hr 3

5
BAB 3 : Proses Perancangan Sumber Manusia 3.1 Ringkasan : Proses perancangan sumber manusia ialah satu proses menentukan bilangan dan kategori pekerja yang diperlukan pada sesuatu masa untuk memenuhi keperluan organisasi. Perancangan sumber manusia juga merupakan satu strategi pengambilan, penggunaan, pembaikan dan pengekalan sumber tenaga manusia sesebuah organisasi. Ia juga merupakan analisis kerja dasar untuk meramal keperluan terhadap sumber manusia dan juga rancangan seperti latihan, pertukaran atau kenaikan. Ia juga menggalakkan pengurusan personel menimbang isu tenaga manusia secara menyeluruh dan strategik. Perancangan sumber manusia membolehkan organisasi dan jabatan sumber manusia membentuk rancangan penstafan yang dapat menyokong pelaksanaan strategi organisasi dengan mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi secara proaktif. Perancangan sumber manusia bukan sahaja meliputi skop pengambilan pekerja dan menguruskan rekod-rekod perkhidmatan tetapi pada masa kini kepentingannya semakin ketara meliputi pengurusan tentang kebajikan para pekerja, perubahan persekitaran organisasi, penggubalan undang-undang dan peraturan serta perubahan pasaran buruh. Semenjak tahun 1980an ‘pengurusan personalia’ atau perancangan tenaga manusia bertindak sebagai kebajikan dan dan juga penyimpan rekod kakitangan. Firma-firma yang memberi penekanan terhadap pengurusan sumber manusia dilihat mencapai prestasi cemerlang seterusnya peningkatan trerhadap produktiviti organisasi. Tujuan perancangan sumber manusia untuk memastikan wujudnya kestabilan dalm suasana yang tidak menentu , dengan tugas pembangunan dasar dan membuat keputusan semasa yang akan membawa kesan kepada tenaga kerja pada masa aka datang. Perubahan persekitaran dan peningkatan pengaruh luaran terhadap organisasi seta penggubalan un dang-undang dan perubahan serta peraturan senakin diperlukan. Oleh itu, pengurusan tentang kebajikan para pekerja yang pelbagai ini perlu diberi perhatian oleh organisasi Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia 8

Upload: daqril81

Post on 01-Feb-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

human resources kewangan

TRANSCRIPT

Page 1: HR 3

BAB 3 : Proses Perancangan Sumber Manusia

3.1 Ringkasan :

Proses perancangan sumber manusia ialah satu proses menentukan bilangan dan kategori pekerja yang diperlukan pada sesuatu masa untuk memenuhi keperluan organisasi. Perancangan sumber manusia juga merupakan satu strategi pengambilan, penggunaan, pembaikan dan pengekalan sumber tenaga manusia sesebuah organisasi. Ia juga merupakan analisis kerja dasar untuk meramal keperluan terhadap sumber manusia dan juga rancangan seperti latihan, pertukaran atau kenaikan. Ia juga menggalakkan pengurusan personel menimbang isu tenaga manusia secara menyeluruh dan strategik. Perancangan sumber manusia membolehkan organisasi dan jabatan sumber manusia membentuk rancangan penstafan yang dapat menyokong pelaksanaan strategi organisasi dengan mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi secara proaktif.

Perancangan sumber manusia bukan sahaja meliputi skop pengambilan pekerja dan menguruskan rekod-rekod perkhidmatan tetapi pada masa kini kepentingannya semakin ketara meliputi pengurusan tentang kebajikan para pekerja, perubahan persekitaran organisasi, penggubalan undang-undang dan peraturan serta perubahan pasaran buruh. Semenjak tahun 1980an ‘pengurusan personalia’ atau perancangan tenaga manusia bertindak sebagai kebajikan dan dan juga penyimpan rekod kakitangan. Firma-firma yang memberi penekanan terhadap pengurusan sumber manusia dilihat mencapai prestasi cemerlang seterusnya peningkatan trerhadap produktiviti organisasi.

Tujuan perancangan sumber manusia untuk memastikan wujudnya kestabilan dalm suasana yang tidak menentu , dengan tugas pembangunan dasar dan membuat keputusan semasa yang akan membawa kesan kepada tenaga kerja pada masa aka datang. Perubahan persekitaran dan peningkatan pengaruh luaran terhadap organisasi seta penggubalan un dang-undang dan perubahan serta peraturan senakin diperlukan. Oleh itu, pengurusan tentang kebajikan para pekerja yang pelbagai ini perlu diberi perhatian oleh organisasi manakala perancangan sumber manusia merupakan fungsi yang paling penting dalam pengurusan sumber manusia.

Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia8

Page 2: HR 3

3.2 Idea Utama

1. Meningkatkan daya saing organisasi

Perancangan sumber manusia yang berkesan dapat meningkatkan kelebihan daya saing organisasi.

Melalui ramalan permintaan dan penawaran sumber manusia untuk masa hadapan, organisasi akan

dapat memastikan operasi tidak terganggu disebabkan oleh kekurangan atau terlebih tenaga buruh.

Jika lebihan tenaga buruh, majikan akan menanggung kos untuk membayar pampasan dan

sebagainya. Manakala kekurangan tenaga buruh akan menyebabkan majikan mungkin akan

membayar gaji yang lebih dan kos akan meningkat.

2. Meningkatkan Produktiviti Organisasi

Organisasi yang dapat menguruskan sumber manusianya dengan cekap akan dapat menggunakan

tenaga kerja yang ada dengan optimum. Masalah seperti mengambil rehat yang panjang pada waktu

tengahari mungkin tidak akan terjadi. Pengambilan dan pemilihan pekerja yang berterusan tanpa

memikirkan tentang perancangan boleh menyebabkan berlakunya lebihan tenaga manusia. Jika ini

terjadi, ia akan menyebabkan kebolehan dan kemahiran tenaga tenaga kerja tidak digunakan dan

akan menjejaskan produktiviti organisasi secara keseluruhannya.

3. Mengurangkan Masalah Sumber Manusia

Perancagan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan dapat mengurangkan masalah sumber

manusia. Masalah sumber manusia seperti, kebosanan melakukan tugas rutin, masalah moral dan

ketidakhadiran kerja merupakan perancangan sumber manusia yang lemah. Perancangan sumber

manuiia yang baik akan menjadikan tugas lebih menarik dan selesa serta kebolehan dan kecekapan

sumber manusia dapatdigunakan dengan optimum.

4. Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Yang Berkesan

Organisasi akan berfungsi dengan lebih berkesan jika perancangan sumber manusianya lebih cekap

dan berkesan. Apabila perancangan sumber manusia selari dengan perancangan strategik maka ia

akan mempengaruhi fungsi pengurusan sumber manusia yang lain. Aktiviti atau program pengurusan

sumber manusia yang dirancang perlu selari dengan ramalan keperluan dan penawaran kerja di

pasaran. Fungsi-fungsi seperti pengambilan dan pemilihan, pentadbiran pampasan, pembangunan

kerjaya, latihan dan pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta menambah nilai

kepada organisasi.

Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia9

Kura

ngka

n m

asala

h sum

ber

M e n i n g k a t k a n p r o d u k t i v i t i o r g a n i s a s i

M e n i n g k a t k a n d a y a s a i n g o r g a n i s a s i

Fung

si pengurusan sum

ber

manusi

a yang berk

esan

P r o s e s P e r a n c a n g a n S u m b e r M a n u s i a

Page 3: HR 3

3.3 Idea Yang Boleh Diterapkan Dalam Organisasi Pendidikan

Pendidikan yang cemerlang dan berkualiti merupakan usaha bagi membangunkan generasi

alaf baru selaras dengan hasrat kerajaan dalam falsafah pendidikan. Para pendidik perlu sedar

bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah

bersikap futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi yang berilmu, bertindak dan

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat serta berupaya mengangani gelombang perkembangan dan

perubahan masa kini. Namun ia mungkin tidak tercapai sepenuhnya jika sesebuah sekolah

mengalami kekurangan guru. Guru diminta mengajar subjek yang bukan opsyen dan diluar

kemahirannya. Akibatnya, masa mengajar guru bertambah dan tugas sampingan juga bertambah.

Ini adalah disebabkan oleh perubahan sistem pendidikan mengikut arus peredaran zaman.

Setiap guru mempunyai kemahiran mengikut bidang kepakarannya. Oleh itu, pentadbir

perlu menetapkan spesifikasi kerja mengikut kebolehan guru tersebut. Ini secara langsung dapat

mengurangkan masalah sumber dan mengoptimumkan kemampuan guru di sekolah. Sekiranya guru

yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang diamanahkan, tugas tersebut akan sukar

dilaksanakan dan akan mengakibatkan objektif sekolah tidak tercapai. Contohnya dalam

matapelajaran Bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan bahasa

kebangsaan namun ia tidak boleh sewenangnya diberikan tugas mengajar kepada guru yang tidak

mahir dan tidak mempunyai pengalaman mengajarnya.

KPM juga hendaklah meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di kawasan

pedalaman. Matlamat meningkatkan bilangan guru hanya akan tercapai dengan mewajibkan guru

baharu berkhidmat di kawasan pedalaman. Sebagai galakan dan tarikan, KPM telah menambah

insentif dengan menyediakan insurans, menyediakan rumah guru serta kemudahan asas yang

sempurna. Kekurangan guru akan meningkatkan kos kepada sekolah. Sekolah terpaksa memberi

latihan kepda guru berkenaan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

Guru juga Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewujudkan penggredan sekolah dalam

program Standart Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Program ini adalah bertujuan untuk

membantu sekolah mengenalpasti tahap band sekolah mereka. Program ini amat membantu pihak

pentadbiran supaya dapat merancang program dan melengkapkan segala dokumen yang diperlukan

bagi meningkatkan prestasi band sekolah. Pemantauan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta jemaah Nazir dari Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Pemantauan ini adalah untuk membantu meningkatkan keputusan prestasi band sekolah ke

tahap yang lebih baik.

Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia10