hp3report

9
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN PROGRAM HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PROGRAM: LAWATAN INDUSTRI KE MMU INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH) BENGKEL PHOTOSHOP

Upload: syeda-yuuras

Post on 28-Jul-2015

34 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN PROGRAM

HHHC9301

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PROGRAM:

LAWATAN INDUSTRI KE MMU

INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH)

BENGKEL PHOTOSHOP

NAMA/NO MATRIK:

RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN (A146298)

Page 2: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

DEFINISI

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu daripada lapan kemahiran yang perlu pelajar ambil bagi mencukupi jumlah kredit. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri.

Dengan itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.

OBJEKTIF

Membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.

Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memilih tempat latihan industri.

REFLEKSI:

Saya merupakan ahli Kelab Multimedia Interaktif(IMEC) yang telah mengikuti program-program seperti Lawatan Industri ke MMU, Bengkel Photoshop dan Innovation Touch Competition(ITouch). Daripada program-program tersebut saya berpeluang mengembangkan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam program-program yang dijalankan.

Pengurusan maklumat:

Tentatif ringkas yang diberi pihak mmu telah saya(timbalan ketua program) dan ketua program mengolah dan tambah menjadi satu tentatif lengkap.

Mendapat maklumat dari pihak mmu dan mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh dalam satu folder di dalam komputer riba.

Pelan Penyelarasan di buat pada perjumpaan pertama dan kami mengumpul maklumat dari ajk-ajk lawatan dan membuat penambahbaikkan pada pelan penyelarasan yang telah dibuat.

Page 3: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat:

menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mereka baju program dan poster program ITOUCH.

Mempelajari cara mengunakan ‘online software’ seperti slideshare, youtube, window movie maker

Semasa perjumpaan kami mengolah Keberhasilan Utama UKM untuk dimasukkan di dalam kertas kerja

Bengkel Photoshop yang dijalankan dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dengan mempelajari cara penggunaan adobe photoshop

Kesimpulan yang dapat dibuat, kemahiran dalam menguruskan sesuatu maklumat amatlah penting. Ia juga mengajar kita cara berurusan dan simpanan maklumat dengan lebih teratur. Manakala pembelajaran sepanjang hayat merupakan pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Pembelajaran sepanjang hayat dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

Page 4: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

RINGKASAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MMU:

Program telah disahkan seminggu sebelum tarikh lawatan. Pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan program berjalan lancar. Diantara persiapan yang kami lakukan adalah berhubung pihak MMU mengenai tentatif dan pelan penyelarasan. Selepas itu, saya dan post program menambahbaikkan tentatif baru dan pelan baru.

Seramai 20 orang ajk dan 11 orang peserta serta 2 orang pengiring yang menyertai lawatan industri ke Multimedia University.Para peserta mendengar Talk yang diberikan oleh En.Helmi dan Puan Sri Kusumawati mengenai program yang disediakan serta video/audio multimedia yang terdapat di Faculty Creative Multimedia MMU Cawangan Cyberjaya serta penggunaan multimedia.

Selepas itu, kami dibawa masuk ke Exhibition Hall dan dapat mengunakan teknologi IT dan multimedia yang disediakan. Selepas itu, kami dibawa ke e-gallery dimana terdapat pameran seni yang dihasilkan serta penggunaan teknologi canggih. Kami pulang pada jam 1.30 petang.

SENARAI NAMA JAWATANKUASA

Seperti terdapat dalam kertas kerja

TENTATIF PROGRAM

Seperti terdapat dalam kertas kerja

Page 5: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

RINGKASAN PROGRAM INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH):

Innovation Touch Competition(Itouch) merupakan satu program terbesar IMEC. Program ini bakal dijalankan hujung semester hadapan.Oleh itu kami telah membuat perlaksanaan projek semester ini. Antaranya mengadakan perjumpaan dan mesyuarat, Bengkel kertas kerja dan perjumpaan bersama penasihat, Dr. Amira. Program ini merupakan satu program di mana hasil projek akhir yang dipersembahkan dan dipertandingkan dalam program ini nanti. Post saya iaitu post publisiti perlu menyiapkan poster, banner, t-shirt, logo dan membuat hebahan.

SENARAI NAMA JAWATANKUASA

Seperti terdapat dalam senarai jawatankuasa yang diupload

TENTATIF PROGRAM

Seperti terdapat dalam tentatif yang diupload

Page 6: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

RINGKASAN PROGRAM BENGKEL PHOTOSHOP:

Saya telah menghadiri bengkel photoshop pada 14 November 2014. Saya telah mempelajari cara membuat poster menggunakan tools asas yang ada di dalam adobe photoshop CS6. Pengajar adalah dikalangan pelajar sendiri iaitu saudara Hazim. Presiden IMEC selaku pengacara majlis. Selepas sesi pembelajaran, kami diberikan masa untuk menyiapkan satu poster hasil dari apa yang telah dipelajari. Poster yang dihasilkan kemudian dihantar ke emel yang diberikan bagi tujuan pembuktian.

Page 7: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

JUMLAH JAM:

BIL. AKTIVITI JAM1. LAWATAN INDUSTRI

PERJUMPAAN PEMBAHAGIAN JAWATAN

MESYUARAT SEBANYAK 4 KALI

MEMBUAT TENTATIF, PELAN PENYELARASAN DAN MERANGKA SOALAN-SOALAN BERSAMA AJK-AJK PROGRAM

PROGRAM BERLANGSUNG 8.00 PAGI HINGGA 1 PETANG

POST-MORTEM

MEMPELAJARI DAN MEMPRAKTIKAN PENGGUNAAN WINDOW MOVIE MAKER

UPLOAD KERTAS KERJA, MINIT MESYUARAT DAN PELAN PENYELARASAN DI SLIDE SHARE

MENYIAPKAN TASK SOFTSKILL

MENGHASILKAN VIDEO MENGGUNAKAN WINDOW MOVIE MAKER

MEMBUAT LAPORAN PROGRAM

1 JAM 30 MINIT

4 JAM 30 MINIT

2 JAM

5 JAM

1 JAM

3 JAM

1 JAM

2 JAM

4 JAM

1 JAM 30 MINIT2. INNOVATION TOUCH COMPETITION (ITOUCH)

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT SEBANYAK 3 KALI

MEMBINCANG TUGASAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH POST PUBLISITI

MEMBINCANG IDEA DESIGN BAJU PROGRAM

MEMBINCANG DAN MEMBUAT CONTOH-CONTOH LOGO

3 JAM

2 JAM

3 JAM 30 MINIT

2 JAM 30 MINIT

3. BENGKEL PHOTOSHOP MENGHADIRI BENGKEL JAM 8.00 MALAM

HINGGA 10.30 MALAM2 JAM 30 MINIT

JUMLAH 40 JAM

Page 8: hp3report

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga melatih saya untuk lebih bertanggungjawab dan memberikan persediaan apabila saya bekerja kelak. Melalui kemahiran insaniah pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat ini, mempelajari kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya, agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Tuntasnya,melalui program Lawatan Industri ke MMU,ITOUCH dan Bengkel Photoshop, saya mampu menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.