan kadar faedah di AS dan isu politik adalah antara faktor negatif yang membelenggu pasaran tempatan pada 2015. Selepas pemulihan tidak lancar berikutan aktiviti jualan yang nyata pada bulan Ogos (yang menyebabkan kejatuhan pasaran sehingga 19% daripada paras tertinggi dalam tahun tersebut), FBM KLCI ditutup dengan kerugian 4%.

Bursa tempatan bermula dengan lemah pada Januari 2015 dengan aliran dana asing keluar ketara yang didorong oleh pengimbangan semula global dan kebimbangan pelabur tentang kesan penurunan harga minyak mentah dan GST yang bakal dilaksanakan terhadap kedudukan ekonomi dan korporat Malaysia. Turut menambah kepada suasana kurang positif ini ialah pengesahan tinjauan “Negatif” pada tahun 2015 oleh Fitch Rating terhadap penarafan kerajaan Malaysia dan spekulasi tentang masalah hutang yang dihadapi dana kerajaan 1MDB. Pasaran kemudian cuba bangkit pada bulan Mac/April 2015 berasaskan jangkaan bahawa kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) akan ditunda, mata wang pasaran sedang membangun yang lebih stabil, satu lagi pemulihan dalam harga minyak mentah dan kenaikan ketara pasaran saham China. Bagaimanapun, tekanan jualan kembali menghantui pasaran menjelang akhir April apabila pelbagai kebimbangan domestik dan makroekonomi menjadi tumpuan. Suku pertama yang menghampakan pada 2015 memang telah mencetus kebimbangan, tetapi situasi menjadi lebih buruk disebabkan ketidakstabilan yang wujud memandangkan ekuiti China mengalami kejatuhan paling besar dalam tempoh lapan tahun akibat kemusykilan dalam pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Pada bulan Ogos, pasaran global tergugat apabila China sengaja menurunkan nilai Yuan, yang menimbulkan kebimbangan tentang penurunan nilai mata wang kompetitif di rantau ini dan juga permintaan lebih lemah China untuk komoditi. Penjualan asing semakin berleluasa di Bursa Malaysia dengan harga komoditi yang rendah, kemerosotan lanjut dalam rizab asing Malaysia, kejatuhan mendadak Ringgit (ke paras terendah dalam 17 tahun) dan jualan ketara dalam MGS 10 tahun. Bagaimanapun, FBM KLCI kembali kukuh menjelang akhir Ogos, apabila Perdana Menteri mengumumkan beberapa langkah untuk mengukuhkan ekonomi dan ini termasuk: 1) Mendorong syarikat Malaysia untuk menyalurkan kembali untung di luar negara dan melabur kembali di dalam negara, dan 2) Mengaktifkan Semula Value CAP dengan suntikan RM20 bilion. Pasaran juga mendapat jaminan bahawa kerajaan tetap komited untuk mencapai defisit fiskal lebih rendah sebanyak 3.2% KDNK tahun ini, dan bahawa tindakan kawalan modal tidak akan dikenakan.

Namun begitu, tekanan jualan semakin ketara dalam tempoh beberapa hari terakhir September berikutan langkah pelabur untuk kembali menjual Ringgit dan liputan media asing yang negatif terhadap 1MDB di samping tindakan pedagang CDS menarafkan harga bon Malaysia pada tahap yang sama seperti bon berkualiti rendah. Pasaran kembali pulih sebelum pengumuman Bajet 2016 pada pertengahan Oktober tetapi jatuh kembali berikutan bajet yang bersifat neutral dan Ringgit terus menyusut berbanding USD. Seterusnya, berita pada bulan November tentang jualan aset kuasa 1MDB kepada China Nuclear Power Corp pada harga RM9.8 bilion dan juga komitmen China untuk membeli bon kerajaan Malaysia

Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect

Page 10: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

7 Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect (sambungan)

Penilaian Tahunan Pasaran Ekuiti Tempatan (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015) (sambungan)

memberikan sokongan kepada pasaran. Sejajar dengan kenaikan pasaran global, bursa tempatan juga meningkat selepas pengumuman yang dinanti-nantikan, iaitu peningkatan kadar faedah 25 mata asas oleh Rizab Persekutuan pada bulan Disember memandangkan peningkatan tersebut menandakan keyakinan terhadap ekonomi terbesar di dunia. Pasaran tempatan terus meningkat menjelang akhir tahun walaupun harga terus merosot.

Dari segi makroekonomi, pertumbuhan KDNK Malaysia menyusut buat tahun kedua berturut-turut kepada 4.7% secara tahunan pada suku ketiga 2015 (suku kedua 2015: +4.9% secara tahunan), yang memenuhi jangkaan pasaran. Angka yang lebih rendah ini disebabkan oleh kesan GST, ketidaktentuan pasaran saham dan sentimen pengguna yang lemah. Pertumbuhan permintaan domestik seterusnya berkurangan kepada 4.0% secara tahunan (suku kedua 2015: 4.6% secara tahunan) disebabkan kemerosotan berterusan dalam kadar penggunaan persendirian dan kerajaan. Ini telah mengimbangi peningkatan perbelanjaan pelaburan (suku ketiga 2015: +4.3% secara tahunan; suku kedua 2015: +0.5% secara tahunan) yang dicapai berbekalkan pertumbuhan pelaburan persendirian lebih pantas dan pemulihan pelaburan awam. Semua sektor ekonomi utama mengalami pertumbuhan lebih perlahan pada suku ketiga 2015 berbanding suku kedua 2015 kecuali pembuatan dan pembinaan, di mana sektor pembuatan mendapat manfaat daripada Ringgit yang lebih lemah. Sektor perkhidmatan, yang menjadi sektor tunggak, yang mewakili bahagian terbesar ekonomi pada tahap 53.3% daripada KDNK, telah berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam tempoh enam tahun.

Tinjauan Strategi Pelaburan HSBC terhadap Pacific Dana Aman, the Dana Sasaran bagi Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015)

Pada tahun yang dilaporkan, HSBC Amanah LifeSelect Equity Fund mencatatkan pulangan 0.89%, kurang memberangsangkan berbanding 2.45% yang dicatatkan oleh penanda aras. Ini berikutan kebimbangan tentang kenaikan kadar AS disebabkan data ekonomi kukuh, penurunan sasaran pertumbuhan KDNK China pada 2015 kepada tahap terendah dalam 11 tahun dan harga minyak mentah lebih rendah dalam suasana bekalan minyak mentah tertinggi. Dana Sasaran mengakhiri suku tahun dengan pendedahan ekuiti 81.1%.

Walaupun dengan kerancakan dagangan di Bursa Malaysia pada awal S215, Dana Sasaran pada mulanya merupakan penjual bersih ekuiti disebabkan ekonomi global yang tetap lemah, dan ketidaksepadanan antara penilaian tinggi pasaran dan pertumbuhan pendapatan yang kurang menggalakkan. Selepas mencapai tahap kemuncak pada bulan April, bursa tempatan dihimpit tekanan jualan akibat kebimbangan berterusan terhadap krisis hutang Greece dan ketidapastian politik tempatan. Walaupun penilaian kembali menarik selepas penyusutan pada Mei-Jun, Dana Sasaran kekal stabil dengan peruntukan ekuiti pada kira-kira 81% dengan mengambil untung ke atas saham berprestasi tinggi dan peralihan kepada saham bertahan. Seterusnya, pasaran global mula menjunam pada bulan Ogos, disebabkan kelemahan berterusan dalam ekonomi China dan pasaran saham China, penyusutan ketara harga komoditi, dan ketidakpastian tentang bila kenaikan kadar faedah AS akan dibuat. Semua perkembangan negatif ini, ditambah pula dengan rizab asing Malaysia yang semakin menyusut dan kebimbangan tentang 1MDB, telah menyebabkan jualan dalam pasaran ekuiti tempatan sehingga mencapai tahap terendah baru 1532.1 mata (FBMKLCI), kemerosotan ketara Ringgit, dan kenaikan pulangan bon kerajaan Malaysia pada lewat Ogos. Dengan mengambil pendekatan taktikal, Dana Sasaran telah menggiatkan pembelian semasa penurunan pasaran dan meningkatkan peruntukan ekuiti kepada 81.5% menjelang akhir September. Dana Sasaran meningkatkan pendedahan ekuiti kepada 83.8% menjelang akhir November dan kepada 88.0% pada akhir Disember berasaskan jangkaan kecairan domestik kukuh, potensi suntikan wang ke dalam ValueCap dan sentimen lebih baik terhadap 1MDB berikutan laporan tentang jualan aset kuasa dan kepentingannya sebanyak 60% dalam Bandar Malaysia.

Page 11: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

8 Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect (sambungan)

Tinjauan Strategi Pelaburan HSBC terhadap Pacific Dana Aman, the Dana Sasaran bagi Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015) (sambungan)

Melihat ke hadapan, 2016 dijangka satu tahun yang penting bagi ekuiti patuh Syariah dengan pelancaran mandat KWSP bernilai RM20 bilion. Tahun bermula dengan ketidaktentuan global ketara berikutan kejatuhan mendadak pasaran utama dan juga harga minyak mentah Brent. Ketidaktentuan ini menimbulkan jualan besar-besaran dalam pasaran sedang membangun, terutamanya bagi Malaysia yang bergantung kepada minyak dan gas. Namun begitu, FBM Shariah tetap berdaya tahan – hanya merosot sebanyak 5.7% pada paras terendah.

Bagaimanapun, kejatuhan saham telah menjadikan penilaian saham lebih berpatutan. Dana Sasaran bercadang untuk membeli sekiranya berlaku kelemahan pasaran yang berlanjutan. Satu perkara yang menarik minat ialah kekuatan MYR walaupun dengan kejatuhan harga minyak mentah. Akibatnya, saham yang mendapat manfaat daripada kelemahan Ringgit (iaitu pengeksport) telah mengalami penurunan. Peristiwa kritikal lain bagi Dana Sasaran yang perlu diperhatikan pada 2016 ialah kekuatan fenomena cuaca (bagi saham perladangan), keseimbangan bekalan-permintaan di pasaran minyak, kenaikan kadar AS dan jumlah perdagangan antarabangsa yang lebih rendah. Walaupun penilaian nampaknya tidak murah, pasaran telah saling mengalih tumpuan antara syarikat pengeksport / penerima USD yang agak mahal dan saham tenaga dan pengimport yang agak murah secara perbandingan.

Pada tempoh yang mendatang, Dana Sasaran akan mengekalkan strategi ‘barbell’ dengan memegang saham bertahan bermodal besar dan membeli saham tertentu dalam segmen modal sederhana hingga besar yang mempunyai faktor pemangkin positif yang khusus.

Peruntukan Aset(% of NAB)Kategori Aset

Skim Pelaburan Bersama Berlandaskan Syariah 2.51%

Instrumen Pasaran Wang Islam 9.50%

Ekuiti Berlandaskan Syariah Disebut Harga 87.99%

Peruntukan Aset Dana Sasaran – Pacific Dana Aman (pada 31 Disember 2015)

Page 12: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

9 Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect (sambungan)

Graf Prestasi

120110100

908070605040302010

0-10-20-30-40

Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelectPeratus Pertumbuhan Jumlah Pulangan

Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect FBMS

Jun

2008

Ogo

s 20

08O

kt 2

008

Dis

200

8Fe

b 20

09A

pr 2

009

Jun

2009

Ogo

s 20

09O

kt 2

009

Dis

200

9Fe

b 20

10A

pr 2

010

Jun

2010

Ogo

s 20

10O

kt 2

010

Dis

201

0Fe

b 20

11A

pr 2

011

Jun

2011

Ogo

s 20

11O

kt 2

011

Dis

201

1Fe

b 20

12A

pr 2

012

Jun

2012

Ogo

s 20

12O

kt 2

012

Dis

201

2Fe

b 20

13A

pr 2

013

Jun

2013

Ogo

s 20

13O

kt 2

013

Dis

201

3Fe

b 20

14

Feb

2015

Apr

201

5

Apr

201

4

Jun

2015

Jun

2014

Ogo

s 20

15

Ogo

s 20

14

Okt

201

5

Okt

201

4

Dis

201

5

Dis

201

4

Dana Ekuiti HSBC 2015 2014 2013 2012 2011Amanah Lifeselect

Jumlah NAB (MYR) 165,884,694 156,272,173 144,565,438 118,206,971 90,867,690Unit dalam Edaran 100,391,128 95,409,220 85,151,361 79,835,948 63,363,511NAB seunit (MYR) 1.653 1.638 1.698 1.481 1.434NAB seunit tertinggi (MYR) 1.726 1.819 1.707 1.531 1.531NAB seunit terendah (MYR) 1.452 1.559 1.453 1.178 1.178

Pulangan Tahunan 0.89% -3.86% 14.48% 5.00% -0.24%

Sejak Jumlah Pulangan Kumulatif 6 bulan 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Permulaan

Dana Ekuiti HSBC 2.34% 0.89% 11.03% 13.64% 65.24%Amanah LifeSelect

Penanda Aras (FBMS) 4.72% 2.45% 11.52% 27.73% 45.47%

Jadual Prestasi

Maklumat Tambahan1. Tiada perubahan dari segi objektif pelaburan, strategi, sekatan dan had Dana pada tahun yang

dilaporkan.2. Tiada pengagihan pendapatan yang dibuat dan dicadangkan pada tahun yang dilaporkan.

Page 13: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

10 Dana Dividen HSBC Amanah Takaful

Objektif Pelaburan

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam Pacific Dana Dividen (“Dana Sasaran”), dana unit amanah berlandaskan Syariah yang diuruskan oleh Pacific Mutual Fund Berhad. Dana Sasaran melabur terutamanya dalam sekuriti ekuiti berlandaskan Syariah yang membayar atau berpotensi membayar jumlah dividen yang konsisten dan menarik.

Yuran dan Caj

Yuran Pengurusan Dana – 1.50% setahun daripada nilai Dana (Yuran ini dikenakan untuk menguruskan portfolio secara berterusan.)

Yuran dikira berasaskan nilai Dana. Pengiraan terakru secara harian apabila menentukan harga unit Dana.

Tiada yuran atau bayaran terlindung dikenakan terhadap pengurusan Dana ini.

Penilaian Tahunan Pasaran Ekuiti Global (1 Januari 2015 – 31 Disember 2015)

Petanda membimbangkan bagi pasaran ekuiti pada 2015 jelas dilihat sejak Januari 2015 apabila Bank Dunia dan Tabung Wang Antarabangsa menurunkan taraf unjuran pertumbuhan global masing-masing bagi 2015 dan 2016 berasaskan data ekonomi yang malap. Namun begitu, pasaran dilihat masih sanggup menerima risiko memandangkan rangsangan wang oleh Bank Pusat Eropah, yang diumumkan pada bulan Januari, adalah lebih besar daripada yang dijangka, manakala Rizab Persekutuan AS (“Fed”) menunjukkan tanda-tanda kesediaannya mengambil pendekatan yang lebih lembut. Bagaimanapun, data ekonomi kukuh di Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan peningkatan USD, terus membelenggu pelabur.

Pada bulan April, kenaikan kadar AS dilengahkan ekoran data makroekonomi AS yang lebih lemah daripada yang dijangka, justeru memberikan sedikit kelegaan kepada mata wang pasaran sedang membangun. Di pasaran China/Hong Kong, jangkaan rangsangan fiskal besar-besaran dari kerajaan China dan kemasukan saham A China ke dalam indeks MSCI Emerging Markets mencetus kenaikan ketara pada awal S215. Di tempat lain pula, pelabur masih berhati-hati pada bulan Mei dan Jun berikutan penjualan besar-besaran global dalam bon kerajaan, ketidakpastian pertumbuhan global dan kebimbangan berterusan mengenai Greece akibat kegagalan perbincangan hutang Greece dan tindakan di luar jangkaan Greece untuk mengadakan referendum mengenai syarat-syarat pakej penyelamat terakhir daripada pemiutang. Sentimen terus terjejas disebabkan berakhirnya kenaikan ketara (bubble) pasaran saham China pada bulan Jun. Percubaan selanjutnya oleh pihak berkuasa China untuk menstabilkan pasaran saham yang terumbang-ambing telah dipandang negatif dan dianggap sebagai campur tangan yang menganggu pergerakan lancar pasaran modal. Sementara itu di Jepun, Nikkei yang telah ditutup melebihi 19,000 buat kali pertama sejak 2000, terus meningkat pada S215 sambil yen menyusut berbanding dolar.

Pada bulan Julai, harga komoditi lebih lemah menghimpit pasaran global. Harga emas jatuh disebabkan isyarat Fed AS akan mengetatkan dasar, manakala harga minyak mentah turun akibat kebimbangan tentang bekalan (keadaan bertambah buruk apabila Iran sudah hampir mencapai perjanjian yang akan melonggarkan sekatan sebagai balasan terhadap tindakan Tehran menyekat program nuklearnya), pertambahan kiraan pelantar minyak AS dan kekhuatiran tentang permintaan di China. Pada bulan Ogos pula pasaran mengalami ketidakstabilan akibat langkah kerajaan China untuk menurunkan nilai yuan, yang menimbulkan kebimbangan tentang penyusutan nilai kompetitif dan menyebabkan kelemahan mata wang dan pasaran serantau. Pasaran global masih terumbang-ambing pada bulan September walaupun dengan pengumuman Fed untuk mengekalkan kadar faedah di mesyuaratnya, kerana keputusan Fed menimbulkan kebimbangan tentang pertumbuhan global yang semakin perlahan.

Kesanggupan pelabur untuk mengambil risiko semakin ketara pada bulan Oktober dengan data lebih baik daripada yang dijangka dari China dan laporan pekerjaan AS pada bulan September yang menimbulkan spekulasi bahawa Fed AS mungkin tidak menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat. Walaupun data ekonomi China semakin lemah selepas itu, keadaan ini diimbangi oleh jangkaan langkah pelonggaran lanjut oleh bank pusat utama. Namun begitu, nada yang lebih tegas daripada Fed AS pada akhir Oktober menyebabkan pelabur bersiap sedia untuk kemungkinan Fed menaikkan kadar. Keputusan Fed untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas – menepati jangkaan pasaran – telah mencetus peningkatan sementara di pasaran AS dan global. Bagaimanapun, USD yang semakin kukuh menyebabkan penjualan dalam sektor tenaga dan bahan, lantas menimbulkan ketidakstabilan di pasaran. Di sepanjang tahun, pengimbangan semula global yang berlaku seiring ramalan kenaikan kadar Fed AS telah menyebabkan aliran keluar dana daripada pasaran, terutamanya di pasaran negara sedang membangun.

Page 14: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

11 Dana Dividen HSBC Amanah Takaful (sambungan)

Penilaian Strategi Pelaburan Pacific Dana Dividen, Dana Sasaran bagi Dana Dividen HSBC Amanah Takaful (1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015)

Pada tahun yang dilaporkan, Dana Dividen HSBC Amanah Takaful mencatatkan pulangan 2.72%, lebih rendah daripada pulangan penanda aras 11.32%. Prestasi kurang menggalakkan ini terutamanya disebabkan pelaburan lebih kecil Dana Sasaran di Jepun, dan di dalam sektor berasaskan eksport dan penjagaan kesihatan.

Pacific Dana Dividen memulakan tahun yang dilaporkan secara berhati-hati, dan mengekalkan pendedahan ekuiti keseluruhan di sekitar 80%. Selepas kelemahan awal yang diperlihatkan, pasaran global mencatatkan pemulihan, disokong oleh pendirian Rizab Persekutuan yang menaikkan kadar faedah dengan lebih berhati-hati, dan langkah pelonggaran wang yang diambil bank pusat di seluruh dunia. Jangkaan rangsangan fiskal besar-besaran daripada kerajaan China dan kemasukan saham A China ke dalam Indeks MSCI Emerging Markets mendorong kenaikan ketara di pasaran China/HK pada peringkat awal suku kedua. Bagaimanapun, Dana Sasaran telah menjual pegangan seiring kenaikan tersebut dan mengurangkan peruntukan ekuiti kepada 76.7% pada bulan Mei. Seterusnya, kejatuhan pasaran China selepas mengalami kenaikan ketara (bubble), kebimbangan tentang potensi Greece keluar dari zon Euro dan ketidakpastian tenang kenaikan kadar AS menyebabkan pasaran global terus merudum. Bursa tempatan turut merasai tempiasnya memandangkan penurunan harga komoditi, pengeluaran bersih Dana Sasaran asing dan penurunan nilai yang tidak dijangka dalam Yuan China memberi tekanan terhadap Ringgit sehingga merosot ke tahap terendah RM4.46/USD pada bulan September. Dengan mengambil pendekatan taktikal, Dana Sasaran menjadi pembeli bersih dan meningkatkan pendedahan ekuiti kepada 87.9%, dengan tumpuan terhadap pasaran AS dengan pendapatan korporat kukuh dan juga saham tempatan berikutan sentimen yang lebih positif. Strategi ‘barbell’ diguna pakai dengan keseimbangan antara saham kitaran dan bertahan untuk menampung potensi ketidakstabilan. Walaupun harga minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tujuh tahun ekoran keputusan OPEC memansuhkan had pengeluaran, pasaran global telah memberikan tindak balas positif terhadap keputusan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar dana Fed sebanyak 25 mata asas, dan telah naik menjelang akhir tahun. Pada akhir Disember 2015, peruntukan ekuiti Dana Sasaran berada pada paras 93.7%, terutamanya dalam sektor makanan dan minuman (17.6%), barangan modal (11.7%), hartanah (9.0%), utiliti (7.1%), dan bahan (7.0%).

Meninjau ke hadapan, 2016 dijangka satu lagi tahun yang mencabar bagi pasaran global. Percanggahan dasar wang, iaitu dasar lebih ketat di AS berbanding pelonggaran di tempat lain di dunia, dan jurang antara panduan kenaikan kadar faedah 1% yang diberikan oleh Rizab Persekutuan berbanding 0.5% yang dijangkakan oleh pasaran akan menyebabkan tahap ketidaktentuan yang lebih tinggi. Tekanan deflasi daripada kelemahan berpanjangan harga komoditi, serta potensi kelemahan di China atau AS boleh menimbulkan kebimbangan. Tahap penilaian pada akhir 2015 masih tinggi terutamanya di AS, Eropah dan Malaysia (Indeks FBM Shariah), iaitu masing-masing diperdagangkan pada +1 sisihan piawaian melebihi PER* min 5 tahun. Memandangkan ketidaktentuan yang mungkin wujud, Dana Sasaran akan mengguna pakai strategi bertahan secara keseluruhan, dan memanfaatkan peluang pelaburan taktikal.

Peruntukan Aset(% NAB)Kategori Aset

Instrumen Pasaran Wang Islam 6.34%

Ekuiti Berlandaskan Syariah Disebut Harga 93.66%

Peruntukan Aset Dana Sasaran – Pacific Dana Dividen (pada 31 Disember 2015)

Page 15: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

12

Graf Prestasi

Maklumat Tambahan1. Tiada perubahan dari segi objektif pelaburan, strategi, sekatan dan had Dana pada tahun yang

dilaporkan.2. Tiada pengagihan pendapatan yang dibuat dan dicadangkan pada tahun yang dilaporkan.

Dana Dividen HSBC Amanah Takaful (sambungan)

Dana Dividen HSBC Amanah Takaful 2015 2014 2013 2012

Jumlah NAB (MYR) 22,048,774 16,352,812 11,223,936 4,375,824 Unit dalam Edaran 19,404,585 14,782,691 10,047,376 4,261,133NAB seunit (MYR) 1.136 1.106 1.117 1.027NAB seunit tertinggi (MYR) 1.167 1.179 1.117 1.033NAB seunit terendah (MYR) 1.032 1.059 1.014 0.991 Pulangan Tahunan 2.72% -0.88% 8.68% 3.90%

Sejak Jumlah Pulangan Kumulatif 6 bulan 1 Tahun 3 Tahun Permulaan

Dana Dividen HSBC Amanah Takaful 0.16% 2.72% 10.65% 13.80%

Penanda Aras (50% FBMS + 50% DJIM) 7.54% 11.32% 39.08% 50.22%

Jadual Prestasi

Dana Dividen HSBC Amanah Takaful 50% FBMS + 50% DJIM

60.0000

50.0000

40.0000

30.0000

20.0000

10.0000

-

Jun

2012

Jul 2

012

Ogo

s 20

12S

ep 2

012

Okt

201

2N

ov 2

012

Dis

201

2

Jul 2

013

Ogo

s 20

13S

ep 2

013

Okt

201

3N

ov 2

013

Dis

201

3

Jan

2013

Feb

2013

Mac

201

3A

pr 2

013

Mei

201

3Ju

n 20

13

Feb

2014

Mac

201

4A

pr 2

014

Mei

201

4Ju

n 20

14Ju

l 201

4

Jan

2014

Ogo

s 20

14S

ep 2

014

Okt

201

4N

ov 2

014

Dis

201

4

Feb

2015

Mac

201

5A

pr 2

015

Mei

201

5Ju

n 20

15Ju

l 201

5

Jan

2015

Ogo

s 20

15S

ep 2

015

Okt

201

5N

ov 2

015

Dis

201

5

Dana Dividen HSBC Amanah TakafulPeratus Pertumbuhan Jumlah Pulangan

Page 16: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

13

Objektif Pelaburan

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur dalam Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik CIMB Islamic (“Dana Sasaran”), sebuah skim pelaburan bersama berlandaskan Syariah.

Yuran dan Caj

Yuran Pengurusan Dana – 1.50% setahun daripada nilai Dana (Yuran ini dikenakan untuk menguruskan portfolio secara berterusan.)

Yuran dikira berasaskan nilai Dana. Pengiraan terakru secara harian apabila menentukan harga unit Dana.

Tiada yuran atau bayaran terselindung dikenakan terhadap pengurusan dana ini.

Penilaian Pasaran Tahunan bagi Asia Pasifik Tidak Termasuk Jepun (1 Januari 2015 – 31 Disember 2015)

Pada suku pertama 2015, harga komoditi mengalami penyusutan ketara. Bagaimanapun, pasaran Asia meningkat dalam tempoh tersebut disebabkan pelonggaran dasar wang di India, Australia dan China. Peningkatan pasaran ini disokong selanjutnya oleh kenyataan bernada lembut oleh Janet Yellen berikutan mesyuarat Rizab Persekutuan A.S. (“Fed”) pada bulan Mac 2015. Ini diikuti oleh pertumbuhan ekonomi Amerrika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada yang dijangka. Pada April 2015, peningkatan pasaran tersebut disokong lagi oleh pemulihan harga minyak, pelonggaran dasar wang di China dan peluasan pelaburan dana China ke selatan.

Pasaran (Indeks MSCI All Country World) mencapai kemuncak bagi tahun yang dilaporkan pada bulan Mei, apabila pasaran saham A China meningkat dengan ketara disebabkan pembiayaan margin besar-besaran. Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai mencecah paras tertinggi 5,166 mata pada 12 Jun 2015. Kejatuhan kemudiannya berlaku disebabkan kombinasi faktor seperti pasaran yang telah naik terlalu tinggi, pelupusan kedudukan pembiayaan margin dan kecairan yang diserap oleh Tawaran Awam Awal yang besar. Kesan kegiatan penjualan di China turut dirasai pasaran Asia Utara lain seperti Hong Kong, Korea dan Taiwan. Pasaran China meneruskan jualan walaupun diambil pelbagai langkah kerajaan untuk menenangkan pasaran. Pasaran Asia lain juga mengalami kemerosotan seiring, sebahagiannya disebabkan kebimbangan tentang pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan. Pasaran Asia terus jatuh menjunam pada Ogos 2015, diterajui oleh penyusutan yang lebih besar daripada dijangka dalam ekonomi China, yang juga telah menyebabkan penyusutan nilai 3 peratus dalam Renminbi Yuan China (“CNY”). Kemerosotan tersebut telah berkurangan kepada negatif 4 peratus pada bulan September 2015, sambil pelabur mengurangkan risiko disebabkan kebimbangan terhadap tekanan disinflasi dan kemelesetan pertumbuhan global.

Pasaran Asia meningkat 12 peratus pada bulan Oktober 2015 disebabkan keputusan Fed untuk mengekalkan kadar faedah dan data daftar gaji AS yang lemah pada bulan tersebut. Kenaikan juga lebih ketara dengan pendekatan terlalu bertahan dana global sepanjang tempoh empat bulan kemerosotan. Dalam tempoh kewangan tersebut, beberapa bank pusat telah memotong kadar untuk menangani pertumbuhan perlahan dan inflasi yang lemah. India, China, Indonesia, Taiwan dan Korea semuanya telah menurunkan kadar sekali atau dua kali sepanjang tempoh dalam tinjauan. Bagaimanapun, mata wang pasaran Sedang Membangun (“EM”) mengalami penjualan secara agresif di samping pasaran ekuiti, walaupun dengan pelonggaran dasar tersebut.

Bulan Disember sekali lagi menimbulkan kesukaran bagi aset berisiko apabila pasaran ekuiti ditutup dengan kerugian, dan harga komoditi terus mencatatkan kemerosotan (kegagalan jelas OPEC untuk menyatukan kartel merupakan benteng terakhir yang runtuh bagi minyak). Sebaran bon korporat pulangan tinggi semakin lebar, dan ini mencerminkan kebimbangan tentang kegagalan pembayaran lebih tinggi di kalangan syarikat minyak, dan ketiadaan kecairan dalam pasaran pulangan tinggi lebih-lebih lagi memandangkan Third Avenue – sebuah dana lindung nilai yang memberi tumpuan khusus terhadap pelaburan bon berkualiti rendah – telah menghentikan penebusan oleh pelanggan. Walaupun perkembangan minyak dan bon korporat pulangan tinggi sering muncul dalam berita, tetapi tumpuan utama tetap diberikan kepada Bank Pusat. Bank Pusat Eropah (“ECB”) melanjutkan lagi pengembangan wang, yang tidak memenuhi jangkaan pasaran. Mungkin kesalahan terletak di tangan sendiri kerana meningkatkan jangkaan dengan ketara sejak mengumumkan hasratnya untuk melonggarkan dasar.

Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful

Page 17: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

14

Penilaian Pasaran Tahunan bagi Asia Pasifik Tidak Termasuk Jepun (1 Januari 2015 – 31 Disember 2015) (sambungan)

Pada akhir tahun yang dilaporkan, Fed meningkatkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2006 pada bulan Disember seperti yang diramalkan secara umum oleh pasaran; seolah-olah sudah dijangkakan jika dilihat daripada kesan terhadap pasaran selepas mesyuarat tersebut. Perkara paling penting berkaitan dengan Fed ialah sama ada ia bersetuju dengan pandangan pasaran tentang kenaikan kadar pada masa depan (positif untuk aset risiko) atau pasaran terpaksa bergerak lebih hampir kepada kenaikan kadar (negatif bagi aset berisiko).

Penilaian Strategi Pelaburan Dana Ekuiti Asia Pasifik CIMB Islamic, Dana Sasaran bagi Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful (1 Januari 2015 – 31 Disember 2015)

Pada tahun yang dilaporkan, Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful mencatatkan pulangan positif 13.55%, mengatasi penanda aras yang merosot 4.64%. Dari perspektif pasaran, pulangan mendatar hingga negatif telah dicatatkan oleh semua kelas aset dari segi USD. Sememangnya amat mencabar untuk memilih sekuriti yang betul memandangkan kekangan makroekonomi dan ketidakstabilan yang tinggi. Namun disebabkan oleh kelemahan Ringgit Malaysia, pelabur mendapat manfaat daripada pulangan kukuh Dana Sasaran tahun lepas.

Pada tahun 2016, pertumbuhan ekonomi dijangka masih perlahan dengan kadar faedah dan inflasi yang rendah. Pasaran dijangka tetap tidak stabil dan turun naik dengan ketara. Kenaikan Dolar AS mungkin sudah mendatar kerana Fed dilihat telah menaikkan kadar terlalu awal pada bulan Disember. Diharapkan ini akan mengurangkan tekanan terhadap mata wang dan CNY.

Memandangkan sektor pengeluaran AS menyusut buat tahun kedua berturut-turut pada bulan Disember – Indeks Institut Pengurusan Bekalan (“ISM”) pada bulan Disember meluncur ke paras terendah sejak Jun 2009 – kebimbangan tentang langkah Fed menaikkan kadar terlalu awal kini timbul. Oleh kerana Bank Jepun dan ECB menyuarakan hasrat untuk melaksanakan rangsangan wang lebih drastik dan Fed mungkin menangguhkan kenaikan kadarnya, bank pusat di Asia mempunyai pilihan untuk memotong kadar faedah bagi merangsang pertumbuhan. Indonesia telah memotong kadar faedah tanpa menimbulkan kelemahan kepada Rupiah. Manakala, Thailand, Filipina, Singapura, India, Korea melonggarkan dasar wang masing-masing pada tahun yang dilaporkan.

Pertumbuhan China semakin lemah tetapi unjuran pertumbuhan masih menggalakkan pada 6-7% bagi tahun ini. Sambil kesan reformasi kerajaan mula dirasai oleh ekonomi, Bank Republik Rakyat China dijangka menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi dengan kesediaan untuk mengawal kemelesetan yang boleh diterima, dan mengurangkan kejutan sampingan. Pandangan ekuiti Asia adalah neutral dan dijangka berada dalam julat tertentu selagi CNY tidak dibenarkan untuk menyusut dengan ketara (kepada julat nilai saksama kami pada 7.20-7.50). Secara keseluruhannya, pendapatan korporat Asia pada 2016 mungkin akan merosot lagi, dan analisis kami dari peringkat bawah hingga ke atas menunjukkan pertumbuhan sifar berbanding unjuran sepakat positif 3 peratus.

Memandangkan suasana pasaran yang tidak pasti dan risiko lebih tinggi terhadap pendapatan, pulangan pasaran tempatan dan global dijangka mendatar tahun ini. Pasaran antarabangsa dipilih berbanding pasaran tempatan memandangkan cabaran struktur dan kelemahan mata wang yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia. Dana Sasaran akan membuat keputusan pelaburan secara teliti dan terus menggunakan pendekatan pemilihan saham dari bawah ke atas sebagai pemacu prestasi utama dalam pasaran yang mendatar.

Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful (sambungan)

Peruntukan Aset Dana Sasaran - Dana Ekuiti Asia Pasifik CIMB Islamic (pada 31 Disember 2015)

Peruntukan Aset(% of NAB)Kategori Aset

Instrumen Pasaran Wang Islam 12.85%

Ekuiti berlandaskan Syariah (Asing) 87.15%

Page 18: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

15 Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful (sambungan)

Graf Prestasi

Maklumat Tambahan1. Tiada perubahan dari segi objektif pelaburan, strategi, sekatan dan had Dana pada tahun yang

dilaporkan.2. Tiada pengagihan pendapatan yang dibuat dan dicadangkan pada tahun yang dilaporkan.

HSBCATDD DJIP2T

50.0000

40.0000

30.0000

20.0000

10.0000

-

Jun

2012

Ogo

s 20

12

Okt

201

2

Dis

201

2

Ogo

s 20

13

Okt

201

3

Dis

201

3

Feb

2013

Apr

201

3

Jun

2013

Feb

2014

Apr

201

4

Jun

2014

Ogo

s 20

14

Okt

201

4

Dis

201

4

Feb

2015

Apr

201

5

Jun

2015

Ogo

s 20

15

Okt

201

5

Dis

201

5

Dana Ekuiti Islam Asia PasifikHSBC Amanah Takaful

Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik 2015 2014 2013 2012 HSBC Amanah Takaful

Jumlah NAB (MYR) 38,825,229 15,171,174 10,264,864 2,990,174 Unit dalam Edaran 26,921,904 11,946,178 8,873,596 2,722,756NAB Seunit (MYR) 1.442 1.270 1.157 1.098NAB seunit tertinggi (MYR) 1.472 1.280 1.160 1.059

NAB seunit terendah (MYR) 1.269 1.101 1.014 0.986 Pulangan Tahunan 13.55% 9.69% 6.43% 13.05%

Sejak Jumlah Pulangan Kumulatif 6 bulan 1 Tahun 3 Tahun Permulaan

Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik 1.61% 13.55% 31.31% 44.66% HSBC Amanah Takaful

Penanda Ara (Indeks Dow Jones Islamic -8.96% -4.64% 0.10% 7.21% Market Asia/Pacific ex Japan)

Jadual Prestasi

Page 19: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

16

Penyata KewanganBagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Page 20: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

17

Pengurus dengan sukacitanya mengemukakan laporan dan penyata kewangan teraudit untuk Pelan Berkaitan Pelaburan (seterusnya dirujuk secara bersama sebagai “Dana”) bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

Kegiatan utama Kegiatan utama Dana ialah melabur dalam pelaburan yang dibenarkan. Tiada perubahan dalam ciri kegiatan ini sepanjang tahun. Dasar pelaburanObjektif dana adalah bertujuan mencapai pertumbuhan modal jangka panjang bagi peserta, dengan melabur dalam portfolio saham dan aset/pelaburan lain yang patuh Syariah.

Laporan Pengurus

Keputusan Lebihan pendapatan atas perbelanjaan sebelum cukai

MYR’000- Portfolio Rising Phoenix -- Portfolio Flying Dragon 957- Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect 3,127- Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect 619- Dana Dividen Takaful 417- Dana Ekuiti Asia Pasifik 2,894

Pengarah Syarikat PengurusPengarah yang berkhidmat sepanjang tahun kewangan terdiri daripada:-

Datuk Haron bin SirajKasim bin ZakariaHarpal Karlcut (meletakkan jawatan pada 2 Mei 2015)Sazaliza bin Zainuddin Lim Eng Seong Ian Keith Moore (dilantik pada 29 April 2015)K . Vithyatharan A/L V Karunakaran (dilantik pada 6 Mei 2015)Zainudin bin Ishak (meletakkan jawatan pada 31 Januari 2015)

Untuk dan bagi pihak Pengurus,HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad

K . Vithyatharan A/L V KarunakaranPengarah

Kuala LumpurTarikh: 16 Mac 2016

Page 21: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

1818 Penyata Aset dan Liabiliti Pada 31 Disember 2015

Nota yang disertakan pada muka surat 23 hingga 27 membentuk sebahagian daripada penyata kewangan ini.

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 731530-M) (Ditubuhkan di Malaysia)

Pelan Berkaitan Pelaburan (Ditubuhkan di Malaysia)

Dana Ekuiti

Asia Pasifik

MYR’000

Portfolio Rising

Phoenix

MYR’000

Portfolio Flying

Dragon

MYR’000

Dana Pendapatan

Tetap LifeSelect

MYR’000

Dana Ekuiti

LifeSelect

MYR’000

Dana DividenTakaful

MYR’000

Nota

2015Pelaburan Pelaburan berstruktur 3 – – – – – – Skim pelaburan bersama 4 – – 114,750 164,574 21,928 38,905 Tunai dan kesetaraan tunai Tunai dan baki bank 109 787 1,001 (1,564) (813) 1,708Aset cukai tertunda – – – 1,081 93 –Aset lain – – 97 2,700 925 59

Jumlah Aset 109 787 115,848 166,791 22,133 40,672

Peruntukan cukai 90 143 232 1,038 44 91 Liabiliti cukai tertunda – – 148 – – 422 Liabiliti lain – – 1,341 – – 1,347

Jumlah Liabiliti 90 143 1,721 1,038 44 1,860

Nilai Aset Bersih Dana 19 644 114,127 165,753 22,089 38,812

Diwakili oleh:Dana Peserta (856) (807) 102,603 149,111 21,215 34,403Pendapatan dihasilkan dibawa ke hadapan 875 1,451 11,524 16,642 874 4,409 19 644 114,127 165,753 22,089 38,812

Bilangan unit – – 94,339 100,391 19,405 26,922

Nilai Aset Bersih Seunit (MYR) – – 1.21 1.65 1.14 1.44

2014Pelaburan Pelaburan berstruktur 3 – 16,387 – – – – Skim pelaburan bersama 4 – – 118,846 155,314 16,161 15,299 Tunai dan kesetaraan tunai Tunai dan baki bank 190 845 322 639 9 10Aset cukai tertunda – – – 558 96 –Aset lain – – – 589 115 117

Jumlah Aset 190 17,232 119,168 157,100 16,381 15,426

Peruntukan cukai 90 2 218 1,021 32 14 Liabiliti cukai tertunda – 65 189 – – 175 Liabiliti lain 81 150 464 – – 91

Jumlah Liabiliti 171 217 871 1,021 32 280

Nilai Aset Bersih Dana 19 17,015 118,297 156,079 16,349 15,146

Diwakili oleh:Dana Peserta (856) 16,444 109,927 140,563 15,877 13,306(Rugi)/untung dihasilkan dihantar ke hadapan 875 571 8,370 15,516 472 1,840 19 17,015 118,297 156,079 16,349 15,146

Bilangan unit – 15,583 100,567 95,409 14,783 11,946

Nilai Aset Bersih Seunit (MYR) – 1.09 1.18 1.64 1.11 1.27

Page 22: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

19 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Nota yang disertakan pada muka surat 23 hingga 27 membentuk sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Dana Ekuiti

Asia Pasifik

MYR’000

Portfolio Rising

Phoenix

MYR’000

Portfolio Flying

Dragon

MYR’000

Dana Pendapatan

Tetap LifeSelect

MYR’000

Dana Ekuiti

LifeSelect

MYR’000

Dana DividenTakaful

MYR’000

2015 Pendapatan pelaburan Pengagihan pendapatan – – 3,641 8,466 454 – Untung modal pelaburan belum direalisasi – – – – 49 3,094Untung bersih atas pelupusan pelaburan – 1,761 181 – – 207

Jumlah pendapatan – 1,761 3,822 8,466 503 3,301

Rugi modal pelaburan belum direalisasi – (804) (522) (7,557) (64) – Perbelanjaan lain – – (173) (290) (22) (407)

Jumlah perbelanjaan – (804) (695) (7,847) (86) (407)

Untung/(Rugi) sebelum cukai – 957 3,127 619 417 2,894Cukai – (77) 27 507 (15) (325)

Untung selepas cukai – 880 3,154 1,126 402 2,569(Rugi)/untung dihasilkan dibawa ke hadapan 875 571 8,370 15,516 472 1,840

Untung dihasilkan dihantar ke hadapan 875 1,451 11,524 16,642 874 4,409

2014

Pendapatan pelaburan Pengagihan pendapatan – – 1,944 2,391 1,232 – Untung modal pelaburan belum direalisasi – 645 1,549 – – 1,370Untung bersih atas pelupusan pelaburan 1,120 28 48 311 38 171

Jumlah pendapatan 1,120 673 3,541 2,702 1,270 1,541

Rugi modal pelaburan belum direalisasi (105) – – (9,781) (1,608) – Perbelanjaan lain – – (281) (437) (44) (213)

Jumlah perbelanjaan (105) – (281) (10,218) (1,652) (213)

Untung/(Rugi) sebelum cukai 1,015 673 3,260 (7,516) (382) 1,328Cukai (82) (54) (128) 756 96 (123)

Untung selepas cukai 933 619 3,132 (6,760) (286) 1,205(Rugi)/untung dihasilkan dibawa ke hadapan (58) (48) 5,238 22,276 758 635

Untung dihasilkan dihantar ke hadapan 875 571 8,370 15,516 472 1,840

Page 23: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

20 Penyata Perubahan Nilai Aset Bersih Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Nota yang disertakan pada muka surat 23 hingga 27 membentuk sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Dana Ekuiti

Asia Pasifik

MYR’000

Portfolio Rising

Phoenix

MYR’000

Portfolio Flying

Dragon

MYR’000

Dana Pendapatan

Tetap LifeSelect

MYR’000

Dana Ekuiti

LifeSelect

MYR’000

Dana DividenTakaful

MYR’000

2015Nilai Aset Bersih Dana pada awal tahun kewangan 19 17,015 118,297 156,079 16,349 15,146 Penciptaan unit bersih – – 9,034 31,602 7,145 23,475Pembatalan unit bersih – – (16,358) (23,054) (1,807) (2,378) Kematangan – (17,251) – – – –Untung/(Rugi) bagi tahun dilaporkan – 880 3,154 1,126 402 2,569

Nilai Aset Bersih Dana pada akhir tahun kewangan 19 644 114,127 165,753 22,089 38,812

2014Nilai Aset Bersih Dana pada awal tahun kewangan 29,990 17,180 107,903 144,565 11,224 10,265 Penciptaan unit bersih – – 18,517 37,375 6,651 5,129Pembatalan unit bersih (629) (784) (11,255) (19,101) (1,240) (1,453) Kematangan (30,275) – – – – –Untung/(Rugi) bagi tahun dilaporkan 933 619 3,132 (6,760) (286) 1,205

Nilai Aset Bersih Dana pada akhir tahun kewangan 19 17,015 118,297 156,079 16,349 15,146

Page 24: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

21 Penyata Aliran Tunai Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Nota yang disertakan pada muka surat 23 hingga 27 membentuk sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Dana Ekuiti

Asia Pasifik

MYR’000

Portfolio Rising

Phoenix

MYR’000

Portfolio Flying

Dragon

MYR’000

Dana Pendapatan

Tetap LifeSelect

MYR’000

Dana Ekuiti

LifeSelect

MYR’000

Dana DividenTakaful

MYR’000

2015Aliran tunai daripada kegiatan operasiUntung/(Rugi) sebelum cukai – 958 3,126 619 417 2,893Pelarasan untuk: Pengagihan pendapatan – – (3,641) (8,466) (454) – Untung bersih atas pelupusan pelaburan – (1,761) (181) – – (207) (Untung)/rugi modal pelaburan belum direalisasi – – 522 6,543 (49) (3,094)

Rugi daripada operasi sebelum perubahan dalam aset dan liabiliti operasi – (803) (174) (1,304) (86) (407) Hasil daripada pelupusan pelaburan – 18,146 13,887 12,573 1,232 1,303 Pembelian pelaburan – – (10,132) (28,376) (6,949) (21,609) Pengurangan/(Peningkatan) aset lain – – 780 (2,111) (811) 58 (Pengurangan)/Peningkatan liabiliti lain (81) (150) – 1 1 1,256

Tunai dihasilkan daripada/(digunakan dalam) operasi (81) 17,193 4,361 (19,217) (6,613) (19,399) Pengagihan pendapatan – – 3,641 8,466 454 –

Tunai bersih dihasilkan daripada/(digunakan dalam) kegiatan operasi (81) 17,193 8,002 (10,751) (6,159) (19,399)

Aliran tunai daripada kegiatan pembiayaan Hasil daripada penciptaan unit – – 9,035 31,602 7,145 23,475 Bayaran bagi pembatalan unit – – (16,358) (23,054) (1,807) (2,378) Bayaran bagi kematangan unit – (17,251) – – – –

Tunai bersih (digunakan dalam)/dihasilkan daripada kegiatan pembiayaan – (17,251) (7,323) 8,546 5,340 21,097

Peningkatan/(pengurangan) bersih tunai dan kesetaraan tunai (81) (58) 679 (2,203) (821) 1,698Tunai dan kesetaraan tunai pada 1 Januari 190 845 322 639 9 10

Tunai dan kesetaraan tunai pada 31 Disember 109 787 1,001 (1,564) (812) 1,708

Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada: Tunai dan baki bank 109 787 1,001 (1,564) (813) 1,708

Page 25: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

22 Penyata Aliran Tunai (sambungan) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Nota yang disertakan pada muka surat 23 hingga 27 membentuk sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Dana Ekuiti

Asia Pasifik

MYR’000

Portfolio Rising

Phoenix

MYR’000

Portfolio Flying

Dragon

MYR’000

Dana Pendapatan

Tetap LifeSelect

MYR’000

Dana Ekuiti

LifeSelect

MYR’000

Dana DividenTakaful

MYR’000

2014Aliran tunai daripada kegiatan operasiUntung/(Rugi) sebelum cukai 1,015 673 3,260 (7,516) (382) 1,328Pelarasan untuk: Pengagihan pendapatan – – (1,944) (2,391) (1,232) – Untung bersih atas pelupusan pelaburan (1,120) (28) (48) (311) (38) (171) (Untung)/rugi modal pelaburan belum direalisasi – (645) (1,549) 9,781 1,608 (1,370)

Rugi daripada operasi sebelum perubahan dalam aset dan liabiliti operasi (105) – (281) (437) (44) (213) Hasil daripada pelupusan pelaburan 31,202 806 6,882 9,689 1,363 1,717 Pembelian pelaburan – – (24,029) (33,773) (12,137) (5,842) Pengurangan/(Peningkatan) aset lain – – 3,281 2,767 (104) 16 (Pengurangan)/Peningkatan liabiliti lain (157) 9 – – – 81

Tunai dihasilkan daripada/(digunakan dalam) operasi 30,940 815 (14,147) (21,754) (10,922) (4,241) Pengagihan pendapatan – – 1,944 2,391 1,232 –

Tunai bersih dihasilkan daripada/(digunakan dalam) kegiatan operasi 30,940 815 (12,203) (19,363) (9,690) (4,241)

Aliran tunai daripada kegiatan pembiayaan Hasil daripada penciptaan unit – – 18,517 37,375 6,651 5,129 Bayaran bagi pembatalan unit (629) (784) (11,255) (19,101) (1,240) (1,453) Bayaran bagi kematangan unit (30,275) – – – – –

Tunai bersih (digunakan dalam)/dihasilkan daripada kegiatan pembiayaan (30,904) (784) 7,262 18,274 5,411 3,676

Peningkatan/(pengurangan) bersih tunai dan kesetaraan tunai 36 31 (4,941) (1,089) (4,279) (565)Tunai dan kesetaraan tunai pada 1 Januari 154 814 5,263 1,728 4,288 575

Tunai dan kesetaraan tunai pada 31 Disember 190 845 322 639 9 10

Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada: Tunai dan baki bank 190 845 322 639 9 10

Page 26: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

23 Nota Kepada Penyata Kewangan

Maklumat mengenai DanaPengurus, HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad, ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan dan bermastautin di Malaysia. Kegiatan utama Pengurus ialah menguruskan perniagaan takaful keluarga dan takaful am. Perniagaan takaful keluarga merangkumi pengurusan dana berkaitan pelaburan.

Alamat pejabat berdaftar dan tempat utama perniagaannya adalah seperti berikut:

Tempat Utama Perniagaan Pejabat Berdaftar Tingkat 8 – 9, Menara Utara Tingkat 10, Menara Utara No. 2 Leboh Ampang, No. 2 Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia 50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Kegiatan utama Dana ialah melabur dalam pelaburan yang dibenarkan. Butiran mengenai jenis pelaburan yang dibuat oleh Dana adalah seperti berikut:

a. Dana Pendapatan Tetap HSBC Amanah LifeSelect bertujuan untuk memberikan pulangan yang mantap dalam jangka pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam skim pelaburan bersama (“Dana Sasaran”) yang melabur dalam portfolio berlandaskan Syariah terpelbagai yang terdiri daripada sekuriti hutang persendirian Islam dan aset cair lain. Dana ini juga bertujuan untuk mencapai tahap pertumbuhan modal tertentu dalam jangka pertengahan hingga panjang.

b. Dana Ekuiti HSBC Amanah LifeSelect bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam skim pelaburan bersama (“Dana Sasaran”) yang melabur dalam ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti berlandaskan Syariah Malaysia.

c. ‘Rising Phoenix’ ialah Pelaburan Berstruktur Disebut Harga dalam Ringgit Malaysia 5 Tahun yang dikaitkan dengan Sekumpulan Saham. Kumpulan saham Rising Phoenix terdiri daripada saham berlandaskan Syariah yang memberikan pendedahan terutamanya kepada pasaran ekuiti China.

d. ‘Flying Dragon’ ialah Pelaburan Berstruktur Disebut Harga dalam Ringgit Malaysia 5 Tahun yang dikaitkan dengan Indeks Dow Jones Islamic Market China/ Hong Kong Titans 30.

e. Dana Dividen HSBC Amanah Takaful (“Dana Dividen Takaful”) berusaha untuk mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan menerusi pelaburan dalam skim pelaburan bersama (“Dana Sasaran”) yang melabur dalam sekuriti ekuiti Malaysia dan asing berlandaskan Syariah yang membayar atau berpotensi membayar dividen yang konsisten dan menarik.

f. Dana Ekuiti Islam Asia Pasifik HSBC Amanah Takaful (“Ekuiti Asia Pasifik”) berusaha untuk mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan dengan melabur dalam skim pelaburan bersama (“Dana Sasaran”). Dana Sasaran berusaha mencapai peningkatan modal dan pendapatan jangka panjang sambil mematuhi kriteria pelaburan Syariah, menerusi pelaburan dalam pasaran sedang membangun dan pasaran maju di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun.

Syarikat pegangan langsung Pengurus ialah HSBC Insurance (Asia Pacific) Holdings Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di Hong Kong. Syarikat pegangan induk ialah HSBC Holdings Plc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom.

Penyata kewangan Dana telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat Pengurus pada 16 Mac 2016.

Page 27: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

24 Nota Kepada Penyata Kewangan (sambungan)

1. Asas penyediaana. Asas perakaunan Penyata kewangan Dana telah disediakan menurut dasar perakaunan yang diterangkan dalam

Nota 2 dan Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan.

b. Asas pengukuran Penyata kewangan Dana telah disediakan atas dasar kos sejarah yang diubahsuai menerusi

penilaian semula pelaburan seperti yang dinyatakan dalam Nota 2(a).

c. Mata wang fungsian dan pembentangan Penyata kewangan Dana dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (“RM”), yang merupakan mata

wang fungsian Dana. Semua maklumat kewangan dibentangkan dalam RM, dan telah dibulatkan kepada ribu terdekat, melainkan dinyatakan selainnya.

d. Penggunaan anggaran dan pertimbangan Penyediaan penyata kewangan memerlukan pihak pengurusan membuat pertimbangan, anggaran

dan andaian yang mempengaruhi penggunaan dasar perakaunan dan jumlah aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran ini.

Anggaran dan andaian asas diteliti secara berterusan. Perubahan kepada anggaran perakaunan diiktiraf pada tahun anggaran disemak dan pada mana-mana tahun mendatang yang berkenaan.

Tiada bahagian penting di mana wujudnya ketidakpastian anggaran dan pertimbangan kritikal semasa mengguna pakai dasar perakaunan yang mempunyai kesan ketara terhadap penyata kewangan melainkan yang didedahkan dalam Nota 2(a).

2. Dasar perakaunan penting Dasar perakaunan yang diterangkan di bawah telah diguna pakai secara konsisten pada tempoh yang

dibentangkan dalam penyata kewangan ini.

a. Pelaburan

Pelaburan berstruktur dinyatakan pada harga penilaian penutup berasaskan teknik penilaian seperti yang ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad menurut terma dan syarat setiap dana pada tarikh laporan. Harga penilaian penutup bagi setiap dana mengambil kira nilai pasaran saham berlandaskan Syariah yang termasuk dalam portfolio pelaburan berstruktur tersebut. Semua pembelian unit amanah (skim pelaburan bersama) diiktiraf pada tarikh dagangan masing-masing, iaitu tarikh komitmen tersebut wujud untuk membeli pelaburan. Pelaburan pada mulanya dicatatkan pada kos, iaitu nilai saksama pertimbangan yang diberikan. Kos urus niaga yang berkaitan diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan apabila ditanggung. Nilai saksama ditentukan dengan menggunakan penilaian pasaran terbuka pada akhir tahun. Sebarang peningkatan atau pengurangan nilai pelaburan pada setiap tarikh laporan diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

Page 28: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

25 Nota Kepada Penyata Kewangan (sambungan)

2. Dasar perakaunan penting (sambungan)

b. Penciptaan Unit BersihPenciptaan unit bersih mewakili sumbangan yang dibayar oleh peserta sebagai bayaran bagi sijil baru dan ditolak pembatalan sejak dari mula. Penciptaan unit bersih diiktiraf atas dasar penerimaan.

c. Pembatalan Unit BersihPembatalan unit bersih mewakili pembatalan unit yang timbul daripada serahan dan pengeluaran oleh peserta. Pembatalan unit bersih diiktiraf apabila sijil takaful yang berkaitan diserahkan.

d. Pengiktirafan PendapatanPengagihan pendapatan diiktiraf apabila hak menerima bayaran ditentukan.

Untung daripada deposit dengan institusi kewangan diiktiraf secara akruan.

Untung atau rugi atas pelupusan pelaburan dikreditkan atau diambil kira dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan apabila ia timbul.

e. Belanja Cukai Pendapatan Belanja cukai pendapatan terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa dan

cukai tertunda diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

Cukai semasa ialah cukai yang dijangka perlu dibayar atau akan diterima atas pendapatan boleh dicukai atau kerugian bagi tahun dilaporkan menggunakan kadar cukai yang telah digubal atau digubal secara substantif menjelang akhir tempoh laporan, dan sebarang pelarasan kepada cukai perlu dibayar berkaitan dengan tahun sebelumnya.

Cukai tertunda diiktiraf menggunakan kaedah liabiliti, memperuntukkan perbezaan sementara antara nilai dibawa aset dan liabiliti dalam penyata kedudukan kewangan dan asas cukai masing-masing. Cukai tertunda diukur pada kadar cukai yang dijangka dikenakan bagi perbezaan sementara apabila ia dibalikkan, berasaskan undang-undang yang telah digubal atau digubal secara substantif menjelang akhir tempoh laporan.

Aset dan liabiliti cukai tertunda diimbangi jika terdapat hak yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang untuk mengimbangi liabiliti dan aset cukai tertunda semasa, dan ia berkaitan dengan cukai pendapatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa cukai sama ke atas entiti boleh dicukai yang sama, atau atas entiti cukai berbeza, tetapi mereka bercadang untuk menjelaskan liabiliti dan aset cukai semasa atas dasar bersih atau aset dan liabiliti cukai mereka akan direalisasikan secara serentak.

Aset cukai tertunda diiktiraf setakat terdapat kemungkinan bahawa untung boleh dicukai masa depan boleh diperolehi untuk menggunakan perbezaan sementara tersebut. Aset cukai tertunda disemak pada setiap akhir tempoh laporan dan dikurangkan sehingga ke tahap manfaat berkaitan cukai tidak mungkin lagi dapat direalisasi.

f. Tunai dan Kesetaraan TunaiTunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada tunai dan baki bank, termasuk deposit dengan institusi kewangan berlesen, yang boleh ditukar serta-merta dengan tunai dan yang tidak tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang ketara.

Page 29: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

26

3. Pelaburan berstruktur

Nota Kepada Penyata Kewangan (sambungan)

2014

MYR’000

2014

MYR’000

2014

MYR’000

Portfolio Flying Dragon

Portfolio Rising Phoenix

2015

MYR’000

2015

MYR’000

2015

MYR’000

4. Skim pelaburan bersama

Pelaburan Pada kos – – – 15,583Untung modal belum direalisasi – – – 804

Pada nilai pasaran – – – 16,387

Dana Pendapatan Tetap LifeSelect Pada Kos 112,906 116,480 Untung modal belum direalisasi 1,844 2,366

Pada nilai pasaran indikatif 114,750 118,846 Dana Ekuiti LifeSelectPada Kos 178,091 162,288 (Rugi)/untung modal belum direalisasi (13,517) (6,974)

Pada nilai pasaran indikatif 164,574 155,314

Dana Dividen TakafulPada Kos 23,091 17,374(Rugi)/untung modal belum direalisasi (1,163) (1,213)

Pada nilai pasaran indikatif 21,928 16,161

Ekuiti Asia Pasifik Pada Kos 33,626 13,113 Untung modal belum direlisasi 5,279 2,186

Pada nilai pasaran indikatif 38,905 15,299

Page 30: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

27 Nota Kepada Penyata Kewangan (sambungan)

5. Pengagihan Tiada pengagihan untung kepada peserta dibuat pada tahun dilaporkan.

6. Instrumen kewangan Dana terdedah kepada risiko mata wang asing, pasaran kredit, kecairan dan kadar keuntungan.

Risiko mata wang asing Risiko mata wang asing ialah risiko bahawa nilai instrumen kewangan akan turun naik akibat

perubahan dalam kadar tukaran asing. Pendedahan Dana kepada mata wang asing terhad sebahagian besarnya kepada dana pelaburan berstruktur kerana bayaran keuntungan akhir (jika ada) dikira dengan merujuk, antara lain kepada Kadar Lani akhir USD/MYR, dan dengan itu akan dipengaruhi oleh turun naik kadar USD/MYR. Dana tidak terlibat dalam kegiatan lindung nilai untuk melindungi nilai daripada turun naik tukaran asing.

Risiko pasaran Risiko pasaran timbul apabila nilai pelaburan turun naik sebagai tindak balas kepada kegiatan

syarikat individu, pasaran umum atau keadaan ekonomi. Pengurus mengendalikan risiko menerusi pemantauan yang berterusan prestasi dan profil risiko portfolio pelaburan.

Risiko kredit Risiko kredit merujuk kepada keupayaan pihak yang berurus niaga untuk membuat bayaran

pengagihan pendapatan, wang pokok dan hasil daripada jualan pelaburan tepat pada masanya. Pengurus menguruskan risiko kredit dengan menjalankan penilaian kredit untuk mengurangkan risiko sedemikian. Bagi hasil kutipan daripada suntikan atau langganan atau penebusan skim pelaburan bersama, syarat penjelasan dinyatakan dalam memorandum operasi yang berkenaan yang ditandatangani antara HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad dan pengurus dana luar yang berkenaan. Dana pelaburan berstruktur diletakkan dengan Pengeluar dan dengan itu amat bergantung kepada Pengeluar Pelaburan Berstruktur untuk membayar balik wang pokok (dan sebarang Pembayaran Untung Akhir) pada Tarikh Matang. Dalam hal ini, perlu diingat bahawa dana pelaburan tidak dianggap sebagai deposit dengan Pengeluar Pelaburan Berstruktur. Sebaliknya, dana pelaburan ialah liabiliti tidak bercagar dengan Pengeluar Pelaburan Berstruktur. Maka pelaburan bergantung kepada keupayaan Pengeluar Pelaburan Berstruktur untuk membayar balik wang pokok semasa matang.

Risiko kecairan Risiko kecairan ialah risiko bahawa Dana Berkaitan Pelaburan mungkin mengalami masalah

memenuhi kewajipan kewangan. Pengurus menguruskan risiko dengan mengekalkan tahap kecairan yang secukupnya untuk memenuhi pembayaran yang dijangka dan penebusan unit oleh peserta.

Risiko kadar keuntungan Risiko kadar keuntungan ialah risiko bahawa nilai Dana Berkaitan Pelaburan akan turun naik

kerana perubahan dalam kadar keuntungan pasaran. Kadar keuntungan bergerak pada arah yang bertentangan dengan harga Sukuk. Apabila kadar keuntungan naik, harga Sukuk jatuh dan begitu juga sebaliknya. Risiko kadar keuntungan dipantau menerusi tinjauan berkala kedudukan aset dan liabiliti dengan matlamat mengehadkan perubahan bersih dalam nilai aset dan liabiliti dan daripada pergerakan kadar faedah.

Nilai saksama Nilai saksama pelaburan telah didedahkan dalam Nota 3 dan 4. Asas bagi memperolehi nilai saksama

didedahkan dalam Nota 2(a).

Page 31: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

28

Saya, K . Vithyatharan A/L V Karunakaran, Pengarah HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad menyatakan bahawa, pada pendapat Pengurus, penyata kewangan pada 31 Disember 2015 dan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut yang dibentangkan pada muka surat 2 hingga 19, disediakan dalam segala hal penting, menurut dasar perakaunan yang dinyatakan dalam Nota 2 dan Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan.

Untuk dan bagi pihak Pengurus, HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad

K . Vithyatharan A/L V Karunakaran Pengarah

Kuala Lumpur Tarikh: 16 Mac 2016

Penyata oleh Pengurus

Page 32: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan

29

Laporan Terhadap Penyata KewanganKami telah mengaudit penyata kewangan Dana, yang terdiri daripada penyata aset dan liabiliti pada 31 Disember 2015, dan penyata pendapatan dan perbelanjaan, perubahan nilai aset bersih dan aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut dan ringkasan dasar perakaunan penting dan maklumat penjelasan lain seperti yang dibentangkan pada muka surat 18 hingga 27.

Tanggungjawab Pengarah terhadap Penyata KewanganPengarah syarikat Pengurus bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan ini menurut dasar perakaunan yang dibentangkan dalam Nota 2 kepada penyata kewangan dan Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans/Takaful berkaitan Pelaburan, dan bagi kawalan dalaman yang ditentukan sebagai perlu oleh Pengarah untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata ketara, sama ada disebabkan penipuan atau kesilapan.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk memberikan pandangan terhadap penyata kewangan ini berasaskan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami mematuhi keperluan etika dan merancang dan melaksanakan audit untuk mendapatkan jaminan sewajarnya bahawa penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyata ketara.

Audit membabitkan pelaksanaan prosedur untuk mendapatkan bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung pada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko salah nyata ketara penyata kewangan, sama ada kerana penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko ini, kami mengambil kira kawalan dalaman yang berkaitan dengan penyediaan penyata kewangan entiti untuk merangka prosedur audit yang sesuai mengikut keadaan, tetapi bukan untuk tujuan memberikan pandangan tentang keberkesanan kawalan dalaman entiti. Audit juga termasuk penilaian kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kewajaran anggaran perakaunan yang dibuat oleh Pengarah syarikat Pengurus, dan juga menilai pembentangan keseluruhan penyata kewangan.

Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan wajar untuk menjadi asas bagi pandangan audit kami.

PandanganPada pandangan kami, penyata kewangan pada 31 Disember 2015 dan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut telah disediakan, dalam segala hal yang penting menurut dasar perakaunan yang diterangkan dalam Nota 2 dan Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans/Takaful berkaitan Pelaburan.

Perkara LainLaporan ini dibuat semata-mata kepada peserta Dana, sebagai sebuah badan, menurut Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans/Takaful berkaitan Pelaburan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain bagi kandungan laporan ini

PRICEWATERHOUSECOOPERSNombor Firma: AF 1146Akauntan Berkanun

Kuala Lumpur, Wilayah PersekutuanTarikh: 16 Mac 2016

Laporan Juruaudit Bebas Kepada peserta Pelan Berkaitan Pelaburan HSBC Amanah Takaful (“Dana”)

Page 33: HSBC Amanah Takaful Dana Berkaitan Pelaburan